Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan barisan kepimpinan Umno agar lebih berani dan lantang dalam memperjuangkan hak keistimewaan dan kedaulatan orang Melayu.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata isu kepimpinan dalam parti harus dititikberatkan bagi menghadapi politik masa kini yang mencabar.
"Sebab itu dalam soal ini, kepimpinan, ketegasan, keberanian dan kesanggupan kita untuk tampil ke hadapan tanpa rasa takut, kerana kita berada di pihak yang benar," kata Muhyiddin dalam ucapannya di Majlis Makan Malam Jasamu DiKenang anjuran Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, di Muar Jumaat malam.
Muhyiddin, yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata dengan kepercayaan dan keyakinan bahawa perjuangan parti berada di pihak yang benar, barisan kepimpinan tidak akan gentar dalam menghadapi cabaran politik masa kini.
"Berapa ramaikah pemimpin Umno yang berani ke depan untuk mempertahankan hak dan kedaulatan orang Melayu, sama ada kita berjaya atau tidak, ia bergantung kepada usaha kita untuk terus berjuang," kata beliau.
Dalam masa yang sama, Muhyiddin juga menolak tanggapan sesetengah pihak yang menganggap Umno kini tidak lantang untuk berjuang mempertahankan isu-isu orang Melayu berbanding beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang juga dipimpin orang Melayu.
Muhyiddin, yang ditemani isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menyertai kira-kira 500 anggota Umno meraikan veteran-veteran Umno Bahagian Pagoh yang telah berjasa selama ini.
Sebanyak 14 anggota veteran Umno turut menerima anugerah khas sebagai tanda penghargaan ke atas jasa dan perjuangan mereka dalam parti khususnya Umno Bahagian Pagoh selama ini.
Program yang bertemakan 'Retro 60an' itu turut diserikan dengan pelbagai acara menarik termasuk persembahan nyanyian beberapa artis jemputan.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang Ismail Mohamed dan ADUN Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.AgendaDaily
MMI kata memang perlu bro .. Sebab ada yang makin menjadi-jadi macam kes terbaru si Eric Paulsen ni Klik Sini
MMI
Tq TS...
ReplyDeleteTp selagi ada spesis Hishamudin dan KJ dlm barisan pepimpin negara..
Kata2 TS hanya sekadar irama lagu d waktu mlm
Indah dan sedap didengar
Tp.... uurrmmmm
NOTHING...
Kami tetap d blkg TS !!