Apabila menyertai mana-mana parti politik sekalipun prinsip kesetiaan terhadap parti itu adalah perkara pokok yang perlu menjadi pegangan setiap ahlinya.Prinsip ini tidak boleh dibuat main-main kerana ia bakal mengundang masalah integriti sekiranya tindakan yang tidak menepati hasrat parti diambil.
Sudah banyak kes ahli-ahli parti khususnya mereka yang punya jawatan dan kedudukan sama ada di peringkat pimpinan tertinggi parti , DUN dan Dewan Rakyat yang memilih jalan ini dengan pelbagai alasan.
Isu lompat parti sudah menjadi satu kebiasaan dan semua parti sebenarnya cukup teliti dalam hal sebegini kerana ia mampu merubah lanskap politik sesebuah negeri bahkan negara.
Dalam artikel yang lepas MMI dah bangkitkan tentang isu wakil PAS di Selangor setelah PAS memutuskan hubungan dengan PKR.
Baca artikel berkaitan di sini http://mahamissa.blogspot.my/2017/05/pkr-vs-dap-perang-besar-bakal-meletus.html
Kini sudah ada ura-ura berlakunya muslihat tertentu yang kononnya mahu melaga-lagakan wakil PAS yang masih lagi tidak berganjak dari kedudukan dan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor dengan Menteri Besarnya Azmin Ali.
Isunya apakah wakil-wakil PAS di Selangor ini punya kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap parti PAS dan pucuk pimpinannya ?
Sejauh mana wakil-wakil PAS di Selangor ini menerima keputusan Majlis Syura mereka sendiri ?
Jika keputusan di peringkat tertinggi ini pun tidak dianggap penting maka keputusan apakah lagi yang mahu digunapakai oleh mereka ?
Perlu diingat seperti mana yang MMI bangkitkan dalam artikel sebelum ini , DAP tidak akan berdiam diri dan mereka sudah pun mengeluarkan kenyataan yang jelas berbeza dengan tindakan Azmin sendiri selaku Menteri Besar !
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan semua Exco PAS di Selangor perlu letak jawatan selepas parti itu membuat keputusan memutuskan hubungan dengan PKR.
Menurut beliau, secara prinsip tindakan tersebut perlu diambil Exco PAS berkenaan sekiranya mereka mempunyai maruah sambil merujuk cabaran beberapa pemimpin UMNO sendiri agar parti Islam itu perlu ada maruah.
Tambahnya, adalah sesuatu yang ‘tidak betul’ untuk Exco PAS berkenaan terus berada dalam pentadbiran Kerajaan PKR Selangor selepas keputusan Majlis Syura Ulama menamatkan kerjasama politik dengan PKR baru-baru ini.Baca selanjutnya
Well macam yang MMI sebut ini soal prinsip dan berdasarkan kepada kenyataan DAP sendiri ianya sudah sampai ke tahap kewibawaan MARUAH wakil PAS sendiri.
Dan bagi MMI ianya bukan sekadar MARUAH wakil PAS tetapi sudah sampai ke tahap MARUAH Azmin , PKR dan DAP !!!!
Memang haprak kan ???
MMI
No comments:
Post a Comment