Sebelum ni pun kita dah pernah dengar isu macam ni dan sekarang mai lagi ! Tak pastilah pula sama ada ianya ada kena mengena dengan tindakan puak-puak kaki putar belit yang baru-baru ni sibuk menghentam hal-hal membabitkan Islam.
Sejak isu RUU355 , perbahasan YB Datuk Shabudin di Dewan Rakyat dan kini timbul pula saranan daripada seorang pengasas BEBAS bernama Azira Aziz (MMI yakin dia Melayu & beragama Islam) yang mempersoalkan jarak Masjid dan surau dari kawasan tempat tinggal penduduk.
Azira Aziz dikatakan melontarkan pandangan tersebut melalui akaun Twitternya, @ladymissazira, pada 9 April lepas, menegaskan bahawa Masjid atau surau yang berada di dalam kedudukan 50 m dari kawasan perumahan, sepatutnya disyaratkan untuk meminta kebenaran penduduk kerana azan dilaungkan 5 kali dalam sehari.
1. Masjid/surau yg patut perlukan kebenaran penduduk/jarak 50m drp kws perumahan sbb azan 5x sehari. - https://t.co/KB0d7E1qUU— Azira (@ladymissazira) April 10, 2017
Beliau berbuat demikian sebagai respons kepada berita Kerajaan Negeri Selangor akan membuat semakan semula kepada Garis Panduan Manual Selangor Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang menyaksikan syarat-syarat pembinaan rumah ibadat bukan Islam diperketatkan.
Selain daripada itu Azira juga melontarkan dakwaan bahawa budaya kebencian, pergaduhan dan mentaliti tidak bertoleransi adalah merupakan budaya yang diimport dari negara Arab ke dalam masyarakat.
Masalah fundamentalisme yang melanda Malaysia pada ketika ini, ditegaskan oleh Azira sebagai berpunca dari budaya Arab yang diimport ini.
Aktivis yang dikatakan pernah bekerja dengan Adun Subang DAP, YB Hannah Yeoh juga menuduh kononnya orang Islam Malaysia terikut-ikut dengan budaya Arab yang antara lain dipengaruhi oleh graduan Ustaz dan Ustazah universiti-universiti Arab.
Menurutnya, Malaysia akan lebih aman jika penghantaran dan kemasukan tenaga pengajar Islam dari rantau tanah Arab dihadkan sejak dahulu lagi.sumber
Punya teruk sampai hilang akidah .. Azira ni memang sah jenis sebati dengan puak pembangkang khususnya ideologi DAP dan juga kaedah Tun Mahathir dalam mendepani hal-hal seumpama ini.
Tengok saja di Pulau Pinang , DAP walaupun main sembunyi-sembunyi hakikatnya bab fatwa pun kena dapatkan persetujuan kerajaan DAP mana yang kata hormat Islam ????
Tun Mahathir standard beb .. Marina pun dia buat tak tau ja !
Tun Mahathir standard beb .. Marina pun dia buat tak tau ja !
LIBERAL ! Kalau kita tak bersedia dan ambil mudah tak mustahil satu hari nanti kumpulan-kumpulan ini akan makin bercambah , pada ketika itu bila kita jadi minoriti agak-agak apa jadi ??
MMI
No comments:
Post a Comment