Banyak pihak sedia maklum UMNO akan mengadakan persidangan di semua peringkat pada tahun ini setelah di lanjutkan sebelumnya kerana memberi laluan kepada pilihanraya umum ke13.Tempoh masa selama hampir 5 tahun sejak 2008 yang lalu bukan sahaja telah memberikan cukup ruang kepada semua penggerak parti termasuklah pemimpin di semua peringkat untuk membuktikan kerja masing-masing tetapi merupakan penggal yang paling lama (kalau tak salah) dalam sejarah parti UMNO.
Lebih menarik kali ini adalah akan berlaku pemilihan semula jawatankuasa di semua peringkat termasuklah di peringkat pusat.Ini bererti UMNO akan mengadakan pemilihan parti melibatkan semua sayap di semua peringkat yang sebenarnya telah bermula sejak 15 Julai lalu.
Sudah tentu mereka-mereka yang mengintai tempat-tempat di kerusi-kerusi tertentu akan memulakan kerja kempen masing-masing bagi mendapatkan sokongan seterusnya merealisasikan hasrat untuk berada dalam mana-mana kerusi atau jawatan yang mahu di tandingi.
Tidak ada salahnya untuk mana-mana ahli parti menawarkan diri untuk bertanding selagi mana penawaran itu tidak melanggar etika dan undang-undang parti.
Malah sehingga entri ini di tulis rasanya dah ramai yang "declare" untuk bertanding dan sudah ada di antaranya siap dengan slogan lagi.
Fuh sudah tentu menarik aktiviti politik UMNO yang berbaki 6 bulan terakhir sebelum kita menyambut tahun baru 2014 nanti.
Dalam masa yang sama UMNO juga turut membuat perubahan dengan memberikan ruang kepada lebih ramai ahlinya untuk sama-sama terlibat dalam proses pemilihan nanti dan ini merupakan salah satu tranformasi parti yang di lakukan dengan niat untuk mengelak sebarang tuduhan tanpa asas puak-puak yang sakit hati dengan UMNO serta mengelak dari tindakan politik berunsur wang.
MMI pada dasarnya amat bersetuju dengan perubahan ini kerana sedikit sebanyak ianya memberikan lebih ruang kepada ahli untuk bersuara dan sudah semestinya perkara paling utama yang cuba di bawa oleh UMNO adalah untuk melihat mereka yang benar-benar layak sahaja di pilih untuk menaungi parti.
Maksudnya sepanjang hampir 5 tahun sebelum ini ahli parti sudah dapat melihat gerak kerja mereka-mereka yang menawarkan diri untuk bertanding.Sudah pasti inilah yang akan di nilai oleh para perwakilan kelak , bukan lagi memberikan sokongan semata-mata kerana calon itu berduit , berpangkat atau hanya pandai berkempen dalam masa 2 3 bulan sebelum pemilihan parti.
Jangan main-main , mereka yang sebelum ini tidur dan cuba untuk mendapatkan sokongan dengan kempen semata-mata hampir pasti akan di tolak oleh perwakilan kerana masanya sudah tiba ahli-ahli UMNO akan memperbetulkan apa yang perlu di perbetulkan.
Ya akan ada beberapa kelemahan di mana-mana namun usaha ke arah yang terbaik sebenarnya sedang berlaku dalam parti UMNO.
Terimalah hakikat UMNO sedang melakukan perubahan dan kerana itu setiap ahli di peringkat akar umbi harus menggunakan hak yang di berikan dengan sewajarnya.
Percayalah setiap pilihan anda akan menentukan sejauh mana UMNO akan terus bertahan !!
Walaupun MMI pada dasarnya bersetuju dengan perubahan yang sedang berlaku dalam UMNO namun ada seperkara yang rasanya perlu MMI ketengahkan iaitu tindakan memangkah sesama sendiri.
Ini cukup bahaya kerana politik seumpama ini mampu merosakkan struktur parti itu sendiri dan natijahnya UMNO akan di lihat sebagai parti yang bermasalah.
Jika ini berlaku maka UMNO akan menghadapi saat yang cukup mencemaskan diantara hidup dan mati sewaktu PRU14 nanti.
Beringatlah wahai ahli-ahli UMNO , elakkan budaya pangkah memangkah sesama sendiri kerana hanya Ultraman sahaja yang berjaya dalam setiap pangkahannya.
MMI
No comments:
Post a Comment