Followers

Sunday 10 June 2012

Najib PM Paling Sporting !!


Sebagai sebahagian daripada generasi muda di Malaysia,MMI mengakui bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Perdana Menteri paling sporting yang rakyat pernah miliki.Dalam kesibukan beliau melakukan tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia,beliau juga tidak pernah lupa untuk melihat setiap lapisan rakyatnya mengikut kesesuaian kumpuan masing-masing.

Najib merupakan seorang pemimpin yang tegas dalam setiap gerak kerjanya namun mampu untuk mengimbangi ketegasan dengan sikap bersahaja beliau dalam menghadapi apa saja rintangan malah mempunyai idea tersendiri untuk mendekatkan diri dengan seluruh rakyat.

Lihat saja bagaimana beliau boleh ke konti radio,berjumpa dengan rakan-rakan FB dan tweeter,menonton bola bersama rakyat,menjelajah keseluruh negara bertemu rakyat dan banyak lagi tindakan-tindakan yang sukar dilihat dilakukan oleh kepimpinan negara yang terdahulu.

Inilah yang formula yang membuatkan YAB PM di senangi oleh rakyat malah menjadi idola kepada sekelian rakyat yang mahukan beliau terus memimpin negara dan membawa kejayaan kepada Malaysia dan rakyatnya.


Terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak nampak sempoi habis dikelilingi anak-anak muda dalam satu pertemuan antara beliau dan pengikut twitternya di perkarangan Stadium Bukit Jalil petang Sabtu.

Beliau yang tiba jam 4.30 petang kelihatan ceria ditemani anak lelakinya Ashman berjalan dan menemui pengunjung di booth-booth yang disediakan sempena program  twtupkami di situ.

Selalunya orang politik agak kekok bila tiba-tiba berada di 'dunia orang muda' namun PM tunjuk sebaliknya, beliau nampak yakin sungguhpun ada waktu-waktunya memanggil Ashman untuk menemani beliau berborak dan bergurau senda dengan golongan sebaya anak-anaknya itu.

Sehinggakan ketika sesi berbual mesra, PM ditanya oleh golongan muda di situ mengenai dengan musik kegemaran beliau, dengan bersahaja beliau mengelak untuk menjawab... "ia memalukan" katanya yang merupakan peminat musik-musik 60-an seperti kumpulan Bee Gee yang memang 'budak-budak' hari ini tidak kenal.

Najib kemudiannya menyuruh soalan mengenai musik, lagu dan artis ditanya kepada Ashman, "Dia DJ, lebih arif tentang musik sekarang, musik saya ketinggalan zaman," katanya disambut ketawa oleh hadirin.

Ashman, 21 berkata beliau meminati 'housemusic' dan mengenali penyanyi popular Yuna, menyebabkan sebahagian besar pengunjung bersorak, kemudian Najib ditanya oleh apakah beliau mengenali Yuna, "Saya tahu dia bertudung, tapi tak kenal yang mana satu,"katanya jujur.

Bagi Najib, ahli politik dan anggota kerajaan lebih berani membuat perubahan dengan mendekati anak muda menggunakan media sosial.

Di sebalik kesibukan tugasnya sebagai PM, kata Najib, beliau memperuntukkan masa untuk aktif dalam dunia sosial, melayan peminatnya samada di facebook yang mencecah lebih sejuta pengikut atau twitter yang mana lebih 500 ribu pengikut.

Sambil menegaskan bahawa mereka perlu mengadaptasi dengan perubahan semasa, Najib berkata mereka perlu mengikut "rentak" anak muda dengan mengguna media sosial bagi mengetahui "keluhan, aspirasi dan kehendak" anak muda.Klik Sini untuk berita penuh.

MMI mengharapkan agar YAB PM diberikan kesihatan yang baik dan dapat meneruskan agenda beliau untuk kejayaan kita bersama.Sesungguhnya setiap usaha itu pastinya akan mendapat respon dan sokongan daripada pelbagai pihak apabila ianya dilakukan dengan niat yang ikhlas dan paling penting untuk melihat rakyat dan negara Malaysia terus di pacu mencapai kejayaan.

Walau bagaimanapun percayalah setiap usaha itu perlu disokong dan diikuti oleh setiap pimpinan di peringkat bawahan supaya setiap gerak kerja ini tidak menjadi sia-sia kerana rakyat mungkin sayangkan PM tetapi bencikan pimpinan di peringkat bawahan kerana sikap mereka yang jauh berbeza.

Jadikan ianya sebagai pencetus kepada sesuatu yang lebih besar selepas ini.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels