Followers

Friday, 28 June 2013

GOSIP Malam Jumaat !!


Ampa semua masih ingat dengan nama Mas Anizan ? Haa pasti ada setengahnya dah lupakan ? Untuk rekod Mas Anizan ni dulu pernah bergelar pelakon masa era 90 an dulu lah.Cerita atau filem apa yang di berlakon MMI sendiri kurang pasti ampa pakat-pakat cari di google tengoklah.

Untuk makluman MMI bukan nak cerita tentang filem apa dia berlakon tetapi tentang satu cerita yang MMI labelkan sebagai GOSIP kerana tak pasti sejauh mana kesahihannya.

Menurut sumber di katakan Mas Anizan ni bakal berkahwin dengan seorang Ahli Parlimen yang baru-baru ini telah menang dalam pilihanraya.Uiii siapa tu ??

Berita yang MMI terima menyatakan pasangan yang di maksudkan itu adalah Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican Ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas. 

Seperti yang semua sedia maklum Datuk Seri Reezal sebelum ini sudah pun mempunyai 2 orang isteri.



Isteri pertamanya adalah Datin Ismalina Ismail, 41 tahun dan isteri keduanya seperti yang diketahui umum adalah pelakon yang pernah popular suatu ketika dulu iaitu Sharifah Norhaslinda atau lebih dikenali Lin dan mereka telah berkahwin pada 20 Mac 2005 dalam satu majlis yang agak ringkas yang diadakan dekat Cheras Kuala Lumpur.

Datin Ismalina Ismail ni merupakan bekas Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Pengarah Eksekutif Puncak Seni Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat pembinaan dan telah mempunyai tiga orang cahaya mata.

Kalau tak salah dahulunya Mas Anizan ni pernah berkahwin dengan  ahli perniagaan, Allahyarham Datuk Ali Bapoo tetapi jodoh Mas Anizan dengan arwah suaminya tidak panjang apabila Ali Bapoo meninggal dunia pada 19 Mei 2008 akibat serangan angin ahmar.

Namun seperti yang MMI catatkan di atas sana , sejauh mana kesahihan berita ini masih belum dapat di sahkan dan MMI akan cuba untuk dapatkan maklumat lanjut.

Bagi MMI mudah , dalam soal berumah tangga ini sekiranya seseorang itu mampu dan layak malah di tambah pula dengan keizinan daripada isteri-isteri sebelumnya maka ianya sememangnya di bolehkan.Tidak ada salahnya di situ.


Kepada Datuk Seri Reezal sekiranya gosip malam jumaat ini benar maka MMI ingin mengucapkan sekalung tahniah dan selamat pengantin baru.

Dan sekiranya ianya tidak benar maka MMI menyusun sepuluh jari memohon maaf kerana gosip ini mungkin mengganggu urusan seharian Datuk.

MMI.

1 comment:

Labels