Followers

Monday 19 September 2016

Jeff Oii & DAPigs Spesis Parasit Yang Perlu Umat Melayu Jauhkan !


Sewajarnya kehilangan Allahyarham Datuk Dr. Haron Din yang telah selamat dikebumikan di Amerika Syarikat baru-baru ini menjadi pedoman dan pengajaran kepada seluruh umat Melayu selagi mana mereka mengaku bahawa Islam itu adalah agama yang satu.

Berdepan dengan cabaran di alam serba moden dan perkembangan pesat dunia teknologi sesungguhnya adalah satu cabaran yang cukup getir yang perlu ditangani dengan baik oleh tiap dari kita.

Percaya bahawa apa jua yang bakal berlaku selepas ini adalah atas kehendakNYA maka kita sebagai umat perlu terus berusaha bukan berdiam diri dan menyerahkan kepada takdir semata-mata.

MMI percaya dan yakin bahawa tindakan pemimpin DAP , Jeff Oii yang menghina kematian Allahyarham Datuk Dr. Haron Din bukanlah tindakan biasa-biasa.Sebagai seorang pemimpin politik semestinya tiap seorang daripada mereka memahami bahawa dalam tiap tindakan bersifat nasional sifat memahami dan menghormati adalah sesuatu yang cukup penting.

Menjadi satu pembohongan besar sekiranya apa yang diperlihatkan oleh Jeff Oii kepada umum itu dianggap sebagai tindakan kelas pertama dengan alasan bahawa bahasa yang digunakan itu menunjukkan tahap akademik bertaraf antarabangsa.


Hakikatnya Jeff Oii sedang membuktikan kepada kita betapa mereka (DAP) sebenarnya amat membenci kedudukan umat Melayu dan Islam di Malaysia.Realitinya mereka bukan sahaja sedar dan tahu tetapi menyimpan rasa dendam yang teramat sangat kerana mereka tahu agenda peribadi DAP tidak akan berjaya selagi mana Melayu masih kekal serumpun.

Jika kita menyusur sejarah dan kembali kepada keadaan di mana PAS masih menjadi sahabat setia bersama DAP dalam Pakatan Rakyat , maka kita akan dapat melihat kenapa pemimpin DAP mengambil tindakan sedemikian.

Sebagai sahabat (PAS) yang pernah bersama dalam perjuangan songsang menongkah arus menghalalkan cara demi kedudukan dan kuasa bersama Pakatan Rakyat , sudah semestinya Jeff Oii akan menghormati kematian Allahyarham Datuk Dr. Haron Din seperti mana pemimpin PAS sebelum ini menghormati kematian mendiang Karpal Singh.

Persoalannya kenapa Jeff Oii bertindak sedemikian rupa ?

Kenapa pula pemimpin DAP yang lainnya lebih banyak bersikap berdiam diri ?

Jawapan mudahnya adalah kerana PAS kini bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Haprak yang dibentuk oleh DAP bersama-sama dengan PKR dan PAN.

Namun jika kita amati sedalam-dalamnya ia berpunca daripada sikap dendam DAP terhadap pemimpin-pemimpin Islam yang dilihat mampu menggugat perancangan strategik mereka untuk merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar Malaysian Malaysia.

DAP mahu melihat Malaysia hanya menjadi sebuah negara yang mengamalkan Islam berdasarkan perlembagaan tanpa ianya diperkukuhkan dengan kekuatan dan keupayaan untuk mempertahankannya seperti mana yang dipraktikkan selama ini.

Kita perlu sedar bahawa pengukuhan Islam dan kedudukan umat Melayu di Malaysia bukan sahaja dijamin oleh perlembagaan negara tetapi juga kerana kekuatan serta keupayaan kerajaan dan parti pemerintah selain kesedaran umat Islam yang menyelia dan mengawalnya agar sentiasa berada dikedudukan tertinggi yang tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa.

DAP pastinya masih mengingati bagaimana usaha dan sokongan mereka terhadap tindakan pihak kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah ditentang dengan begitu hebat sekali oleh umat Islam di Malaysia termasuklah Allahyarham Datuk Dr. Haron Din sendiri yang ketika itu bersama-sama dengan parti PAS dalam Pakatan Rakyat. 

Malah DAP juga tahu dan sedar bagaimana tindakan Allahyarham Datuk Dr. Haron Din yang pernah bersuara lantang dalam soal perpaduan khususnya melibatkan umat Melayu dan Islam.

Baca artikel sebelum ini ,



Maka kerana itulah penghinaan terhadap Allahyarham Datuk Dr. Haron Din berlaku dan percayalah ianya bukan berpunca daripada terlebihnya ilmu penggunaan bahasa Jeff Oii tetapi kerana dendam politik yang begitu membara dalam jiwa pemimpin-pemimpin DAPigs terhadap orang Melayu dan Islam khususnya.

Dalam masa yang sama MMI ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis kerana sudah pun bertindak apabila Ahli Parlimen Bukit Jelutong, Jeff Ooi diminta menyerah diri kepada polis untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya yang disifatkan menyinggung perasaan orang Islam susulan komennya berhubung kematian Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.Baca seterusnya di SINI 

Apa yang boleh MMI katakan adalah , kita perlu sedar dan memahami situasi politik hari ini kerana apa yang disajikan kepada kita belum tentu selazat rupanya.

Percayalah kita pasti akan terus berdepan dengan situasi yang hampir yang sama atau jauh lebih dasyat dari ini , hanya dengan akal fikiran dan ketakwaan kepada Allah SWT sahajalah yang mampu membezakan kita dengan mereka yang hampir gagal untuk berdiri atas nama Melayu dan Islam.

MMI

Sunday 18 September 2016

Perkembangan Insiden #MH370


Banyak pihak pastinya ternanti-nanti perkembangan selanjutnya berkaitan insiden kehilangan pesawat MH370 yang telah menggemparkan seluruh dunia kira-kira 2 tahun yang lalu.

Tragedi penuh tragik ini bukan sahaja telah memberikan kesempatan kepada hampir seluruh warga Malaysia untuk sama-sama satu hati tetapi telah memberikan kita ruang untuk memikirkan betapa perpaduan dan keakraban dalam sebuah masyarakat itu cukup penting dan amat bernilai.

Tanpa memikirkan siapa mereka , bangsa dan agama semua yang punya hati dan perasaan pastinya akan terkesan.

MMI sejak pesawat MH370 dilaporkan hilang dan setelah gerakan besar-besaran dilakukan hasil daripada kerjasama negara-negara besar dunia tidak pernah berhenti mengharap agar segala usaha yang dilakukan selama ini memberikan kita jawapan di mana dan apakah sebenarnya yang berlaku.

Perkembangan terkini mengesahkan sejumlah 22 keping cebisan telah ditemui di sekitar pantai Afrika Selatan , Mozambique, Mauritius dan Tanzania yang berkaitan dengan pesawat MH370.

Dari jumlah itu 2 telah dikenalpasti dan sah milik pesawat malang itu , dan lagi 4 hampir sah untuk diumumkan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pengesahan cebisan itu “flaperon” yang ditemui di Pulau Reunion pada bulan July tahun lalu dan “Flap” outboard yang di temui di Pulau Pemba di persisiran pantai Tanzania pada bulan Jun tahun ini , ada lah sangat penting untuk mengenal pasti bagaimana insiden malang itu boleh berlaku.


Pengesahan kedua penemuan itu tersangat penting kerana ia boleh mementukan tindakan selanjut nya untuk diambil oleh pihak kita selain mengkaji keadaan cebisan itu untuk menentukan apa sebenar nya telah terjadi kepada pesawat MH370 itu., kata Tiong Lai.

Liow juga turut berkata 4 lagi cebisan hampir pasti milik pesawat MH370 , namun selebihnya amat sukar untuk dikenal pasti kerana ketiadaan no serial dan juga maklumat pada cebisan itu.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia pula berkata berdasarkan paten drift yang dilihat ia telah menunjukkan selama ini pencarian adalah dikawasan yang betul.

“Itu sebabnya cebisan telah terjumpa di kawasan itu” kata wakil biro Australia itu.

Sambil itu beliau berkata lebih kurang 10,000 kaki persegi lagi kawasan yang belum di terokai dalam pencarian akan dijangka sempurna pada hujung tahun ini.

Sehingga hari ini jumlah kawasan pencarian telah merangkumi  120,000 kaki perkilometer.

Sudah hampir 2 tahun pencarian di mulakan dan dengan pertemuan yang sah maka konklusi mungkin boleh di buat sama ada pesawat temui kemalangan atau ia sebenarnya kecuaian manusia atau faktor faktor yang selama ini belum pernah terfikir.

MMI optimis apa jua yang berlaku terhadap pesawat malang MH370 akhirnya akan menemui jawapannya.

Cumanya kita harus bersedia untuk berdepan dengan sebarang keputusan memandangkan banyak faktor-faktor lain yang mungkin menjadi penyebabnya.

MMI

Wednesday 14 September 2016

Muhyiddin Janji Bebaskan Anwar !!


Politik itu pelbagai dan dalam kepelbagaian politik itulah kita sebenarnya dituntut untuk menjadi seorang warganegara yang bijak dalam membuat satu-satu keputusan.Keputusan yang berdasarkan kepada emosi semata-mata pastinya akan mengundang duka di kemudian hari.

Jika melihat kepada situasi pada hari ini ianya samalah seperti mana situasi yang pernah berlaku sebelum ini.Kewujudan parti-parti politik itu bermacam-macam sampaikan ada diantaranya yang pernah menjadi antara terkuat mencabar parti kerajaan namun semuanya tidak mampu menzahirkan kemenangan kerana didalamnya terdapat pelbagai keraguan yang mampu memporak-perandakan negara.

Sedarlah natijah daripada sikap seperti ini akan menyebabkan bukan sahaja nasib negara terumbang-ambing tetapi juga rakyat keseluruhannya.Mereka-mereka yang mengaku pemimpin itu bukanlah dikalangan mereka-mereka seperti kita.Mereka punya kemampuan untuk hidup jauh lebih senang walau apa jua yang berlaku sebaliknya kita sebagai rakyat adalah mangsa yang paling terkesan sekiranya sesuatu berlaku terhadap negara berdaulat Malaysia.

Rasanya tak susah untuk semua pihak memahami apa yang sedang digerakkan oleh sekumpulan bekas pemimpin kerajaan ini kerana mereka dengan jelas telah mengatakan bahawa ianya bukan soal menjatuhkan Najib semata-mata tetapi sudah sampai ke tahap menukar kerajaan.

Jika pada awalnya ia kelihatan menongkah undang-undang , kini mereka mula menyusun strategi agar ianya dilihat menepati undang-undang.

Tindakan mahu mengembeleng seluruh jentera pembangkang untuk berdepan dengan Barisan Nasional dalam PRU14 nanti jelas adalah tindakan tersusun yang sedang dirancang serapi mungkin sehinggakan mereka lupa betapa tindakan mereka sebelum ini menjadi penanda aras kepada kepercayaan rakyat marhain.

MMI tak nak ulas panjang lebar sebab yakin bahawa jutaan rakyat diluar sana lebih bijak untuk membuat penilaian terhadap kerja kotor politik ini.

Jika sebelumnya merekalah antara pemain utama menghukum Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya , kini merekalah juga pemian utama yang mahu membebaskan Anwar Ibrahim atas nama rakyat.

Soalnya apakah hukuman terhadap Anwar itu diarahkan oleh Najib Tun Razak ?

Kenapa tiba-tiba rakyat dijadikan alasan dalam hasrat mahu membebaskan Anwar Ibrahim ?

Bukankah hukuman itu bermula daripada pendedahan terhadap Tun Mahathir sendiri ?

Nah inilah politikus , mereka sebolehnya mahu membuang jauh-jauh prinsip sebelumnya kerana pada hari dan masa ini mereka bukan lagi dikalangan pemimpin yang punya segala kelebihan tetapi hanyalah seorang pemain politik yang sedang mencatur kedudukan politik untuk naik semula.
PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudi bekerjasama dengan parti pembangkang lain untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor The New Straits Times hari ini.
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya akan mendesak pembebasan itu kerana ia merupakan permintaan orang ramai.
Bagaimanapun, permintaan itu hanya boleh ditangani sekiranya PPBM sebahagian daripada kerajaan yang menggantikan BN dan penyokong mengizinkan beliau melakukannya.
“Kita perlukan reformasi sistem pilihan raya yang radikal untuk membebaskan semua rakyat Malaysia. Hanya melalui penukaran kemudi, kita akan dapat tentukan nasib Anwar.
“Kita tak boleh harapkan Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) untuk bebaskan Anwar,” kata Muhyiddin di seminar anjuran PKR, berdasarkan laporan NST.
Muhyiddin menyatakan simpati kepada Anwar yang terpaksa mengharungi lima tahun penjara.
NST bagaimanapun tidak melaporkan sama ada Ahli Parlimen Pagoh ada mengulas sama ada Anwar bersalah atau tidak atas dakwaan seks luar tabii.
“Jika kita boleh setuju membebaskan Anwar matlamat yang penting, kita boleh sepakati perkara ini apabila kita bentuk kerajaan,” katanya, berdasarkan laporan itu lagi.Seterusnya
Hebatkan mereka ? 

Baca artikel berkaitan di SINI 

MMI

Saturday 10 September 2016

Teng Chang Yeow Kenapa Salahkan UMNO ?


Sesuatu yang pasti ada dikalangan mereka-mereka diluar sana sedang berusaha untuk memecah-belahkan perpaduan yang selama ini utuh dalam Barisan Nasional.Bagi MMI ini adalah perkara biasa dalam politik dan kalau kita melihat dalam konteks Pulau Pinang , ianya cukup rapuh dan kerana kerapuhan itulah ramai sedang berusaha untuk mematahkannya.

Mengambil kira suasana sejak 2004 yang lalu , kita akan dapat melihat bagaimana Barisan Nasional pada ketika itu merupakan pasukan paling ampuh dalam mendepani rencah politik tanahair.Di Pulau Pinang , walaupun ada beberapa isu dalaman ianya dapat diselesaikan di meja rundingan.

Kehadiran Barisan Nasional hampir pasti membawa wadah untuk membantu rakyat seterusnya mengangkat bumi Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada negeri yang terbaik khususnya di bahagian utara tanahair.

Hakikatnya Barisan Nasional telah pun berjaya mencapai matlamatnya dan ramai dari kalangan rakyat termasuklah dari luar Pulau Pinang dapat menikmati pulangan dan hasil daripada garapan terbaik yang lahir dari kilang Barisan Nasional.

Namun suasana itu tidak bertahan lama apabila pada 2008 pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negeri sehinggalah sekarang.

Dan sejak dari itulah situasi dan suasana politik di Pulau Pinang mula berubah.Kehadiran Barisan Nasional mula ditolak oleh sebahagian besar kaum cina yang bermula sejak PRU ke-12.Gelombang "Chinese Swing" cukup besar sehingga tumbangnya Barisan Nasional.

Walaupun begitu , Barisan Nasional terus komited untuk bekerja keras mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti tersebut.UMNO menjadi antara parti paling teras dalam mendepani musibah politik ini apabila tidak pernah berhenti untuk berusaha dan bekerja bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Barisan Nasional.

Bagaimana dengan komponen-komponen yang lain ?

Ramai yang melihat parti-parti komponen mula hilang rentak dan kesungguhan mereka untuk terus bekerja dan memantapkan jentera semakin lemah.Malahan ada ketikanya Parti Cinta Malaysia (PCM) lebih kehadapan dalam menangani isu dan membongkar salah laku kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Realitinya walaupun suasana sedemikian menjadi ancaman kepada matlamat Barisan Nasional untuk merampas Pulau Pinang , masih ada lagi sebahagian mereka-mereka dalam parti-parti komponen yang kekal dan terus komited melaksanakan tugas-tugas mereka termasuklah UMNO.

Disinilah sepatutnya mereka-mereka yang dipilih untuk mengepalai pasukan masing-masing tampil dengan perancangan dan pelan tindakan agar tiap usaha yang dilakukan itu dapat memberikan pulangan yang terbaik kepada Barisan Nasional.

Teng Chang Yow selaku Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang seharusnya mengambil sikap mahu belajar dan melihat bagaimana Datuk Seri Zainal Abidin Osman selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang terus-terusan berusaha untuk memperkuatkan UMNO tatkala parti orang Melayu itu menjadi sasaran serangan politik pihak-pihak tertentu dan pembangkang.

Malahan Teng perlu melihat bagaimana pemimpin UMNO Pulau Pinang ini sentiasa berpegang kepada prinsip sepasukan dan tidak pernah bertindak untuk memanipulasi suasana tatkala parti-parti komponen Barisan Nasional dilihat lemah.

Buktinya dalam isu mengambil alih jawatan sebagai pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman menafikan dakwaan mengatakan parti itu mahu mengambil alih jawatan pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri yang kini disandang Teng Chang Yeow dari parti GERAKAN.
Zainal Abidin menjelaskan pihaknya tidak pernah mencadangkan atau melobi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil alih jawatan itu.
“Tidak pernah timbul dalam sebarang perbincangan di peringkat Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang sebarang cadangan untuk mengambil alih jawatan pengerusi BN negeri yang kini disandang oleh saudara Teng Chang Yeow dari Gerakan,” katanya.
Inilah ramuan dan resipi yang selama ini diamalkan oleh UMNO dalam apa jua keadaan.Dan seharusnya Teng Chang Yeow bangkit menerima teguran dan bingkas melaksanakan tindakan-tindakan yang wajar bersama-sama dengan semua parti-parti komponen dalam Barisan Nasional bukannya mengeluarkan kenyataan membidas teguran pemimpin lain yang mahu melihat Pulau Pinang kembali kepada Barisan Nasional.

Kenapa salahkan UMNO ?

Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang , Teng Chang Yeow hari ini dalam kenyataannya berkata bahawa kekalahan BN di Pulau Pinang adalah berpunca daripada UMNO.

Sejak menerajui Barisan Nasional , inilah kali pertama Teng mengeluarkan kenyataan sebegini tanpa memikirkan kesan secara langsung terhadap keutuhan dan perpaduan sesama parti komponen dalam Barisan Nasional.

Jika diamati sejal 2008 yang lalu , Barisan Nasional Pulau Pinang sentiasa bekerjasama dalam apa jua gerak kerja khususnya dalam mendepani PRU dan PRK.Malahan seluruh jentera parti tanpa memikirkan perbezaan parti berdiri bersama dan bergerak seiring atas nama Barisan Nasional.

Persoalannya kenapa Teng secara tiba-tiba mengeluarkan kenyataan sedemikian ? 
Baca SINI 

Sebelum itu Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi dalam ucapannya di Balik Pulau telah menyeru agar jentera pilihanraya Barisan Nasional diperkukuhkan dan mengatur strategi yang lebih berkesan untuk menawan semula Pulau Pinang.

Dalam ucapannya itu Zahid menegaskan parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu mencontohi semangat kerja dan kekuatan jentera UMNO Pulau Pinang bagi memastikan langkah menawan semula negeri itu dapat direalisasikan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jentera parti komponen BN belum mencapai tahap dan prestasi seperti dipamerkan jentera UMNO di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya jentera parti komponen BN termasuk GERAKAN, MCA dan MIC perlu berlapang dada menerima bantuan daripada UMNO, selain mengetepikan rasa malu, kecil hati dan sombong.

“BN Pulau Pinang belum bangkit walaupun kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dan PRU-13 kerana jentera BN cuma mengharapkan UMNO.

“Justeru, rakan BN perlu buka pintu, tidak sombong atau angkuh menerima bantuan daripada UMNO bagi memastikan hasrat merampas semula Pulau Pinang dapat direalisasikan,” katanya merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Balik Pulau siang tadi.

Sebagai Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang , Teng seharusnya tidak cepat melatah memandangkan apa yang diungkapkan oleh Zahid adalah satu teguran membina yang sewajarnya menjadi pedoman buat pemimpin itu memantapkan lagi jentera Barisan Nasional di Pulau Pinang.

Semua pihak mahu melihat Barisan Nasional kembali merampas Pulau Pinang seterusnya menubuhkan kerajaan negeri.Malahan jika itu berlaku sudah semestinya apa yang selama ini menjadi amalan Barisan Nasional akan terus dipertahankan termasuklah tentang kedudukan Ketua Menteri.

UMNO pastinya akan terus menjadi parti dan jentera yang kekal patuh kepada kerjasama dalam Barisan Nasional.Walaupun UMNO mempunyai kekuatan jentera seperti mana yang diperakui oleh Teng Chang Yow sendiri , ianya tidak akan sesekali digunakan untuk memusnahkan kerjasama dan hubungan sesama parti komponen dalam Barisan Nasional.

Jika Teng Chang Yow faham apa yang diungkapkan oleh Zahid itu adalah satu teguran membina bagi memantapkan lagi jentera Barisan Nasional di Pulau Pinang pastinya kenyataan terburu-buru seperti itu tidak akan dikeluarkan.

Sebagai pemimpin Barisan Nasional di Pulau Pinang , Teng Chang Yow perlu bijak mengawal emosinya dan meminta maaf atas tindakannya yang keterlaluan. 
kredit empayar pemuda 

MMI

Thursday 8 September 2016

Kucing Kurap Belaan Guan Eng Perlu Di Buang Jauh-Jauh !


Berikut adalah cerita terkini tentang putar belit kerajaan DAP di Pulau Pinang pimpinan Guan Eng yang kini sedang berdepan pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah.

Rumah kos sederhana rendah yang harga RM72500 pun dia pusing cerita cakap kerajaan negeri bayar RM140 ribu kononnya membantu Bumiputra memiliki rumah . 

Kalau rumah harga siling ditetapkan RM72500 , mengapa kerajaan DAP bayar sehingga RM140 ribu ? Baca selanjutnya di SINI 

Kalau tak menipu bukan DAPlah dan dalam konteks ini ke mana perginya slogan CAT yang selama ini dilaung-laungkan ?

Pastinya para pimpinan DAP di Pulau Pinang hari ini sedar bahawa slogan CAT yang diperkenalkan oleh Guan Eng sebelum ini sudah menjadi peluru yang boleh mengakibatkan si empunya tubuh badan jatuh rebah menyembah bumi.

Kalau selama ini itulah laungannya , kini suasana senyap sepi !

Jika sebelumnya kucing kurap itulah yang dibelai untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional , segala-galanya sudah berubah dan DAP terpaksa bertahan kerana penipuan terancang mereka sedang didedahkankan satu persatu.

Ketahuilah kucing kurap peliharaan Guan Eng itu sebenarnya membawa virus yang cukup hebat sehingga mampu menjadi penyebab kepada tidurnya Guan Eng di rumah besi berpintu satu.

Siapa sangka Guan Eng yang cukup gah dan begitu disanjung tinggi oleh para pencacainya sehingga terangkat martabatnya setinggi khalifah juga adalah daripada spesis manusia korup yang gilakan kuasa dan tamakkan kuasa !

Natijahnya Guan Eng kini sedang berdepan dengan kes melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Kemudiannya negara digemparkan lagi dengan isu melibatkan Adun DAP dari Sungai Pinang yang kini sedang meratap untung nasibnya akibat daripada pendedahan si bapa yang dituduh mengamalkan rasuah bagi mendapatkan milikan rumah di bawah kerajaan negeri DAP di Pulau Pinang.

Belum pun reda isu tersebut , berlaku pula gegaran berskala ritcher 5.5 yang menggegarkan warga Islam Pulau Pinang akibat daripada tulisan yang dipetik daripada hadis orang Islam yang ditulis di bahagian punggung patung beruang yang dipamerkan di Padang Kota Lama.

Jelas sekali ianya memperlihatkan kelalaian dan sikap tidak serius para pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang dalam menganjurkan satu-satu program khususnya perkara-perkara melibatkan agama dan kaum.

Tidak cukup dengan gegaran , Pulau Pinang dilanda pula banjir kilat hampir saban bulan yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan menyusahkan orang ramai akibat daripada peningkatan paras air secara mendadak.

Apa tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Guan Eng bagi mengatasi semua masalah tersebut ?

JAWAPANYA mereka masih terus membelai si kucing kurap kesayangan anak Kit Siang ini sehingga virus-virusnya terus tersebar !

Akibatnya kita dapat melihat bagaimana dasar pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang sudah sampai ke tahap menjual pemilikan harta dan tanah kepada pihak luar.Dan kesan daripada dasar ini maka Pulau Pinang berpotensi besar akan kehilangan tapak yang diiktiraf sebagai warisan dunia !

Menurut laporan sebuah firma hartanah dari Singapura telah membeli sebahagian besar bangunan warisan di George Town, Pulau Pinang iaitu di Lorong Bertam dan Lebuh Noordin yang terletak di tapak Warisan Dunia George Town.

Seramai 26 penduduk telah diberikan notis pengusiran sejak 24 Ogos lalu, dan diarahkan supaya mengosongkan premis mereka sebelum 30 September ini.

Tindakan ini seterusnya telah merisaukan aktivis warisan dan penduduk tempatan.

Jurucakap Warisan George Town, Mark Lay berkata tanpa mengira penduduk asing atau tempatan, firma itu memaksa banyak keluarga untuk berpindah.

Bercakap pada sidang akhbar di kedai kopi Wang, Lay berkata, sebuah syarikat Singapura World Class Land telah membeli 20 buah rumah kedai di Jalan Bertam.

Menurutnya, syarikat yang sama juga membeli enam buah rumah kedai dengan perdagangan komersial di sepanjang Jalan Penang.

“26 unit ini telah dibeli oleh World Class Land di bawah dua syarikat.

“Model dan strategi firma itu adalah untuk membeli, mengusir penyewa, mengubahsuai, membina dan secara drastik meningkatkan kadar sewa di luar kemampuan kebanyakan rakyat tempatan Pulau Pinang,” kata Lay.

Inilah sikap pimpinan DAP di Pulau Pinang , mereka langsung tidak menghiraukan nasib rakyat apatah lagi mahu memeliharan tanah tumpah milik seluruh warganya dengan baik.

Kaum Melayu dan Islam dah lama merasai kesan kesongsangan pentadbiran DAP sejak 2008 lagi namun pada saat dan ketika itu kaum-kaum lain di Pulau Pinang masih lagi tersenyum sumbing kononnya kerajaan negeri yang baru itu jauh lebih baik dan hebat dari kerajaan Barisan Nasional sebelumnya.

Nahhh kini apa jadi ? Meraung dan cemas sahaja tidak akan mampu menjadi penyelamat kepada apa yang sedang berlaku.Belajarlah menerima hakikat bahawa inilah untung nasib kamu kerana kamulah yang membuat keputusan memilih DAP sebagai pemerintah.

Sebagai rakyat yang mengikuti perkembangan Pulau Pinang dalam konteks politik , ekonomi , sosial dan lain-lain rasanya dah sampai masa dan ketika untuk kita buang jauh-jauh si KUCING KURAP penyebar virus yang telah banyak mengundang musibah kepada Pulau Pinang.

Percayalah KUCING KURAP itulah puncanya !

MMI

Monday 5 September 2016

Tun M Bukan Nak Berdamai Dengan Anwar !


Kecoh seketika apabila Tun Mahathir bertemu Anwar Ibrahim petang tadi !

Kedua-dua ahli politik ini tiba-tiba kelihatan begtu akrab sekali dan pertemuan tersebut telah menjadi berita paling panas sejak ianya disiarkan.

Apakah kehadiran Tun Mahathir itu menandakan pertelingkahan sesama mereka selama ini sudah selesai ?

Atau Tun Mahathir hadir untuk mencari damai dengan Anwar Ibrahim yang beliau sendiri nyahkan daripada kabinet akibat daripada seks songsang dan salah guna kuasa ?

Tun Mahathir dalam kenyataannya berkata  “I’m not making peace with him (Saya bukan mahu berdamai dengan beliau).”

Oooo habis tu ???

Dr. Mahathir memberitahu, kehadirannya ke mahkamah hari ini semata-mata untuk mengikuti kes saman Anwar yang memohon pengisytiharan bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang berkuat kuasa semalam sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.

“Saya berminat dengan kes ini kerana membabitkan keselamatan negara. Perkara ini ada ditulis dalam blog saya,” katanya.

Ketika ditanya sama ada pertemuan kira-kira 20 minit di bilik saksi mahkamah turut membabitkan ‘kisah-kisah lama’, Dr. Mahathir hanya menjawab: “Tiada.”

Itu merupakan pertemuan empat mata kedua-dua individu terbabit selepas 18 tahun pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ketika ditanya sama ada beliau menyokong Anwar sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya pembangkang mentadbir negara, Dr. Mahathir menjawab: “Itu terlalu awal.”

Well secara terang-terangannya tidak ada apa yang berlaku just a visit sebab Tun Mahathir begitu berminat dengan kes melibatkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015.

Fuhh betul ka ?? Hahahaha agak-agaklah .... Cuba baca peranggan akhir kenyataan Tun Mahathir tu !

Hehe nanti MMI sambung tau !

MMI

Siew Khim Dah Tahu Sejak 2015 , Kenapa Tak Lapor ?


Kalau dah kaki penipu tu akan menipu juga !!!!!!!!!!!

Pendedahan tentang keterlibatan bapa kepada Lim Siew Khim , Adun DAP dari Sungai Pinang dalam urusan melibatkan "duit kopi" bagi mendapatkan unit rumah perumahan di bawah kerajaan DAP di Pulau Pinang sudah pun diketahui umum.

Malah Adun DAP itu dengan serta merta sudah pun membuat beberapa kenyataan media menafikan keterlibatannya dalam urusan berbau rasuah terbabit.Dan lebih hebat lagi beliau dalam kenyataannya sebelum ini turut mencadangkan kepada pihak yang terlibat supaya membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan.Baca artikel sebelum ini di SINI  

Ekoran daripada itu pihak SPRM sudah pun bertindak dan menahan Lim Keat Seong bagi mendapatkan keterangan seterusnya melakukan siasatan lanjut.

TERKINI , satu lagi video telah didedahkan yang menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Lim Siew Khim sememangnya tahu bapanya, Lim Keat Seong terlibat dalam komplot itu seawal Jun 2015.

Rakaman perbualan menerusi Whatsapp antara mangsa Keat Seong dan orang tengah itu memberikan gambaran bahawa Siew Khim telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Saya beri tempoh sehari untuk dia membalas dan mencari jalan bagaimana bapanya dapat memulangkan wang,” kata orang tengah itu kepada mangsa terlibat.

Menerusi satu lagi perbualan, ditunjukkan bagaimana abang tiri Siew Khim iaitu Ong Hock Hin memaklumkan adik tiri perempuannya itu telah meminta supaya diatur pertemuan dengan semua pihak terlibat.

Lihat video di bawah ...


Sementara itu memetik laporan daripada The Star Online , Lim Siew Khim dalam satu sidang media di Georgetown mengakui bahawa beliau sebenarnya mengetahui dan sudah berjumpa dengan bapanya berkenaan isu yang ditimbulkan setahun yang lalu bagi mendapatkan pengesahan.

Walau bagaimanapun bapanya menafikan keterlibatannya dan perkara tersebut tidak ditimbulkan lagi.

GEORGE TOWN: Sungai Pinang assemblyman Lim Siew Khim (pic) admits that she confronted her father a year ago after hearing rumours about a “cash for housing units” scam.

“My father denied he was involved and the matter did not surface again,” she said at a press conference here, Saturday. continue The Star Online 

Banyak persoalan yang sebenarnya mula berbangkit tetapi cukuplah untuk kita bertanya tentang kenapa Adun DAP dari Sungai Pinang ini tidak terus membuat laporan terhadap SPRM dan polis ?

Bukankah beliau adalah sebahagian daripada puak-puak DAP yang mengaku mengamalkan dasar Cekap , Akauntibiliti dan Telus ?

Kenapa Lim Siew Khim memilih untuk berdiam diri sejak daripada 2015 ? Tahukah beliau kesalahan bagi melindungi pelaku rasuah dan pengamal rasuah ?

Atau beliau sedang berusaha untuk menyelamatkan bapanya ?

Lebih menarik siapa agaknya orang dalam kerajaan negeri yang terlibat tu ?

Sama-sama kita tunggu dan pihak SPRM dikatakan akan melakukan siasatan terhadap pendedahan video terbaru ini.

Keep it going SPRM !

MMI

Sunday 4 September 2016

Benarkah EKONOMI Malaysia KRITIKAL ?

Gambar Hiasan

Berikut adalah sebahagian daripada maklumat yang sedang bergerak diseluruh rangkaian aplikasi media sosial termasuklah Whatsapp menceritakan betapa kedudukan ekonomi Malaysia berada dalam situasi yang cukup kritikal.

MMI kongsikan dengan semua ...



Apakah yang anda sedar tentang penyebaran maklumat ini ?

Sebelum lebih ramai yang percaya JOM kita tinjau apa yang salahnya tentang maklumat ini !

Pertamanya si penyebar bijak menggunakan link artikel daripada TheRakyatPost bagi membangkitkan rasa percaya kononnya apa yang dicatatkan bersama-sama dengan link tersebut adalah benar.

Sebenarnya link TheRakyatPost dengan gambar ikon Maybank itu menceritakan tentang penutupan cawangan-cawangan Maybank di seluruh negara dan sebab kenapa tindakan sedemikian diambil.Baca di http://www.therakyatpost.com/business/2016/08/25/maybank-closing-branches-with-low-demand/

Tidak ada kena mengena langsung dengan maklumat tambahan yang disebarkan oleh penyebar,

Hakikatnya banyak fakta yang menyeleweng dan pencerahan daripada Menteri Kewangan ke-2 menjawab segala pertuduhan berniat jahat tersebut.

Jawapan Dato Johari Ghani, MK2 terhadap fitnah terkini berhubung ekonomi Malaysia

Fakta ekonomi negara pada 31 Julai 2016:

1. Rizab Bank Negara adalah kira-kira RM400 bilion.

2. Pertumbuhan KDNK kita antara yang terbaik di Asean. Walaupun ekonomi global lambat meningkat, ekonomi kita masih meningkat sebanyak 4.1% pada separuh pertama tahun ini. Singapura hanya meningkat sebanyak 2%.

3. Hutang kita kepada KDNK hanya 54.5% berbanding dengan Singapura, iaitu 89% daripada KDNK.

4. Lebihan akaun kita untuk tahun 2015 adalah kira-kira RM95 bilion dan RM45 bilion untuk 6 bulan pertama tahun 2016.

5. Kedudukan negara kita mengikut Fitch, Moody dan Standard & Poor kekal sebagai A- berbanding dengan semua negara Asean kecuali Singapura, kita adalah jauh lebih baik.

6. Pasaran Modal kita sangat kuat dengan nilai RM2.8 trilion. Pasaran ekuiti bernilai RM 1.7 trilion dan Sukuk/Bon bernilai RM1.1 trilion. Sistem kewangan kita sangat berdaya tahan. Sektor perbankan juga dipermodalkan dengan baik.

7. Ekonomi kita terdiri daripada pelbagai sektor. Sektor perkhidmatan adalah 54% daripada KDNK kita, diikuti dengan 23% pembuatan, 9% perlombongan, 8% pertanian dan 4% pembinaan.

Salam.

Dato' Johari Ghani
Menteri Kewangan 2

Malahan situasi penutupan cawangan-cawangan bank ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi turut melibatkan negara-negara lain di dunia.

Baca kenyataan di bawah ..

Di Malaysia, CIMB membuat keputusan untuk menutup 23 cawangannya di Malaysia.

Bank of America di Amerika pula telah menutup sehingga 23% dari keseluruhan 6,100 cawangannya di seluruh Amerika, sejak 2009 lagi, menjadikan bilangan cawangan mereka kini berjumlah hanya 4689 sahaja hari ini.

Di United Kingdom pula, 600 bank telah ditutup sejak setahun lalu sebenarnya.

Sebenarnya ini adalah kesan ‘Letusan Digital’. Penutupan bank semata-mata tidak menggambarkan krisis ekonomi bagi sesebuah negara. Ia jauh sekali menyimpulkan bahawa sesebuah negara, Malaysia dalam kes ini hampir bangkrap dan mengalami kejatuhan ekonomi.

CIMB misalnya mencatatkan keuntungan saban tahun, petanda transaksi dan urusniaga perbankan rancak dan bisnes mereka bertambah baik.

Tetapi tidak dinafikan, dalam ‘Letusan Digital’ banyak kerjaya akan menjadi pupus dan jawatan tersebut tidak lagi diperlukan.

Urusan di kaunter bank, berdepan dengan Kerani Bank misalnya, sudah digantikan dengan perbankan internet. Duit tunai pula, digantikan dengan urusniaga menggunakan kad debit dan kredit.

Kurang pekerja, maka kos operasi cawangan fizikal meningkat, menjadikan mereka tidak lagi praktikal untuk wujud sebagai ‘brick and mortar’ seperti yang kita tahu.

Malah, ‘Letusan Digital’ bukan setakat memberi kesan kepada urusan dan kewujudan bank secara fizikal semata.

Uber dan Grabcar misalnya adalah ‘Letusan Digital’ yang mengesankan pemandu teksi, dan pendapatan mereka.

Begitu juga AirBnB, mengisi ruang kosong penyediaan perkhidmatan hospitaliti dan perhotelan. Syarikat hotel terbesar dunia ini tidak perlukan sebarang bangunan hotelpun untuk beroperasi. Trivago pula misalnya memudahkan pencarian hotel yang kita mahu dan mampu. Hotel dengan rating teruk dan harga tidak kompetitif, tidak akan bertahan lama.

Berapa ramai pula antara kita telah semakin bergantung kepada perniagaan melalui internet. Perniagaan tudung, sambal hitam, biskut dan kek raya, pakaian, mainan anak-anak, semua di internet sahaja. Ia serba sedikit mengambil peranan premis-premis perniagaan dan kedai-kedai. Surirumah kini lebih arif serba serbi tentang berniaga.

Khidmat mengambil gambar tak perlu lagi studio dan kedai gambar seperti dahulu. Tiada lagi keperluan untuk cucian gambar-gambar amatur. Tangkap dan cetak sendiri di rumah.

Penggunaan emel, socmed pula sedikit sebanyak mengambil alih tugas dan fungsi pejabat pos dan tenaga kerja berkaitannya. Tiada lagi Q panjang di Pejabat Pos, dan petugas kaunter pos pun lebih manis dan ayu senyumannya, kerana kurang tekanan kerja.

Bahkan, penerbitan akhbar pun, jika tidak mengikut arus ‘Letusan Digital’, banyak penerbitan pasti gulung tikar.

Hey, siapa tahu, jangankan pekerjaan di bank, pekerjaan kau dan aku pun mungkin boleh pupus kerana ‘Letusan Digital’, tau.

-KAM-

Pastinya pihak yang menyebarkannya jelas punya keinginan tersendiri yang MMI rasakan mahu membangkitkan rasa percaya rakyat Malaysia kononnya apa yang disebarkan itu adalah benar.

Dan semampunya si penyebar maklumat sebegini mahu melihat suasana panik seterusnya rakyat akan bangkit menolak kerajaan hari ini.

Well agak-agaklah nak orang percaya pun ....

MMI

Saturday 3 September 2016

Mansuh 10% Diskaun Bumiputera , Bukti Penguasaan DAP Dalam Pakaran Haprak !


Walaupun berdepan dengan pelbagai masalah melibatkan integriti pemimpinnya , DAP masih lagi mampu tersenyum kerana dasar yang selama ini menjadi pegangan mereka akhirnya diterima pakai dan sudah pun dilaksanakan oleh suku sakat DAP dalam Pakatan Haprak.

Jika DAP sudah lama menerapkan dasar "Malaysian-Malaysia" nya di Pulau Pinang , kini tindakan sama turut dilakukan oleh PKR di Selangor.Tatkala seluruh warga Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-59 , sebahagian besar hak bumiputera sudah pun ditarik balik !

Kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh PKR telah memansuhkan diskaun 10 peratus kepada Bumiputera untuk membeli pangsapuri berservis, soho (rumah pejabat kecil) dan SoVo (rumah pejabat versatil) dan dikatakan akan mula berkuatkuasa pada September 2016.

Walaupun tindakan ini mendapat pebagai reaksi negatif daripada akar umbi , Exco kerajaan negeri Selangor masih lagi cuba untuk menutup gerakan halus bersifat menghakis ini.

Datuk Teng Chang Khim , berkata kerajaan negeri sebenarnya menurunkan dan menyeragamkan harga jualan hartanah. Beliau berkata , kerajaan negeri menerima cadangan menurunkan harga hartanah mampu milik sebanyak 10 peratus bagi memanfaatkan pembeli dari kategori lebih rendah dan sederhana. 

”Kami menawarkan ciri-ciri ini untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana dan tidak ada sebab bumiputera diberi diskaun dan tidak kepada bukan bumiputera kerana mereka sama-sama miskin. Oleh itu, kita kurangkan harganya dan menjadikannya harga standard untuk semua,” katanya.

Wahh hebat sekali dan secara tidak langsung apa yang sedang berlaku di bumi Selangor ini adalah tuntutan hak sama rata tanpa sebarang keistimewaan terhadap hak kaum bumiputera ! 

Dasar DAP digunapakai dan Menteri Besar , Azmin Ali yang juga kaum bumiputera langsung tidak peka dengan keadaan tersebut.Malahan bertindak menyokong penuh keputusan tersebut dengan berselindung disebalik ruang kemiskinan itu tidak berasaskan kepada warna kulit.

Menurut Azmin , penyelarasan semula harga itu dibuat bagi membolehkan rakyat yang tergolong dalam kategori berkenaan mempunyai keupayaan memiliki hartanah sendiri.

“Untuk perumahan mampu milik ini sama ada pangsapuri perkhidmatan, SOHO atau SOVO atau kemudahan lain atas nama mampu milik dan kos rendah, kerajaan ne­geri tidak mengenakan syarat mengikut kaum.

“Kalau bicara soal kemiskinan, ia meren­tasi kaum dan agama manakala prinsip kerajaan negeri ialah membantu golongan berkenaan.

Apa yang perlu dipersoalkan adalah sepanjang tempoh diskaun sekalipun sejauh mana kaum bumputera mampu memiliki hartanah sendiri ?

Dan jika melihat kepada hal melibatkan kemiskinan , berapakah jurang perbezaan sekiranya kita merujuk kepada 3 bangsa terbesar di Malaysia ?

Apakah mereka-mereka yang paling ramai dikategorikan sebagai miskin itu adalah kaum cina ?

Usahlah berbelit-belit hakikatnya mudah , PKR tidak lagi mampu untuk menahan tekanan demi tekanan daripada DAP untuk terus menjadi pencacai politik mereka !

Azmin antara pemimpin yang sebelum ini bermasalah dengan DAP , malahan isu politik di Selangor sehingga ada desas-desus beliau bakal kehilangan kerusi empuk sebagai Menteri Besar juga sebenarnya perlu dinilai.

Apakah Azmin sedang mengangguk kepada DAP semata-mata untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor ?

Jika telahan ini benar maka jelas Azmin sudah menggadaikan maruah Melayunya dan menjilat dasar "Malaysian-Malaysia" semata-mata untuk kepentingan politik peribadi.

Apa lagi istimewanya orang Melayu di Selangor di bawah Pakatan Haprak ? 

Friday 2 September 2016

Misteri Di Sebalik Tindakan SPRM Terhadap Bapa Adun Sg. Pinang !!


Ekoran daripada pendedahan video melibatkan bapa kepada Adun Sungai Pinang yang dilaporkan terlibat dalam urusan beransur rasuah , pihak SPRM hari ini dilaporan telah bertindak dengan menahan individu terbabit untuk mendapatkan keterangan.


Sebelum itu menurut satu laporan yang disiarkan oleh FMT , Naib Presiden 1 Gerakan Pulau Pinang I Oh Tong Keong berkata video itu, yang didedahkan di laman web Facebook Penang Kini – menunjukkan seorang lelaki dipercayai individu bernama Lim Keat Seong, bapa Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim sedang “berkelahi” berhubung bayaran “rasuah” itu.

Tong Keong berkata berdasarkan analisis terhadap video itu, Keat Seong didakwa mengutip bayaran untuk unit perumahan itu, tetapi gagal menunaikan janjinya.

“Mereka (pelanggan Keat Seong) diminta membayar RM260 untuk borang dan kemudian “Agent Lim” atau “Uncle Lim” akan mengesahkan mereka akan dapat unit mampu milik itu.

“Namun, berdasarkan video itu, nampaknya pelanggan Uncle Lim meminta semua wang mereka dikembalikan, kerana janji mendapat rumah mampu milik itu tidak ditepati,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Gerakan baru-baru ini. sumber

Sementara itu Adun DAP Sungai Pinang , Lim Siew Khim dalam satu sidang medianya berkata  “Bapa saya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Begitu juga dengan saya.” 

Sebaliknya menasihatkan mangsa supaya membuat laporan polis !

“Saya menasihatkan mangsa supaya membuat laporan polis jika ada sebarang percubaan untuk memperolehi wang bagi membantu mereka mendapat perumahan kerajaan, dan saya menggesa polis agar menyiasat perkara ini."

MISTERI !!

Walaupun Lim Siew Khim mahu pihak yang terlibat membuat laporan polis , parti cauvinis DAP memutuskan untuk tidak menjalankan siasatan dalaman terhadap Adun Sungai Pinang tersebut.Alasannya perkara ini tidak melibatkan Siew Khim !

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata , tiada keperluan untuk membuka siasatan terhadapnya dan DAP tidak akan membuat sebarang siasatan dalaman yang tidak melibatkan ahli parti.

"Perkara ini menjadi isu (kerana) kebetulan orang yang terlibat ini merupakan ayah kepada seorang ADUN namun saya diberitahu ayah Siew Khim bukan seorang ahli DAP,"

Baik punya "defend" kan ? Hanya kerana beliau bukan ahli DAP ????

Soalnya sejauh mana Pengerusi DAP P.Pinang itu benar-benar yakin bahawa Siew Khim sememangnya tidak terlibat ?

Dan adakah pimpinan-pimpinan DAP ini terlalu dungu dan bodoh memandangkan langsung tidak timbul syak bahawa ada sesuatu yang sedang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri memandangkan urusan pembelian unit-unit perumahan adalah dibawah kerajaan negeri ?

Jika Siew Khim tidak terlibat , siapakah yang terlibat ?

Apakah DAP langsung tidak mahu tahu menahu dengan siapa agaknya si bapa Adun Sungai Pinang ini berurusan ?

Hello ????????

Misterikan ???

Selalunya bila ada unsur-unsur misteri ni pasti akan ada sesuatu yang tersembunyi !!!!

Syabas kepada SPRM kerana bertindak , semoga mereka yang terlibat dapat dihadapkan ke muka pengadilan !!!

MMI

Labels