Followers

Saturday 16 June 2012

TPM Lanyak Guan Eng Di Raja Uda !!


Seperti yang MMI janjikan , melihat kepada gambar diatas saja sudah cukup untuk menceritakan bagaimana keadaan di Raja Uda Butterworth sempena dengan kehadiran YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri ke Majlis Perhimpunan Semarak Kasih Rakyat.

Ribuan malahan puluhan ribu telah membanjiri Raja Uda semata-mata untuk bersama dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi dan gelombang biru dilihat mendominasi seluruh kawasan Raja Uda apatah lagi dengan berkibarnya bendera BN di sepanjang jalan.


Apa yang menarik perhatian MMI adalah program petang tadi dilihat bukan saja dihadiri oleh mereka yang berbangsa Cina malahan turut mendapat sokongan daripada bangsa Melayu dan India.Malah tidak salah sekiranya MMI labelkan Majlis Perhimpunan Semarak Kasih Rakyat yang diadakan petang tadi juga merupakan majlis himpunan rakyat 1 Malaysia.

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar menggunakan pentas yang disediakan untuk menerangkan kepada rakyat khususnya di Raja Uda bahawa usaha kerajaan Barisan Nasional untuk penduduk di Pulau Pinang sentiasa di teruskan walaupun Pulau Pinang berada di bawah kerajaan Pakatan Haprak.


Malahan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memaklumkan bahawa selama ini hasil usaha kerajaan BN lah maka rakyat di Pulau Pinang bahkan di seluruh negara dapat menikmati keselesaan demi keselesaan kerana kerajaan yang ada hari ini merupakan sebuah kerajaan yang kuat lagi cekap yang mampu menjamin kesejahteraan rakyat serta mampu mentadbir negara dengan baik.

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sesiapa pun tidak dapat menafikan bahawa pembangunan yang dikecapi rakyat negeri ini adalah hasil sumbangan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri semasa zaman pemerintahan BN.
    
"Saya bukan mahu mendabik dada tentang apa yang telah BN lakukan sebelum ini. Ini untuk mengingatkan rakyat atas apa yang telah kita lakukan. 
    
"Rakyat mesti diberikan kefahaman yang betul. Sumbangan kerajaan pusat amat besar,"


Lihat saja bagaimana jambatan kedua Pulau Pinang yang dijangka disiapkan dua bulan lebih awal dari jadual,pemberian bantuan BR1M kepada semua rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah,bantuan persekolahan RM100 kepada setiap murid sekolah,subsidi barangan keperluan harian seperti gula dan minyak dan lain-lain yang kesemuanya dilakukan oleh kerajaan persekutuan untuk membela nasib rakyat.

YAB Tan Sri Muhyiddin turut menggunakan peluang untuk menempelak Guan Eng dengan menyatakan Pulau Pinang kini dari segi kadar jenayahnya sudah semakin menurun kononnya dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan Guan Eng tetapi rakyat perlu tahu bahawa PDRM merupakan pasukan keselamatan yang berada di bawah kerajaan persekutuan dan hasil daripada NKRA lah maka kadar indek jenayah di seluruh negara berjaya dikurangkan termasuklah di Pulau Pinang ini bukannya kerana usaha Guan Eng dan kerajaan DAP.

Begitu juga dari sudut ekonomi bilamana kerajaan persekutuan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri termasuklah Pulau Pinang apabila sentiasa mencari peluang untuk membawa masuk pelabur bagi memberi ruang kepada rakyat mendapat pekerjaan melalui kementerian-kementerian yang ada seperti MAIDA,MITI dan lain-lain.

Malah sewaktu YAB Tan Sri Muhyiddin bertemu dengan pelabur-pelabur dari negara China pun beliau tidak pernah menghalang malah mengalu-alukan permintaan pelabur untuk datang ke Malaysia dan melabur di Pulau Pinang. 

Ini semua sebenarnya membuktikan bahawa kerajaan BN tidak pernah mengabaikan Pulau Pinang walaupun kerajaan negeri berada di bawah pentadbiran pembangkang.

Dalam ucapan panjang lebar itu YAB Tan Sri Muhyiddin turut berpesan kepada seluruh warga Pulau Pinang yang hadir supaya memikirkan tentang kredibiliti dan integriti seseorang yang mahu diangkat sebagai pemimpin utama negara.

Bagaimana kita mahu mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sedangkan beliau sendiri pun dikelilingi dengan pelbagai masalah melibatkan isu moral,penyelewengan dan sebagainya.Maka sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin nombor satu negara seharusnya Anwar perlu menjawab dan memberikan penjelasan sewajarnya supaya rakyat dapat menilai sejauh mana keperibadian seseorang pemimpin yang mahu dipilih.

Malah Pakatan Rakyat yang dilihat begitu teruja untuk menjadi kerajaan kedua selepas BN juga masih gagal membentuk penyatuan seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional.Mereka juga turut gagal menyenaraikan siapa bakal menjadi PM,TPM dan menteri-menteri sekiranya menang dalam pilihan raya kelak.Gagal menyenaraikan barisan kabinet bayangan Pakatan Rakyat juga membawa maksud mereka tidak bersedia sebenarnya dan mahukah kita sebagai rakyat memberikan kepercayaan ini kepada mereka yang bersikap begini kerana akhirnya sudah pasti kita akan ditipu.

Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menjanjikan sesuatu yang tidak mampu dilakukannya malah sekiranya kita berjanji semestinya janji itu akan dilaksanakan.


MMI yang turut berada dalam majlis tersebut dapat merasakan kebangkitan rakyat yang seolah-olah mahukan pilihan raya diadakan lebih cepat supaya rakyat dapat segera memulangkan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada Barisan Nasional.

Apa yang pasti Guan Eng dan juak-juak Pakatan Haprak teruk dilanyak oleh TPM dan lebih hebat lagi ianya berlaku dikawasan Guan Eng sendiri.


MMI juga suka untuk memaklumkan kepada semua , Guan Eng tak berani tunjuk muka di kawasan sendiri petang tadi kerana kehadiran YAB Tan Sri Muhyiddin di Raja Uda di kepalai oleh panglima perang pemuda UMNO negeri tak lain tak bukan Ir. Shaikh Husin Mydin Ketua Pergerakan pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.

Syabas kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang begitu bersemangat dan berani sepanjang lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang.Khususnya dalam menyerang Pakatan Haprak dikawasan mereka sendiri.

Tahniah kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program hari ini dan semestinya sekalung tahniah juga harus diberika kepada Ir Shaikh Husin Mydin kerana berjaya membuatkan Guan Eng kecut telur apatah lagi untuk menunjukkan muka.

Kepada semua segalanya sudah anda nikmati dan segalanya sudah anda lihat bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa komited untuk bekerja bagi memastikan rakyat dapat menikmati keselesaan dan lebih penting gerak kerja berterusan untuk membawa negara ke mercu kejayaan yang hasilnya bakal dinikmati oleh seluruh rakyat jelata.

Soalnya mahukah kita mendaki tangga tersebut ? Semuanya ditangan kita bukan orang lain .

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels