Followers

Friday 5 April 2013

Solat Orang UMNO Tak Dapat Pahala !! Nik Aziz Di TAHAN ??!


MMI yakin banyak pihak sudah pun mengetahui malah membaca dari saluran media sama ada media cetak mahupun media baru tentang kenyataan Nik Aziz yang menyatakan bahawa solat orang UMNO tidak mendapat pahala.

Pertama kali mendapat maklumat tersebut MMI langsung tak terkejut kerana begitulah sikap sebenar Nik Aziz akan menggunakan kepentingan Islamiknya bagi mendapatkan sokongan politik.

Nik Aziz yang kita kenal mempunyai sifat dan sikap dendam yang cukup mendalam malah di kategorikan sebagai amat hitam terhadap parti UMNO.

Sebagai seorang pemimpin yang di gelar sebagai ulama apakah sikap dan sifat sebegitu yang harus di tunjukkan ? Nik Aziz lupa bagaimana di luar sana berlambak juak-juak PAS yang mempunyai hubungan dengan orang UMNO.Ada dikalangannya anak perempuan berkahwin dengan lelaki anak kepada orang UMNO dan bermacam jenis hubungan kekeluargaan yang terjalin sejak lama dulu.

Dalam hal ini apa , apakah perkahwinan itu tidak sah kerana orang-orang UMNO itu dituduh sebagai kafir dan tidak Islam ? Nik Aziz sudah jauh menyimpang sebenarnya.


Merujuk kepada kenyataan beliau yang menyatakan solat orang UMNO tiada pahala , Nik Aziz terus mencetuskan kontroversi dengan mendakwa UMNO tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu turut mendakwa UMNO menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan yang menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tidak dapat pahala, boleh pahala apa kalau tolak Islam.

"Kalau nak dapat pahala ikhlas ini bukan senang, hendak pahala ikhlas bagaimana kalau tolak Islam, Allah yang bawa turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan," katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Jambu, di sini malam tadi.

Pada 17 November tahun lalu, Nik Abdul Aziz dalam sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 mendakwa UMNO merupakan sebuah parti murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.Baca Seterusnya 

Nik Aziz sudah jauh tersasar dari perjuangan PAS itu sendiri malah sekiranya kita semua masih ingat PAS merupakan satu-satunya parti politik yang meletakkan syarat kepada para pimpinannya supaya bersumpah baiah menceraikan isteri masing-masing sekiranya lari dari perjuangan mereka.Masyaallah dalam Islam sekalipun tidak pernah berlaku perkara sedemikian malah para sahabat dan pejuang-pejuang Islam yang dulunya berjuang di sisi Nabi Muhammad saw pun tidak pernah melakukan perkara sedemikian.

Inilah buktinya bahawa PAS dan Nik Aziz semakin SESAT !!


Dalam masa yang sama menurut pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria , Nik Aziz tidak berhak menghakimi amalan solat umat Islam negara ini kerana ketentuan pahala amalan itu kekal menjadi hak mutlak Yang Maha Esa, Allah SWT.

Hal ini kerana kesempurnaan pahala solat merupakan kuasa dan rahsia Allah, justeru manusia yang tidak sempurna sifatnya tidak boleh sesekali mencuba untuk menilai amalan itu.

"Haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam.Baca Lagi 

Selain dari itu jangan lupa pernah suatu ketika penyokong totok PAS melabel Mufti Perak Tan Sri Harussani sebagai anjing kerana beliau menyanggah fatwa songsang Nik Aziz.

Bagi penyokong totok PAS, tidak ada seseorang pun di muka bumi ini yang layak menegur Nik Aziz dalam soal ilmu agama.

Siapa sahaja yang cuba menyanggah kenyataan Nik Aziz, sudah pasti orang itu akan di cop sebagai anjing UMNO.

Jadi dalam persoalan ini MMI rasa Nik Aziz bukan saja ANJING tetapi ANJING KURAP yang kini melewar dalam parti PAS membawa NAJIS bukan sahaja kepada pimpinan PAS tetapi turut mengotorkan Islam itu sendiri.

Kepada juak-juak PAS , jangan pula tersinggung dengan kenyataan tersebut kerana kamu terlebih dahulu sudah pun bersetuju dengan juak-juak PAS yang lain untuk menggelarkan Mufti Perak sebagai anjing.

Seperkara yang harus sama-sama kita pastikan sekarang adalah memastikan kemenangan besar Barisan Nasional supaya BANGSAT-BANGSAT negara,bangsa dan agama ini dapat di TAHAN seterusnya diadili seadil-adilnya.

MMI.

5 comments:

  1. Religion of assumptions, agama andai andaian. Bnyk dari kata kata beliau adalah andaian beliau dan tidak berdasarkan fakta Al Quran dan tafsiran dari ulama' ulama' muktabar terdahulu.
    Islam tidak didasarkan pada andai andaian tp kebenaran yg diturunkan di dalam Al Quran yg diajarkan dan ditunjuk cara pengamalannya oleh Ar Rasul saw.
    "...Mrk tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan sedang persangkaan itu tiadalah berguna sedikitpun terhadap kebenaran." An Najm 28.

    ReplyDelete
  2. PAS sangat pragmatik waktu tinggalkan Hudud tanpa sebarang paksaan nyata, juga waktu bersetuju kongsi dengan rakan-rakan kafir "kalimah ALLAH". Pakatan dalam politik dengan secara mendadak menyelinap masuk dalam seluar, jubah dan serban, hinggakan umat bangsa Melayu terpingga-pingga.

    Ada bekas penagih berkata " kami ingat ketagih dadah yang memusnah ummah, kini ketagih kuasa politik mampu merobek akidah"...

    ReplyDelete
  3. saya dah link, terima kasih kerana memberi laluan

    ReplyDelete
  4. PAS = Party of Assumptions. Kesian NAjis. Masa muda tokoh ulama terulung (kunun). Bila dah ujung-ujung usia ni dah jadi Anjing Kurap dok melewaq tak tentu hala. Merapu kedana. Kesian...

    ReplyDelete
  5. mungkin sbb tu la kot Sultan Kelantan xmo dia jadi mb lagi... kata2 dia byk menyesatkan PAS dan pengikut totoknya

    aj

    ReplyDelete

Labels