Followers

Sunday 9 December 2012

Mampukah Harimau Membaham Gajah Malam Ini ?


Kalau ikut rekod pertemuan perlawanan Malaysia VS Thailand, sejak daripada tahun 2007 lagi Malaysia tak pernah menang pun dengan Thailand. Belum pernah lagi. Memang payah jumpa Thailand, tetapi tiada yang mustahil untuk Malaysia. Bagi kita semua inilah perlawanan yang benar-benar menguji kemampuan pasukan Harimau Malaya ketika ini…

Jadual Perlawanan Malaysia Vs Thailand AFF Suzuki Cup 2012

Perlawanan separuh akhir pertama : Stadium Bukit Jalil pada 9 Disember Disember 2012
Perlawanan separuh akhir kedua : Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Disember 2012

Setelah berehat sekitar seminggu selepas perlawanan Malaysia VS Indonesia kem pasukan Harimau Malaya mendapat berita yang kurang menyenangkan khususnya para penyokong Harimau Malaya di sini…

Khabarnya pemain sensasi pasukan Harimau Malaya ketika ini, Wan Zack Haikal masih lagi dikatakan tidak dapat bermain untuk perlawanan penting Malaysia VS Thailand kerana cedera di bahagian otot. Syakir Shaari pun dikatakan tidak boleh bermain. Payah juga macam ini….

Apa pun MMI tetap dengan pendirian yang sama iaitu sejauh mana layaknya pemain Malaysia hari ini menyarung jersi negara Klik Sini , bukan bererti MMI tidak patriotik namun sebagai pasukan yang memegang kejuaraan sudah semestinya mutu permainan mestilah setimpal dengan apa yang pemain miliki.

Semoga pasukan Harimau Malaya diberikan kekuatan dalam perlawanan Malaysia Vs Thailand AFF Suzuki 2012 untuk melakukan yang terbaik sebagai bekalan penting berdepan pasukan Thailand di halaman mereka sendiri minggu hadapan.

Psstt Moga-moga apa yang dikatakan eksperimen oleh K. Rajagopal akan terus membuahkan hasil.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels