Followers

Sunday 17 June 2012

Akhirnya Identiti Cicak Mengkarung Yang Di Perkatakan Oleh YB Zul Di Dedahkan !!



Pasti ramai yang telah pun mengetahui mengenai insiden serangan juak-juak Pakatan Haprak terhadap YB Zulkifli Nordin sewaktu ceramah beliau di Petaling Jaya baru-baru ini.

Melihat kepada tindakan yang jelas memperlihatkan sikap juak-juak Pakatan Haprak itu sudah cukup untuk memberitahu seluruh rakyat khususnya orang-orang Melayu bahawa merekalah yang sebenarnya mengamalkan budaya samseng.Klik Sini

Malah mereka-mereka ini yang sering dilabelkan oleh YB Zulkifli Nordin sebagai cicak mengkarung akhirnya didedahkan identiti mereka.


Wajah dan suara cicak mengkarung jelas dilihat dalam rakaman ini

Kita dapat melihat dengan jelas wajah-wajah cicak mengkarung ini yang cuba mengganggu ceramah yang diadakan malah tindakan tersebut berakhir dengan serangan seperti yang anda semua saksikan dalam rakaman yang dibuat oleh tv3.

Berdasarkan rakaman terbaru ini jelas memperlihatkan bagaimana cicak mengkarung benar-benar tidak tahan dengan persoalan dan pendedahan yang dibuat oleh YB Zulkifli Nordin berkenaan perjuangan Pakatan Haprak khususnya parti Pas yang sudah semakin menyimpang yang akhirnya menyaksikan satu insiden cicak mengkarung mengamuk.

Walau bagaimanapun YB Zulkifli Nordin dilaporkan selamat daripada sebarang tindakan yang boleh membahayakan beliau apabila penduduk dan pihak polis yang berada di kawasan cepat bertindak dengan membawanya keluar dari kawasan dengan kereta peronda polis.Klik Sini

Terima kasih kepada para penduduk dan pihak polis yang cepat bertindak menghalang tindakan kumpulan cicak mengkarung tersebut daripada berterusan.Yang pastinya tindakan cicak-cicak ini membuktikan budaya gangsterisme dan samseng wujud dalam Pakatan Haprak.

Perlu diingat majlis ataupun program ceramah ini dianjurkan sendiri oleh Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 jadi tindakan menyerang ceramah tersebut amat-amatlah memalukan.


Apa pun sekalung tahniah dan syabas MMI ucapkan kepada YB Zulkifli Nordin kerana telah berjaya mendedahkan siapa sebenarnya yang di sebut sebagai cicak mengkarung.

Pssst rasanya cicak-cicak tu tengah cari bapak cicak ye tak ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels