Followers

Monday 14 November 2011

Berita Dari Tasek Gelugor - Sekitar Hari Raya Korban


Alhamdulillah semua umat Islam di Malaysia baru sahaja selesai menyambut Hari Raya Korban yang sememangnya cukup meriah dengan aktiviti bergotong royong melibatkan semua masyarakat Islam khususnya di Tasek Gelugor. Selain daripada ke Masjid menunaikan solat sunat Aidiladha maka seluruh masyarakat pastinya tak akan melepaskan peluang untuk bersama-sama dalam ibadah korban yang dijalankan di kawasan masing-masing.Ditambah pula pada tahun ini YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah bermurah hati untuk menyumbangkan lembu kepada pihak Masjid,JKKKP dan Peti Undi maka ianya menjadikan ibadah korban untuk tahun 2011 ini lebih meriah.

MMI yang turun padang bersama Sdr Hasbul Hazani Daud Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor merangkap Ketua Pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen meninjau serta memenuhi jemputan oleh pelbagai pihak sepanjang perayaan dan ibadah korban dijalankan dapat melihat sendiri dengan jelas bagaimana perpaduan dan nilai-nilai kemasyarakatan dapat dipupuk bahkan ianya turut merupakan satu jambatan yang cukup baik dalam kita bermasyarakat.

Perjalanan bermula di Hari Raya kedua dengan persinggahan pertama di Simpang Empat Permatang Buloh dalam program korban bagi DUN Sungai Dua.YB Dato Jasmin Mohamed selaku ADUN turut bersama-sama dalam program yang cukup meriah ini.Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan dan ianya diagihkan kepada 300 penduduk melalui 20 cawangan-cawangan UMNO  dalam KADUN Sungai Dua.




Menurut YB Dato Jasmin , program ini sebenarnya bermula sejak jam 6.30 pagi tadi apabila 5 ekor lembu telah dibawa ke Kampung Tok Hamid untuk di sembelih dan sembelihan ini dilakukan oleh Ustaz Abdullah Hassan.Kemudian ianya dibawa ke Simpang Empat Permatang Buloh bersebelahan Pusat Khidmat ADUN Sungai Dua bagi tujuan melapah,memotong,menimbang dan seterusnya membungkus daging-daging korban untuk diagihkan kepada penduduk bermula pada jam 11.00 pagi.


Selain dari pengagihan ini satu bahagian diambil untuk dimasak bagi menyediakan jamuan makan kepada petugas-petugas dan masyarakat sekitar.Aktiviti memasak juga dilakukan ditempatyang sama dan secara bergotong-royong.



Beliau turut berterima kasih kepada petugas-petugas yang telah bertungkus-lumus seawal pagi bagi menjayakan program korban DUN Sungai Dua tahun ini.Bersama-sama dalam program ini juga rakan-rakan daripada Kelab Sukan Komuniti Sungai Dua dan kepimpinan UMNO serta masyarakat turut sama-sama melibatkan diri dan ianya dilihat sebagai platform terbaik dalam usaha kita untuk sentiasa dekat dengan masyarakat.  

Seterusnya MMI bersama Sdr Hasbul dan rombongannya  menuju pula ke Teluk Air Tawar bagi memenuhi jemputan Kenduri Korban oleh YB Dato Jahara Hamid ADUN Teluk Air Tawar bertempat  di Taman Wira Teluk Air Tawar.Majlis kenduri korban ini dijalankan dirumah YB Dato Jahara dan seluruh masyarakat serta kepimpinan setempat hadir memeriahkan majlis yang diadakan.Sebelum itu MMI dimaklumkan kenduri korban ini dimulakan dengan majlis tahlil pada jam 11.00 pagi dan diikuti dengan pengagihan daging korban serta jamuan makan tengahari.

   


Keceriaan jelas terpancar di wajah YB Dato Jahara sewaktu ditemui dan beliau melahirkan rasa syukur diatas kelancaran majlis yang dijalankan walaupun beliau dilihat begitu sibuk menyambut dan berjumpa para tetamu yang hadir.

Kemudiannya perjalanan diteruskan pula ke Taman Sepadu Tasek Gelugor bagi menziarahi Encik Said Bakar orang lama dalam UMNO Tasek Gelugor yang baru keluar dari hospital kerana jatuh sakit seminggu sebelum hari raya korban.Beliau yang sentiasa murah dengan senyuman dan sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada barisan pemuda terutamanya bagi menghadapi pilihanraya turut gembira apabila disapa oleh Sdr Hasbul dan rombongan sebaik tiba di rumahnya.Dalam keadaan masih kurang sihat pun beliau dilihat begitu teruja untuk berbicara hal-hal berkaitan politik namun ditenangkan oleh Sdr Hasbul yang meminta beliau supaya banyakkan berehat agar cepat sembuh.




Yakin dan percayalah bahawa kami orang-orang muda sentiasa mengharapkan agar Pak Su ( nama timangan En Said Bakar) cepat sembuh kerana kami orang muda walaupun keringat waja namun perjuangan ini seharusnya sentiasa di pacu dan didokong oleh orang-orang seperti Pak Su , bantulah bimbinglah agar kami menjadi anak muda yang mampu berkhidmat untuk Bangsa,Agama dan Negara.Kata Sdr Hasbul Hazani Daud sewaktu meminta diri untuk pulang.

Apa yang MMI boleh simpulkan adalah seharian bersama Sdr Hasbul dan rombongannya cukup membuatkan kaki berasa letih apatah lagi jika dibandingkan dengan beliau dan rombongannya yang seawal pagi telah pun memulakan tugas untuk bersama masyarakat dalam Parlimen Tasek Gelugor.Bagi MMI inilah gerak kerja yang sentiasa dilakukan oleh semua kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional dalam Parlimen Tasek Gelugor bagi memastikan rakyat sentiasa didahulukan.


Sdr Hasbul sewaktu ditemui berkata inilah sebahagian daripada gerak kerja yang disusun oleh pemuda dan beliau turut yakin seluruh kepimpinan UMNO juga terlibat secara langsung di kawasan masing-masing.Beliau turut mengulas berkenaan isu sesetengah pihak yang secara terbuka mencerca dan menghina amalan korban orang-orang Islam sebagai mereka yang berfikiran sempit dan mempunyai agenda politik tertentu.Klik Sini , Lagi Berita .


Mana mungkin sebagai seorang rakyat yang hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan dan masyarakat majmuk ini boleh bertindak hingga ke tahap begini.Saya beranggapan mereka-mereka ini sebenarnya didalangi oleh segelintir masyarakat yang tidak senang melihat Malaysia kekal sebagai sebuah negara aman dengan rakyatnya berbilang kaum.Percayalah mereka hanya mahu mewujudkan sentimen perkauman dan keagamaan yang selama ini kita pelihara dengan baik.Mereka hanya mahu mewujudkan kekacauan dan pergaduhan semuanya atas agenda politik sempit yang kononnya bersuara atas nama hak asasi manusia.



Sebagai seorang pemimpin pemuda di Tasek Gelugor ingin saya tegaskan bahawa orang-orang Melayu khususnya pemuda tidak pernah mempermainkan sebarang isu yang menjurus kepada keagamaan apatah lagi perkauman bangsa-bangsa lain.Kita sentiasa menghormati hak dan agama masing-masing namun bagi mereka di luar sana jangan sesekali memulakan sesuatu yang boleh menyebabkan tercetusnya pergaduhan dan kekacauan kerana kesannya kepada negara cukup besar malah kepada generasi selepas kita juga nanti.Namun perlu diingat pemuda bersedia bila-bila masa untuk bangun mempertahankan apa yang kita panggil sebagai legasi ini kerana kami barisan generasi pewaris mempunyai amanah dan tanggungjawab untuk memastikan ianya diwariskan kepada generasi selepas kami.


Setelah selesai bersalaman kami semua bertolak balik ke rumah masing-masing dan paling menarik MMI telah dimaklumkan besok ada lagi program korban dijalankan.Antaranya melibatkan pemuda dan masyarakat.

Sambung di Korban Pemuda.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels