Followers

Saturday 10 November 2012

Siapa Wanita Berbaju Biru Ini ???


Siapa agaknya wanita bertudung dan berbaju biru dalam gambar diatas ? Apa pula kaitannya dengan dunia politik ? Adakah beliau di antara mereka yang teraniaya dek kerakusan Rejim DAPigs di Pulau Pinang?

Beliau yang MMI maksudkan adalah Pengerusi Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta), Farizan Othman seorang pemimpin aktivis dan pejuang NGO di bumi Pulau Pinang.

Nampaknya kerajaan negeri Pulau Pinang kini bukan saja perlu berdepan dengan jentera UMNO dan Barisan Nasional tetapi turut perlu berdepan dengan barisan NGO-NGO yang kini semakin sedar akan keBIADAPan Rejim DAPigs khususnya dalam menangani permasalahan orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang.

Farizan Othman berkata, tindakan kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang terlalu tegas terhadap orang Melayu di negeri ini menimbulkan persoalan.

"Ini merupakan sikap pilih kasih yang sangat ketara kerana mereka merobohkan rumah seorang warga emas yang tinggal bersama anaknya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) tanpa sebarang notis.

"Undang-undang apakah yang mereka gunakan? Adakah terdapat peruntukan undang-undang yang istimewa untuk berbuat demikian?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan orang Melayu di negeri ini semakin dizalimi pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang berdasarkan semakin kerap berlaku penindasan terhadap kaum itu sejak kebelakangan ini.

Juak-juak Pakatan Haprak perlu sedar bahawa sebilangan besar orang Melayu sudah muak dengan janji dan tindakan ala MAFIA serta pembohongan yang sering dilakukan oleh Guan Eng dan konco-konconya.

Yang pasti segalanya akan diterjemahkan dalam sedikit masa lagi..Tunggu dan lihat !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels