Followers

Sunday 30 September 2012

WAJIB BACA - Tunku Aziz Akhirnya Mengaku Silap Bersama DAP


Siapa yang tidak kenal dengan Tunku Abdul Aziz antara ahli DAP berbangsa Melayu yang berpengaruh.Hari ini Tunku sudah pun meninggalkan perjuangan yang dipilihnya sendiri satu ketika dulu.

Beliau yang dilahirkan pada tahun 1934 di Alor Setar ini mempunyai pengalaman hidup yang penuh dengan integriti dan karisma. Pernah menjadi penasihat di Bank Negara, Pengarah di Sekretariat Komanwel di London, ahli lembaga di Institut Etika Awam Antarabangsa serta Penal Penasihat Program Pembangunan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malah beliau pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Setiausaha Agung PBB, Kofi Anan dalam membantu menubuh Pejabat Etika (Office Ethics) di sana.

Namun beliau mengakui akhirnya adalah satu kesilapan besar dalam hidupnya kerana menyertai politik apatah lagi DAP.

“Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik.

“Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar,".

Itulah antara ungkapan yang terpacul daripada mulut Tunku sendiri apabila di temubual oleh wartawan Utusan Malaysia.

MINGGUAN: Bagaimana Tunku boleh terlibat dengan politik terutama dalam DAP sedangkan latar belakang Tunku sangat menarik?

TUNKU AZIZ: Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik. Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar. Pada pendapat saya, sebagai rakyat di negara ini, kita tidak boleh hidup sebagai satu kaum sahaja. Kita harus hidup dalam berbilang kaum dan belajar menerima setiap kaum yang berbeza dengan seadanya. Integrasi nasional adalah sangat penting. Kita tidak akan sesekali dapat hidup di bawah satu bumbung tanpa bertolak ansur dengan setiap kaum di negara ini. Ketika itu, saya merasakan DAP lebih sesuai dengan jiwa saya. Apatah lagi mereka telah berjanji untuk memberikan saya platform untuk memerangi rasuah.

Itulah kerjaya saya seumur hidup iaitu memerangi rasuah. Tawaran tersebut membuatkan saya menyertai mereka. Tetapi biasalah, mereka cakap lain tapi lain yang mereka buat. Apabila hampir dua bulan saya masuk, saya sudah sedar ini bukan tempat saya iaitu politik mahupun DAP. Saya mengambil keputusan untuk keluar parti pada tahun 2009 selepas dua bulan bersama mereka. Tetapi tindakan ini tidak disenangi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Beliau telah memujuk saya supaya jangan keluar. Demi seorang sahabat, Kit Siang pada saya merupakan seorang pejuang yang telah berjuang bermati-matian selama berpuluh tahun. Saya kenal Kit Siang sudah berpuluh tahun juga. Saya tidak kembali kepada DAP kerana saya telah dijanjikan sebarang habuan oleh mereka. Saya masuk kembali kerana pujukan seorang kawan lama yang saya hormati.Baca Seterusnya .

Tindakan Tunku mendedahkan kepincangan dan matlamat perjuangan dinasti Lim dalam parti DAP sudah cukup untuk membuktikan bahawa DAP merupakan parti yang penuh dengan sifat dendam dan rasis.

Lihat saja bagaimana mereka mempergunakan Tunku dan Karpal dalam usaha untuk meraih sokongan orang-orang Melayu dan India semata-mata untuk memastikan kemenangan seterusnya mencapai cita-cita mereka menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

Guan Eng ternyata panas punggung dengan pendedahan terbaru daripada Tunku berkenaan perihal masalah dalaman parti DAP dan semestinya akan mempergunakan juak-juak pencacai PAS bagi melepaskan segala geramnya dengan tersenyum apabila juak-juak PAS bertakbir apabila mendengar segala pembohongannya di pentas-pentas ceramah PAS.

Kalau orang seperti Tunku pun sedar akan kesilapan beliau apa mungkin PAS juga akan turut tersedar ?

Ops lupa pula MMI , PAS dah lama koma sebab telinga dan mata mereka hanya memikirkan kuasa selain kerusi empuk di Putrajaya.

Kesian..

MMI.

Saturday 29 September 2012

Wow Awek Baru Anwar Telah DiDedahkan !!

Gambar Hiasan

Mungkin ramai yang tak perasan si Anwar kini sudah pun mempunyai awek baru setelah habis yang lainnya di godam.Awek terbaru beliau yang baru ini bukan calang-calang orangnya malah diberitakan antara orang terpenting dalam perjuangan Pakatan Haprak.

Pembentangan bajet Pakatan Haprak pada hari rabu yang lalu dikhabarkan turut mendapat sentuhan si awek baru Anwar ini dan Anwar sudah pun mengarahkan Khalid di Selangor supaya menjaga betul-betul buah hati terbarunya.

Tricia Yeoh

Permata baru dalam PKR. Sekarang ini menjadi Research Officer TS Khalid Ibrahim , Tricia sudah mula digunakan Anwar di peringkat yang lebih tinggi, Level nasional. 

Tricia ini memang mempunyai minda ‘samarata’ – egalitarian. Semua mesti sama rata. Tak boleh ada perkauman dan sebagainya.

Pemikiran seperti Tricia Yeoh ini memang kena dengan fahaman politik Anwar sekarang. Gung-ho liberalism. Liberalkan semua perkara.

Anwar sendiri sudah memaklumkan kepada TS Khalid, bahawa Tricia perlu berada di dalam Parlimen untuk PRU yang akan datang ini. Salah satu kawasan Parlimen – urban seat di Selangor akan menjadi milik Tricia Yeoh. Anwar mahu budak muda ini diberikan peluang yang lebih luas.

Tapi Anwar tidak tahu satu perkara, dalam pada Anwar percaya dengan kebijaksanaan Tricia – satu bab daripada bajet (mengenai perumahan); sebenarnya disediakan oleh orang lain. 

Tricia yang tidak faham sangat mengenai property – telah sub-con penyediaan bajet ini kepada seorang lower rank legal officer HDB Singapura. Sebab itu, Anwar tidak ada modal lain, kecuali menggunakan model HDB Singapura.


Sekali pandang menarik juga Tricia ni sebab tulah Anwar beria-ia jaga tapi satu ja yang rakyat Selangor kena tau !! setiap bulan RM18,000.00 gaji dia bro..bukan duit rakyat ka yang bayar kat Tricia tu ? 

Tricia mandi siap pakai buih lagi tapi rakyat Selangor mandi dekat Sungai Klang !

Kesian rakyat Selangor..

MMI.

Mulut Terkunci Selepas Puas Berkokok !!


Apa lagi yang pembangkang dapat kata tentang  Bajet 2013 yang dibentang Datuk Seri Najib Tun Razak petang Jumaat selain dari bajet atau gulu-gula pilihan raya, bajet panik, populis dan  sewaktu dengannya.

Sebaliknya cuba banding dengan bajet bayangan mengandungi segala macam janji ' bulan dan bintang' yang Datuk Seri Anwar Ibrahim bentang kepada wartawan petang Rabu.Baca Sini 

Kalau difikirkan memang pelik orang yang sedang berkuasa menawarkan sesuatu yang ' rasional' manakala pihak yang tidak berkuasa menawarkan ' bukan-bukan'.

Lojik akal akan berkata bodoh sangat ke Najib dan rakan-rakannya dalam kabinet tidak hambur segalanya untuk memintas semua janji pembangkang.

Kata orang bukan susah sangat nak berjanji.

Soalnya tentulah antara janji yang boleh ditunai dan janji yang pakai hentam saja untuk memancing undi.

Bagi yang sedang berkuasa mereka tentu tahu sangat kira apa yang mampu kerajaan tunaikan.

Yang di sebelah sana pula peduli apa boleh ke tidak boleh tunai...janji orang terpikat dengan apa yang mereka dendangkan.

Walaupun tidak sampai ke bulan dan bintang ,namun bajet yang Najib bentangkan bukan kecik anak.Lebih 100 touch point diumum melibatkan rakyat pelbagai lapisan selari dengan tema bajet tahun ini  ‘Memakmurkan Negara,Mensejahtera Rakyat, Sebuah Janji Ditepati’.

Ramai pemerhati melihat bajet kali ini boleh kunci habis mulut pembangkang.


Namun sebagai orang politik yang mengidam hendak ke Putrajaya jangan hairan mereka akan terus melakarkan berbagai gambaran buruk dan mencipta segala macam lirik lagu geram.

Ketika menutup pembentangan bajetnya kira-kira dua jam 10 minit Najib meminta rakyat renungkan .Katanya "Kalau hari ini mereka menjanji itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila pemimpin berkenaan, ketika masih berjawatan dulu,kenapa tidak melaksanakan apa yang dikokokkan.

"Hakikatnya, jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang?,"

Perdana Menteri  mengimbas kembali apa pernah dilakukan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutu beliau yang membuat macam-macam janji ketika PRU lalu..

"Bukankah apabila berhadapan dengan krisis kewangan Asia, hampir ranap negara ini dibuatkanya?," katanya .

Berbeza pemerintahan Barisan Nasional kata Najib, kerajaan tidak menjanjikan bulan, bintang mahupun cakerawala apatah lagi mendodoikan rakyat dengan dongengan lipurlara.

Senang cakap, kalau kerajaan tidak buat atau bagi itu ini, mereka akan marah tetapi jika kerajaan buat dan bagi itu ini, mereka juga akan marah dan kata macam-macam.

Masa kerajaan umum Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) lalu, pembangkang tuduh kerajan tidak ada duit, kena berhutang nak bagi RM500 kepada isirumah berpendapatan RM3000 ke bawah.

Namun, semua ‘beres’ dan tidak ada pun kerajaan pinjam duit mana-mana negara nak bagi BR1M.

Bukan rahsia lagi  ramai juga ahli-ahli dan pengikut PKR,PAS dan DAP dapat sebab kerajaan beri bantuan tak pilih bulu.


Sebab itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang adakan sidang media selepas pembentangan Bajet 2013, dan ditanya pasal pembangkang cakap macam-macam masa BRIM dahulu berkata,“Kita tak ambil kira apa pembangkang sebutkan. Apa diputuskan Perdana Menteri tawar BR1M atas dasar tanggungjawab kita nak kurangkan kos hidup mereka berpendapatan bawah RM3 ribu.

Kesannya, wang dibelanjakan mereka (penerima BRIM) lebih RM2 bilion diputarkan atau dibelanjakan bagi tingkat ekonomi dalam negara,” katanya.

Menurut Muhyiddin, pembangkang mungkin kata negara akan hadapi masalah tetapi jelas terbukti kadar defesit negara dapat dikurangkan.

“Kita teruskan pada tahun ini (2013) bukan sahaja kepada 4.3 juta isi rumah tetapi 2.7 juta orang bujang, bermakna jumlah penerima BRIM 2.0 adalah besar dan akan beri impak besar kepada pertubuhan dalam negara,” katanya.

Menjawab soalan, beliau berkata, kerajaan sudah jangka pembangkang akan kata bajet ini adalah bajet pilihan raya.

Katanya, apa dibuat Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan membentangkan bajet mengambil kira keperluan rakyat bukan kerana tuntutan pilihan raya kerana dalam Bajet 2012, kerajaan sudah memulakan beberapa touch point.

Kali ini Najib umum nak bagi lagi RM500 di bawah BR1M 2.0 malah individu bujang 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan juga dapat imbuhan RM250.

Itu tidak masuk lagi persetujuan kerajaan bagi RM100 untuk perbelanjaan persekolahan pada tahun depan dan menaikkan baucer Buku 1Malaysia daripada RM200 kepada RM250.

Jelas bajet 2013 macam-macam ada.

Lagipun Najib meminta rakyat menghakimi kerajaan BN dengan amal perbuatan bukannya retorik.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin menyifatkan pembentangan Bajet 2013 itu sebagai satu kejayaan untuk membela generasi muda.

“Banyak tumpuan diberikan pada generasi muda, kita kempen untuk perumahan, latihan dan terutama PTPTN yang secara tak langsung mengurangkan jumlah pembayaran melalui diskaun. Ianya selaras dengan falasafah serta prinsip setiap hutang itu perlu dibayar balik,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) bersyukur kerana kempen untuk orang bujang dapat BR1M telah ditunaikan oleh Perdana Menteri manakala perumahan pertama juga diperbaiki serta diperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik di Lembah Klang.

“Saya amat gembira dan kagum dengan bajet ini kerana amat mesra pada golongan muda,”tambah Khairy.

Manakala soal bajet pilihan raya, Khairy berkata, “apa yang terdapat dalam bajet itu adalah program-program berterusan daripada tahun lepas, pilihan raya atau tak pilihan raya, saya percaya apa yang diumumkan adalah untuk kesejahteraan rakyat.”

“Kita kena ingat, apa yang dibentangkan adalah janji-janji yang dapat kita biayai bukannya tak dapat kita bayar malah bajet defisit yang kita unjurkan akan turun, defisit kerajaan akan turun. Semua yang dijanjikan hari ini bukanlah janji-janji yang akan memufliskan negara tidak seperti bajet pembangkang,” tegas beliau.

“Pentingnya pada akhir ucapan PM adalah perbezaan kita dengan mereka (pembangkang) adalah bahawa apa yang kita janjikan dapat kita biayai dan dapat kita belanjakan. Apa yang mereka janjikan masih tidak dijelaskan bagaimana nak biayai segala janji pilihan raya itu,” ujarnya.

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil pula kata syabas dan tahniah Perdana Menteri atas  pembentangan bajet yang amat menyeluruh.

Katanya bajet itu mengambilkira kesemua strata masyarakat daripada gelandangan, masyarakat pertengahan kepada yang berkemampuan.

"Budget 2013 adalah realistik dan menjaga kesejahteraan rakyat jelata dan bukan satu rethorik atau yang akan membankrupkan negara. Berbaloi perjuangan wanita! Kerana wanita di ambil daripada mereka yang miskin hinggalah kepada mereka di'Boardroom'",katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan berkata, “sekiranya parti pembangkang yang menganggap Bajet 2013 adalah bajet pilihan raya maka bajet pembangkang baru-baru ini pun boleh disifatkan begitu juga.”

“Apa yang penting adalah pandangan rakyat, kita turunkan kembali pada rakyat untuk manafaat rakyat, antara angka-angka RM100, RM200, RM250 dan RM500 adalah amat menarik perhatian dan mengembirakan rakyat yang berpendapatan sederhana serta rendah,” katanya mengulas Bajet 2013.

Ahmad Maslan menganggap bajet kali ini mengusarkan pembangkang kerana kaedah yang digunakan kerajaan amat baik serta boleh menjana ekonomi setempat.

“Rakyat tidak simpan wang itu, mereka berbelanja di kawasan masing-masing. Ekonomi setempat itu akan berkembang dan melipatgandakan ekonomi negara,”jelasnya.

Menurut Ahmad Maslan, janji kerajaan telah kita tunai berbanding janji pembangkang dalam manifesto yang anggap tidak perlu ditunaikan.

“Itu adalah sesuatu falasafah yang amat merbahaya, rakyat perlu sedar dalam hal ini maka bajet mereka itu pun merupakan janji yang mereka tidak akan tunaikan,” ujarnya.Sumber AgendaDaily.

Seperti yang MMI perkatakan sebelum ini Bajet 2013 membuktikan komitmen kerajaan untuk melihat hari esok lebih baik dari hari ini.Kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan walaupun sebelumnya ditimpa pelbagai kritikan dan cercaan malah kelemahan yang berlaku sebelum ini menjadikan pengalaman itu sebagai pemangkin kepada usaha mewujudkan sebuah negara yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Bajet Pembangkang macam mana pula ?? Selesaikan janji 2008 dululah...

MMI.

Friday 28 September 2012

Bajet 2013 - Hari Esok Akan Lebih Baik Dari Hari Ini !!


Pasti ramai yang menantikan penuh sabar pembentangan bajet 2013 yang hanya tinggal beberapa jam saja lagi.Seperti tahun-tahun sebelumnya pembentangan bajet kali ini tetap tidak dapat lari daripada beberapa perkara yang pastinya akan muncul tatkala bajet akan dibentangkan.

Antara yang selalu menarik perhatian adalah sikap CUEPACS yang pastinya akan menggunakan sepenuh peluang untuk memohon pembayaran bonus kepada kakitangan awam walaupun kadang kalanya ianya kelihatan seolah-olah mengugut kerajaan.

Begitu juga dengan sikap pihak pembangkang yang akan membentangkan bajet mereka terlebih dahulu walaupun mereka sendiri tidak memegang kuasa apatah lagi menguruskan kewangan negara selama ini.

MMI kadang-kadang tersenyum sendiri apabila melihat telatah kedua-dua pihak di atas namun itulah realitinya kerana semua pihak memberikan tumpuan terhadap pembentangan bajet negara.

Apa yang MMI boleh simpulkan berkenaan bajet 2013 yang akan dibentangkan nanti adalah ianya sudah pasti memberikan kelebihan kepada rakyat dan semestinya bajet ini merupakan bajet terpenting sebelum YAB PM membubarkan parlimen bagi mengadakan pilihanraya.

Maka oleh kerana itu MMI meletakkan sasaran bajet 2013 umpama tagline "Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" kerana sudah semestinya kerajaan mahu melihat negara dan rakyatnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

Apa yang MMI perkatakan ada asasnya apabila melihat kata-kata daripada YAB PM sendiri sebelum bajet 2013 di rangka.

Memetik kenyataan daripada YAB PM sendiri beliau menyebut "Tahun ini, kita akan menyediakan sebuah platform untuk memberikan ruang dan peluang bagi Rakyat Malaysia untuk berkongsi cadangan dan pendapat mereka mengenai Bajet 2013. 

Platform ini merupakan peluang bagi semua Rakyat Malaysia untuk mengemukakan idea dan input mereka bagi pertimbangan Kementerian Kewangan.

Platform ini akan memberi tumpuan terhadap beberapa topik. Kos sara hidup, keselamatan awam, harga hartanah, peranan belia dalam kreativiti dan juga isu-isu yang mempengaruhi kehidupan anda adalah di antara perkara yang ingin dibincangkan. Perbincangan ini akan berlangsung secara online bermula hari ini sehingga 29 Julai.

Pada masa ini, kurang daripada 10% daripada rakyat Malaysia yang membayar cukai. Oleh itu cabaran utama bagi kita adalah untuk memperluas dan mengubah sumber pendapatan negara bagi memastikan defisit bajet dikekalkan pada paras boleh urus agar perbelanjaan tidak melebihi kemampuan kita.

Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu memberikan tumpuan terhadap perangsangan pelaburan dalam negeri serta menarik pelaburan asing melalui Program Transformasi Ekonomi. Kita sudahpun membuat permulaan yang kukuh dimana LHDN tahun lalu telah mengumpul sebanyak RM110 bilion hasil – dan ini telah membolehkan kita membiayai perkhidmatan-perkhidmatan utama bagi kebajikan Rakyat seperti BR1M dan baucar buku."Baca Seterusnya.

Tindakan YAB PM memberikan ruang kepada rakyat untuk sama-sama menyumbang idea membuktikan kerajaan sebenarnya komited dalam usaha untuk memastikan nasib rakyat terbela dan MMI yakin bahawa bajet 2013 sebenarnya adalah satu bajet yang menjurus kepada kebaikan seluruh rakyat Malaysia dan generasinya.

Melihat kepada satu laporan daripada portal berita dalam talian yang menjangkakan bajet yang akan dibentangkan nanti sebagai "Bajet Rakyat Tersenyum" sudah pasti memperkuatkan lagi apa yang MMI perkatakan.

KUALA LUMPUR – Bajet 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka akan menjadi ‘Bajet Rakyat Tersenyum’.

Ini kerana, seperti beberapa bajet yang dibentangkan sebelum ini di bawah pentadbiran Najib, Bajet 2013 juga akan padat dengan pelbagai hadiah istimewa kepada rakyat.

Sumber memberitahu Mynewshub, antara yang mungkin diumumkan ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk kali kedua.

Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan lebih RM2 bilion untuk mengagihkan BR1M kepada 4.7 juta isi rumah.

Tahun ini, kerajaan Persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah bagi meringankan bebanan mereka menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat di negara ini.

Selain itu, sumber berkenaan memberitahu, bonus untuk kakitangan awam juga berkemungkinan akan turut diumumkan.

“Sekurang-kurangnya setengah bulan bonus mungkin ada, ini tambahan kepada setengah bulan yang sudah pun diberikan sebelum hari raya baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber kedua pula memberitahu, kerajaan dijangka akan mengurangkan cukai dan duti ke atas kenderaan dengan kuasa enjin (cc) yang rendah.

Selain itu, Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) akan menerima lonjakan yang amat menarik dengan peruntukan bagi projek berkenaan dijangka dipertingkatkan 5 kali ganda jumlahnya berbanding peruntukan dalam bajet sebelum ini.

“Kami dengar pihak PRIMA mohon peruntukan 1 bilion dan dijangka ia akan diluluskan,” katanya.

Sementara itu, kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut, Najib akan membentangkan bajet yang memfokuskan kepada usaha untuk mengekalkan memontum pertumbuhan ekonomi negara.

“Perdana Menteri Najib Razak akan membentangkan pelan kewangan kerajaan bagi tahun akan datang, dalam satu bajet yang bertujuan untuk memperkukuhkan pertumbuhan dan memastikan Malaysia berada di landasan kewangan yang bertanggungjawab,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Berucap di Parlimen, Perdana Menteri memberitahu akan mengumumkan polisi yang bertujuan untuk mengekalkan permintaan tempatan di samping memastikan semua rakyat Malaysia mengalami peningkatan dari segi mutu kehidupan.

Dalam pada itu, seorang jurucakap kerajaan berkata;

“Di sebalik ketidak-tentuan ekonomi global, langkah-langkah yang diambil kerajaan telah berjaya memastikan ekonomi Malaysia terus berkembang sedikit demi sedikit.

“Untuk meneruskan momentum itu, bajet esok akan terus melabur untuk masa depan jangka panjang – memperkukuhkan pertumbuhan, tetapi pada masa yang sama memperkuatkan komitmen kami ke arah tanggungjawab fiskal,” katanya. -Mynewshub.my

Apa pun untuk kepastian sama-samalah kita tunggu pembentangan oleh YAB PM petang nanti.

Menjadi harapan MMI untuk melihat bajet yang terbaik serta mampu meresapi kesetiap tubuh badan seluruh rakyat Malaysia dan yakinlah bajet ini merupakan kesinambungan usaha kerajaan untuk terus melihat Hari Esok Akan Lebih Baik Dari Hari Ini.

MMI.

Thursday 27 September 2012

TERKINI ! Himpunan Besar-Besaran Besok Selepas Solat Jumaat ??


Jumaat lepas baru sahaja selesai perhimpunan di Kuala Lumpur bagi mengutuk penghinaan terhadap agama Islam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hebat sekali himpunan tersebut sehinggakan ada pemimpin yang begitu beremosi malah dengan angkuh pula mendabik dada menyatakan merekalah yang paling awal merancang untuk mengadakan perhimpunan malah sanggup pula mengeluarkan perkataan mereka telah lebih awal di jemput oleh nabi untuk turun berdemo.

Kira hebatlah puak-puak ni sebab nabi boleh main jemput-jemput sesetengah orang Islam ja..

Begitulah sikap segelintir dari mereka yang begitu bersemangat untuk turun ke jalanan bagi membela agama Islam.

Macam biasa ayat standard MMI dalam isu ni membela agama Islam tidak salah cumanya biarlah ianya kena dengan caranya.

Apa pun kita tinggalkan isu itu kerana ada perkara yang lebih penting untuk kita sama-sama kongsikan.

Setelah rakyat Malaysia samada yang berhimpun di Masjid Kampung Baru mahupun di Kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat lepas dengan tujuan menzahirkan rasa tidak puas hati , mengutuk  serta membantah tindakan mereka yang menghina agama Islam mengambil tempat tiba-tiba negara dikejutkan dengan satu kenyataan oleh seorang pemimpin rakyat Malaysia sendiri yang bernama Anwar Ibrahim.

Siapa yang tidak kenal Anwar Ibrahim , seorang pemimpin yang dianggap oleh juak-juaknya sebagai anugerah tuhan yang cukup licik dalam menjalankan kerja-kerja politik kotornya demi mencapai kepuasan peribadi menjadi Perdana Menteri.

Boleh jadi ker ? Hehehe


Anwar dalam sebuah media British telah mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan umat Islam dalam usaha mereka membantah tindakan pihak yang menghina agama Islam baru-baru ini.

"Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu 'masalah dalam jiwa umat Islam..mudah marah dan emosi," lapor Eddie Barnes, wartawan The Scotsman,ketika menemu bual Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini.

Anwar juga memuat naik laporan tersebut di laman peribadinya Klik Sini , persoalannya apakah rasional tindakan beliau pada ketika seluruh umat Islam di dunia membantah tindakan pihak yang mencerca agama Islam ?

Sebagai seorang Islam , MMI sendiri turut merasa marah terhadap tindakan sesetengah pihak yang menghina agama Islam walaupun MMI kurang bersetuju dengan bantahan yang melibatkan keganasan dan yang mampu memberikan publisiti meluas terhadap sebuah filem yang rendah mutunya Baca Sini .

Namun tindakan Anwar menganggap mereka yang mengadakan bantahan sebagai mengalami masalah jiwa adalah satu perkara yang tidak dapat dimaafkan.Apatah lagi mereka-mereka yang dituduh itu merupakan sebangsa dan seagama dengan beliau.

Tak pasti pula sejauh mana Islamnya si Anwar ni ??

Anwar jelas menghina masyarakat Islam bukan saja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Inilah sikap Anwar yang sebenar , berdiam diri apabila keadaan memerlukan tetapi melalak dan menghina agama sendiri apabila berdepan dengan sahabat Yahudi beliau.

Cuma dalam soal ini MMI ingin bertanya kepada juak-juak PAS khususnya kepada Nasrudin Tantawi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang begitu beremosi ketika mahu mengadakan bantahan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jika sebelum ini bukan main hebat lagi mengaku beliaulah yang pertama sekali merancang untuk mengadakan perhimpunan malah sanggup pula menyatakan nabi sudah terlebih dahulu menjemput mereka mengapa dalam soal penghinaan oleh Anwar Ibrahim , Nasrudin dan juak-juak PAS diam seribu bahasa ?? Baca Sini

Sepatutnya besok Nasrudin sekali lagi harus mengerahkan seluruh juak-juak PAS untuk berhimpun secara besar-besaran di depan rumah Anwar mahupun di lobi parlimen bagi menyatakan bantahan dan rasa terhina orang Islam terhadap kenyataan Anwar Ibrahim.

Takkan Nasrudin dan juak-juak PAS terima kenyataan tersebut dengan berlapang dada maklumlah puak-puak ni kalau kena dekat kawan sendiri dikira HALAL kalau orang lain baru cerita bab HALAL HARAM..

Apa yang juak-juak PAS perlu tahu adalah , tindakan Anwar ini adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh sahabat baik mereka sendiri Ngeh Koo Ham Klik Sini

Soalnya mengapa Nasrudin dan juak-juak PAS diam dan tak buat apa-apa ? ermmm kenapa ya ?

MMI.

Allo Mansor Mana Mau Lari !!


Mansor Othman ternyata tersepit kerana mulut sendiri apabila percakapan beliau dalam satu mesyuarat PKR telah disebarkan dan kini telah menjadi liabiliti terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Guan Eng.

Ternyata Guan Eng sebagai Ketua Menteri cukup tidak senang dengan tersebarnya perbualan tersebut kerana ianya jelas membuktikan kerajaan Pakatan Haprak di Pulau Pinang bermasalah.Ditambah pula perkataan sombong angkuh ditujukan kepada Guan Eng sudah pasti ianya mencetuskan rasa tidak selesa Guan Eng terhadap timbalannya.

Mansor hari ini bukan saja dibiarkan keseorangan menghadapi isu ini malah dilihat semakin mengelabah dan dari cakap-cakap mereka dalam parti Mansor kini sakit kepala memikirkan bagaimana cara untuk lepaskan diri.

Mana Anwar Ibrahim ? Kawan-kawan tengah susah ni ! takkan langsung tak mau tolong..Mansor sebenarnya perlu beringat di saat beliau dibiarkan keseorang menghadapi rintangan Si Anwar boleh syok-syok naik jet peribadi pusing-pusing Malaysia.

Kesian Mansor , Anwar tak ajak naik jet ! tak apa lah mungkin lepas ni Anwar ajak naik bas tak pun lori kontena.

Apa pun Mansor dah tak boleh lari lagi , suara dalam rakaman tu cukup jelas malah dikhabarkan Guan Eng pun dah tarik muka semacam cumanya tak ambil apa-apa tindakan ja sebab nak pilihanraya.


MMI rasa inilah masanya Mansor boleh minta bantuan dekat "TOKONG" dia supaya isu ni boleh selesai seterusnya menyelamatkan karier politik beliau.

Psstt ampa sedaq dak lidah Guan Eng dengan Mansor sama..Mansot mana mau lari ?? 

MMI.

Wednesday 26 September 2012

18SX Hot Awek Melayu Beraksi !!

Gambar Hiasan

Pada ketika seluruh negara heboh membincangkan isu penghinaan terhadap agama Islam yang semakin menjadi-jadi rupa-rupanya masih ada mereka-mereka di luar sana yang langsung tak menghiraukan dengan apa yang berlaku.

Sebaliknya lebih menumpukan terhadap minat dan kegilaan mereka dalam melakukan aksi-aksi yang cukup membahayakan malah jauh di luar budaya orang-orang Melayu itu sendiri.

Apa yang MMI saksikan mungkin telah disaksikan oleh sebahagian daripada anda namun biarlah MMI paparkan sekali lagi supaya ianya dapat dijadikan sebagai pengajaran kepada kita khususnya dalam memastikan anak-anak , adik mahupun kakak kita daripada terlibat dalam gejala seperti ini.

Percayalah ianya tidak menguntungkan malah kelihatan amat tidak sopan dan MMI sendiri malu melihat anak bangsa seperti ini.


Mungkin bagi si awek tersebut beliau bangga bila di puja sebagai antara minah rempit paling hebat kerana berani melakukan aksi sedemikian namun beliau mungkin terlupa apakah yang akan terjadi sekiranya aksi seterusnya bersambung dengan satu kemalangan?


Kepada semua jom sama-sama kita pastikan rempit bukan lagi budaya anak muda kita.Kepada semua anak-anak muda sekalian ingatlah negara perlukan kamu seperti mana bangsa dan agama perlukan kamu hari ini.

MMI.

Tuesday 25 September 2012

PANAS Budak India Pula Hina Islam !! .


Nampaknya penghinaan terhadap agama Islam tidak selesai setelah satu perhimpunan diadakan pada jumaat lalu.Selepas Cina DAPigs Ngeh Koh Ham mencerca perhimpunan pada jumaat lalu kini muncul pula mamat India ni yang cukup BIADAP lagi CELUPAR apabila mengeluarkan kenyataan yang cukup PANAS yang mampu mencetuskan kekacauan.


Rasanya mamat India ni nak cari pasal kot..MMI bukan apa kalau dah diri sendiri tak boleh nak hormat agama dan orang lain maknanya orang lain pun tak seharusnya hormat orang semacam ni.

Memang kurang ajar mamat India ni , kepada sahabat-sahabat bangsa India yang lain tolong nasihat sikit dekat mamat ni bukan apa takut berlaku perkara yang tak diingini.

Kepada pihak berkuasa tolong ambil tindakan ! Perkara seumpama ini tidak harus dibiarkan..

BIADAP !!

MMI.

Lagi Laporan Polis Di Buat Terhadap Ngeh Koh Ham


Lagi laporan polis telah dibuat terhadap Ngeh Koh Ham berkenaan kenyataan beliau di laman twitter yang mempersoalkan tindakan umat Islam di Malaysia berhimpun serta mengadakan bantahan bagi mengutuk penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui penayangan sebuah filem berjudul "Innocence Of Muslim".

Sekumpulan anak Melayu Balik Pulau yang di ketuai oleh Saudara Mohd Faiz Mohamed Rafeek telah membuat laporan polis tersebut di Balai Polis Balik Pulau pada petang kelmarin.

Menurut Mohd Faiz , kumpulan tersebut terpanggil untuk membuat laporan polis kerana melihat tindakan pihak-pihak tertentu khususnya di Malaysia yang dilihat seolah-olah tidak tahu menjaga sensitiviti masyarakat berbilang bangsa dan agama sedangkan sebagai pemimpin seharusnya mereka lebih memahami kontrak sosial yang selama ini menjadi pegangan kita rakyat Malaysia.

Malah beliau turut mempersoalkan tindakan pihak PAS sebelum ini yang menyokong perhimpunan haram bersih termasuk di Mekah dan Madina namun langsung tidak melakukan apa-apa tindakan bagi  mendesak Koo Ham meminta maaf daripada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia.

Walaupun kini Koo Ham telah pun memohon maaf namun ianya tidak memadai kerana tindakan beliau telah menguris perasaan seluruh umat Islam di Malaysia.

Kumpulan Anak Melayu Balik Pulau turut mendesak agar DAP tidak bersikap pilih kasih dengan tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap Koo Ham malah kegagalan parti itu untuk mengambil tindakan bererti mereka menyokong serta bersetuju penghinaan terhadap Islam.

DAP sebelum ini pun mengambil pendirian tutup mulut dan menentang sekeras-kerasnya undang-undang  Hudud maka tidak mustahil hari ini mereka juga turut sama menyokong usaha menghina Rasulullah S.A.W dan agama Islam.

Mohd Faiz selaku ketua kumpulan juga menyatakan bahawa setiap tindakan kita tidak mengira bangsa dan agama seharusnya dilakukan dengan cara yang lebih rasional supaya setiap tindakan  itu tidak menyakiti emosi orang lain.

Isu agama adalah amat sensiviti dan kita perlu lebih berwaspada.Jangan gunakan isu ini untuk menyakiti orang lain.Orang Melayu dan umat Islam di Malaysia tidak pernah campur tangan dalam urusan agama lain jangan sengaja menaikkan serta menyalakan api perkauman dan jangan cuba mencabar tahap kesabaran umat Islam.

Koo Ham sengaja menaikkan darah' Umat Islam di Negara ini dan cuba cetuskan pertelingkahan agama dikalangan rakyat berbilang kaum dan harmoni. 

Bagi MMI di Malaysia ini saban hari agama Islam dihina oleh mereka-mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri.Namun yang lebih menyedihkan adalah mereka-mereka ini disokong pula oleh sekumpulan orang Melayu yang mengaku kononnya memperjuangkan Islam. 

Lihat saja apa yang telah berlaku sebelum ini , ayat suci Al-Quran dalam ceramah oleh pemimpin bukan Islam ,  wanita bukan Islam di ruang mimbar masjid memberikan tazkirah , isu penggunaan kalimah Allah dan banyak lagi yang sebenarnya merupakan hinaan dan cacian terhadap agama Islam.

MMI bersetuju dengan pandangan daripada Mohd Faiz bahawa PAS sebenarnya adalah mereka yang harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku khususnya di negara Malaysia.

Percayalah Islam perlu dipertahankan oleh semua umatnya bukan dengan sebuah parti politik yang sanggup melacurkan agama sendiri demi kepentingan politik dan nafsu untuk berkuasa serta memiliki Putrajaya.

MMI.

Monday 24 September 2012

DEMAM !!


Sebut saja demam pasti semua orang tahu bagaimana rasanya.Kalau setakat kena demam biasa-biasa tu masih ok lagilah tapi kalau dah kena demam siap selsema dengan batuk jem terus.MMI pun sebagai manusia biasa tak dapat lari dari terkena demam ni.

Sejak dua hari lepas MMI lepak kat rumah ja , sekarang ni rasa ok sikit tapi macam biasalah sekali dah menulis rasa tak kena pula bila tak menulis.

Jadi kepada semua dalam suasana panas dan kadang-kadang hujan ni hati-hati lah sikit jaga kesihatan tu , bukan apa nanti kalau kena demam macam MMI abis jem semua.

Sebut pasal demam ni teringat pula MMI pasal satu kes baru ni , emm apa lagi macam biasalah kisah si Anwar Al-Juburi tu..

Dengar cita dah demam sekarang ni !! hehe anugerah tuhan ni pun demam juga ker ?

Semuanya pasal kes Anwar dan konco-konconya naik jet terbang sana sini untuk kempen politiklah.


Menurut sumber jet peribadi yang dinaikinya bersama pimpinan pembangkang pertengahan bulan ini adalah ehsan ‘tajaan’ daripada seorang kenalan.

Tanpa mendedahkan identiti pemilik jet berkenaan, Anwar malah mengharapkan ‘tajaan’ seumpama itu terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Saya tak ada masalah (naik jet peribadi). Kalau ada ruang, saya nak pinjam lagi terutama dekat pilihan raya…saya nak pinjam,” kata Anwar pada sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, adalah satu ironis apabila pembangkang sering menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan kerajaan suka membazir, sedangkan mereka menaiki jet peribadi untuk pergi berkempen.

“Walaupun perkhidmatan tersebut dibayar oleh pihak tertentu, rakyat tetap ada hak untuk mengetahui sama ada ia dibiayai oleh pihak antarabangsa atau orang tempatan,” katanya.

Bagi MMI apa saja alasan dari Anwar dan juak-juak Pakatan Haprak perkara pertama perkenalkan siapa rakan tersebut ? Ini penting supaya MMI dan rakyat Malaysia boleh tahu siapa gerangannya orang yang sangat bermurah hati tersebut.

Bukan senang nak bagi orang pinjam barang kita inikan pula kapal terbang jet !!

Kalau selama ni selalu melalak minta telus sana telus sini maka Anwar seharusnya tampil memberikan jawapan terhadap persoalan yang bermain di fikiran rakyat.

Nurrul Izah kata bukan duit rakyat , Tian Chua kata lebih jimat , Anwar pula kata tajaan jadi kalau tajaan siapa yang menaja ?

Kalau tak ada apa-apa yang nak disembunyikan kenapa Anwar nak takutkan ?

Bagitahulah ja lah atau sekarang ni dah rasa-rasa nak demam ??

Psst Nak makan ubat sat..

MMI.

Sunday 23 September 2012

GEMPAR !! Aung San Suu Kyi Di Malaysia ??


Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia politik sudah semestinya mengenali nama Aung San Suu Kyi.Satu nama yang tidak asing lagi dan cukup sinonim sebagai lambang keamanan serta kebebasan khususnya di Myanmar.

Pemenang hadiah nobel keamanan berusia 66 tahun ini sudah pun menggemparkan seluruh dunia dengan penahanan dalam rumah selama berapa tahun yang turut mendapat simpati masyarakat dunia.

Setelah kerajaan tentera Myamar membebaskan Suu Kyi , beliau telah pun berjaya mencatat kemenangan dalam pilihanraya melalui parti politik NLD serta memenangi 40 kerusi daripada 44 yang di tandingi.

Malah beliau turut mengumumkan dengan kemenangan parti NLD bererti ianya merupakan satu ujian dalam melakukan perubahan.

Persoalannya apakah Suu Kyi benar-benar merupakan seorang pejuang keamanan ? Apakah Suu Kyi benar-benar seorang aktivis yang benar-benar akan berjuang mempertahankan sesiapa saja khususnya di negara Myanmar sendiri dalam memastikan setiap manusia mendapat kebebasan dan keamanan seperti mana yang telah beliau kecapai hari ini ?

Dalam isu Rohingya contohnya , pemimpin pro demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, dikritik kumpulan aktivis hak asasi dan penyokong kempen demokrasi selepas dikatakan enggan memberi ulasan mengenai tindakan kejam tentera negara itu ke atas etnik minoriti Rohingya.   

Sikap beliau menimbulkan persoalan bahawa Suu Kyi juga mungkin mempunyai sikap prejudis ke atas etnik berkenaan yang berhijrah dari Bengal beberapa kurun lalu dan enggan memberi komitmen terhadap isu ini.

Mereka yang sebelum ini menyokong ikon hak asasi berkenaan, menuduh beliau sengaja mendiamkan diri dalam isu layanan buruk yang diberikan ke atas etnik tanpa negara yang dikenal pasti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai kumpulan minoriti paling tertindas di dunia.

Keengganan beliau untuk mengkritik Presiden Thein Sein kerana menguatkuasakan dasar yang seolah-olah menyokong pembersihan etnik, menimbulkan kekeliruan dikalangan penyokong Suu Kyi.

Thein Sein sebelum ini berkata kira-kira 800,000 etnik Rohingya perlu ditempatkan di kem pelarian dan dihantar ke sempadan Bangladesh.

“Beliau berada di dalam kedudukan sukar, tetapi masyarakat antarabangsa kecewa kerana beliau tidak bersedia bersikap lebih lantang,” kata pengarah Kempen Burma United Kingdom, Anna Roberts.

Aktivis Rohingya, Dr Habib Siddiqui menegaskan, pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi tidak layak diberi anugerah tertinggi Kongres Amerika Syarikat, Pingat Emas Kongres kerana mengambil sikap berdiam diri dan mengelak ketika krisis terbaru melanda etnik Rohingya.

Di dalam surat terbuka kepada senator dan anggota Kongres Amerika, Siddiqui berkata, Suu Kyi tidak serius memperjuangkan hak asasi manusia atau demokrasi sebaliknya kekal fanatik dan penganut Buddha Myanmar yang bersifat perkauman, sama seperti rejim yang mengenakan tahanan dalam rumah ke atasnya.

Beliau juga mendesak Kongres Amerika tidak menarik balik sebarang sekatan perdagangan dengan Myanmar sehingga ada perubahan ketara yang memberi kesan positif kepada kehidupan penduduk Islam Rohingya dan minoriti lain di negara itu, selain menjamin kerakyatan mereka dan memastikan kesaksamaan hak dan keistimewaan dikembalikan.

Siddiqui berkata di dalam sejarah Myanmar, perkauman dan ketaksuban sudah ditakrifkan dan tiada tempat untuk penganut agama lain selain Buddha di negara yang mempunyai 56 juta penduduk ini.

“Usaha pembaharuan di Myanmar, yang digerakkan Presiden Thein Sein, hanya sekadar gimik bagi mendorong penarikan sekatan terhadap Myanmar, yang memerlukan wang tunai untuk keluar daripada menjadi negara paling miskin di ASEAN.

“Pembebasan Suu Kyi bertujuan membolehkan beliau bertindak sebagai utusan dan itu sebenarnya yang dilakukan oleh tokoh pembangkang itu iaitu mempromosikan fanatik agama Buddha. Di negara Myanmar yang baru ini, tiada tempat untuk penduduk berlainan keturunan, latar belakang etnik dan agama,” katanya.

Beliau berkata, Myanmar tidak layak mendapat sebarang faedah daripada Amerika kerana minoriti seperti Rohingya diiktiraf tiada negara berdasarkan undang-undang perkauman, Undang-Undang Kerakyatan Burma 1982.

Hasil projek negara ke arah pembersihan etnik, separuh daripada empat juta penduduk Islam Rohingya diusir dari negara itu sejak 1962 dan kini tinggal sebagai pelarian tidak dikehendaki di negara seperti Bangladesh, Thailand, Malaysia, Arab Saudi, Pakistan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Begitulah kisahnya seorang pemimpin yang diangkat sebegitu rupa namun masih gagal dalam membela nasib rakyat mahupun manusia waima mereka yang berada di negaranya sendiri.

Mengapa agaknya perkara sedemikian berlaku ?

Apakah mereka seperti Aung San Suu Kyi tidak wujud di bumi bertuah Malaysia ini ? Cuba perhatikan senario semasa dan sudah pasti anda dapat meneka Suu Kyi versi Malaysia sebenarnya sudah pun wujud.

Cumanya ia menanti masa yang sesuai untuk dibebaskan , jika Suu Kyi menanti masa untuk dibebaskan daripada tahanan dalam rumah maka di Malaysia mereka ini menanti masa dibebaskan melalui peti-peti undi dalam pilihan raya.

Maka berhati-hatilah rakyat Malaysia sekelian , Suu Kyi sendiri tidak dapat membantu mereka yang berada di negaranya sendiri apatah lagi mereka-mereka di Malaysia yang dahagakan kuasa untuk memerintah.

Pada ketika negara Malaysia dihimpit masalah mereka melalak kepada rakyat kononnya merekalah yang lebih baik memimpin negara.

Pada ketika negara Malaysia bangun membantu rakyat mereka melalak menuduh dan memfitnah pemimpin negara dengan pelbagai perkara.

Pada ketika negara Malaysia melakukan tranformasi bagi meningkat keupayaan kita mereka berdemontrasi dijalanan.

Pada ketika negara Malaysia bangun menentang mereka yang menghina agama Islam masih ada mereka yang berdiam diri dan ada yang turut menghina tindakan kita.

Pada ketika negara Malaysia bersiap untuk mencapai negara maju ada dikalangan mereka yang sehingga kini hanya bersatu atas faktor politik.

Jika Suu Kyi gagal di Myanmar maka kita di Malaysia perlu pastikan pemimpin seperti Suu Kyi tidak ada tempat dalam kalendar pemimpin negara.

Jadikan apa yang MMI paparkan sebagai pedoman kita rakyat Malaysia dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. 

Ingatlah hari ini pasti berlalu dan yakinlah hari esok akan tiba , Ingatlah hari ini kita bersatu dan yakinlah hari esok dan sampai bila-bila kita perlu bersedia..Untuk Malaysia.

MMI.



Saturday 22 September 2012

Apa Berlaku Setelah Berhimpun ????


Gambar diatas merupakan perhimpunan mengutuk tindakan pihak yang dengan sengaja menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam semua bentuk yang telah diadakan di Pulau Pinang serentak dengan perhimpunan di Kuala Lumpur.

Perhimpunan selepas solat Jumaat kelmarin di Masjid Jamek Sheikh Yusof Pulau Pinang dilihat sebagai pemangkin kepada satu penyatuan dua angkatan muslimin menjadi satu pasukan yang dikira mampu mengembalikan kegemilangan Islam.

Apa yang MMI paparkan disini adalah salah satu diantara usaha-usaha mereka di peringkat akar umbi yang mempunyai niat serta pendirian untuk bersatu atas nama Islam.Malah MMI yakin bahawa penyatuan diantara PAS dan UMNO waima hanya sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional pastinya menjadi hasrat seluruh orang-orang Islam di Malaysia.

Namun mengapa agaknya perkara ini amat sukar berlaku ?

Pastinya sesetengah yang membaca entri ini akan menyalahkan MMI kerana apa yang bakal diutarakan mungkin tidak kena mahupun menyebelahi pihak-pihak tertentu namun inilah hakikat dan hakikat inilah yang MMI akan catatkan.

Penyatuan yang sering kali kita dengar malah sewaktu timbulnya isu kerajaan perpaduan lagi ianya menjadi satu perkataan yang cukup digeruni oleh para pemimpin parti PAS.Malah seboleh-bolehnya pimpinan PAS hari ini langsung tidak mahu mendengar bunyi perpaduan.

Segala-galanya di tolak dengan pelbagai alasan malah kadang-kalanya sikap yang ditunjukkan hampir mahupun sama dengan mereka yang bongkak dan sombong yang jauh sekali bersamaan dengan sikap seorang pemimpin Islam.

Malah sikap sebeginilah yang sebenarnya menghalang sebarang usaha kearah penyatuan mahupun perpaduan.

Jangan lupa bagaimana Nik Aziz selaku pemimpin PAS menolak bulat-bulat hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Bagi rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan ini pastinya faham bahawa perasaan dendam penuh kesumat terhadap UMNO terpahat kemas di dada Nik Aziz dan masih membara di hati beliau hanya kerana PAS dulunya yang bersama UMNO bertindak keluar dan kononnya PAS di tendang.

MMI tak mahu mengulas panjang berkenaan hal ini anda Baca Sini


Apakah himpunan dan penyatuan seperti dalam gambar yang MMI paparkan ini cukup sekadar sewaktu berdemo sahaja ?

Apakah tidak ada langsung dalam diri kita khususnya sebagai umat Islam di Malaysia untuk terus melihat penyatuan sebegini berterusan ?

Sebenarnya siapa saja yang hadir dalam himpunan seperti gambar-gambar diatas pastinya dapat merasai satu perasaan yang selama ini tidak pernah dialami oleh setiap dari kita.Klik Sini

Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan namun sejauh mana perasaan itu mampu bertahan ?

Seperti yang MMI pernah nyatakan dalam entri-entri sebelum ini perhimpunan mengutuk pihak yang menghina Islam yang telah dipecahkan kepada dua kumpulan dengan alasan bimbang berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini merupakan satu cerita lawak.Baca Sini dan Sini.

Cerita lawak kerana bagaimana dua kumpulan orang Islam tidak boleh bersatu dalam satu perjuangan yang sama ? Tahukah kelian semua pihak-pihak di luar sana selain dari melihat akan kebangkitan orang-orang Islam yang marahkan agama mereka dihina , mereka juga sebenarnya tertawa melihat gelagat orang-orang Islam di Malaysia kerana faktor politik maka orang Islam di Malaysia sukar untuk bersatu.

Bukankah ianya sedikit sebanyak memberikan ruang kepada pihak-pihak diluar sana untuk melihat akan kelemahan yang wujud dikalangan kononya orang Islam di Malaysia ini kuat.

Selain dari itu mengapa dalam soal himpunan mengutuk pihak yang menghina agama Islam boleh pula kita sesama sendiri menunjukkan sikap emosi yang tak bertempat apabila mendabik dada dengan bongkak dan sombong mahu mempertikaikan siapa yang terlebih dahulu merancang untuk mengadakan himpunan tersebut ?

Apakah niat sebenar mahu mengadakan perhimpunan ? Adakah ianya kerana agama dan Allah SWT ataupun mahu menunjukkan pemimpin dan parti mana yang lebih Islam dan kedepan dalam soal ini ?

MMI memuji tindakan YB Khairy Jamaluddin apabila menerima keputusan untuk mengadakan himpunan secara berasingan setelah beliau berbincang dengan Nasrudin Tantawi walaupun MMI tidak bersetuju dengan keputusan yang diambil.

Cuma MMI amat mengharapkan agar setiap perhimpunan itu berjalan dengan baik dan jangan pula ada pihak-pihak tertentu yang cuba pula membanding-bandingkan perhimpunan mana yang lebih baik pula kerana ianya bakal membawa kepada polemik politik.

Nahh dalam MMI berbicara dan mengharapkan agar ianya tidak berlaku , kini blog pro Pakatan Haprak sendiri sudah pun mula memperkatakannya.Malah dilihat mempersoalkan pula mengapa Pemuda UMNO mengadakan himpunan di Kampung Baru sedangkan kedutaan A.S adalah lebih relevan.


Inilah contoh dan jawapan kepada mengapa penyatuan sesama Islam di Malaysia tidak dapat dijayakan.Semuanya melihat kepada faktor politik dan paling pasti entri daripada seorang Blogger dari Pakatan Haprak ini sudah pasti tidak akan sesekali ditegur oleh semua kepimpinan dalam Pakatan Haprak.

Berbanggalah Nasrudin Tantawi hari ini kerana mampu mengepalai satu angkatan manusia dan orang Islam berarak menuju kedutaan A.S bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati orang-orang Islam terhadap tindakan pihak yang mencemar agama Islam.

Berusahalah YB Khairy Jamaludin bersama-sama pimpinan NGO melahirkan rasa cinta mereka terhadap agama Islam dan mengajak seluruh umat manusia untuk sama-sama saling hormat menghormati setiap agama di dunia.

Namun bagi MMI mereka harus malu terhadap himpunan orang-orang Islam di Pulau Pinang dan serata tempat lain yang boleh bersatu atas nama Islam tanpa mengira fahaman politik.Malah tidak pula menjadikan alasan kekacauan ataupun siapa yang lebih Islam hingga sanggup mengatakan Nabi terlenih dahulu menjemput mereka sebagai kata-kata untuk menghalalkan gerakan yang niat sebenarnya hanya mahu menunjukkan kekuatan politik murahan !!

Mengapa semua ini berlaku ? Hanya anda yang dapat menilai ...

Setiap kutukan dan cercaan apatah lagi menghinan Agama Islam semestinya kita sebagai orang Islam pertahankan namun biarlah ianya kena dengan cara kita umat Islam yang bertamadun dan dipandang mulia di sisi Allah SWT.

MMI.

Labels