Followers

Friday 9 November 2012

Memang Dasar B**I Mentekedarah Macam-Macam !!!


Isu tanah Taman Manggis kini sudah masuk ke peringkat salah laku malah tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Rejim DAPigs yang menjual satu tapak tanah kepada dua pihak jelas membuka pekung bahawa Guan Eng dan konco-konconya tidaklah seKUCING (CAT) mana !!

Rakyat Pulau Pinang rasanya sudah masak benar dengan kerajaan negeri hari ini malah tindakan demi tindakan yang jelas merupakan tindakan berat sebelah dan sering kali berbohong sudah menjadikan Guan Eng semakin tidak keruan.

Tindakan Pergerakan Pemuda BN Negeri Pulau Pinang melalui Ketuanya Oh Tong Keong mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang mengeluarkan resit rasmi kepada Pemuda BN sedangkan tanah itu telah dijual secara rasmi kepada KL International Dental Centre Sdn Bhd kini menjadi mimpi ngeri kepada Guan Eng dan konco-konconya.

“Pemuda BN mahu Guan Eng memberi penjelasan dalam tempoh 24 jam kerana ini merupakan isu penipuan yang serius dan boleh dilapor kepada polis”.

Pemuda BN juga mendakwa tanah berlot 305, 306, 313 dan 314 di seksyen 16 (Taman Manggis) itu telah dipajak oleh KL International Dental kepada sebuah bank pada 10 November tahun lepas dengan nilai RM11,494,176.

Persoalannya disini bagaimana sebuah kerajaan negeri seperti Pulau Pinang yang meletakkan KUCING sebagai slogan dalam menjalankan kerja tadbir mereka boleh melakukan perkara sebegini melainkan ianya adalah tindakan terancang mereka dan pembohongan terancang yang sememangnya disengajakan.

Barangkali Guan Eng sendiri telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya apabila "Over Confident" dalam isu penjualan tanah Taman Manggis kepada Pemuda BN kerana beliau beranggapan Pemuda BN tidak akan mampu menyediakan jumlah duit yang diperlukan bagi tujuan pembelian tersebut.

Apa pun yang berlaku kini ianya sudah memasuki peringkat dimana Pemuda BN hanya menantikan masa untuk melakukan laporan polis diatas segala kepincangan dan pembohongan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Lembaga Agen Hartanah amat perlu melihat perkara ini dengan serius kerana Guan Eng tidak pernah mendaftar sebagai agen hartanah dan beliau telah menjual tanah Taman Manggis sebagai agen hartanah kepada kerajaan Negeri kepada Pemuda BN Pulau Pinang. 

Jika terbukti benar apa yang diceritakan itu ianya merupakan satu kesalahan besar selain daripada penjualan tanah yang sama kepada dua pihak , yang mana satu pihak sudah pun memajakkanya bagi mendapatkan pinjaman bank.

Ini satu kes pencabulan yang serius keatas kepentingan orang awam, yang mana akan menjadi ikutan kepada semua agen hartanah halal atau haram di Malaysia.

Guan Eng seharusnya ditangkap dan Lembaga Agen Hartanah yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan dan siasatan haruslah dijalankan kerana Guan Eng kini merupakan AGEN HARTANAH HARAM !!

Memang dasar B**I agaknya mentekedarah macam-macam..

Psst MMI rasa GE dah standby sebab lepas PRU13 dia akan jadi agen hartanah di Singapura...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels