Followers

Monday 17 September 2018

Kenapa Rakyat Perlu Sokong Mahasiswa Tolak Maszlee !


Rasanya ramai yang kenal dengan Maszlee ni seorang menteri dalam kabinet Mahathir yang sejak dari mula perlantikan lagi dah buat hal.

MMI tak pernah lupa tentang isu BR1M dan orang Melayu yang diperkatakan oleh beliau dengan seorang mamat yang disebarkan .....



Apa jua maklum balas dari Maszlee atau mana-mana pihak yang memihak kepada beliau sekalipun, MMI anggap ianya sebagai sampah kerana apa yang ditonjolkan itu dalam keadaan bersahaja sambil ketawa. 

Gerak laku itu sebenarnya memberikan gambaran secara tidak langsung bahawa kedua-dua mereka sedang menyindir orang-orang Melayu seolah-olah Melayu yang menerima BR1M itu terlalu BODOH  dan KOLOT.

Memang MMI tak nafikan ada di kalangan penerima BR1M itu mungkin datangnya dari kumpulan yang serba kekurangan. Namun janganlah kerana kekurangan itu Maszlee boleh bertindak sedemikian.

Mamat kurang ajar dia ni !!!!!

Dan kerana kurang ajar inilah akhirnya beliau sekali lagi terpalit dalam satu insiden yang amat memalukan sebagai seorang menteri yang kononnya berjiwa rakyat !!! 

Maszlee lantik diri sendiri sebagai Presiden Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM).

Lantik diri sendiri bro !!! Itu ok lagi ... Nahhhh bila dah lantik mahasiswa dan mahasiswi bangkit menolak perlantikan tersebut dan mendesak Maszlee segera meletakkan jawatannnya !!!!

Ambik hang MALU BRO ... Mana nak letak muka ????

Tapi dia ni jenis muka tebal sanggup berlakon maintain walaupun muka merah menyala .. telinga sakit tak tahan dengar laungan supaya letak jawatan ! letak jawatan ! letak jawatan !

Kemudian datanglah bala tentera yang MMI agak gang-gang RM3K untuk menyelamatkan Maszlee dari terus dimalukan.

Macam-macam alasan diberikan sampailah ke tahap dituduhnya pula mahasiswa dan mahasiswi ni yang kurang ajar !!!

Dasyatkan ??? 

Tapi chill rilek gang ... MMI yakin ampa semua akan menyokong dan bersetuju dengan para mahasiswa dan mahasiswi yang menolak Maszlee dan MMI percaya ampa akan faham kenapa MMI kata rakyat perlu sokong mahasiswa tolak Maszlee !!!

Baca kronologi link di bawah ....


Monday 10 September 2018

Bila Mereka Sudah Mendapat Kuasa !


Sejak Pakatan Harapan berjaya mempengaruhi rakyat Malaysia dengan pelbagai janji manis sepanjang siri kempen pada PRU14 yang lalu, rata-rata rakyat begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk melibat kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan.

Ketidaksabaran itu bukan hanya terarah kepada penggerak-penggerak parti dalam Pakatan Harapan yang juga rakyat Malaysia tetapi turut menjadi tumpuan rakyat biasa. Mereka mahu melihat BN segera ditumbangkan dan ada di kalangan mereka juga mahu supaya Najib Razak dijatuhkan.

Rata-rata rakyat Malaysia mahu segera dibebaskan daripada apa yang mereka istilahkan sebagai beban ( tak perlu bayar GST, hutang PTPTN dihapuskan, harga minyak petrol dikurangkan kepada  RM1.50 seliter, Tol dimansuhkan dan banyak lagi).

Modus operandi Pakatan Harapan ini telah dimudahkan lagi dengan kehadiran bekas pemimpin UMNO sendiri iaitu Tun Mahathir. Beliau bukan sahaja hilang deria politik tetapi menjaja cerita-cerita berunsur fitnah malah mendiamkan diri tanpa sepatah pun perkataan walaupun ada berita-berita yang disampaikan kepada rakyat oleh pemimpin lainnya adalah jelas fitnah tanpa sebarang bukti kukuh melainkan ungkapan-ungkapan propaganda dan menimbulkan persepsi.

Tuduhan perompak dan merompak adalah makanan ruji harian walaupun kita tahu siapa sebenarnya perompak !

Hakikatnya tanggal 9 Mei 2018 keputusan PRU14 secara rasminya telah berpihak kepada Pakatan Harapan dan sudah tentu kumpulan ini perlu membentuk kerajaan. 

Seperti mana semua sedia maklum Tun Mahathir mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia.

UMNO menerima keputusan ini dalam pelbagai keadaan dan sampai ke saat ini UMNO telah pun menjadi pembangkang di Malaysia.

Satu keadaan dan situasi yang memerlukan perancangan teliti memandangkan ini pertama kali UMNO menjadi pembangkang setelah lebih dari 60 tahun sebagai kerajaan.

Walaupun ada suara-suara minoriti di luar sana yang resah dengan perkembangan ini, MMI percaya penelitian terhadap langkah seterusnya jauh lebih penting. Biar geraknya sedikit perlahan tetapi hasil daripada penelitian itu mampu memberikan impak yang besar kepada parti yang harus bangkit kembali.

Tak perlu MMI terangkan panjang lebar apa penelitiannya atau apa perancangannya lagi pun rakyat sudah pun membuat keputusan pada PRU14 yang lalu untuk menolak UMNO jadi tak perlu kelam kabut.

Biar UMNO tentukan hala tujunya sendiri dan sampai masa ianya akan berlaku !

Dalam semua keadaan itu, rasanya di waktu artikel ini ditulis, ramai kalangan mereka di luar sana sudah pun merasai sendiri situasi PERUBAHAN yang begitu didambakan sebelum ini.

Hakikatnya PERUBAHAN itu telah pun berlaku cumanya ia bukan berdasarkan JANJI tetapi berubah daripada JANJI kepada satu siri PEMBOHONGAN yang merujuk kepada KEGAGALAN !

Janji 100 hari dan pelbagai kepincangan di peringkat kementerian yang membawa kepada berlakunya perkara-perkara paling ANEH seperti permohonan maaf kerana tersilap bicara dan kesilapan titik perpuluhan selain menyalahkan kerajaan terdahulu adalah satu tindakan yang cukup memalukan !

Sedarlah bahawa rakyat telah dipergunakan dalam siri PEMBOHONGAN politik paling besar pernah dicipta dalam sejarah politik negara dan rakyat sudah pun menjadi mangsa.

Tidak cukup dengan itu kerajaan Pakatan Harapan mencipta KEGAGALAN paling dasyat dalam sejarah pentadbiran negara dan sudah pasti rakyat jugalah yang menjadi mangsa.

Realitinya disebalik semua perkara diatas, tanpa kita sedar sebenarnya turut wujud elemen perkauman dan keinginan untuk berkuasa yang sudah begitu lama disimpan.

Di waktu orang-orang Melayu sedang dipergunakan ..... ada bangsa lain menyepi malah mampu pula untuk ke hulu dan ke hilir malah hadir beramai-ramai dalam acara-acara besar.

Dulunya sewaktu GST diperkenalkan kumpulan inilah yang paling menentang dan menjadi jurucakap bebas menyampaikan dakyah kononnya kerajaan zalim tapi kini apabila SST diperkenalkan dengan kadar yang sama malah jauh lebih tinggi, kumpulan ini hilang ! Suara mereka tiba-tiba lenyap dari muka bumi Malaysia !

Kenapa ????

Mereka sebenarnya adalah kumpulan yang paling berkira di waktu itu malah tidak sesekali mahu berkongsi dengan semua rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu dan kenapa pada hari ini kumpulan yang sama langsung tak kisah dengan SST, harga petrol dan lain-lain ?

Mereka sudah mendapat KUASA !!!!!!!!

KUASA itu bukan biasa-biasa kerana mereka punya kaki dan tangan untuk membentuk acuan mulut sang pemimpin yang mengaku bekerja untuk rakyat lebih dari 20 jam dan mungkin kerana jam itulah akhirnya berlakunya pemberian projek bernilai jutaan ringgit untuk si anak dan hal membabitkan syarikat minyak !!!!

Tidak cukup dengan itu kerana kuasa-kuasa inilah juga kumpulan yang sama akan sekali lagi mempergunakan kedudukan mereka untuk menjadikan proses pilihanraya sebagai alat mainan apabila Anwar Ibrahim diberitakan akan kembali dalam sedikit masa lagi yang akan menuntut salah satu kerusi parlimen dikosongkan.

Mereka kecoh dengan semua itu ... bagaimana dengan janji kepada rakyat ?

Haa tepuk .....

MMI

Labels