Followers

Tuesday 9 October 2012

Semoga Berjaya GenerasiKu !!!


Walaupun MMI selalu menulis perihal politik tapi dalam masa yang sama menjadi harapan dan impian untuk melihat semua anak-anak pelajar di Malaysia mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula hari ini.

Khususnya kepada anak-anak pelajar sebangsa dengan MMI , ingatlah orang Melayu mungkin tidak mampu bersaing dengan mereka-mereka di luar sana sekiranya senjata dijadikan ukuran namun jika senjata itu diterjemahkan dengan ilmu pastinya dunia pun kita mampu tawan.

Percayalah ILMU adalah senjata paling hebat yang mampu dimiliki oleh orang-orang Melayu.

Semoga adik-adikku menjawab dengan sempurna dan memberikan yang terbaik.

All The Best semua kelahiran kamu sebagai pelajar cemerlang dinantikan !

Pssstt ucapan ini ditujukan kepada semua anak-anak pelajar yang mengambil PMR tahun ini tanpa mengira fahaman politik bapa dan ibu masing-masing.Kalau ada yang tak suka jangan baca sebab ucapan ini khusus untuk pelajar..Hehehe...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels