Budak ni adalah salah seorang calon daripada DAP sewaktu PRK Teluk Intan tahun lepas.Beliau kalah dengan wakil daripada BN dan semenjak itu DAP dilihat cuba untuk melonjakkan namanya agar menjadi ikon anak muda berbangsa Melayu mewakili DAP.
Secara zahirnya kehadiran beliau sudah pasti sedikit sebanyak bertujuan untuk menggambarkan kepada dunia bahawa DAP bukanlah sebuah parti rasis apatah lagi cauvinis.Gerakan merekrut anak-anak muda berbangsa Melayu untuk menyertai DAP tidak terhenti disitu apabila ada lagi beberapa nama lain yang muncul selepas beliau.
Kehadiran Rara dan Melati sebenarnya mengiringi Dyana sebagai sebahagian daripada doktrin terbaru parti DAP untuk membuktikan sesuatu atau secara tersiratnya agenda mewujudkan kumpulan Melayu baru selepas Melayu dalam UMNO dan juga Melayu dalam PKR dan PAS.
DAP bercita-cita agar kumpulan ini menjadi alternatif kepada sebahagian besar orang Melayu di luar sana yang hari ini sudah tidak lagi mahu mengamalkan adat resam warisan Melayu terdahulu dan menganggap fesyen serta keterbukaan sama ada dalam pergaulan mahupun kehidupan seharian sebagai pelengkap hidup masing-masing.
Sedarlah bahawa terdapat dikalangan kita orang Melayu itu sendiri yang tidak lagi menganggap keterbatasan pergaulan dan hukum halal haram itu sebagai sesuatu yang WAJIB dipatuhi.Bersepah golongan ini melata diluar sana dan semakin hari mereka semakin bertambah.
Dyana Sofya dan rakan seangkatannya barangkali adalah bahan eksperimen DAP yang dilihat GAGAL untuk memenuhi kriteria orang Melayu itu sendiri.Hanya mereka yang sealiran dan mengamalkan corak hidup berunsurkan liberal sahaja boleh terpaut untuk menerima pembawakan serta ideologi bersulam cauvinis ini.
DAP terlupa bahawa perbezaan karektor itu sendiri akan menyebabkan orang Melayu yang masih berpegang kepada nilai-nilai kemelayuannya akan berpaling jauh.
Mana mungkin kumpulan itu ( Melayu yang masih berpegang kepada nilai-nilai kemelayuannya ) boleh menerima perbezaan ketara bila mana Dyana sering kali tampil di khalayak dengan pelbagai wajah ! Mana mungkin kumpulan itu boleh menerima hubungan Melayu bertudung seperti Rara duduk bergaul dengan Melati yang siap berpurdah sedangkan DAP sendiri (salah satu contoh) menolak secara terang-terangan sebarang pelaksanaan undang-undang Hudud ?
Apakah yang cuba dilakukan oleh DAP terhadap tikus-tikus makmal ini ? Kapsul apakah yang sedang di cipta oleh DAP melalui 3 anak Melayu yang kini sudah terlalu jauh melupakan kesengsaraan datuk nenek sendiri yang satu ketika dahulu bangkit berjuang menentang penjajah ?
INGAT jika kapsul itu berjaya menerjah minda anak-anak Melayu lainnya , PASTI kesannya akan menyebabkan Melayu hanya tinggal nama.Segala macam hak keistimewaan orang Melayu dan 7 wasiat Raja-Raja Melayu bukan sahaja mahu dikongsi dengan bangsa-bangsa lain tetapi kesemuanya akan dilenyapkan seperti mana DAP mahu melenyapkan terus peristiwa 13 Mei daripada ingatan rakyat Malaysia.
Untuk itu beringatlah , kehadiran 3 anak muda berbangsa Melayu itu bukanlah gambaran sebenar bahawa DAP menerima seadanya kedudukan orang Melayu dan Islam sebagai agama yang diangkat setinggi-tingginya dalam perlembagaan negara kita.
Mereka sedang menyebarkan ideologi dan doktrin untuk terus menyesatkan orang-orang Melayu supaya menerima pakai konsep keterbukaan yang akhirnya akan menyebabkan Melayu tidak lagi Melayu seperti mana asasnya sejak lama dulu Melayu itu beragama Islam !!
Apa pun MMI percaya kepada hikmah ! Jika perlakuan atau tindakan itu tidak disertai dengan niat yang betul maka sudah pasti akan ada natijahnya.
Soalnya jalan mana kita pilih ?
MMI
Tengok muka tahu jenis minat yang tak berkulup hancing....choi
ReplyDelete