Followers

Thursday 14 March 2013

Guru HINA Pasukan Keselamatan Angkat Kaki !!


Mula-mula dengar nak tergelak pun ada , ingatkan berani sangat kalau diikutkan dari kenyataan dalam FB bukan main lagi mamat ni alih-alih lari sembunyi hahahaha tak ada teloq rupanya..

Polis memburu seorang guru yang bertanggungjawab menghina pasukan keselamatan sebagai ‘anjing’ dan menganggap kematian mereka sebagai ‘mati katak’ dalam laman sosial Facebook miliknya, baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu, Mohd. Lotfi Nor, 37, yang berasal dari Pasir Putih, dipercayai sedang bersembunyi.

Menurut beliau, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948.

“Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai.

“Kita akan siapkan kertas siasatan dan hantar kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan susulan.



“Kalau dia tidak waras tak kan dia pandai menulis mengeluarkan kata-kata sebegitu, pandai pula takut dan bersembunyi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

Nak tanya satu perkara kenapa lari daa ???? Jangan pula lepas ni menangis bagai , siap bagitau kata tertekanlah apa lah macam mamat kat Penang sorang tu..Lagi satu ang nak lari mana ???

MMI rasa elok sangatlah kita bagi pengajaran pada orang macam ni sebab dia bukan suka tinggal kat Malaysia ni , jadi elok sangatlah lucutkan saja kerakyatannya..Biar dia pi duduk dekat Filipina pula !! 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels