Followers

Saturday 1 August 2015

POLIS Bertindak Terhadap Peserta Himpunan Haram Di SOGO


Setelah memberikan amaran supaya semua peserta bersurai dan tidak mengadakan perhimpunan pasukan Polis akhirnya bertindak dengan menangkap mereka-mereka yang masih berdegil.Sebelum itu Ketua Polis Negara sudah pun mengeluarkan arahan supaya semua pihak tidak terlibat dalam perhimpunan haram yang dijadualkan hari ini namun seperti yang dijangkakan penganjur tetap meneruskan perhimpunan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata  pihak polis tidak membenarkan perhimpunan itu dan tindakan tegas akan diambil bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman warga Bandaraya Kuala Lumpur terjamin.

Ikuti laporan langsung bersama wartawan Astro AWANI, Mariah Ahmad yang berada di lokasi Klik Sini 


Seperti kebiasaan deretan kedai-kedai di sekitar Sogo terpaksa menutup perniagaan mereka kerana bimbang dengan insiden-insiden yang tidak dijangka seperti mana yang pernah berlaku dalam perhimpunan haram sebelum ini.Yang pasti perniagaan mereka sudah tentu terjejas !

Selain dari itu kompleks Sogo juga sudah pasti terkesan dengan segala macam cerita demo haram sebelum ini.Tapi semua tu tak penting sebab puak-puak yang suka merusuh ni bukannya pentingkan sangat agenda rakyat kerana yang dicari adalah publisiti.

Bahkan kalau kita perhatikan puak-puak yang terlibat ni , mereka sering kali menjadikan undang-undang sebagai salah satu daripada agenda politik mereka.Kejap saman sana , kejap saman sini kemudian semua perkara kononnya tidak mengikut undang-undang ! Entahlah undang-undang apa yang puak-puak ni pakai sebab dalam keadaan tertentu mereka boleh pula membuang jauh-jauh soal undang-undang contohnya perhimpunan haram ! 

Mudah cita agenda mereka tak lebih daripada nak popular kemudian bikin panas supaya ada bahan untuk kaki politik spin ! 


Ini contohnya diulang tayang skrip yang sama seperti mana yang pernah mereka lakukan sebelum ini.Menghimpunkan segelintir puak-puak yang mengaku mereka adalah warga Malaysia yang kini berada di luar negara dan menyatakan bahawa mereka turut sama menyokong agenda puak-puak yang berdemo di Sogo.

Dari pemerhatian MMI , puak-puak ni tengah berusaha untuk menanam rasa benci di kalangan rakyat Malaysia terhadap kerajaan.Dengan harapan akan berlakulah kebangkitan rakyat , istilahnya The People Army atau tentera rakyat seperti mana yang berlaku di medan Tahrir atau tempat-tempat lain di dunia.

Harapannya akan runtuhlah kerajaan sedia ada dan diganti dengan sebuah kerajaan yang bagi mereka akan jauh lebih baik dan hebat daripada kerajaan hari ini.

Persoalan mudah , siapa agaknya kerajaan itu ?

Hati-hati gang !

MMI

Labels