Followers

Wednesday 31 January 2018

Kenapa Guan Eng Tak Melenting Bila Wujud Protes Terhadap Mahathir ?


Kegagalan dan kelemahan kerajaan DAP Pulau Pinang nampaknya tidak lagi boleh diselindungkan, rata-rata warga Pulau Mutiara kini bukan sahaja rimas tetapi mula hilang percaya terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang.

Perkara yang bermula daripada cadangan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membina terowong dasar laut pada 2013 kini sudah berubah menjadi skandal yang amat memalukan sekali.

Projek yang menimbulkan banyak pertikaian itu bukan sahaja menyebabkan ketua menteri tidak senang duduk tetapi dilaporkan sudah mula melenting dalam sidang media.

Ada dikalangan wartawan dan pihak media disalahkan kononnya sering memutar belit fakta sedang hakikatnya apa yang dilaporkan dan soalan yang dilontarkan itu berdasarkan kepada pendedahan banyak pihak yang menuntut kerajaan DAP Pulau Pinang untuk memberikan penjelasan.

MMI bagi contoh ;



Mengambil kira daripada persoalan demi persoalan yang dibangkitkan diatas sudah tentulah bagi mana-mana pihak khususnya para petugas media akan berusaha untuk melapor dan mendapatkan maklum balas daripada pihak yang seharusnya menjawab.

Apakah tindakan sebegitu SALAH ?

Kalau sebelum ini DAP mahupun Lim Guan Eng sendiri sama ada di pentas politik mahupun dalam kenyataan di media turut sama bersekongkol dengan puak-puak pembangkang untuk menyerang kerajaan BN dan juga pemimpinnya, apakah apabila ianya tersasar kepada diri sendiri MELENTING ?

YAB Datuk Seri Najib rasanya lebih banyak di serang dan sejak bermulanya serangan politik terhadap beliau dan juga ahli keluarganya tidak sekalipun rakyat Malaysia melihat Perdana Menteri melenting !

Disinilah perbezaan yang boleh kita lihat dan bagi sesetengah pihak apabila kita melenting sedemikian rupa maka sudah tentulah ada sesuatu yang tak kena di mana-mana.

Apa pun bukan itu yang mahu MMI ulas disini sebaliknya persoalan tentang kenapa Guan Eng langsung tidak melenting apabila wujudnya protes terhadap penerimaan Tun Mahathir oleh pucuk pimpinan Pakatan Haprak ?

Agak janggal sekali melihat situasi tersebut kerana kesan daripada protes itu telah menyebabkan ada dikalangan ahli DAP sendiri bertindak keluar parti dan ada yang kini menentang Lim Guan Eng.

Perlu diingat perancangan yang dibuat ini bukanlah perancangan main-main, Tun Mahathir musuh nombor satu DAP dan hari ini seluruh angkatan pembangkang menerima dan mengangkat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak menang pada PRU14.

Sedikit sebanyak perancangan ini terbentuk daripada perbincangan sesama pucuk pimpinan parti-parti dalam pembangkang termasuklah Tun Mahathir sendiri dan dikatakan ianya adalah hasil daripada perancangan Lim Kit Siang.

Gerakan protes yang digerakkan oleh kuncu-kuncu pembangkang ini sebenarnya memberikan kesan yang amat besar terhadap Pakatan Haprak yang diketuai DAP.

Malah dalam artikel sebelum ini MMI dah dedahkan bagaimana penentangan-penentangan itu berlaku.

Baca artikel di bawah ;




Sudah tentulah melihat kepada semua perkara diatas, peluang untuk Pakatan Haprak khususnya DAP untuk mencapai matlamat politik mereka akan terjejas.

Soalnya sejauh mana ?

Dari pengamatan MMI kesan daripada gerakan ini hampir pasti akan memberikan impak yang cukup besar kepada PKR kerana rata-rata penggerak reformasi yang masih kekal ini menolak sama sekali Tun Mahathir.

Mereka kekal sebagai penyokong reformasi yang membela Anwar Ibrahim dan MMI optimis sekiranya Anwar sekalipun yang meyakinkan mereka supaya terus menyokong agenda Pakatan Haprak ini keputusannya tetap memberikan impak negatif kepada parti itu khususnya pada PRU14 nanti.

Manakala parti-parti seperti PAN dan PPBM adalah parti yang kini sedang bertaut pada Pakatan Haprak yang sedang berusaha untuk terus hidup.

Cuba bayangkan senario yang MMI catatkan diatas disana, bukankah ianya secara tidak langsung telah menjejaskan peluang Pakatan Haprak pada PRU14 ?

Dan kalau ianya menjejaskan bukankah sepatutnya Guan Eng juga perlu MELENTING dengan gerakan sebegini serta MELENTING dengan pihak yang membuat keputusan menerima dan mengangkat Tun Mahathir ?

Realitinya Guan Eng tidak MELENTING !

Sebab DAP punya 2 perancangan yang diadun sekaligus !

  • 1.Mengangkat Tun Mahathir sebagai satu percubaan untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu dan juga pengikut-pengikut beliau terhadap Pakatan Haprak sekaligus kepada kerusi-kerusi yang ditandingi DAP.

  • 2.DAP tidak perlu risau tentang kesan daripada gerakan protes ini kerana hampir keseluruhan kerusi DAP adalah kerusi yang selama ini menjadi milik mereka.

Mudah kata DAP bijak mencatur kedudukan kerusi yang memihak kepada mereka sedang PKR, PAN dan PPBM perlu membahagi-bahagikan kerusi.

Itu pun kita sudah menyaksikan bagaimana protes telah berlaku terhadap pembahagian kerusi melibatkan PKR dan PPBM.

Akhir kalam apa jadi pun DAP sudah menyelamatkan kerusi mereka untuk sekurang-kurangnya tidak hilang terlalu banyak kerusi pada PRU14.

Percaturan licik DAP dalam Pakatan Haprak dan kerana itu Guan Eng tak perlu melenting, cukup dengan melenting kepada para wartawan yang mahukan penjelasan skandal terowong bawah laut sebab skandal terowong telah menjejaskan peluang Guan Eng untuk terus bermaharajalela di Pulau Pinang.

MMI

Tuesday 30 January 2018

Ada Masalah Ke Polis Ambil Keterangan Siti Hasmah ?


Berikut adalah kenyataan daripada Pengarah Siasatan Jabatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkenaan Tun Dr. Siti Hasmah yang dicanang puak-puak pembangkang kononnya sebagai satu tindakan melampau.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memanggil Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan berhubung satu perhimpunan yang dianjurkan tanpa notis pada bulan September tahun lalu.

Pengarah Siasatan Jabatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata, polis tidak sesekali melakukan soal siasat terhadap isteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi mengambil keterangan secara profesional dan menghormati kedudukan serta status beliau di negara ini.

“Malah Tun Dr. Siti Hasmah Binti Mohamad Ali sendiri telah membuat kenyataan umum bahawa beliau tidak berhadapan dengan sebarang bentuk intimidasi sepanjang kenyataan beliau dirakam,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, polis merakam kenyataan Siti Hasmah berhubung ucapannya pada himpunan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’ pada 10 September 2017.

Anggota polis dari Bukit Aman menyoal siasat Siti Hasmah di bangunan Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur hampir dua jam.

Menurut Wan Ahmad Najmuddin, pihaknya memandang serius kenyataan-kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh kerana Siti Hasmah sendiri bersedia untuk memberi kerjasama dalam melengkapkan siasatan polis.

Katanya, ini adalah sebahagian daripada proses siasatan polis dan tidak melibatkan sebarang bentuk tekanan daripada mana-mana pihak.

Maka jelas apa yang berlaku itu adalah disebabkan oleh proses yang perlu dilakukan oleh pasukan PDRM bagi melengkapkan siasatan mereka terhadap perhimpunan tanpa permit itu.

MMI ulang ... siasatan terhadap satu perhimpunan tanpa permit !

Jadi yang nak dikecoh sangat tu kenapa ? Sebab melibatkan Tun Dr. Siti Hasmah ? Sebab dia isteri Tun Mahathir ?

Agak-agaklah kalau nak berpolitik sekalipun, PDRM ada standard prosedur yang perlu mereka patuhi dan kerana itu siapa jua tanpa mengira faktor umur, bangsa, agama sekalipun perlu berdepan prosedur terbabit.

Tak perlu politik banyak sangat, takkan disebabkan Tun Dr. Siti Hasmah isteri kepada Tun Mahathir maka beliau perlu diberikan pass istimewa ?

Bro dia dah hadir dan berucap di perhimpunan tu maka secara tidak langsung terlibat !

Full stop MMI tak nak ulas bab perhimpunan tu lagi biar pihak PDRM buat kerja mereka.

Cuma MMI agak bengang tengok kelaku puak-puak pembangkang ni, kritik tak habis-habis macamlah PDRM tu puak MILITIA di SOMALIA !

Dalam pada tu MMI nak tanya jugalah siapa Tun Mahathir ? Hanya seorang bekas Perdana Menteri dan hari ini adalah pemimpin politik yang tak punya apa-apa kerusi jadi janganlah nak melampau sangat.

Kalau ada yang kata MMI ni kurang ajar terpulanglah tapi sebagai rakyat Malaysia MMI juga adalah sebahagian daripada rakyat yang terkesan dengan tindak tanduk melampau Tun Mahathir yang asyik dengan fitnah akibat dendam politik beliau.

Agak-agaklah ....MMI berani kata macam ni sebab sekarang dah terdedah dah sikap dan tahap hipokrit Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya.

Tak dengar apa yang Bekas Ketua Srikandi PPBM kata ?

Ainina Saaduddin mendedahkan  beliau merasa tertipu dengan perjuangan yang dibawa oleh Dr. Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir yang kononnya untuk menyelamatkan UMNO dengan mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Hakikatnya jelas beliau, apabila agenda perjuangan itu mula bertukar kepada agenda politik peribadi Dr Mahathir untuk meneruskan legasi kuasanya menerusi anaknya Mukhriz Mahathir, apabila dia membuat keputusan untuk menubuhkan PPBM. Nah baca bagi habis KLIK SINI

Belum pun jadi kerajaan, kerja buat PDRM pun puak-puak pembangkang nak spin, kita tu rakyat Malaysia maka kenalah ikut undang-undang yang sedia ada,

Lainlah macam si Mukhriz tu sampai mengaku malu jadi rakyat Malaysia ! Kalau betullah malu kenapa tak keluar ja pegilah ke mana-mana negara yang lebih baik dari Malaysia ni, kita nak tengok sejauh mana hebatnya Mukhriz berada di negara orang lain.

Apa pun MMI nak bagitahulah tak perlu pertikai kerja PDRM dan PDRM tahu apa yang mereka perlu lakukan selain mereka faham bagaimana nak menghormati orang lain.

Yang perlu perbetulkan adalah diri sendiri, langgar undang-undang main ikut suka ja tapi bila PDRM panggil dan ambil keterangan kecoh macam kita tu KEBAL sangat.

MMI

Monday 29 January 2018

Marina Mahathir Gagal Pertahan Ideologi Feminisme Sisters in Islam, Mahathir Tak Nak Komen Ka ?


Ahli Lembaga Pengarah Malaysia sekular Sisters in Islam (SIS), Datin Paduka Marina Mahathir gagal mempertahankan ideologi feminisme ketika berhujah dengan penyelidik Muslim Debate Initiative (MDI), Zara Huda Faris.

Dalam forum anjuran Malaysia Progresif United Kingdom (MPUK), Marina dilihat kehilangan hujah sehingga berkali – kali mengatakan ‘saya bersetuju sepenuhnya dengan Zara Faris!’.

Namun tidak dapat dipastikan apakah yang dipersetujui Marina kerana Zara Faris dalam hujahnya telah meruntuhkan asas ideologi feminisme di mana katanya ideologi Islam dan feminisme tidak selari, malah saling bertentangan.

Zara Faris berkata pertubuhan yang bertopeng dengan jenama Islam sama ada di peringkat antarabangsa seperti Musawah (persamaan gender) atau SIS (Malaysia) adalah pertubuhan yang menganut fahaman ideologi sekular-liberal Barat.

“Sesetengah kumpulan feminis seperti SIS dan Musawah, mereka tidak menghidupkan Islam, tetapi meminta supaya Islam diterjemah semula, dibangkang atau direformasikan untuk diselarikan dengan kepercayaan sekular liberal Barat.

“Feminis secara terbuka mengatakan mereka mahu menyeragamkan Islam dengan konsep keadilan moden, teori feminis, hak kemanusiaan dan etika Barat.

“Bermakna mereka bukan menafsir ayat Al Quran, tetapi menokak tambah sekular liberal, dengan kata lain missionari.

“Mereka tidak menghidupkan semula kefahaman Islam yang asal dan tidak menginspirasikan mujaddid dalam Islam, feminis bagaimanapun cuba mencabut keluar mekanisme keadilan dalam Islam dan mereka juga tidak membantu Muslim keluar dari kemunduran akibat penjajahan..

“Sebaliknya feminis dilihat cuba menyempurnakan projek penjajahan dengan meniru bulat-bulat ideologi Barat. Ini bukan penyeragaman, tetapi perkahwinan paksa dan pemurtadan, “katanya. kredit AIDC

Sunday 28 January 2018

Wajarkah Kita Memilih Mereka Yang Menolak Prinsip Kerana Kepentingan Politik ?


Pilihan Raya Umum ke-14 hanya menanti masa untuk diadakan dan rata-rata rakyat Malaysia kini ternanti-nanti bilakah tarikh yang akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.

Sementara menanti tempoh waktu tersebut ita sudah pun melihat pelbagai corak politik dihidangkan kepada umum dengan pelbagai langkah-langkah yang difikirkan sesuai oleh setiap parti politik yang bakal bertanding.

Sudah tentulah BN dengan seluruh jenteranya sejak awal lagi melakukan persiapan rapi dan kerajaan di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib tampil dengan wadah yang amat meyakinkan dengan dasar-dasar yang menjadikan kepentingan rakyat sebagai fokus utama.

Sebagai kerajaan, BN tidak pernah beretorik dalam langkahnya malah persiapan menghadapi PRU14 berjalan dalam keadaan yang cukup panas apabila isu-isu seperti 1MDB dan GST mengambil tempat.Tanpa menafikan isu membabitkan badan-badan kerajaan seperti Mara, Felda, Tabung Haji juga menjadi sasaran, kerajaan sebaliknya terus komited menunaikan tanggungjawabnya.

Mengambil kira rakyat sebagai fokus utama maka kerajaan BN bukan sahaja melaksanakan dasar-dasar mesra rakyat seperti BR1M dan yang seangkatan dengannya tetapi turut mengambil langkah berani dengan pengenalan dasar yang tidak mesra rakyat seperti GST.

Kalau kita mengambil kira soal kemenangan pada PRU14 sudah tentulah kerajaan hanya perlu menyajikan perkara-perkara yang memenuhi impian dan hasrat rakyat tanpa mengambil kira kesannya selepas itu.

Subsidi rasanya boleh sahaja dikembalikan dan rakyat Malaysia hampir pasti dapat menikmati harga minyak yang lebih rendah dan mengembalikan SST selepas GST.

Jika 2 perkara ini dilakukan oleh kerajaan BN, MMI yakin pembangkang mungkin ketandusan isu untuk terus memburukkan kerajaan.

Tetapi kita beruntung kerana kerajaan sedia ada bukanlah sebuah kerajaan yang hanya memikirkan keuntungan jangka pendek kerana keputusan-keputusan yang dibuat pada hari ini dan sebelumnya adalah berdasarkan kepada kemampuan dan keupayaan kerajaan untuk memastikan Malaysia terus mampu bersaing seterusnya mengembalikan keupayaan ekonomi yang keuntungannya boleh dikembalikan kepada rakyat melalui kaedah bersasar.

KOMITED dan berterusan, inilah ramuan yang MMI labelkan sebagai BERANI MATI dan akhirnya negara diiktiraf oleh banyak pihak yang punya asas kompeten didunia.

Kompeten bermakna diperakui sebagai pihak yang benar-benar layak untuk berbicara soal ekonomi dan kesan terhadap langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bukannya pihak yang hanya berdasarkan kepada pengalaman politik dan pemain-pemain politik seperti yang terdapat dalam Pakatan Haprak.

Kerana itu dalam tempoh waktu berbaki ini (PRU14) kita harus melihat dalam kontek yang lebih besar dan segera mengadili diri kita sendiri siapakah yang wajar menjadi pilihan kita nanti.

Merujuk kepada pembangkang rasanya ramai yang kini sedar bahawa keputusan untuk bersama dalam Pakatan Haprak itu hadir bukan kerana prinsipnya tetapi berlaku kerana masing-masing sedang berusaha untuk menjatuhkan kerajaan BN semata-mata.

DAP jelas sebagai parti yang berpegang kepada soal KESAMARATAAN itu kini sedang berdepan dengan pelbagai skandal dan konflik akibat daripada penyelewengan prinsip kesamarataan itu sendiri.

Mereka tidak bercakap benar sebaliknya bermuka-muka atas pentas politik dan menjadikan kedudukan serta kuasa yang ada pada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk segera menghadirkan arca mengikut acuan mereka sendiri.

Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang, kerana arca itulah akhirnya Lim Guan Eng kini berdepan bukan sahaja tuduhan di mahkamah tetapi juga skandal membabitkan perancangan terowong sehingga dilaporkan ketua menterinya hilang sabar dalam satu sidang media baru-baru ini.

Pembangunan di Pulau Pinang jika tidak dihalang bakal merubah wajah seluruh bahagian pulau menjadi sebuah kota pembangunan yang memiliki 'standard' MEWAH dan bakal menyebabkan ramai dari kalangan warganya tersisih.

Pembangunan sebegitu walaupun mempunyai ciri-ciri untuk berjaya perlulah merujuk kepada kemampuan rakyatnya dan bukan dengan keinginan rakus untuk mencipta sesautu yang akhirnya mendatangkan kerugian kepada rakyat kerana untuk mencapai status itu WANG RAKYAT akan tergadai.

Lebih malang dibimbangi ianya bakal mengundang kemasukan pemagang hak yang bukan dari kalangan penduduk mahupun rakyat Malaysia.

Bayangkan akibatnya ?

Begitu juga dengan PPBM parti pimpinan Tun Mahathir bukannya Muhyiddin Yassin, kehadiran mereka berasaskan kepada dendam politik yang begitu kuat terhadap parti Umno dan BN.

Lebih mudah MMI sebut sebagai dendam terhadap YAB Datuk Seri Najib yang kini sedang merubah lanskap politik dan kerajaan kepada dasar pengukuhan negara dan rakyat.

Tidak lagi menggunakan elemen kroni mahupun 'bail out' yang menguntungkan sesetengah individu.

Kerana dasar itulah akhirnya PPBM wujud dan mereka menentang dengan menggadaikan maruah kendiri apabila melutut dan mula berpeluk dengan musuh politik mereka sendiri iaitu DAP.

Apakah kita yakin kumpulan yang sedang berdepan pemberontakan dalaman ini mampu menghadirkan cahaya yang lebih terang kepada negara dan rakyat ?

PAN pula adalah parti suruhan dan mereka hampir langsung tidak punya kredibiliti kerana sentiasa menjadi budak suruhan yang perlu bertaut untuk meneruskan hidup.

Malah parti itu kini dipergunakan oleh DAP dan PPBM untuk menyerang PAS yang tidak lagi bersama dalam kem pembangkang.

Persoalannya apakah PAN berani untuk tampil sebagai parti tunggal seperti mana PAS dan menawarkan 'full set package' untuk menjadi kerajaan ?

Jawapan TIDAK, walaupun Mat Sabu mengakui bahawa kesepakatan parti-parti itu penting untuk membentuk kerajaan selain BN, PAN hampir pasti tidak punya keupayaan untuk bergerak solo kerana mereka tidak punya acuan tersendiri.

Hanya menjadi kuda tunggangan dengan harapan dapat merasa cebisan makanan yang dimakan oleh kalangan pembesar-pembesar dari Pakatan Haprak.

Yang lebih malang sekali adalah PKR, bukan sahaja gagal mempertahankan maruah parti, keputusan menerima kemasukan Tun Mahathir dan mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak menang pada PRU14 telah menolak sama sekali gerakan reformasi.

Berdasarkan kepada perkara itu bolehlah MMI katakan pucuk pimpinan PKR telah menolak dan menafikan gerakan reformasi yang dulunya bangkit berjuang untuk Anwar Ibrahim.

Lebih dasyat lagi mereka yang paling dekat dengan Anwar pun bersekongkol menerima Tun Mahathir sekaligus menolak prinsip perjuangan yang dibawa sejak tertubuhnya PKR.

MMI tertarik dengan tulisan penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff yang mempersoalkan apakah nasib yang akan menimpa masa depan politik PKR berdasarkan sikap yang ditonjolkan pemimpin parti berkenaan.

“Semalam, 19 Januari 2018, Nurul Izzah yang sama yang dipetik oleh portal berita Sinar Harian Online sebagai berkata “Pemilihan Tun M Sebagai Perdana Menteri Tepat”.

“Betullah juga kata orang bahawa kata-kata itu murah (“talk is cheap“) dan bila kata-kata yang murah ini dilontarkan oleh seorang pemimpin politik PKR yang dilaung-laungkan sebagai kononnya berintegriti dan berprinsip, bagaimanakah agaknya masa depan PKR,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook baru-baru ini.

Mahathir seorang bekas pemimpin negara yang diketahui umum memiliki dana yang besar berjaya mengangkat dirinya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan hanya selepas beberapa bulan menyertai gabungan parti pembangkang tersebut.

Beliau seterusnya berjaya melobi pimpinan tertinggi Pakatan Harapan supaya dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU Ke-14 walaupun mendapat tentangan sebahagian besar penyokong pembangkang.

Pencalonan beliau sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sekali gus mengenepikan dan menidakkan ramai pemimpin lain yang telah bertahun-tahun bersama pembangkang. 

Sedangkan orang yang sama pada 15 April 2016, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dilaporkan oleh sebuah portal berita propembangkang sebagai berkata “Mahathir Diktator – Tak Boleh Tentukan Masa Depan Negara”.

So bayangkan dengan segala macam keputusan yang dilihat sebagai amat terdesak itu apakah kita yakin bahawa mereka-mereka yang terlibat dalam Pakatan Haprak benar-benar mampu untuk mentadbir negara seterusnya membela rakyat ?

Jika dulu cakap lain kini cakap lain sampaikan soal perjuangan untuk membela bapa sendiri pun boleh dikesampingkan, adakah mereka dikemudian hari dan jika mempunyai kuasa politik terhadap negara boleh kekal sebagai pentadbir yang konsisten ?

Fikirlah soal kewajaran kerana prinsip adalah penentu kepada usaha mereka selepas ini !

JANGAN sampai kita hilang HAL yang selama ini tersimpan kemas dalam Perlembagaan Persekutuan.

MMI

Saturday 27 January 2018

Ke Mana Perginya RM235.7 Juta ? Pemimpin & Penyokong Pembangkang Jangan HIPOKRIT


Dalam artikel yang lepas MMI dah sebut bagaimana kerajaan DAP Pulau Pinang kini telah berubah menjadi sebuah rejim yang menjadikan kedudukan serta kuasa politik untuk melakukan perkara-perkara yang jelas menidakkan suara-suara komentar berupa teguran di akar umbi.

Kalau kebebasan bersuara itu menjadi amalan DAP dan kuncu-kuncunya sudah pastilah tidak akan berlaku keputusan berasaskan amalan rejim yang menghukum individu-individu tertentu seperti mana yang berlaku terhadap Adun Penanti, Kebun Bungah dan Tanjung Bungah di Pulau Pinang dari Pakatan Haprak sendiri.

Tidak cukup dengan itu sudah ada dikalangan ahli DAP sendiri yang angkat kaki kerana teguran dan suara mereka tidak dilayan dan ini menjadi bukti bahawa rejim yang kini berkuasa di Pulau Pinang sudah terlalu obses dengan kuasa yang mereka miliki sehingga membelakangkan apa jua pandangan walaupun hakikatnya pandangan-pandangan itu melibatkan kepentingan rakyat.

Antara musibah akibat daripada kerakusan rejim ini akhirnya kita melihat insiden tanah runtuh di Tanjung Bungah berlaku dan mengakibatkan kematian.

Begitulah juga halnya dengan isu terowong dasar laut, sejak ianya diwar-warkan projek tersebut masih lagi berdepan dengan pelbagai masalah dan rejim DAP Pulau Pinang pula terus angkuh dan sombong.

Lim Guan Eng selaku ketua menteri baru-baru ini membuat kenyataan akan meneruskan projek tersebut walaupun ianya kini sudah menjadi kes SPRM.

Bagi MMI apa jua keputusan sekalipun buatlah asalkan ianya tidak menjadi masalah dan kalaulah ianya merujuk kepada soal perundangan yang tidak menghalang projek terowong itu diteruskan, sekurang-kurangnya rejim DAP di Pulau Pinang perlu melihat kepada soal keselamatan dan kepentingan rakyat khususnya para nelayan pantai serta penambakan laut yang hampir pasti terbinanya rumah-rumah bukan mampu milik.

Mengambil kira itu sahaja pun kita rasa wajar kerja-kerja bagi projek terowong ini ditangguhkan dan selesaikan segala kemelut yang kini semakin merimaskan warga Pulau Mutiara.

Ke mana RM235.7 juta wang rakyat ?

Lebih menyesakkan lagi adalah kesan daripada kelemahan dan unsur-unsur rakus lagi sombong rejim DAP di Pulau Pinang terhadap projek terowong ini akhirnya kita didedahkan dengan maklumat bahawa sebanyak RM235.7 juta wang rakyat Pulau Pinang kemungkinan sudah HILANG !

Perkara ini didedahkan oleh parti Gerakan Pulau Pinang yang mempertikaikan perbezaan jumlah kos sebanyak RM236 juta. Kos itu dikatakan adalah unutk menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang dirancang oleh rejim DAP Pulau Pinang.

Ada perbezaan yang besar antara kos yang dinyatakan oleh kerajaan negeri dengan yang dinyatakan oleh syarikat China Railway Construction Corporation International (CRCC).

Semasa majlis menandatangani perjanjian, CRCC dalam laman webnya bertarikh 12 Oktober 2013 mengumumkan telah memeterai kontrak dengan Konsortium Zenith BUCG untuk membuat reka bentuk tiga lebuh raya dan terowong dasar laut dengan nilai kontrak AS$22 juta. 

Masa itu, kadar tukaran wang asing ialah RM3.15 bagi AS1 Dolar Amerika menjadikan kontrak berkenaan harus bernilai RM69.3 juta. Ada perkara mencurigakan apabila laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri dalam sidang DUN Pulau Pinang pada 19 Oktober tahun lepas dan jawapan Kerajaan DAP pada 19 Mei tahun lepas menyatakan kos kajian adalah sebanyaK RM305 juta.

CRCC sebut kosnya adalah RM69.3 juta, tetapi kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang nyatakan kos itu adalah RM305 juta. Sudah beza RM235.7 juta. Mana pergi baki yang RM235.7 ini? Hilang ke mana?

Lebih menghairankan MMI adalah sikap para penyokong dan pemimpin Pakatan Haprak !

Sehingga pada artikel ini ditulis, tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang tampil mempersoalkan pengurusan sebegini malah mereka-mereka seperti Rafizi Ramli, Tony Pua, Syed Saddiq, Tun Mahathir sendiri pun membisu.

Sedangkan apa yang dipertontonkan kepada rakyat selama ini seolah-olah mereka adalah sekumpulan pemimpin yang pantang melihat soal ketirisan dan akan bertindak untuk menyelematkan hak rakyat.

Soalnya kenapa mereka berdiam dalam hal membabitkan projek terowong DAP ini ?

Untuk rekod projek terowong ini telah dirancang sejak 2013 yang lalu dan sehingga kini ianya masih HALIMUNAN, kalau kita mengambil kira soal pentadbiran kerajaan negeri yang berasaskan kepada slogan CAT rasanya tempoh masa yang begitu panjang hanya untuk kerja-kerja merancang adalah sesuatu yang amat tidak masuk akal.

Apakah wujud ketirisan di mana-mana atau ada unsur-unsur bawah meja dan kawtim yang berbalik kepada pihak yang mencadang ?

Sebab itulah MMI kata pemimpin dan penyokong pembangkang jangan HIPOKRIT, isu terowong juga adalah isu rakyat maka tampillah, buktikan apa yang kamu semua canang selama ini Selamatkan Pulau Pinang !

Susah ka ?

MMI

Friday 26 January 2018

DAP Nak Selamatkan Pekerja MALANG Tapi Arah Pecat 5 Pembantu Adun Tanjung Bungah !


Selain daripada pelbagai skandal membabitkan perlakuan pemimpin dan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang kini mendapat perhatian di seluruh negara, parti cauvinis itu sudah membuktikan kepada dunia bahawa mereka bukan sahaja bersifat cauvinis tetapi juga mengamalkan dasar pentadbiran berstatus REJIM !

Tidak cukup dengan itu rejim DAP ini telah meyakinkan MMI bahawa mereka benar-benar bersifat MUNAFIK ! Kenapa ? Baca seterusnya .....

Dalam kepincangan isu membabitkan pelan induk pengangkutan awam Pulau Pinang atau lebih mudah disebut skandal terowong, rakyat Pulau Pinang khususnya orang-orang cina perlu sedar bahawa rejim DAP yang sedang meratah hasil dan hak rakyat Pulau Pinang hari ini telah bersikap begitu kurang ajar sekali.

Hanya kerana ketidakpuasan hati dan mungkin dendam politik terhadap Adun Tanjung Bungah yang dikatakan tidak sehaluan dengan dasar DAP maka 5 pembantunya diarahkan supaya melepaskan jawatan masing-masing sebelum 18 Februari 2018 minggu yang sama dengan Sambutan Tahun Baru Cina sedangkan kontrak mereka sehingga Mei 2018. Rujuk Sini 

Maksudnya di pecat melalui surat daripada jabatan sumber manusia, DAP negeri bertarikh 21 Januari 2018

MMI tak nak sentuh lagi soal kenapa Adun Tanjung Bungah diperlakukan sedemikian rupa walaupun beliau adalah salah seorang wakil rakyat dari parti DAP sendiri kerana yakin ramai yang dah faham isu tersebut. 

Cumanya sebagai manusia, MMI tumpang simpati dengan tindakan sedemikian memandangkan para pembantunya bakal menyambut Sambutan Tahun Baru Cina dalam keadaan tidak punya pekerjaan.

Bayangkan keadaan itu nanti ?

Itu satu perkara, yang lebih memeranjatkan MMI adalah berita yang disiarkan oleh RoketKini pada 24 Januari 2018 bertajuk DAP jelajah seluruh negara cari pekerja ‘malang’ menceritakan tentang perancangan Biro Buruh DAP, untuk menjelajah ke seluruh negara bagi ‘mencari’ golongan pekerja yang tertindas, dibuang kerja dan berdepan risiko ditamatkan pekerjaan.



Wow hebat sungguh DAP sebab usaha yang nak dilakukan itu terarah kepada mereka-mereka yang ditakrifkan sebagai MALANG !

Naib Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran Ahmad berkata siri jelajah tersebut akan turut menemui pimpinan parti peringkat negeri dan ahli-ahlinya untuk memberi taklimat mengenai aspek perundangan pekerjaan dan penjelasan mengenai isu 14 juta golongan pekerja di Malaysia.

“Biro kami juga akan membariskan para peguam yang memberi perkhidmatan secara professional untuk membela golongan pekerja kerana ramai daripada 14 juta pekerja di negara ini masih terpinga-pinga mengenai hak-hak mereka,

“Kebanyakannya tidak mempunyai kesatuan sekerja di tempat kerja mereka dan selalunya terpinga-pinga dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa apabila ditindas majikan,” ... 

Well pertamanya berita ini disiarkan pada tarikh 24 Januari 2018 hanya 3 hari selepas 5 pembantu Adun Tanjung Bungah menerima surat pemecatan mereka.

Kalau benar DAP telus dalam memperjuangkan nasib pekerja yang tertindas rasanya Biro Buruh DAP ini perlu RUJUK dan SELESAIKAN isu membabitkan 5 pembantu Adun Tanjung Bungah terlebih dahulu.

Amran perlu kotakan janjinya dengan menemui pucuk pimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang dan pemimpin tertinggi DAP terlebih dahulu dan ajar mereka mengenai aspek perundangan melibatkan nasib pekerja.

Kemudian Amran perlu kotakan janjinya dengan menyediakan barisan peguam kepada 5 pembantu Adun Tanjung Bungah supaya hak mereka dapat dibela.

Soalnya apakah ada usaha ke arah itu ?

Dan MMI optimis sehingga artikel ini ditulis tidak ada langsung terlintas di benak hati mereka untuk mensasarkan 5 pembantu terbabit dan kalau berlaku sekalipun selepas ini ianya disebabkan oleh penulisan ini ataupun suara-suara pihak yang lain berkenaan perkara yang MMI bangkitkan.

Jadi MMI nak pesanlah tak perlu retorik sangat kot sebab semua orang tau tempoh PRU14 dah semakin dekat .. Nak tunjuk kata DAP ni membantu ka ? Nak tagih kredit ?

Kepada Amran jangan jadi MUNAFIK ! Isu depan mata tapi bercakap berdegar-degar kalau belah sendiri pun tak boleh nak bantu dan tak nampak, apa maknanya ?

RETORIK !

MMI

Thursday 25 January 2018

Skandal Terowong 'Tidak Sesen Pun Di Bayar' MAKIN PARAH !

 

Kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga kini masih lagi GAGAL menjawab persoalan demi persoalan yang dibangkitkan khususnya berkenaan projek terowong dasar laut yang sudah sampai ke tahap disiasat pihak berkuasa SPRM.

Malah penafian ketua menteri kononnya semua perkara yang dibangkitkan adalah satu tuduhan berniat jahat dan fitnah sering kali dibalas dengan persoalan demi persoalan yang jelas menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak tidak kena.

Oleh kerana itu rakyat semakin rimas !

Sebagai sebuah kerajaan yang mengaku komited dan punya keupayaan tersendiri apatah lagi mengaku berpegang kepada slogan CAT, seharusnya keputusan-keputusan yang melibatkan dasar kerajaan negeri haruslah berpaksikan kepada asas tersebut.

Bukannya cakap lain tetapi tindakan lain !

Akibat daripada sikap sebeginilah akhirnya kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat terperangkap dan akhirnya telah melakukan banyak kesilapan khususnya dalam menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh banyak pihak.

Kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah menganggap rakyat Malaysia mahupun Pulau Pinang ini adalah terdiri daripada kalangan mereka yang bodoh apabila menyatakan bahawa mereka tidak mengeluarkan sesen mahupun seinci persegi tanah sebagai bayaran kepada kontraktor.

Soalnya sejauh mana kebenaran yang mengatakan tidak berlaku sebarang pembayaran kepada pihak kontraktor terlibat ?

Merujuk kepada satu pendedahan yang dibuat Eric See-To, beliau menyatakan bahawa sudah terdapat 2 lot tanah telah pun diberikan kepada pihak kontraktor.

Perkara ini dibuktikan melalui pengumuman oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia pada awal tahun 2015 yang lalu.

Pengumuman bertarikh 31 Mac 2015 dengan jelas mengatakan bahawa Kerajaan Pulau Pinang telah memberikan "alienated" tanah kepada sebuah syarikat usaha sama (JV Co) antara syarikat Tunnel dan syarikat yang disenaraikan.



Beliau menambah bukan sahaja tanah yang diberikan pada 17 Februari 2015, tetapi kebenaran merancang telah diberikan oleh Kerajaan negeri pada 30 Mac 2015. 

Bukan sahaja kebenaran yang diberi untuk merancang begitu cepat, pengumuman kedua mengatakan bahawa pelan bangunan mereka selama dua blok 40 tingkat kondominium mewah telah diluluskan pada 7 April 2015 hanya 8 hari kemudian ! 



Baca lagi pendedahan selanjutnya di Eric See-To

Dalam masa yang sama Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Jason Loo turut mendesak agar kerajaan negeri Pulau Pinang menjawab persoalan adakah kerajaan negeri pimpinan Dap telah menetapkan satu undang-undang tanah yang baru di mana membenarkan transaksi tanah dibuat tanpa geran tanah dan membenarkan kontraktor menjual tanah kepada syarikat lain tanpa geran tanah.

Desakan ini dibuat berikutan Zenith-BUCG menjual ‘tanah’ yang masih laut kepada Ewein Sdn Bhd. bagi pembinaan projek kondominium mewah.

“Satupun kerja pembinaan belum dimulakan jadi bagaimana Kerajaan Negeri boleh membenarkan Zenith menjual ‘tanah’ seluas 50 ekar. Tanah tersebut adalah sebahagian daripada 110 ekar tanah tambakan laut yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk membayar kos pembinaan projek  terowong dasar laut dan tiga jalan utama.

“50 ekar tanah tersebut masih dalam proses penambahan, tiada geran pun lagi. Jadi, saya amat hairan bagaimana tanah yang belum siap ditambak boleh dijual,” ujarnya. Rujukan

Mengambil kira semua keadaan diatas apakah kita masih boleh percaya bahawa tidak berlaku sebarang transaksi pembayaran sama ada dibuat secara tunai mahupun secara serahan tanah kepada pihak kontraktor ?

Malah kita perlu sedar walaupun tanpa transaksi tunai, serahan tanah juga sebenarnya adalah proses pembayaran kerana ia bukanlah tanah yang tidak bernilai !

Melihat kepada penafian yang dibuat oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dan persoalan yang dibangkitkan ini ianya jelas amat berbeza sama sekali.

Oleh kerana itu berdasarkan kepada bukti yang dikemukan, kerajaan DAP Pulau Pinang perlu memberikan penjelasan kerana apa yang telah didedahkan ini telah menimbulkan syak bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Atau ada pembohongan di mana-mana ?

Well jelaskan !

MMI

Wednesday 24 January 2018

RM850 Ribu Subsidi Kerajaan Yang Syed Saddiq Tak Nak Cerita !


Adalah menjadi perkara biasa bagi mana-mana pihak yang terlibat dengan Pakatan Haprak untuk segera mewar-warkan isu berbangkit yang dirasa mampu untuk memburukkan reputasi kerajaan BN seterusnya mengaut keuntungan politik secara langsung.

Dan selalunya keuntungan politik itu hadir apabila rakyat di akar umbi secara membuta tuli percayakan bahan-bahan fitnah yang ditabur ke serata alam.

Walaupun seluruh dunia sedang berhadapan dengan perkembangan teknologi maklumat  yang bergerak sepantas kilat, sejak akhir-akhir ini rata-rata rakyat Malaysia dilihat sudah mula berhati-hati dengan sebaran yang dibuat kerana dibimbangi ianya berunsurkan fitnah 

Tanpa menafikan sebahagian lagi masih percayakan cerita-cerita sebegini atau sebahagian lagi menjadikan cerita-cerita ini sebagai bahan untuk terus menyerang kerajaan BN, telah ramai yang kini mengambil sikap untuk mencari kepastian terlebih dahulu.

Seterusnya ia mengundang kepada perbandingan sihat yang kemudiannya telah menyesakkan Pakatan Haprak itu sendiri kerana mereka di label sebagai kaki FITNAH !

Terkini dalam semua aksi-aksi fitnah itu adalah tindakan Syed Saddiq si Ketua Armada yang secara melulu membuat tuduhan berkaitan pembayaran balik pinjaman pendidikan MARA yang dikatakan naik mendadak daripada RM100 ke RM700.

Apa yang diutarakan oleh Syed Saddiq di akaun twitter miliknya walaupun ianya dilihat bersembunyi di sebalik persoalan tetapi ianya jelas bersifat menghasut.

Sedangkan Syed Saddiq boleh merujuk kepada pihak MARA terlebih dahulu sebelum membuat tindakan sedemikian.

Persoalannya kenapa terburu-buru ?

Tidak lain dan tidak bukan beliau mencari keuntungan politik seperti mana yang MMI sebutkan diatas.

Untuk pengetahuan Syed Saddiq dan seluruh kuncu-kuncu Pakatan Haprak yang jiwanya begitu hitam itu pihak MARA tidak pernah mengeluarkan apa jua arahan untuk menaikkan pembayaran RM100 kepada RM700 seperti mana yang diwar-warkan oleh beliau.

Malah pihak MARA sendiri sudah pun mengesahkan bahawa CADANGAN yang dikemukakan oleh pegawai MARA yang terlibat untuk menaikan kadar pembayaran itu telah di BATALKAN !

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membatalkan rancangan untuk menaikkan kadar pembayaran balik pinjaman pendidikan dari RM100 kepada RM700.

“Sudah dibatalkan. Bayar seperti yang lama,” katanya.

Cadangan tersebut belum lagi diluluskan oleh Mesyuarat Majlis MARA.

“Tiada rombakan (kenaikan), kekal (pembayaran). Hanya cadangan di peringkat pegawai. Belum pun dibawa dan diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Mara,” katanya lagi.

MARA turut menafikan kenaikan bayaran tersebut dalam satu kenyataan di Twitter hari ini.

Pihak MARA turut menjelaskan bahawa pelajar perlu memohon untuk mengurangkan pembayaran pinjaman dengan melalui beberapa prosedur.

“Untuk makluman, seramai 3,514 orang pelajar yang baru tamat pengajian telah menerima jadual bayaran balik pinjaman sebelum diberi pengurangan, di mana pelajar perlu memohon untuk mendapat keistimewaan ini.

“Oleh yang demikian, jadual bayaran balik selepas pengurangan akan dikeluarkan setelah pelajar-pelajar memohon pengurangan bayaran balik dengan memuat naik transkrip secara atas talian melalui pautan e-Baki di portal MARA,” kenyataan itu dipetik.

MARA turut menegaskan bahawa agensi itu sentiasa berusaha meringankan bebanan bayaran balik pinjaman.

SEPERKARA yang Syed Saddiq tak nak ceritakan kepada umum adalah MARA sentiasa berusaha untuk meringankan beban kepada peminjam untuk membuat bayaran balik.

Antara contoh usaha ini adalah jumlah pembiayaan penuh bagi seorang pelajar perubatan adalah sebanyak RM1 juta dan selepas pengurangan, pelajar hanya perlu membayar balik sebanyak RM150,000 saja.rujukan

Secara tidak langsung seorang pelajar perubatan yang merujuk kepada pihak MARA dan melalui prosedur-prosedur tertentu telah pun mendapat subsidi daripada kerajaan BN sebanyak RM850 ribu apabila hanya perlu membayar balik sejumlah RM150 ribu sahaja daripada keseluruhan pembiayaan RM1 juta.

Bayangkan bagaimana pihak kerajaan melalui agensinya MARA membantu kumpulan ini yang hampir pasti tidak dirasai oleh mereka-mereka seperti MMI.

Namun kita perlu rasional dalam hal pembiayaan ini kerana ianya berterusan serta berganti-ganti pihak. Maksudnya selepas seorang pelajar itu mendapat pembiayaan dan kemudian bertindak untuk membayar semula pembiayaan terbabit, pihak kerajaan masih lagi menanggung kos yang besar kerana jumlah pembiayaan yang besar tetap perlu disediakan berbanding kutipan bayaran balik pembiayaan yang dibuat secara ansuran sehingga ke tahap RM100.

Malah Syed Saddiq sendiri pun membuat bayaran RM100 sebulan kepada MARA daripada keseluruhan pinjaman RM490 ribu... Bila nak habis ?

Pihak MARA sendiri pun mempunyai prosedur yang cukup mudah kerana pinjaman pelajaran MARA merupakan pinjaman boleh ubah dan tertakluk kepada terma dan syarat yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.

Maka rujuklah kepada pihak yang sepatutnya bukan membuat tuduhan melulu seperti mana yang dibangkitkan oleh Syed Saddiq.

Guna akal untuk membuat sedikit perkiraan dan kita pastinya dapat melihat bagaimana kerajaan BN yang ada pada hari ini komited untuk terus memberikan yang terbaik kepada rakyatnya.

Jika dalam soal ini pun kita masih GAGAL untuk membuat pertimbangan yang wajar maka kita sebenarnya sebahagian daripada kalangan mereka-mereka yang pentingkan diri sendiri.

Kepada Syed Saddiq, jangan retorik dan terlalu berpolitik kerana rakyat bukan lagi boleh diperbodohkan.

MMI

Istilah Terkini CAT - Corruption Accident Tragedy Memang Tepat !!


Tidak ada sepatah pun yang diucapkan oleh Tun Mahathir berkenaan isu skandal yang semakin melampau-lampau di Pulau Pinang !

Kalau bab nak memfitnah kerajaan pantang sikit suara dialah dulu dan terbaru pula persoal tentang hukum sembelih babi, MMI tak pastilah apa yang dia fikir tapi sebagai orang Islam rasanya tindakan Tun Mahathir tu dah mula melalut jauh sangat.

Inilah senario yang berlaku dalam kem pembangkang jauh sama sekali berbeza dengan apa yang berlaku dalam UMNO. Kalau kelemahan itu di sebelah mereka maka semuanya akan membisu bila sebelah kerajaan lebih dari kera dan ungka di hutan.

Apa yang berlaku dalam UMNO dan BN pula ?

Sedar atau tidak isu membabitkan hak milik tanah FELDA didedahkan sendiri oleh orang UMNO dan kerajaan turut bertindak dengan mengarahkan siasatan dilakukan dengan segera.

Puak pembangkang pula ambil kesempatan 'SPIN' isu nak tarik perhatian ramai sedang mereka lupa yang berusaha mengenal pasti kelemahan dan berusaha untuk memulihkan keadaan adalah hasil usaha orang UMNO dan kerajaan BN.

Cuma dalam hal tertentu sudah pastilah ada pihak yang bersalah, jadi serahlah kepada pihak berkuasa untuk tentukan... Apa masalahnya ?

Sama juga dengan isu membabitkan 1MDB dan lain-lain, kerajaan tak lepas tangan pun !

Apa jua yang pembangkang cakap sekalipun, REALITINYA merekalah yang lebih banyak beretorik sebab jika kita melihat kepada isu-isu yang dibangkitkan berkenaan pentadbiran dan pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang ianya jauh lebih dasyat dan bolehlah kita anggap sebagai GAGAL serta lebih banyak berpolitik !

Tapi ada kita nampak puak-puak pembangkang macam Tun Mahathir bersuara ?

Tak ada beb !!!! 

Sebab itu MMI sokong apa yang Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang kata Slogan Cekap, Telus dan Amanah (CAT) yang diperkenalkan Kerajaan DAP Pulau Pinang sudah bertukar kepada Rasuah (Corruption), Kemalangan (Accident) dan Tragedi (Tragedy).

Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata demikian sewaktu mengulas mengenai urus tadbir kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan yang pada hari ini sedang berdepan dengan pelbagai skandal dan kepincangan pentadbiran yang diketuai oleh DAP.

"Kita lihat sejak kerajaan DAP Pulau Pinang memerintah banyak kes rasuah berlaku selain kes seperti tanah runtuh dan banjir. Sementara itu, tidak kurang juga tragedi kemusnahan yang berlaku di Pulau Pinang.

"Jadi, rasa CAT yang kononnya cekap, telus dan amanah perlu ditukar kepada Coruption, Accident and Tragedy'," katanya.

Sesungguhnya tepat sekali slogan CAT itu diubah sebab kerajaan DAP Pulau Pinang bukan sahaja rakus terhadap alam sekitar tetapi juga rakus dalam menggadaikan hak rakyat khususnya tanah-tanah di negeri ini.

Tidak cukup dengan itu sikap angkuh dan sombong pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang bukan sahaja telah menyebabkan rakyat menderita akibat tindakan bersifat 'double standard' tetapi juga telah menyebabkan nyawa menjadi pertaruhan.

Dan lebih teruk lagi Ketua Menteri sendiri terlibat dalam pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah !!!!


MMI

Tuesday 23 January 2018

Sekat Peruntukan Adun PAS, Takutnya Makin Jelas !


Apabila Azmin Ali bertindak menyekat peruntukan kepada Adun PAS maka jelaslah kepada kita betapa selama ini segala macam cakap-cakap berlapik kononnya kerajaan negeri Selangor masih kekal sebagai kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang bepegang kepada muafakat adalah satu penipuan politik.

Perkara ini disahkan oleh Azmin sendiri apabila disoal wartawan ;
Azmin tekad pertahan kerajaan pakatan negeri Selangor
PELABUHAN KLANG: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau akan mempertahankan muafakat yang dibentuk antara parti-parti pembangkang ketika pilihan raya umum lalu.
"Kita sudah adakan beberapa siri perbincangan dengan semua pihak.
"Namun, keutamaan saya adalah muafakat yang sudah dicapai antara parti sebelum ini," katanya pada Majlis Perasmian Gudang Baru Baiduri Dimensi Sdn Bhd di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kemungkinan perubahan komposisi dalam pentadbiran Selangor berikutan penubuhan Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan dibentuk selepas Pakatan Rakyat dikatakan tidak lagi berfungsi dengan ketiadaan Pas.
Ia terdiri daripada tiga parti politik, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).astro awani
Perkara tersebut telah menjadi bahan politik kepada Azmin sejak 2015 yang lalu dan pernah beberapa kali berlaku pergeseran dengan pemimpin DAP apabila Azmin dituduh masih lagi cuba berbaik dengan parti PAS.

Dan perkara ini kemudiannya berubah setelah kehadiran PPBM yang dikepalai oleh Tun Mahathir yang begitu bencikan Umno dan BN. Maka perkara pertama yang dilakukan oleh beliau adalah berusaha untuk memastikan sebarang bentuk hubungan dengan parti yang dilihat menerima Umno melalui apa cara sekalipun perlulah dielak dan ditolak jauh-jauh.

Kesannya Azmin hari ini bukan lagi Azmin yang mahu berpegang kepada soal muafakat tetapi Azmin si ketua menteri yang modus operandi dan punya impian yang sama dengan sahabatnya di Pulau Pinang.


Apa yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor menyekat peruntukan kepada wakil PAS adalah tindakan yang sama dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Semuanya dilakukan kerana pihak terlibat dilihat tidak lagi sehaluan dan seiring dengan hala tuju Pakatan Haprak.

Jika di Pulau Pinang, Guan Eng menyekat peruntukan terhadap wakil PKR dan DAP sendiri, di Selangor Azmin menyasarkan kepada wakil PAS.

Dan MMI optimis semua ini berlaku kerana mereka bimbang peruntukan yang tersedia itu digunakan oleh pihak terlibat untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam keadaan tidak menyokong hala tuju parti mahupun dasar pentadbiran kerajaan negeri.

Maka tidak perlu melayan soal integriti kerana bagi mereka kedudukan politik itu lebih penting daripada segala-galanya.

Satu penipuan politik yang dibuat secara terang-terangan bukan sahaja terhadap mereka yang terlibat tetapi juga kepada diri sendiri kerana apa yang mereka laungkan langsung tidak sama dengan perbuatan yang dipandu arah oleh hati dan jiwa yang terlalu hitam dan busuk.

Yang pasti rakyat dapat melihat bagaimana TAKUTNYA puak-puak Pakatan Haprak ini terhadap bayang-bayang mereka sendiri dan kebimbangan itu hadir setelah mereka melihat penolakan demi penolakan terhadap Pakatan Haprak khususnya apabila mereka secara jelas menerima Tun Mahathir musuh politik pembangkang sejak puluhan tahun dahulu.

Azmin juga sedar kedudukannya di Selangor hadir kerana gerakan reformasi sejak tahun 1997 dan kini beliau secara tidak langsung sudah pun menderhaka kepada kumpulan reformasi ini.

Maka sudah tentunya Azmin sedar kesinambungan kedudukannya selepas ini samar memandangkan para reformasis yang dulunya bangkit berjuang mempertahankan seorang peliwat tidak lagi boleh menerima keputusan menerima kehadiran Tun Mahathir.

Tunggu PRU14 !

MMI

Hampir KARAM Ambiga Mula Merayu Undi PAS !


Apabila DAP mengusir PAS dari blok pembangkang maka tertubuhlah Pakatan Harapan Haprak dengan parti-parti seperti PKR, PAN kemudiannya PPBM.

Sejak dari itu PAS terus membawa haluan sendiri mengikut cara mereka dan kalau kita mengambil kira dari keadaan itu sudah pastilah Pakatan Haprak tidak perlu peduli dengan parti yang diusir kerana sudah dilihat tidak menguntungkan mereka.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya ....

DAP dan kuncu-kuncunya dalam Pakatan Haprak masih lagi berusaha untuk membawa kembali PAS atau bahasa mudah masih lagi nak berkawan termasuklah PKR sehingga mengakibatkan pergeseran diantara pemimpin sendiri.

Dan lebih pelik lagi kemasukan PPBM selepas itu turut menyerang PAS termasuklah Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Persoalannya untuk apa menyerang PAS kalau dah keputusannya membuang parti itu dari Pakatan Haprak ?

Kenapa masih nak ambil peduli ?

Inilah perkara yang paling ditakuti Pakatan Haprak hari ini apabila mereka sudah merasa kesan akibat daripada tindakan angkuh tersebut.

Lebih kritikal apabila penerimaan Tun Mahathir telah merubah suasana kem pembangkang, protes dari dalam kini sedang menular malah sudah timbul gerakan untuk boikot atau rosakkan undi.

Semuanya telah MMI ulas di artikel berikut ;




Disebabkan itulah akhirnya Pakatan Haprak mula menggerakkan pemimpin-pemimpin mereka untuk segera memujuk atau mencari jalan mendapatkan kembali sokongan PAS melalui propaganda yang sedang mereka lakukan hari ini.

Pakatan Haprak tahu dan sedar tanpa sokongan pengundi PAS, Pakatan Haprak tidak akan mampu ke mana malah sudah semakin KARAM !

Bekas pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dilihat meniru strategi DAP apabila menyeru akar umbi PAS kembali mengundi pembangkang, Pakatan Harapan (PH) bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU 14.

Walau bagaimanapun Ambiga berkata rayuannya itu hanya untuk akar umbi parti Islam itu sahaja dan bukannya untuk pimpinan PAS.

“Saya cuma boleh berharap yang ahli PAS, bukan pemimpin mereka, untuk mengingat kembali perjuangan rakyat kerana mereka (ahli PAS) bersama kita dalam Bersih, berganding bahu melawan kerajaan, melawan sistem.

“Saya berdoa agar rakyat (penyokong PAS) di peringkat akar umbi sedar bahawasanya yang cukup itu, cukup lah,” kata Ambiga dalam forum “Post-1MDB and Malaysia: What Future Can We Have” di Kuala Lumpur semalam.

Menurut The Malaysian Insight, rayuan Ambiga itu ditujukan buat penyokong PAS peringkat akar umbi memandangkan pemimpin parti Islam itu “telah menyatakan hala tuju mereka.”

Tambah Ambiga, kerajaan persekutuan BN tidak akan berubah kecualilah rakyat Malaysia mengundi untuk menolak mereka dalam pilihan raya akan datang.

“Kerajaan rasuah tidak akan berubah. Logiknya mudah, sudah tentu mereka akan guna pelbagai helah. Mereka akan guna (isu) perkauman tebal dan agama.

“Jangan pandang rendah pengaruh mereka (ahli PAS) dalam pilihan raya akan datang. Saya harap ahli-ahli PAS ingat kembali apa yang mereka perjuangkan,” katanya.

Strategi pecah dan perintah yang dirayu oleh Ambiga itu hampir sama dengan taktik yang digunakan DAP pada 2015 berkenaan hubungan dengan PAS.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP hanya memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan bukannya parti itu sendiri.

Kata Guan Eng, DAP tidak pernah memutuskan apa-apa hubungan dengan PAS dan Abdul Hadi itu tidak mewakili parti itu secara keseluruhan.

Tambahnya, Abdul Hadi dan PAS adalah dua entiti yang berbeza.

MMI tak pastilah kalau ada dikalangan ahli PAS yang termakan dengan propaganda DAP sebab Guan Eng kata DAP hanya putuskan hubungan dengan Hadi bukannya PAS.

Habis apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ni apa cer ?


Timbalan Pengerusi PKR negeri, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata PKR Pulau Pinang kesal dengan tindakan PAS negeri, selain tidak akan mengendahkan usul berkenaan kerana ia hanya diputuskan di peringkat kepemimpinan negeri.

"Kita (PKR Pulau Pinang) tak mahu 'respond' terhadap usul PAS Pulau Pinang, sama ada akan ambil tindakan sama untuk putuskan tahaluf siyasi dengan PAS atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, apa yang pasti PAS memang tak dilibatkan dalam pentadbiran kerajaan negeri, selain tempat mereka kini diganti dengan Parti Amanah Negara (PAN)," katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

Semoga orang PAS tak buta dan tuli !

MMI

Labels