Followers

Tuesday 31 January 2017

Tiba-Tiba Guan Eng Jadi Penyelamat Kg Tok Subuh ??


Sejak 2008 DAP mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang , tidak ada satu pun polisi menyelamat atau mengekalkan kampung-kampung tradisi sebaliknya banyak kampung-kampung yang terlibat kini tidak lagi kelihatan.

Dengan alasan pembangunan yang tidak seimbang , DAP tidak pernah ambil peduli perihal penduduk yang tersepit sebaliknya terus menjadikan para anggota Majlis Perbandaran sebagai agen untuk menjayakan agenda licik mereka.

Nah secara tiba-tiba kerajaan DAP Pulau Pinang bertindak sebaliknya , Guan Eng tidak lagi sekejam dulu malah turun ke akar umbi dan dalam sekelip mata isu yang membelenggu penduduk Kampung Tok Subuh selesai !

Hebat bukan ? Jom baca seterusnya ...

Isu penduduk Kampung Tok Subuh di Bukit Mertajam , Pulau Pinang ini sebenarnya sudah berlarutan sekian lama.Kampung yang pada asalnya merupakan kawasan paya kemudiannya diteroka dan dibersihkan lebih daripada 70 tahun yang lalu itu kemudiannya berubah wajah menjadi sebuah kawasan perkampungan yang damai.

Generasi demi generasi telah mendiami kampung tersebut sehinggalah pada bulan Mei 2013 , 52 buah keluarga telah menerima notis pengusiran daripada pemilik tanah Distinct Class Sdn. Bhd. supaya mengosongkan rumah-rumah yang didiami.

Untuk rekod separuh daripada penduduk kampung terbabit sudah pun berpindah dan baki 26 keluarga lagi telah membuat keputusan untuk terus kekal dan mempertahankan hak mereka.

Kesemua penduduk yang masih kekal itu menuntut supaya pihak pemaju perlulah menyediakan sebuah rumah lain sebagai ganti memandangkan rata-rata penduduk yang tinggal itu bukanlah dari kalangan penduduk yang punya kemampuan untuk membuat pembelian rumah dan pinjaman daripada pihak bank.

Tindakan mahkamah kemudiannya diambil oleh pemilik tanah dan wakil penduduk kemudiannya kalah serta gagal mempertahankan tuntutan mereka.

Disinilah bermulanya episod yang lebih mencabar bagi penduduk yang masih tinggal kerana kehidupan mereka bukan sahaja tidak tenteram tetapi emosi kebanyakkan daripada mereka terganggu.Memandangkan rumah yang menjadi tempat berteduh selama ini bakal dirobohkan , penduduk saban hari menghitung nasib apakah yang bakal berlaku kepada mereka dikemudian hari.

Cabaran itu kemudiannya disusuli dengan tindakan para penduduk yang membuat halangan selain bergilir-gilir mengawal laluan masuk ke kampung itu agar tiada sebarang jentera yang masuk dan melakukan perobohan.

Berdasarkan carian berkenaan pemilik tanah ini , ianya pada asalnya berstatus "TOL" sehingga ia berpindah milik kepada tanah pemilikan persendirian atas nama Lee Seng Poey dan Cee Wah Poey. Penduduk kampung tidak langsung mengetahui mengenai pertukaran status tanah ini. Beberapa penduduk memaklumkan bahawa mereka mula membawayar sewaan tanah kepada pemilik tanah seawal tahun 1980 namun tiada sebarang resit disediakan kerana ketika itu perjanjian yang berlaku antara pihak penduduk dan pemilik hanya secara lisan.

Memandangkan pemilik tanah ini adalah milik individu yang kemudiannya dijual kepada Distinct Class Sdn. Bhd. yang kita yakin mahu dibangunkan maka mana-mana pihak sekalipun akan menghadapi kesukaran sekiranya tanah dan kampung itu mahu dikekalkan.

Apatah lagi perihal membabitkan tanah dan hak milik ini berada di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh parti-parti pembangkang.

Seharusnya untung nasib penduduk Kampung Tok Subuh ini perlu dijadikan sebagai keutamaan pada siapa jua yang mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang.

Bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi sebagai sebuah kerajaan negeri yang sering mengaku berjiwa rakyat seharusnya isu melibatkan penduduk Kampung Tok Subuh ini sudah pun diselesaikan sejak lama dahulu.

DAP sebagai peneraju kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat langsung tidak menunjukkan minat untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit sedangkan mereka sudah mentadbir Pulau Pinang sejak tahun 2008 lagi.

Malah kerajaan DAP Pulau Pinang lebih banyak memberikan tumpuan terhadap rojek-projek mega dan supermega yang langsung tidak memberikan sebarang manfaat kepada penduduk pertengahan khususnya penduduk di Kampung Tok Subuh yang terhimpit.

Hanya kini setelah hampir 9 tahun DAP mentadbir Pulau Pinang dan setelah isu membabitkan penduduk Kampung Tok Subuh ini berlarutan selama hampir 4 tahun barulah para penduduk Kampung Tok Subuh boleh menghembus nafas lega.

Pihak pemaju telah bersetuju untuk memberikan pampasan kepada penduduk diantara RM25,000 kepada RM44,400 dan bakal berpindah ke sebidang tanah di sebelah tanah didiami kini untuk dijadikan penempatan semula Kampung Permatang Tok Suboh.

DAP hari ini mengaku sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap keputusan terbabit dan mereka menganggap penyelesaian ini sebagai hasil usaha mereka yang cukup suci.

Persoalannya adakah penyelesaian ini ada kena mengena dengan tarikh pilihanraya umum yang diberitakan semakin dekat ?

Kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang tidak menyelesaikan perkara ini lebih awal daripada sekarang ? Bukankah hal melibatkan tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang ?

Sesuatu yang pasti dalam keterujaan kerajaan DAP Pulau Pinang menyelesaikan isu penduduk Kampung Tok Subuh ini , ada perkara yang disembunyikan oleh Lim Guan Eng dan kerajaan DAP di Pulau Pinang berkaitan isu yang sama.

Iaitu usaha keras pihak kerajaan persekutuan melalui agensi-agensinya khusus bagi membantu dan menyelesaikan permasalahan yang dialami oleh penduduk Kampung Tok Subuh.

Walaupun Barisan Nasional tidak mempunyai kuasa eksekutif pentadbiran di Pulau Pinang , semua pihak berkaitan sebenarnya sudah pun membuat perancangan jauh lebih awal lagi bagi membantu menyelesaikan masalah yang merundingi penduduk Kampung Tok Subuh.

Berdasarkan perkiraan itu maka ianya jelas memperlihatkan usaha yang telah digerakkan sejak tahun 2011 itu bukanlah usaha untuk memenangi hati penduduk atas kepentingan politik semata-mata tetapi ianya dibuat atas dasar tanggungjawab dan amanah untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.

DAP mahupun Lim Guan Eng boleh berbuat apa sahaja yang mereka suka tetapi mengaku sebagai pihak yang menyelamatkan penduduk kampung Tok Subuh adalah satu tindakan yang sebenarnya memalukan diri mereka sendiri.

Bagi penduduk tidak ada salahnya berterima kasih kepada siapa jua yang membantu mereka tetapi bagi mereka yang mengaku membantu itu ianya perlulah memiliki sekurang-kurangnya keikhlasan bukan mengambil kesempatan politik apatah lagi dalam keadaan PRU14 semakin hampir.sumber

MMI kata kalau benar DAP nak tolong selesaikan dari awal lagi perkara ni boleh selesai dah ! Tapi kenapa sekarang ?

Hmm sebab nak PRU14 !

Monday 30 January 2017

Apa Sudah Jadi Dengan Kit Siang ??


MMI sejak dulu lagi memang tak pernah percaya dengan puak-puak cauvinis ni , dan kalau ada orang-orang Melayu yang sanggup hidup dan bekerjasama dengan mereka MMI labelkan sebagai cari makan.

Orang Melayu yang bersama dengan DAP itu sama ada sebagai pemimpin mahupun pegawai-pegawai yang dilantik walaupun dilihat mesra dan sering bersama , hati mereka jika boleh berkata-kata akan langsung menyebut "aku juga tidak menaruh keyakinan 100% DAP adalah parti politik yang benar-benar ikhlas dalam apa yang mereka bicara dan tunjukkan".

Mereka-mereka ini mencari makan beb .. Tak palah carilah makan buat kerja elok-elok cuma kalau ada kepincangan dan ianya perlu disanggah maka kamu harus menyanggahnya jika tidak dipenghujungnya nanti tanggungjawab itu akan disoal.

Cukup setakat itu , MMI bukan nak berceramah .. cuma dalam artikel ini MMI cuba untuk mengulas sedikit tentang perkembangan terkini secara ringkas melibatkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Tindakan Kit Siang sejak kebelakangan agak memeranjatkan banyak pihak.Sebagai veteran DAP , Kit Siang dikenali sebagai seorang pemimpin DAP yang begitu lantang mengkritik dasar-dasar kerajaan yang dilabelnya sebagai berat sebelah.

Konsep kesamarataan yang dibawa DAP sejak ianya ditubuhkan di Malaysia merupakan asas politik pemimpin DAP ini sejak dari dulu namun secara tiba-tiba Kit Siang bukan sahaja dilihat mahu berbaik semula dengan PAS tetapi juga mula mengatur langkah untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional.

Apa sudah jadi dengan Kit Siang ?

Apakah perkara yang menyumbang kepada perubahan perlakuan pemimpin cauvinis DAP ini ?

Mengambil kira kedudukan politik hari ini , Kit Siang barangkali sedar bahawa kehadiran PAN dan PPBM bersama-sama dalam Pakatan Harapan tidaklah memberikan sumbangan besar kepada parti DAP.

Walaupun secara dasarnya kehadiran parti-parti itu membawa bersama para penyokong mereka , tetapi dalam hal melibatkan agenda peribadi DAP ianya dilihat sebagai tidak membantu.

Kit Siang tahu bahawa PAN hanyalah parti boneka yang hanya menurut perintah DAP.

Kit Siang juga tahu walaupun pimpinan PAN , Mat Sabu sudah terikat dengan DAP dan menjadi penyokong nombor satu parti itu PAN tidak akan mampu untuk menyumbang peratusan undi yang tinggi kepada DAP dan Pakatan Harapan.

Manakala kehadiran PPBM pula dilihat sebagai sekumpulan pemain politik yang rakus dengan kedudukan dan beliau tahu keadaan ini boleh menyebabkan Pakatan Harapan terkubur.

Belum pun mencapai tempoh matang , PPBM sudah pun berantakan dengan pelbagai isu yang kini melanda parti tersebut.

Kecenderungan Tun Mahathir menyerang kerajaan persekutuan serta YAB Perdana Menteri pula mula memberikan impak negatif terhadap Pakatan Harapan memandangkan isu skandal BMF yang didedahkan sewaktu era kepimpinan Tun Mahathir kini bukan sahaja merosakkan reputasi Tun Mahathir tetapi juga telah mula melibatkan pendirian Kit Siang sendiri.

Baca artikel berkaitan di SINI 

Pemimpin DAP itu tahu sekiranya sesuatu tidak dilakukan dengan segera , maka peluang untuk melihat Pakatan Harapan muncul sebagai kuasa alternatif tidak akan berlaku.

Apatah lagi keceluparan mulut Tun Mahathir yang mengesahkan permintaan DAP untuk menduduki kerusi nombor dua negara baru-baru ini sudah pun menjejaskan momentum yang diharapkan Kit Siang agar berterusan sehingga gendang PRU14 dipalu.

Selain daripada itu walaupun DAP mempunyai PKR , parti itu diibaratkan sebagai parti politik bermusim.

PKR lebih banyak menumpukan kepada penguasaan kuasa di Selangor serta isu Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis dilaungkan dan kehadiran PKR langsung tidak berupaya untuk menyaingi DAP yang kini sudah berjaya mencengkam Pakatan Harapan.

Kit Siang tahu semua perkara ini dan kerana itulah pemimpin veteran DAP ini tiba-tiba membuat U-Turn !

U-Turn ini perlu kerana Kit Siang benar-benar mengharapkan komitmen serta budak suruhan seperti PAS untuk terus menjayakan misi serta visi DAP untuk menjatuhkan BN serta menguasai kerajaan persekutuan.

DAP mahukan kuasa agar mereka boleh laksanakan dasar kesamarataan tanpa mempedulikan hak-hak yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.

Untuk menjayakan agenda DAP itu Kit Siang tahu beliau tidak boleh hanya bergantung kepada sekumpulan biawak hidup sahaja !

Jadi secara ringkasnya pelawaan DAP terhadap PAS itu hanyalah satu "game plan" !

Dan "game plan" ini semakin jelas kelihatan apabila Kit Siang sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman terhadap Hadi Awang pemimpin tertinggi parti PAS yang Kit Siang sendiri mahu bekerjasama !

Apa hal ?

MMI

Sunday 29 January 2017

Dinasti LIM Sangat Berpengaruh Dalam DAP !!


Sengaja MMI ulang siar wawancara wartawan utusan dengan bekas Naik Pengerusi DAP Tunku Aziz yang diadakan pada 2012 yang lalu.Bukan apa kadang-kadang kita perlu ulang sebab bukan semua benda kita boleh ingat.

Pada MMI wawancara ini adalah permulaan kepada siri pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Tunku Aziz terhadap DAP dan pimpinannya.

Antaranya ...





Namun sehingga ke hari ini DAP tidak pernah sekalipun jentik Tunku Aziz !

Kenapa agaknya ????


MINGGUAN: Bagaimana Tunku boleh terlibat dengan politik terutama dalam DAP sedangkan latar belakang Tunku sangat menarik?

TUNKU AZIZ: Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik. Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar. Pada pendapat saya, sebagai rakyat di negara ini, kita tidak boleh hidup sebagai satu kaum sahaja. Kita harus hidup dalam berbilang kaum dan belajar menerima setiap kaum yang berbeza dengan seadanya. Integrasi nasional adalah sangat penting. Kita tidak akan sesekali dapat hidup di bawah satu bumbung tanpa bertolak ansur dengan setiap kaum di negara ini. Ketika itu, saya merasakan DAP lebih sesuai dengan jiwa saya. Apatah lagi mereka telah berjanji untuk memberikan saya platform untuk memerangi rasuah.

Itulah kerjaya saya seumur hidup iaitu memerangi rasuah. Tawaran tersebut membuatkan saya menyertai mereka. Tetapi biasalah, mereka cakap lain tapi lain yang mereka buat. Apabila hampir dua bulan saya masuk, saya sudah sedar ini bukan tempat saya iaitu politik mahupun DAP. Saya mengambil keputusan untuk keluar parti pada tahun 2009 selepas dua bulan bersama mereka. Tetapi tindakan ini tidak disenangi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Beliau telah memujuk saya supaya jangan keluar. Demi seorang sahabat, Kit Siang pada saya merupakan seorang pejuang yang telah berjuang bermati-matian selama berpuluh tahun. Saya kenal Kit Siang sudah berpuluh tahun juga. Saya tidak kembali kepada DAP kerana saya telah dijanjikan sebarang habuan oleh mereka. Saya masuk kembali kerana pujukan seorang kawan lama yang saya hormati.

Jadi tidak timbul isu bahawa Tunku dijanjikan habuan dan sebagainya?

TUNKU AZIZ: Saya tidak pernah minta apa-apa dan mereka juga tidak berjanji apa-apa untuk saya. Saya sendiri sudah berumur, saya tidak mempunyai niat untuk memegang apa-apa jawatan atau kerusi untuk bertanding. Kecuali jika mereka mahu saya bertanding untuk parti, mungkin saya akan lakukan. Tetapi saya tidak pernah masuk DAP untuk jawatan atau habuan lain. Saya bukan mahu berbangga diri tetapi saya telah berjaya dalam hidup saya sehingga dikenali di seluruh dunia. Itu bukan kerana DAP tetapi kerana penglibatan saya dalam kerjaya saya sepanjang hidup saya terutamanya dalam bidang rasuah dan integriti. Apa yang DAP boleh beri kepada saya? Walaupun saya minta, apa yang mereka ada.

Mereka itu pembangkang. Apa yang mereka boleh beri sebenarnya? Saya hanya masuk ke dalam parti itu kerana rasa ‘tertipu’ dengan agenda mereka sebagai parti pelbagai kaum. Kononnya mereka itu parti untuk semua. Kononnya perjuangan mereka itu untuk seluruh rakyat Malaysia. Perjuangan untuk kaum Melayu, untuk kaum Cina dan kaum India. Tetapi itu cuma retorik sahaja. Sehingga ini pun, apa yang telah mereka perjuangkan untuk orang Melayu dan orang India, selain beri RM100 sekali seumur hidup kepada mereka. DAP pun sekiranya mereka bijak, sudah tentu mereka jadikan saya duta dalam hal berkaitan etika. Agaknya mungkin mereka sendiri tahu jika lantik saya duta dalam hal ehwal etika dan integriti, mereka adalah sasaran kritikan saya yang utama.

Mengapa Tunku tidak memilih PKR atau Anwar Ibrahim sebagai platform politik dan sebagai kawan?

TUNKU AZIZ: Sebenarnya, saya tidak pernah berasa selesa dengan Anwar sejak mula lagi. Saya tidak pernah berniat dari mula untuk berkenalan dengan beliau. Sama seperti kita memilih kawan, kita akan berhati-hati ketika memilih kawan. Saya lebih berasa selamat dan selesa dengan Kit Siang dan Karpal Singh. Anwar sungguh berlainan. Saya tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap beliau.

Mengapa Tunku meninggalkan DAP?

TUNKU AZIZ: Mereka telah memberi gambaran jelas kepada saya bahawa mereka bukan demokratik. Pada awalnya, saya fikir mereka adalah sebuah parti demokratik tetapi itu bukanlah satu kebenaran. Kononnya mereka mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah mereka kata seolah-olah mereka juara dalam semua perkara. Semua yang dikatakan hanyalah retorik semata-mata. Apabila berhadapan dengan realiti, mereka tidak lakukan apa yang mereka cakap sebelum ini. Itulah parti DAP. Lihat sahaja contoh Datuk Mansor, kononnya kebebasan bersuara adalah dibenarkan dalam DAP. Betulkah? Sehingga paksa untuk menafikan apa yang diperkatakan. Mungkin Mansor juga mula sedar realiti tersebut. Saya tinggalkan DAP kerana kenyataan saya telah menyusahkan dan mengundang rasa tidak gembira di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Tetapi seingat saya, saya bukan pemimpin atau ahli PKR atau Pas.

Apa yang telah menggores hati mereka? Kit Siang datang ke rumah saya selepas kejadian tersebut, beliau mengadu kepada saya bahawa kenyataan itu telah membuatkan saya dalam bahaya. Tetapi saya telah ingatkan beliau, apa yang telah saya katakan kepadanya beberapa tahun dahulu tentang parti tersebut yang kononnya demokratik dan mengamalkan kebebasan bersuara. Tetapi apabila saya meluahkan apa yang rasa betul, Kit Siang tidak sesekali membela saya. Katanya mereka memperjuangkan kebenaran dan kebebasan. Apa wujud kebebasan bersuara di situ? Saya tidak nampak. Beliau telah mengecewakan saya sebenarnya. Melalui kejadian ini juga saya membuat keputusan, pemimpin-pemimpin dalam parti ini tidak boleh dipercayai. Itu adalah sebab mengapa saya membuat keputusan muktamad untuk keluar.

Sekarang ini mereka kata pula Tunku pengkhianat dan sudah dibeli kerana dilihat menyokong transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri?

TUNKU AZIZ: Kini terdapat segelintir manusia yang tidak tahu hujung pangkal bertindak mengkritik saya selepas keluar DAP. Kata mereka, saya keluar kerana tidak mendapat habuan seperti yang dijanjikan oleh mereka sehingga menjadi orang UMNO. Apa sebenarnya yang saya minta dari DAP hingga tidak dapat? Jika benar saya berminat dengan sebarang habuan, ketika masih muda lagi saya akan menyertai UMNO. Mereka yang memerintah. Kenapa pula selepas saya sudah berumur dan mencapai pelbagai kejayaan barulah saya berminat dengan UMNO. Kononnya Tunku Aziz sudah dibeli mereka. Jawatan Senator ini pun, bukan saya minta dan ia diberi kepada saya. Selepas penggal pertama, Kit Siang dan anaknya, Guan Eng yang memperbaharui penggal baru jawatan tersebut. Saya tidak pernah mengemis jawatan kepada mereka. Saya tidak pernah mengemis atau dalam erti kata lain, tidak ada sesiapa yang boleh ‘membeli’ saya. Sebenarnya, saya hanya mempunyai masalah dengan cara parti tersebut dipimpin oleh beberapa orang. Prinsip parti itu telus tetapi kepimpinan itu yang salah.

Apakah pandangan Tunku terhadap Lim Guan Eng? Bagaimana hubungan Tunku dengan beliau?

TUNKU AZIZ: Guan Eng memang pandai pusing memusing. Saya kata dengan beliau, saya tidak dapat menerima jika sesuatu perkara itu melanggar undang-undang. Tapi beliau kata lain kepada umum, tukar cerita kata Tunku Aziz sebenarnya menentang Bersih. Perkara sebenar beliau senyapkan. Orang ingat saya anti hak asasi manusia. Itu tidak benar. Guan Eng telah putar belit cerita demi kepentingan beliau berhubung perhimpunan Bersih. Saya tidak nampak mana salah saya yang menyatakan tidak mahu sesuatu perhimpunan yang melanggar undang-undang.

Tidak cukup dengan itu, apabila akhirnya saya membuat keputusan muktamad keluar DAP, Guan Eng mempergunakan orang lain untuk berhubung dengan saya. Beliau mahu saya menarik kata-kata saya berhubung isu Bersih, manusia apa dia ni? Saya tidak akan sesekali menjatuhkan maruah diri sendiri untuk manusia seperti itu.

Pada pandangan Tunku apakah perkara sama yang berlaku kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman?

TUNKU AZIZ: Perkara sama terjadi kepada Datuk Mansor. Walaupun TV3 ada bukti rakaman audio yang jelas malah kita semua tahu suara itu milik Mansor, namun dia masih enggan mengaku. Jika anda seorang pemimpin, anda haruslah mengaku jika anda fikir tidak betul. Ini tidak, kita juga telah saksikan ketika sidang akhbar berhubung perkara tersebut, Guan Eng menulis sesuatu dalam kertas dan memberikan kepada Mansor supaya membacanya di hadapan media. Apakah Mansor tidak menggunakan otaknya sendiri? Itulah sikap sebenar seorang pemimpin yang lemah. Saya telah berhadapan dengan Guan Eng dengan berani. Apa yang hendak ditakutkan dengan beliau? Tidakkah ini menunjukkan Guan Eng begitu berkuasa?

Apakah Tunku bersetuju bahawa Guan Eng adalah seorang pemimpin yang bongkak dan hanya mementingkan parti sendiri dalam Pakatan Rakyat?

TUNKU AZIZ: Guan Eng adalah seorang manusia yang bukan sahaja bongkak dan sombong malah merupakan seorang yang suka mengambil pujian atas hasil usaha orang lain tanpa sedikit pun perasaan bersalah. Lihat sahaja apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Beliau mengaku dan menerima pujian untuk kemajuan yang berlaku di sana. Dengan perbuatan sebegitu, apakah beliau menidakkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu yang sudah tentu melibatkan warga Pulau Pinang sendiri? Apakah Pulau Pinang hanya maju di bawah DAP dan Guan Eng? Pulau Pinang memang sudah lama maju sebelum zaman Guan Eng lagi. Apa yang ironinya, Guan Eng sendiri bukan dari Pulau Pinang tapi bercakap seolah-olah dia lahir dan membesar di sana. Kemudian dia menggambarkan apabila menjadi Ketua Menteri, barulah Pulau Pinang itu wujud dan mula maju. Tapi adalah menjadi amalan beliau untuk mengambil semua pujian manakala kesilapan pula melibatkan orang lain. Itu bukan sesuatu yang bijaksana tetapi hanya mementingkan diri sendiri. Beliau juga jenis yang tidak boleh menerima kritikan dan suka menyalahkan orang lain. Sehingga hari ini, sekiranya ada perkara yang tidak disenangi oleh masyarakat Pulau Pinang, dengan segera beliau menyalahkan Ketua Menteri terdahulu, Tan Sri Koh Tsu Koon. Jika tidak menyalahkan seseorang, maka beliau bukan Guan Eng. Adalah sudah menjadi kebiasaan, untuk menyaman dan mengkritik orang lain.

Lihat sajalah bagaimana beliau mahu menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kepada Lapangan Terbang P. Ramlee? Ada kena mengenakah? Bukankah kita sudah ada nama Jalan P. Ramlee? Kita juga ada muzium untuk beliau. Mengapa mahu tarik seniman agung seperti beliau dalam arena politik? Sekiranya dia benar-benar ikhlas, saya cadangkan kepada beliau untuk membantu keluarga P.Ramlee yang dihambat kemiskinan. Bantu mereka. Berilah wang pencen kepada anak-anak mereka yang miskin itu. Bantulah keluarga mereka yang masih hidup. Beliau mempunyai peluang untuk menukar nama tersebut empat tahun dahulu tetapi beliau sebenarnya sengaja mahu memalukan kerajaan Malaysia. Itulah agenda beliau. Jika benar beliau ikhlas tolonglah bantu keluarga P. Ramlee baru masyarakat akan menghormati Guan Eng kerana berjiwa rakyat bukan dengan mempolitikkan semua perkara.

Apakah orang Melayu boleh berharap kepada DAP untuk membela nasib mereka?

TUNKU AZIZ: Sekiranya orang Melayu yang menyertai DAP merasakan parti tersebut akan membela nasib mereka, anda memang salah. Sehingga kini, tidak ada bukti yang mereka telah dan akan memperjuangkan nasib orang Melayu.

Mengapakah agaknya DAP berminat untuk mengambil Tunku bersama mereka?

TUNKU AZIZ: Mereka hanya berminat dengan kemelayuan saya. Saya hanyalah dianggap sebagai simbol bagi masyarakat Melayu manakala Karpal Singh simbol untuk kaum India. Saya dan Karpal sebenarnya tidak mempunyai sebarang peranan dalam DAP walaupun kami memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Pengerusi DAP. Mereka berminat mempergunakan saya untuk memancing undi orang Melayu. Secara hakikatnya, saya sendiri tidak pasti apakah peranan saya selain menjadi alat untuk agenda tersembunyi mereka.

Sama keadaannya apabila saya berminat untuk membantu DAP membawa masuk orang Melayu pada awal kehadiran saya dalam DAP, mereka kemudian seolah-olah sengaja melengah-lengahkannya. Mereka sebenarnya tidak berminat untuk membantu saya memperjuangkan orang Melayu. Cukuplah saya seorang sebagai simbol untuk terus mendapatkan sokongan tanpa saya melakukan apa-apa. Kerana itulah, saya telah dua kali membuat cubaan keluar daripada parti tersebut. Kali ketiga, keputusan saya sudah muktamad.

Siapa pada pendapat Tunku lebih berkuasa, adakah Kit Siang atau Guan Eng? Bagaimana pula dengan peranan Karpal Singh?

TUNKU AZIZ: Sudah tentu jawapannya adalah Kit Siang. Kit Siang yang lebih berkuasa dan dominan dalam membuat percaturan politik dalam parti manakala anaknya, Guan Eng akan mengikut rentak bapanya kerana Kit Siang memang bijak. Kuasa sepenuhnya masih milik Kit Siang. Kebanyakan keputusan berkaitan akan diambil oleh Kit Siang dan bukannya Guan Eng. Selalunya dalam mesyuarat, Kit Siang akan lebih berminat untuk menjadi pemerhati daripada membuka mulut. Beliau akan bersikap rendah diri. Dinasti Lim sangat berkuasa dan berpengaruh dalam DAP.

Karpal juga tidak memainkan apa-apa selain menentang hudud bagi pihak dinasti Lim. Tetapi Karpal adalah seorang pemimpin yang berkaliber. Apa yang beliau katakan satu ketika dulu akan sentiasa diulang, tidak ada sebarang manipulasi. Tetapi adalah menyedihkan kerana beliau tidak mempunyai kuasa dalam parti tersebut. Ada ramai lagi pemimpin yang sungguh berkaliber dan berpotensi dalam parti tersebut yang saya tidak dapat nafikan. Cuma saya tidak akan sesekali berkompromi dengan melanggar undang-undang. Saya sesekali tidak akan bersetuju dengan perkara tersebut.sumber 

Yang MMI dengar Kit Siang beria-ia nak saman Hadi , hrmm Tunku Aziz tak nak saman ker ??
Kit Siang , Guan Eng semua bisu ka ??? Kihkihkih

MMI

95% Debt Reduction , Did They Do It ?


Apa yang MMI boleh kata It's Just Another Scam Of DAP !!

Telah banyak kali isu tentang kelemahan kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP didedahkan kepada umum.Sejak 2008 sehinggalah 2017 , DAP selaku parti paling berkuasa dalam pola politik kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah sekali pun mengaku kelemahan mereka sebaliknya lebih banyak menyerang kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional sebagai kerajaan korup dan tidak berintegriti.

Hampir 6 tahun lebih DAP bukan sahaja mengaku Pulau Pinang semakin maju di bawah pembangkang tetapi memperlihatkan angka sebagai jaminan bahawa mereka sudah melakukan yang terbaik dan mahu supaya ianya dijadikan contoh oleh kerajaan persekutuan.

Ramai sebenarnya yang terpesona dengan segala macam sogokan berbau harum itu walaupun pada hakikatnya ianya tidaklah seperti mana yang disangkakan.

Barangkali kerana terlalu alpa dengan permainan angka akhirnya kerajaan DAP Pulau Pinang mula dihimpit masalah yang sudah pun menjejaskan reputasi pentadbiran kerajaan negeri termasuklah imej Ketua Menterinya sendiri.

Lim Guan Eng sebelum ini merupakan antara pemimpin DAP yang paling lantang mengkritik dasar-dasar kerajaan persekutuan sebagai bersifat perkauman dan terlibat dalam urusan berunsur rasuah.Banyak agensi-agensi kerajaan persekutuan diserang oleh agen-agen pembangkang termasuk dari kalangan pemimpin Pakatan Haprak sehingga ramai dari kalangan penduduk mula percaya dan akhirnya menyebabkan suasana panik.

Namun memasuki tahun 2016 sehinggalah ke hari ini , Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak lagi seselesa dahulu.Banyak kelemahan perancangan dan tindakan bersifat "double standard" kerajaan negeri didedahkan kepada umum satu persatu.

Keadaan semakin parah apabila Guan Eng selaku Ketua Menteri menghadapi pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah di mahkamah.Isu pembelian banglo terlajak murah yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahya itu ternyata menjadi titik tolak kepada kesedaran hampir seluruh rakyat Pulau Pinang sendiri bahawa apa yang diwar-warkan oleh pemimpin DAP itu tidaklah seperti mana yang dipraktikkannya.

Dengan pelbagai kelemahan perancangan mega yang dilihat hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu , kerajaan DAP Pulau Pinang kini tidak lagi mampu untuk terus berbohong kepada rakyat.

Kesan daripada kelemahan demi kelemahan inilah yang telah membuka mata semua pihak untuk meneliti tiap perkara yang diwar-warkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Jika sebelum ini Guan Eng mengaku bahawa kedudukan ekonomi negeri Pulau Pinang adalah yang terbaik dan jauh mengatasi kedudukan ekonomi kerajaan persekutuan itu sendiri , kini segala-galanya sudah mula terdedah.

Permainan licik DAP untuk mengaburi mata rakyat kini tidak lagi mampu menutup pembohongan kononnya mereka mengamalkan tadbir urus yang baik sehingga mampu mengurangkan jumlah hutang sehingga ke paras 95%.

Sebenarnya apa yang dimomokkan itu bukanlah pengurangan hutang tetapi hutang yang cuba disembunyikan dengan meminta Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih hutang dan kemudian membayar pajakan tahunan kepada Kerajaan Persekutuan bagi tempoh lebih 40 tahun dengan jumlah yang sama. 

Kalau berdasarkan kepada situasi diatas jelas ianya bukan pengurangan hutang sebaliknya hutang yang cuba disandarkan kepada pihak lain supaya jumlah hutang yang besar itu tidak wujud dalam mana-mana laporan.

Tipu helah untuk menyembunyikan angka sebenar !

Dalam pada itu, pemimpin DAP dan Penang Institute sekarang ini mula berdiam diri selepas Liang Teck Meng dari Gerakan telah menerima cabaran Lim Guan Eng dan menggunakan laporan Ketua Audit Negara untuk membuktikan Pulau Pinang telah meningkatkan peruntukan 3 kepada 5 kali bagi meningkatkan perbelanjaan dan melaporkan lebihan (surplus) perbelanjaan hasil daripada jualan besar-besaran aset negeri dan manipulasi terhadap lain-lain akaun pemegang amanah negeri untuk diletakkan sebagai hasil pendapatan negeri.

Lebihan (surplus) dalam bajet negeri ini merupakan satu lagi propaganda DAP Pulau Pinang yang terus digunakan bagi menunjukkan kononnya kehebatan “tadbir urus yang baik” kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang mengaku mengamalkan dasar Cekap , Akauntibiliti dan Telus , Pulau Pinang seharusnya tampil dengan wadah yang lebih menyakinkan bukan dengan siri pembohongan untuk kepentingan politik semata-mata kerana ianya bukan sahaja tidak menguntungkan rakyat di bawah tetapi menjadikan mereka sebagai mangsa keadaan.

As i said before it's just a scam by a foolish cauvinis DAP !

MMI

Saturday 28 January 2017

Penolakan Hadi Bukti DAP Bukan Parti Berteraskan RAKYAT !


Dalam kesamaran politik yang kini membelenggu Pakatan Harapan , secara tiba-tiba PAS yang sebelum ini dianggap sebagai liabiliti kepada pakatan pembangkang dianggap sebagai satu keperluan.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana keperluan itu benar-benar berpaksikan kepada prinsip politik dalam Pakatan Harapan tetapi ianya kini berubah menjadi satu lagi isu politik yang jika tidak ditangani dengan berhati-hati oleh pimpinan pembangkang ianya akan membongkar segala kelemahan dan kesongsangan hubungan parti-parti dalam Pakatan Harapan.

Semua pihak sedar betapa hubungan yang wujud sesama parti dalam Pakatan Harapan itu bukanlah berdasarkan kepada persetujuan maksima terhadap beberapa prinsip melibatkan kedaulatan negara dan agenda parti-parti terlibat khususnya mengenai hak rakyat Malaysia.

Perbezaan paling ketara begitu jelas diperlihatkan kepada umum apabila perlembagaan parti-parti yang bersama secara "total" menunjukkan ketidaksamaan yang cuba dilindungi dari mata rakyat oleh sebahagian besar dari pimpinan pembangkang.

Mana mungkin pengakuan DAP bahawa parti itu menghormati Perlembagaan Persekutuan sekiranya dasar parti itu sendiri bercanggah dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan ?

Malah sikap dan corak pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang misalnya sudah pun lari daripada pengakuan tersebut.Ini dibuktikan dengan tindak tanduk kerajaan DAP terhadap perkara-perkara yang melibatkan kepentingan rakyat !

Bagaimana DAP boleh menghormati Perlembagaan Persekutuan sekiranya parti itu menjadi sebahagian daripada penyokong tegar terhadap penolakan cadangan RUU355 yang jelas hanya melibatkan kepentingan orang-orang Islam ?

Bukankah hak orang-orang Melayu dan agama Islam itu merupakan sebahagian daripada perkara utama yang tersimpan kemas dalam Perlembagaan Persekutuan ?

Mengambil kira peranan parti-parti yang bersekongkol dalam Pakatan Harapan pula , bolehlah diandaikan parti-parti ini tidak mempunyai asas dan matlamat yang jelas khususnya yang melibatkan peruntukan perlembagaan mereka sendiri.

Kebanyakkannya atau kesemuanya hanya menjadi pak turut kepada cengkaman erat DAP terhadap apa yang mereka war-warkan sebagai wadah alternatif untuk menggantikan Barisan Nasional.

Ironinya PKR , PAN malah PPBM sekalipun dilihat masih tidak punya keupayaan untuk menyaingi penguasaan DAP terhadap kem pembangkang dan kerana itulah kehadiran Tun Mahathir sekalipun tidak boleh merubah dasar DAP terhadap perkara yang melibatkan hak orang Melayu dan agama Islam.

Impaknya Tun Mahathir sudah pun mengakui bahawa tanggapannya terhadap DAP selama ini adalah salah dan percaya bahawa DAP menghormati Perlembagaan Persekutuan sedangkan apa yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu dilihat terlalu menyimpang daripada apa yang Tun Mahathir perkatakan.

Disini kita dapat melihat bagaimana tuntutan politik dan agenda politik itu sendiri telah merubah prinsip parti-parti dalam Pakatan Harapan kerana mereka lebih menumpukan kepada matlamat untuk menumbangkang kerajaan Barisan Nasional semata-mata bukannya menawarkan pilihan yang boleh menjadi alternatif kepada rakyat Malaysia seperti mana yang sering mereka war-warkan.

Antara perkara yang perlu dilihat dan perhalusi oleh rakyat adalah sejauh mana keyakinan kita terhadap DAP yang diperakui oleh Tun Mahathir sebagai parti yang memahami dan menghormati Perlembagaan Persekutuan ?

Perlu diingat ada perbezaan diantara menghormati Perlembagaan Persekutuan dengan menghormati serta memahami ISI Perlembagaan Persekutuan !

DAP mahupun Lim Kit Siang sedar mereka memerlukan PAS untuk bersama namun kerana ego politik dan kepincangan asas sesama mereka telah menyebabkan pakatan itu tidak kukuh.

Terimalah hakikat bahawa kenyataan Hadi Awang yang menolak kerjasama dengan DAP itu dibuat setelah meneliti beberapa perkara yang dilakukan oleh DAP sendiri.Bukannya atas dasar sogokan pihak lain supaya PAS meninggalkan DAP.

Tidak ada mana-mana pihak pun yang menyogok PAS supaya tinggalkan hubungan luar tabi'e itu dan PAS bertindak atas dasar pengalaman , sejarah dan kesedaran mereka sendiri.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP telah menunjukkan “belang sebenar” kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam di negeri itu, lapor New Straits Times.

Katanya agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.

Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, semalam.

Hadi berkata, PAS berpendirian begitu kerana DAP masing menolak Islam dan pembentukan kerajaan Islam sentiasa menjadi teras perjuangan PAS.

Maka jelas PAS tetap menolak DAP kerana asas dan dasarnya yang sudah terbukti menolak semua perkara yang melibatkan kepentingan agama dan orang Islam.

Mesej ini jelas dan Hadi melihat kepada isu-isu yang meledak di Pulau Pinang , bagaimana celuparnya pentadbiran DAP dan bagaimana rakusnya DAP dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah kerajaan negeri.

Apa yang dipertontonkan kepada umum selama ini sudah cukup untuk meyakinkan pihak-pihak diluar sana betapa DAP bukanlah parti yang berteraskan kepada rakyat tetapi lebih kepada kepentingan untuk diri sendiri dan konco-konco mereka.

Rakyat hanya penting apabila tibanya masa PRU mahupun PRK , selebihnya DAP akan terus menggula-gulakan rakyat dan pimpinan yang masih kekal melutut kepada mereka.

MMI

Rafizi Praktik Gerakan Ala Agen ISRAEL ??


Jangan main-main Bro , kita kadang kala tak perasan pun orang yang selalu berada dengan kita minum kopi bersama itu bukanlah si mamat kerana disebalik mamat itu beliau adalah agen kepada pihak tertentu yang sedang menjalankan misi sulit.

Mereka-mereka ini wujud dan berada hampir di setiap negara di dunia menjalankan misi pengintipan untuk kepentingan tertentu.

Dan dari pengamatan MMI , corak dan gerak kerja Rafizi Raja Fitnah ini punya ciri-ciri yang hampir sama dengan tindak-tanduk agen-agen Yahudi ini.

Melakukan fitnah dengan angka dan fakta yang boleh menimbulkan kepercayaan umum dengan harapan ianya mampu mencetuskan panik seterusnya menyebabkan berlakunya tindakan susulan sama ada rakyat bangkit merusuh mahupun menjejaskan imej kerajaan di mata rakyat.

Selain daripada itu usaha sebegini bolehlah dianggap sebagai sabotaj dengan niat mahu menumbangkan sesebuah kerajaan atau paling tidak melakukan kerosakan terhadap sistem yang diguna pakai sehingga rakyat hilang percaya.

Tindakan terbaru Rafizi dalam siri fitnahnya dengan sekali lagi menyerang Tabung Haji dan cubaan mengaitkan penjualan saham milik Tabung Haji dengan syarikat berkaitan petroleum adalah satu gerakan yang jelas bersifat fitnah.

Bagi MMI apa yang sedang berlaku ini adalah operasi terancang yang mahu menjejaskan reputasi agensi-agensi yang punya kepentingan dengan pihak kerajaan Malaysia.

Isunya sejauh mana kebenaran tuduhan terbaru yang dibangkitkan oleh si Rafizi ini ?

Apa yang Rafizi kata ?

"Pada 29 Disember 2016, secara SENYAP-SENYAP Tabung Haji telah melupuskan sebanyak 10.3 juta saham dalam sebuah syarikat minyak bernama Perisai Petroleum Teknologi Berhad (“PERISAI”). Sehari sebelum itu pada 28 Disember 2016, Tabung Haji telah pun menjual 8.8 juta sahamnya di dalam PERISAI."

Tak pastilah MMI siapa yang Rafizi nak perbodohkan ni !

Perisai Petroleum selaku syarikat awam tersenarai di Bursa Saham Malaysia mesti melaporkan perubahan material seperti perubahan pegangan saham oleh pemegang saham besar seperti Tabung Haji.

Maklumat perubahan pegangan saham diumumkan di dalam Bursa Malaysia dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang ada capaian internet: http://www.bursamalaysia.com/…/company-announcements/5302965

Jika Tabung Haji secara SENYAP-SENYAP menjual saham Perisai Petroleum bagaimana pula link tersebut boleh diakses dengan maklumat penjualan saham tersebut? Baca seterusnya di SINI 

Melihat kepada tindakan si sotong ini , MMI terfikir ....

Sebagai Pengarah Strategik parti PKR , sudah tentulah Rafizi tidak hadir dengan tangan kosong.Ahli Parlimen Pandan ini sering menjadi perhatian banyak pihak kerana gerak kerjanya yang suka memanipulasi isu-isu nasional dan diadun dengan persepsi politik supaya ianya menjadi bara yang boleh membakar intistusi UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

Walaupun sudah ramai dari kalangan warga Malaysia sedar tiap pendedahan yang dibuat oleh si sotong ini berpaksikan kepada unsur fitnah , Rafizi masih kekal dengan corak yang sama.Natijahnya tindak tanduk si sotong ini semakin terdedah.


Pendedahan tentang Centre of Policy Initatives (CPI) contohnya jelas memperlihatkan kepada umum betapa tindak tanduk kumpulan ini sebenarnya dibayangi oleh pihak luar.

Melihat kepada modus operandinya jelas , tindakan CPI yang dinaungi Rafizi menyamai corak gerakan MOSSAD agen perisikan Israel yang berpangkalan di Tel Aviv.

Dalam usaha untuk memburukkan Barisan Nasional (BN) Rafizi dilihat menggunakan CPI sebagai agen bagi melindungi niat dan hasratnya memperdaya rakyat melalui kaji selidik yang dijalankan.

Dalam modus operandi CPI , pihak terbabit telah menghubungi sebilangan rakyat Malaysia melalui talian 03-78902700 untuk menjalankan soal selidik sokongan politik dengan bertanyakan beberapa soalan sensitif seperti pilihan parti pada pilihan raya umum.


Salah seorang responden yang menghubungi Selangor Press mendakwa soal selidik dilakukan CPI itu merupakan cubaan mencabuli hak demokrasi mereka memilih mana-mana parti politik tanpa perlu diketahui pihak lain.

Malah menurut responden terbabit juga, cara soal selidik itu dijalankan mengelirukan apabila pihak yang menghubunginya memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah parti politik (Barisan Nasional).

Namun hasil semakannya pula mendapati bahawa dakwaan pihak tersebut tidak benar memandangkan parti politik berkenaan telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dalam kajian terbabit.

Seorang responden lain pula mendakwa soal selidik itu sebenarnya dilakukan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Invoke Malaysia.

Menurut responden berkenaan, dia mengetahui mengenai penglibatan NGO tersebut setelah pihak yang menghubunginya mengakui bahawa CPI ditubuhkan oleh Invoke Malaysia untuk menjalankan kajian berkaitan sosio-politik negara, selain mengumpul data untuk tujuan tertentu.

Tambah responden itu, sehingga kini CPI masih giat menghubungi rakyat Malaysia untuk menjalankan soal selidik tersebut yang tidak diketahui kepentingannya.

Hasil semakan Selangor Press melalui enjin carian mendapati CPI Invoke Malaysia dinaungi Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli serta Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

Berdasarkan modus operandi tersebut dan kaitan Rafizi sebagai penaungnya maka jelaslah ianya dilakukan secara samaran.Menyamar sebagai pihak lain dalam usaha untuk mengumpulkan maklumat itu adalah menyamai dengan tindak tanduk agen-agen Mossad tatkala mereka berada dilapangan.

Malah agen-agen Mossad ini berada diseluruh dunia , mengintip dan mengutip maklumat selain bertindak sebagai agen pemusnah mereka-mereka yang dikategorikan sebagai ancaman kepada ISRAEL.

Berdasarkan itu maka CPI yang dinaungi Rafizi ini dipercayai turut menjalankan kaedah yang hampir sama dan sudah semestinya segala gerak kerja itu melibatkan dana-dana tertentu.

Persoalannya apakah CPI mempunyai hubung kait dengan pihak-pihak luar sama ada dari segi bantuan dana mahupun latihan bagi menjalankan kerja-kerja jahat mereka ?

Rafizi perlu tampil menjelaskan persoalan ini dan pihak terlibat khususnya agensi-agensi terpilih perlu segera bertindak dengan menyiasat CPI supaya segala persoalan yang berbangkit dan meresahkan rakyat ini dapat diselesaikan.

Pembangkang khususnya PKR sebelum ini sudah pun punya rekod kerjasama dengan pihak-pihak luar dan dibimbangi gerakan sebegini bukan sahaja mampu menyebabkan keselamatan negara terdedah kepada ancaman luar tetapi juga kewujudan agen-agen yang boleh bertindak melampau sehingga sampai ke tahap mewujudkan ancaman bunuh.

Dalam dunia sedang berdepan dengan pelbagai bentuk serangan pengganas , Malaysia tidak boleh lalai dalam mengenal pasti mereka-mereka yang menjadi dalang dan boleh menyumbang kepada wujudnya gerakan sebegini.

Tindakan Rafizi mencipta fitnah demi fitnah dan sabitannya terhadap CPI haruslah dipantau dan disiasat di bawah akta tertentu kerana menyamar dan menipu itu bukanlah sesuatu yang biasa-biasa apatah lagi ianya melibatkan soal kedaulatan negara.

MMI

Friday 27 January 2017

Apa Cerita Salleh Man Bila PAS Tolak DAP ???


Pada ketika DAP mula menguasai dan mencengkam Pakatan Rakyat , parti-parti politik yang bersama pada ketika itu bolehlah diibaratkan sebagai terjerat !

DAP dilihat begitu bijak mengatur permainan apabila memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap Anwar Ibrahim yang pada ketika itu masih lagi bebas melata ke serata pelusuk negara menghadiri ceramah-ceramah politik PR.

Sehinggalah Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara , DAP sedikit demi sedikit mula mengubah strategi dengan menjadikan Pakatan Rakyat sebagai medan untuk mereka menguasai kem pembangkang.

Kesannya apabila berlakunya perpecahan dalam PAS sehingga wujudnya PAN , DAP tidak lagi mahu menoleh kebalakang mereka bukan sahaja mahu melupakan segala jasa PAS selama ini tetapi bertindak lebih dasyat dari itu dengan mengusir PAS daripada Pakatan Rakyat.

Malahan apabila Pakatan Harapan diwujudkan , DAP dengan lantang menolak sebarang usaha untuk membawa masuk PAS bersama dengan parti-parti pembangkang yang lain.

PAS di kecam dengan begitu teruk sekali , bukan sahaja oleh DAP tetapi PAN juga turut berbuat demikian manakala PKR dilihat lebih kepada membisu dan cuba menjaga hati kedua-dua pihak walaupun parti itu dilihat tunduk kepada DAP .

PPBM pula yang hadir kemudiannya dilihat turut berusaha untuk mendapatkan sokongan PAS namun semuanya tidak menjadi.

Paling mengejutkan setelah semua kecaman itu dibuat terhadap PAS , DAP tiba-tiba melalui Lim Kit Siang menghulurkan salam perdamaian serta mengharapkan PAS kembali bersama-sama dengan parti-parti pembangkang yang lain dalam Pakatan Harapan.

Namun keputusan akhir PAS menolak usaha tersebut kerana  tidak mahu terjerat dengan permainan DAP.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebelum ini mereka telah dikhianati oleh DAP, oleh itu tidak mungkin Pas terjerat lagi dengan permainan mereka.

“Saya juga merasakan DAP mempunyai strategi dan agenda dengan kembali mengajak Pas bekerjasama. Apa jua keadaan, kita memang tolak kerjasama ini,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan van kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Bharu Kelantan.

Persoalannya setelah keputusan tersebut dibuat , apakah yang bakal berlaku terhadap wakil tunggal PAS di Pulau Pinang ?

YB Salleh Man merupakan wakil tunggal daripada parti PAS yang kini menjadi Adun di Permatang Pasir.Selain daripada terlibat dengan konflik sesama PAS di Permatang Pauh , Salleh Man masih lagi menjadi ahli PAS yang terus menyokong Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataannya YB Salleh Man berkata “Saya menafikan akan meninggalkan Pas dan akan sertai Amanah. Saya adalah Adun Pas dan ahli kerajaan. Saya akan bersama dengan Kerajaan Pulau Pinang,” katanya kepada media sebelum ini.

Sebelum itu pada sekitar November 2015 yang lalu , Pas Permatang Pauh telah mengumumkan keputusan untuk memutuskan hubungan dengan YB Salleh Man.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan dalam ulasannya terhadap keputusan tersebut berkata ianya dibuat kerana  Salleh Man dengan jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP dan bertentangan dengan pendirian Pas pusat.

Oleh kerana itu apabila PAS sekali lagi menyatakan pendirian mereka untuk menolak kerjasama dengan parti DAP maka kedudukan dan status YB Salleh Man perlulah diperjelaskan.

Bagaimana YB Salleh Man masih lagi menjadi ahli PAS sedangkan beliau secara terang-terangan menyokong Pakatan Harapan yang ditolak oleh PAS ?

Rasanya PAS perlu segera melihat isu YB Salleh Man ini sebagai keutamaan memandangkan apa jua keputusan yang telah dibuat , banyak pihak khususnya keliru dengan pendirian yang tidak selari ini.

PAS perlu konsisten dalam membuat keputusannya ! sumber

MMI nak kata PAS janganlah senyap pula ! Keputusan kena buat takkan sanggup tengok MARUAH tergadai dekat DAP kot ??

Salleh Man terang-terang sokong DAP , Tak payah ambil tindakan ker ??

Jangan main politik banyak sangat !!!

MMI

Macam Mana Komplek Sukan & Rekreasi MPSP Boleh Ada Restoran Cina ???

 
Wooo gila punya hebat , kalau peniaga tepi jalan bangsa Melayu kelam kabut puak-puak DAP arahkan MPSP supaya ambil tindakan.Tak cukup dengan tu rampas pula barang-barang peniaga dengan alasan undang-undang.
 
Bila bab bangsa sendiri bukan sahaja tak ambil tindakan siap boleh bagi tapak untuk buka restoran , Wooo punya sial bro !
 
Kalau pendedahan ini benar , maka MMI rasa MPSP ni dah makin mengarutlah !
 
Kalau diikutkan papan tanda yang ada tertulis "Kompleks Sukan Dan Rekreasi MPSP". Terletak dalam kawasan Seberang Prai. Pastinya di dalam fikiran di dalam kawasan ini ada kawasan gelanggang futsal, badminton atau setidak-tidaknya trek untuk berjoging.
 
Sayangnya, semua yang terbayang di fikiran tidak menjadi kenyataan. Yang ada hanyalah Restoren Makanan Cina! Banyak sungguh magis yang berlaku di dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) semenjak ditadbir oleh DAP. Dulu semua benda dibangkang. Sekarang semua benda menjadi halal, asal undi DAP tidak hilang.
 
Katanya perkara ini berlaku dalam kawasan DUN Padang Lalang yang diwakili oleh DAP yang turut merupakan Exco Sukan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang.

Lagi gambar di SINI

Kenapa boleh ada restoran dalam kawasan terbabit ?

 Takkan ada cerita suap menyuap lagi kot ????
 
Sama ada cerita ini benar atau tidak , MMI berpendapat pihak yang terlibat perlu tampil membuat pencerahan agar rakyat tidak terus keliru.
 
MMI

Thursday 26 January 2017

Kenapa DAP Tangguh Pula Projek Dengan Nilai Berbilion Ringgit ????

 

Hebat ! Memang hebat sekali perancangan puak-puak cauvinis ni , boleh dikatakan semua perancangan kerajaan DAP Pulau Pinang adalah terdiri daripada projek-projek mega.Dan kalau diikutkan kepada ke semua projek-projek itu maka Pulau Pinang bukan sahaja bakal menjadi sebuah kota metropolitan tetapi berubah wajah dengan pelbagai perubahan yang boleh menjadikan negeri di utara tanahair ini sama taraf dengan Kuala Lumpur dan Selangor.

Namun dari pengamatan MMI , perubahan yang diimpikan itu langsung tidak berlaku sebaliknya projek-projek itu dilihat lebih kepada menampakkan kelemahan atau ketidakseimbangan perancangan kerajaan negeri khususnya dalam menangani permintaan rakyat.

Kerajaan DAP Pulau Pinang lebih terarah untuk melaksanakan projek mewah dan mega daripada menyediakan projek-projek berjiwa rakyat !

Bayangkan hampir 2 penggal DAP mentadbir Pulau Pinang , pembinaan rumah-rumah kediaman mampu milik bukanlah keutamaan mereka walaupun ianya adalah tuntutan daripada rakyat Pulau Pinang sendiri.

Siapa jua yang pernah menjejakkan kaki ke Pulau Pinang pasti akan dapat melihat bagaimana ketidakseimbangan itu berlaku.Bagi mereka yang menggunakan jambatan Pulau Pinang , pastinya pernah melihat apa yang berada di pintu masuk ke pulau terbabit.

Sebuah apartment mewah di pinggir jambatan hasil daripada tambakan tanah dengan nilai mencecah jutaan ringgit !

Agak-agak siapa yang menghuni apartment terbabit ?

Warga Pulau Pinang yang bergaji sekitar RM3000 ke RM5000 ? Kalau bukan mereka , siapa ?

Percayalah DAP hanya menjadikan bumi Pulau Pinang sebagai lubuk untuk menuai hasil bukan menjadikan negeri tersebut sebagai ladang yang boleh menjamin keuntungan yang boleh dibahagi-bahagikan sesama rakyatnya.

Jika tidak kerana sokongan daripada kerajaan persekutuan , Pulau Pinang rasanya sudah pasti menjadi padang jarak padang terkukur tanpa apa-apa kemudahan yang boleh menjamin kehadiran pelabur.

Sebab itulah MMI katakan kelemahan DAP mentadbir Pulau Pinang jelas dan kini mereka semakin tertekan dengan ego mereka sendiri.

Kegagalan demi kegagalan sudah pun dipertontonkan kepada rakyat ...

Terowong halimunan , dusta jambatan ketiga , tambakan laut dan pembangunannya yang turut sama ditangguhkan , pembangunan Pulau Jerejak yang menjadi pertikaian , penantian janji politik tentang pembinaan pusat kesihatan di tanah Taman Manggis dan banyak lagi perkara-perkara lain rasanya cukup untuk menyedarkan umum betapa penggerak , penyokong dan pendokong puak-puak cauvinis ini hanyalah berdusta selain melacurkan hak penduduk Pulau Pinang !

MMI yakin ramai yang dah sedar tentang satu lagi projek besar di Pulau Pinang yang baru sahaja ditangguhkan oleh kerajaan negeri di bawah DAP.

Projek Penang International Technology Park (PITP) dan Business Processing Outsourcing Prime (BPO Prime) mencecah RM11.3 bilion itu sebelum ini diwar-warkan sebagai projek berimpak tinggi kononnya bakal memberikan pulangan yang terbaik bukan sahaja kepada negeri Pulau Pinang tetapi juga seluruh warganya.

Kenapa tangguh ?????

Berita penangguhan ini telah mendapat maklum balas daripada Datuk Seri Zainal Abidin Osman selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.

Kenyataan yang berdasarkan kepada laporan daripada TheEdgeMarkets (http://www.theedgemarkets.com/my/article/penang-property-projects-worth-rm113b-hold) itu menyebut ;

2. Menurut laporan artikel berkenaan projek ini ditangguhkan untuk satu tempoh yang tidak dapat dinyatakan dengan alasan kekurangan permintaan untuk "high quality condominium'.

3. Pertama, alasan yang diberikan agak menghairankan kerana projek BPO dan PITP ini sepatutnya dibangunkan dengan tujuan utama sebagai hub perniagaan untuk “business outsourcing” dan bukannya satu projek pembinaan perumahan atau condominium mewah.

4. Kedua, cadangan pembangunan BPO Prime dan PITP mensasarkan pelabur-pelabur dari luar negara untuk melabur di Pulau Pinang dan BPO Prime dan PITP dirancang untuk memberi kemudahan kepada mereka untuk “work, live and play” di situ. Permintaan tempatan untuk “kondo mewah” seharusnya tidak memberi kesan kepada projek ini kerana sasaran kelompok pembeli-pembeli yang berbeza.

5. Pada 2014, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Temasek Holding Pvt Ltd menandatangani Perjanjian Persefahaman untuk membangunkan BPO dan PITP ini di mana Economic Development Innovations Singapore Pte Ltd (EDIS) akan bertindak sebagai pengurusa utama projek. Semasa majlis menandatangani perjanjian persefahaman tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang telah dilaporkan berkata BPO Prime adalah projek kepentingan tinggi dan adalah sebahagian pelan Kerajaan Negeri untuk merubah Pulau Pinang kepada hub “outsourcing” antarabangsa; dan Kerajaan Pulau Pinang berharap untuk menarik lebih banyak pelabur-pelabur antarabangsa ke Pulau pinang.

6. Penangguhan perlaksanaan projek tersebut untuk satu tempoh masa yang tidak ditentukan atau “postponed indefinitely” boleh juga dianggap sebagai membatalkan hasrat untuk meneruskan projek. Pengunduran atau penarikan diri Temasek Holdings, sebuah syarikat pelaburan dari Singapura dari meneruskan pelaburan di Pulau Pinang merupakan tamparan hebat kepada Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agong DAP.

7. Justeru itu, saya meminta pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjelaskan samada penangguhan ini berlaku kerana terdapatnya bekalan berlebihan (over-supply) unit-unit perumahan mewah di Pulau Pinang ataupun kerana pelabur-pelabur sudah hilang keyakinan untuk meneruskan pelaburan mereka di Pulau Pinang ataupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah gagal untuk menarik pelabur-pelabur antarabangsa untuk membuat pelaburan di Pulau Pinang?

Lim Guan Eng perlu menjawab dan mengakui kelemahan pentadbirannya di Pulau Pinang !

Apa yang berlaku ini adalah bukti betapa kerakusan dan sikap pentingkan diri menjadi amalan kerajaan negeri yang mengaku mengamalkan prinsip Cekap , Akauntibiliti dan Telus.

Prinsip CAT itu hanyalah gula-gula untuk mencuri sokongan rakyat sedang realitinya DAP langsung tidak bersikap sedemikian.

Mana mungkin sebuah kerajaan negeri yang mengaku hebat melebihi kerajaan persekutuan boleh menangguhkan projek sebegitu penting ?

Alasan kekurangan permintaan selain menyimpang ( tujuan utama sebagai hub perniagaan untuk “business outsourcing” dan bukannya satu projek pembinaan perumahan atau condominium mewah ) daripada sasaran projek itu sendiri sebenarnya menjadi petanda aras betapa perancangan yang dibuat oleh seluruh pasukan DAP cauvinis ini tidak berpandukan kepada kepakaran dan penelitian secara profesional.

Mereka langsung tidak bertanggungjawab !

MMI

Wednesday 25 January 2017

Pendedahan CIA Skandal BMF , Its Your Turn TUN !!!


Jika sebelum ni ramai dari kalangan pemimpin pembangkang begitu taksub dengan laporan daripada media-media luar , rasanya kali ini mereka juga perlu samakan taksub itu supaya tidak menampakkan berat sebelah khususnya dalam berpolitik.

Tak perlulah MMI cerita panjang bab mengagung-agungkan media luar tu , ramai dah tau "game" puak-puak pro pembangkang ni.

Pantang ada ja berita habis puak-puak ni melalak !

Kali ini turut melibatkan media luar dan pendedahan ini bukan terarah kepada Najib atau mana-mana pemimpin dalam Barisan Nasional tetapi Tun Mahathir yang kini sudah sah tidak lagi bersama-sama dengan parti UMNO.

Melihat kepada pendedahan tersebut , rasanya sedikit sebanyak ianya ada kena mengena dengan artikel MMI sebelum ini tentang kecurigaan Kit Siang terhadap Tun Mahathir.Baca artikel berkaitan di http://mahamissa.blogspot.my/2017/01/salam-kit-siang-pada-pas-petanda-dap.html

Dan pendedahan ini sewajarnya perlu dipergunakan dengan sebaik mungkin oleh Kit Siang untuk segera menggerakkan usaha di pihaknya khususnya DAP supaya siasatan terhadap Tun Mahathir dilakukan segera.

Takkanlah Kit Siang nak berdiam diri kot ?

Takkan dah lupa apa yang berlaku di Gelang Patah pada 2013 yang lalu ?

Berikut MMI kongsikan tulisan yang disiarkan oleh media pro pembangkang pada tarikh 18 April 2013 bertajuk Gelang perkauman patah di Gelang Patah

Jelas bukan ? MMI yakin kalau Kit Siang benar-benar seorang ahli politik yang mengamalkan dasar CAT macam anak kesayangannya , Kit Siang tak akan berdiam diri ! 

Apa pun MMI tak pasti sejauh mana puak-puak ni boleh buat-buat pekak , kita tunggu tengoklah ...

Pendedahan CIA

Dokumen rasmi yang didedahkan badan risikan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengenai skandal perbankan besar menggegarkan negara pada 1980-an menunjukkan ada pembabitan Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut laporan portal berita.

The Asian Correspondent berkata dokumen itu, antara 13 kertas siasatan yang dikeluarkan minggu lalu oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), juga mempertikaikan respon pentadbiran Dr Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu.

Menurutnya, kerajaan Malaysia tidak boleh kata tidak tahu mengenai skandal itu kerana ia membabitkan Bank Bumiputera, bank dimiliki kerajaan yang berkait rapat dengan UMNO pada masa itu dan dipantau rapat oleh Kementerian Kewangan.

“Tiada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan mereka,” kata portal itu memetik kertas siasatan CIA bertarikh Mac 1985 bertajuk “The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?”.

“Tidak mungkin kerajaan tidak tahu mengenai peningkatan had pinjaman Bank Bumi bagi cawangan luar negaranya bagi membenarkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong,” katanya.

Pendedahan dokumen itu berlaku ketika Dr Mahathir sedang mengkritik cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengendalikan skandal 1MDB, syarikat pelaburan milik negara yang sedang disiasat beberapa agensi asing termasuk Jabatan Kehakiman AS (DoJ).

Skandal BMF menggemparkan negara pada awal 1980-an, selepas ia mendedahkan cawangan banknya di Hong Kong menyediakan “pinjaman tidak lancar” kepada beberapa syarikat yang mencurigakan, termasuk Carrian Holdings Ltd, konglomerat diterajui George Tan.

Ratusan juta dolar hilang sekelip mata apabila kumpulan Carrian terkubur pada 1983, menjadi kebankrapan paling teruk di Hong Kong.

Seorang juruaudit Bank Bumiputera yang menyiasat skandal itu dibunuh, dan kerajaan membawa masuk berbilion ringgit untuk membantu Bank Bumiputera.

Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal itu tetapi berakhir tanpa sebarang pendakwaan. Pengerusi BMF Lorrain Esme Osman hidup dalam buangan sehingga kematiannya di London pada 2011.Seterusnya 

So what happened next ?


Come on , desaklah bro ....

MMI

Ada Tangan GHAIB Rosakkan Sambutan Thaipusam Di PENANG ??


Apakah ada tangan-tangan ghaib yang sedang merosakkan perpaduan sesama penganut agama hindu di Pulau Pinang ?

Apa yang MMI faham sambutan Thaipusam akan berlangsung pada bulan Februari 2017 dan seperti kebiasaannya sambutan tahunan ini akan menghimpunkan ramai kalangan penganut agama hindu sehingga diberitakan mencecah jutaan orang.

Bayangkan dengan jumlah sedemikian dan tiba-tiba dikhabarkan berlaku pertembungan mahupun perselisihan diantara 2 kumpulan yang akan turut sama berarak , bukankah ianya boleh mencetuskan suasana panik dan menimbulkan masalah keselamatan kepada orang awam ?

Kebimbangan ini ada asasnya kerana kedua-dua kumpulan tersebut dikatakan sudah sampai ke tahap ugut-mengugut termasuklah berlakunya ancaman.

Tindakan bekas pemimpin HYO (Hindu Youth Organisation) P.Rajendran yang telah membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya selepas mendapat ancaman daripada kumpulan yang dikatakan pro kepada Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri III P.Pinang benar-benar mengejutkan.

Bagi MMI ini merupakan perkara serius memandangkan ada tuduhan mengatakan Ramasamy selaku Timbalan Ketua Menteri III terlibat !

Isunya sejauh mana kebenaran Ramasamy terlibat ?

Adakah ada cubaan politik mahupun usaha pihak-pihak tertentu yang mahu memecah-belahkan penganut agama hindu di Pulau Pinang ?

Dan apakah penyebab kepada berlakunya keadaan sebegini ?

Dalam laporan Bernama menyebut  ;
Aktivis Buat Laporan Polis Dakwa Terima Ugutan Bunuh
GEORGE TOWN, 20 Jan (Bernama) -- Seorang aktivis kaum India P. Rajendran hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, mendakwa menerima ugutan bunuh.
Beliau percaya mesej ugutan bunuh diterimanya melalui SMS dan WhatApps itu ada kaitan dengan tindakannya membantah cadangan perarakan membawa vel atau lembing digunakan Dewa Murugan di atas pedati emas pada sambutan Thaipusam di Pulau Pinang Februari ini, atas faktor keselamatan.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Rajendran, 55, yang juga moderator komuniti Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Bukit Mertajam, berkata sejak 10 Jan lepas, beliau telah membuat lima laporan polis berikutan mendakwa pernah dipukul dan dicederakan sekumpulan lelaki.....sumber 
Berdasarkan carian yang MMI lakukan , ianya ada kena mengena dengan perarakan kereta berhias keagamaan hindu di Pulau Pinang apabila kumpulan asal Nattukotai Chettiar diberitakan sudah merancang untuk berarak lebih awal iaitu pada waktu malam berbanding masa subuh untuk mendahului perarakan kereta berhias kumpulan pro kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Ramasamy yang akan bermula pada waktu pagi.

Selebihnya boleh terus membaca di pautan ini http://www.themalaysiantimes.com.my/whats-the-big-deal-with-having-two-chariots-ramasamy/

Sama ada berita ini benar atau ditokok tambah pihak berkuasa khususnya PDRM perlulah melakukan siasatan rapi agar tidak berlaku sebarang kejadian yang boleh menjejaskan keharmonian semua kaum khususnya di Pulau Pinang.

Yang paling membimbangkan MMI adalah kemelut yang berlaku ini disebabkan oleh campur tangan politik dan pihak yang menggunakan kedudukan politik serta kuasa yang mahu menekan pihak bawahan.

Sekiranya itu berlaku maka MMI rumuskan sebagai giliran kaum India dan penganut agama hindu kerana orang Melayu dan Islam dah lama tertekan dengan tindak-tanduk pihak-pihak yang punya kedudukan politik serta kuasa di Pulau Pinang.

MMI

Tuesday 24 January 2017

Salam Kit Siang Pada PAS Petanda DAP Mula Curiga Dengan Tun Mahathir !!


Setelah pelbagai kecaman dilontarkan terhadap parti PAS tiba-tiba Lim Kit Siang menghulurkan salam untuk kembali sebagai sebuah keluarga.Kembali itu bukan bermaksud DAP akan kembali kepada PAS tetapi PAS perlu kembali kepada DAP.

MMI tegaskan sekali lagi salam yang dihulur itu bermaksud PAS perlu kembali kepada DAP !!!!

Kenapa demikian ?

Sepanjang MMI mengenali DAP , parti cauvinis ini tidak pernah mengaku kesalahanan mereka malah mereka lebih rela untuk berdiam diri daripada menyebut perkataan MAAF ! Maaf bagi DAP samalah dengan menggadai maruah dan berjalan telanjang di seluruh negara.


Dalam isu terkini , salam Kit Siang itu bolehlah MMI sifatkan sebagai usaha terdesak DAP yang kini dilihat sudah mula curiga dengan kehadiran PPBM.Ketelanjuran Tun Mahathir yang membuat pengakuan bahawa DAP mahukan jawatan nombor dua negara jelas amat tidak disenangi oleh DAP.


Namun dalam keadaan dan situasi politik hari ini , DAP tidak boleh terus menuding jari dan menghukum PPBM kerana mereka juga memerlukan sokongan politik untuk memenuhi impian menguasai Putrajaya.

DAP ternyata rimas dengan permainan politik nyanyok Tun Mahathir dan menganggap ianya merupakan satu tindakan yang boleh memusnahkan segala agenda terancang mereka.

Parti cauvinis itu sebenarnya sudah terlalu yakin untuk menguasai Malaysia pada PRU14 apabila pengaruh dan penguasaan politik mereka terhadap parti-parti dalam Pakatan Haprak sudah dimanipulasi semaksima mungkin.

PKR dan PAN jelas hanyalah parti pak angguk , tanpa kelibat Anwar dan pengaruh peliwat itu DAP sudah pun memiliki Pakatan Haprak (jangan lupa bagaimana Guan Eng menerima kehadiran Saifudin) dan kehadiran PPBM pun sebenarnya tidak ditagih oleh DAP tetapi kemunculannya untuk bersama dengan Pakatan Haprak bolehlah dianggap sebagai pelengkap agenda.

Namun DAP sedikit kecewa kerana Tun Mahathir bukan seperti mana yang mereka harapkan !

Tun Mahathir punya sifat yang sukar untuk dibaca oleh DAP dan parti cauvinis itu ternyata bukan sahaja kelam kabut tetapi sudah mula sangsi dengan pendekatan Tun sendiri dan menjadi kebimbangan DAP sekiranya penguasaan politik mereka terhadap Pakatan Haprak akan diambil alih oleh Tun Mahathir.

Jika itu berlaku DAP akan kembali menjadi suara minoriti dan mereka tidak akan punya pengaruh dan kuasa yang selama ini menjadi peluru untuk menundukkan parti-parti lain dalam Pakatan Haprak.

Oleh kerana itulah MMI percaya Kit Siang mula membuat U-Turn dan berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan PAS supaya bersama dalam Pakatan Haprak.

DAP tahu PAS tidak pernah berubah dan mereka adalah sebahagian daripada jentera yang selama ini banyak membantu DAP dalam menagih sokongan rakyat sehingga akhirnya DAP menguasai Pulau Pinang dan pernah memiliki Perak.

Kehadiran PAS juga difikirkan mampu meneutralkan peranan Tun Mahathir serta sebarang agenda PPBM sekaligus menjadikan DAP terus kekal sebagai pihak yang paling berkuasa dalam Pakatan Haprak.

Cumanya MMI nak berpesan kepada PAS , Jika ada terdetik dihati untuk memikirkan tentang huluran salam daripada DAP supaya kembali bersama Pakatan Haprak maka inilah peluang terbaik untuk "demand" supaya DAP dan seluruh parti-parti dalam Pakatan Haprak bersetuju dengan RUU355 !

Bagi MMI persetujuan menerima RUU355 sudah cukup untuk membuktikan keihklasan parti-parti pembangkang dalam pelawaan terhadap PAS.

Jika itu pun GAGAL dipersetujui maka PAS sebenarnya sudah pun mendapat jawapan bahawa pelawaan itu hanyalah sekadar mimik politik yang hanya menguntungkan DAP semata-mata.

MMI

Labels