Followers

Thursday 30 November 2017

DAP Sudah Tersalah Langkah


Barangkali dalam diam puak-puak DAP khususnya kalangan mereka yang menguasai Dinasti Lim sudah pun merindui saat-saat seperti mana dalam gambar diatas.Maklumlah sejak parti PAS memutuskan untuk bertahaluf siyasi dengan parti cauvinis DAP, ramai dari kalangan ahli PAS sanggup meninggalkan anak isteri di rumah semata-mata untuk penuhkan hadapan pentas mahupun majlis-majlis ceramah pembangkang.

Mungkin ianya dianggap perjuangan atas nama Tahaluf Siyasi dan mungkin juga hasil doktrin pimpinan PAS sebelum itu seperti Mat Sabu, Husam Musa, Mujahid yang dilihat lebih terarah kepada kepentingan kuasa menyebabkan sebahagian besar pengikut PAS yakin ia menyumbang pahala walaupun dasar parti DAP yang bersama itu bersifat perkauman melampau.

Bagaimanan pun PAS akhirnya sedar bahawa usaha mereka selama itu untuk meyakinkan DAP khususnya berkenaan Islam dan hak orang Melayu hanya bersifat kosmetik kerana DAP langsung tidak menerima pakai hujah-hujah PAS melainkan menerima perkara-perkara tertentu yang dilihat mampu memberikan keuntungan kepada parti cauvinis itu.

Musibahnya PAS berhadapan perpecahan sesama sendiri sehingga wujudnya PAN sebuah parti yang didokong DAP.

Serentak dengan itu maka DAP dilihat telah berusaha semaksima mungkin untuk menjadikan PAN sebagai parti alternatif menggantikan PAS.Namun semua itu tidak menjadi kerana PAN sendiri gagal meyakinkan majoriti ahli-ahli PAS untuk bersama dengan mereka.

Bermula dari situlah akhirnya PAS mula membuka mata dan menyedari bahawa dasar cauvinis DAP perlu dihalang kerana mereka jelas bermuka-muka malah sentiasa menyokong semua usaha yang menentang kedudukan agama Islam dan orang-orang Melayu.

DAP dengan emosi yang membuak-buak pada ketika itu akhirnya telah melakukan satu kesilapan paling besar dengan menghukum PAS sebagai musuh politik seterusnya berhadapan dengan satu lagi angkatan besar politik orang-orang Melayu.

Seluruh rakyat Malaysia sebenarnya sudah dapat melihat bagaimana DAP terpaksa meliwat diri sendiri dengan menerima kehadiran Tun Mahathir yang menubuhkan PPBM.Parti DAP berantakan dari dalam, suara-suara menentang dan pertikaian mula ditimbulkan sehinggalah akhirnya DAP mengambil keputusan secara DIKTATOR dengan menghukum ahlinya sendiri.

Garapan dalam lakonan yang dipersembahkan kepada umum bahawa hubungan yang terbina antara DAP dan PPBM itu juga sebenarnya telah gagal.Kegagalan yang disumbangkan oleh prinsip serta pendirian kedua-dua gerombolan ahli politik itu ternyata tidak mampu untuk meyakinkan rakyat Malaysia khususnya bahawa Pakatan Haprak adalah pilihan yang terbaik menggantikan Barisan Nasional.

Ini dapat kita lihat dalam beberapa gerak kerja mereka yang sudah pun memperlihatkan kepincangan jelas seperti mana yang berlaku dalam proses pemilihan CEC DAP dan juga huru hara dalam parti PPBM itu sendiri.

Walaupun PKR dilihat cuba untuk menjadi orang tengah bagi memastikan kononnya Pakatan Haprak itu tidak bermasalah, usaha parti itu sedikit sebanyak telah dijejaskan lagi dengan tindak-tanduk pemimpin mereka sendiri yang dilihat tidak konsisten.

Azmin Ali misalnya masih lagi mengaku bahawa kerajaan negeri Selangor berada dibawah Pakatan Rakyat walaupun PKR sendiri sebenarnya berada dalam Pakatan Haprak.

Wan Azizah juga selaku Presiden PKR dilihat sekadr boneka politik kepada pihak-pihak tertentu sehingga kredibiliti pemimpin ini diragui dan langsung tidak menyumbang kepada kekuatan parti dan juga Pakatan Haprak.

Lebih malang lagi tindakan pemimpin DAP yang mungkin masih berasa hebat kerana pengaruh dan penguasaan mereka dalam Pakatan Haprak telah menyebabkan jutaan rakyat Malaysia kini melihat parti cauvinis itu semakin MELAMPAU dan BIADAP.

Kerana emosi melampau DAP terlupa disaat mereka sebenarnya sudah pun menguasai Pakatan Haprak secara "total" tindakan-tindakan melampau, biadap dan rasis seharusnya segera dinyahkan dari amalam para pimpinannya.

Namun semua itu tidak berlaku kerana DAP terlalu bongkak dan sombong sehingga akhirnya segala gerak mereka kini sudah menjadi liabiliti kepada parti itu sendiri.

Percayalah rakyat tidak pernah lupa dengan segala macam perlakuan kurang ajar dan biadap pimpinan DAP selama ini, berikut adalah sebahagian daripadanya ;












Lim Kit Siang dalam isu berkaitan JAKIM jelas menghasut, mewujudkan kebencian serta menentang kedudukan agama Islam itu sendiri.

“How can he allow JAKIM under the Prime Minister’s Office to incite religious acrimony, animosity and hatred while another department in PMO – the Department of National Unity and Integration – is entrusted with promoting inter-racial and inter-religious goodwill, understanding and harmony?" - Lim Kit Siang 

Lihat betapa biadapnya DAP mempertikaikan ayat Al Quran yang dibacakan di dalam khutbah Jumaat kononnya berbaur sentimen  persengketaan agama. Walhal mereka tidak faham secara umum konteks khutbah berkenaan yang sebenarnya  menekankan kepada perpaduan ummah.  

Sebab itulah akhirnya orang-orang Melayu bangkit seperti mana yang sering berlaku di Pulau Pinang.


Hakikatnya DAP sudah tersalah langkah,  ideologi yang diperjuangkan DAP jelas menunjukkan parti itu tidak mengamalkan sikap keharmonian, sebaliknya lebih cen­derung memecahbelahkan per­paduan masyarakat sehingga di­khuatiri boleh menjadi ra­cun kepada negara.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemimpin DAP kini secara terus-teru­s­an­­ memainkan isu sensitif yang hanya akan memberikan imej­ negatif kepada negara.

“Mereka terus menyerang­ UM­NO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya parti yang mewakili masyarakat Cina dengan pelbagai kisah yang tidak benar.

“DAP mahu masyarakat Cina terus menyokong mereka dan dalam masa sama memerlukan sokongan orang Melayu untuk mengukuhkan parti ter­sebut,” katanya ketika menjadi mo­derator dalam program Diskusi UMNO Onli­ne: Anda Tanya Ki­ta Jawab bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Annuar menjelaskan, rakyat perlu bijak memilih parti yang benar-benar boleh mempertahan­kan mereka dan bukannya yang hanya menyemai sikap kebencian.

“Keharmonian dan perpaduan yang ada di negara ini sangat berharga dan tidak boleh ditukar dengan apa sahaja alasan terma­suk kepentingan politik.

“Malah sikap DAP yang sering mendapatkan sokongan daripada pihak luar sangat membimbangkan kerana boleh memberi kesan kepada negara,” katanya.

Tambahnya lagi, sikap pe­mimpin DAP juga terserlah di Parlimen apabila mereka sering menggunakan bahasa yang kasar dan mengeluarkan perkataan sen­sitif.

Sebagai warga Malaysia yang selama ini hidup dalam kerukunan dan mengamalkan perpaduan sesama kaum sudah tentunya dapat memahami bahawa ideologi DAP yang kini disemai wajar ditolak kerana ia bukanlah perkara yang boleh menghadirkan kesejahteraan kepada kita.

Langkah penuh emosi, dendam dan politik semata-mata bukan sahaja mengundang perpecahan demi perpecahan tetapi ianya mampu membawa musibah kepada rakyat dan negara.

Yang pasti DAP sudah tersalah langkah, mereka lupa bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang tahu tatasusila dan faham bahawa toleransi dan sikap hormat menghormati itu adalah ramuan paling mujarab untuk melihat Malaysia terus maju dan berjaya.

MMI

Rawang Bypass Bukti Kerajaan Tidak RETORIK


Kerajaan Barisan Nasional sekali lagi membuktikan komitmennya untuk melihat soal keperluan rakyat sebagai antara agenda utama dalam menguruskan negara Malaysia.Tidak retorik dan sentiasa bersikap profesional bagi memastikan tiap perancangan itu mampu membawa pulangan bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada rakyat.

Projek "Rawang Bypass" adalah bukit bahawa UMNO dan Barisan Nasional bukanlah parti politik yang berpolitik semata-mata tetapi parti politik yang punya dasar dan pengalaman selama lebih dari 60 tahun dan ianya jauh sama sekali berbeza dengan gerombolan pembangkang yang lebih banyak bercakap dan berpolitik dari berusaha untuk kebaikan rakyat.



Rawang Bypass

Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) yang dirasmikan hari ini dibangunkan dengan menepati kriteria profesionalisme, keselamatan dan kelestarian. Tiga kriteria tersebut mencangkumi teras strategik Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP), pelan lima tahun akhir industri pembinaan sebelum mencapai tahun 2020.

Menurut Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Fadillah Yusof semasa berucap di majlis perasmian pagi ini, projek jalan tersebut dibina untuk menyelesaikan rungutan rakyat, terutamanya di sekitar Selayang, Rawang dan Hulu Selangor berkaitan isu kesesakan dan keselamatan yang dihadapi apabila melalui bandar Rawang.

"Jalan pintas dari Rawang ke Serendah ini adalah mercu tanda unik dalam sejarah pembinaan jalan raya kerana pengguna seakan-akan membelah kabus apabila memandu pada waktu pagi dan selepas hujan. Ia turut mempunyai panorama indah bandar Rawang," kata Fadillah.

Lebih 30,000 pengguna kenderaan bakal menikmati akses lebih sempurna dengan pembukaan Jalan Pintas Rawang. Jalan sepanjang 9km memendekkan masa perjalanan ke utara daripada dua jam ke 30 minit. Projek ini dibuka bebas dari sebarang kemalangan, dibangunkan menggunakan kemahiran tempatan dan menerapkan kelestarian alam sekitar, flora dan fauna, dan populasi sekeliling.

Jalan ini juga memiliki ciri-ciri unik. Ia adalah pembinaan struktur tiang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2 meter dari aras tanah. Projek dilaksana secara berperingkat dan melibatkan jajaran baru dua lorong dua hala sepanjang 9km dan struktur bertingkat 2.7km serta kerja menaiktaraf jalan persekutuan FT001 sepanjang 12.5km.

Jalan pintas ini turut memperlihatkan satu struktur jambatan bertingkat yang duduk megah diatas hutan simpanan terpelihara, hampir menyentuhi awan. Struktur jambatan bertingkat ini dibina dengan kaedah yang digunakan buat pertama kalinya di Malaysia. 

Mesra alam.

Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil pelbagai langkah supaya kesan-kesan dari pembinaan jalan dan jambatan tidak menjejaskan alam sekitar. Kawasan hutan yang terlibat dalam pembinaan Jalan Pintas Rawang dikurangkan dari 65 hektar ke 24 hektar. Pihak JKR dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) membina jambatan di dalam kawasan hutan bagi meminimakan kerja-kerja penambakan dan pemotongan cerun.

Kaedah-kaedah pembinaan terbaru telah diperkenalkan seperti penggunaan 'geo-grid', 'hand dug cassion' dan 'precast interlocking slab' untuk perlindungan sungai, alam sekitar dan lain-lain lagi. Pembinaan 'silt trap' dan 'silt fence' di lokasi tertentu juga dilakukan bagi mengawal kelodak pasir dari memasuki sungai. Ini diikuti dengan penanaman rumput yang segera bagi membantu mengekalkan keadaan alam sekitar.

Aspek pemeliharaan hutan Taman Warisan dan alam sekitar amat dititikberat dengan penambakan dan pemotongan cerun yang minima bagi pembinan jambatan bertingkat. Jalan pintas ini melihat penebangan pokok di tahap minima, laluan sungai sedia ada dikekalkan dan perangkap kelodak kekal juga turut dibina.

Peletupan batu dilakukan pada tahap pencemaran bunyi yang sangat rendah and dijalankan secara 'control blasting' dan berjadual. Lebih penting lagi, spesis pokok unik Giam Kanching - atau hopea sublata - yang hanya terdapat di kawasan ini turut terpelihara.

"Kerajaan mengambil kira impak kepada alam sekitar demi memelihara ekosistem kerana pembinaannya melalui Taman Warisan Negeri Selangor,” kata Fadillah.

Jalan pintas ini dibina dengan kos sebanyak RM628.14 juta dan akan dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas mulai 6 pagi esok.

Turut hadir semasa upacara perasmian, Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk P Kamalanathan; Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Zohari Akob dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Dr Roslan Taha. - rujukan MyFokus

Walaupun MMI bukan warga Malaysia yang mendapat manfaat secara langsung hasil dari terbinanya Rawang Bypass, MMI tetap nak ucapkan terima kasih kerana usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan BN itu hampir pasti memberikan keselesaan terhadap rakyat dan warga yang terlibat secara langsung.

Tq BN

MMI

Wednesday 29 November 2017

Di Sebalik Isu "Slow Leaner" Melayu Kena Baca


MMI tak pasti bagaimana bermulanya kesilapan dalam isu "Slow Leaner" yang telah mendapat reaksi pelbagai pihak sehinggakan ada dikalangan penggerak parti UMNO sendiri pun semacam kecewa dengan ungkapan sedemikian.

Namun sesuatu yang pasti ramai dari kalangan kita yang sebenarnya turut sama menyumbang kepada sama ada kesilapan mahupun kelemahan tertentu sehingga isu tersebut tular di media sosial.Soalnya sedarkah kita bahawa yang menjadikan berita tersebut tular adalah kerana sikap kita sendiri yang suka menyebarkan berita-berita yang hanya berdasarkan kepada laporan sebelah pihak.

Sedangkan bagi mana-mana pihak yang terlibat dalam parti UMNO dan Barisan Nasional khususnya kita sebenarnya punya akses yang lebih baik dengan mendapatkan kesahihan maklumat yang disebarkan terlebih dahulu.

Ya memang akan memakan sedikit masa tetapi sukar sangatkah untuk kita menunggu daripada terus menjadi hulubalang siber yang tidak sabar-sabar untuk menyebarkan berita yang jelas mampu mengguris hati pihak-pihak tertentu ?

Ada rungutan kononnya pembangkang sudah pun menjadikan isu tersebut sebagai peluru untuk menyerang UMNO dan Barisan Nasional, bagi MMI pedulikan mereka kerana peluru seharusnya dibayar dengan peluru bukan dengan turut sama menjadi pembangkang yang membangkang dan membantu menyebarkan maklumat tersebut.

Malah pembangkang memang bersikap sebegitu makanya kenapa kita harus terkinja-kinja mengikut amalan politik mereka ?

Ada beza sebenarnya dan dalam tempoh tak sampai sehari pun isu tersebut sudah mula mendapat reaksi pihak-pihak pro kerajaan dan ulasan demi ulasan sudah pun diberikan cuma mungkin sikap orang-orang kita sendiri yang lebih suka membaca berita-berita yang disediakan oleh pembangkang.

Malahan Tengku Nan sendiri kemudiannya turut sama tampil menjelaskan situasi sebenar dan telah pun menjelaskan isu yang tular tersebut kepada pihak UiTM sendiri.

Soalnya kenapa ada dikalangan kita yang begitu terburu-buru menyebar dan menyalahkan Tengku Nan kononnya tindakan sebegitu akan menyebabkan parti UMNO dan kerajaan terkesan ?

Malah isu tersebut kini sudah pun dianggap selesai apabila pihak UiTM sendiri menyifatkan ada pihak tertentu yang memutar belitkan fakta serta cuba untuk meraih kepentingan politik. Baca SINI 

Sebagai orang Melayu khususnya kita sewajarnya perlu sekali sekala menoleh kebelakang untuk sekurang-kurangnya mengenali asal usul kita.

Melayu dulunya bukanlah sehebat Melayu pada hari ini, kalau kita merujuk kepada keperluan dan kehendak sekalipun jurangnya amat berbeza sekali.Malahan orang-orang Melayu dulu ada yang tidak bersekolah dan ianya adalah satu perkara biasa bagi masyarakat Melayu kerana kekangan ekonomi, mentaliti masyarakat dan lain-lain.

Dan kalau kita melihat kumpulan orang-orang Melayu yang mampu bersekolah dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke menara gading (pada ketika dulu) bilangannya amat sedikit sekali.Ramai yang lain tidak mampu untuk meneruskan pelajaran kerana kekangan tertentu.


Kerana itu orang-orang seperti Aminuddin Baki, Abdul Wahab Arif, Mohd Nor Marahakim, Abdullah Majid dan Siti Hasmah Mohd Ali tampil secara sukarela membantu pelajar-pelajar Melayu yang tidak senasib dengan mereka dalam bidang pendidikan sehingga tertubuhnya pertubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Baca sejarahnya di SINI 

Sedarkah kita kenapa kumpulan terlibat tampil dan membantu pelajar-pelajar Melayu ?

Sudah tentunya kerana orang Melayu akan lebih berjaya dan terbela dengan ILMU dan PENDIDIKAN adalah senjata kepada segala keupayaan untuk terus mengangkat martabat orang Melayu ke persada dunia.

Ianya jelas satu perjuangan ikhlas untuk melihat orang-orang Melayu terus berjaya dan mampu mengubah nasib generasi Melayu yang seterusnya.

Begitulah juga apabila parti UMNO hadir sebagai peneraju pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Jangan sesekali lupa bahawa keupayaan anak-anak Melayu khususnya dalam pendidikan masih lagi jauh ketinggalan dan situasi ini memerlukan satu perancangan rapi dan terperinci bagi memastikan anak-anak Melayu ini mendapat tempat di Universiti.

Justeru itu maka terbinalah UiTM (nama yang terkini) di serata pelusuk negara khusus bagi menempatkan pelajar-pelajar Melayu yang sehingga kini sudah pun melahirkan begitu ramai cerdik pandai mengisi pelbagai sektor pekerjaan di bumi Malaysia mahupun di luar negara.




Satu pencapaian cemerlang yang berlaku sejak lebih dari 60 tahun yang lalu hasil daripada usaha perjuangan UMNO menjadi peneraju pentadbiran negara Malaysia di bawah Barisan Nasional.

Itu dasarnya .. kenapa perlu melatah ?

Dalam semua perkara di atas termasuklah apa yang diungkapkan oleh Tengku Nan, MMI kadang-kadang ketawa kecil kerana ramai dari kalangan mereka diluar sana lebih melihat kepada ungkapan 3 saat "Slow Leaner" daripada intipati keseluruhan ucapan beliau yang merujuk kepada soal syukur, nikmat, usaha, perjuangan dan BANGSA MELAYU.

Makanya dapatlah MMI simpulkan bahawa sehebat mana pun seseorang itu, kita kadang-kala lupa bahawa Melayu datang dan bangkit dari bawah bukannya seperti mana sebahagian daripada kita barangkali yang hadirnya dihiasi karpet merah mahupun dari kalangan mereka yang sebenarnya sudah memiliki paling tidak keperluan paling asas di rumah masing-masing hasil daripada kudrat dan usaha mereka yang layak kita sanjung sebagai PEJUANG dan NEGARAWAN.

Come on Melayu !

MMI

Tuesday 28 November 2017

Mampukah PKR Lembutkan Si Arrogant DAP ?


Semalam Pulau Pinang dilanda hujan lebat sekali lagi dan ianya masih lagi berterusan dengan hujan sekejap-sekejap di beberapa tempat.Sudah tentu bagi penduduk yang terkesan dengan banjir paling kritikal baru-baru ini sedikit sebanyak akan berasa kurang selesa kerana bimbang kalau-kalau banjir melanda lagi.

Walaupun penduduk dikira sudah punya pengalaman sama ada dari segi persediaan mahupun tindakan yang perlu diambil, kejadian banjir pasti akan mengundang duka dan resah kerana banyak perkara perlu diselesaikan termasuklah tindakan berbau politik oleh kerajaan DAP Pulau Pinang berkenaan penyaluran bantuan kepada mangsa.

Dalam artikel sebelum ini MMI dah ceritakan bagaimana mangsa banjir dijadikan buah catur yang digerakkan ke sana ke mari hanya untuk mendapatkan hak mereka Bantuan Banjir - Mangsa Jadi Catur

Dalam isu yang sama banyak pihak kini sedang memerhatikan tingkah laku pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang kerana sejak dari awal masalah banjir berlaku, mereka dilihat lebih banyak bercakap kosong malah terus berpolitik walaupun penduduk di Pulau Pinang kini dibayangi keresahan.

Seolah-olah cerita rakyat yang takut dilanggar GARUDA sedang berlaku di Pulau Pinang !

Apa pun tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menghalang tugas Wakil Rakyat dari PKR dalam urusan bantuan kepada mangsa banjir telah menghasilkan drama baru.


Drama dengan episod baru ini bakal memperlihatkan pelbagai watak sebenar selain hubungan diantara keluarga-keluarga besar dalam Pakatan Haprak itu benar-benar berpaksikan kepada kekeluargaan atau sekadar kepentingan diri.

Episod pertama sudah pun bermula apabila Adun PKR Kebun Bunga telah dilarang dari menguruskan pendaftaran mangsa banjir sehingga keputusan tersebut telah dibawa kepada pihak media.

Episod kedua yang menyusul selepas itu adalah sikap tidak peduli dan berdiam diri kerajaan negeri DAP Pulau Pinang yang langsung tidak mengulas berkenaan halangan yang kemudiannya disifatkan oleh banyak pihak sebagai berunsurkan dendam politik.

Episod ketiga pula tindakan PKR Pulau Pinang, YB Dato Mansor Bin Hj Othman yang secara tiba-tiba bingkas bangkit dari lena dan menganggap tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu sebagai usaha meminggirkan PKR dalam kerajaan negeri.

Termasuklah sikap si Dr Afif Adun Seberang Jaya yang tiba-tiba jadi bisu !

KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI PULAU PINANG MENGENAI ISU SEKATAN PERUNTUKAN TERHADAP ADUN KEBUN BUNGA

Pimpinan dan ahli Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Pulau Pinang berpendirian tindakan menyekat peruntukan bantuan mangsa banjir kepada ADUN Kebun Bunga, YB Cheah Kah Peng adalah tidak wajar dan tidak menghormati keputusan demokrasi pilihan rakyat Kebun Bunga dalam PRU yang lalu.

Sebagai wakil rakyat yang mendapat mandat rakyat dalam PRU lalu, sewajarnya beliau tidak sepatutnya disekat dari menjalankan kewajiban sebagai wakil rakyat bagi penduduk Kebun Bunga. Tindakan untuk menyerahkan tugas tersebut kepada ADUN Pulau Tikus pula dilihat seperti mengenepikan peranan KeADILan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pihak KeADILan Pulau Pinang juga ingin menegaskan bahawa keputusan menarik peruntukan kepada YB Cheah Kah Peng tidak melalui perbincangan dan rundingan dengan pihak Parti KeADILan Pulau Pinang. Alasan bahawa sekatan ini adalah kerana atas sebab prosedur dalaman juga amat naif dan sukar diterima. Pihak kami ingin menegaskan bahawa tindakan ini telah sedikit sebanyak mencalarkan semangat setiakwan dalam Pakatan Harapan.

Parti KeADILan Pulau Pinang berpandangan bahawa yang paling penting di saat pasca bencana banjir ini adalah untuk merapatkan saf dan menyusun strategi agar rakyat dapat merasa kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang mendengar dan memahami denyut nadi rakyat. Dengan semangat untuk membangkitkan semula Pulau Pinang, keutamaan kita adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Pulau Pinang tercinta.

YB DATO MANSOR BIN HJ OTHMAN
Pengerusi MPN Parti KeADILan Pulau Pinang

Tarikh: 24 November 2017

Episod drama ini kemudiannya disambung lagi dengan kebimbangan watak sampingan si Tian Chua yang secara terang-terang sudah pun mengesahkan bahawa segala yang berlaku sejak dari episod pertama sehingga yang terkini adalah satu lagi permainan politik gerombolan DAP yang cukup angkuh umpama watak si Buang yang menjadi kempetai Jepun dalam filem Sarjan Hassan.

Naib Presiden PKR itu menggesa isu membabitkan bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang diselesaikan untuk mengelakkan konflik yang lebih besar dalam Pakatan Harapan (PH).

Naib Presidennya, Tian Chua juga menggesa kerajaan negeri mengkaji semula keputusannya menghalang ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng dari parti itu menguruskan pendaftaran mangsa banjir.

“Saya tidak tahu apa yang salah Cheah lakukan. Saya tidak tahu kenapa (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng menghalangnya.

“PH harus mencari penyelesaian secepat mungkin untuk mengelakkan perkara itu daripada menjadi lebih buruk dan memberi peluang kepada musuh untuk mensabotaj kita,” katanya yang disiarkan oleh portal pro pembangkang.

Untuk rekod Kah Peng adalah antara ADUN berkecuali ketika undian usul UMNO berkenaan penambakan tanah dua tahun lalu, telah dilarang menguruskan bantuan RM700 melalui surat bertarikh 20 November lalu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus.

Bagaimanapun difahamkan tiada alasan diberikan.

Kah Peng dan empat ADUN PKR lain sebelum ini berselisih pendapat dengan Guan Eng selepas berkecuali dalam pengundian usul UMNO untuk menghentikan semua projek penambakan pada 2015.

Dakwa Guan Eng mereka cuba mensabotaj kerajaan Pulau Pinang.

Malah susulan kejadian itu Kah Peng juga dipecat daripada jawatan pengarah Penang Hill Corporation.

Kah Peng pada 10 November lalu juga mempersoal pengkorporatan Penang Botanic Gardens.

Selain beliau, ADUN Permatang Pasir, Salleh Man daripada PAS juga tidak dibenarkan menguruskan pemohon bantuan mangsa banjir cuma bab Salleh Man ni MMI malas nak ulas panjang lebar sebab dia ni sebenarnya kaki angguk ja pentingkan diri sendiri.

So isunya sekarang dalam semua episod yang telah disiarkan kepada umum, kita sudah dapat melihat bagaimana plot-plot penceritaan itu disusun.

Bahkan watak antagonis yang dimainkan oleh Lim Guan Eng awal-awal lagi sudah memberikan petunjuk bahawa mana-mana pihak yang dilihat tidak bersekongkol dengan parti cauvinis DAP serta tunduk kepada agenda mereka pasti akan dihumban jauh-jauh.

Dan jelas ianya berlaku malah Tian Chua sudah pun dapat merasakannya apabila begitu bimbang sekiranya isu ini bertambah buruk dan hampir pasti bakal menelanjangkan sikap ketidakupayaan parti-parti lain seperti PKR sendiri untuk menandingi DAP !

Persoalannya kini selain daripada sikap dan tindakan yang jelas DIPOLITIKKAN oleh DAP, apakah sambungan episod ini nanti apabila PKR sudah pun menuntut supaya Adun Kebun Bunga diberikan kedudukan yang sama dengan Adun-Adun lain ?

Apakah DAP akan melayan suara PKR ?

Apakah pula pendirian Adun-Adun PKR di Pulau Pinang yang lain ?

Yang pasti episod yang seterusnya amat menarik untuk kita nantikan .....

MMI

Monday 27 November 2017

Siapa Yang Paling Muka Dari Tun Siti Hasmah ?




Semua dah tengok dan dengar sendiri apa yang Tun Siti Hasmah katakan.Ada pihak yang kata isu tudung ni isu sensitif tapi kita jangan sesekali lupa bahawa sebagai orang Islam bertudung bagi kaum wanita adalah wajib.

Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mendedahkan beliau tidak bertudung kerana dilarang suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak bertudung, daripada mula sampai sekarang ini saya tak bertudung,” katanya ketika ditanya dalam sidang media.

Beliau kemudian mendedahkan dirinya tidak bertudung kerana tidak mendapat keizinan suaminya.

“Suami saya larang saya bertudung. Bila bertudung kena minta kebenaran daripada suami.

“Saya ada teringin (bertudung) lepas balik dari Makkah, naklah ambik berkat, pakailah tudung, sampai dia (Mahathir) palingkan mukanya,” katanya sebagaimana dilaporkan portal pro DAP, Malaysiakini.

MMI kata mesti akan ada yang persoalkan tentang Datin Seri Rosmah pula !

Dalam bab ni Datin Seri Rosmah pun kena pakai tudung juga cumanya tak adalah keluar ayat kalau bertudung sampai si suami tu berpaling muka !

Dan kalau paling muka tu maksudnya apa ?

So ada siapa-siapa nak tambah ???

MMI

Saturday 25 November 2017

Bantuan Banjir - Mangsa Jadi CATUR


Isu pemberian bantuan kepada mangsa banjir oleh kerajaan DAP Pulau Pinang telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak.Hakikatnya janji kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menyalurkan bantuan RM400 kepada mangsa yang terkesan dengan kejadian banjir sebelum ini hanya berlaku setelah berlakunya kejadian banjir kilat paling kritikal yang menyaksikan bagaimana Lim Guan Eng perlu menangis memohon bantuan kerajaan pusat.

Selepas di kritik banyak pihak barulah kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat serius dalam menguruskan penyaluran bantuan tersebut.Itupun dengan pelbagai alasan dan cakap-cakap politik sehingga menelanjangkan watak sebenar kerajaan DAP Pulau Pinang yang langsung tidak kenal erti berterima kasih.

Kerajaan pusat disalahkan kononnya tiada bantuan disalurkan sedang realitinya sejak awal kejadian banjir berlaku kerajaan pusat sudah pun mengarahkan agensi-agensi terlibat untuk turun membantu mangsa di kawasan bencana sehingga wakil pembangkang pun terkinja-kinja menyelit.



Tapi biasa sebab kita kenal sikap puak-puak biaDAP ni yang suka bercakap besar !

Seperkara yang pasti MMI dihubungi oleh salah seorang mangsa yang menceritakan bagaimana mangsa banjir yang terkesan dengan bencana banjir dibebankan lagi dengan segala macam prosedur berbau politik.

Merujuk kepada rungutan yang disampaikan kepada MMI, mangsa banjir tersebut diarahkan supaya merujuk kepada Pejabat Daerah di kawasan masing-masing kemudiannya perlu pula merujuk kepada Penyelaras yang dilantik oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di setiap kawasan yang sudah tentu terdiri daripada kumpulan yang pro kepada politik Pakatan Haprak.

Tak mengapalah sebab puak-puak tu nak "claim" kredit, bagi canlah selagi mana mangsa banjir mendapat hak mereka.

Tetapi lebih memeranjatkan apabila mangsa banjir kemudiannya perlu mendapatkan pula pengesahan daripada JKKK kawasan.

Sudahlah mangsa perlu ke sana ke mari, mereka dikehendaki pula mendapatkan pengesahan JKKK kawasan dan lebih tragis dan membebankan lagi mangsa banjir apabila Pengerusi JKKK yang diminta supaya dihubungi gagal berada dikawasan kerana berada di tempat kerja.

Bayangkan bagaimana perasaaan mangsa banjir apabila proses politik sebegini berlaku ?

Rungutan demi rungutan telah disampaikan kepada pihak terlibat tetapi ianya tidak dilayan dan semua mangsa banjir diarahkan supaya mengikut arahan yang dikeluarkan.

Begitulah situasi yang berlaku ianya jelas bukan memudahkan mangsa banjir sebaliknya merumitkan lagi keadaan dan wakil kerajaan DAP Pulau Pinang (Penyelaras kawasan) tidak langsung memikirkan kesusahan mangsa banjir yang perlu mengambil cuti dari kerja dan dalam masa yang sama perlu pula melihat keadaan rumah masing-masing yang dilanda banjir.

Untuk rekod wakil Barisan Nasional YB Datuk Jahara Hamid selaku Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang sebelum ini sudah pun mengingatkan kerajaan DAP Pulau Pinang supaya jangan sesekali mempolitikkan hal membabitkan bantuan kepada mangsa banjir.

Tetapi cuba dipolitikkan oleh Lim Guan Eng !
YB Datuk Jahara dalam sidang media berkata Ketua Menteri begitu ghairah untuk mencari kesilapan sehingga beliau mempunyai prasangka buruk terhadap segala kenyataan yang dibuat oleh wakil Barisan Nasional.
Yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia adalah YB Datuk Jahara meminta supaya diperjelaskan kaedah permohonan bantuan kerana kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengumumkan untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir bermula daripada RM400 kemudian RM500 dan sekarang tambahan lagi RM200.
Wakil Barisan Nasional itu berkata beliau mahu supaya kerajaan negeri menjelaskan kaedah dan prosedur yang ingin digunakan untuk memberikan bantuan tersebut
Malah Jahara turut berkata "Janganlah pula mereka minta mangsa banjir mendaftar sebagai ahli mana-mana parti" malah Utusan Malaysia dalam ulasan mereka menyatakan "difahamkan, orang ramai perlu mendaftar sebagai pengundi" ini merupakan prosedur yang telah dibuat untuk memohon rumah, untuk mendapatkan bantuan-bantuan di bawah program emas.
"Saya tidak menuduh mereka memaksa orang ramai yang nak mendapatkan bantuan untuk masuk sebagai ahli parti"
Beliau hanya menyarankan supaya syarat-syarat ini diperjelaskan dan supaya tidak dikenakan syarat-syarat yang menyusahkan orang ramai.Selanjutnya
Semuanya dipolitikkan termasuklah dalam proses mengenal pasti mangsa banjir apabila Wakil Rakyat BN dinafikan hak mereka termasuklah wakil dari PKR Kebun Bunga sendiri.

Baca artikel berkaitan di bawah;







Lebih teruk lagi kerajaan negeri di bawah DAP yang suka melalak kononnya lebih baik dalam segala segi daripada kerajaan pusat khususnya dalam soal kewangan yang dikatakan begitu hebat masih lagi meminta derma dari rakyat kononnya untuk membantu mangsa banjir.

Bukan tak boleh buat derma tapi mana kredibiliti dan cakap-cakap kukuhnya kewangan kerajaan DAP Pulau Pinang ?

Kalau RM305 juta untuk kajian projek terowong boleh saja dibayar kenapa tidak jumlah yang sama dikeluarkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membantu MANGSA BANJIR ?

Tidak cukup dengan itu dana yang terkumpul itu bukan sahaja menjadi isu tetapi turut melibatkan akaun parti DAP dan bukannya akaun milik kerajaan negeri atau mana-mana agensi di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang ?

TELUS ker sampai timbul persoalan seleweng ? 

Baca ulasan oleh blogger BeruangBiru

So apa yang berlaku di bumi Pulau Pinang adalah satu aksi drama politik yang begitu didambakan oleh kuncu-kuncu Pakatan Haprak selama ini untuk segera mendapatkan kredit mudah seolah-olah merekalah yang bangkit membantu rakyat Pulau Pinang sedang hakikatnya mereka lambat bertindak malah langsung tidak serius dalam hal membabitkan keperluan rakyat.

Mangsa banjir sudah pun dijadikan buat catur yang digerakkan ke sana ke mari semata-mata untuk menunjukkan merekalah yang berkuasa.

Namun MMI percaya bahawa ramai dari warga Pulau Pinang telah faham dan benar-benar mengenali sikap sebenar puak-puak DAP dan kuncu-kuncu mereka di Pulau Pinang.

Dan sudah tentu hal ini bakal menjadi satu hukuman terhadap DAP dan kuncu-kuncunya pada masa dan ketikanya nanti.

Malah Lim Guan Eng serta rakan-rakan politiknya sudah pun dapat merasai bahang cakap besar mereka dan ianya jelas pincang selain bukti betapa ketidakmampuan Lim Guan Eng mentadbir Pulau Pinang.

Baca artikel berkaitan ;

MMI

Friday 24 November 2017

Hormatnya DAP Terhadap Kedudukan Islam & Orang Melayu Di Malaysia Sekadar KOSMETIK


Sudah terang lagi bersuluh bahawa parti cauvinis DAP merupakan parti politik yang memiliki kemampuan untuk melakukan sesuatu perkara diluar pemikiran kita selaku rakyat di Malaysia.Gerak geri parti cauvinis ini jika kita perhatikan sebenarnya amat membahayakan dan tanpa usaha mengekang kemaraan parti ini nescaya perkara-perkara yang hari ini berlaku di luar negara boleh berlaku di Malaysia.

Melihat tragedi yang melanda etnik Rohingya di Rakhine, Myanmar yang sedang berhadapan dengan satu pembunuhan terancang oleh pihak berkuasa di negara itu, sedikit sebanyak ianya telah memberikan kita gambaran betapa cakap dan perlakuan politik semata-mata bukanlah satu jaminan yang boleh kita jadikan sandaran bahawa perubahan yang dicari-cari itu mampu membawa kebahagian dan kebaikan kepada diri kita semua.

Kehadiran seorang tokoh pejuang hak asasi manusia bernama Aung San Suu Kyi di Myanmar sekalipun akhirnya telah menyebabkan ribuah warga Rohingya telah menjadi mangsa dan semua itu tidak mampu dihalang oleh mana-mana pihak.

Persoalannya kenapa ianya berlaku ?

Atas apa jua alasan sekalipun kita harus menerima hakikat bahawa kuasa politik yang kini menguasai bumi Myanmar tidaklah berpaksikan kepada soal rakyat seluruhnya tetapi dipengaruhi oleh kerakusan ideologi politik sehingga darah menjadi gantinya.

Kestabilan jelas tidak berlaku di bumi Myanmar kerana hal etnik dan sebagainya.

Di Malaysia kita sewajarnya bersyukur kerana memiliki sebuah kerajaan di bawah Barisan Nasional yang benar-benar komited bukan sahaja terhadap nasib seluruh rakyatnya yang pelbagai latar belakang tetapi turut sama memikul tanggungjawab membantu rakyat negara-negara lain yang dilanda musibah seperti mana yang dapat kita lihat hari ini.

Walaupun Islam merupakan agama rasmi negara dan orang Melayu mendapat hak keistimewaan tersendiri nasib bangsa lain tidak pernah diganggu-gugat malah ianya sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dalam menguruskan negara.

Kita sedar dalam tempoh hanya beberapa bulan sahaja lagi, Malaysia bakal menghadapi PRU yang ke-14 dan sudah tentu disaat ini parti-parti politik khususnya dari kalangan pembangkang akan berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Dan sudah tentu juga parti cauvinis DAP akan turut sama berlumba bagi memenangi hati seluruh rakyat agar kerajaan Barisan Nasional dapat dijatuhkan.

Soalnya apakah rakyat Malaysia benar-benar yakin bahawa parti cauvinis DAP yang kini menguasai secara "TOTAL" parti-parti dalam Pakatan Haprak mampu hadir dengan ramuan yang sama seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional ?

Melihat kepada perlakuan dan gerak kerja parti cauvinis DAP itu sendiri kita sewajarnya harus menolak kehadiran gerombolan ini kerana mereka bukanlah kalangan pemimpin yang benar-benar menerima konsep demokrasi beperlembagaan apatah lagi banyak bermuka-muka dengan asas perlembagaan itu sendiri.

Mengaku kononnya begitu menghormati Perlembagaan Persekutuan tetapi secara sedarnya mereka telah banyak kali menghina perlembagaan itu sendiri.Situasi ini dapat kita lihat dalam aksi-aksi pemimpin mereka sebelum ini contohnya penolakan untuk Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara Islam, penolakan RUU355, sokongan terhadap tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja, menghina pemimpin negara dengan kata-kata biadap dan kurang ajar adalah sebahagian daripada perkara-perkara asas yang perlu di amati supaya kita tidak tersalah langkah.

Yang terkini adalah caci hamun pemimpin DAP Perak yang jelas bukan sahaja disengajakan tetapi membuktikan betapa gerombolan itu punya dendam politik yang bersifat RASIS melampau dan sekadar kosmetik ! Lihat SINI

Malahan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki dalam kenyataannya berkenaan parti cauvinis DAP ini berkata  “Institusi Islam akan terancam sekiranya Democratic Action Party (DAP) memperolehi kuasa di negara ini” !

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan adakah DAP akan mempertahankan institusi Islam di negara ini seperti yang diwar-warkan sekiranya agenda mereka berterusan.

Menurutnya, DAP sememangnya sebuah parti yang mendukung sekularisme sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti mereka, sudah tentu mereka tidak berminat mempertahankan agama Islam.

Dr Zuhdi berkata, meskipun ahli-ahli mereka dari pelbagai agama hakikatnya mereka tetap mengamalkan peminggiran terhadap ajaran sebenar agama.

Mengulas lanjut persoalan adakah DAP benar-benar memperkasakan Islam di Pulau Pinang, Dr Zuhdi Marzuki berkata, “DAP hanya melakukan usaha-usaha kosmetik berkaitan dengan agenda Islam sedangkan hakikat sebenarnya banyak usaha menyekat agenda Islam di belakang tabir giat dijalankan para pemimpinnya.”

Beliau menjelaskan, sebagai contohnya, gangguan DAP terhadap Institusi Fatwa di Pulau Pinang, selain turut mengabaikan usaha menyelamatkan tanah waqaf dan menaja program-program Muslim Liberal di Penang Institute dan lain-lain.

“Ini juga terbukti apabila banyak hal-hal berkaitan urusan agama dihalang oleh pemimpin-pemimpin DAP,” ujarnya lagi.

Zuhdi menegaskan, “Antara halangan yang telah diberi oleh DAP setakat ini untuk memperkasa Islam di Malaysia ialah mereka dilihat mahu membawa versi Muslim liberal terhadap ajaran Islam dengan melanggar pihak berotoriti seperti Majlis Agama Islam dan Institusi Fatwa. sumber 

Sebab itulah dalam hal-hal tertentu DAP bukan sahaja bersikap "double standard" tetapi turut sama dipengaruhi emosi dan dendam sehingga rakan sendiri pun dinafikan hak mereka.Perkara ini berlaku dalam isu penafian hak bantuan mangsa banjir ke atas Adun dari PKR di Pulau Pinang.

Justeru sebagai rakyat Malaysia apatah lagi mereka yang beragama Islam serta orang-orang Melayu perlu melihat dalam konteks yang lebih besar kerana DAP begitu licik memanipulasi isu sehinggakan terdapat orang Melayu yang begitu obses dengan perjuangan SAMA RATA mereka.

Kita perlu ubah penilaian kita bukan hanya terarah kepada kecantikan yang dihiasi dengan kosmetik semata-mata tetapi apa yang terkandung disebalik kosmetik yang dipakai.

Lihat dengan mata hati bukan dengan mata politik !

MMI

Thursday 23 November 2017

Tun Mahathir Benarkah Anwar MELIWAT ??


Kenyataan diatas adalah pendirian Tun Mahathir sebelum ini berkenaan isu pemecatan Anwar Ibrahim daripada kabinet seterusnya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat.

Siapa jua yang mengikuti rapat isu liwat Anwar Ibrahim pasti akan melihat bagaimana pendirian Tun Mahathir pada waktu itu langsung tidak berubah malah Tun Mahathir adalah pemimpin politik yang memikul tanggungjawab pada saat itu sehingga segala tindakan diambil terhadap Anwar Ibrahim.

Dan kalau kita amati dalam prosiding kes di mahkamah sekalipun, barisan peguam Anwar sendiri pernah menyebut bahawa perlakuan liwat tersebut berlaku secara suka sama suka seterusnya telah membuktikan bahawa memang ANWAR MELIWAT !

Atas apa andaian dan dakwaan sekalipun, kita perlu merujuk kepada keputusan mahkamah kerana pada pandangan MMI ianya cukup telus dan langsung tidak mengenepikan mana-mana pihak sama ada pendakwa mahupun pembela.

Perlu diingat Anwar Ibrahim di wakili oleh 15 barisan peguam untuk mempertahankan beliau dan mereka-mereka itu adalah Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai 14 lagi barisan peguam yang lain dan mereka-mereka itu adalah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R. Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Khim Choon, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Jadi tak perlulah mana-mana pihak pertikaikan lagi sebab semua tu hebat-hebat belaka dan keputusan telah dibuat Anwar Ibrahim perlu menjalani hukuman penjara paling berprestij dengan pelbagai kemudahan yang pastinya tidak dimiliki oleh mana-mana peliwat yang lain.

Baik kita teruskan dengan perkara pokok yang MMI rasa perlu kita berikan tumpuan.

Sedarkah kita pada hari ini manusia bernama Tun Mahathir yang dulunya begitu gah mengepalai kerajaan dan membuat satu keputusan yang dilihat banyak pihak sebagai satu keputusan berat apabila memecat Anwar dari kabinet disebabkan perlakuan luar tabienya kini secara tiba-tiba mengunci mulut dan mula mensasarkan kepada pihak yang lain.

Buktinya dalam forum anjuran pembangkang di Petaling Jaya, Pengerusi PPBM dan Penasihat DAP itu bukan sahaja mengelak tetapi berpusing-pusing cakapnya apabila diajukan soalan mengenai tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim, 20 tahun lalu.

Jawapan yang diberikan ternyata mengecewakan hadirin yang hadir apabila bekas Perdana Menteri itu seperti me­nyalahkan pihak polis dengan anggapan cuba menjatuhkan pemimpin PKR berkenaan.

“Saya ingat polis cuba menjatuhkan beliau. Oleh itu, saya tidak buat apa-apa tindakan. Pihak polis kemudiannya terus memberi laporan terperinci, tetapi saya tetap tidak mahu mempercayainya,” katanya dalam forum tersebut.

Dalam usaha mempertahankan diri, Tun Mahathir berkata, tindakan diambil terhadap Anwar selepas mendapat pandangan pemimpin-pemimpin UMNO lain untuk menolak bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Jawapan itu ternyata berbeza sama sekali dengan apa yang telah diungkapkan beliau sebelum bersama-sama dengan parti-parti pembangkang.

Jika dulunya beliau melihat kepada soal masa depan negara, hari ini Tun Mahathir sedang cuba menyalahkan pihak Polis dan pemimpin UMNO yang lain sedang pada saat dan ketika isu liwat itu dibangkitkan Tun Mahathir adalah pemimpin nombor satu negara dan parti.

Lihatlah bagaimana sekali lagi Tun Mahathir menuding jari kepada pihak lain semata-mata untuk menyelamatkan kepentingan politik peribadinya.

Ternyata Tun Mahathir bukan sahaja hilang segala-galanya tetapi beliau hampir pasti akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan hanya kerana menurut nafsu politik yang membuak-buak.

MMI kata sudahlah Tun Mahathir berhentilah sebelum pemergianmu diiringi nista yang memalukan.

Baca artikel berkaitan ;

MMI

CAT Juga Mati Dalam Pemilihan Semula CEC DAP


Sengaja MMI lengahkan sikit untuk mengulas isu pemilihan CEC parti DAP ni sebab dari awal lagi dah boleh jangka akan ada isu-isu berbangkit.Kalau sebelum ini habis segala Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pun dijadikan sasaran kononnya ada pihak yang sengaja mahu sabotaj pemilihan parti cauvinis itu kini sekali lagi ahli-ahli DAP mempersoalkan ketelusan pemilihan yang dijalankan.

Menurut laporan yang disiarkan oleh utusan online, beberapa perwakilan DAP telah membuat laporan kepada ROS kerana mendakwa pemilihan semula CEC yang diadakan pada 12 November lalu tidak adil.

Bekas Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Taman Ehsan, Klang, L. Pannerselvam berkata, sebagai perwakilan, mereka mengesyaki kertas undi telah dimanipulasi dan diubah di dalam bilik kiraan undi yang tertutup.

Dakwanya, sistem pengundian DAP yang hanya menggunakan nombor tanpa ada nama calon juga me­nguatkan lagi keraguan mereka tentang ketelusan pemilihan semula itu.


“Kami tidak bersetuju dengan sistem undi dalam pemilihan semula itu yang hanya menggunakan nombor kerana ia mudah dimanipulasi.

“Sebagai contohnya, jika pe­ngundi meletakkan nombor 1, ia dengan mudah ditukar ke nombor lain seperti ke nombor 11 atau 10,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat bantahan kepada ROS.

Mengulas lanjut, Pannerselvam memberitahu, calon atau wakil calon juga tidak dibenarkan ma­suk ke dalam bilik pengiraan undi.

Katanya, pengiraan undi dibuat oleh beberapa kakitangan yang mereka tidak pasti sama ada kakitangan wakil dari firma perunding Grant Thornton atau tidak, secara tertutup.

"Jadi apa yang berlaku di bilik pengiraan undi itu kita tidak tahu dan sebab itu kita syaki telah berlaku manipulasi undi terutamanya dengan terdapatnya calon yang sebelum ini mendapat undi rendah tetapi kini mendapat banyak undi.

"Sehubungan itu, kami menuntut ROS mengambil tindakan segera dan kami mahukan pemilihan semula CEC dijalankan," jelasnya.

MMI merasakan bahawa isu yang dibangkitkan ini kemungkinan besar akan senyap begitu sahaja dan DAP akan terus dikepalai oleh kuncu-kuncu cauvinis Dinasti Lim.

Namun inilah suasana dan keadaan yang berlaku dalam kem DAP sendiri.Mereka sebenarnya sedar dan tahu bahawa terdapat ramai dari kalangan ahli di bawah sebenarnya sudah hilang percaya kepada pucuk pimpinan.

Permainan politik dengan menjadikan parti DAP itu hak mereka akhirnya telah menyebabkan ahli-ahli berasa tertipu.

Apakah pemilihan itu benar-benar telus sekiranya perkara yang dibangkitkan itu masih berlaku ?

Untuk makluman di Pulau Pinang ramai yang dah mula bersuara bahawa CAT sudah mati dek kerana dasar pentadbiran yang suka cakap besar dan berpusing-pusing dan kini ianya berlaku lagi CAT bukan sahaja mati tetapi langsung diketepikan.

Jika benar DAP berpegang kepada prinsip CAT memandangkan suara-suara Dinasti adalah dari negeri tersebut maka kenapa pemilihan penuh kontrversi itu masih lagi diselaputi NAJIS ?

MMI

Wednesday 22 November 2017

Kelicikan Politik Mahathir Akhirnya Makan Diri


Nampaknya sikap suka menyalahkan pihak lain dan mengecam para pemimpin negara sudah menjadi sebahagian daripada amalan Tun Mahathir dan ianya semakin menjadi-jadi sejak bersama dengan parti cauvinis DAP serta kuncu-kuncunya.

Jika sebelum ini beliau membuat pelbagai tuduhan tanpa asas dan bukti terhadap pemimpin negara kemudiannya menghina etnik Bugis kini sekali lagi Tun Mahathir menghina lagi.

Hinaan kali ini diarahkan kepada bekas-bekas pemimpin negara kononnya mereka lebih kejam dan bengis daripada Tun Mahathir.

Hal ini berlaku apabila Tun Mahathir menjawab soalan mengenai Akta ISA dalam satu program di Petaling Jaya semalam.

Ternyata Tun Mahathir lebih banyak "spin" daripada menjawab persoalan yang dibangkitkan dan jelas sekali jawapan tersebut lebih menumpukan kepada serangan terhadap parti UMNO yang kini amat dibenci oleh beliau.

Tun Mahathir dalam jawapannya berkata selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau hanya menangkap seramai 1,200 orang sahaja berbanding zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn yang menangkap lebih ramai orang. 

“Di zaman Tunku Abdul Rahman, beliau jadi perdana menteri selama 13 tahun lebih 2,000 orang ditangkap guna ISA. Tun Abdul Razak jadi perdana menteri selama 6 tahun, juga 2,000 lebih orang ditangkap guna ISA.

“Tun Hussein Onn jadi perdana menteri 5 tahun, 4,000 orang ditangkap. Tetapi saya hairan tidak ada siapa marah pada mereka,” katanya.

Seperkara yang Tun Mahathir lupa adalah semua pemimpin yang dikaitkan itu memimpin negara dalam keadaan dan suasana yang jauh berbeza dengan apa yang berlaku para era pimpinannya selaku Perdana Menteri.

Apakah Tun Mahathir sengaja mahu menyembunyikan fakta bahawa para era pemimpin sebelumnya negara berhadapan dengan konflik hasil gerakan subversif Parti Komunis Malaya (PKM) ?

Sudah tentu Akta ISA itu amat-amat diperlukan khusus bagi mengekang gerakan yang boleh menyebabkan berlakunya huru hara kepada negara.

Ianya amat berbeza sekali dengan era Tun Mahathir, yang menjadi mangsa tangkapan ISA pada waktu itu adalah kalangan mereka yang bergerak aktif dalam politik dan tidak mesra kerajaan di bawah pentadbiran Tun Mahathir bukannya kalangan mereka yang terlibat dalam aktiviti yang boleh mengundang ancaman seperti mana gerakan komunis mahupun pengganas.

28 Oktober lepas, ada badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Tun Mahathir memohon maaf kerana menahan 106 orang di bawah ISA dalam Ops Lalang. Sehingga kini beliau enggan memohon maaf malah tidak mengaku kesalahan sendiri. 

Makanya atas dasar apa Tun Mahathir masih lagi mahu menuding jari kepada orang lain sedang diri sendiri dipenuhi najis ?

Realitinya Tun Mahathir sememangnya bersikap sedemikian punya ego tersendiri sehingga dilabel antara ahli politik paling licik.Malah punya sejarah hitam tersendiri ...

Sudah terpahat dalam sejarah Malaysia dan Umno khususnya, Tun Mahathir inilah yang pernah disingkirkan daripada parti, kemudian bukunya 'Malay Dilemma' pula diharamkan. Sebelumnya beliau telah kalah dalam pilihanraya di Kota Setar kerana menjadi seorang yang ultra-malay dalam kempen-kempennya. Beliau pernah merempat di pentas-pentas pembangkang khususnya PAS untuk bersuara. Pada ketika itu juga, beliau memohon simpati mahasiswa untuk membelanya sehingga bermulalah hubungan politiknya dengan Anwar Ibrahim. Kemudian beliau naik semula dalam pentas politik antaranya dengan sokongan kuat Dato' Harun Idris. Kesemua ini memperlihatkan betapa liciknya politik beliau sejak zaman mudanya lagi.

Kejatuhan Tunku Abdul Rahman dalam politik Malaysia tidak dapat dipisahkan dengan kelicikan politik Tun Mahathir. Kekalahan Perikatan di beberapa buah negeri dalam PRU 1969 telah menyediakan ruang yang besar kepada Tun Mahathir untuk mengkritik Tunku habis-habisan berlarutan sehingga selepas Peristiwa 13 Mei. 

Asakan inilah yang telah menyebabkan Tunku akhirnya tertiarap dalam politik, walaupun beliau seorang negarawan yang besar ketika itu. Tunku sendiri terpaksa menulis sebuah buku khusus untuk menjawab kritikan-krtikan Tun Mahathir terutama berkaitan dengan Peristiwa 13 Mei. 

Kelicikan politik beliau terus terserlah apabila dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tun Razak meninggal dunia, walaupun beliau bukanlah Naib Presiden Umno yang mendapat undi tertinggi semasa pemilihan parti 1975. 

Malah selang enam tahun kemudian Tun Hussien Onn yang memberi kepercayaan kepada Tun Mahathir ini pula yang melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepadanya. Peristiwa perletakan jawatan Tun Hussien ini sehingga kini masih misteri, iaitu apakah masalah kesihatan yang dihidapinya? Beliau dilihat masih sihat malah menyertai Tunku Abdul Rahman bersama-sama menyerang Tun Mahathir selepas peritiwa pengharaman Umno 1987. Semua pemerhati politik maklum dengan rahsia umum tersebut, Tun Mahathirlah yang menyebabkan Tun Hussien bersara awal.

Semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri beliau sebenarnya telah melakukan 'hattrick kecil' dengan menyingkirkan tiga Timbalan Perdana Menteri. Kecuali Tun Ghaffar Baba, kedua-dua yang lain disingkirkan secara berlawan. Manakala Tun Ghaffar Baba disingkirkan melalui proksi 'anak didik' politiknya Anwar Ibrahim. 

Ketiga-tiga Timbalan Perdana Menteri yang disingkirkan ini bukan calang-calang politikus, tetapi kelicikan politik Tun Mahathir dapat mengatasinya. Musa Hitam yang disingkirkannya terus senyap daripada berpolitik, manakalah Tun Ghaffar pula sebelum meninggal dunia tiada lagi peranannya dalam politik selain daripada veteran Umno. Hanya tinggal Anwar Ibrahim yang masih terus berpolitik.

Kemudian Tun Mahathir melakukan satu lagi hattrick iaitu menumbangkan seorang Perdana Menteri. Beliau telah melakukannya terhadap Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien dan Tun Abdullah. Sekarang beliau sedang melakukannya terhadap YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Semua modus operandi Tun Mahathir sebenarnya hampir sama.

Cuma semasa zaman Tun Hussien beliau mempunyai kedudukan dalam Umno iaitu sebagai Timbalan Presiden. Bagaimanapun kedudukan tidak penting bagi Tun Mahathir kerana beliau telahpun melakukannya semasa mengasak Tunku Abdul Rahman dan lain-lain Perdana Menteri. 

Hasil gerakan yang disumbangkan oleh Tun Mahathir akhirnya menyebabkan Pak Lah menjadi mangsa seterusnya. Dengan tidak semena-mena Pak Lah telah mengumumkan pelan peralihan kuasa yang merupakan riak-riak awal berulangnya semula peristiwa yang pernah berlaku kepada Tun Hussien. 

Kini sasaran Tun Mahathir dan modus operandinya tetap sama cuma beliau bukan sahaja berdiri atas pentas pembangkang tetapi telah pun bersama dengan pakatan pembangkang bersama-sama dengan DAP, PKR dan PAN.

Bezanya Tun Mahathir berdepan lawan yang bukan calang-calang.YAB Datuk Seri Najib telah membuktikan kata-katanya untuk berjiwa besar dan keputusan itu bukan dibuat atas dasar politik semata-mata tetapi ianya dilengkapi dengan kemampuan serta keupayaan membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih disegani.

Kedudukan politik UMNO khususnya terus dimantapkan dengan sokongan tidak berbelah bahagi para ahli di peringkat akar umbi sehingga gerakan Tun Mahathir bersama Pakatan Haprak kini berdepan dengan pelbagai masalah dalaman.

Malah rata-rata rakyat kini sudah tidak lagi melihat kehadiran Pakatan Haprak sebagai alternatif yang lebih baik untuk menggantikan Barisan Nasional sebaliknya kehadiran gerombolan itu lebih dilihat bersifat politik bermusim yang dipenuhi dengan agenda politik untuk kepentingan parti dan pemimpin masing-masing.

PERHATIKAN

Jika kita amati sejarah politik Tun Mahathir dan kelicikan politik yang telah dibuktikan beliau sebelum ini, sudah pasti kedudukan YAB Datuk Seri Najib sudah pun tergugat !

Isu-isu yang dibangkitkan bukanlah isu biasa kerana ianya berimpak tinggi yang boleh menyebabkan Perdana Menteri digulingkan namun semua itu tidak menjadi kerana kewibawaan kepimpinan dan saf pentadbiran kerajaan yang terus komited menguruskan hal negara dan keperluan rakyat.

Malah semua isu yang dibangkitkan oleh pembangkang itu berjaya ditangani dengan penuh berhemah malah telah pun dibuktikan sebagai satu tuduhan bermotifkan dendam politik dan agenda jahat pembangkang untuk menguasai Putrajaya secara jalan pintas.

Tun Mahathir sebenarnya telah GAGAL untuk meyakinkan jutaan rakyat Malaysia bahawa perjuangannya bersama Pakatan Haprak adalah berdasarkan kepada usaha untuk menyelamatkan Malaysia sebaliknya agenda jijik itu semakin hari semakin terdedah dan sudah pun dapat dibaca oleh rakyat yang telah sedar dan faham bahawa kehadiran pembangkang hanyalah lebih kepada soal POLITIK semata-mata.

Tidak ada dasar yang telus dan kepincangan kesiapsiagaan parti-parti dalam Pakatan Haprak selain kehadiran Tun Mahathir itu sendiri telah menyebabkan rakyat mula menghidu bau-bau busuk hasil daripada kesongsangan prinsip sesama parti dalam Pakatan Haprak.

Justeru itu Tun Mahathir sebenarnya telah sedia maklum bahawa beliau telah melakukan satu kesilapan paling besar sepanjang karier politiknya dan kesilapan itu tidak lagi mampu untuk diperbaiki dan kerana itulah akhirnya Tun Mahathir hilang punca dan menjadikan politik adu domba, menghina dan memfitnah sebagai peluru terakhir sebelum beliau menutup mata.

MMI

Labels