Followers

Friday 2 December 2011

Dari Lensa MMI - Sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2011 (Hari Ketiga)


Perhimpunan Agung UMNO 2011 telah masuk hari ketiga.Setelah selesai persidangan ketiga-tiga sayap Wanita,Pemuda dan Puteri maka Perhimpunan Agung UMNO 2011 telah pun membuka tirainya apabila pagi kelmarin telah di rasmikan oleh YAB Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Seperti yang di janjikan kali ini MMI bawakan suasana yang cukup meriah di sekitar Perhimpunan Agung UMNO apabila skuad Lensa menerjah masuk ke ruang niaga bagi membuat liputan.

Sama-sama kita saksikan.

Di ruang legar ramai mengambil tempat untuk sama-sama mengikuti perbahasan melalui skrin besar yang disediakan
 
Jualan kain merupakan jualan yang paling mendapat sambutan dari kalangan wanita dan puteri namun ada juga pengunjung-pengunjung lelaki yang turut membeli bagi membawa ole-ole kepada mereka-mereka yang turut setia menanti di rumah
 
Kan dah cakap,pilih-pilih

Pilihan yang tepat itu penting namun kerana terlalu banyak gerai kadang-kadang rabun mata memilih 
Paling menarik apabila ada yang membuat tawaran harga runtuh
Antara jualan yang turut mendapat sambutan adalah pembelian model kapal terbang.Mungkin bermula dari sini kita boleh menjadi sehebat Tony Fernandez mana tahu satu hari nanti 

Salah satu gerai jualan di PWTC ini adalah gerai dari Puteri Pontian.Kepada barisan Puteri atau sesiapa saja boleh datang ke gerai ini kerana tudung-tudung yang di jual cukup menarik.

Kepada peminat-peminat sukan ragbi datanglah ramai-ramai ke salah satu gerai yang menjual barangan sukan khusus untuk ragbi dan paling best turut menjual jersi rabgi Malaysia

Penjualan sampin khususnya sampin UMNO turut mendapat sambutan menggalakkan.Kepada yang belum memilikinya datang dan tengok sendiri.Harga boleh runding punya jangan risau 

Antara pengunjung yang membanjiri gerai di PWTC 

Antara gelagat pengunjung yang turut memeriahkan PWTC

Turut mendapat perhatian adalah ais krim istimewa dapatkannya di aras 3
Sebahagian daripada gerai-gerai jualan yang terdapat di PWTC.Banyak lagi sebenarnya, macam biasa kepada yang belum sampai carilah masa hadir dan anda pilihlah gerai mana yang anda suka.


Ahli-ahli Wanita UMNO sentiasa bersemangat dalam mengikuti perjalanan perhimpunan dan melihat kepada jumlah kehadiran serta setia di depan skrin besar, Wanita memang terbaik ! Syabas MMI ucapkan kepada Wanita kerana semenjak dari hari pertama sehinggalah ke hari ini Wanita tetap setia bersama. 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels