Followers

Friday 15 March 2013

Dia Mara Lagi - Finalis American Idol Bawa Lagu Yuna , Shine Your Way


Finalis program realiti popular dunia, American Idol bakal mempersembahkan lagu nyanyian penyanyi tempatan, Yuna yang bertajuk Shine Your Way.

Lagu tersebut dirakamkan oleh Yuna bersama Adam Young, pemuzik dan perintis projek electropop terkenal, Owl City.

Shine Your Way merupakan salah satu lagu yang dipilih untuk dimuatkan dalam album runut bunyi filem animasi terbitan Dreamworks, The Croods yang akan ditayangkan di seluruh dunia pada 21 Mac depan.

Program American Idol boleh ditonton di Star World (Saluran  711) yang dipancarkan secara langsung menerusi satelit setiap Khamis dan Jumaat pada pukul 6.05 petang.

Berikut adalah lagu yang di maksudkan ,


Terbaiklah Yuna , MMI puji usaha keras kamu teruskan usaha harumkan Malaysia dengan cara tersendiri.Bukan satu perkara mudah untuk menempatkan diri dikalangan artis-artis bertaraf dunia dan Yuna kini berada di landasan yang terbaik.Pesanan MMI jaga diri dan tingkah laku !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels