Followers

Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Sunday, 7 July 2013

Selangor Tolak Permohonan PASAR RAMADHAN ?!


MIMPI ngeri bagi umat Islam semasa dalam bulan penuh barakah akan datang akhirnya menjadi nyata. Majlis Perbandaran Kajang di bawah kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh pakatan haram dan bertuankan DAP MENOLAK permohonan Persatuan Penduduk Taman Langat Jaya untuk membuka bazar ramadhan sempena bulan puasa akan datang ini.

Tak lain dan tak bukan ini adalah salah satu cara pemimpin DAP yang begitu terkilan dengan tindakan Ketua Menteri Melaka baru-baru ini yang telah membuka semula jalan Jonker Walk untuk mengelakkan kesesakan lalulintas dan bakal mengakibatkan peniaga-peniaga dari kaum Cinabeng ini rugi. 

Tony Pua, Ahli Parlimen PJU yang juga salah seorang orang belakang tabir pentadbiran Khalid Gagap juga sudah berniat untuk menutup bazar ramadhan di Penang, namun sungguh tak disangka DAP mengambil langkah drastik dengan menolak permohonan bazar ramadhan pula di Selangor.

Inilah perkara yang amat ditakuti oleh umat Islam. Rezeki bulan puasa mereka disekat. Puak DAP tidak senang dengan perniagaan orang Islam di Malaysia lalu sanggup melakukan apa sahaja yang penting umat Islam tidak dapat memonopoli perniagaan di Malaysia. Mana suara umat Islam dari PAS??

Sedih apabila tanah yang dipijak memang milik bangsa Cinabeng ini. Malaysia seperti sudah bukan lagi milik Tanah Melayu. Negara ini umpama Tanah Besar China yang mana pendatang sebenar adalah Melayu itu sendiri yang terlalu bermurah hati memberi kerakyataan kepada bangsa yang lupa diri ini.

Namun segala-galanya telah terjadi. Nasi sudah menjadi bubur. Pentadbiran Khalid Gagap yang konon menjaga hak kepentingan orang Melayu hanya sekadar wayang yang digembar-gemburkan. Manakala dibelakang dan yang merencanakan segala strategi untuk menjatuhkan umat Islam adalah Cinabeng dari puak DAP. Mereka memang sakit hati apabila Melayu itu maju.sumber 

MMI kata pasar ramadhan hanya di buka setahun sekali dan sudah pasti ianya akan di monopoli oleh bangsa Melayu yang beragama Islam.Jika itupun menjadi satu masalah kepada kerajaan negeri yang kononnya berjiwa rakyat bagaimana pula agaknya dengan perniagaan yang dijalankan di Petaling Street dan lain-lain tempat yang dimonopoli oleh bangsa lain ?

Rasanya tak salah kalau MMI kata HAK bangsa MELAYU di nafikan !! Apa pun rakyat SELANGOR lebih tahu kot ...

MMI

Tuesday, 18 June 2013

PANAZZZ Antara 7 Hari & 48 Jam , Apa Sebenarnya Yang Berlaku Di Selangor ?!!


Rasanya ramai yang dah sedar dan tahu tentang kemelut yang berlaku di Selangor melibatkan Ketua Pemuda UMNO Negeri dengan seorang blogger yang baru-baru ini membuat pendedahan tentang punca kekalahan UMNO dan BN di Selangor dalam PRU13 yang lalu.

Membacanya sahaja sudah cukup untuk MMI simpulkan pendedahan yang di buat oleh blog inigoblogpolitik bakal meletup kerana pendedahan itu bukan calang-calang pendedahan.Baca Sini 

Rentetan dari kenyataan tersebut telah mengakibatkan Ungku Salleh Ketua Pemuda Selangor membuat laporan polis bagi membersihkan namanya kerana dikaitkan dengan kenyataan beliau yang menyatakan Dato' Seri Ir Mohd Zin Mohamed menerima sejumlah wang dari Anwar Ibrahim untuk memastikan UMNO dan BN kalah di Selangor.

Satu tuduhan yang MMI anggap cukup serius kerana sudah pasti sekiranya ianya benar maka mereka yang terlibat itu adalah pengkianat yang harus kita hapuskan demi untuk memastikan UMNO tidak lagi menjadi mangsa kepada parasit-parasit liar ini.

Namun demikian setelah laporan polis di buat oleh Ungku Salleh dengan memberikan masa selama 7 hari kepada blog tersebut untuk membuat permohonan maaf , Selangor di kejutkan lagi dengan kenyataan terbaru daripada pemilik blog inigoblogpolitik apabila Ungku Salleh pula di berikan masa selama 48 jam bagi menarik balik laporan polis yang di buat serta memohon maaf secara terbuka kepada blog inigoblogpolitik. 

GAGAL berbuat demikian maka blog inigoblogpolitik akan menampilkan saksi serta melakukan pendedahan  tetang salah laku Ungku Salleh pula.

Apa yang pasti kini sudah berlaku sebaliknya selain dari cabar mencabar diantara keduanya , cabaran yang di lontarkan oleh blog inigoblogpolitik juga bukan calang-calang.Ianya mampu menjahanamkan karier politik Ungku Salleh itu sendiri.Baca Seterusnya 

MMI bukan mahu menyibuk urusan orang lain tetapi melihat isu ini jauh lebih berbahaya daripada isu-isu melibatkan pembangkang.

Sekiranya kedua-dua pihak masih dengan pendirian yang sama maka bersedialah dalam masa tak sampai 48 jam lagi pendedahan pertama pasti akan di buat oleh inigoblogpolitik dan sekiranya itu mula berlaku perkara paling utama yang harus segera di lakukan oleh pucuk pimpinan UMNO adalah KUARANTIN segera nama-nama pemimpin UMNO dan BN yang telah di sebut.

Buka soal salah atau tidak kerana itu bakal di tentukan kelak , tetapi sekurang-kurangnya kita bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Apa pun sama-sama kita nantikan kesudahannya.

MMI.

Saturday, 18 May 2013

TERKINI Guan Eng HALAU Macai PAS & PKR Keluar Dari Pulau Pinang ??!!!


Hah macam mana puak-puak macai PAS dan PKR di Pulau Pinang ? Ampa dah bersiap ka nak keluar dari Pulau Pinang ?? Guan Eng dah bersuara tu !!

Baru ja kena provoke sikit dah nak meroyan!!! Memang sah Ketua Menteri Cina DAP ni tak boleh ditegur. Cuit skit pun dah marah... Kalau nak diikutkan amarah BN boleh buat macam-macam pada LGE nie. Tapi kita nak tengok juga apa yang musibat ni nak buat lepas ni. 

LGE dalam satu twitnya, bertanya sekiranya penyokong Pakatan Rakyat (PR) terpaksa berhijrah kerana tidak berpuas hati dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) , adakah penyokong BN akan meninggalkan negeri-negeri yang berjaya ditawan oleh BN.


Alo brader orang Melayu bukan perangai macam ampa..Kita akur kepada keputusan kalau nak ikutkan rasa tak puas hati tu lebih dari halau kita buat.

Lagi satu nak bagitau Guan Eng , hang sedaq dak hang tu orang mana ? Kalau bukan orang Pulau Pinang rasanya lebih baik hormat sikit orang di Pulau Pinang.Jangan sampai kerana mulut badan binasa.

MMI cuma nak minta kalau boleh Guan Eng mai Tasek Gelugor , Kepala Batas dan Balik Pulau lepas tu buat satu program ceramah besar-besaran dan masa tu sebut minta semua orang BN supaya keluar dari Pulau Pinang...Tak apa puak-puak macai PAS atau PKR tolong atur sat..Ada brani ker ??

Ampa rasa apa berlaku ??? Baca juga di blog matkilaupenang 

MMI.

Sekarang Masa Aku Pula !!!


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan menolak desakan ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya timbalan presiden parti Azmin Ali dilantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri Selangor, menurut sumber-sumber parti itu.

Kemelut itu memaksa Khalid membatalkan pengumuman senarai exco kerajaan negeri yang dijadualkan berlangsung hari ini.

ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar memberitahu Antarapos bahawa Khalid hanya dijangka mengumumkan exco kerajaan negeri minggu depan.

Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad turut mengesahkan Khalid hanya akan membuat pengumuman minggu depan, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Menurut sumber-sumber parti, pada satu mesyuarat malam tadi, ramai di kalangan ahli MPP mahu Azmin di lantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri, sesuai dengan bakti dan kedudukkannya dalam parti.

Bagaimanapun cadangan itu dibantah oleh Khalid “yang mahu mengekalkan wakil-wakil PKR yang sedia ada kerana merasakan mereka berjaya menjalankan kerja dengan baik,” kata sumber itu.

Selain menjadi Timbalan Presiden PKR, Azmin adalah juga pengarah pilihan raya parti itu dan telah memimpin PKR Selangor sejak tiga tahun lalu.

“Ahli-ahli MPP bersetuju bahawa Azmin telah memainkan sumbangan amat besar memastikan PKR memenangi 30 kerusi Parlimen selain mengekalkan Selangor dengan majoriti dua pertiga,’ kata sumber itu.

“Beliau juga berundur secara baik untuk memberi laluan kepada Khalid menjadi MB demi menjaga perpaduan dan kestabilan parti. Justeru ahli MPP berpendapat Azmin patut di lantik menjadi Exco kanan,” kata sumber itu.

Ditanya mengenai pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat itu, sumber itu berkata Ketua Umum PKR itu mengambil sikap tidak mahu terheret dalam perbahasan itu.

“Beliau menyerahkan kepada presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail) untuk membuat keputusan. Presiden pula tidak dapat mengambil keputusan yang jelas dan perkara itu tergantung macam itu sahaja,” tambah sumber itu.

Menurut beliau, Azizah bagaimanapun “membayangkan” beliau turut bersependapat dengan Khalid untuk meminggirkan Azmin daripada Exco kerajaan negeri.

Sumber itu berkata penolakkan Azmin oleh Khalid dan Wan Azizah untuk jawatan itu mengejutkan ahli MPP yang yakin parti itu akan memberikan pengiktirafan sesuai kepada Azmin.

Lebih mengejutkan adalah apabila mesyuarat itu dimaklumkan bahawa Khalid akan mengekalkan semua pegawai kanan di pejabatnya termasuk Setiausaha Politik Faekah Husin dan Setiausaha akhbarnya Arfa'eza Aziz.

Adalah difahamkan MPP parti sebelum ini menegaskan dua pegawai itu di pindahkan berikutan rungutan Khalid terlalu bergantung kepada mereka untuk membuat keputusan yang membabitkan kepentingan PKR.

Azmin sendiri sebelum ini, menekankan bahawa Menteri Besar Selangor tidak boleh merelakan dirinya dicucuk hidung oleh mana-mana pihak dalam menggalas tanggungjawabnya.

Selain Xavier, tiga Exco kerajaan negeri daripada PKR adalah Elizabeth Wong, Yaakob Sapari dan Rodziah Ismail.antarapos 

Cerita mudah sekarang masa aku pula lah naa..Hari tu hang buat leceiii Azmin noo !!! 

MMI.

Tuesday, 14 May 2013

SYABAS Buat Seluruh Rakyat SELANGOR ANDA SUDAH MELAKUKANNYA !!!


Pertamanya SYABAS MMI nak ucapkan buat seluruh rakyat Selangor kerana sudah pun membuat pilihan dalam PRU13 baru-baru ini.Perkara pertama anda sudah pun menunaikan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia dengan keluar membuang undi.

Maka keputusan yang diumumkan oleh SPR di terima dengan hati yang terbuka.Akan berdirilah sekali lagi kerajaan negeri yang bakal di tadbir oleh pemimpin yang sering mengatakan mereka adalah pembela rakyat.

Yang pasti rata-rata rakyat Selangor mahupun mereka-mereka yang datangnya dari luar bakal meneruskan kehidupan seperti sebelumnya dan mungkin kali ini ada sedikit perubahan di mana-mana.Jangan risau perubahan-perubahan itu bakal diumumkan oleh Menteri Besar yang bakal mengangkat sumpah dalam sedikit masa lagi.Maaflah terlewat sedikit untuk Selangor menamakan Menteri Besarnya maklumlah si anak emas Anwar tu masih dok meroyan tak habis lagi.

Apa yang pasti antara perubahan awal sebelum Menteri Besar mengangkat sumpah adalah naiknya banting untuk mempromosikan jualan daging BABI secara terbuka yang dikesan di Ampang.Lihat gambar diatas.

Tak salah pun nak buat promosi , buat sajalah takkanlah sebuah kerajaan negeri yang berjiwa rakyat dan sering membela rakyat ni nak saman atau turunkan ye tak ?

Jadi terima sajalah mungkin selepas ni akan ada pula promosi-promosi untuk menjual BABI hidup di sekitar Selangor.

Psst teringat ada orang pernah kata arak akan jadi haram kalau kita minum sampai mabuk jadi apa sangatlah setakat promosi jual daging babi di tengah-tengah jalan tu ye tak ? Kita orang Melayu dan Islam bukannya sentuh dan makan pun kan ! kan ! kan !

Jangan marahlah gang itu namanya hak asasi manusia .. Tahniah rakyat Selangor !!!


MMI.

Menteri Besar Selangor Angkat SUMPAH Hari Ini , Katanya Ada Yang Nak Boikot ?!!


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar hari ini sekali gus menamatkan spekulasi siapa pemimpin Pakatan Rakyat yang akan memegang jawatan tersebut.

Sumber terdekat di pejabat Menteri Besar berkata, Khalid akan memulakan penggal keduanya sebagai menteri besar selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut sumber itu, Khalid dijadual menghadap Sultan Selangor semalam di mana Tuanku akan menasihati beliau berhubung beberapa isu.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata, beliau tidak menerima sebarang jemputan untuk majlis angkat sumpah itu tetapi memberitahu adalah mustahil beliau akan menerima jemputan tersebut pada Isnin.

“Paling awal pada Selasa. Notis sehari sudah cukup,” katanya.

Khalid mengangkat sumpah buat pertama kalinya sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas pilihan raya umum ke-12 manakala ahli exco negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, 10 hari kemudian.

Pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu, Pakatan memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, menunjukkan peningkatan daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.

Bagaimanapun, selepas kemenangan itu, tiada jaminan bahawa jawatan menteri besar akan dikekalkan oleh PKR kerana parti tersebut memenangi sedikit kerusi berbanding PAS dan DAP.

PKR hanya memenangi 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi.

Beberapa hari lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali menyuarakan sokongan kepada Khalid sebagai menteri besar.

Sementara itu, penganalisis politik berkata sesiapa yang dipilih oleh Pakatan perlu mengetepikan perbezaan politik dan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu-isu yang melibatkan rakyat di Selangor.

“Saya percaya sudah tiba masanya untuk MB baru bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu-isu melibatkan rakyat di Selangor, terutamanya isu air.

“Kerajaan negeri itu juga harus bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan tanpa mengira perbezaan ideologi politik dan memastikan semua keputusan tidak membebankan rakyat,” kata Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) kepada Bernama.

Ada yang nak boikot ker ???

MMI.

Monday, 13 May 2013

Anak Ikan TerGodek-Godek , AZMIN Makin GALAK !!


Belum pun reda kontroversi kritikan secara terbuka terhadap kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Timbalan Presidennya, Azmin Ali terus 'membuka pekung' parti itu di laman sosial Twitter.

Terbaharu, Azmin menerusi akaun Twitter miliknya mengecam ahli veteran PKR, Senator Dr. Syed Husin Ali yang terdahulu memuat naik kenyataan dipercayai menyalahkan tindakan beliau mempersoal serta mengkritik kepimpinan parti.

Syed Husin sebelum itu menyifatkan Azmin telah tersilap langkah sehingga menjejaskan kewibawaan dan kredibiliti Ahli Parlimen Gombak itu sebagai individu nombor dua parti.

"Sayang, mungkin Azmin tersilap langkah. Tindakan serta kenyataannya menjejas wibawa dan kredibiliti. Kenapa ke media? Tentulah UMNO menari gembira."Azmin membalas tweet itu dengan menempelak Syed Husin dan 'mendedahkan' bahawa Ahli Dewan Negara itu tahu apa yang berlaku.

"Saudara tahu apa yang berlaku. Saudara juga hantar tweet serang Anwar kerana kerabat saudara tidak terpilih," tulis beliau.Tidak terhenti di situ, Azmin terus 'menghentam' Syed Husin apabila meminta beliau berhenti daripada terus berpura-pura."Hentikan amalan kepura-puraan. Bila kena batang hidung sendiri, semua boleh. Kalau kena orang lain, soal kredibiliti. Tuntas!"


Beberapa hari lalu, Azmin mencuri tumpuan ramai apabila membuat kenyataan dalam Twitter yang dipercayai mengkritik pimpinan PKR termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.sumber 

MMI macam biasa , Azmin Ali !! Ampa boleh percaya ka ?? Huhuhu anak ikan ni kalau dok diam sapa nak pandang ye tak ? Jadi lebih baik godek-godek sikit kurang-kurang nampaklah dan yang menariknya kenyataan mamat ni bercampur-campur..Alah orang tua kata cari makan ! mmm TUNTAS bunyi pun !!

MMI.

Friday, 10 May 2013

TERKINI Azmin UMUM Keluar Parti ??!!


Kemelut yang melanda PKR Selangor nampaknya semakin celaru dan Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Selangor masih dengan pendiriannya tidak bersetuju dengan tindakan Anwar Ibrahim menggerakkan himpunan bantahan paling bodoh dalam sejarah politik negara.

Anwar jelas di lihat bodoh kerana tindakan beliau mahu membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan  hanya kerana keputusan PRU13 tidak memihak kepada Pakatan Haprak malah kebanyakkan yang hadir ke stadium kelanajaya bukanlah membawa suara majoriti rakyat.

Walaupun stadium kelanajaya boleh memuatkan 40 ribu kapasiti pengunjung , MMI mahu mengambil jumlah yang lebih besar iaitu 100 ribu yang hadir pada himpunan tersebut namun ianya masih dianggap minoriti kerana jumlah penduduk Malaysia mencecah 13 Juta orang.

Lihatlah bagaimana Anwar bijak memanipulasi keadaan kerana beliau tahu aku janji yang sudah dibuat untuk berundur dari arena politik perlu segera di selamatkan.

Maka di saat inilah Azmin Ali bingkas bangun menjadi batu penghalang kepada gerakan Anwar ini apabila mempersoalkan tindakan Anwar dan turut memboikot himpunan yang diadakan.

Anwar tekanan lagi , himpunan yang sepatutnya menjadi titik tolak kepada Malaysian Spring tidak menjadi kerana orang kepercayaannya sendiri bertindak sebaliknya.

Agak aneh dan pelik apabila dalam situasi ini Azmin Ali boleh bertindak sedemikian ? Ianya masih menjadi persoalan kepada MMI mengapa Azmin tidak mengambil peluang ini untuk sama-sama mengheret rakyat yang buta hati untuk terus menghuru-harakan negara ! Baca Sini 

Pagi ini merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan pemerhati politik kerana Azmin di beritakan akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan apa yang sedang berlaku sebenarnya.

Apakah Azmin akan mengumumkan keluar parti bersama-sama pengikutnya ? Apakah Azmin akan terus mengkritik Anwar Ibrahim kerana tindakan mahu mencetuskan huru-hara ?

Dan dari berita yang MMI terima , Azmin Ali akan terus kekal bersama PKR dan Anwar Ibrahim ! Azmin langsung tiada niat utk keluar dari PKR dan mengkhianati perjuangan PR. Beliau selaku Pengerusi PKR Selangor hanya mahukan kerajaan Selangor terus fokus kpd agenda utk memartabatkan kebajikan rakyat dan pentadbiran yg cekap dan telus yg diterima oleh setiap lapisan masyarakat di Selangor. 

"Kedah byk memberi pengajaran kpd kita. Belajarlah daripada kesilapan. Semoga kerajaan PR di Kelantan, Penang dan Selangor terus menjadi role model kpd negeri2 lain."

Satu lagi game dan lakonan mantop yang di mainkan oleh Azmin Ali di Selangor dan semuanya kerana kepentingan diri sendiri yang mahukan jawatan Menteri Besar Selangor.

Apakah Anwar antara tok dalangnya ?? Semuanya boleh berlaku bukan ?!!

MMI.

Thursday, 9 May 2013

TERKINI Pembangkang TOLAK Keputusan Pilihanraya ~ PULAU PINANG & SELANGOR Kini Tiada Kerajaan ?!!!


Nampaknya pembangkang yang di ketuai oleh Anwar Ibrahim secara jelas sudah pun membuat pengakuan secara terbuka iaitu semua keputusan pilihanraya bagi semua kawasan tidak di terima.Perhimpunan haram yang diadakan malam tadi di stadium Kelanajaya merupakan bukti bahawa pembangkang tidak mahu mengakui keputusan yang dikeluarkan oleh SPR.

Serentak dengan itu semua keputusan di seluruh negara tidak diterima.Maka dengan rasminya pembangkang di Pulau Pinang dan Selangor tidak akan menubuhkan kerajaan.

Macam mana pandangan ampa semua ? Betul ke apa yang MMI catatkan tu ?

Nak gelak sikit kihkihkih hanya mereka yang buta hati sahaja sanggup meredah hujan dan berhimpun semalam.Amat malang kerana mereka yang hadir itu telah di tipu hidup-hidup oleh Anwar dan juak-juak macainya.

Macam mana dengan Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan ??
Perhimpunan bantah apa sebenarnya ? Jika dilihat dari apa yang berlaku jelas sekali ianya hanyalah satu lagi sandiwara Anwar bagi menutup sumpah dan janjinya untuk berundur dari arena politik sekiranya GAGAL menjadi Perdana Menteri dalam PRU13 ini.

Malah pernahkah mereka yang berhimpun itu sedar Guan Eng di Pulau Pinang sudah pun mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sedangkan apa yang berlaku semalam adalah satu bantahan terhadap keputusan PRU13 ??

Apa yang bangsat ini mahukan sebenarnya ??
Guna otaklah sikit semua proses pengundian menggunakan sistem yang sama dan semua saluran peti undi sama ada DUN mahupun Parlimen juga menggunakan proses pengundian yang sama.Jadi amat aneh sekali apabila keputusan di peringkat persekutuan cuba dipertikaikan oleh Anwar sedangkan keputusan di peringkat negeri di terima.

Nampak sangat bangsatnya puak-puak ni cuba melakukan huru hara demi kepentingan manusia bernama Anwar Ibrahim.

Tak ada fatwa apa-apa ka dari Nik Ajiz ? Bercampur aduk ni !!
MMI cabar puak-puak macai pembangkang jika benar keputusan PRU13 ini tidak di terima maka minta dengan segera Guan Eng untuk menarik balik angkat sumpahnya sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan di Selangor juga harus melakukan perkara yang sama.Jangan lupa Kelantan juga harus bersama-sama dengan boikot ini.

Ada brani ?? Kalau setakat berhimpun tetapi dalam masa yang sama 3 negeri tersebut kelam-kelibut pakat angkat sumpah nak tubuh kerajaan jangan sembanglah bro !!

MMI.

HOT Kisah Cinta Azmin & Anwar Kini Kembali ?!!


Nampaknya perhubungan di antara dua insan sedang bercinta ni semakin menjadi-jadi.Kini mereka tidak lagi berselindung perhubungan itu di buat secara terang-terangan.Kalau dulu sudah ada desas-desus yang menyatakan ada sesuatu diantara dua makhluk ini kini segalanya semakin jelas.

Pasti ada yang bertanya apa yang semakin jelas ? Sejauh mana perhubungan yang dimaksudkan tu ? Apa ada rakaman aksi-aksi akrobatik melibatkan kedua-duanya ke ? Fuh macam-macam soalankan ! apa pun ianya berkisar tentang apa yang kini sedang berlaku di Selangor.

Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut sumber PKR, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Khalid mengisi jawatan berkenaan.

“Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat,” kata sumber itu.

Difahamkan, Anwar sebelum ini merancang meletakkan Azmin menggantikan Khalid selepas didesak penyokong akar umbi sebelum PRU 13 tetapi mengubah fikiran selepas Ahad lalu.

Khalid yang menerajui pentadbiran Selangor sejak 2008 mengecewakan rakyat Selangor kerana mungkir melaksanakan manifesto PRU12 membabitkan ibu tunggal, suri rumah dan warga emas yang bangkit memfailkan saman terhadap Khalid dan kerajaan negeri.

Sumber itu berkata, Khalid mendesak Anwar agar beliau dilantik semula sebagai menteri besar dan dipercayai mendapat sokongan PAS dan DAP Selangor.

Pakatan Rakyat mengekalkan Selangor walaupun pencapaian PKR sendiri merosot apabila hanya memenangi 14 kerusi DUN berbanding 15 masing-masing oleh PAS dan DAP.

Difahamkan, PAS dan PKR sudah mengemukakan senarai nama mereka yang difikirkan layak untuk menjawat jawatan menteri besar. Antaranya Azmin Ali dan Khalid Ibrahim dari PKR serta Dr Abdul Rani Othman dan Saari Sungib dari PAS.

Pemilihan bagaimanapun akan ditetapkan oleh pucuk pimpinan pakatan pembangkang.antarapos 

MMI nak tunggu tengoklah apa yang bakal berlaku selepas ini.Bila si Azmin ni merintih dekat Anwar selalunya akan ada beberapa perubahan paling tidak pun akan ada yang memihak kepada ayang Anwar ni.Huhu Cinta Gunawan !!

MMI.

Saturday, 6 April 2013

Anwar Makin TENAT PKR Selangor RASUAH !! #TolakPR #SayangiSelangor #PRU13


Semalam semua dah sedia maklum mamat ni dah buat pengumuman akan bertanding di Permatang Pauh.Hahaha sebelum ni bukan main nak bertanding di Perak la di Selangor la alih-alih tak berani pun.Apa yang MMI nak citakan kat ampa ni sedikit sebanyak akan menunjukkan betapa Anwar ni sememangnya penakut dan langsung tidak bertanggungjawab.

Untuk makluman ampa semua Anwar ni merupakan penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor.Jadi maksudnya segala pergerakan kewangan dan yang sewaktu dengannya juga berada di bawah pengetahuannya.

Yang menjadi kemuskilannya sekarang adalah Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dikaitkan pula dengan amalan rasuah.Tu dia mai kot mana rasuah pula sedangkan puak-puak nilah yang selalu mengutuk dan menuduh kerajaan serta UMNO rasuah ?


Walaupun tuduhan rasuah tersebut berkisar kepada parti PKR namun ianya berlaku di Selangor dan dalam cawangan Khalid Ibrahim sendiri.Dari mana datangnya dana tersebut kalau bukan dari dana-dana tertentu contohnya dari kerajaan negeri mahupun parti atau dari tangan-tangan ghaib yang ada kat luar sempadan Malaysia tu.

Seorang anggota di cabang PKR yang diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini membuat laporan ke atas menteri besar Selangor itu atas dakwaan menyalahguna dana berjumlah kira-kira RM20,000 dari cabang parti itu.

Satu video yang disiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di portal Youtube menunjukkan anggota cabang berkenaan, Airos Shahidin Manaf yang membuat laporan berkenaan atas dakwaan tidak menerima penjelasan sewajarnya berhubung isu tersebut.



Hah puas hati ? Najis yang di bawa Anwar kini sudah terpalit di seluruh Selangor dan busuknya bukan saja di hidu oleh rakyat tetapi juga juak-juak PKR sendiri.

MMI nak tanya satu soalan berdasarkan laporan SPRM yang dibuat tu masih ada kaitan dengan UMNO ker ??

Kepada Khalid Ibrahim lepas ni jangan la pula dok buat gagap nak jawab soalan ni yer , dah 6 bulan puak-puak tu bagi masa ang buat apa ? 

Apa punya Menteri Besar , siap ada penasihat ekonomi lagi tu tapi RM20 ribu pun nak rembat !!

RM20 ribu tu sikit sangat takkan Khalid nak balun ? Sapu duit Rumah Urut dengan Pasir selangor pun dah kaya raya khalid oi.

Tapi mungkin la Ronnie Liew (rumah urut) dengan Anwar Ibrahim (pasir) dah belasah semua tak bagi kat Khalid rasanya..

Untuk semua ampa kena baca juga apa yang RajaPetra tulis ni sebab ianya jelas sekali menunjukkan semenjak Pakatan Haprak mentadbir Selangor isu rasuah tak pernah selesai Baca Sini 

Paling sempoi Anwar buat bodo ja , Khalid ang selesai sendiri lah....

So moral of the story puak-puak Pakatan Haprak ni bercakap ja banyak , kalau sekali tengok dengan dengar cakap mereka dah macam burung merpati putih tetapi di sebalik tu semua lebih dari gagak yang makan bangkai.

MMI.

Friday, 22 March 2013

SAMAN Lagi Kali Ni 5 Billion Pula

Mahkamah Tinggi menetapkan 5 April bagi pengurusan kes saman oleh dua pemilik tanah terhadap kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menuntut ganti rugi RM5 bilion berhubung pengambilalihan tanah di Mukim Ijok.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas kes berkenaan disebut di depannya.

Peguam B.Thangaraj dan Azad Bashir mewakili pemilik tanah LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd manakala pegawai penasihat undang-undang negeri Selangor Ahmad Fuad Othman mewakili Abdul Khalid dan defendan lain.

Azad memberitahu media mahkamah menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Abdul Khalid dan defendan menfailkan pembelaan.

Dia ni SERABUT !!
Selain Abdul Khalid, pengarah tanah dan galian Selangor, pendaftar hak milik negeri itu, pentadbir tanah Kuala Selangor serta kerajaan negeri Selangor dinamakan sebagai defendan.

Kedua-dua pemilik, yang juga sebuah syarikat pembangunan tanah, mendakwa defendan tanpa alasan kukuh meneruskan polisi "land grab" bagi mengambil alih tanah yang diberi milikan kepada mereka.

Syarikat itu mendakwa defendan mempunyai pengetahuan penuh bahawa tanah itu telah diberi milik kepada mereka bagi pembangunan bersepadu di kawasan Revolusi Hijau Bukit Cerakah di mukim itu dan juga pembangunan lain seperti bangunan perniagaan termasuk perubatan, rekreasi, sekolah dan asrama. Syarikat itu memohon, antara lain, deklarasi bahawa keputusan defendan untuk mengambil alih tanah berkenaan pada 2011 dan 2012 adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai kesan undang-undang.

Keseluruhannya, plaintif menuntut ganti rugi berjumlah RM5 bilion bagi kehilangan tanah itu, faedah serta kos. -BERNAMA

MMI.

Monday, 28 January 2013

Mengapa Rambut Khalid Semakin KUSUT ?!


Mengapa Menteri Besar Selangor ni semakin serabut dan rambutnya semakin kusut ? MMI ada jawapannya ampa boleh baca luahan hati rakyat Selangor kat bawah ,

PILIHANRAYA sudah semakin hampir. Aku setuju rakyat kena bangkit tolak kerajaan sedia ada. Aku sudah semakin sedar. Makin lama makin menyampah aku dengan kerajaan.

Memang betul cakap orang ramai. Kerajaan kaki rasuah, kaki penipu dan kuat makan duit rakyat. Paling celaka, janji langsung tidak pernah ditepati.

Mana duit atau elaun yang dijanjikan untuk diberi kepada ibu-ibu tunggal? Mana RM1,000 untuk anak yang dapat masuk universiti?

Mana RM50 untuk budak-budak masuk tadika? Mana pendidikan percuma yang kamu mahu beri?

Mana air percuma? Yang kamu beri hanya RM11 rebat. Itu bukan percuma! Malangnya aku (orang susah) yang menghuni di Flat dinafikan hak untuk mendapat rebat itu! Memang celaka Kerajaan ni!!!

Lebih malang, arak dijual berleluasa di Shah Alam. Rumah urut berlambak-lambak. Dengan hanya RM38 pun dah boleh dapat khidmat urut. Budak sekolah pun antara pengunjung tegar rumah urut. Mereka cakap, belajar itu memenatkan, bila kena urut rasa 'happy'.

Mana janji kata "hari ini menang, esok kita tutup kilang arak"? Kata tax (cukai) dari penjualan itu haram? Memang kaki penipu! Cakap tidak serupa bikin!

Itulah nasib kami rakyat di Selangor. Kami mahu kerajaan baru!!!sumber

Harap rakyat Selangor bersabar masanya sudah semakin hampir dan gunakan peluang itu untuk nyahkan Pakatan Haprak dari bumi Selangor.

Ampa rakyat Selangor kena usaha supaya Khalid dapat berehat , bolehlah dia pi salon buat teknik rebonding ! Sekarang ni tak sempat banyak kerja.... 

MMI.

Wednesday, 19 December 2012

TAHNIAH Buat Rakyat Selangor ?!!!


Kepada rakyat Selangor , Tahniah MMI ucapkan kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab.Diberitakan Khalid Gagap sebagai Menteri Besar Selangor sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya hinggakan boleh mengeluarkan duit sendiri untuk membeli sebuah bas mewah bagi dihadiahkan kepada sahabat karibnya Anwar Ibrahim.

Sejauh mana kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid benar-benar mengambil berat tentang rakyatnya ? Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut baca dibawah.

1. Kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Khalid Ibrahim nampaknya sekali lagi membebankan rakyat apabila menaikkan bayaran lesen 90 jenis perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mulai tahun 2013.Tambah membebankan,pihak berkuasa tempatan juga turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional.

2. Antara yang turut dikenakan ialah Rumah Kebajikan orang Tua,Rumah Orang Kurang Upaya dan Pusat Penjagaan Kanak-kanak.Golongan ini rata-ratanya mendapat sumber kewangan dari sumbangan dan derma orang ramai.Malahan,kebanyakan rumah kebajikan ini beroperasi dalam keadaan daif. Tindakan ini dilihat akan hanya membebankan mereka malah kami menjangkakan ini akan memberi kesan negatif pada jangka panjang terhadap golongan tersebut.

3. Saya berpendapat bahawa,premis yang beroperasi bagi tujuan kemasyarakatan ini perlu dikenalpasti dan diberikan lesen untuk beroperasi agar pemantauan boleh dilakukan. Namun untuk menaikkan harga lesen, ianya dilihat membebankan.

4. Lebih menyedihkan,kebanyakan pusat jagaan yang beroperasi secara persendirian ini tidak mendapat perhatian penuh dari pihak kerajaan negeri sedangkan mereka ini melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

5. Apakah yang cuba dibuktikan oleh kerajaan negeri? Adakah wang kutipan dari kompaun dan cukai premis yang begitu tinggi selama ini tidak mampu untuk menampung perbelanjaan Pihak Berkuasa Tempatan?

6. Lebih menyedihkan,kenaikan bayaran lesen premis ini langsung tidak menggambarkan tahap perkhidmatan yang diharapkan oleh rakyat.

7. Saya juga berasa amat terkejut apabila dimaklumkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal mengenakan cukai pintu sehingga 10 kali ganda ke atas penduduk Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang.

8. Sekali lagi,saya merasakan kenaikan cukai ini hanya akan membebankan rakyat kerana perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran yang dikenakan. 

9. Lebih membebankan, kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila meningkat sejak tahun 2011 dan 2012.Malah bagi tahun 2013,kenaikan adalah lebih tinggi.Saya mendapat maklumat bahawa, ada penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM 1,470 pada tahun 2011,menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada tahun 2013 nanti. 

10. Masalah penyelenggaraan infrastruktur yang lemah dan sistem kutipan sampah yang tidak cekap menyebabkan justifikasi kenaikan cukai pintu ini langsung tidak boleh diterima. Lebih menyedihkan, rakyat seperti tertipu apabila Pakatan berjanji akan menurutkan cukai pintu sehingga 20% dalam manifesto mereka ketika PRU ke 12 yang lalu. 

11. Inikah kerajaan yang memikirkan kebajikan rakyat? Adakah sumber kewangan negeri berada dalam keadaan membebankan sekarang ini? Rakyat Selangor menginginkan kerajaan yang mampu menepati janji. Kerajaan yang bukan sekadar melemparkan janji popular namun tidak berupaya untuk menunaikannya. 

Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed 
Koordinator BN Selangor

Macam mana rakyat Selangor ??


MMI.

Saturday, 24 November 2012

PANAS Menteri Besar Terlibat SKANDAL ?!!

Gambar Hiasan
Fuh skandal yang satu ni mesti haru biru jadinya.Di khabarkan seorang pemimpin politik yang memegang jawatan sebagai Menteri Besar terlibat dengan SKANDAL yang pastinya bakal meruntun jiwa dan juga para penyokongnya.

MMI rasa kemungkinan untuk beliau di calonkan semula pada pilihan raya nanti pasti suram.Sudah tentu beliau bakal menyesal dengan apa yang telah beliau lakukan cuma yang agak peliknya Menteri Besar ni terlibat dalam SKANDAL tersebut kerana kawan-kawan beliau sendiri yang pedajalnya.

Biasalah manusia ni ada peluang rembat lah bila dah kantoi kawan-kawan yang lain buat bodoh ja..MMI pun kesian juga dengan Menteri Besar ni tapi apa nak buat dah dia pilih jalan macam tu.

Pasti ampa semua nak tahu siapa si gerangan tuan tubuh tersebut kan ? Siapa lagi kalau bukan Khalid Ibrahim yang cukup pemurah kerana baru saja menghadiahkan bas mewah kepada si Anwar raja putar alam.

SHAH ALAM 23 Nov. - Seramai 100 individu berstatus ibu tunggal mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Kerajaan Negeri Selangor bagi menuntut elaun yang diperuntukkan berjumlah RM10.9 Juta sebagaimana yang dijanjikan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) yang lalu.

Wakil Ibu Tunggal tersebut turut menyerahkan memorandum berkaitan tuntutan tersebut kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Rodziah Ismail.

"Kami datang ke mari dengan tujuan menghantar memorandum kepada Menteri Besar untuk menuntut janji. Kita mahu janji dikotakan. Kalau janji tidak dikotakan, kita dianiaya.

"Apabila menang kita ditinggalkan begitu sahaja," kata Pengerusi Ibu Tunggal Murtini Kasman kepada pemberita.Baca Seterusnya



MMI tak nak komen panjang-panjang sangatlah cumanya ampa perasan tak manifesto sendiri pun tak boleh nak tunaikan tapi boleh pula keluar duit beli bas untuk tujuan kempen politik ? Betullah dia kata duit tu duit dia sendiri tapi soalnya kalau dah duit sendiri banyak bagai kenapa tak gunakan duit tu untuk tunaikan janji pada rakyat dulu ?

Kalau Khalid kata duit kerajaan negeri tak cukup tapi Khalid ada duit sendiri kenapa tak salurkan pada rakyat untuk tunai janji ? Bas boleh beli bang !! 

Haaa nampak tak ? celaru puak-puak ni !! Rakyat Selangor ampa dok kena pengena dengan puak-puak ni ja !! 

Kencing kuat , Pilihlah lagi ! 

MMI.

Wednesday, 21 November 2012

Perangai Macam HARAM Bila Kena Batang Hidung Sendiri !!


Sebelum ini Ronnie Liu mencabar PM supaya menghentikan projek kondo serta merta tanpa menunggu BN ambil alih Selangor. Kemudiannya beliau menerima tamparan hebat daripada rakan sejawat yang secara terbuka mahu beliau meletak jawatan.Hmm pening dengan sandiwara pentadbiran kerajaan Khalid Gagap sekarang.

Anggota Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu Thian Kiew dicabar supaya meletak jawatan sekiranya tidak dapat menangani isu projek kondominium berdekatan Batu Caves yang mendapat bantahan keras daripada pelbagai pihak.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah M.Manoharan berkata projek pembinaan kondominium 29 tingkat itu yang dirancang dibina berhampiran bukit batu kapur, dilihat menjejaskan kawasan dan penduduk di sekitarnya.

"Adakah Yang Berhormat Pandamaran bersedia meletak jawatan sekiranya projek kondominium ini tidak dapat dibatalkan kerana ia dilihat mengancam agama Hindu dan struktur kuil Batu Caves berumur 100 tahun," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini.

Ronnie Liu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan,Kajian dan Penyelidikan negeri berkata isu letak jawatan tidak timbul sebab kerajaan negeri telah pun mengeluarkan arahan untuk memberhentikan sementara projek pembinaan itu dan satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi mengkaji kelulusan projek.

Katanya kajian awal pihaknya mendapati pemaju projek kondominium itu tidak mematuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan dalam kelulusan Pembangunan dan kerajaan negeri mempunyai hak memberhenti ataupun membatalkan projek itu tetapi perlu dibuat secara profesional. 

Ronnie Liu berkata projek kondominium itu mendapat permit penjualan pengiklanan dan sebanyak 60 peratus daripada sejumlah 400 unit rumah telah dijual.

Projek pembinaan kondominium itu mendapat perhatian apabila Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniam Swamy Devasthanam Batu Caves melakukan bantahan terhadap projek berkenaan yang didakwa akan menjejaskan pemandangan dan struktur kuil berkenaan.

Justeru kerajaan Selangor mengarahkan pemaju untuk menghentikan pembinaan kondominium itu untuk memberi laluan kepada siasatan dijalankan.

Kalau kes ni berlaku pada UMNO mahupun Barisan Nasional bukan main lagi melalak , bila dah kena batang hidung sendiri bercakap soal profesional..Kalau diikutkan , kerana bantahan dari kuil Sri Subramaniam baru ianya dihentikan kalau tak ada bantahan macam mana ?

Kenal sangat dah puak-puak ni !! Perangai serupa nama parti sendiri DAPigs.....

MMI.

Labels