Followers

Thursday 1 December 2011

Rentak Sudah Bermula - Presiden UMNO Rasmi Perhimpunan Agung UMNO 2011


Perhimpunan Agung UMNO 2011 dirasmikan sebentar tadi oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Presiden UMNO.Majlis dimulakan dengan upacara perbarisan dan menaikkan bendera UMNO di Dataran Putra.Diikuti dengan penyampaian ucapan dasar oleh YAB Datuk Seri Najib dihadapan 5,477 perwakilan di Dewan Merdeka.




Sebelum itu Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 hari ini juga turut dihadiri oleh Tun Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.Kehadiran kedua-dua tokoh ini turut mendapat perhatian orang ramai dan perwakilan yang berada di PWTC.





MMI melihat kehadiran kedua-dua tokoh negara ini sebenarnya memberikan gambaran yang sangat jelas bahawa mereka turut menyokong corak dan gerak kerja yang dilakukan oleh YAB Datuk Seri Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dan mereka juga mahu bersama-sama dalam usaha mengangkat parti UMNO dan negara Malaysia kemercu kejayaan.

Isyarat jelas telah diberikan,paluan gendang perang telah diminta dibunyikan,ayuh semua kita perlu susulkan dengan tindakan.

Yang pastinya YAB Datuk Seri Najib selaku Presiden UMNO mahu melihat bahawa parti terus di perkasakan dan UMNO serta Barisan Nasional perlu menang dalam PRU ke-13 nanti.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels