Followers

Thursday 31 May 2012

SPRM Dapati Sharizat Terlibat ???


Akhirnya Shahrizat Jalil boleh menarik nafas lega.Isu utama yang menghantui karier politiknya sudah beres.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ,Tan Sri Dr Hadenan Jalil hari ini mengumumkan bahawa bekas Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat itu didapati tidak terlibat dalam proses keputusan memberi pinjaman RM250 juta kepada NFC.

NFC adalah syarikat yang dipimpin oleh suaminya Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail.

Hanedan berkata bekas menteri itu tidak terlibat dalam keputusan memberi kontrak kepada NFC.

Beliau memberitahu maka siasatan mengenai penglibatan Shahrizat ditutup.

Shahrizat telah letak jawatan sebagai menteri baru-baru ini menjelang suaminya didakwa di mahkamah atas kes NFC.

Beliau kini masih memegang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Sementara itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meminda pernyataan tuntutan samannya terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pada Khamis.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu berikutan tiada bantahan daripada Zuraida dan Mohd Rafizi.

Shahrizat diwakili peguam Datuk Ahmad Redza Abdullah manakala Zuraida diwakili peguam Razlan Hadri dan peguam Ranjit Singh bagi pihak Mohd Rafizi.

Pada 19 Jan lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau berhubung isu projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Shahrizat menuntut ganti rugi am sebanyak RM50 juta dan RM50 juta lagi bagi ganti rugi teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.
    
Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung National Feedlot Corporation Sdn Bhd atau syarikat-syarikat bersekutunya.

Ketua Wanita Umno itu mendakwa kedua-dua defendan secara sistematik dan berniat jahat melancarkan satu kempen untuk 'serang, mencemarkan nama baik, memburuk-burukkan dan memfitnah plaintif' dengan menyebarkan dakwaan mengandungi fitnah terhadap beliau.

Perbicaraan kes saman tersebut ditetap pada 6 dan 10 Ogos.

MMI.

Malaysia Miliki Pesawat Paling Besar Di Dunia


Kali ini MMI nak bicara soal kapal terbang milik Malaysia Airlines yang baru dan di beritakan merupakan pesawat terbesar di dunia.Dengan adanya pesawat sehebat ini ianya turut menjadi nadi kepada keupayaan MAS untuk terus maju. 

Pesawat terbesar dan paling mesra alam di dunia, Airbus A380, yang kini menjadi milik Malaysia Airlines (MAS), telah pun di terima dan bakal menyusul bakinya tidak lama lagi.

MAS telah menerima serahan pesawat pertama A380 itu, daripada enam yang ditempah, semalam dan kini menjadi pengendali ke-lapan pesawat penumpang itu.

Ketua Pegawai Operasi Airbus Fabrice Brégier telah menyerahkan pesawat itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya di Toulouse.


Pesawat yang menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900, menyediakan ciri-ciri premium tiga kelas, yang boleh membawa seramai 494 penumpang.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan ialah tempat baring rata sepenuhnya dalam Kelas Pertama dan Perniagaan, serta tempat duduk lebih lebar yang baharu pada Kelas Ekonomi.

Tempat duduk dalam kesemua kelas dilengkapi dengan sistem hiburan individu dalam penerbangan, USB port dan kemudahan telefon satelit.



Ahmad Jauhari, yang membuat pemeriksaan bagi kali pertama pesawat itu, jelas sangat teruja.

"Pesawat A380 ini akan menjadi pesawat perdana dengan menawarkan produk dan perkhidmatan premium terbaharu, yang menawarkan tahap keselesaan, kemewahan dan kemudahan terbaharu bagi penerbangan jarak jauh," katanya.

Sejak memasuki perkhidmatan pada 2007, A380 mencatatkan rekod melangkaui jangkaan, dengan menerbangkan lebih ramai penumpang pada jarak lebih jauh dan pada kos yang lebih rendah, sambil mengurangkan pengeluaran karbon secara signifikan.

A380 berupaya terbang sejauh 8,300 batu nautika atau 15,300 kilometer.


Ini membolehkannya melakukan perkhidmatan tanpa henti dengan muatan penuh dari Kuala Lumpur ke mana-mana destinasi di Eropah atau perkhidmatan sehenti ke destinasi utama di Amerika Syarikat.

Kemunculan sulung pesawat komersil superjumbo itu dijadualkan pada 1 Julai mengikut jadual tiga kali seminggu pada laluan KL-London (MH002/MH003) sebelum melakukan perkhidmatan harian pada Ogos.


Malaysia Airlines akan turut memperkenalkan A380 pada laluan Sydney-Kuala Lumpur mulai 25 September pada perkhidmatan harian MH122/123, bagi menggantikan jadual semasa menggunakan pesawat Boeing 747-400.

MMI cukup bangga sekali dan inilah sebenarnya kejayaan Malaysia dan seluruh rakyatnya yang selama ini memberikan kepercayaan kepada sebuah kerajaan yang kita yakin dapat membawa negara dan rakyatnya kemercu kejayaan.

Cumanya MMI yakin dan pasti puak-puak Pakatan Haprak khususnya para pemimpin mereka yang mempunyai jutaan ringgit itu pasti akan turut merasa bagaimana hebatnya menaiki pesawat paling besar dalam dunia kepunyaan negara Malaysia.

Jom sama-sama kita naik..

Pssstt Ada sapa-sapa nak bawa MMI naik ker ? hehe..

MMI.

Umi Dedahkan Dokumen Aset RM30 Juta Milik Azmin & Shamsidar


Lagi pendedahan di buat terhadap Azmin dan Shamsidar berkaitan jumlah aset yang dimilik mereka yang menimbulkan keraguan sumbernya.Pendedahan kali ini di buat oleh Umi Hafilda sendiri setelah sebelum ini satu pendedahan di buat mengenai bagaimana siasatan terhadap Azmin di arah hentikan oleh Anwar sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Klik Sini 

Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM3O juta.

Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994.

Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar untuk membuat laporan polis terhadapnya sekiranya dokumen itu palsu atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis selepas tempoh tersebut.

Kata Ummi Hafilda, beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memandang serius kes tersebut kerana aset itu diperoleh Azmin dan Shamsidar semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.

Boleh di katakan banyak yang telah didedahkan termasuklah rakaman video perlakuan seks di antara Anwar dan Shamsidar yang telah pun di serahkan kepada pihak yang berwajib oleh Datuk Nallakaruppan.

Soalnya sekarang MMI seperti rakan-rakan blogger yang lain malah seluruh rakyat Malaysia rasanya mahu melihat sejauh mana tindakan bakal di ambil.Kepada pihak berkuasa ambillah tindakan jangan jadi bacul.

Berani kerana benar.

MMI.


Wednesday 30 May 2012

Tiada Alasan Lagi Nizar Wajib Di Hukum !!


Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor , Sultan Ibrahim Ismail dengan menyatakan jumlah bidaan sebanyak RM520,000.00 sebagai satu pembaziran kerana menggunakan wang rakyat jelas menimbulkan kemarahan di pihak Sultan Johor serta rakyat keseluruhannya.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.


Melihat kepada kenyataan beliau di atas sahaja sudah cukup membuktikan bahawa YB Nizar mempunyai agenda dan niat untuk menuduh serta mengaitkan pembidaan nombor plat tersebut sebagai bahan politik murahan Pakatan Haprak.

Walaupun beliau telah menjawab tujuan sebenar kenyataan itu di keluarkan tanpa berniat jahat mahupun tuduhan tetapi dari sudut yang lain ianya sebenarnya merupakan tindakan yang tidak boleh sesekali dibiarkan.

Apatah lagi dilakukan oleh seorang manusia kayu yang pernah di bonekakan oleh DAPigs di Perak.

Soal duit rakyat atau tidak itu bukan isunya kerana sebagai Sultan Johor, baginda mempunyai pendapatan sendiri seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang tubuh negeri Johor, malah turut dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia juga. Itu baru bercakap tentang pendapatan, belum lagi kemudahan-kemudahan lain yang dikhaskan untuk baginda.

Malah sebelum ini pun baginda adalah Tengku Mahkota Johor untuk satu tempoh yang sangat panjang iaitu 29 tahun, sebelum ditabalkan sebagai Sultan Johor pada 2010 bagi menggantikan Alhmarhum Ayahandanya, Tuanku Iskandar yang mangkat pada 2010. Jawatan Tengku Mahkota itu juga adalah jawatan rasmi dan bergaji.

Semua inilah yang melayakkan baginda turut serta dalam bidaan tersebut dan motif disebalik tindakan Nizar mempolitikkan isu ini, bukanlah terlalu sukar untuk dibaca.


Nizar cuba membangkitkan sentimen kebencian di kalangan rakyat, kononnya DYMM Sultan Johor ini menghabiskan duit rakyat. Ini memang sikapnya yang sudah banyak termakan budi dengan DAP yang diketahui ‘membenci’ sistem beraja dan sering mencari jalan untuk menghapuskannya. Benci dalam erti kata pendapatan yang diterima, tapi kerana hanya orang melayu sahaja yang boleh menduduki jawatan tersebut.

Maka atas dasar itu MMI mengharapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau pun sesiapa saja yang berwajib seharusnya mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap YB Nizar kerana tindakan biadap beliau terhadap Sultan Johor tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.


Gagal untuk mengambil sebarang tindakan terhadap beliau bererti kita sedang membiarkan institusi raja-raja Melayu untuk terus di cemuh malah di hina sebegini rupa sedangkan rakyat Malaysia semuanya sudah faham bahawa "Kesetian Kepada Raja & Negara" merupakan salah satu daripada Rukun Negara yang sememangnya menjadi pegangan seluruh rakyat di bumi bertuah Malaysia.

Sehingga artikel ini ditulis diberitakan pihak polis telah pun menjalankan siasatan terhadap YB Nizar di bawah akta hasutan namun MMI mahu tegaskan dalam perkara ini siasatan mestilah diteruskan dengan pendakwaan dan tindakan dikenakan supaya selepas ini tidak akan ada lagi mereka-mereka di luar sana yang bersikap biadap seperti mana YB Nizar.

MMI. 

Tuesday 29 May 2012

Eksklusif - Melayu Wajib Tonton !!


Sebagai bangsa yang penuh dengan adat resam dan nilai-nilai pegangan Islam,MMI terpanggil untuk sama-sama berkongsi sebuah cerita pendek yang cukup baik bersama semua di luar sana.

Kita bangga kerana kita bangsa Melayu.kita bangga kerana kita beragama islam,kita bangga kerana kita kaum terbesar,kita bangga kerana lahir di Malaysia,kita bangga kerana kita menerajui negara namun kita lupa bahawa perpecahan sesama kita mengundang kembali apa yang berlaku satu ketika dulu.



Kita sudah lupa sebenarnya namun masih ada masa dan ruang untuk kita sama-sama ingatkan kembali sesama kita kerana sejarah hampir pasti tidak akan mampu di kembalikan.

Hanya kita bukan orang lain.

MMI.

Tribute To Himpunan Jutaan Belia 2012


Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya baru saja tamat dan pelbagai reaksi dapat dilihat dalam mana-mana saja media khususnya di media-media maya.Terdapat mereka di luar sana yang melihat HJB 2012 sebagai satu acara terbaik dalam kita menghimpunkan seluruh warga belia untuk sama-sama hadir mendapatkan segala input-input yang terbaik malah merupakan pentas terbaik dalam warga belia melahirkan karya-karya seterusnya memilih bidang serta minat masing-masing.

Terdapat juga mereka-mereka yang meletakkan penganjuran HJB ini sebagai sesuatu yang merugikan terutamanya kerana terlalu banyak acara hiburan disediakan termasuklah artis-artis yang didatangkan dari luar negara yang kesemuanya dilabelkan sebagai unsur kemaksiatan yang di berikan kepada para belia.

Dalam soal ini MMI melihat dari sudut dan konteks yang lebih besar iaitu penganjuran sebenarnya disasarkan kepada seluruh warga belia dan tidak mengira kaum malah agama.Soal besarnya bermula disini kerana adalah lebih baik penganjuran dimasa-masa akan datang melihat semula khususnya dari segi etika pemakaian yang jelas memperlihatkan sedikit kealpaan di situ.

Namun dari segi pengisian dan acara-acara yang dijalankan ianya sebenarnya sudah mencapai sasaran kerana lumrah warga belia sememangnya begitulah kehendak mereka kerana warga ini mempunyai pelbagai input dan akses malah minat yang tidak langsung menyamai mereka-mereka yang terdahulu sebelumnya.



MMI menyokong penganjuran sebaik ini dan turut menyokong langkah-langkah perlu khususnya memberikan yang terbaik kepada warga belia dan paling penting kita sama-sama perlu melihat kepada etika pemakaian semua pihak yang dijemput oleh pihak penganjur supaya menetapi syarat-syarat yang boleh mengelakkan daripada timbulnya teguran-teguran seumpama itu di masa akan datang.

Apa pun MMI ucapkan tahniah kepada semua pihak khususnya Kerajaan Barisan Nasional,Kementerian Belia & Sukan,UMNO,Majlis Belia Malaysia dan seluruh warga belia dan mereka-mereka yang bertungkus lumus menjayakan Himpunan Jutaan Belia 2012 kali ini.Syabas..



Kepada mereka-mereka dan rakan-rakan yang tidak berkesempatan untuk hadir ke Putrajaya terutamanya dalam konsert di hari akhir penganjuran HJB 2012 , MMI bawakan khas untuk anda untuk sama-sama kita saksikan konsert yang turut mendendangkan lagu-lagu terbaik malah turut mempunyai unsur-unsur nasihat dan perpaduan.Yakin bahawa warga Belia mempunyai pegangan dan prinsip terbaik kita semua tahu membezakan mana yang baik dan buruk maka usahlah memandang warga belia yang hadir di Putrajaya sebagai sampah masyarakat.Kita tahu tanggungjawab dan amanah kepada kita besar dan berat kerana itu Putrajaya dan Malaysia akan kita pertahankan.

Wa Ca Ya Lu ..

   




So lets hope Himpunan Berjuta Belia akan menjadi acara tahunan sebagai simbolik menghargai para belia negara dalam masa yang sama kita pastikan ianya sentiasa di tambah nilai.

Sama-sama kita perbaiki apa yang kurang dan ayuh kita pastikan "Esok Lebih Baik Dari Hari Ini".

Tahniah semua.

MMI.

Sunday 27 May 2012

Undi PAS Undi DAP !!


Seluruh rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu Islam perlu faham dan mengetahui bahawa hari ini dunia politik negara sudah semakin berubah.Perubahan ini bukan saja dalam konteks perubahan dan pelan tranformasi kerajaan Barisan Nasional dalam memacu negara malah turut memperlihatkan bagaimana sebuah parti yang melaung-laungkan perjuangan Islam selama ini berubah dengan begitu drastik semuanya kerana dendam dan tamakkan kuasa.

MMI yakin siapa saja yang mengikuti dunia politik tanahair pasti dapat melihat bagaimana Pas sebuah parti yang hanya menjadi pak turut kepada parti DAPigs yang terang-terangan menolak Islam.Lebih malang dengan tangan-tangan ghaib daripada PKR maka Pakatan Haprak dilihat sebagai sebuah pakatan yang hanya menanti masa untuk runtuh.

Sebagi bukti terbaru kita dapat melihat bagaimana Pas sendiri sebenarnya tidak bersatu dalam soal membicarakan siapa yang sepatutnya menerajui tampuk pemerintahan negara khususnya menjawat jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak menang dalam PRU13 nanti.

Memetik kenyataan daripada Nik Aziz berkenaan hal ini beliau berkata tidak kisah siapa menjawat jawatan tersebut asalkan mereka itu terdiri daripada mereka yang beragama Islam.

Beliau dilihat membandingkan Malaysia dengan dunia Arab apabila turut berkata , Islam tidak menetapkan kaum tertentu untuk menjadi pemimpin kepada sesebuah negara.

"Bukan Melayu tidak apa, asalkan Islam. Islam dipimpin oleh pelbagai bangsa di atas muka bumi ini. Di Turki, Perdana Menterinya bukan orang Arab.

Namun lain pula kenyataan daripada Dewan Pemuda Pas apabila mahukan orang Melayu dan Islam sahaja menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Timbalan Ketuanya, Nik Abduh Nik Aziz berkata, ia berdasarkan situasi semasa negara ini yang penduduk Melayu beragama Islam adalah majoriti.

Malah, beliau turut bersetuju dengan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menegaskan akan menentang sebarang usaha untuk melonjakkan dalam kalangan bukan Melayu dan bukan Islam menerajui negara ini.  

Apa yang mengejutkan adalah kenyataan daripada kedua-dua pihak tersebut jelas memperlihatkan bahawa selama ini mereka tidak pernah membicarakan berkenaan perkara ini dan ianya turut memperlihatkan sikap mereka yang tidak senada dan sekata.

Yang lebih memeranjatkan adalah sikap dan kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan menyanggah hasrat Karpal yang akan berjuang bagi memastikan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya Abdul Hadi menyifatkan kenyataan itu sekadar pandangan peribadi Karpal dan menegaskan Pas menyerahkan kepada ketetapan dalam resolusi pakatan pembangkang berhubung perkara itu.

Perbezaan sekali lagi berlaku apabila Nik Abduh Nik Aziz dalam kenyataan berkenaan hasrat Karpal berkata "Kalau Karpal sebut mengenai bangsa tidak kisah tetapi bukan Islam menjadi Perdana Menteri, kita tolak. Kita sebut dalam konteks semasa Melayu lebih layak sebab ia majoriti, ini tanah Melayu,".

MMI simpulkan semuanya kerana mereka (Pas) tidak pernah membincangkan perkara asas ini waima hanya menjadi pak turut dalam Pakatan Haprak.Melihat bagaimana berkali-kali DAPigs sentiasa menyebut untuk mengangkat bangsa bukan Melayu yang mahu ditabalkan sebagai Perdana Menteri selain daripada menolak Islam secara terbuka,Pas hanya menganggap berkali-kali semua itu hanyalah pandangan peribadi dan ini membuktikan Pas tidak jujur dan serius dalam perjuangan membela Bangsa,Negara malah Agama Islam yang kononnya menjadi perjuangan mereka.

Senang kata Pas sedang membantu segerombolan puak-puak yang bersekongkol dengan Yahudi untuk memusnahkan apa yang selama ini kita pelihara.

Percayalah satu undi kepada Pas bermakna satu undi kepda DAPigs.

Fikirkan..

MMI.

Saturday 26 May 2012

Hebatnya Serambi Mekah Kelantan!!


Melihat kepada mercu tanda Kota Baru di Kelantan yang kononnya dianggap sebagai serambi mekah oleh sebilangan mereka-mereka yang taksub akan perjuangan seseorang yang di gelar alim ulama semestinya hati sesiapa saja akan teruja untuk mengetahui betapa hebatnya Kelantan.

Melalui rakan dan kawan yang bukan sealiran fahaman politik dengan MMI kehebatan serambi mekah ini tiada tandingnya dengan mana-mana negeri di semenanjung Malaysia bahkan boleh diibaratkan sebagai yang terbaik di Malaysia.

Kehebatan ini sudah tentunya bukan saja kerana rakyatnya,persekitarannya malah sudah semestinya kerana kerajaan negeri yang di naungi oleh parti Pas yang sudah sinonim mendabik dada kononnya memperjuangkan Islam.

Jika dikira sebuah negeri yang di tadbir oleh sebuah kerajaan yang meletakkan Islam sebagai perjuangan asasnya maka sudah tentu segala perkara-perkara yang tidak baik serta mungkar semestinya akan di halang.

Semua ini perlu kerana sejajar dengan perjuangan kerajaan negeri dalam mengangkat Islam itu sebagai perjuangannya.

Namun dari pemerhatian MMI,Kelantan tidaklah seperti yang di gembar - gemburkan malah lebih teruk daripada negeri-negeri lain di Malaysia.

MMI tidak mahu membincangkan soal kebersihan,kegiatan penyundalan,terdapatnya kedai-kedai menjual minuman arak dan judi malah banyak lagi kerana semuanya sudah di ulas dan di perkatakan oleh MMI sendiri mahupun rakan-rakan bolgger yang lain.

Kali ini MMI hanya mahu mempersoalkan berkenaan apa yang digelarkan sebagai hiburan Kelantan.Hiburan Kelantan ini cukup mudah untuk diikuti malah terdapat gerai-gerai di Kelantan turut menjual cd cd hiburan ini yang jelas menggunakan loqhat negeri Kelantan.Ianya boleh juga di akses di laman "You Tube" yang turut boleh diamati oleh seluruh penduduk dunia dan mungkin inilah budaya serta "trademark" Kelantan sebagai sebuah negeri yang digelar serambi mekah.

Kita lihat dulu apa yang MMI maksudkan,





Semua diatas jelas memperlihatkan itu adalah Kelantan dan mungkin ianya sudah menjadi budaya rakyat Kelantan yang gemarkan hiburan terutamanya lagu-lagu berbentuk sedemikian.Persoalannya apakah bentuk tarian,pakaian dan lirik yang digunakan oleh penyanyi-penyanyi itu tidak keterlaluan ?

Jika Pas boleh menuduh UMNO dan BN dengan pelbagai tuduhan yang menjurus kepada hiburan melampau serta tuduhan terbaru juak-juaknya terhadap Himpunan Berjuta Belia lebih kepada unsur kemaksiatan , adakah dengan bentuk hiburan diatas lebih Islamik ?

Yang menghairankan MMI bentuk hiburan tersebut telah lama wujud di Kelantan dan lagi persoalan mengapa ianya tidak di ambil tindakan kerana jelas bertentangan dengan apa yang di perjuangkan oleh Pas di Kelantan sebagai kerajaan negeri yang berteraskan Islam?

MMI serahkan kepada semua untuk terus melontarkan persoalan ini.Cumanya dengan apa yang didedahkan jelas ianya membuktikan Pas sebenarnya hanyalah sebuah organisasi dayus kerana sanggup menghina dan menghukum orang lain sedangkan tanggungjawab sendiri tidak dilakukan.

Mungkin mereka beranggapan kerana jolokan serambi mekah maka Kelantan semestinya sentiasa terpelihara.

Takbir !!

Pssst Layan bebudak di bawah ni lagi bagus lah..


MMI.

Friday 25 May 2012

PAS Yang Berjiwa Besar - Melayu Wajib Baca


Putrajaya seperti semua sedia maklum merupakan pusat pentadbiran kerajaan Barisan Nasional malah sewaktu artikel ini di tulis pun Putrajaya sebenarnya di penuhi oleh puluhan ribu para belia yang berkampung di sana bagi sama-sama meraikan dan menyambut Himpunan Berjuta Belia sempena hari belia negara.

Malah sepanjang minggu ini yang bakal berakhir pada 27 Mei 2012 nanti Putrajaya menjadi milik generasi X dan Y dan mereka juga bakal mendapat pelbagai input serta dapat menjalankan aktiviti yang menjadi kegemaran ataupun pilihan masing-masing.

Begitulah ceritanya berkenaan Putrajaya pada ketika ini namun apa yang MMI akan paparkan kali ini adalah mengenai satu artikel yang dimuatkan dalam Harakah Daily yang menceritakan bagaimana mereka (Pas) yang di lihat begitu bercita-cita besar mahu melangkah kaki ke Putrajaya yang dulunya mahu di lelong kerana beranggapan pembinaan Putrajaya merugikan negara.

Ketaksuban mereka melalui artikel tersebut jelas menunjukkan Pas hari ini hanya mementingkan kuasa semata-mata hatta sanggup melepaskan Kelantan dalam perjuangan dan cita-cita mereka untuk mendapatkan Putrajaya.

Lebih malangnya mereka sanggup pula untuk memberikan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai pemimpin terbaik dalam menerajui negara.Mungkin mereka lupa agaknya siapa manusia bernama Anwar Ibrahim ini selain daripada angan-angan Pas untuk menjadi sebahagian daripada balaci kepada kerajaan Pakatan Haprak dalam impian menerajui Malaysia.

Semuanya bermula dengan satu penulisan penuh harapan daripada Subki Latif bertarikh 24 Mei 2012 yang bertajuk "Ambillah Kelantan bagi Putrajaya" dan untuk mengetahui sejauh mana angan-angan ini jom kita semua ikuti satu penulisan berjiwa besar yang bakal berlaku kepada Pas apabila mereka berjaya menguasai Putrajaya.

KETIKA Pakatan Rakyat dengan penuh tenaga mara untuk merampas Putrajaya dari Barisan Nasional, maka Perdana Menteri Najib penuh yakin untuk bukan sekadar mengambil semula Kedah dan Selangor, malah ia sudah bersedia untuk menawan Kelantan buat kali kedua selepas merdeka.

BN sudah menyediakan Dato Mustapa Mohamad sebagai calon Menteri Besar Kelantan buat kali ketiga dan mungkin Dato  Mukhriz Mahathir sebagai ketua kerajaannya di Kedah.

Selangor Najib yakin menang semula cuma dia tidak ada calon Menteri Besar. Malah itu mungkin selesai jika Razali Ismail, pemegang konsesi Syabas bersedia turun padang.

Apapun Perdana Menteri baru di Putrajaya tidak lain dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kita tunggu saja bila Parlimen  dan DUN-DUN dibubar.

Mungkin Allah memperkenan hasrat  dan hajat semua pihak. Kelantan, Kedah dan Selangor diambil semula oleh Barisan Nasional tetapi Putrajaya diberi kepada Anwar dari Pakatan Rakyat. Mungkin diperkenankan Allah bertukar.

Jika ini berlaku, Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri selama-lamanya dan Tok Guru Nik Abdul Aziz pula mengakhiri kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan selama 22 tahun.

Jika Najib tidak lagi jadi Perdana Menteri maka Presiden UMNO pun akan terlepas pula kepada orang lain. Ke mana dia? Tentunya Interpol dari Paris minta dia dibawa ke sana.

Tok Guru Nik Aziz macam mana?

Beliau tetap memberi kuliah dhuha setiap Jumaat di tengah Kota Bharu dan kerana Putrajaya sudah dibebaskan, maka Tok Guru pula mungkin dijadualkan mengadakan kuliyah dhuha setiap hari Sabtu atau Ahad di Masjid Al-Mizan di Putrajaya.

Kalau Selangor  ditadbir oleh BN tetapi Putrajaya di bawah Pakatan Rakyat boleh dirunding hujung minggu – Sabtu atau Ahad - yang Tok Guru tidak berkuliyah di Putrajaya, berkuliah pula di masjid negeri Shah Alam.

Bagaimana Ustaz Abdul Hadi Awang? Beliau mungkin jadi Anggota Parlimen lagi. Tentulah Perdana Menteri Anwar akan memberinya jawatan kabinet. Apapun beliau tetap memberi kuliyah dhuha setiap Jumaat di Rusila.

Dengan kerajaan pusat di bawah Pakatan Rakyat boleh dikira Ustaz Hadi bergilir berkhutbah Jumaat di Masjid Rusila dan Masjid Negara. Pada giliran beliau berkhutbah dan menjadi imam solat Jumaat  di Masjid Negara, boleh diatur jet rasmi kerajaan menerbangkannya dari Kuala Terengganu pukul 11.30 pagi ke Masjid Negara melalui lapangan terbang yang terdekat seperti lapangan terbang Sungai Besi misalnya.

Tan Sri Khalid Ibrahim macam mana? Dia mungkin MP lagi, maka dia boleh jadi menteri kewangan atau menteri ekonomi.

Bagaimana pula Dato Seri Azizan Razak? Sekalipun Kedah di bawah BN tetapi Ustaz Azizan masih ketua pembangkang di Kedah. Tentulah kerajaan pusat memberi satu kedudukan yang penting kepadanya. Tetapi dia boleh menghidupkan pagi Jumaat di markaz PAS Kota Sarang semut setiap minggu.

Sekali pun Kelantan, Kedah dan Selangor ditakdirkan diambil oleh UMNO tetapi kemenangannya tidak besar. Ia mungkin setakat memungkin BN membentuk kerajaan saja.

Berikut dengan kekalahan BN di peringkat pusat kedudukan kerajaan negeri itu tidaklah sekuat mana kerana iman orang UMNO kepada partinya tidak sekuat pegangan orang PAS kepada parti itu.

Mereka bermati-mati dengan UMNO kerana  UMNO melambakkan mereka dengan duit. Payahlah negeri itu hendak bermewah-mewah jika pusat mengawal peruntukan sewajarnya untuk negeri. ADUN BN itu boleh bila-bila masa  saja meninggalkan parti yang sudah hilang kuasa.

Tok Pa dan Mukhriz tak dapat bertahan seperti PAS bertahan semasa memerintah negeri. Kali ini PAS dan PKR tidak membeli ADUN BN. Mereka tidak ditawarkan seperti apa yang BN tawarkan orang-orang yang lemah pendirian. Tetapi PAS dan PKR memang bekerja menarik orang UMNO menyertainya.

Jika ada ADUN  dan MP UMNO bertukar parti, mereka bukan berpaling  tadah atau melompat, tetapi menerima kebenaran dari satu perjuangan yang memelihara rakyat dan  negara.

Masa depan  UMNO masa itu bergantung kepada Saifudin Abdullah dari Temerloh atau Khairy Jamaluddin.Tamat.

Amacam semua ? MMI simpulkan apa yang ditulis sebagai sebuah cerita hikayat yang hanya meletakkan Pas sebagai parti yang menang sorak tetapi kampung tergadai.

Jika diamati dari penulisan diatas jelas penulisnya hanya meletakkan Pas sebagai sebuah parti yang bekerja untuk memberikan kuliah sahaja malah menceritakan bagaimana perancangan mahu menggunakan jet rasmi negara untuk membawa Hadi Awang dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menjadi imam solat Jumaat di Putrajaya.

MMI bukan menentang sebarang kuliah apatah lagi kuliah keagamaan melibatkan Islam namun sekiranya itulah yang menjadi pegangan mahupun perjuangan Pas maka sudah tentu negara Malaysia bakal berdepan dengan mereka-mereka yang pernah mahu menghalau orang-orang Melayu dari tanahair sendiri.

Apakah dengan memberikan kuasa kepada DAPigs dan PKR menerajui negara , Pas sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam mampu untuk meyakinkan mereka supaya menerima segala pelaksanaan menyeluruh untuk menerima perjuangan Islam seperti yang diwar-warkan oleh Pas.

Sejauh mana Pas mampu untuk melaksanakannya bersama sahabat-sahabat mereka dalam Pakatan Haprak? Malah jika melihat daripada kenyataan para pimpinan Pas mereka akan hanya membincangkan soal pelaksanaan Islam ini apabila Pakatan Haprak berjaya menguasai kerajaan.Lupakah kita semua bagaimana Pas sanggup untuk menukar slogan mereka kepada Negara berkebajikan hanya kerana mahu seiring dan sekata dengan perjuangan para sahabat mereka dalam Pakatan Haprak ?

Paling penting yang kita semua perlu fikirkan apakah yang akan berlaku sekiranya benar Pakatan Haprak berjaya menguasai Putrajaya tetapi dalam masa yang sama Pas merupakan parti yang menyumbang jumlah kerusi paling tercorot? Ini diakui sendiri oleh penulis kerana jelas menyatakan negeri-negeri lain seperti Kelantan,Kedah malah Selangor dimiliki semula oleh Barisan Nasional yang sudah tentunya mengurangkan jumlah kerusi wakil-wakil Pas.Sekiranya ini berlaku apakah suara Pas akan didengar oleh sahabat-sahabat mereka khususnya DAPigs? Jangan lupa perkara ini berlaku sekarang di Pulau Pinang apabila Salleh Man satu-satunya calon Pas yang menyumbang jumlah kerusi kepada kerajaan negeri DAPigs ditolak dan disisihkan malah suara beliau langsung tidak dapat menandingi kerakusan Guan Eng dan konco-konconya.

Anwar Ibrahim sendiri pun sebenarnya gagal dalam soal ini apabila kes Kampung Buah Pala di robohkan oleh kerajaan negeri sedangkan sewaktu kempen pilihan raya Anwar sudah berjanji sekiranya Pakatan Haprak menang di Pulau Pinang wakil daripada kerajaan negeri akan datang dan selesaikan masalah penduduk kampung Buah Pala yang akhirnya mereka datang untuk proses perobohan.

Bayangkan sekiranya ini berlaku di kala Pakatan Haprak berjaya mengusai Putrajaya seterusnya kerajaan maka sudah pasti apa yang berlaku di Pulau Pinang akan sekali lagi berlaku di seluruh negara.

Sudah semestinya di ketika itu apabila Pas sudah semakin dianak tirikan dan orang-orang Melayu dari Pakatan Haprak semakin sedar maka mungkin satu ikatan mahupun gandingan akan di buat antara UMNO dan Pas yang mahukan supaya nasib orang-orang Melayu dan agama Islam di bela.

Maka di saat itu kita sebenarnya sudah pun menyerahkan negara ini kepada orang lain dan perjuangan kita pada ketika itu tidak lain dan tidak bukan perjuangan untuk mendapatkan kembali hak kita yang mengiakan kata-kata daripada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sewaktu melancarkan program Gemilang Usahawan bahawa "Sekiranya Pembangkang menjadi kerajaan maka negara Malaysia akan kembali pada tahun 1511" sememangnya tepat kerana kita perlu sekali lagi berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan daripada mereka-mereka yang dulunya merupakan bangsa pendatang malah lebih perit lagi apabila kita berjuang menentang mereka-mereka yang kita berikan taraf kerakyatan satu ketika dulu.

Apakah jiwa besar Pas mampu meletakkan Islam dan umat Melayu di kedudukan yang tertinggi ?

Subhanallah..

MMI.


Thursday 24 May 2012

Sharif Omar Tawar Diri Jadi Calon PRU13


Bertempat di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas dalam satu program yang dianjurkan oleh PERKASA Tasek Gelugor semalam , Datuk Seri Sharif Omar bekas Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor telah menyatakan kesediaan beliau untuk menawarkan diri sebagai calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Ke13 nanti.

Kenyataan itu diucapkan di depan hampir 200 tetamu yang hadir bagi sama-sama menjayakan Program Menghargai Pejuang-Pejuang Melayu dalam Parlimen Tasek Gelugor anjuran PERKASA.

Memetik kenyataan beliau sewaktu sidang media diadakan , Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar berkata beliau sanggup menawarkan dirinya sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sekiranya diberi peluang.

Sebagai seorang ahli parti Barisan Nasional yang setia, Mohd Shariff berkata, beliau pernah menghantar surat kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai kesanggupannya melepaskan kerusi Parlimen Tasek Gelugor kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada pilihan raya 2008.

"Saya bersedia untuk bertanding semula kerana Tasek Gelugor adalah kubu kuat saya yang dibangunkan selama 20 tahun," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis makan tengah hari bersama Perkasa Tasek Gelugor di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas.

Malah kenyataan tersebut sebenarnya merungkaikan segala cakap-cakap atau sumber-sumber sebelum ini yang menyatakan beliau akan bertanding di atas tiket parti pembangkang iaitu Pas.


Manakala Ahli Parlimen Tasik Gelugor Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan siapa yang layak bertanding di kerusi itu.

Katanya beliau menghormati hasrat bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Mohd Shariff Omar untuk kembali bertanding di kerusi berkenaan, namun keputusan akhir adalah hak Perdana Menteri.

"Biarlah Perdana Menteri yang pilih 'winnable candidate'...Mohd  Shariff ada hak untuk sampaikan perasaannya...saya tak rasa apa-apa, saya fikir dia (Mohd Shariff) ada hak untuk sampaikan rasa hatinya,". 

Nor Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Mohd Shariff bahawa beliau mahu bertanding semula di kerusi tersebut, selepas memberi laluan kepada Nor Mohamed pada pilihan raya lepas.

Ditanya mengenai kesediaannya mempertahankan kerusi itu, Nor Mohamed berkata: "Saya tidak ada apa-apa komen." 

Melihat kepada senario yang berlaku MMI simpulkan ianya sebagai satu penanda bahawa UMNO dan Barisan Nasional semakin mendapat tempat dikalangan rakyat.Rasa bertanggungjawab untuk memimpin rakyat dilihat menjadi intipati kepada apa yang di suarakan oleh Datuk Seri Sharif Omar selaku bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor.Malah beliau juga merupakan antara pemimpin yang sama-sama berkempen untuk memenangkan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada Pilihan Raya 2008.Beliau juga dilihat cukup profesional apabila turut menyatakan kesediaan bertanding sekiranya diberikan peluang oleh pucuk pimpinan.

YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor ketika ini turut menyatakan bahawa segalanya diserahkan kepada keputusan YAB Datuk Seri Najib selaku pucuk pimpinan dalam soal menentukan calon.Beliau juga bertindak bijak apabila menjawab "no komen" ketika diajukan soalan samada akan mempertahankan kerusi yang beliau sandang ketika ini.Ini menunjukkan beliau tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi yang mampu merosakkan persiapan jentera UMNO dan Barisan Nasional Tasek Gelugor dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke13 nanti.

Apa yang MMI boleh rumuskan di sini adalah UMNO dan Barisan Nasional Tasek Gelugor mempunyai calon yang cukup berwibawa dan semestinya keputusan daripada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak nanti bakal meletakkan mereka yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Semoga seluruh ahli UMNO dan jentera Barisan Nasional khususnya di Tasek Gelugor dapat memberikan komitmen yang terbaik kepada parti dan yakinlah siapa saja yang bakal dipilih nanti adalah pemimpin kita semua.

Hidup UMNO ! Hidup Barisan !

Pssttt semalam salah seorang daripada anak MMI bertanya "Abah ! Abah ! Apa maksudnya Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh ? errmmmmm...

Selamat Berjuang Semua !!

MMI.

Pompuan Punya Cerita Guan Eng Tersepit !


Isu skandal yang di perkatakan berlaku diantara Guan Eng dengan seorang wanita yang pernah bekerja dengan beliau di Komtar telah menyebabkan Guan Eng semakin tertekan.Apatah lagi mendengar pertanyaan para wartawan berkenaan isu ini telah menyebabkan Guan Eng seumpama di rasuk hantu.

Seingat MMI tidak pernah Guan Eng menolak sebaliknya sentiasa mahu berjumpa wartawan sebelum ini bagi mencanangkan segala perkara termasuklah kebaikan yang telah beliau bawa ke negeri Pulau Pinang namun kali ini Guan Eng tewas.

Yang lebih menggemparkan apabila Guan Eng mula meracau sewaktu di soal oleh para wartawan.


Begitulah senario sekarang Guan Eng semakin lembik.Beliau tahu bahawa soalan-soalan daripada wartawan berkenaan isu  skandal ini mampu menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin malah untuk mengelak daripada menjawab persoalan ini maka perkataan saman! saman! menjadi mainan mulutnya.

Hehe MMI kesian melihat Guan Eng seorang manusia yang dulunya bukan main garang namun hanya kerana nafsu dan godaan seorang wanita beliau menjadi lembik,penakut dan lebih malang senasib dengan Anwar Ibrahim.

Semuanya kerana nafsu.

MMI.

Wednesday 23 May 2012

Debat PTPTN - Rafizi Hilang Punca , KJ Terbaik !!


Menyaksikan debat diantara dua tokoh pemimpin muda negara malam ini sudah cukup membuktikan bahawa barisan anak muda sebenarnya sudah semakin matang dalam mempraktikkan suasana politik terbuka yang memerlukan sikap profesional dan berilmu yang sememangnya di tagih oleh kebanyakkan rakyat Malaysia.

Bahkan tidak salah jika MMI menyatakan suasana politik negara hari ini sudah berubah apabila debat diantara KJ dan Rafizi di siarkan secara langsung oleh saluran Awani Astro dan ianya membuktikan satu lagi ruang dan peluang untuk kebebasan media dalam membincangkan isu-isu negara.

Mengapa agaknya debat malam ini menjadi antara yang begitu menarik perhatian rakyat Malaysia khususnya kepada mereka-mereka yang teribat dalam dunia politik ? Jawapannya cukup mudah kerana sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh kedua-dua pendebat serta para penyokong yang akur kepada peraturan.

Ituah kuncinya yang menyebabkan persaingan sihat ini mampu memberikan input yang cukup berguna kepada rakyat dibawah untuk memikir serta memilih siapa saja yang menepati kemahuan mereka sebagai rakyat seterusnya menzahirkan pemahaman itu dalam bentuk undi menentukan siapa kerajaan yang harus di pilih.

Debat malam ini menyaksikan bagaimana kedua-dua belah pihak menyajikan pandangan dan dasar masing-masing.Namun dari pemerhatian MMI melihat sikap Rafizi selaku Pengarah Strategik PKR dalam melontarkan hujahnya membuktikan beliau dalam 40 minit terakhir telah melakukan satu tindakan yang cukup tidak profesional apabila mula menyerang KJ dengan hujah-hujah yang berbaur peribadi.

Rafizi dilihat semakin tidak konsisten apabila menyebut sesuatu tindakan harus dilakukan sekarang demi menyelamatkan negara daripada menanggung hutang (kerana PTPTN) apabila tiba tahun 2020.Sedangkan dalam masa yang sama beliau turut berhujah untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat.

Apakah dengan memberikan pendidikan percuma kita mampu mengurangkan beban hutang ? Melihat kepada hujah KJ yang MMI tahu berdasar Rundingan Meja Bulat Klik Sini adalah lebih baik dan menepati cara penyelesaian masalah PTPTN ini.Setiap pelajar yang menerima pinjaman PTPTN hanya akan diminta untuk membayar pinjaman principal sahaja dengan charge 1% dimansuhkan.Ini dirasakan lebih efisien kerana setiap pelajar hanya akan membayar apa yang dipinjamkan sahaja.


Melihat YB KJ mematahkan hujah Rafizi berkenaan kewujudan IPTS-IPTS di rumah-rumah kedai yang dikatakan tidak berkualiti cukup mengujakan.YB KJ dilihat cukup bijak apabila berbicara dan menyatakan bahawa IPTS-IPTS di rumah-rumah kedai seolah-olah dipandang sebagai IPTS yang tidak berkualiti oleh Rafizi yang hanya melihat kepada golongan pelajar atau mereka yang berstatus elit dan seangkatan dengannya.

Namun KJ berjaya membuktikan komitmen kerajaan dalam menangani semua peringkat rakyatnya dengan menyediakan ruang kepada mereka-mereka atau pelajar-pelajar yang tercicir di peringkat SPM dengan peluang kemasukan ke Kolej Komuniti yang sememangnya menggunakan rumah-rumah kedai sebagai kolej mereka.

Bahkan YB KJ juga turut menyatakan komitmen kerajaan dalam melihat semula kewujudan IPTS-IPTS lain dan hanya membenarkan IPTS-IPTS yang layak sahaja untuk terus beroperasi.Hujah ini menyebabkan Rafizi terdiam dan terkedu.


MMI turut mahu mengajak semua yang membaca artikel ini untuk melihat satu lagi sikap profesional yang ditunjukkan oleh YB KJ apabila tidak menjawab soalan yang dikemukakan oleh Rafizi apabila menuduh dan meminta YB KJ untuk menjawab perihal sejumlah wang Petronas yang kononnya diambil oleh YB KJ dan Tun Abdullah sewaktu Tun memegang jawatan Perdana Menteri.

Banyak pihak Pakatan Haprak diluar sana menjadikan isu ini sebagai modal untuk memberikan kemenangan debat malam ini kepada Rafizi.Tetapi sebenarnya YB KJ tidak mahu menjawab malah tidak melayan soalan ini kerana ianya tidak ada kena mengena dengan tajuk debat yang merupakan fokus utama.

Kenapa YB KJ tidak menjawab soalan Rafizi berkenaan ke mana di belanjakan duit petronas sebanyak RM237Bilion adalah wajar sekali,ianya adalah soalan perangkap malah umum telah mengetahui dan ramai mengatakan KJ berperanan besar semasa era pemerintahan Tun Abdullah Badawi.Jadi sekiranya KJ menjawab persoalan yang dilemparkan pastinya ia akan mengiakan segala tohmahan serta fitnah yang dilemparkan kepada KJ dan Tun Abdullah Badawi semasa era pemerintahan beliau.Malah soalan yang diajukan oleh Rafizi itu boleh dirujuk di dalam laporan audit atau laporan pembentangan belanjawan negara.Kesimpulannya YB KJ lebih cerdik dan pintar kerana tidak termakan oleh soalan perangkap tersebut.

Inilah kehebatan YB KJ bilamana beliau fokus kepada tajuk perbincangan dan tidak membawa penghujahan kepada perkara yang tidak ada kena mengena dengan topik yang diperbincangkan.

Ternyata Rafizi yang dilihat semakin emosional dalam hujahnya terjerat dengan sikap profesional YB KJ dan ini membuktikan bahawa hujah Rafizi berkenaan isu PTPTN ini hanyalah sekadar untuk menarik sokongan kumpulan mahasiswa dan mahasiswi untuk bersama-sama dengan Pakatan Haprak.


Rafizi juga sebenarnya telah menjerat diri sendiri apabila menyatakan masalah yang berlaku terhadap KUIN di Kedah sebenarnya adalah kesalahan kerajaan persekutuan yang tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri.Sedangkan dalam masa yang sama Rafizi mendabik dada kononnya sekiranya Pakatan Haprak memerintah negara maka dasar memberikan pendidikan percuma kepada rakyat adalah dasar utama mereka.

Persoalannya mengapa KUIN di Kedah tidak dibantu oleh Pakatan Haprak ? Mengapa malam ini Rafizi berkata kerajaan Persekutuan seharusnya membantu KUIN di Kedah yang sebelum ini tidak pernah didendangkan malah mendabik dada untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat? Semuanya kerana KUIN di kedah terpaksa menaikkan yuran pengajian pelajarnya ketika Pakatan Haprak sibuk melaung-laungkan kepada rakyat untuk memberikan pendidikan percuma.

Inilah sikap pimpinan Pakatan Haprak yang sememangnya terkenal dengan tipu helah yang menjadi mainan mereka selama ini.

MMI paling bangga dan tersenyum puas apabila di waktu penggulungan YB KJ dengan penuh bersahaja telah membangkitkan apa yang digelar sebagai janji Pakatan Haprak di bumi Selangor yang di terajui oleh Parti Keadilan Rakyat tidak dapat ditunaikan dan antaranya adalah memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar di peringkat tadika yang berumur dari 5 ke 6 tahun.

Persoalannya sekiranya janji untuk memberikan pendidikan percuma kepada pelajar tadika pun tidak dapat ditunaikan oleh mereka apakah mereka (Pakatan Haprak) mampu menunaikan janji untuk memberikan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat ?

Hahaha anda semua fikir-fikirkanlah.

Untuk analisis berkenaan fakta yang disampaikan oleh Rafizi,Sungai Rapat Online ada jawapannya Klik Sini .

KJ Terbaik !!

MMI.   

Tuesday 22 May 2012

GPMS Pulau Pinang Kini Berwajah Baru


GPMS Negeri Pulau Pinang baru sahaja menyelesaikan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2012 bertempat di Institut GPMS Batu Gajah Perak pada 20 Mei 2012 yang lalu.Seramai 140 orang perwakilan mengambil bahagian pada mesyuarat tahunan ini yang julung-julung kali diadakan di luar negeri Pulau Pinang.

Mesyuarat tahunan yang dijalankan serentak dengan Program Pemerkasaan GPMS Negeri Pulau Pinang ini dilihat dapat meningkatkan semangat para aktivis GPMS di seluruh negeri Pulau Pinang kerana semua barisan kepimpinan di setiap peringkat dihimpunkan bersama-sama ahli-ahli di peringkat cawangan seterusnya mewujudkan satu ikatan setia kawan yang cukup baik.


Ini dapat dilihat melalui aktiviti dan program yang dijalankan selama 2 hari bermula dari 18 hingga 20 Mei 2012 mendapat kerjasama yang baik daripada semua yang mengambil bahagian termasuk mendapat sokongan daripada Sdr Jais Abdul Karim Presiden GPMS Kebangsaan sendiri.






Namun perasaan hiba dan sedih dapat dilihat diwajah semua ahli-ahli GPMS Negeri Pulau Pinang apabila mesyuarat kali ini merupakan mesyuarat terakhir kepada Puan Nurrul Huda Ghazali yang telah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi GPMS Negeri Pulau Pinang kerana akta belia hanya menghadkan kepada mereka yang berumur 40 tahun kebawah.


Jasa Puan Nurrul Huda selaku Pengerusi GPMS Negeri Pulau Pinang amat disanjungi oleh semua ahli-ahli GPMS.Malah khidmat dan jasa beliaulah yang telah menjadikan GPMS Negeri Pulau Pinang hari ini di lihat sebagai sebuah badan NGO yang terbaik dari segi organisasinya malah disanjungi oleh semua ahli-ahli di peringkat cawangan.

Jawatan Pengerusi GPMS Negeri Pulau Pinang hari ini disandang dan diteruskan oleh Sdr Muzaidi Mohd Ali yang dulunya menjawat jawatan Timbalan Pengerusi.Melalui pemerhatian MMI beliau akan dibantu oleh para exco dan jawatankuasa yang cukup baik di kalangan para pimpinan di peringkat cawangan dan daerah.


Dalam ucapannya sebagai Pengerusi GPMS Negeri Pulau Pinang yang baru beliau melahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih kepada Puan Nurrul Huda Ghazali yang selama ini meletakkan kepercayaan kepada beliau selaku Timbalan Pengerusi dan seterusnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh perwakilan yang turut memberikan kepercayaan kepada beliau dalam menerajui GPMS Negeri.

Sdr Muzaidi Mohd Ali turut memberikan jaminan bahawa dengan sokongan para exco dan jawatankuasa yang bakal di lantik GPMS Negeri Pulau Pinang pastinya berwajah baru dan akan terus berusaha menjadi antara NGO yang terbaik dalam perjuangan mengangkat martabat anak bangsa melalui ilmu dan pendidikan.

MMI mengucapkan tahniah kepada semua aktivis GPMS dan menaruh keyakinan bahawa GPMS Negeri Pulau Pinang akan terus mara selepas ini.

Terima kasih juga kepada Puan Nurrul Huda Ghazali yang cukup mudah didekati malah sentiasa ramah untuk berbual dengan sesiapa saja.Khidmat Puan Nurrul amat-amat di sanjung oleh semua perwakilan dan ahli-ahli GPMS di seluruh negeri Pulau Pinang.


Syabas juga kepada Sdr Jais Abdul Karim selaku Presiden GPMS Kebangsaan yang turut hadir merasmikan Mesyuarat Tahunan GPMS Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2012.Sokongan dan bantuan daripada Sdr Jais amat-amatlah dihargai dan sumbangan beliau terhadap gerakan GPMS Pulau Pinang sememangnya diakui oleh semua ahli GPMS di Pulau Pinang sebagai yang terbaik.

MMI hanya mahu melihat suara GPMS khususnya di Negeri Pulau Pinang terus berkumandang kerana perjuangan GPMS amat penting dalam memastikan anak bangsa kita terus diberikan ruang dan peluang melalui bidang pendidikan kerana kita yakin bahawa "Maju Mundur Hina Mulianya Bangsa Itu Terletak Di Tangan Kita" .

Yakinlah hanya melalui ilmu sahaja bangsa kita dapat mempertahankan apa yang kita nikmati hari ini.

Syabas semua..Ampa semua memang terbaik..

Psssttt Bila nak pi Batu Gajah lagi ??? Hehe

MMI.

Labels