Followers

Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts

Monday, 3 June 2013

Jangan Buang Masa Dengan Politik Berlebihan ~ NAJIB Komited Teruskan Agenda


Setelah keputusan PRU13 diumumkan oleh SPR dan serentak dengan itu Barisan Nasional yang di ketuai oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat mandat pertamanya bagi menubuhkan kerajaan.Walaupun sedikit kecewa kerana tidak mendapat 2/3 majoriti seperti mana yang di harapkan , kejayaan Barisan Nasional menubuhkan kerajaan dengan jumlah kerusi 133 di Parlimen , sudah cukup untuk Barisan Nasional sekali lagi meneruskan agenda tranformasinya.

Dalam beberapa perkara kejayaan Barisan Nasional pada PRU13 ini mendapat reaksi daripada pelbagai pihak sama ada dari mereka yang pro kerajaan mahupun pro pembangkang.

MMI tidak nafikan kemenangan BN dalam PRU13 baru-baru ini banyak ditunjangi oleh kemenangan besar kerusi yang ditandingi UMNO dan peningkatan sokongan pengundi Melayu sehingga 70% kepada BN. Berdasarkan statistik kerusi parlimen yang ditandingi UMNO pada PRU-12 berjumlah 117 kerusi,UMNO sekadar memenangi 79 manakala pada PRU13 kali ini UMNO bertanding di 121 kerusi dan berjaya meningkatkan jumlah kerusi kepada 89.Selebihnya merupakan kerusi yang dimenangi oleh parti-parti komponen BN termasuk daripada Sabah dan Sarawak menjadikan kerusi yang dimenangi BN berjumlah 133 kerusi. 

Kejayaan BN merampas Kedah daripada Pakatan Pembangkang (PP) membuktikan bahawa sokongan dan kepercayaan orang-orang Melayu di Kedah terhadap UMNO dan BN sudah kembali.Beberapa parlimen yang merupakan kubu kuat PAS dan PP di Kedah seperti Sik,Baling,Padang Terap,Pendang,Kulim-Bandar Bharu,Merbok dan Jerai berjaya dirampas kembali ke tangan UMNO selain mengekalkan parlimen yang dimenangi pada 2008. 

YAB Datuk Seri Najib turut mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan tumbang walaupun sebahagian besar kaum cina menyokong pembangkang kerana BN terus mendapat sokongan kaum Melayu Bumiputera dan kaum India yang diterjemahkan dalam PRU13 sekaligus BN mendapat mandat untuk mentadbir negara. 

Tsunami politik kaum Cina sangat dirasai apabila melihat kepada keputusan pilihan raya yang sangat jelas bahawa kaum Cina mahu ubah kerajaan sedia ada dan diberi kepada Pembangkang.Sebagai contoh ,parlimen Seputeh yang mempunyai populasi pengundi Cina 88%, Melayu 5.4%, India 6% dan lain-lain 0.6% dimenangi oleh Teresa Kok (DAP) dengan majoriti besar melebihi 50,000 undi mengatasi calon BN dari MCA Nicole Wong Siaw Ting. Sangat jelas terasa sokongan Cina terhadap BN melalui MCA sudah jatuh dan mereka sudah terpengaruh dengan janji-janji perkauman yang sering ditiup oleh DAP. Selain itu,kebanyakan kerusi DUN atau Parlimen yang populasi majoriti pengundi Cina atau marginal, kebanyakan kawasan turut dimenangi oleh DAP dan calon pembangkang bukan Melayu. 

Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah telah meranapkan harapan bekas MB Johor,Dato' Abdul Ghani Othman untuk mewakili kawasan tersebut di Dewan Rakyat dan Mat Merapu mengkagumi pendirian Dato' Abdul Ghani kerana sebagai calon Melayu berani bertarung di tempat populasi tinggi pengundi Cina dan akhirnya pengundi Cina tetap tidak mahu memberi sokongan kepada calon Melayu.  

Jika dikaji secara lebih terperinci, lihatlah demografi politik di P.Pinang apabila DAP sekali lagi mencatat kemenangan besar di P.Pinang sekaligus mempertahankan negeri tersebut daripada dirampas kembali. PP menang 30 kerusi DUN daripada 40 dan DAP memenangi sebahagian besar kerusi tersebut diikuti PKR dan PAS (satu kerusi sahaja).UMNO hanya mampu mempertahankan 10 kerusi DUN yang kebanyakan kerusi ditandingi calon Melayu dari PAS atau PKR. Sangat jelas sokongan Melayu kepada UMNO dan BN masih tidak berubah dan berlaku peningkatan sokongan terutama di kawasan populasi tinggi pengundi Melayu .

Kata-kata Perdana Menteri sangatlah tepat dan BN perlulah melipat gandakan usaha untuk terus mendapat sokongan semua kaum dan melakukan penyatuan nasional yang sangat diperlukan jika melihat kepada senario politik PRU13 yang bakal mengundang bahaya jika tidak ditangani dengan segera serta secara bijaksana oleh kerajaan BN pimpinan UMNO.

Seperkara yang harus diingat dalam usaha kerajaan memacu negara sudah pasti kekangan dan pelbagai halangan khususnya gerakan-gerakan daripada pihak pembangkang yang saban hari melakukan segala dakyah dan tohmahan terhadap UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya boleh mengganggu-gugat kerajaan yang kini memerlukan formula tambahan bagi memastikan misi negara khususnya dalam soal perpaduan yang kini dilihat sedikit terjejas kerana politik keterlaluan yang dimainkan oleh pembangkang sepanjang 5 tahun yang lalu.

Bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan dan bukan sesuatu yang mustahil untuk di lakukan.Apa yang penting adalah usaha berterusan daripada pihak kerajaan tanpa menidakkan keputusan PRU13 yang rasanya sudah cukup untuk kerajaan jadikan sebagai rujukan.

Seperti yang pernah MMI katakan sebelum ini keputusan PRU13 sebenarnya memberikan banyak kelebihan kepada Barisan Nasional dan kerajaan kerana kaum Cina sebenarnya sudah melakukan satu kesilapan paling besar dalam sejarah pilihanraya negara.Malah gerakan pembangkang yang terdiri daripada DAP,PAS dan PKR juga sebenarnya sudah dapat diduga dan kita sebenarnya mempunyai kelebihan dalam merencanakan segala dasar dan juga pelan-pelan tindakan selepas ini.

Apa yang penting adalah pasukan yang bersama dengan kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menempuh 5 tahun yang akan datang perlu benar-benar dapat membantu malah memberikan idea-idea serta sumbangan terbaik mereka tanpa meminggirkan mana-mana saluran.

Berdasarkan ucapan daripada YAB Datuk Seri Najib pagi tadi , MMI percaya kita mampu melakukannya.

PUTRAJAYA 3 Jun - Pilihan raya sudah selesai dan rakyat tidak harus menoleh ke belakang serta membuang masa dengan terlibat dalam politik berlebihan (excessive pilitics).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara sebaliknya perlu bergerak ke hadapan dan kerajaan perlu menumpu perhatian kepada usaha menunaikan amanah yang diberikan rakyat.

"Lebih sebulan berlalu selepas pilihan raya, masanya sudah tiba untuk tidak toleh ke belakang dan mesti mengorak langkah ke depan.

"Kita tidak boleh membuang masa dengan terlibat dalam politik berlebihan kerana ia akan mengalih pandangan daripada usaha yang besar iaitu menunaikan amanah yang diberikan rakyat untuk memastikan negara membangun lebih pesat,'' katanya berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. - UTUSAN

Psst Apakah laungan 1 Malaysia akan masih kedengaran selepas ini ????

MMI.

Thursday, 30 May 2013

Jom Borak-Borak Tentang GST ?!!!!


Beban ? Sebut sahaja perkataan tersebut kita sudah pasti dapat membayangkan tentang satu perkara iaitu beban atau tanggungan yang pasti berat untuk di pikul oleh sesiapa sahaja.Malah pada ketika entri ini di tulis juak-juak pembangkang yang sinonim dengan bangkang apa saja asalkan ianya bukan dari pembangkang sudah pun menggerakkan seluruh jenteranya untuk memanipulasikan isu melibatkan dasar kerajaan berkenaan GST.

Apakah GST itu benar-benar membebankan rakyat ? Apakah dengan pelaksanaan GST itu nanti maka rakyat akan berhadapan dengan kenaikan harga barangan yang pastinya akan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan dalam ekonomi seterusnya melibatkan kos-kos lain turut meningkat naik ?

Apa akan berlaku semacam satu tsunami besar-besaran rakyat tidak lagi mampu untuk berbelanja ?

Sebelum itu timbul satu persoalan mengapa agaknya kaum Cina antara paling ramai yang menentang pelaksanaan GST oleh kerajaan ? Adakah kerana ianya benar-benar akan menekan pengguna ?

Disinilah sebenarnya kita di tuntut untuk membuat sedikit pembacaan dan mendapatkan pencerahan sekurang-kurangnya apa yang di gembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu dapat kita saring dengan sebaik-baiknya.

Apakah kita semua boleh percaya bahawa Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang baru-baru ini berjaya membentuk kerajaan setelah  keputusan pilihanraya di umumkan boleh dan sanggup mengeluarkan idea atau dasar GILA yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat ?

Perlu diingat Barisan Nasional sudah faham dan menerima dengan baik setiap suara rakyat yang turun menunaikan tanggungjawab mereka baru-baru ini di peti-peti undi dan mereka tidak memberikan Barisan Nasional 2/3 majoriti seperti mana YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan.

Apakah ampa semua yakin tanpa 2/3 majoriti kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melakukan tindakan yang boleh membebankan rakyat ?

Perlu diingat kerajaan hari ini akan berdepan dengan pilihanraya ke-14 dalam tempoh masa mungkin lagi 5 tahun sahaja.5 tahun bukanlah satu tempoh yang lama bagi sebuah kerajaan yang perdana menterinya baru mendapat mandat rakyat dan kita juga harus melihat suasana politik hari ini di mana pembangkang yang ada bukanlah pembangkang yang profesional dari segi politiknya.

Tahukah negara kini memiliki pembangkang ekstrem yang sanggup melakukan apa sahaja waima turun ke jalanraya bagi mencapai cita-cita gila mereka ?

Sekali lagi MMI nak tanya , ampa yakin kerajaan hari ini akan melaksanakan sesuatu dasar yang boleh menekan rakyat ????????

Kita dah berbicara sedikit sebanyak tentang senario politik , masyarakat dan beberapa perkara yang sempat MMI catatkan namun jangan lupa semuanya berkisar tentang GST.

Oleh kerana itu MMI nak tanya semua , ampa faham ka apa tu GST ???? 

Huh kalau GST pun tak tau macam mana ampa boleh bercakap tentang GST ????

Psstt jangan jadi macam monyet kat atas tu dia tau ka apa yang dia pegang tu ???

Nantikan entri seterusnya tentang GST..Insyaallah.. 

MMI.

Wednesday, 15 May 2013

Najib UMUM Jemaah Menteri Jam 5 Petang Ini !!!


Ketika pelbagai andaian dan cakap-cakap mencongak siapa yang bakal menjadi menteri dan timbalan menteri , Najib selaku Perdana Menteri Malaysia masih tersenyum dan menyimpan kemas senarai nama jemaah menterinya.

Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur tengah hari ini untuk mendapatkan perkenan Seri Paduka bagi barisan kabinet baharunya.

Perdana menteri tiba pada pukul 11.55 pagi menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam dan terus menghadap Seri Paduka bagi mempersembahkan senarai itu.

Kira-kira 30 minit kemudian kereta yang membawa Najib dilihat keluar dari perkarangan Istana. Seramai 20 orang wakil media sedia menunggu di luar pintu pagar Istana.

Najib dijadual mengumumkan barisan kabinet itu pada pukul 5 petang ini di Putrajaya.

Majlis angkat sumpah memegang jawatan dan menyimpan rahsia oleh menteri dan timbalan menteri akan diadakan pada 9.30 pagi esok di Istana Negara.

Pembentukan barisan kabinet baharu itu ialah lanjutan daripada pelantikan Najib sebagai perdana menteri pada 6 Mei lepas.

Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan pada 3 April lepas, kabinet merangkumi 25 kementerian dan diterajui 28 menteri.- Bernama

Apakah akan ada perubahan atau semua kementerian di kekalkan ? Kita tunggu jam 5 petang ini...

MMI.

Tuesday, 14 May 2013

Biaq Betoi Husam Istihar Masuk BN ?!!!


Terkejut juga MMI bila dengar cita ni , tapi betol ker ? Atau orang cakap-cakap ja ? Untuk dapatkan jawapan MMI pun belek-beleklah sikit hampeh tak ada pun ni semua cakap-cakap kosong ja , sembang-sembang petang sambil pekena cucuq udang !

Husam Musa masih lagi bersama PAS tak lari kemana pun cumanya dia saja yang tak terpilih untuk berada dalam kerajaan negeri Kelantan.Huh habis dia meroyan sana sini , maklumlah bila tak terpilih ni hati sapa pun terasa ye tak !!

Tapi sejak pandai meroyan ni , dia balun semua orang sampaikan Najib pun kena !!

Apa hal Husam ? Apa benda yang hang mengarut tak tentu arah ni? Cuba cerita sikit, apa masalah yang sebenarnya? Dah sakit otak dah ka?

Ada ka patut tiba-tiba Si Husam ni dok sibuk mempersoalkan kenapa Datuk Seri Najib tak 'ditendang' dari jawatan Perdana Menteri seperti Pak Lah.

Alo brader! Yang hang sibuk sangat dengan BN ni pasal apa? Kalau nak tendang, pi tendang pemimpin  sendiri dulu noo!!! Jangan sibuk dengan parti orang lain.

Kalau nak ditendang, tendang dulu Si Ketua Penipu bernama Anwar Bin Ibrahim tu. Dia punya pasal la PKR hilang satu kerusi dalam Parlimen.

Tak pun, tendang dulu Hadi Awang kerana menyebabkan PAS hilang dua kerusi Parlimen. Atau pun, dia tendang semua pemimpin PAS Kedah sebab hilang kuasa kat sana.

Yang nak sibuk - sibuk pasal parti orang lain ni kenapa? Nampak sangat la yang Si Husam ni sebenarnya dah terdesak. Nama dia semakin hari semakin hilang.

Malah, pengaruh dia di Kelantan pun telah berjaya dihapuskan oleh puak - puak Rejim PAS Kelantan. Kiranya, dia angin la sebab dia sendiri yang kena 'TENDANG'!!! Kihkihkih

Di Putrajaya lagi teruk , ampa nak tau pasai dia ni kalah ? Ada ka pi kempen benda yang tak masuk akai ni !! Rakyat pun boleh pikiaq cik ooi ....


Disebabkan dia kena TENDANG dengan Rejim PAS jugak la yang membuatkan dia cuba nak melaga - lagakan Datuk Seri Najib dengan Tan Sri Muhyiddin.

Tak dinafikan beb. Dua orang teraju utama dalam Barisan Nasional ni sudah mula menjadi halangan kepada Pakatan Pembangkang.

Jadi, tak heran la kalau orang macam Si Husam ni boleh panas punggung dan terasa diri dia seperti diancam. Maklum la, orang yang kena TENDANG parti sendiri la katakan. Itu pasal la dia meroyan tak tentu arah!!! sumber 

Kalau macam ni punya kelaku tok wan rakan karib MMI pun kata BUANG MASA masuk BN !! Hihihi..Husam marah laa dia nak jadi menteri besar Kelantan yang ampa dok gelak pasai apa ???

MMI.

Wednesday, 3 April 2013

PARLIMEN BUBAR - 100 Pencapaian NAJIB Sepanjang Penggal Ke12


Berikut ialah antara pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009 :

1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA

* 5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

* 11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

* 7 Jan 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

* 31 Jan 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

* 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

* 19 Feb 2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.

* 22 Jun 2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).

* 7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah. 


* 4 Julai 2011 - Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

* 7 Julai 2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).

* 7 Julai 2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

* 19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.

* 18 Feb 2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.

* 23 Jun 2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

* 24 Jun 2012 - Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.

* 7 Julai 2012 - Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.

* 14 Julai 2012 - Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.


* 15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.

* 7 Ogos 2012 - Memperkenal kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.

* 28 Sept 2012 - Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

* 12 Nov 2012 - Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

* 15 Feb 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

* 19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

* 16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.


2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA

* 3 April 2009 - Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)

* Pada tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.

* 9 Julai 2009 - Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi transaksi pencambahan senjata nuklear.

* 15 Sept 2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967. 

* 5 Okt 2011 - Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak 34 tahun lepas, mansuh Akta Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang belum diserahkan, dibatalkan.

* 24 Nov 2011 - Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang antara lain keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.

* 24 Nov 2011 - Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan di bawah Ordinan Darurat.

* 19 April 2012 - Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa mencapai usia 21 tahun untuk berpolitik.

* 28 Sept 2012 - Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan peruntukan RM20 juta.

* 28 Sept 2012 - Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat. 

* 15 Dis 2012 - Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

* 7 Mac 2013 - Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di Sabah bahawa mereka tiada pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah diri. 

* 11 Mac 2013 - Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.

* 25 Mac 2013 - Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

* 30 Mac 2013 - Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB. 


3. PENTADBIRAN


* 9 April 2009 - Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya -- menteri dan timbalan Menteri - dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

* 18 Julai 2009 - Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

* 27 Julai 2009 - Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). (Bidang utama pada KPI itu ialah - mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)

* 27 Jan 2010 - Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan enam NKRA.

* 8 Feb 2010 - Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

* 23 Feb 2010 - Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.

* 23 Feb 2010 - Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

* 4 April 2011 - Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam 'Strategi Lautan Biru Kebangsaan' dalam pengurusan tugas mereka, iaitu 'mengurang', 'menghapus', 'mewujud' dan 'menambah peluang'.

* 28 Sept 2012 - Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan dibuat pada Disember 2012, manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.

* 26 Ogos 2012 - Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif menghubungkan antara UTC dan RTC supaya melaluinya produk makanan dan hasil pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.

* 19 Mac 2013 - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)


* 25 Mac 2013 - Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS). 


4. EKONOMI DAN KEWANGAN 

* 10 Mac 2009 - Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya.

* 22 Apr 2009 - Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.

* 27 Apr 2009 - Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.

* 27 Apr 2009 - Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion. 

* 15 Mei 2009 - Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad ditubuhkan bagi memudahkan syarikat mendapat akses lebih baik kepada pasaran bon Malaysia.

* 24 Jun 2009 - Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi menyelaras harta milik orang Islam Malaysia.

* 30 Jun 2009 - Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).

* 1 Julai 2009 - Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.


* 23 Okt 2009 - Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran ersama' dengan peruntukan RM191.5 bilion.

* 23 Dis 2009 - Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari jualan hartanah tanpa mengira tahun hartanah itu dibeli.

* 30 Mac 2010 - Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik. 

* 10 Jun 2010 - Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10). 

* 25 Okt 2010 - Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).

* 11 Jan 2011 - Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.


5. LUAR NEGARA

* 10 April 2009 - Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand

* 3 Jun 2009 - Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.

* 6 Okt 2009 - Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.

* 30 Sept 2009 - Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama yang bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.

* 26 Okt 2009 - Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand dimeterai.

* 12 April 2010 - Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Walter E.Washington i Washington, Amerika Syarikat. 

* 27 Sept 2010 - Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, Najib menggesa semua negara supaya "memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism".


* 12 Julai 2011 - Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

* 18 Mei 2011 - Menghadiri "Invest Malaysia New York 2011" di New York, Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara RM5 dan RM6 bilion pelaburan.

* 15 Okt 2012 - Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan embebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina.

* 22 Jan 2013 - Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza.


6. TEKNOLOGI DAN INOVASI

* 24 Julai 2009 - menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.

* 15 Sept 2009 - mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam bidang pemotoran.

* 28 Okt 2009 - Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.

* 29 Okt 2009 - Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.

* 17 Dis 2009 - Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan arbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.

* 26 Jan 2010 - melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.

* 24 Mac 2010 - Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.

* 10 November 2010 - Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.

* 8 Sept 2011 - Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus enghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.

* 7 Julai 2011 - Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan pemberian rebat tunai RM200 kepada engguna domestik yang membeli pendingin hawa dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.

7. POLITIK 

* 26 Mac 2009 - Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan erdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

* 24 April 2009 - Dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. 

* 15 Ogos 2011 - Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan raya.

* 29 Nov 2012 - Melancarkan buku bertajuk 'Transformasi Politik:Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat', yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.

* 20 Feb 2013 - Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.


8. PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB 

* Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan.BACA SINI 

* Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh unia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

* Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia erbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia. 

* Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.

* World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia. 

* Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing. BACA SINI 

* Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.

9. PENDIDIKAN

* 25 Jan 2010 - 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

* 7 Okt 2011 - Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti. - Bernama

Parlimen kini sudah di bubarkan dan segalanya di serahkan kepada rakyat buatlah pilihan terbaik kerana masa depan negara bergantung kepada kebijaksanaan anda semua.

kredit Dr MiM

MMI.







NAJIB ON-AIR 11.30 AM #PRU13


Desas-desus mengenai Parlimen akan dibubarkan hari ini (Rabu) semakin kuat apabila Datuk Seri Najib Tun Razak akan ke udara di televisyen secara langsung pada pukul 11.30 pagi.

Berdasarkan laman Twitter Pejabat Perdana Menteri (@PMOMalaysia), Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan khas, dijangka mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

"Saksikan Perdana Menteri @NajibRazak berucap secara langsung di TV pada pukul 11.30 pagi ini," demikian menurut akaun Twitter berkenaan. -Mstar

MMI.

Wednesday, 27 March 2013

Mission To Kill , PM Dalam Bahaya ?!!

Gambar Hiasan
Dalam kita sedang asyik berpolitik sebenarnya ada pihak-pihak tertentu lebih sibuk dari kita.Kesibukan itu bukan satu perkara biasa tetapi ianya adalah satu tindakan mahupun perancangan untuk membunuh Perdana Menteri Malaysia.

Malah ianya sudah pun berlaku sejak tahun 1988 lagi apabila pengakuan terbaru oleh CN Afghani yang belkau satu ketika dulu pada tahun 1988 pernah merancang untuk membunuh Tun Mahathir yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri.

Ikuti laporan dari Utara News berkenaan pengakuan tersebut...

Bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh diharap tidak menjadi budaya Malaysia, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbuka bekas anggota Pas seumur hidup, Zainol Ismail yang berhasrat bertemu Dr Mahathir untuk memohon maaf kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988.

"Saya pun tidak sedar ada ada perancangan hendak bunuh saya, sebab saya ini berjalan merata tempat serta tidak pernah rasa takut, sekarang ini baru tahu ada orang hendak bunuh saya. "Saya tiada apa-apa, saya harap ini tidak menjadi budaya Malaysia.

Di Malaysia kalau kita tidak bersetuju atau bermusuh dalam politik, tidaklah sampai tahap nak bunuh. "Saya tiada masalah untuk maafkan dia, saya maaf orang lain juga kalau ada," kata Dr Mahathir kepada pemberita pada Forum Perdana 'Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam' di bangunan Parlimen semalam.

Dr Mahathir menjadi anggota panel forum itu bersama bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Media tempatan semalam melaporkan Zainol atau lebih dikenali sebagai CN Afghani, membuat pengakuan bahawa rancangan melakukan pembunuhan itu timbul, kerana terpengaruh dengan 'Amanat Haji Hadi' yang mendakwa Umno kafir.

Apa lagi yang kita boleh kata , jika pada tahun 1988 pun perancangan ini sudah wujud maka tidak mustahil ketika ini juga tindakan yang sama boleh dilakukan.

MMI bukan menuduh tetapi biarlah pengakuan oleh CN Afghan itu menjadi pedoman kepada pasukan keselamatan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana segala kemungkinan boleh berlaku.Apatah lagi dalam suasana politik negara terkini.

MMI.

Friday, 15 March 2013

Cubaan BUNUH , PM Dalam BAHAYA !!!


Sebuah pemilik akaun telah mengelarkan kenyataan nak bunuh Perdana Menteri, DS Najib Razak dalam komennya. Dengan pendedahan oleh satu page politik iaitu Isu Politik Semasa (IPS) , 'print screen' yang berjaya dirakam menunjukkan pemilik akaun facebook ini mengeluarkan kenyataan hendak bunuh Najib.


Hasil pemeriksaan BC, akaun facebook terbabit bukanlah akaun sebenar sebaliknya hanya akan palsu. Malahan ramai yang percaya akaun tersebut milik seorang india kerana nama dan gambar profil yang digunakan oleh akaun ini merujuk kepada kaum india.

Page IPS mendedahkan lagi 'wajah' sebenar pemilik akaun palsu terbabit:-


Sungguh keji apabila pemilik akaun ini yang rata-rata cukup jelas mempromosikan parti pakatan menggunakan banner tertera khalimah Allah namun menggunakan identiti bukan islam. Ini satu penghinaan bagi Islam..

Apa motif beliau mengeluarkan kenyataan nak bunuh najib tapi menggunakan profile sebagai seorang india? adakah pemilik akaun pro pakatan ini cuba mewujudkan pertelingkahan antara kaum tatkala semua kaum di Malaysia sedang bersatu hati dikala insiden Lahad Datu menimpa Malaysia? Baca Selanjutnya 

MMI.

Friday, 8 March 2013

Steady PM !!


Berani , tegas , berhemah dan patriotik .. MMI tabik spring pada YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana sebagai pemimpin beliau telah melakukan tindakan terbaik dalam mempertahankan negara.

Memberi kata dua kepada penceroboh supaya meletakkan senjata atau dihapuskan pada ketika penceroboh mahukan genjatan senjata cukup untuk membuktikan betapa Malaysia serius dalam menangani ancaman sebegini.

Tidak ada ruang dan tempat kepada mereka yang tidak menghormati kedaulatan negara merupakan mesej jelas kepada sesiapa sahaja yang cuba untuk menggangu-gugat keamanan Malaysia.

Kenyataan tegas dari YAB PM membuktikan kerajaan amat menghargai setiap titisan darah perwira negara yang gugur di medan perang mempertahankan negara.

  

MMI.

Thursday, 7 March 2013

Malaysia TEGAS - Special Security Area Di Wujudkan #LahadDatu


Kalau Sultan Sulu harap Malaysia akan tunduk pada pengumuman gencatan senjata sebelah pihak beliau tengahari Khamis...ini jawabnya: TIDAK !!

Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun lawat Ops Daulat mulai jam 10 pagi  tegas berkata penceroboh mesti letak senjata tanpa syarat.

Kata Perdana Menteri dalam sidang akhbar petang Khamis Ops Daulat yang masuk hari ketiga akan diteruskan....tak kira berapa lama lagi sehingga mereka letak senjata dan serah senjata kepada pihak berkuasa Malaysia.

Beliau memberitahu Presiden Aquino Filipina baru telefon beliau sebelum sidang akhbar itu bertanya mengenai pengumuman Jamalul Kiram dan itulah jawapan beliau.

Serentak dengan itu dalam usaha untuk mewujudkan rasa selamat dan terjamin di kawasan Timur Sabah yang mengadap kepuluan Selatan Filipina termasuk Sulu beliau mengumumkan pembentukan Special Security Area.

Katanya kawasan keselamatan khas itu akan meliputi Kudat,Lahad Datu,Kunak,Semporna dan Tawau.

Sebuah command centre akan diadakan segera di Lahad Datu.

Beliau menjelaskan kawasan keselamatan khas itu akan kekal sekalipun krisis pencerobohan Sulu ini berakhir.

Perdana Menteri juga memberitahu sebanyak lima batalion lagi terdiri daripada tentera dan polis akan ditambah dari kekuatan yang sedia ada di kawasan keselamatan khas itu.

Pada sidang akhbar itu Najib juga menegaskan Sabah akan wilayah Malaysia dan tidak akan tunduk pada sebarang tuntutan.agendadaily 

Tahniah MMI ucapkan kepada YAB PM kerana tegas dalam soal keselamatan negara.Inilah yang MMI harapkan daripada seorang pemimpin berani mempertahankan hak seluruh rakyat Malaysia.

Jika nak di bandingkan dengan pemimpin pembangkang umpama langit dengan bumi , bayangkan kalau hari ini pemimpin negara Anwar atau puak-puak PAS ? 

Kepada Kiram , MMI nak bagitau belajar sikit tentang bangsa Melayu di Malaysia....

Kesimpulannya apa yang sedang berlaku adalah kesalahan Kiram , kerana beliaulah maka bangsa Sulu yang bersamanya hari ini mati sebagai pengganas !! Mau belajaq sikit...

MMI.

Thursday, 21 February 2013

Komitmen NAJIB & Barisan Nasional Hadapi PRU13


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu berikrar akan memberikan komitmen terhadap agenda pembangunan nasional terutamanya dalam membanteras gejala rasuah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menerusi dokumen ikrar yang ditandatangani Najib, beliau menyatakan bahawa hanya pemimpin yang adil boleh mewujudkan sebuah kerajaan yang diterima rakyat.

"Saya percaya sebagai pemimpin BN yang sebenar, saya perlu menjadi contoh yang baik bahawa hanya calon yang bertanding secara adil dan bebas akan mewujudkan sebuah kerajaan yang dipercayai dan dihormati rakyat," katanya seperti dipetik menerusi dokumen berkenaan.

Ikrar berkenaan merupakan inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Integriti Antarabangsa Malaysia (TI).

Majlis menandatangani ikrar berkenaan disaksikan Presiden TI, Datuk Paul Low.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta beberapa pemimpin komponen BN termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel.

Ikrar berkenaan merupakan satu kontrak sosial yang dibuat secara sukarela oleh calon-calon PRU-13 bagi menggalakkan integriti, sistem tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan serta demi menegakkan kedaulatan undang-undang.

"Bakal-bakal calon daripada parti komponen BN sudah melalui proses tapisan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), jadi ia terbukti bahawa mereka juga memikul komitmen untuk memastikan pilihan raya bersih dan adil.

"Ini merupakan satu lagi langkah kehadapan dengan menandatangani ikrar integriti. Marilah kita bekerja bersama-sama ke arah mengukuhkan proses pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu menurut Najib, beliau akan memastikan semua calon BN menandatangani ikrar berkenaan selepas senarai calon diumumkan.

Sementara itu Low berkata kandungan ikrar berkenaan turut akan dimuatkan dalam laman web rasmi Integriti Antarabangsa Malaysia (TI).

"Langkah seterusnya ialah menjadi tanggungjawab awam adalah untuk menjadi mata dan telinga bagi memantau sama ada bakal-bakal calon mematuhi ikrar itu atau pun tidak.

"Selain itu orang ramai turut berpeluang memberikan maklum balas mengenainya di laman Facebook dan Twitter," katanya.

Empat teras utama yang terkandung dalam ikrar berkenaan ialah:

1. Calon perlu mematuhi prinsip kebenaran, integriti, tingkah laku yang beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dalam apa-apa cara dalam amalan rasuah;

2. Mendukung dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan;

3. Melakukan tadbir urus yang baik dan telus;

4. Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang diguna pakai di Malaysia.  

sumber mstar 

MMI.

Monday, 18 February 2013

BUKTI Ada Pihak Terdesak LAMAN WEB JPM DI GODAM !!


Pelbagai spekulasi timbul apabila secara tiba-tiba berita perletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak muncul di laman web JPM hari ini.Bagi yang dah masak dengan perangai pihak-pihak tertentu sudah tentulah ianya bukan satu kejutan namun ianya mampu mencetuskan kejutan di kalangan rakyat Malaysia.

Apa pun jangan khuatir kerana kejadian tersebut merupakan satu lagi tindakan oleh pihak-pihak tertentu menggodam laman-laman web dengan niat jahat atau cuba untuk melakukan sabotaj.

Jabatan Penerangan menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial yang disedari pagi Isnin, kata Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.


Laporan Bernama memetik beliau berkata penafian ini dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan - 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.' "Jabatan Penerangan Malaysia telah mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan palsu itu daripada kedua-dua sistem tersebut.

"Tindakan awal ini bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Ibrahim berkata satu siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dibuat oleh pihak jabatan disusuli dengan laporan polis.Baca seterusnya di blog Dr MiM 

Kalau di kira dari suasana politik negara barangkali ianya di lakukan oleh pihak-pihak yang tidak senang dengan YAB PM dan kerajaan Barisan Nasional itu ada , apatah lagi dalam keadaan terdesak sebegini puak-puak songsang sanggup melakukan apa saja waima tidur di Dataran Merdeka sekalipun.

Jadi tak mustahillah segalanya mungkin berlaku..Dah terdesak sangat dah puak-puak ni rasanya.....

MMI.

Wednesday, 13 February 2013

PANAZZZZZ NYAAAA VIDEO Najib TENGKING Pimpinan BN ?!!! Sory Bro Gua Kena Keluar Gak Video Ni....


Untuk menegur kita mesti sedia di tegur , untuk mengajar kita mesti sedia diajar itu antara kata-kata keramat yang MMI selalu tanamkan dalam diri dalam apa saja keadaan.Sebagai manusia kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan kerana kesilapan jugalah kita bangun belajar dan berdiri atas kaki sendiri.

MMI antara rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan bumi tercinta ini.Malah dalam beberapa keadaan kita sering saja menyusun sepuluh jari menandakan betapa lemah lembut dan bermurahnya kita sesama rakyat.

Pasti ramai yang pernah melihat betapa rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama sama-sama berganding bahu membantu mereka-mereka yang dalam kesusahan khususnya apabila melibatkan kemalangan jalanraya dan musibah yang sewaktu dengannya.Contoh seperti gambar di bawah ,


Rasanya tak perlu MMI ulas panjang lebar tentang gambar diatas ampa semua sudah boleh mencongak apa sebenarnya yang menjadi keutamaan si apek berpayung tersebut apabila meriba seorang anak muda berbangsa Melayu serta menggengam tangan anak muda berkenaan.

Apakah si apek tua itu sedang berkempen supaya anak muda tersebut selepas ini memilih parti politik tertentu ? Rasanya tidak , kerana yang menjadi keutamaan beliau adalah menyelamatkan mereka yang di timpa musibah.

Oleh kerana itu jugalah maka MMI mengambil kesempatan ini untuk memuat naik video yang sudah pasti memberikan impak kepada MMI sendiri yang berkisar kepada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang baru-baru ini.

Kiranya ada mana-mana pihak khususnya dari Barisan Nasional sendiri yang mahu mengutuk dan mengambil  apa-apa tindakan terhadap MMI dipersilakan kerana MMI melakukan semua ini demi kepentingan rakyat yang perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam Majlis tersebut merujuk kepada insiden Najib di boo oleh penonton sewaktu melaungkan "Are You Ready For BN" tempoh hari.

Video insiden Najib di boo dan sikap kurang ajar serta biadap juak-juak pencacai Pakatan Haprak


Persoalannya disini apakah mereka yang terlibat dalam insiden boo terhadap ucapan Najib merupakan rakyat keseluruhannya yang hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baru tersebut ? Malah jika dikira dari sudut video ini diambil ianya jelas sekali merupakan satu perancangan yang sudah disusun supaya puak-puak ini berkumpul dalam satu tempat bagi memudahkan urusan cai-cai pembangkang menjalankan kerja-kerja sabotaj mereka.

Sekarang MMI bawakan satu lagi rakaman video dari sudut dan kawasan lain untuk ampa semua bandingkan.

 

Ada yang kata video ni "fake" tapi tak menjadi hal pada MMI kerana pembangkang pernah menganggap rakaman dalam video adalah besi buruk saja.

Apa pun MMI tak nafi tentang kehadiran juak-juak pembangkang pada Majlis Sambutan Tahun Baru tersebut malah turut disertai dengan unit medianya sekali sebab itu adalah perancangannya.

Apa tujuan sebenarnya ? TERGUGAT bro !! Jadi sesuatu perlu dilakukan..Line clear tak ada hal pun sebab yang hadir tu sama-sama nak menyemarakkan semangat 1 Malaysia.

Berbalik kepada tajuk kat atas sana noo , memang PANAZZZ sebab kawasan padang tersebut tak ada bumbung dalam masa yang sama memang Najib TENGKING tapi bukanlah menengking mana-mana pemimpin BN sebaliknya Najib perlu tinggikan suaranya sewaktu ucapan kepada 80,000 rakyat yang membanjiri Sek Tinggi Han Chiang.

80,000 orang yang hadir bro , cuba kira dan agak tengok berapa ramai puak yang kata noo tu...Juak pencacai pembangkang syok sendiri jaa..Tunggu PRU13 lah senang cita !!

MMI.

Labels