Followers

Showing posts with label Red Bean Army. Show all posts
Showing posts with label Red Bean Army. Show all posts

Thursday, 1 August 2013

RBA Sabotaj Artikel Tun M , Jom Kita Lawan Balik !! SEBARKAN....


Pertamanya MMI nak ucapkan SYABAS kepada Tun Mahathir kerana penyiaran artikel tersebut.Walaupun ianya sudah di keluarkan oleh Facebook tetapi kesan daripada artikel tersebut menyebabkan banyak pihak perlu bertungkus-lumus berusaha untuk memastikan ianya di keluarkan.

Maka tindakan mereka-mereka itu sebenarnya membuktikan banyak pihak telah membaca isi kandungannya.TERBAIK TUN !!!

Mungkin ada di kalangan kita yang masih belum membaca artikel tersebut , tak mengapa jangan risau MMI bawakan artikel itu di bawah dan seperti biasa kepada semua pengamal media sosial SEBARKAN !!!

THE CHINESE DILEMMA
(NST 26/7/2013)

’KONGSI’ CONCEPT: Each side has to sacrifice something so that the other can gain something

IN response to the emergence of a Malay political party, Umno and its success in rejecting the British inspired Malayan Union, the Chinese community of the 1940s saw the need for a political party of their own to present their views to the British government.

Thus was the MCA conceived and born, led by Malacca's Sir Cheng-Lock Tan. Although it was intended to counter the influence of Umno and protect the interests of the Chinese community, events changed the strategy and role of the MCA.

In 1952 the Kuala Lumpur Umno leaders and the Kuala Lumpur MCA branch leaders decided that in the Kuala Lumpur municipal elections, they should not contest against each other, but instead should support each other's candidates in their respective constituencies.

The results startled them as they defeated almost all the non-racial parties. Realising the political advantage of cooperating with each other the Tunku (Abdul Rahman) and Sir Cheng-Lock Tan, and senior leaders of the MCA and Umno decided to formalise their cooperation by setting up the Alliance, a coalition of MCA and Umno.

The basis of this coalition was the idea of supporting each other and sharing the power gained. Buoyed by the success of the Alliance party in the 1955 elections, in which the MIC had joined, the Tunku looked more kindly at the proposal of Sir Cheng-Lock that citizenship should be based on jus soli (citizenship by being born in the country) and not jus saguinis (citizenship based on the Malaysian citizenship of the father or mother, i.e. citizenship based on blood relation).

The Tunku did not quite agree but he nevertheless decided to give one million citizenships to unqualified Chinese and Indians.

With that the confrontation between the Chinese and the Malays changed into positive cooperation.

It was a classic kongsi that was set up. The essence is an undertaking to share. Sharing involves a give and take arrangement, in which each side has to sacrifice something so that the other can gain something.

As the Malays made up the majority of the citizens they naturally led the Alliance. But the Chinese and Indians were not without adequate power. In any case Malay political power would be mitigated by Chinese and Indians' voting and economic power.

The Tunku saw immediate benefit from the "kongsi" as he believed Malays only wanted to be government employees and the Chinese wanted to be in business. There would be no conflict or tussle between them.

The Indians would fill up the professional posts. He did not foresee the days when government could not create enough jobs for the greatly increased number of Malays.

The kongsi Alliance worked well. But in 1963 Singapore joined Malaysia.

Immediately the PAP tried to gain Chinese support by condemning the Alliance kongsi for being disadvantageous to the Chinese. Malaysians, said the PAP, were not equal. There should be a Malaysian Malaysia where all the benefits should be based on merit alone, with the best taking everything, irrespective of race.

Without saying so in so many words the PAP was inferring that the Malays did not deserve their positions. The best people should rule the country. In the eyes of the PAP, Singapore was ruled by the best qualified people. That they happen to be almost all Chinese is incidental.

In the 1964 elections the MCA and Malaysian Chinese generally valued their cooperation with the Malays. They rejected the PAP and its chauvinistic appeal, giving it only one seat.

The Tunku realised what the PAP was up to and decided that Singapore should not be a part of Malaysia.But the PAP was not done. The remnant of the party in Malaysia set up the DAP to carry on the Malaysian Malaysia meritocratic formula for undermining Chinese support for the MCA.

Harping continuously on the so-called Malay privileges and the unfairness to the Chinese, the DAP slowly eroded the idea of kongsi in the multi-racial coalition of the Barisan Nasional.

Despite the fact that the Barisan Nasional supported Chinese education and the use of the Chinese language, the DAP convinced many Chinese that the Chinese, their culture and language are not given proper treatment by the Barisan Nasional coalition.

The MCA was attacked for not doing enough for the Chinese.nst 

Jelas mereka yang kini mengaku warganegara Malaysia sebahagiannya sudah semakin bongkak dan buta sejarah.MMI yakin tindakan mereka sehingga artikel di page milik Tun Mahathir di buang oleh Facebook merupakan isyarat bahawa puak-puak bangsat ini tidak akan berdiam diri , mereka akan terus-terusan mencuba malah mungkin akan sampai ke peringkat menentang sesiapa sahaja semata-mata untuk menutup sejarah yang sudah tertulis sejak sekian lama.

Bangsa Pendatang semakin melampau !!!

MMI

Tuesday, 9 July 2013

RBA ~ The ARMY'S GROWING @tunfaisal @NajibRazak

Gambar Hiasan
Pada ketika banyak pihak kini sedang bersedia untuk menghadapi PRK Kuala Besut rupa-rupanya ada pihak yang lagi satu terus konsisten dan bergerak tanpa menoleh kebelakangan lagi.

Pada ketika kerajaan sedang berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan dan menyelesaikan perkara-perkara penting bagi memastikan rakyat terus mendapat manafaat rupa-rupanya ada pihak yang lagi satu sudah pun siap merencana dan kini mereka sudah sampai ke peringkat pelaksanaan.

Apa sudah jadi kepada kita agaknya ?? Apakah yang sedang di lakukan oleh UMNO dan BN tatkala musuh politik sudah jauh melangkah malah langkahan ini jika tidak di tangani dengan betul ianya mampu menjadikan medan tempur selepas ini umpama padang pasir di gurun sahara kering kontang tanpa mampu di pertahankan lagi.

Sejak isu RBA atau Red Bean Army menjadi sebutan banyak pihak , DAP nampaknya bijak mengatur strategi apabila dalam diam-diam mereka sudah pun memulakan rentak hasil daripada penambahbaikkan pasukan tentera maya mereka.


Apa yang dinamakan sebagai Ejen Impian itu hanyalah sekadar 'camourflage" kepada gerakan tersusun yang sudah bergerak sejak 2008 yang lalu.

Sejak isu RBA menjadi perbualan , sesuatu perlu di lakukan bagi menyelamatkan pasukan elit DAP ini daripada terus-terusan menjadi sasaran musuh politik mereka.

Dengan kerja yang telah di lakukan oleh mereka sebelum ini sudah pasti RBA amat perlu di selamatkan dan sudah pasti Ejen Impian adalah perkara paling logik untuk RBA di sembunyikan.

Apa yang pasti jangan sesekali menafikan peranan media sosial kerana ia sudah membuktikan keberkesanannya.Dan kerana itulah DAP melangkah setapak lagi memperkasakan gerakan cybertroopers mereka.

Persoalan yang MMI rasa banyak pihak mahu tahu , Puak tu dah mula kita bila lagi ????

MMI

Wednesday, 3 July 2013

Siasatan Red Bean Army Ke Kabinet Jumaat Ini !!!


Cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat kewujudan tentera siber pembangkang yang dikenali sebagai 'Red Bean Army' akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya beliau menerima memorandum daripada 130 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam seluruh negara hari ini yang mencadangkan kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat tentera siber itu.

Beliau berkata NGO berkenaan berpandangan RCI perlu ditubuhkan berdasarkan rasional hasutan-hasutan melalui portal maya yang boleh menjejaskan perpaduan dan kestabilan politik di negara ini.

"Kita mengambil berat akan cadangan ini demi menjaga keharmonian rakyat negara ini dan cuba mencari dalang di sebalik operasi dan pembiayaan "Read Bean Army," katanya pada sidang media di lobi Parlimen Selasa.

Seperti semua sedia maklum RBA bukan sahaja satu kumpulan manusia yang berselindung di sebalik nama RBA tetapi mereka juga adalah tentera siber pembangkang yang melakukan rutin tugasan seperti mana gerakan Komunis satu ketika dulu.

Mereka menyusup, menyamar, menipu, mencetuskan prejudis perkauman, menyemarakkan sentimen kebencian terhadap agama Islam dan mengugut rakyat dan pengundi, termasuk orang Cina yang tidak bersetuju dengan mereka.

Rasanya dengan gerakan seperti di atas RBA tidak seharusnya di anggap sebagai tentera siber pembangkang tetapi mereka lebih kepada MUSUH NEGARA kerana kerja-kerja SABOTAJ yang dilakukan oleh mereka mampu menggugat kestabilan negara.

Lebih menyakinkan lagi bahawa RBA benar-benar wujud apabila pimpinan DAPigs yang di tuduh sebagai GodFathernya langsung membisu.Selain dari itu gerakan menghina dan mencaci pimpinan negara , agama Islam dan orang-orang Melayu terus-terusan berlaku.

Percayalah mereka sedang berusaha untuk memecah-belahkan bukan sahaja orang Melayu dan agama Islam tetapi berusaha untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan gerakan-gerakan sabotaj ala komunis.

Psstt memang komunis pun yang kita tentang !!

MMI

Thursday, 20 June 2013

RBA Gangsterisme Alaf Baru


Red Bean Army (RBA) bukan nama sebuah restoran Kantonis di Bukit Bintang , kawasan popular di Kuala Lumpur terkenal dengan masakan kekacang atau daging khinzir dari Schezuan ataupun Taipei.

Juga bukan kacang panggang merah berkuah tomato yang biasanya dihidangkan bersama masakan western di warung-warung.

Perkataan ‘bean’ sebenarnya bukanlah terlalu asing buat orang Melayu.Yang tak pandai berbahasa Inggeris pun mudah sahaja mengingati watak ‘Mr Bean’ – lelaki yang membuat kerja-kerja bodoh yang tidak dilakukan oleh orang lain bagi tujuan mendapatkan sesuatu.

Bagi orang Cina di Malaysia, perkataan ‘bean’ simbol sesuatu.Barangkali dalam kerangka dan semangat watak Mr Bean. Walaupun tak kelakar, tetapi natijahnya agak kelakar.

Bayangkan satu bangsa yang asalnya di pergunakan oleh Inggeris untuk bekerja sebagai pelombong bijih timah di Tanah Melayu kerana mereka tidak mungkin dapat hidup dengan selesa di tanah besar China ketika itu.

Kemudian diberikan kerakyatan menjelang Merdeka kerana tidak mahu pulang ke negara asal, malah kini ada yang sanggup menghina Raja-Raja Melayu dan Rasulullah SAW.

Tentulah kelakar. Konon sayangkan Malaysia, tapi melakukan kerja-kerja begini.

Pada era bijih timah mereka sudah terkenal dengan gangterisme.Tak ramai yang tak tahu tentang kumpulan Ghee Hin dan Hai San.

Sesama bangsa pun nak gaduh kerana wang apatah lagi jika melibatkan Cina dengan lain-lain bangsa.

Kini , zaman siber ini sudah wujud pula satu bentuk gangsterisme yang cukup dikenali oleh orang Cina sebagai RBA.

Berlainan dengan gangsterisme dalam masyarakat Cina , puak-puak ini tidak menggunakan pedang samurai ataupun pistol untuk memeras ugut mangsa.   

Dalam dunia mereka khusus dalam dunia siber RBA memperjuangkan apa yang diperjuangkan DAP.

Dengan itu selain mempertahankan dasar-dasar kecinaan DAP, mereka menjadikan orang Cina yang pro MCA dan Gerakan serta mereka yang pro kerajaan BN sebagai mangsa.

Matlamat mereka mudah: mahu memastikan tidak ada pemimpin Cina menyokong kerajaan. Matlamat mereka menjadikan DAP paling kuat dalam kelompok Pakatan Rakyat jauh mengatasi pengaruh Pas.

Lihat saja dalam PRU13, DAP peroleh 38 kerusi Parlimen meninggalkan rakan-rakan lain di belakang.

Kepada penentang yang berani menyokong musuh, mereka akan gunakan alam siber untuk memusnahkan karakter orang itu.

Mungkin bagi sesetengah pihak ugutan begini tidak menjadi kudis tapi bagi kaum Cina, ia suatu yang menakutkan. Lihat saja mereka yang menjadi mangsa RBA. Michelle Yeoh, gadis bond turut jadi mangsa kerana sokong Najib Razak.

Bagi yang nak tahu dunia “mafia” zaman itu, bacalah buku sejarah lama ditulis pihak Inggeris.

RBA hari ini mungkin tidak diimport secara langsung dari China tetapi ia semacam ada kaitan rapat dengan semangat Red Army yang instrumental dalam mengkomuniskan negara China.

Jelas RBA yang sudah pun beroperasi sejak 2008 setelah  mendapat ide daripada gerakan yang dimulakan Mao di China untuk menggulingkan kerajaan yang memerintah ketika itu.

Dengan teknologi dan kebolehan otak budak-budak muda yang dilatih serta di belakang mereka ada tauke yang kaya-raya maka RBA mudah menjadi satu kuasa baru.

Singkatan huruf ABU atau kini disebut Asal Bukan Umno adalah berasal dari RBA yang meminta masyarakat Cina menolak “warna biru” (dacing). Kempen dimulakan melalui sms pada PRU12 dalam Bahasa Cina ketika itu berbunyi “asalkan bukan biru, beruk atau lembu (lambang) pun tak mengapa (boleh undi).” Pencetus ABU pula dapat inspirasi dari kempen RBA.

Kejayaan RBA dalam 2008 dijadikan senjata oleh DAP untuk menarik sokongan. Hari ini dengan dibantu 3,000 tenteranya dan dikatakan melalui dana melebihi RM100 juta, mereka menguasai peperangan siber.

Pihak BN walaupun sedar, tapi kemampuan untuk mendepaninya tidak ada. Agak hairan mengapa dibiarkan RBA bermaharajalela tanpa sebarang hukuman.

Dalam PRU13 pada 5 Mei lalu, 8 hari sebelum peristiwa 13 Mei, RBA mengeksploit isu perkauman sehingga pengundi Cina jadi benci pada BN. Salah satu isu ialah 13 Mei yang konon dicetuskan oleh Umno.

Jika sebelumnya masyarakat Cina di Malaysia teruja dengan konsep 1Malaysia ilham Najib Razak, tapi dengan tidak semena-mena mereka menukar rentak.

Mereka termakan dengan UBAH sebagai alternatif pada BN, malah bagi mereka kalau bakal PM seorang tidak bermoral tak mengapa asalkan BN jatuh.

Demi Putrajaya kita dapati Pas melalui transformasi. DAP dijenama mereka sebagai bukan lagi anti Islam. Tapi Pas terlupa, RBA bukan tentera pro Pas, ia pro DAP dan pengundi Cina. Kalau RBA sanggup memusuhi MCA, tidak ada sebab ia tak boleh menentang Pas pula.

RBA memusuhi apa saja mengenai Melayu. Sama ada Raja-raja Melayu , usahawan Melayu yang mencabar kedudukan mereka seperti Syed Mokhtar alBukhari ataupun NGO pro Melayu seperti Perkasa.

Bagi Pas, RBA berdiri di belakang mereka tapi dalam aspek agama khusus agama Islam, RBA lihat Pas dan Umno sama saja. Malangnya Pas tidak pernah menyedari hal ini.

Apa pun menjelang PRU14 nanti, jika RBA masih wujud, sama ada dalam bentuk dan sebutan yang ada kini atau bertopeng nama lain, pokoknya kedudukan Melayu, dari segi kuasa politik dan pegangan ke atas tanah air mereka tidak akan tergugat. RBA mungkin terlupa, orang Melayu ibarat harimau yang menyembunyikan kuku.

Jika orang Melayu bertindak demi melindungi hak mereka dan daulat Raja-Raja Melayu, rasa-rasanya yang akan rugi dan tergugat orang Cina sendiri.sumber 

Monday, 17 June 2013

VIDEO Red Bean Army Kini TERSEBAR ?!!


Red Bean Army masih lagi menjadi isu panas di semua saluran media sosial malah tak ketinggalan juga di media-media cetak.Pelbagai pihak telah melontarkan pandangan serta pelbagai berita sudah pun kita dengar.Pasukan yang di percayai dibiayai oleh parti DAP ini bagi melakukan propaganda dan perang media sosial ini sedikit sebanyak telah menyedarkan banyak pihak betapa peranan media sosial itu amat penting khususnya dalam dunia politik hari ini.

MMI bukan memuji RBA namun itulah hakikat yang harus kita terima apabila gerakan mereka bukan sahaja sudah memberikan impak kepada UMNO dan Barisan Nasional malah turut mengheret undang-uandang,perlembagaan negara,institusi raja,pemimpin,kerajaan,SPR serta banyak pihak lagi ke kancah politik kotor lagi menjijikkan.

Apakah RBA hanya segelintir penyokong pembangkang yang menggunakan media sosial untuk menyuarakan suara mereka ? TIDAK !!! Mereka adalah sebuah organisasi tersusun yang di pacu oleh pihak-pihak tertentu yang pro-pembangkang bagi melakukan kerja-kerja doktrin politik supaya rakyat percaya dengan pro-paganda yang di mainkan.

Ada sesetengah pihak melabelkan gerakan seperti ini adalah jauh lebih berbahaya daripada sebutir peluru.Rasanya benar kerana peluru tidak semestinya tepat mengenai sasaran namun media sosial sasarannya  jauh lebih tepat dan impaknya cukup hebat.

Tak perlu rasanya MMI menceritakan satu persatu kerana percaya semua pihak sudah pun melihat kesannya khususnya dalam PRU13 baru-baru ini.

MMI tak nafikan UMNO dan Barisan Nasional turut mempunyai jentera media sosialnya sendiri dan jika berdasarkan perkiraan MMI , jentera ini khususnya UMB serta mereka yang seangkatan dengannya sudah melakukan yang terbaik bagi berdepan dengan pasukan pembangkang.

Namun mungkin di pihak UMNO dan Barisan Nasional ianya memerlukan sedikit penambahbaikkan dengan melihat kepada sudut kelemahan yang boleh di perbaiki.MMI yakin sekiranya kita memperkasakan jentera media sosial seperti mana pembangkang melakukannya kita mampu malah jauh lebih baik dari itu.

Apa pun percayalah seluruh jentera media dan sahabat-sahabat blog yang meletakkan TANGGUNGJAWAB sebagai mukadimah dalam perjuangan ini sentiasa bergerak dan berusaha bagi memastikan UMNO terus relevan bagi membela nasib orang Melayu dan seluruh rakyat serta bumi bernama Malaysia.

Pesanan MMI jangan alpa dan lalai , kita bakal berdepan PRU14 dan pastikan segalanya bermula dari sekarang !!!

Berbalik kepada video RBA yang kini tersebar serta berdasarkan pemerhatian MMI mereka kini semakin berani malah secara terang-terangan muncul di tempat-tempat tertentu bagi menjalankan kerja-kerja mereka.Baca Sini 

Untuk mengikuti video yang MMI maksudkan KLIK SINI Hihi...

MMI.

Saturday, 15 June 2013

RBA Tunjuk Muka Di Flashmob 505 SOGO ?!!


Lagi himpunan haram oleh juak-juak macai pembangkang telah diadakan petang tadi bertempat di hadapan komplek SOGO.Motif himpunan atau "flashmob" ini tidak lain dan tidak bukan untuk mencetuskan sesuatu supaya ianya boleh di jadikan sebagai modal bagi meneruskan perhimpunan di padang Merbok pada 22 Jun nanti.

Hahaha semua ni poyo dan jelas sekali ianya sekadar gimik memandangkan Anwar dan pembangkang amat-amat memerlukan isu sekarang kerana himpunan "black505" semakin di tolak oleh rakyat.Jika ada sekalipun mereka-mereka itu hanyalah penyokong-penyokong tegar pembangkang yang bakal di kerah dari seluruh negara.

Apa pun himpunan di SOGO yang bermula pada jam 2.30 petang tadi hanya di sertai oleh 50 orang macai-macai pembangkang yang kemudiannya berakhir dengan 17 orang daripadanya di tahan pihak polis.



Agak menarik apabila sumber dari rakan blog telah merakamkan gambar mereka-mereka yang dipercayai sebagai anggota Red Bean Army.Sejauh mana mereka terlibat dengan RBA , MMI sendiri kurang pasti namun melihat kepada gambar yang diambil memungkinkan mereka-mereka itu terlibat.



Syabas kepada PDRM yang bertindak tegas dan inilah yang di mahukan oleh jutaan rakyat Malaysia.Selagi langau-langau ini di biarkan beraja di jalanan selagi itulah dakyah dan sikap besar kepala mereka akan terus-terusan memuncak.

Malaysia ada undang-undang maka gunakannya bagi mengajar langau-langau ini supaya tahu menghormatinya.Jangan gadaikan maruah negara kerana langau dan macai-macai bangsat ini.

Dalam masa yang sama puak-puak macai ini juga di kesan membawa kanak-kanak serta ahli keluarga.Agak pelik apabila melibatkan anak-anak kecil yang mereka sendiri tidak faham niat dan tujuannya.

Bagi MMI mudah ianya merupakan sebahagian daripada tujuan untuk meraih simpati.Percayalah ini yang di mahukan oleh mereka TANGKAPAN BERERTI MATLAMAT UNTUK MENCETUSKAN SESUATU BERHASIL namun MMI yakin ianya tidak semudah itu kerana rakyat Malaysia jauh lebih bijak dari termakan propaganda bodoh puak-puak bangsat ini.


Apakah kanak-kanak ini faham dengan situasi dan keadaan di sekeliling mereka ? Adakah mereka tahu kesan daripada kehadiran itu yang memungkinkan berlaku kecederaan atau sebagainya ? 

Paling pasti hak kanak-kanak ini telah di nafikan oleh ibu dan bapa mereka sendiri apabila di heret untuk berada dalam kawasan dan keadaan yang memungkinkan berlaku kekecohan.

Lagi gambar dan berita kejadian petang tadi Klik Sini

MMI.

Monday, 10 June 2013

RBA ~ Kit Siang MENGELUPUR Cuba Alih Tumpuan Dengan BRIGED DDD !!!


Nampaknya pendedahan berkenaan Red Bean Army (RBA) DAPigs oleh mereka yang pernah terlibat secara langsung dalam kumpulan rahsia bawah tanah itu menyebabkan Kit Siang bapa kepada segala bangsat rasis kini mengelupur.

Beliau bukan sahaja mengelupur malah kini di beritakan semakin bangsat apabila secara langsung cuba mengalih tumpuan rakyat dengan menyebarkan fitnah bukan sahaja kepada UMNO tetapi turut melibatkan Tun Mahathir.

Kihkih punya terdesak sampaikan sanggup mereka cerita , apa barang Kit Siang briged apanya ????

Berikut merupakan kenyataan si bangsat rasis ni ,

Umno yang lebih kaya menubuhkan pasukan khas "Briged DDD" bermaksud Demonise(burukkan)/Destroy(hancurkan) DAP dan bermimpikan "Read Bean Army" direka sebagai percubaan untuk menjatuhkan DAP semasa pilihan raya, kata Lim Kit Siang baru-baru ini.

Dalam usaha menepis khabar angin mengaitkan parti itu kepada kumpulan 3,000 orang pahlawan digital dinamakan mengikut pencuci mulut masyarakat Cina, ahli parlimen pembangkang veteran itu berusaha menterbalikkan meja ke musuh politiknya dengan menuduh penasihat rapat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendanai skim rahsia dan sulit untuk "memburukkan dan memusnahkan DAP", semenjak September lepas.

"Bertambahnya dakwaan keterlaluan dongeng 3,000 tentera siber "Red Bean Army" yang dibiayai DAP dengan bajet RM100 juta sehingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu adalah salah satu tugas Pasukan "DDD" yang penuh kerahsiaan itu," kata ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Penipuan paling terancang itu di sambung lagi dengan satu lagi fitnah oleh Kit Siang ,

"Siasatan lanjut menunjukkan bahawa konspirasi yang dibiayai Umno/BN untuk memburuk-burukkan dan menghancurkan DAP (Pasukan DDD) mempunyai pusat arahan tertinggi dan telah digerakkan pada September tahun lepas atau lapan bulan sebelum pembubaran Parlimen pada April dan bukan sekadar tiga bulan yakni pada bulan Januari seperti yang disangkakan sebelum ini," tambah beliau lagi.

Tugas "Briged DDD", menurut Lim adalah untuk membangkitkan kesangsian dalam, konflik dan perselisihan di dalam DAP, memburuk-burukkan dan merosakkan kredibiliti, integriti dan keyakinan orang ramai terhadap pemimpin-pemimpin DAP dan menggambarkan imej DAP sebagai parti cauvinis Cina yang anti-Melayu dan anti-India.

Beliau berkata pasukan itu telah memulakan serangan terhadap DAP selepas pemilihan parti itu pada 16 Disember lalu dengan mencanangkan masalah teknikal terhadap keputusan pengundian parti itu untuk penyelewengan utama dan menolak bagi pembatalan pendaftaran sebagai sebuah entiti politik.Selanjutnya baca SINI

Nampak sangat semacam punya puaka dok pukoi canang malah jika di teliti ianya jelas merupakan bukti bahawa DAP memiliki RBA !

Gambar Hiasan
Seperkara yang harus semua faham adalah dengan pergerakan jentera siber dan media sosial puak-puak pembangkang semenjak 2008 yang lalu  malah mungkin sebelum itu lagi , apakah yang di nyatakan oleh Kit Siang itu benar-benar relevan ?

Secara logiknya berdasarkan momentum pembangkang khususnya jentera sibernya dalam melakukan serangan terhadap Barisan Nasional perkara sebesar ini amat MUSTAHIL sekali hanya di keluarkan kepada umum setelah keputusan PRU13 di umumkan oleh SPR.

Malah paling bodoh sekali , Kit Siang sendiri mengesahkan yang ianya sudah bermula sejak 8 bulan sebelum pembubaran parlimen !!

Aduhai bangang benor , dengan serangan bertali arus dari media-media pembangkang terhadap kerajaan BN di tambah pula dengan matlamat untuk menguasai PUTRAJAYA apakah maklumat ini hanya di keluarkan sekarang ?

Apakah maklumat ini hanya di ketahui oleh Kit Siang minggu ini ? Jika YA sudah pasti ianya adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak relevan melainkan fitnah terancang bagi mengalih tumpuan terhadap RBA.

8 bulan bro !! MUSTAHIL baru kini maklumat ini sampai ke tangan pembangkang.

Apa yang pasti ini merupakan COBAAN Kit Siang bagi mengalih tumpuan terhadap isu RBA.

JANGAN LUPA YANG TU !!!

Seperkara lagi mengapa di kaitkan dengan Tun Mahathir ?? 

Hahahaha KANTOI lagi beb !! Kaitkan dengan Tun Mahathir , tujuannya untuk mendapatkan kepercayaan dari mereka-mereka di luar sana supaya fitnah tentang Briged DDD ini mampu dan berterusan memberikan kredit kepada pembangkang khususnya dalam usaha DAP untuk menyembunyikan kaitan mereka dengan RBA.

Dan jangan lupa juga tindakan Kit Siang mengheret nama Tun Mahathir dalam perkara ini adalah satu lagi tindakan penuh RASIS yang cuba di sogok oleh mereka kepada rakyat.

Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri dan punyai nama besar dalam politik maka ianya di lihat mampu dijadikan sebagai umpan untuk mendapatkan kepercayaan rakyat.

BIJAK , BIJAK tapi BODOH Kit Siang ni...Klik SINI

MMI.

Thursday, 6 June 2013

PANIK ~ RBA Kini Umpama Cacing Kepanasan !! ANWAR Terlibat ??


Pembongkaran Red Bean Army milik DAP telah mencetus kepanikan melampau dikalangan pemimpin pembangkang. Kekuatan pembangkang sebenarnya bergantung 80% kepada Red Bean Army kerana mereka tidak mempunyai sebarang kecemerlangan dalam pentadbiran. Oleh itu, fitnah berterusan yang pembangkang sampaikan melalui Red Bean Army telah berjaya mempengaruhi mereka yang mempunyai akses internet iaitu terutamanya penduduk bandar. 

Lim Kit Siang cuba memutarbelitkan hakikat kewujudan Red Bean Army dengan menuduh ianya merupakan konspirasi UMNO dan Barisan Nasional.  Antara  tuduhan Lim Kit Siang yang kononnya tidak berasas “Mereka mendakwa DAP kononnya dengan bajet setinggi RM100 juta sehingga RM1 bilion sepanjang enam tahun lalu membiayai tentera siber “Red Beans Army” bertujuan membunuh karakter pemimpin UMNO/BN di ruang siber.  Kenyataan ini cuba sedaya upaya dinafikan oleh Lim Kit Siang kerana ini merupakan kebenarannya. Lucunya apabila Lim Kit Siang menuduh bahawa kewujudan Red Bean Army ini hanya merupakan imiginasi sahaja. Sebenarnya mereka jadi amat kelam kabut apabila senarai Red Bean Army ini dibongkar, begitu juga dengan senarai fanpage milik askar kacang merah mereka ini. 

DAP dan pembangkang tahu bahawa sekiranya Red Bean Army mereka lumpuh atau dapat dipintas maka segala pembohongan dan fitnah mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional akan gagal yang bermaksud sokongan terhadap DAP bakal merosot dan angan-angan untuk menawan dan menakluk Negara akan musnah. 

Kejayaan Anwar mencipta “wave” demonstrasi jalanan bersiri selama ini sememangnya bergantung kepada kekuatan media sosial mereka yang bergerak begitu agresif dan ganas. Mereka mencipta persepsi negatif yang dengan senang dapat mempengaruhi rakyat yang berjiwa kacau. Oleh itu demi mencapai maksud jahat mereka, maka pembangkang telah digambarkan sebagai pembela penjenayah terutama mereka yang telah mati kerana kejahatan namun polis pula yang dipersalahkan. Keluarga penjenayah akan diheret sama ke dalam kancah politik mereka yang kotor semata-mata demi undi. 

Sesungguhnya apabila manusia diuji  maka wajah sebenar diri mereka akan terbongkar.  Lakonan Anwar Ibrahim yang kononnya berperawakan warak terdedah apabila sisi gelap moral beliau telah terbongkar yang menyebabkan beliau telah bertindak ganas dengan bersekongkol dengan musuh UMNO dan Barisan Nasional untuk memastikan dendam kesumat terbalas.  Sebenarnya Red Bean Army ini merupakan gabungan DAP dan Anwar. 

Namun bangsa Melayu lebih terdedah kepada kebenaran kerana UMNO sentiasa menerangkan tentang hakikat dan duduk perkara sebenarnya. Namun MCA telah gagal menjalankan tanggungjawab mereka untuk “counter attack” segala fitnah yang ditabur oleh DAP melalui Red Bean Army dan The Star. MCA yang dipimpin oleh mereka yang agak berumur gagal melihat keperluan media sosial . 

Semua komponen Barisan Nasional bertanggungjawab menangani dengan serius masalah Red Bean Army ini. Kita tidak akan mampu menghapuskan mereka. Oleh itu kita harus mencantas segala fitnah dan hasutan yang mereka taburkan.  UMNO, MCA dan MIC harus mempunyai kumpulan mereka sendiri yang bertanggungjawab menangkis serangan Red Bean Army dari segala peringkat.sumber 

Komen MMI , RBA kini di kianati oleh pemimpin mereka sendiri.Pelik bin ajaib apabila ada pihak yang sudah mengaku tetapi di satu pihak yang lain menafikan terus kewujudan RBA.Yang pasti panas ini akan berpanjangan dan hampir pasti kepanasan ini bakal menyebabkan cacing-cacing ini timbul dengan sendirinya.

Anwar ?? Hmmm biar kawan-kawannya dari luar sana sahaja yang mengajarnya nanti.

MMI.

Sunday, 2 June 2013

RBA ~ Dah Ada Yang CABAR Supaya Di TANGKAP !!!


Fullamak mamat kat atas ni bukan setakat mengaku dia ni puak RBA tetapi turut mencabar yang MMI rasa cabaran kepada pihak berkuasalah supaya menangkapnya di rumah.Fuiyooo kira ni puak paling dasat setakat ni yang kita dengar.

Petikan dari laman fb milik beliau..

What is the law?
When the 2 same-sex love
100 against it-is called "illegal"!

When 1 million people-called "legal"!
What "repeal"?
When the democratic freedom of expression subject to trampling and controls-illegal
As illegal moves continue,

No one dared to be freedom to speak out-illegal "repeal!"
Even today,
28 million Malaysia are willing to live in the "repeal", I still say: "I am the Red soldiers! Arrest me please come to my house!

Yang jelas dia ni adalah penyokong tegar pembangkang kiranya Guan Eng ni sanggup cium molotlah..Malah beliau juga bersifat RASIS seperti mana yang boleh kita lihat di laman facebook milik beliau dengan nama  Woodstock Lee.


Apa pun kita tak nak cita panjang hanya 2 perkara sahaja untuk memudahkan semua..

Pertamanya pihak berkuasa tolong ambil tindakan sebab mamat ni dah mengaku lepas tu siap cabar lagi so tunggu apa ???

Keduanya kira anak jantan juga mamat ni jadi rasanya bukan MMI sorang ja ramai lagi kat luar sana tu nak juga tengok sejauh mana kejantanan mamat Cina ni !!!!

Kepada semua kena ingat dah ada yang berani cabar secara terbuka sekarang ni !!!

MMI.

RBA Kini Di Pantau !! Dah Ada Yang Mengelabah Weiii ....


Isu Red Bean Army belaan DAP kini semakin panas dan panas itu sudah semakin menggila apabila banyak pihak kini sedang memantau dan mengenal pasti mereka.Sejak malam tadi di beritakan 30 individu sudah di kesan menjadi orang upahan pihak pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi blog, laman sosial dan Youtube.

Identiti lima atau enam daripada jumlah itu telah dikenal pasti sejak lebih seminggu lalu dan pasukan keselamatan percaya akan menangkap mereka dalam tempoh terdekat untuk menghapuskan kegiatan kumpulan ini yang diwujudkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan.

Red Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka.

Akhbar melaporkan Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.

Selain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.

Terbaru sebuah syarikat elektronik terbesar di Taiwan yang dimiliki seorang rakyat Malaysia sedang disiasat pihak berkuasa negara ini kerana dikenal pasti mempunyai hubungan dengan kegiatan tentera siber Red Bean Army.

Syarikat elektronik itu juga dipercayai mempunyai hubungan yang 'agak rapat' dengan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mempunyai cawangan kilang syarikat tersebut di negeri itu sejak beberapa tahun lalu.

Menurut sumber, siasatan pihak berkuasa akan turut menjurus kepada latar belakang Red Bean Army yang dipercayai menerima dana yang disalurkan oleh syarikat elektronik tersebut.


Bagi MMI apa yang sedang di lakukan oleh pelbagai pihak kini amat baik dan perlu di teruskan sehingga puak yang angkuh dan bebas selama ini menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan di uruskan oleh pihak-pihak yang sepatutnya.

Walaupun gerakan-gerakan ini agak lewat namun sekurang-kurangnya pihak berkuasa sudah memberikan respon.

Yang pasti setakat tengah malam tadi , sudah ada pihak yang mengelabah dan tak ketahuan.

MMI.

Sunday, 26 May 2013

Another Story About Red Bean Army

 

Saya seratus peratus setuju atas cadangan beberapa pihak yang menyeru supaya Akta Komunikasi dan Multimedia dipinda dan tindakan tegas serta segera diambil terhadap Red Bean Army yang membuat komen dan tohmahan melampau yang berniat jahat untuk memusnahkan keharmonian rakyat sejak kebelakangan ini terutamanya enam bulan sebelum PRU-13.

Malah, selepas PRU-13, oleh kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pakatan rakyat (PR) ditolak oleh rakyat dan gagal menawan Putrajaya, kumpulan Red Bean Army terus melontar fitnah bertujuan mengapi-apikan rakyat khususnya golongan Cina supaya tidak menerima keputusan PRU-13.

Sebagai contoh, pusat pengiraan undi di kawasan Bentong (didakwa berlaku kejadian bekalan elektrik terputus) sedangkan insiden itu tidak berlaku dan ini juga disahkan oleh salah seorang ejen pengira undi pakatan rakyat, tetapi kumpulan Red Bean Army tidak berhenti-henti membuat tuduhan melulu terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengutuk SPR kerana berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memanipulasi keputusan pilihan raya kawasan Bentong.

Mujurlah saya dapat menguasai bahasa Cina iaitu bahasa pengantaraan yang secara meluas digunakan oleh kumpulan Red Bean Army di laman siber yang bukan saja menyerang tokoh-tokoh politik malah media-media Cina yang melaporkan berita yang kononnya tidak 'sedap' dibaca oleh mereka walaupun kandungan berita adalah jitu dan tepat.

Pada pendapat saya, kelakuan kumpulan Red Bean Army bertujuan 'merampas' (hijack) hak bersuara media-media supaya segala berita yang dilaporkan mengikut cita rasa mereka iaitu memburuk-burukkan kepimpinan BN dan mengangkat tinggi pakatan rakyat.

Contoh yang nyata ialah siri perhimpunan 'Blackout 505', pemimpin-pemimpin pakatan rakyat lazimnya akan melipatgandakan angka orang ramai yang hadir yang langsung tidak masuk akal, tetapi angka yang diumum oleh para pemimpin pakatan rakyat harus dipapar tanpa dipertikaikan, sekiranya tidak, media berkenaan akan dikecam sekuat-kuatnya di laman siber.

Amat terkejut juga saya terbaca kononnya perbelanjaan kumpulan Red Bean Army dibiayai oleh dua buah kerajaan pakatan rakyat. Sekiranya ini adalah benar, ia merupakan perkara yang amat menyedihkan.

Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyiasat secara mendalam dakwaan itu dan memperbetulkan keadaan.

Sebagai anak Malaysia yang cintakan keharmonian dan menjunjung tinggi hak kebebasan dunia siber, kita harus bersuara dengan betul, bernas dan penuh tanggungjawab, segala niat jahat terutama yang bertujuan merosakkan keamanan langsung tidak dapat diterima dan harus dikikis secepat mungkin.

Kita harus ingat, kebebasan bersuara di siber bukan bererti kita mempunyai hak untuk mencipta kekecohan, mencaci sesuka hati, membohong yang bukan-bukan, mereka cerita palsu, menyuntik rasa kebencian yang merosakkan keadaan aman negara sekali gus mengundang pelbagai ancaman.

Hak kebebasan bersuara dan bertulis di laman siber mesti ada batas dan hadnya, janganlah dibiarkan seperti api merebak yang hilang kawalan, akhirnya akan membawa padah kepada kita semua.

KEVIN J.C. CHUAH

Pulau Pinang

sumber utusan 

Labels