Followers

Thursday, 15 January 2015

Menteri Komunikasi Tawar Eric DEBAT Bersama JAKIM Di RTM ??

Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) boleh dijadikan platform bagi memperjelaskan kepada umum berhubung dakwaan seorang peguam kononnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi ekstremisme.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata demikian merujuk kes Pengasas Lawyers For Liberty, Eric Paulsen baru-baru ini.

"Salam konteks kebebasan bersuara, saya rasa tiada masalah (untuk berdebat secara langsung di RTM). Kita minta peguam itu datang dan jika Jakim setuju, saya tak ada masalah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan identiti korporat baharu Pos Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata kesediaan RTM menjadi platform perdebatan adalah bagi memperjelaskan isu berkenaan dan (ia bergantung ) jika Jakim ataupun pihak lain turut bersetuju untuk tampil memperjelaskan isu itu.

Katanya, sehingga kini, peguam itu masih gagal memperjelaskan kepada umum kenyataannya yang dibuat melalui twitter dan membuktikan khutbah dan masjid mana yang terlibat dalam menyebarkan fahaman extremisme.

"Kebebasan memberi pendapat bukan setakat menyatakan satu ayat namun anda perlu menyatakan dengan jelas, supaya orang jelas dan orang boleh menjelaskannya semula.

"Saya bagi tau kawan di RTM, bagi dia (peguam itu) berdebat mengenai apa yang dimaksudkan Jakim promosi ekstremisme, apa yang ekstrem. Dan orang boleh jawab dan buat penilaian," katanya.

Ahmad Shabery berkata, Jakim adalah satu badan yang paling hebat menentang fahaman ekstremisme dan banyak memperkenalkan kesederhanaan di kalangan umat Islam di negara ini.rakyatnews 

Well setiap tindakan kita selepas ini pasti ada sebab-sebabnya dan dalam kes Eric , MMI sama sekali kurang bersetuju dengan cadangan untuk menganjurkan debat.

Perkara paling utama yang harus kita telitikan disini adalah Eric sudah dibebaskan dan sehingga pembebasan itu beliau masih belum mampu membuktikan tentang tuduhannya bahawa pihak JAKIM mengamalkan ektremisme dalam khutbah pada setiap kali jumaat.

Disini jelas menunjukkan kepada kita , Eric adalah seorang peguam dan puak penyokong pembangkang yang paling kurang ajar kerana mambuat fitnah dan dalam masa yang sama tidak WAJAR sama sekali untuk diberikan ruang serta peluang untuk muncul di kaca tv membincangkan hal berkaitan.

Kenapa kita perlu memberikan ruang sebegitu luas kepada mereka yang hidupnya hanya mahu melihat perpecahan serta pergaduhan sesama masyarakat dalam negara ?

Hanya ada 2 kaedah untuk melayan manusia seperti ini ...

1.Penjara

2.Lucutkan Kerakyatan

Secara JUJUR , MMI tak bersetuju dengan cadangan terbabit dan mungkin pembaca ada pendapat tersendiri .. Sila kemukakan di ruangan komen.

Pssstt teringat tentang kerajaan Indonesia yang bertindak mengebom bot-bot nelayan kita apabila ditangkap menceroboh perairan mereka !!! 

MMI

2 comments:

  1. Hina dan kutuk Islam diberi peluang muncul TV. Selepas ini berbaris lah si kafir lahanat untuk mengeluarkan kenyataan menghina dan diberi slot TV. Cerdik buah pelio, hampehhhh...

    ReplyDelete
  2. Kita semua sedia tahu tentang tahap kebodohan, kebangangan dan kebabian menteri2 UMNO. Dia nak suruh RTM beri ruang untuk bukan Islam berdebat berkenaan Islam. Nasib baik la Najib pakai bomoh sampai satu bas sebab kalau tak UMNO tak akan dapat satu undi pun.

    ReplyDelete

Labels