Followers

Friday 31 March 2017

Guan Eng Mana Tapak Ganti Masjid Bayan Mutiara ???


Ada sesetengah orang kata bila Guan Eng berdepan dengan kes mahkamah maka Ketua Menteri ni akan mula hilang fokus terhadap urusan pentadbiran kerajaan negeri dan ianya akan menjejaskan penduduk Pulau Pinang.

Tapi kata-kata itu sebenarnya salah sebab Guan Eng bukan hilang fokus apabila kes mahkamah ini timbul tapi sejak 2012 lagi dia dah hilang fokus dah !!!!! Dan bagi MMI bukan setakat hilang fokus langsung tak buat kerja khususnya perkara-perkara yang berkaitan dengan orang Islam.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , Ir. Datuk Dr. Shaik Hussein Mydin yang kini Ketua UMNO Bahagian Bagan hari ini mempersoalkan tentang tapak ganti Masjid Bayan Mutiara yang masih belum diselesaikan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ir. Datuk Shaik memuat naik persoalan itu melalui akaun "facebook" miliknya hari ini dengan kenyataan berbunyi "Dah 5 tahun..janji nak ganti tapak masjid bayan mutiara tak selesai2 lagi..."

Sebelum itu pada 29 Mac 2012 yang lalu , Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Ir. Datuk Dr Shaik pada masa tersebut dalam satu sidang media di Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang telah memberi amaran kepada Lim Guan Eng agar memulangkan semula tapak masjid berkenaan kerana ia boleh mencetuskan isu perkauman.

"Saya tidak kisah jika dia nak buat pembangunan macam mana rupa sekalipun tetapi tapak masjid Bayan Mutiara jangan kacau, ini perkara serius. Ia milik orang Islam,"

Tindakan tersebut dibuat apabila Lim Guan Eng pada ketika itu menyuarakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Shaik Hussein dan Utusan Malaysia selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat mengenai isu Bayan Mutiara.

Shaik Hussein memberitahu, tindakan undang-undang yang mahu diambil Guan Eng itu disifatkan hanya sekadar mahu mengalih pandangan rakyat sekali gus menutup isu berkenaan.

"Saya rasa dia (Guan Eng) silap orang. Saya akan terus bercakap tentang isu ini sehingga selesai segala masalah.

"Berdosa saya sebagai orang Islam kalau tidak pertahankan tapak masjid itu," ujarnya.

Beliau menambah, Guan Eng tidak sepatutnya berdolak dalik kerana persoalan yang ditimbulkan pihaknya adalah sama ada tapak masjid itu sudah dijual atau tidak.

"Saya minta dia jawab, hanya katakan ya atau tidak. Masalahnya dia tidak mahu jawab.

"Kalau sudah jual, tidak mengapa. Mengaku sahaja kesilapan kemudian ganti tapak baru untuk mendirikan masjid," ujar beliau.

Dalam respon balas Lim Guan Eng berkata apabila tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara telah dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh. 

Pihak pemaju hanya akan memecah sempadan geran selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP untuk kelulusan. Apabila pelan baru dan pemecahan sempadan geran belum lagi dibuat, bagaimana UMNO boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan? 

Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk TIDAK membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja.

Jika benar kerajaan DAP Pulau Pinang berjiwa rakyat dan berpegang kepada prinsip asas khususnya melibatkan tempat-tempat beribadat kenapa sehingga tempoh 5 tahun isu membabitkan tapak ganti Masjid Bayan Mutiara ini masih belum diselesaikan ? Penang Online 

MMI kata dah 5 tahun beb , Tq pada Datuk Shaik yang ingatkan kembali ... Memang Datuk Shaik tak lepas Guan Eng ni hihi ...

MMI

Akhirnya SPRM Bertindak Terhadap Teresa Kok


Akhirnya pejabat Ahli Parlimen Seputeh daripada DAP diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, dipercayai susulan dakwaan salah guna dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Dua pegawai SPRM dilaporkan tiba di pejabat itu kira-kira jam 11 pagi dengan membawa waran geledah dipercayai susulan laporan dibuat Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung penyelewengan dana YAWAS yang sebelum ini dinafikan oleh Teresa Kok.

Portal Berita Harian melaporkan sumber SPRM ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya. 

Pada 16 Mac lalu, Jamal hadir ke pejabat SPRM Selangor di Wisma PKPS Shah Alam untuk membuat laporan selepas mendakwa Kok menyeleweng dana YAWAS. Jamal turut membawa dokumen berkaitan yang didakwanya bukti penyelewengan terbabit.

Dalam artikel yang disiarkan oleh MMI sebelum ini , isu penyelewengan YAWAS ini sudah pun mendapat perhatian BN Selangor.

Pengerusinya Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati tentang pengurusan dana SMUE hingga ramai yang belum menerima dana khairat kematian di bawah skim itu.

Disebabkan itu BN Selangor melancarkan ‘Ops Yawas’ bertujuan mengajak semua pihak di Selangor membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) oleh kerajaan Selangor.Baca selanjutnya di SINI 


Teresa walaupun dah kantoi baru-baru ini masih lagi menafikan dakwaan dirinya menyalahgunakan dana dan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat dakwaan itu.

Bagi MMI "simple" dah ada orang buat laporan maka SPRM dah buat kerja mereka , selebihnya kita sama-sama tunggu apa perkembangan selanjutnya nanti sebab Datuk Jamal sebelum ini selain membuat laporan beliau juga sudah menyerahkan dokumen berkaitan yang didakwanya bukti penyelewengan terbabit.

Well Teresa jangan dok buat hero bagi kerjasama dalam siasatan sebab apa yang sedang berlaku ni sudah pun memberikan kesan kepada si Azmin Menteri Besar Selangor khususnya pentadbirannya di Selangor yang sudah tercalar teruk.

Ops MMI lupa Azmin lebih suka jaga Teresa daripada jaga PAS !!!!

MMI

Thursday 30 March 2017

Kerajaan Tak Akan MUFLIS - What Say You Tun Mahathir ?


Tun Mahathir dah banyak kali menyebut bahawa Malaysia akan muflis dan macam-macam alasan dah diberikan termasuklah berdiam diri dengan tindakan daripada para pemimpin pembangkang yang sibuk melobi ke negara luar supaya tidak membuat pelaburan di Malaysia.

Tindakan mereka-mereka ini termasuklah cubaan menggagalkan pelaburan daripada pihak Armco dan juga pelaburan daripada negara China.

Tun Mahathir seolah-olah hilang lidah sanggup melihat dan membiarkan puak-puak ini sabotaj ekonomi negara sedangkan dirinya mengaku pejuang Melayu !

Bagi MMI memang tepat tindakan Tun Mahathir sebab MELAYUnya hanya atas nama politik selebihnya dah di YAHUDIkan sebab begitu memuliakan DAP !

Kini bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li menyangkal dakwaan pembangkang yang mengatakan kerajaan bakal berdepan muflis berikutan tekanan ekonomi pada masa ini. Tegasnya, kerajaan mempunyai banyak aset dan diuruskan dengan cara baik walaupun ada sedikit sebanyak berlaku masalah ekonomi.

Tekanan ekonomi bukan sahaja dihadapi Malaysia tetapi juga negara maju yang lain termasuk Amerika Syarikat. Malah, Amerika Syarikat lagi banyak menanggung hutang berbanding Malaysia, namun tidak ada masalah kerana situasi itu tidak lama.

Semua sedar dan percaya bahawa tekanan ekonomi yang dihadapi semua negara itu hanya hanya sementara dan bakal pulih dalam masa terdekat nanti. Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang turut menjelaskan bahawa semua negara mempunyai perancangan untuk pemulihan sama ada ekonomi atau hutang negara.

Negara ini tidak akan muflis kerana Malaysia mempunyai aset yang banyak. Hutang tinggi adalah perkara biasa di mana-mana negara maju seperti Amerika Syarikat juga memiliki hutang yang banyak sehingga beribu juta.

Namun negara Amerika Syarikat tidak muflis kerana berada di bawah kawalan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di mana ia menjaga keupayaan satu-satu negara membiayai pinjaman yang dibuat.

Negara kita ada banyak aset selain daripada apa yang dieksport malah, minyak masih ada lagi penemuan. Namun buat masa ini harga minyak jatuh. Kalau harga minyak naik, ia mampu membantu nilai ringgit dan menambah pendapatan negara.

Dakwaan bahawa kerajaan bakal muflis adalah cuma mainan dan persepsi buruk politik pembangkang yang mahu menyebarkan dakwaan tidak benar bagi mengelirukan rakyat supaya menimbulkan perasaan tidak menentu di kalangan rakyat Malaysia. Tujuannya adalah agar rakyat terus membenci kerajaan sedia ada dan tidak menaruh harapan pada kerajaan.sumber

Berdasarkan kepada kenyataan ini , MMI ternanti-nanti apakah respon Tun Mahathir terhadap Ku Li yang pernah menjadi musuh politiknya suatu ketika dahulu.

Kita nak tengok Tun Mahathir ada lidah ke tidak ?

Kalau dia respon juga maka jelaslah Tun Mahathir hanya akan mensasarkan kumpulan yang menentang perjuangan hipokritnya bersama Pakatan Harapan tetapi diam membisu apabila banjingan-banjingannya sabotaj negara.

MMI kata tidak ada lagi nilai NEGARAWAN dalam diri Tun Mahathir sebab dendam politik sudah sebati dalam diri bekas Perdana Menteri yang tinggalkan tugasnya satu ketika dahulu dan kini sibuk membela kumpulan yang dahulunya dianggap sebagai MUSUH NEGARA ! 

MMI

Wednesday 29 March 2017

Seorang Lagi Di Jangka Tinggalkan DAP !!


Angin sudah mula bertiup kencang tentang kedudukan seorang lagi pemimpin DAP yang dikatakan bakal meninggalkan parti itu sedikit masa lagi.Sama ada berita ini benar atau tidak ianya hanya akan terbukti jika Dr Tan Seng Giaw benar-benar melakukannya.

MMI secara peribadi melihat dalam banyak-banyak pemimpin DAP yang ada di Malaysia ni , Dr Tang Seng Giaw ni sebenarnya tersalah pilih parti ! Sikap dan tindak-tanduknya cukup berbeza dengan rakan-rakannya yang lain dari parti cauvinis DAP.

Jika yang lainnya lebih banyak bersikap keras kepala , kurang ajar , biadap , rasis , pembohong dan kaki fitnah ... Ahli Parlimen Kepong ini bersikap sebaliknya , dalam satu rancangan dailog di RTM1 sebelum ini , Dr Tan menyebut bahawa beliau akan berkempen politik pada musim pilihanraya dan mengetengahkan dasar-dasar yang baik dan berhenti daripada berpolitik sepanjang masa selepas pilihanraya tamat.

Malah Tan turut menjalankan kewajipan sebagai wakil rakyat selepas pilihanraya dan menghubungi wakil rakyat UMNO jika ada rakyat yang menghadapi masalah di kawasan.

Tan turut bersetuju dengan amalan politik kasih sayang daripada politik menyebar kebencian dan menyokong penggunaan teknologi terkini untuk menjadi medium menyebar dasar yang baik dari kerajaan agar tidak terpengaruh dengan politik yang penuh kebencian.

Hakikatnya pemimpin seperti Dr Tan pasti tidak akan mampu bertahan lebih lama memandangkan pengukuhan Dinasti Lim yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini sehinggakan parti DAP hari ini tidak ubah seumpama sebuah kerajaan kuku besi !

Terkini kehadiran Dr Tan dengan caranya sudah pun menjadi perhatian pucuk tertinggi Dinasti Lim dan ianya sudah sampai ke peringkat disiasat !

Diberitakan bahawa pada bulan Ogos 2012, Kit Siang meminta Anthony Loke Siew Fook untuk menjalankan kaji selidik beliau di kalangan akar umbi DAP untuk melihat bagaimana popular Seng Giaw dibandingkan dengan pemimpin lain. 

Pada bulan Oktober, Anthony Loke datang dengan informasi dan laporan tersebut begitu membimbangkan. Seng Giaw akan mendapat undi tertinggi. Kit Siang akan menang sekitar kedudukan ketujuh manakala Guan Eng tidak akan berada walaupun di antara 20 teratas.Dan jika Guan Eng berada dalam senarai 20 teratas ia adalah sekitar 18 atau ke-19. Lebih buruk lagi, ahli-ahli India tidak akan mengundi untuk Guan Eng, yang mereka melihat sebagai perkauman yang mendiskriminasi kaum India.

Ini menyebabkan Kit Siang hampir kena serangan jantung. Jika dia tidak boleh mendapatkan kedudukan teratas dengan Guan Eng sebagai orang nombor dua maka ianya akan menjadi pengakhiran bagi dinasti politik Lim dan aspirasi beliau untuk Guan Eng bagi mengambil alih kepimpinan DAP. 

Ini bermakna bahawa pemilihan parti itu perlu ‘diaturkan’ untuk mengelakkan keruntuhan dinasti Lim dan mengakhiri harapan Guan Eng mengambil alih DAP selepas Kit Siang meletakkan jawatan atau meninggal dunia.

Kit Siang meminta Anthony Loke, Vincent Wu Him Ven dan Chong Chieng Jen untuk datang dengan pelan tentang bagaimana mereka boleh ‘mengawal’ pemilihan parti pada Disember 2012 dan memastikan bahawa keputusan keluar seperti kehendak mereka. Seng Giaw mesti ditendang keluar manakala Kit Siang mesti menang slot teratas dengan Guan Eng sebagai nombor dua. Terdapat enam orang yang disasarkan untuk ‘pembunuhan’: Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chow Kon Yeow dan Boo Cheng Hau. 

Dan keenam mereka ini mesti dibawa keluar satu demi satu bermula dengan Seng Giaw pada Disember 2012 diikuti oleh yang lain pada ketika yang sewajarnya.Baca selanjutnya di SINI 

Melihat kepada turutan itu dan jika semuanya benar maka jelaslah siapa jua yang dilihat mampu mencabar dan menggugat kedudukan Dinasti Lim pastinya akan menerima padah seperti mana ahli-ahli dan pimpinan DAP yang telah pun sama ada di pecat atau meninggalkan parti tersebut.

Dan tiba-tiba terlintas di fikiran MMI , kalaulah Pakatan Haprak ditakdirkan menang dan menguasai kerajaan persekutuan pada PRU14 , apa mungkin senario yang sama akan diulang ?

Apakah pemimpin dan pasukan tertinggi itu akan berubah wajah ?

Hmmmmm ....

MMI

Tuesday 28 March 2017

Keterujaan Mat Sabu Hanya Sekadar Menagih Bekalan !


Cuba tengok reaksi Mat Sabu Presiden Parti PANtai ni , sampai terlopong mulut punya teruja sebab dapat bersama-sama dengan Kit Siang dan Tun Mahathir.Mungkin Mat Sabu rasa dia dah cukup hebat sekarang ni sebab dapat berjalan seiring dengan kedua-dua orang pemimpin yang dia sendiri pernah maki satu ketika dulu.

Waktu itu Mat Sabu tak pandai pegang duit banyak-banyak tapi sejak mula dok lancar tabung kutipan pada setiap kali ceramah maka Mat Sabu sedikit sebanyak dah mula nampak betapa keupayaan memiliki kewangan itu jauh lebih penting daripada perjuangannya bersama PAS.

Sebab itulah Mat Sabu pernah bersuara kepada PAS supaya tinggalkan sejenak perjuangan berasaskan Islam itu dan bangkit menyertai perjuangan politik bersulamkan DAP kerana yang lebih penting pada Mat Sabu pada ketika itu adalah KUASA dan KEDUDUKAN.

Tanpa kedua-duanya adalah mustahil untuk PAS mencapai hasrat mereka sedangkan hakikatnya apa yang diontarkan oleh Mat Sabu itu bukan hasrat parti tetapi hasrat dirinya sendiri.

Beliau tahu lebih awal bahawa tanpa kedudukan , Mat Sabu hanya akan kembali menjadi manusia biasa yang kebanyakkan masanya akan dihabiskan menjala ikan di sungai-sungai sekitar Guar Petai.

Mana boleh tahan beb ... Oleh kerana itulah maka Mat Sabu akhirnya meninggalkan PAS dan menubuhkan parti PANtai yang semua kita tahu adalah anak syarikat DAP Sdn Bhd !

Dan bertitik-tolak dari sinilah Mat Sabu mula merubah nada dan gaya untuk sekurang-kurangnya mampu seiring dengan Kit Siang malah duduk sama kerusi dengan Tun Mahathir.

Isunya hubungan yang wujud itu hanyalah berpaksikan kepada emosi politik dan kemahuan untuk memiliki kuasa dan kedudukan !

Mat Sabu akan terus menggunakan kelicikkan berceramahnya selagi mana kedudukannya tidak tergugat tetapi apa yang MMI nak kita semua ingat adalah bagaimana ke semua mereka ini khususnya Tun Mahathir dan Kit Siang walaupun bersama tetapi ianya tidaklah disebabkan oleh KEIKHLASAN yang mewujudkan KEPERCAYAAN !



Malah Kit Siang sendiri pun sebelum ini di tolak oleh warga Gelang Patah 


So apa yang Mat Sabu perjuangkan ? Satu pasukan baru yang jauh lebih baik daripada UMNO dan Barisan Nasional ?

Jangan silap percaturan .. Keterujaan Mat Sabu hanyalah sekadar menagih bekalan demi bekalan untuk kelangsungan hidupnya .. Tanpa politik Mat Sabu juga pincang seperti mana pincangnya hubungan antara Tun Mahathir dan Kit Siang !!

MMI

Monday 27 March 2017

PAS & PAN Sudah Mula Cabar-Mencabar !!!


Kalau PAN jadi barua DAP dan PKR untuk ganggu mana-mana kerusi yang PAS bertanding di Selangor maka PAS akan meletakkan calon-calonnya di semua kerusi DUN Selangor pada PRU14 nanti.

Itu adalah AMARAN awal PAS Selangor kepada PAN pimpinan Mat Sabu yang sampai ke hari ini masih lagi terkial-kial nak tunjukkan kepada Dinasti Lim bahawa kewujudan mereka bukanlah atas dasar perabih duit semata-mata.

Amaran tersebut ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi sambil berkata PAS tidak takut dengan kekalahan kerana kalah menang itu bukan perkiraannya tetapi urusan Allah.

“Orang kata pelik, pelik macamana kita nak menang, tidak boleh menang, pelik , kita percaya disaat kepelikan Allah turunkan kemenangan.

“Sepatutnya bagi orang-orang yang beriman ketika akal tak mampu berfikir inilah yang mendekatkan kita kepada kemenangan yang hampir dan Allah tidak mintak kita fikir tentang janji Allah, tentang janji kemenangan,“ ujar beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun kali ke-58 di Dewan Masjid Pinang Merah, Paka pada Sabtu, 25 Mac di sini.Selanjutnya 

Soalnya betul ke PAN benar-benar berani nak berdepan dengan PAS ni ???

Kalau merujuk kepada Pengerusi PAN Selangor daam kenyataannya sebelum ini ,  Ir Izham Hashim berkata, keputusan bertanding itu sudah dibuat dan kini PAN hanya perlu berbincang dengan PPBM untuk pembahagian kerusi.

“Kita tetap akan lawan PAS, PAS perlu ingat bahawa PAN sudah menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan selepas PAS mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat (PR).

“Jadi PAS tidak perlu lagi cabar mencabar kita, kita akan tetap teruskan niat itu pada PRU14 nanti,” 

Mungkin ramai yang tak sedar PAN dalam kenyataannya pada Februari yang lalu turut mencabar PAS supaya meletakkan calon-calonnya di semua kerusi yang ditandingi oleh PAN untuk dinilai siapa sebenarnya pilihan rakyat.

Wuihhh sudah cabar mencabar ni ! 

Nampaknya PAN pun tak akan biarkan PAS selesa di Selangor jadi setakat artikel ini ditulis bolehlah kita andaikan pertembungan di antara kedua-dua parti ini sudah pasti tidak dapat dielakkan lagi.

Hanya menanti masa ... Tunggu !!!

MMI

Sunday 26 March 2017

Penyelewengan SMUE , BN Selangor Lancar "OPS YAWAS"


Barisan Nasional (BN) Selangor melancarkan ‘Ops Yawas’ bertujuan mengajak semua pihak di Selangor membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) oleh kerajaan Selangor.

Pengerusinya Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati tentang pengurusan dana SMUE hingga ramai yang belum menerima dana khairat kematian di bawah skim itu.

“Dana itu dilaporkan tidak diberikan kepada rakyat Selangor mengikut jumlah yang ditentukan iaitu RM2,500 seorang untuk khairat kematian,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Apa sudah jadi Azmin ? Sebelum ni bukan main sindir orang sana sini sekarang isu membabitkan kerajaan negeri Selangor sendiri ! 

Sebelum ni MMI dah siarkan artikel berkenaan DANA YAWAS ni membabitkan si Teresa Kok tu yang suka cakap berbelit-belit.

Ahli Parlimen DAP dari Seputeh itu akhirnya mengaku bahawa beliau menerima dana di bawah SMUE yang disalurkan melalui YAWAS sedangkan sebelumnya Teresa bermati-matian kata dia hanya menerima dana daripada kerajaan negeri Selangor.


Pengakuan itu hadir apabila Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim memetik nama Teresa Kok yang dikaitkan dengan isu dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Ahli Parlimen DAP Seputeh itu segera bangkit untuk menafikannya.

Irmohizam kemudiannya membacakan fakta surat di Perbendaharaan Selangor bertarikh 13 Disember 2013 kepada Pengurus Cawangan Ambank untuk memohon membuka akaun bagi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) iaitu antara program bawah YAWAS atas nama sembilan Ahli Parlimen pembangkang di sekitar Kuala Lumpur membabitkan jumlah RM10 juta.

Sekali lagi Teresa Kok bangun, ketika itu Ahli Parlimen Seputeh Kuala Lumpur itu seolah-olah mengesahkan bahawa dia telah menerima dana YAWAS itu sepertimana yang didakwa Datuk Jamal Yunus sebelum ini.

“Apa salah ? ” soal Teresa. “Sejak penggal yang lepas, Kerajaan Selangor telah beri hak (dana YAWAS) kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur untuk menguruskan SMUE kerana ramai warga Selangor duduk di Kuala Lumpur…”tambahnya lagi.Baca seterusnya  

OPS YAWAS


Menurut Tan Sri Noh Omar hasil maklumat dan bukti yang diterima melalui “Ops Yawas” akan disalurkan kepada pihak berkuasa khususnya polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dibuat.

Noh juga mendakwa berdasarkan maklumat yang diperolehi, penyelewengan berlaku di banyak kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sehubungan itu wajar untuk kerajaan Selangor tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Ops Yawas akan dibuat di semua DUN Selangor dan digerakkan secara berperingkat kata beliau.

Difahamkan, nama penerima sudah didaftarkan, dana khairat kematian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) telah dikeluarkan oleh wakil rakyat yang diberi kuasa memegang kad pengeluaran wang automatik (ATM) tetapi duit yang dijanjikan tidak kunjung tiba kepada waris si mati.

Bukan setakat itu, had RM1,000 bagi setiap kali pengeluaran juga tidak dipatuhi apabila wakil rakyat dikesan mengeluarkan maksimum RM5,000 sehari dan proses tersebut dibuat berterusan menyebabkan jumlah RM10,000 yang diperuntukkan habis dalam masa dua hari sahaja, sebelum kembali disalurkan pada hari ketiga.

Tambah mengejutkan, pengeluaran tidak hanya dibuat di Selangor tetapi turut dikesan di Sabah dan Pulau Pinang, walaupun jelas dalam syarat SMUE, wang hanya boleh dikeluarkan di negeri ini sahaja, selain mereka yang memiliki kod kad pengenalan 14 juga diberikan dana tersebut biar pun tiada kena mengena dengan Selangor.

“Kita sudah mendapat bukti lengkap dalam bentuk dokumen mengenai penyelewe­ngan SMUE ini, wakil rakyat yang diberikan kad ATM dikesan mengeluarkan RM5,000, esok keluarkan lagi RM5,000 dan lusa disalurkan semula RM10,000 tetapi senarai yang patut terima duit tidak terima khairat itu, ia berlaku di semua kawasan.

“Saya tengok bukti memang jelas, kita ada nama orang yang terima, kita ada nombor kad pengenalan dia, kita ada alamat dia, kita tahu berapa dia dapat, jadi kita putuskan Ops Yawas bagi mendedahkan segala penyelewengan ini,” katanya.

Wow ! Bayangkan kalau isu ini membabitkan wakil-wakil dari UMNO dan BN ? Pasti di canainya puak-puak ni sampai lunyai tapi dalam hal ini Menteri Besar sendiri diam seribu bahasa sebaliknya boleh pula disarankan supaya pihak SPRM yang siasat.

Ya memang betul SPRM adalah badan yang tepat untuk menyiasat salah laku ini , tapi kenapa Azmin diam ? Cakaplah sikit , ulaslah atau bawalah benda ni atas pentas Pakatan Haprak tu !

Lolongkan kepada rakyat sebab isu ini merujuk kepada salah laku dan penyelewengan DANA !!!!!

Bila dah tersepit macam ni SPRM juga yang dicari sedangkan sebelum ni agensi-agensi inilah yang sering jadi mangsa tohmahan kononnya agen kerajaan !

Halo Azmin , ini melibatkan wang khairat kematian bro ! Jangan main-main , You sebagai Menteri Besar bertanggungjawab sepenuhnya !!!!!

Psst MMI tengok Ops Yawas boleh bikin ini Menteri Besar masuk dalam beb ..... Kita tunggu pendedahannya !

MMI

Saturday 25 March 2017

Gelang Patah Dok Tinjau-Tinjau Penang Ker ?


"Don't worry maa u ambil kawasan situ , tak perlu jauh-jauh" !!!! Mungkinlah ... MMI kata lagi sekali mungkinlah itu yang dibualkan oleh kedua-dua orang tu sebab sejak dua menjak ni dia lebih banyak ada di Pulau Pinang daripada berada di kawasan sendiri.

MMI tak pedulilah dia nak bertanding mana pun cumanya kalau nak bertanding sekalipun jagalah sama kawasan yang sekarang ni , dengaq cita sampai naik banner bagai !!!



Benda-benda macam ni kalau tak ada angin tak adanya ribut beb ... So bagi MMI terpulang pada warga Gelang Patah sendiri , mereka yang lebih tahu puak-puak DAP ni buat kerja ka tak buat !

Di Pulau Pinang pula , kehadiran Kit Siang dilihat lebih kerap daripada beliau berada di kawasan sendiri.Kekerapan Penasihat DAP ni dah jadi buah mulut orang sampaikan ada yang tanya dia ni wakil kawasan mana ?

Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abdul Rahim berkata, Ahli Parlimen Gelang Patah itu seperti mempunyai agenda tertentu apabila sering datang ke Pulau Pinang.

Beliau mendakwa Kit Siang berkemungkinan ingin mengekalkan pengaruh ‘Dinasti Lim’ di ne­geri ini memandangkan anaknya yang juga Ke­tua Menteri, Lim Guan Eng bakal berhadapan dengan hukuman berikutan skandal rasuah yang dihadapinya.

“Kita pelik kenapa Kit Siang bersungguh-sungguh masuk ke Balik Pulau kononnya untuk berjumpa rakyat sedang­kan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) di kawasan itu se­ring turun padang membuat perkara sama.

“Sepatutnya, beliau tumpukan usaha untuk tambah baik kehidupan rakyat di kawasannya. Kenapa pula Kit Siang hendak sibuk di Pulau Pinang?” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sejak kebelakangan ini, Kit Siang dikatakan sering datang ke Pulau Pinang untuk mengadakan sidang akhbar dan berjumpa dengan rakyat negeri ini kononnya untuk membuktikan nasib rakyat terutama orang Melayu terbela.

Hebat game politik puak-puak ni ... Pada MMI kehadiran Kit Siang tu sebab reputasi Dinasti Lim sekarang ni dah semakin tergugat.Kesan daripada tingkah laku mereka sendiri ramai dari kalangan ahli DAP sendiri pun dah mula rasa semacam.

Tak cukup dengan itu kena tengok juga berapa ramai yang dah istihar keluar parti ?

Dah tu ada pula wartawan sendiri yang saman Guan Eng , wehhh ini bukan cerita main-main dasar dan polisi pentadbiran Guan Eng di Pulau Pinang itu adalah penyebab kenapa semua ini berlaku sebenarnya.

Apatah lagi isu membabitkan Guan Eng yang sedang berhadapan dengan 2 pertuduhan di mahkamah maka orang-orang DAP Pulau Pinang sendiri pun sebenarnya dah mula melihat kenapa tidak pucuk pimpinan DAP meletakkan kepercayaan kepada pimpinan DAP Pulau Pinang sendiri ?

So apa yang Rafizal kata tu ada benarnya , Ada agenda di sebalik tiang komtar tu !

MMI

Bila Azmin Tampil Berimej Pak Lebai


MMI tak pasti sejauh mana kaitan isu pertukaran gambar kat atas tu dengan isu membabitkan hubungan PKR dengan PAS.Cumanya apabila semakin banyak suara dan pendirian daripada PAS kawasan sendiri yang mahukan supaya hubungan parti tu dengan PAS segera diputuskan tindak-tanduk Menteri Besar Selangor ni mula berubah.

Daripada seorang pemimpin yang terlibat secara langsung dalam Pakatan Harapan yang dilihat cuba dan berusaha untuk memulihkan kembali hubungan dengan PAS satu ketika dahulu kini secara tiba-tiba berubah kepada seorang yang banyak menyindir.

Sebelum ni Azmin dah bikin panas dengan menyindir PAS apabila memuat naik kenyataan di laman twitternya ;


Hakikatnya PAS cuba diperbodohkan oleh Azmin manakala Azmin pula lebih bodoh kerana tidak bijak mengawal emosinya dan kerana itu akhirnya Azmin tampil mengherdik PAS ! Baca Selanjutnya di SINI 

MMI tak kisah Azmin nak tukar gambar apa sekalipun cumanya dalam suasana dan keadaan sebegini pertukaran yang dibuat secara tiba-tiba telah menimbulkan syak bahawa ianya punya kaitan dengan isu yang sedang berlaku.

Nak menyindir ke Min ?????

Dan semua ini berlaku selepas Pemuda PAS Kuala Selangor, Subang, Serdang dan Pandan sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR, ekoran usul sama diluluskan di Tumpat (Kelantan), Permatang Pauh dan Bayan Baru (Pulau Pinang). aidc 

Macam budak-budak !

MMI

Friday 24 March 2017

Serangan BUAYA Salah BN , Ceteknya Pemikiran Pemimpin PKR Sarawak !


Tak pastilah MMI sama ada puak-puak pembangkang ni waras atau pun tidak sebab sejak azali lagi siapa jua yang bersama pembangkang pasti akan cuba mencari kesalahan kerajaan BN untuk dijadikan modal.

Tak salah bro cari salah tapi biarlah apa yang dilontarkan itu rasional sikit janganlah main bedal ja macam si sotong tu.Mungkin juga sebab si sotong yang asyik dok memutar belit isu akhirnya konco-konco kat bawah turut sama nak ikut dan kerana itu maka timbullah isu serangan buaya di Sarawak ni sebab Barisan Nasional.

Kiranya salah Barisan Nasional .. Hadoiii , apa punya jenis ni !

Kes serangan buaya di Sarawak ni memang berlaku dan kita tak nafikan ianya menjadi-jadi namun meletakan kesalahan ke atas orang lain rasa macam tak kena sebab isu semacam ni harus mendapat kerjasama semua pihak.

Dakwaan Setiausaha PKR Baram Denis Along yang BN tidak menyediakan infrastruktur bekalan air menjadi punca kes serangan buaya adalah satu kenyataan yang begitu cetek pemikiran. Kerajaan menyediakan kelengkapan air melalui pendekatan yang berbeza di seluruh Sarawak.

Ada kawasan telah menikmati bekalan air melalui saluran paip air dari loji rawatan air. Ada kawasan yang diberi bekalan air cara 'save water' yang disedut dari bumi. Dan ada yang dibekalkan tong biru untuk sementara waktu. Semua perkara berkenaan telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Bagaimana pula kes serangan buaya dikaitkan dengan infrastruktur tersebut sedangkan kes serangan buaya paling banyak berlaku dikawasan yang terdapat saluran bekalan air bersih ?

Kadang-kadang kita kena pakai otak juga kalau nak berpolitik pun !

Kalau ikut cara PKR Baram tu maka insiden yang pernah berlaku di Pulau Pinang sebelum ini adalah kesalahan kerajaan DAP di Pulau Pinang.

VIRUS J.E kot !

Tak percaya baca artikel ni ;



Ada Kerajaan DAP ambil tindakan untuk memindahkan pusat penternakan ni ?

Tak ada beb ... Kebarangkalian untuk penduduk sekitar yang sebahagian besarnya adalah orang-orang Melayu dan Islam terdedah dengan serangan virus ni ada !

Kalau bab buaya di Sarawak tu dah ada pun pihak yang memantau dan terus berusaha untuk menanganinya , baca pautan ni 73 operasi penakaian atasi konflik buaya 

Di Pulau Pinang ? Kerajaan DAP buat apa ?

Nak salah BN juga ????? 

MMI

Sindiran Terhadap PAS Tunjuk Sifat Sebenar Azmin


Disaat berlakunya pergolakan sesama parti dalam Pakatan Harapan disebabkan status PAS yang tidak lagi mahu menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PAN hanya Azmin Ali sahaja yang dilihat berusaha untuk menjernihkan suasana.

Tindakan Azmin walaupun dilihat lebih kepada mencari keuntungan politik khusus bagi negeri Selangor , ianya bolehlah diibaratkan sebagai usaha untuk memujuk PAS agar memikirkan kembali pendirian mereka supaya terus menyokong Pakatan Harapan.

Tindak-tanduk ini boleh dilihat melalui kenyataan Azmin sebelum ini apabila Naib Presiden PKR itu mahu Pakatan Harapan terus memperkukuhkan hubungan dengan PAS bagi meneruskan 'agenda reformasi'.

Katanya dalam politik, setiap pemimpin perlu berbincang dengan berhemah ketika menghadapi masalah.

"Kita hormati dan iktiraf parti-parti politik progresif dan pegang agenda reformasi.

"Hubungan dengan PAS dalam Pakatan Harapan akan terus diperkukuhkan," 

Malah dalam isu PAS Permatang Pauh dan Bayan Baru di Pulau Pinang pun Azmin masih lagi dilihat berusaha untuk memperbaiki hubungan.

Katanya, beliau menganggap hubungan dengan PAS berjalan seperti biasa walaupun PAS Permatang Pauh dan Bayan Baru membuat ketetapan memutuskan hubungannya dengan parti itu.

“Kita akan bincang. Misi satu lawan satu kita masih sama, teruskan perbincangan dan tengok apa yang berlaku pada muktamar nanti.

“Kita tidak pernah putuskan hubungan dengan mana-mana pihak. Jadi, itu kita serahkan kepada kebijaksanaan PAS untuk menentukannya.

“Bagi pihak KEADILAN, kita mahu semua parti yang progresif, ingin lakukan perubahan bersama-sama. Pendirian kita tidak berubah,” katanya kepada media sebelum ini.

Soalnya sejauh mana Azmin benar-benar ikhlas untuk terus memperbaiki hubungan tersebut ?

Adakah ianya hanya untuk kepentingan politik PKR semata-mata ?

Hakikatnya PAS cuba diperbodohkan oleh Azmin manakala Azmin pula lebih bodoh kerana tidak bijak mengawal emosinya dan kerana itu akhirnya Azmin tampil mengherdik PAS !


Tindakan itu kemudiannya mendapat respon daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang (Pemuda Subang) apabila mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Menteri Besar Selangor itu.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang (Pemuda Subang) mengecam tindakan YB Azmin Ali (PKR) yang mengeluarkan kenyataan sinis terhadap kekalahan YB Ustaz Nik Muhammad Abduh dalam pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa sebagai indikator kepada kemampuan jentera PAS untuk menawan negeri Selangor seluruhnya pada Pilihanraya ke 14 (PRU14) nanti.
Pemuda Subang melihat kenyataan YB Azmin ini sebagai satu gaya pemikiran yang senteng kerana pemilihan jawatan dalaman PAS di peringkat kawasan-kawasan adalah urusan meyusun gerak atur pergerakan PAS di peringkat akar umbi itu sendiri dan sama sekali tidak absah jika ingin dinisbahkan kepada gerak kerja Pilihanraya.
Pemuda Subang ingin mengingatkan kembali kepada YB Azmin bahawasanya keberadaan YB Azmin di kerusi Menteri Besar Selangor adalah hasil daripada ihsan PAS, bukan daripada parti YB sendiri dan kemenangan YB Azmin di Parlimen Gombak juga adalah hasil daripada kekuatan gerak kerja daripada jentera-jentera PAS yang ramai dan sanggup bekerja atas arahan pimpinan.
YB Azmin perlu menyedari hakikat bahawasanya PAS mempunyai kekuatan yang ampuh di peringkat akar umbi. Kesinisan kenyataan YB Azmin ini seolah-olah menjerut leher sendiri tatkala beliau menyedari hakikat bahawa PKR tidak ada kekuatan jentera di mana-mana kawasan sekalipun.
Justeru, Pemuda Subang ingin menyeru kepada semua perwakilan PAS di Muktamar Kawasan masing-masing agar usul memutuskan hubungan politik antara PAS dan PKR mendapat sokongan seluruh perwakilan yang ada.
Di peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang, kami dengan segala kekuatan jentera yang ada bersedia untuk bertanding di kerusi Parlimen Subang, Kota damansara, dan Paya Jaras pada PRU14 yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang sekali lagi bertegas akan terus konsisten meyambut seruan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Nik Muhammad Abduh untuk menawan Selangor sekaligus menunjukkan pintu keluar kepada YB Azmin Ali daripada pejabat Menteri Besar dan menyingkirkan YB Azmin Ali daripada kerusi Parlimen Gombak.
Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang
Well MMI tak perlu ulas panjang-panjang sebab apa jua tindakan PAS selepas ini rasanya mereka dah kenal dengan Ex-Sekutu ni.

Azmin dah tunjuk sifat sebenarnya so terpulanglah kepada PAS nak corak gerakan selepas ini.

Yang penting puak-puak sekutu DAP memang tak boleh harap puak-puak ni hanya walak pada DAP !


MMI

Thursday 23 March 2017

Hubung Kait Dengan Pemilik Banglo - Satu Pengorbanan ??


Gambar atas tu dirakam dalam satu tindakan kononnya protes terhadap politik wang ! Hebat sungguh orang zaman sekarang ni sampai ke tahap botak kepala.Tak pasti pula MMI apa kejadahnya sampai ke tahap itu sebab ramai yang kat luar sana menganggap ianya tak lebih dari sekadar gimik politik murahan Lim Guan Eng.

Bekas Presiden MCA , Datuk Chua Soi Lek dalam kenyataannya terhadap tindakan tersebut berkata tindakan Betty Chew membotakkan kepada sebagai tanda protes kepada politik wang, tidak lebih dari satu gimik semata-mata.

"Saya fikir ia hanyalah satu gimik politik yang diimport dari Taiwan.

"Tentulah ini boleh membangkitkan emosi ramai orang tapi jika anda tanya paderi kita, ianya cara membotakkan kepala yang salah jika anda pergi ke rumah berhala.

"Sebabnya anda perlu mengikut upacaya yang betul. Anda tidak boleh dengan senang-senang pergi membotakkan kepala di kuil dan kata anda sudah bersumpah.

“Anda menyalahgunakan institusi agama untuk kepentingan politik anda,” 

MMI tak nak campur bab tu itu bab agama masing-masing tapi kalau tindakan itu dibuat benar-benar atas alasan protes terhadap politik wang maka rasanya Guan Eng yang harus botakkan kepala dia sebab bekas Naib Pengerusi DAP sendiri dah pun sahkan punca dia tinggalkan DAP adalah kerana amalan rasuah yang teruk !


Walaupun sekarang ni rasanya rambut dah kembali mengurai tapi tindakan itu sebenarnya kalau dilihat dari sudut pengorbanan maka Betty sudah pun membuat pengorbanan sebagai seorang isteri yang begitu setia dengan suaminya.

Itu hebat Beb ! Kesetiaan dan pengorbanan yang tidak boleh dicari ganti atau di beli dari mana-mana kedai 24 jam di seluruh negara.

Cumanya dalam pendedahan terbaru melibatkan pembelian banglo terlajak murah Guan Eng , Adakah pendedahan Pegawai Khas isteri Perdana Menteri, Rizal Mansor itu juga berdasarkan kepada PENGORBANAN juga ?

Apa Rizal kata ....

Pegawai Khas isteri Perdana Menteri, Rizal Mansor melalui satu kenyataan berkata kedudukan Betty melalui Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) boleh dipersoalkan kerana ia melibatkan perniagaan sekaligus mencetuskan percanggahan kepentingan memandangkan suaminya adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Sebenarnya, terima atau tolak jawatan dalam PCCC itu bukan soal pokok. Soal pokok yang dibangkit ramai pihak semasa panas isu PCCC itu ialah status Betty Chew sebagai isteri Ketua Menteri Pulau Pinang dan PCCC pula organisasi yang melibatkan perniagaan.

“Hal ini ada kaitan dengan ‘conflict of interest’. Betty sebagai isteri Ketua Menteri dilihat rapat dengan rakan-rakan ahli perniagaan, mungkin sekiranya beliau lebih banyak habiskan masa dalam aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan hal ini tak akan timbul,” katanya.

Rizal turut membidas kenyataan Ahli Dewan Undangan DAP Selangor, Yeo Bee Yin yang mempersoalkan tugas penaung PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menerima sebarang gaji sebaliknya adalah satu khidmat negara.

“YB Yeo Bee Yin cukup kalut mempersoalkan tugas penaung PERMATA yang tak bergaji itu, sibuk cari cacat cela rumah orang tapi cacat cela rumah sendiri pulak mengapa dibiarkan ?

“Semua dah sedia maklum mengenai soal ‘banglo murah’ boss YB dan bila dilakukan siasatan 2 nama yang cukup popular ketika isu itu timbul ialah Phang Li Khoon dan Betty Chew.

“Terima kasih saya ucapkan kepada YB Yeo Bee Yin kerana buka peluang untuk kita bangkitkan semula isu ‘banglo murah’ Lim Guan Eng yang dilihat sejuk akhir-akhir ni.

“Di atas semangat integriti, bersih, cekap dan amanah yang ditunjukkan YB berkaitan soal penaung PERMATA yang tak bergaji itu, saya harap YB juga tunjukkan semangat yang sama dengan hal ‘banglo murah’ Ketua Menteri Pulau Pinang yang ada kena mengena dengan hubungan beliau dengan Phang Li Khoon .

“Tak perlu saya ulas panjang-panjang kerana cerita ini dah diperincikan dalam media dan blog-blog cukup dengan surat-surat, gambar dan sijil pendaftaran syarikat.

“Saya cuma ingin YB sahkan samada Betty Chew pernah menjadi pengarah syarikat perunding hartanah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li Koon dan adik beradik Phang?

“Syarikat Excel Property ini memberi “nature of business” sebagai “Property management and consultancy services,” soal Rizal.

Menurut Rizal wujud percanggahan kepentingan di mana syarikat yang dimiliki Betty adalah sebagai perunding kepada pihak pemaju dan hartanah ketika suaminya adalah Ketua Menteri serta turut memegang portfolio Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah.BACA SELANJUTNYA

So pihak yang terlibat tu kenalah menjawab takkan nak senyap ja !

Janganlah pula nanti kata senyap tu sebab berkorban ! Hahahahaha

Satu pengorbanan ???? Hmmm langsung tidak !!!!!

MMI

Tarian Salleh Keruak , Pembangkang Tak Tahan TENSION !!!! @sallehsaid


Puak-puak pembangkang cukup seronok bila video rakaman tarian Salleh Keruak disebarkan di media sosial.Semacam durian runtuh jadinya habis segala suku sakat mereka berebut-rebut nak jahanamkan reputasi pemimpin dari Sabah ni.

Apa yang MMI tengok ada baiknya puak-puak pembangkang sebarkan video tu sebab sedikit sebanyak bolehlah kita ajar mereka sikit sebanyak tentang kedunguan mereka yang asyik dengan politik 24 jam.

Malah MMI pasti ada sebahagian besar daripada puak-puak tu tak pernah pun jejak kaki di Sabah apatah lagi nak mengambil tahu tentang adat dan budaya orang lain.

Ok jom kita mula cerita tentang adat dan budaya orang Sabah ... 

SUMAZAU merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan bahkan di seluruh Malaysia. 

Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada hari-hari keramaian seperti Tadau Kaamatan/Pesta Menuai yang diadakan sepanjang bulan Mei setiap tahun di Sabah.

Persembahan tarian itu tidak terhad pada pesta menuai sahaja akan tetapi majlis-majlis keramaian lain. Seperti majlis kahwin atau kini diperluaskan ke majis Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana kebetulan Menterinya adalah daripada Sabah dan kebetulan pula mempunyai sulur galur KDM.

Persembahan tarian sumazau sangat berkait rapat dengan upacara kesyukuran atau terima kasih kepada maha pencipta kerana sesuatu hajat telah tercapai dan terlaksana. Tarian ini tiada kaitan dengan pemahaman agama ianya hanya merupakan satu bentuk tradisi kaum KDM apabila selesai menuai padi kerana hasil yang lumayan maka merayakan kejayaan itu dengan mempersembahkan tarian sumazau.

Datuk Salleh dan isteri mempersembahkan tarian sumazau sempena pelancara “Ekspresi Negaraku 1Malaysia” di Putrajaya minggu lalu di mana majlis itu dilancarkan oleh Perdana Menteri.

Adalah satu tindakan simbolik dilakukan Salleh dan isteri untuk menggambarkan kejayaan dan pelaksanaan majlis itu. Selain itu tanda simbolik bagi rakyat negara ini bersyukur mempunyai negaraku Malaysia. Walaupun diduduki berbilang kaum dan agama serta latar belakang akan tetapi kerharmonian dan hubungan kaum sentiasa terpelihara.

Bagi mereka, yang tidak mahu memahami mesej yang disampaikan oleh Salleh dan isteri, maka mereka hanya melihat persembahan pasangan itu sebagai suka-suka sehinggakan Presiden Amanah Mat Sabu mengaitkannya dengan sara hidup rakyat.

MMI tak nak salahkan sesiapa kerana masing-masing punya pandangan yang berbeza khususnya pemimpin dan penyokong pembangkang.Tetapi biarlah apa jua tindakan itu dilihat dalam konteks yang lebih baik bukan dengan niat untuk memburuk-burukkan reputasi pemimpin semata-mata dengan tidak mengambil kira perkara-perkara sebegini. 

Kalaulah nak dibicarakan tentang salah laku atau sekadar suka-suka nak menari macam mana pula dengan tindak-tanduk puak-puak sendiri ?


Rasanya ini lagi jauh dari apa yang Salleh Keruak buat tu ... Faham-faham kadang-kadang puak-puak ni tension sebab setiap hari nak kena perah otak cari salah kerajaan , salah UMNO , salah parti-parti komponen BN lagi ... itu belum masuk bab dasar negara dan perkembangan dunia !

Ok ok menarilah ... MMI tau ampa tension !

MMI

REALITINYA Parti Pembangkang Semuanya Ikut Telunjuk DAP @343Jass @RRafizal


Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Jasmin Noordin berkata, pihak pembangkang tidak dapat menafikan bahawa parti-parti yang bergabung di dalam pakatan harapan adalah pro Dap, memandangkan setiap keputusan mereka berhubung sesuatu isu termasuk berkenaan Islam, yang mengambil kira pandangan dan keputusan parti tersebut.

Menurut beliau, dominasi Dap di dalam pakatan harapan amat jelas apabila parti pembangkang seperti PKR dan PAN akan akur dengan setiap pendirian dan keputusan Dap dalam sesuatu isu termasuk dalam hal pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 sebelum ini.

“Kita boleh nampak jelas bahawa parti seperti PKR adalah pro kepada Dap di mana keputusan yang mereka ambil itu akan selaras dengan kehendak Dap, sebagai contoh dalam isu pindaan RUU 355 baru-baru ini.

“Manakala parti PAN pula tidak perlu diragui kesetiaan mereka terhadap Dap memandangkan kewujudan parti tersebut juga adalah hasil kehendak Dap untuk memecah belahkan dan menggantikan Pas di dalam pakatan pembangkang.

“Manakala PPBM pula sebagai parti baru, terpaksa sujud di kaki Dap apabila Pengerusinya, Tun Mahathir sanggup mengeluarkan kenyataan pusingan-U di mana kononnya selama ini dia tersalah anggap terhadap Dap yang disangkakan sebagai sebuah parti rasis.

“Selama lebih 22 tahun beliau menghentam Dap sebuah parti yang rasis dan cauvinis, tetapi hari ini beliau boleh pula katakan bahawa kritikan beliau terhadap Dap adalah tidak benar dan beliau telah tersalah anggap terhadap Dap selama 22 tahun,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelas Jasmin lagi yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelutong, rakyat hari ini mulai faham mengapa Pas akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada gabungan pakatan pembangkang bahkan memutuskan hubungan dengan parti tersebut.

“Saya yakin keputusan itu dibuat atas kesedaran kepimpinan Pas bahawa keegoan dan sikap dominasi Dap terhadap parti-parti pembangkang tidak dapat ditangani lagi. Campur tangan Dap dalam segala keputusan pakatan pembangkang, termasuk isu-isu hukum Islam menyebabkan Pas akhirnya terpaksa akur bahawa mereka tidak boleh bergerak seiringan dengan Dap.

“Sebagai contoh, dalam pentadbiran negeri pula, Dap secara jelas cuba untuk campur tangan dalam institusi fatwa di sini dan perkara ini turut diakui oleh AJK fatwa dan bekas mufti negeri tersebut, Datuk Seri Hassan Ahmad.

“Maka perkara itu juga tidak mustahil berlaku di dalam pakatan pembangkang dan ini terbukti apabila Dap menolak pindaan RUU 355 yang kemudiannya keputusan Dap itu diikuti oleh PKR dan juga PAN,” tegasnya.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat, khsususnya umat Islam di negara ini sekiranya pembangkang menang di dalam PRU akan datang, maka Dap akan menjadi kepala dalam sebarang keputusan yang akan diambil oleh parti-parti pembangkang sekiranya mereka menjadi kerajaan.

“Bagi saya, Dap tidak kisah jika barisan kepimpinannya tidak menjadi Perdana Menteri, namun apa yang penting mereka mahukan seorang pemimpin di kalangan parti pembangkang yang boleh mereka kawal dan akur dengan setiap keputusan yang diputuskan oleh Dap.

“Mungkin kerana itu, Dap beria-ria mahukan Datin Seri Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri dengan alasan sebagai ganti kepada Anwar, sedangkan hakikatnya mereka memilihnya kerana kelemahan Presiden PKR itu yang mudah dipengaruhi untuk membuat satu-satu keputusan yang memihak kepada keuntungan parti tersebut.

“Sehubungan itu, saya fikir rakyat khususnya umat Islam di negara ini perlu bijak menilai permainan politik pihak pembangkang, terutamanya Dap yang tegar dengan imej anti Islam, rasis dan cauvinis, namun cuba untuk menyembunyikan perkara tersebut dalam usaha mereka untuk mendapat sokongan rakyat terutama umat Islam di negara ini,” jelasnya lagi.

Wednesday 22 March 2017

PAS Pmtg Pauh Tinggalkan PKR - Mat Sabu Mengintai Peluang ??


Ternyata apa jua "game" yang cuba dimainkan oleh PKR terhadap PAS akhirnya membawa kepada pergolakan sesama mereka.Sebelum ini PAS dilihat agak terbuka dengan PKR memandangkan mereka punya hubungan bersyarat di Selangor.Walau bagaimanapun banyak pihak melihat PAS sebenarnya sedang cuba dijinakkan oleh PKR untuk sekurang-kurangnya kekal sebagai sebahagian daripada pendokong Pakatan Harapan.

Dari pengamatan MMI perpecahan yang berlaku dalam PAS sehingga tertubuhnya PAN serta kerakusan DAP untuk terus menunjangi kem pembangkang menjadi antara sebab kenapa PAS kemudiannya mula memikirkan tentang kehadiran mereka.

Selain daripada soal prinsip dan pendirian , PAS semakin jauh daripada Pakatan Harapan kerana kumpulan pembangkang itu sudah semakin terpesong apabila matlamat mereka mula tersasar daripada prinsip yang diamalkan PAS sendiri.

Kehadiran PPBM contohnya telah merubah hala tuju Pakatan Harapan daripada sebuah kumpulan pembangkang menjadi kumpulan radikal politik apabila menjadikan matlamat untuk menjatuhkan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib tanpa melalui proses pilihanraya.

Walaupun pada hari ini laungan itu sedikit sebanyak sudah tidak lagi kedengaran , isunya PPBM bermula daripada asas ini.Kerana itu kehadiran mereka bersama-sama Pakatan Harapan bukanlah berbekalkan tawaran politik atau tawaran yang lebih baik kepada rakyat tetapi kekal merujuk kepada rasa tidak puas hati dan dendam politik melampau yang mahu menumbangkang kepimpinan YAB Datuk Seri Najib.

Soal siapa sedang mempergunakan siapa dalam Pakatan Harapan tak perlu lagi kita huraikan kerana semua pihak dapat melihatnya dengan jelas cuma hubungan rapuh yang terbina itu bakal memberi impak negatif kepada rakyat sekiranya mereka berkuasa kelak.

Ini pasti berlaku kerana perbezaan dasar yang cukup ketara diantara parti-parti yang bersama dalam Pakatan Harapan.

Oleh kerana itulah akhirnya PAS Permatang Pauh bertindak untuk memutuskan semua hubungan politik dengan parti PKR seterusnya menolak secara langsung sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Lebih dasyat lagi PAS Permatang Pauh mendedahkan betapa PKR dalam senyap-senyap telah mensabotaj parti itu.

Yang Dipertua Pas Permatang Pauh, Omar Hassan berkata , PKR didapati sewenang-wenangnya menggunakan sebilangan ahli Pas untuk kepentingan politik PKR tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan Pas.

"Lebih memudaratkan, terdapat aduan daripada ahli Pas bahawa PKR meminta ahli kami untuk keluar daripada Pas dan sertai mereka bagi tujuan memegang jawatan tertentu di dalam kerajaan.

"Sifat tidak bertanggungjawab oleh PKR ini menunjukkan PKR sangat tidak menghormati prinsip setia kawan dan boleh menjejaskan Pas."

Omar dalam kenyataannya turut menyebut PKR khasnya di Pulau Pinang tidak menghormati Pas sebagai rakan tahaluf apabila terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara yang sebelum ini dengan lantang menyerang Pas dan pimpinannya.

Mengulas lanjut, Omar berkata, PKR juga dilihat gagal membela serta mempertahankan Islam di negeri ini apabila secara terang-terangan menurut kehendak DAP dengan mencampuri urusan penfatwaan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Menurutnya, terdapat beberapa fatwa yang dilengahkan dan ditangguhkan oleh PKR dan DAP melalui Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Tindakan tidak bertanggungjawab Exco Agama ini menunjukkan kepentingan politik PKR lebih diutamakan mendahului kepentingan Islam dan Pas tidak boleh bersetuju dengan keadaan ini. seterusnya 

Dalam masa yang sama dilaporkan PAS di beberapa kawasan lagi di Pulau Pinang turut mengambil langkah yang sama apabila mengusulkan supaya PAS membatalkan hubungannya dengan PKR.

Tindakan yang MMI lihat sebagai antara gerakan yang dipersetujui bersama itu sebenarnya sudah pun memberikan kejutan kepada Pakatan Harapan khususnya PKR.Walaupun mereka menganggap kesannya tidaklah terlalu besar tetapi dalam konteks Permatang Pauh ianya sudah pun memberikan kesan khususnya kepada PKR.

Wan Azizah selaku pemimpin tertinggi PKR dan juga Ahli Parlimen Permatang Pauh seharusnya dipersalahkan dalam hal ini kerana beliau jelas gagal sebagai pemimpin tertinggi dalam hiraki Pakatan Harapan tetapi juga gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan kebanyakkan masanya di habiskan diluar kawasan.

Natijahnya PAS kini tidak lagi bersama dengan parti itu selain bakal bertanding di Permatang Pauh tanpa mengambil peduli persiangan dengan wakil-wakil dari PKR.

Perkembangan ini semakin menarik memandangkan pada PRU14 nanti pastinya berlaku pertandingan lebih dari 3 penjuru di bumi Permatang Pauh.Dengan BN konsisten akan terus meletakkan calonnya , PAS pula hampir pasti bertanding dan PKR sudah tentu akan pertahankan kawasannya.

Isunya apakah PAN akan membiarkan PAS bertanding ? Adakah PAN akan membiarkan PAS bertarung dengan PKR atas alasan kesepakatan dalam Pakatan Harapan ?

Bukankah PAN dilaporkan sedang mengintai-intai ruang untuk merampas Permatang Pasir daripada PAS ?

Mat Sabu barangkali sedang mengira-ngira kawasan untuk sekurang-kurangnya PAN buktikan kepada bosnya DAP bahawa kehadiran PAN bukanlah sekadar pencacai politik.

Well MMI yakin apa jua yang bakal berlaku selepas ini akan membongkar kerakusan politik sesama parti dalam Pakatan Harapan.

Sama-sama kita tunggu ....

MMI

Labels