Followers

Saturday 16 June 2012

TPM Bakal Gegar Kubu Kuat Guan Eng Petang Ini !


Hari ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang dengan jadual yang cukup padat dan ketibaan beliau di sambut oleh seluruh kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional negeri di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pagi tadi.


Beliau yang diiringi oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Datuk S Subramaniam Menteri Sumber Manusia kemudiannya ke Universiti Sains Malaysia dalam satu perjumpaan bersama NGO-NGO Melayu pada jam 9.00 pagi tadi.



Banyak perkara yang diperbincangkan dan ianya menjadi satu pentas terbaik kepada seluruh NGO untuk sama-sama berperanan dalam usaha kerajaan memajukan negara.

Ketika artikel ini ditulis YAB TPM sekarang ini sedang berada di  majlis perjumpaan bersama pekerja industri di kilang Western Digital Media (M) Sdn Bhd dan menyaksikan pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) antara Lembaga Pelaksana Koridor Utara (NCIA), kilang Advanced Micro Devices Export Sdn Bhd dan Fabtronic Sdn Bhd.

MoA itu bertujuan memperkenalkan Skim Peningkatan Teknikal Perindustrian Koridor Utara (“NCITES”) untuk golongan siswazah menganggur mendapatkan pekerjaan tetap melalui peruntukan latihan kemahiran dan pendedahan perindustrian dalam bidang pengkhususan terpilih.

Lebih 5,000 warga industri berhimpun untuk mendengar ucapan Timbalan Perdana Menteri yang dijangka menyentuh mengenai usaha kerajaan pusat melaksanakan pelbagai projek pembangunan, kemudahan perdagangan dan insentif bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi dan pembangunan sosial di Pulau Pinang.

Di sebelah petangnya beliau dijadualkan akan melawat projek Jambatan Kedua Pulau Pinang dan mendengar taklimat oleh pengerusi projek Tan Sri Sulaiman Mahbob di tapak projek itu di Batu Maung.

Dan destinasi terakhir YAB TPM adalah memasuki kubu kuat Guan Eng di Raja Uda Butterworth bertemu dengan 20,000 orang di Majlis Perhimpunan Semarak Kasih Rakyat sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Destinasi terakhir ini merupakan lawatan kerja yang paling menarik perhatian khususnya kepada seluruh rakyat Pulau Pinang kerana seperti semua sedia maklum Raja Uda merupakan kawasan Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini.Kehadiran beliau bersama rakyat disana membuktikan bahawa gelombang biru kini sudah mula memasuki kawasan yang dilabelkan sebagai kawasan DAP.

Apa pun destinasi terakhir ini dilihat tidak disenangi oleh kebanyakkan juak-juak Pakatan Haprak kerana pelbagai tuduhan telah pun dibuat oleh mereka terhadap UMNO dan BN dengan menyatakan setiap yang hadir diberikan bayaran tertentu sama seperti yang mereka lakukan dalam himpunan-himpunan Pakatan Haprak sebelum ini.

Apa pun kita tunggu petang nanti MMI akan bawakan laporan dari sana.

Pssstt MMI pun hadir juga sejak dari pagi tadi dan selepas ini pastinya akan sampai ke Raja Uda tak ada sapa-sapa bayar pun..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels