Followers

Wednesday, 21 November 2012

PANAS Layakkah Jersi Berharga RM229 Di Pakai Oleh Skuad Harimau Malaya ??


Pasti ramai peminat bolasepak tanahair bakal mengecam ataupun marahkan MMI dengan entri ini.Maklumlah memperlekehkan barisan pemain bolasepak negara bukanlah satu tindakan yang baik.Namun apa yang MMI bakal muatkan seterusnya merupakan hakikat dan kenyataan sebenar yang berlaku hari ini dalam perbualan di kalangan peminat bolesepak negara.

Pagi tadi sewaktu bersarapan MMI kebetulan bersama-sama dengan beberapa kenalan duduk semeja dan sudah semestinya perbualan lebih terarah kepada keputusan perlawanan bolasepak Malaysia bertemu Bangladesh.

Ungkapan "Layakkah jersi berharga RM229 itu di pakai oleh skuad Harimau Malaya" ternyata menarik perhatian MMI.Agak terkejut dengan persoalan tersebut kerana selama ini mereka merupakan antara penyokong tegar pasukan bolasepak negara seperti mana juak-juak Pakatan Haprak yang tegar menyokong Anwar Ibrahim walaupun terbukti rakaman video bersama chinadoll itu jelas memperlihatkan Anwar Ibrahim.

Perbualan di meja bulat tersebut berterusan dengan merujuk kepada laporan daripada akhbar yang paling di benci oleh juak-juak Pakatan Haprak Utusan Malaysia.

Program pemulihan semangat selama tiga hari di Pulau Pangkor minggu lalu nampaknya tidak memberikan sebarang kesan.

Persembahan Harimau Malaya semakin membimbangkan selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Bangladesh pada perlawanan persahabatan terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum sepak mula Piala Suzuki AFF, Ahad ini.

Bagaikan serba tidak menjadi, persembahan anak-anak buah Datuk K. Rajagobal yang semakin hilang punca menjelang lima hari perlawanan sebenar berdepan Singapura dengan tahap persefahaman antara pemain masih lemah dan kurangnya gerakan-gerakan menarik dapat disajikan oleh barisan serangan.

Tambah menghibakan, di hadapan 3,000 penonton, gol penyamaan Bangladesh hadir ketika lawan beraksi dengan 10 pemain selepas Pranotosh Kumer Das dibuang padang pada minit ke-77 melalui sepakan penalti yang disempurnakan Md. Jahid Hasan Ameli pada minit ke-83.

Keputusan seri 1-1 dengan pasukan yang berada di ranking 171 dunia itu pasti sukar diterima oleh kebanyakan peminat setia Harimau Malaya kerana Bangladesh baru sahaja ditewaskan oleh Thailand 0-5 pada Sabtu lalu.

Jika aksi dalam empat perlawanan terakhir ini dijadikan ukuran, Harimau Malaya nampaknya mungkin sudah boleh melupakan impian mempertahankan Piala Suzuki AFF yang dimenangi dua tahun lalu.Baca Seterusnya


Bagi MMI bagaikan ada yang tak kena dengan skuad Harimau Malaya apabila mutu permainan yang dilihat semakin menurun dan amat membimbangkan kerana pasukan ini bakal melangkah ke Piala Suzuki AFF dengan hanya berbaki beberapa hari saja lagi.

Apa pun MMI masih mengharapkan sesuatu daripada pasukan Harimau Malaya dan berbalik kepada perbualan bersama kenalan di meja bulat tadi masing-masing bersetuju bahawa pasukan ini sebenarnya menyimpan senjata utama mereka yang hanya akan dikeluarkan sewaktu sepak mula pertama menentang Singapura nanti.

Kepada para pemain dan semua pegawai pasukan Harimau Malaya jangan marah MMI kerana entri ini tetapi ambillah ia sebagai pembakar semangat dan buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia anda boleh !!

Hampir satu jam di meja bulat , kami pun angkat kaki dengan 3 orang mamat bangla di meja sebelah tersenyum sinis..ermmm..

Semoga Malaysia terus cemerlang !! Hidup Harimau Malaya !!

MMI.

2 comments:

  1. RM229? Main macam budak sekolah menengah! Sepatutnya diorang ni hanya layak dipakaikan jersi bola jaring pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Tun Aminah!

    ReplyDelete
  2. bro wa rasa diaorang layak.apa~apa pom yang tak tahu pasal bola boleh sembang apa.pom tapi tahukah anda dimana kamu semua semasa zaman kegelapan bola sepak malaysia?dimana,setelah k.rajagopal jadi coach malaysia barulah ramai memenuhi stadium kerana nak melihat aksi pemain malaysia bukan?tapi kamu tak tahu apa dan kenapa kamu mahu tengokkan.permainan atau gol?gol satu kemestian.menang kalah adat permainan.tapi untuk mempertahan suatu kemenangan bukan suatu pekara senang.sedangkan kita sendiri ada pasang surutnya.jika kamu diberi 100 orang pemain untuk memilh hanya 25 orang untuk bertanding belom tentu ke 25 pemain itu dapat bermain bersama dengan syarat berjuang untuk negara.di kelab memang ada yang bagus tapi sampai negara terus down.tidakkah pening mahu pilihkan siapa first eleven.bukan nak perthankan k.rg.tapi kesian pemain malaysia dihina sebegini.sedangkan mereka dipanggil.malah 229 itu hanyalah duit.sedangkan gaji diorang atau jersi kelab mereka,lebih mahal dari mereka dapat untuk state.bagi saya setiap yang berlaku ada sebabnya dan ada kerumitan yang akan dibincangkan dan terus dinilai.itulah kehidupa.Malaysia tetap terbaik.selamanya tanah tumpah darahku

    ReplyDelete

Labels