Followers

Friday 9 November 2012

UTUSAN Di SAMAN ??!!


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru menyatakan kesediaan untuk menyediakan khidmat guaman kepada akhbar Utusan Malaysia, sekiranya Nurul Izzah Anwar mengemukakan saman terhadap akhbar milik Umno itu kerana mensensasikan isu yang mendakwa naib presiden PKR itu "menyokong" kebebasan beragama untuk Melayu-Islam di negara ini.

Datuk Zulkifli Noordin , ketika dalam Forum 'Kebebasan Bertukar Agama' dari sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan di Kg Baru malam tadi menegaskan, pihaknya juga akan memberikan "kejutan" kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mereka mengumumkan barisan peguam kanan yang telah pun menyatakan kesediaan untuk membela Utusan Malaysia di mahkamah.

"Saya baru berbincang dengan peguam kanan untuk mempertahankan Utusan Malaysia jika disaman.

"Saya bersedia jadi peguam untuk Utusan Malaysia tanpa bayaran ... dan saya nak beritahu Anwar, Nurul Izzah, kamu akan terkejut beruk siapa yang akan pertahankan Utusan Malaysia," katanya dalam forum anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu.

Jelasnya lagi, tindakan yang dibuatnya itu bukan hanya semata-mata mempertahankan media tersebut, sebaliknya bertujuan menyelamatkan dan mempertahankan masyarakat Melayu dan Islam kerana akhbar itu tegasnya menjadi lidah rasmi perjuangan mempertahankan Islam.


"Kami bukan mempertahankan Utusan Malaysia, kami mempertahankan Melayu, Islam," katanya.

MMI berterima kasih kepada YB Zulkifli Nordin kerana bangun dan sudah pun mengesahkan akan mempertahankan Utusan Malaysia sekiranya di saman oleh Nurul Izzah.

Kepada Nurul mahupun Anwar rakyat kini mahu melihat sejauh mana keberanian kamu mahu menyaman Utusan Malaysia khususnya dalam soal kenyataan hak persamaan agama.

Satu perkara yang harus Nurul ingat Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan antara ciri-ciri Melayu adalah boleh bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat resam Melayu, dan juga beragama Islam.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels