Followers

Wednesday, 19 April 2017

Dyana & Zairil Kini LIABILITI Pada DAP !!


Semalam dan tular di media sosial aksi 2 pasangan sedang bercinta yang dikaitkan dengan Dyana Sofya dan Zairil dari DAP.Semua orang yang MMI jumpa kata memang sah 2 orang tu , mana mungkin orang lain dan jauh sekali gambar edit dan yang seangkatan dengannya.



Selebihnya boleh ushar di artikel yang MMI siarkan semalam KLIK SINI , dan sebelum ini pun cerita tentang 2 orang ni dah menular di kalangan kita .. baca di pautan SINI .

Tak sampai 24 jam gambar terkini di dedahkan Dyana kemudiannya mengeluarkan kenyataan mengatakan semua yang berlaku itu adalah SERANGAN PERIBADI tanpa menafikan keterlibatan beliau.


Dari apa yang MMI dengar kepala-kepala besar dalam DAP kini sudah mula melahirkan rasa resah dan tidak selesa mereka terhadap 2 orang yang mengaku Melayu ni.Tindak tanduk mereka jelas telah menjejaskan reputasi DAP yang kini sedang tenat berdepan dengan pelbagai kemelut dan skandal melibatkan pemimpin tertinggi mereka.

So dah mula dengar cakap-cakap kata 2 orang ni perlu di canai sebelum lebih banyak isu timbul.

Dan MMI yakin suara ahli dan pemimpin DAP peringkat bawahan bukannya mampu menggugat keputusan pucuk pimpinan Dinasti Lim dan hampir pasti 2 pasangan sedang bercinta ini akan terus dibela.

Jom review tentang PRODUK MELAYU yang DAP hasilkan ....

Sebelum ni MMI dah menulis tentang tikus makmal DAP yang gagal memenuhi kriteria MELAYU dan ianya ada hubung kait dengan Si Dyana ...

Dyana ni adalah salah seorang calon daripada DAP sewaktu PRK Teluk Intan tahun lepas.Beliau kalah dengan wakil daripada BN dan semenjak itu DAP dilihat cuba untuk melonjakkan namanya agar menjadi ikon anak muda berbangsa Melayu mewakili DAP.

Secara zahirnya kehadiran beliau sudah pasti sedikit sebanyak bertujuan untuk menggambarkan kepada dunia bahawa DAP bukanlah sebuah parti rasis apatah lagi cauvinis.Gerakan merekrut anak-anak muda berbangsa Melayu untuk menyertai DAP tidak terhenti disitu apabila ada lagi beberapa nama lain yang muncul selepas beliau.

Kehadiran Rara dan Melati sebenarnya mengiringi Dyana sebagai sebahagian daripada doktrin terbaru parti DAP untuk membuktikan sesuatu atau secara tersiratnya agenda mewujudkan kumpulan Melayu baru selepas Melayu dalam UMNO dan juga Melayu dalam PKR dan PAS.

DAP bercita-cita agar kumpulan ini menjadi alternatif kepada sebahagian besar orang Melayu di luar sana yang hari ini sudah tidak lagi mahu mengamalkan adat resam warisan Melayu terdahulu dan menganggap fesyen serta keterbukaan sama ada dalam pergaulan mahupun kehidupan seharian sebagai pelengkap hidup masing-masing.

Sedarlah bahawa terdapat dikalangan kita orang Melayu itu sendiri yang tidak lagi menganggap keterbatasan pergaulan dan hukum halal haram itu sebagai sesuatu yang WAJIB dipatuhi.Bersepah golongan ini melata diluar sana dan semakin hari mereka semakin bertambah.

Dyana Sofya dan rakan seangkatannya adalah bahan eksperimen DAP yang dilihat GAGAL untuk memenuhi kriteria orang Melayu itu sendiri.Hanya mereka yang sealiran dan mengamalkan corak hidup berunsurkan liberal sahaja boleh terpaut untuk menerima pembawakan serta ideologi bersulam cauvinis ini.

DAP terlupa bahawa perbezaan karektor itu sendiri akan menyebabkan orang Melayu yang masih berpegang kepada nilai-nilai kemelayuannya akan berpaling jauh.

Mana mungkin kumpulan itu ( Melayu yang masih berpegang kepada nilai-nilai kemelayuannya ) boleh menerima perbezaan ketara bila mana Dyana sering kali tampil di khalayak dengan pelbagai wajah ! Mana mungkin kumpulan itu boleh menerima hubungan Melayu bertudung seperti Rara duduk bergaul dengan Melati yang siap berpurdah sedangkan DAP sendiri (salah satu contoh) menolak secara terang-terangan sebarang pelaksanaan undang-undang Hudud ?

Apakah yang cuba dilakukan oleh DAP terhadap tikus-tikus makmal ini ? Kapsul apakah yang sedang di cipta oleh DAP melalui 3 anak Melayu yang kini sudah terlalu jauh melupakan kesengsaraan datuk nenek sendiri yang satu ketika dahulu bangkit berjuang menentang penjajah ? Baca selanjutnya di SINI 

Macam MMI kata , semakin lama tikus ini dibiarkan melata maka makin cepatlah ianya menjadi liabiliti kepada DAP dan liabiliti ini bukan sahaja bakal memusnahkan reputasi si tikus sendiri tetapi akan turut menelanjangkan agenda tersirat DAP yang kini semakin terbongkar !

MMI

1 comment:

  1. Kalau pemimpin melayu yg ada hari ni gagal, mungkin kalau UMNO nak menang kena tukar pemimpin2 ni. Tapi jgn proses nak tukar kita org melayu hancurkan apa yg melayu dah ada. Sebaliknya kita nak tambah kelebihan yg patut melayu dpt TANPA kita merosakkan kuasa melayu dan jauhkan dari menambah kuat kuasa cina pula.

    Kita bukan takut pd cina tapi kita kena berhati2 dgn bangsa asing ni. Jangan ingat bangsa cina dan india kalau berkuasa nanti depa akan layan orang melayu dgn baik? Bila Dia orang maju tak akan mrk kongsi dengan orang melayu.

    Kita berhak dgn keistimewaan yg kita ada ni disebabkan ini tanah kita tanah melayu kita.

    200 tahun dulu, org2 cina dibawa penjajah yg byr kpd kongsi gelap utk angkut buruh2 cina. Cina2 ni kerja dgn penjajah tolong kaut kekayaan keluar dari bumi kita ni.

    Disebabkan nak bls kerjasama cina2 ni, penjajah beri keistimewaan pd cina2 selama 200 tahun. malah byk tanah milik melayu yg dirampas penjajah dgn pelbagai alasan yg dusta.

    Apa ke jadahnya orang asing dtg dan sibuk2 lantik sendiri kutip cukai dan jadi DO? Magistret pun depa lantik sendiri. Itulah licik dan jahatnya penjajah.

    Kemudian Anak2 Org melayu tak dibenarkan belajar d sekolah lebih dr darjah 4, kecuali anak pembesar shj yg boleh mrk doktrin. Tapi anak2 cina pula dibenarkn penjajh belajar tinggi sampai ke England. Sebab apa? Sbb cina2 ni akan jadi barua penjajah.

    Bila penjajah meninggalkan negara ni, semua tanah lombong yg British ambil mrk serah kpd cina utk jd proksi dan uruskannya dan masih guna nama syarikat2 British dan akhirnya tak dikembalikan kpd melayu bila merdeka. Selepas tu terus bertukar milik jadi milik cina. Maka itulah kisah sebenr bagaimana Cina jd super rich di negara melayu ni, walhal mrk dulunya dtg sehelai sepinggang.

    bukan kerana cina2 ni rajin dan bijak tapi kerana mewarisi rampasan penjajah dr orang melayu.

    Kalau korang tgk bangunan yg tinggi2 di KL tu milik cina kan? sebenarnya datang dari kekayaan hasil bumi yg penjajah rampas secara penipuan kemudian diberi kpd cina2. Jgn terpegun la sangat.

    Melayu layak dpt keistimewaan lbh dr yg kita ada hari ni, kerana melayu dimiskinkan selama 200 tahun oleh penjajah.

    Apa yg kita kena buat sekarang ni cuma kita kena perbetulkan atau ganti pemimpin melayu yg gagal je, elakakn kita kasi cina makin kuat dan dibodohkan oleh mrk berlagak hebat.

    Korang melayu, Tak belajar sejarah seluruh dunia ke? Dimana2 pun di dunia ni bila yg bukan islam berkuasa memerintah ke atas org Islam, org islam akan dizalimi malah byk yg dihapuskan dan terpaksa meninggalkan bumi tumpah drh mrk.

    Jgn ulang kesilapan org2 islam di negara lain.

    ReplyDelete

Labels