Followers

Saturday 14 January 2012

Barisan Nasional Makin Di Yakini Rakyat


Dalam suasana politik negara yang semakin mencabar , kepimpinan YAB Perdana Menteri terus mendapat keyakinan rakyat serta menunjukkan peningkatan walaupun pelbagai dakyah serta tohmahan sentiasa dilakukan oleh puak-puak pembangkang bertujuan untuk memburukkan imej kerajaan di mata rakyat.

Namun MMI percaya bahawa dalam zaman serba canggih ini rakyat Malaysia sebenarnya sudah cukup matang untuk membezakan siapa sebenarnya yang bekerja untuk kebaikan rakyat.Rata-rata kumpulan rakyat yang MMI temui mengakui bahawa kerajaan Barisan Nasional merupakan kerajaan terbaik pada masa kini jika dibandingkan dengan barisan pembangkang yang tidak jelas pendirian dan perjuangan mereka.

Yang menariknya ia diakui oleh penyokong pembangkang sendiri yang turut mendaftarkan diri untuk menerima pemberian BR1M yang akan mula diberikan bermula 15 Januari 2012.

Di Bukit Gantang contohnya  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan dan negeri semakin meningkat kerana perikatan itu mengotakan janji mengikut kemampuan.

Perdana Menteri berkata, rakyat menyedari BN bukanlah kerajaan yang gemar bermain politik bersifat populis serta berjanji perkara yang tidak berpijak di bumi nyata.  

"Apa yang kita mampu lakukan, kita lakukan dan apa yang kita janji kita laksanakan sebagai kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Pemukiman ADUN-ADUN BN seluruh negara di Jalan Simpang, di sini, semalam.

Beliau berkata, janji-janji itu dibuktikan dengan pelbagai bantuan yang diberikan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia, pemberian subsidi dalam pelbagai sektor seperti subsidi petrol.

MMI tabik spring pada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak , walaupun dalam keadaan politik negara agak sedikit tercemar dengan tindakan-tindakan provokasi pembangkang terutamanya berkenaan dengan kes liwat Anwar Ibrahim YAB PM terus bekerja dan setiap gerak kerja beliau tidak sedikit pun terganggu dengan gangguan dan tindakan provokasi jalanan yang dilakukan oleh pihak pembangkang.

Malah YAB PM serta barisan jenteranya lebih fokus kepada menghadapi PRU13 dan melihat serta mencari kaedah terbaik untuk kerajaan lakukan demi kebaikan rakyat keseluruhannya.

Percayalah disaat anda sedang membaca artikel ini seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional sedang bekerja untuk kebaikan negara dan rakyatnya.

Bandinglah gerak kerja UMNO dan Barisan Nasional dengan puak-puak pembangkang pastinya kita dapat membezakan satu jurang yang cukup jauh bilamana pembangkang hanya dilihat bekerja menaburkan dakyah semata-mata untuk menguasai Putrajaya tanpa memikirkan bagaimana untuk terus memastikan Malaysia dan rakyatnya sejahtera.

Barisan Nasional Pemangkin Kejayaan Rakyat dan Negara.

MMI.
    

No comments:

Post a Comment

Labels