Followers

Friday 9 November 2012

NURUL Jom Tengok Wayang ?!!


Perkara pertama yang perlu semua faham , MMI bukan ajak Nurul tengok wayang cerita cinta atau lawak.Itu perkara asas yang harus kita pegang kerana MMI tahu adalah menjadi satu kesalahan malah berdosa menonton wayang bersama bukan muhrimnya apatah lagi Nurul tu isteri orang.

Apa yang MMI mahu kongsikan adalah menonton dan memahami penerangan daripada Ustaz Fathul Bari tentang ulasan beliau berkenaan kenyataan Nurul tempoh hari tentang hak persamaan agama yang sudah pun mencetuskan tsunaminya yang tersendiri.

Jadi lapangkan sedikit masa anda ikuti penerangan yang MMI kira antara penerangan terbaik dan penuh berhemah daripada Ustaz Fathul Bari.


Dalam soal agama Islam jangan sesekali kita berhujah menggunakan akal semata-mata kerana ianya adalah wahyu daripada Allah swt kepada umatnya.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels