Followers

Saturday 30 June 2012

Suara Anak Muda GPMS Bergema Di Terengganu


Hari ini bermulalah Persidangan Agung Tahunan GPMS Kali Ke 58 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu dengan 594 perwakilan dari seluruh negara berkumpul menunaikan amanah dan tanggungjawab masing-masing.

Sidang 1 pada petang tadi cukup mengujakan dengan semua perwakilan memulakan rentak dengan nyanyian lagu Negaraku,lagu GPMS dan Ikrar GPMS dengan penuh bersemangat.

  


Malah semua perwakilan hari ini menunjukkan kematangan mereka apabila persidangan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan lebih dilihat kepada sikap kekeluargaan yang menjadi amalan dalam perjuangan GPMS selama ini.


MMI amat tertarik dengan satu sajak yang disampaikan oleh Sdr Jais Abdul Karim Presiden GPMS Kebangsaan dalam ucapan dasar beliau apabila memetik sebuah puisi bertajuk "Bersatulah Melayu" hasil karya Prof. Lim Swee Tin seorang berbangsa Cina berkenaan Melayu.



Sdr Jais Abdul Karim dalam ucapan dasarnya turut mengumumkan tema persidangan pada tahun ini adalah "Transformasi : Perjuangan GPMS Esok Perlu Lebih Baik Dari Hari Ini" satu idealisma yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri semasa Hari Belia 2012 yang dipandang serius oleh GPMS dan dijadikan tema persidangan tahun ini.

Belia perlu tahu menilai "yang mana kaca dan yang mana permata" dalam aspek memilih kerajaan.Belia juga perlu belajar menggunakan kuasa memilih dengan penuh kematangan dan bijaksana.

Beliau dilihat turut menyentuh berkenaan isu PTPTN dengan berkata PTPTN adalah satu-satunya pemberi pinjaman pendidikan di negara ini.Tanpa PTPTN,hampir 2 juta peminjam tidak akan mampu melanjutkan pelajaran terutamanya pelajar Melayu.

Sebelum meminjam,para pelajar akan sentiasa bersetuju dengan syarat yang dikenakan PTPTN.Maka inilah tanggungjawab pertama yang perlu diselesaikan apabila bergraduan.

Kita juga mengakui fakta bahawa terdapat segelintir kecil yang mampu melanjutkan pelajaran tanpa PTPTN.Tepuklah dada,tanyalah taraf kemampuan kita! 

Pujian harus diberikan kepada Sdr Jais Abdul Karim selaku Presiden GPMS Kebangsaan kerana ucapan dasar beliau turut merangkumi segala aspek yang menyentuh berkenaan pendidikan,peranan belia,hala tuju perjuangan GPMS dan perjuangan mengangkat martabat bangsa Melayu supaya dilihat sebagai gedung melahirkan barisan kepimpinan negara.

Beliau dalam ucapannya turut mengecam pihak-pihak tertentu khususnya parti-parti politik yang mempergunakan mahasiswa untuk mencetuskan huru hara dalam negara.Malah tidak sesekali menyokong gerakan parti politik yang mempergunakan mahasiswa demi agenda tersembunyi mereka khususnya dalam kempen politik sempit.

"Mahasiswa merupakan bakal pemimpin yang turut akan memimpin anak bangsa,mereka perlu sentiasa berfikiran matang dan lebih bijak menangani sebarang isu yang mampu menjadikan mereka terjebak dalam hal-hal yang boleh menjahanamkan masa depan mereka sendiri".

MMI yang turut bersama dalam persidangan kali ini cukup kagum melihat semangat dan kematangan barisan pimpinan dan seluruh perwakilan GPMS yang bersidang.

Beringatlah payung jangan carik !

Teruskan perjuangan demi anak bangsa.

Singa Perjuangan Bangsa.

Belajar Terus Belajar.

MMI.

Thursday 28 June 2012

Isu Gantung - Benarkah Datuk Aziz Rasis ?


Tiba-tiba isu gantung-menggantung menjadi panas bahkan diseluruh rangkaian media baru isu ini menjadi topik utama.Semuanya bermula apabila  Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz mencadangkan agar Pengerusi Bersama, Datuk S. Ambiga digantung sampai mati.

"Apa yang disebutkan oleh Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz dalam persidangan Parlimen adalah mencadangkan agar penganjur perhimpunan Bersih, Datuk Ambiga digantung sampai mati dengan mengaitkannya sama seperti militan Al-Maunah kerana cuba menimbulkan kekacauan dan menjatuhkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong.

Ini telah menilbulkan rasa tidak puas hati bagi pimpinan Pakatan Haprak dan telah meminta supaya beliau dikenakan tindakan.

Paling lantang adalah Guan Eng penyangak berlidah biawak , selaku Setiausaha agung DAP, beliau telah mengarahkan semua wakil rakyatnya membuat laporan polis beramai-ramai terhadap Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berhubung kenyataannya yang didakwa bersifat ekstrimis.

"kita amat terkejut dengan kenyataan Sri Gading yang mengatakan bahawa kita harus gantung ambiga kerana menganjurkan Bersih.

"Ini adalah kenyataan yang menghasut dan bersifat ekstrimis dan mengancam nyawa Ambiga dan bersifat perkauman kerana ditujukan kepada seorang wanita berbangsa India dan beragama Hindu," kata Ahli Parlimen Bagan itu pada sidang media di lobi Parlimen.Klik Sini


Kemudiannya satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkaitan cadangan agar Pengerusi Bersama, Datuk S. Ambiga digantung sampai mati adalah pandangan bersifat peribadi dan bukan pendirian Barisan Nasional (BN).

"Saya ingin menegaskan bahawa Barisan Nasional mendukung Perlembagaan Persekutuan dan prinsip keluhuran undang-undang dan kes berkaitan perhimpunan Bersih masih dalam siasatan pihak berkuasa," kata Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung BN, dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.Klik Sini

MMI menyokong tindakan Datuk Mohamad Aziz kerana manusia seperti Ambiga sememangnya perlu dikenakan tindakan.Apa yang berlaku sebenarnya menunjukkan rakyat sudah muak dan benci dengan tindakan Ambiga serta kuncu-kuncunya yang sentiasa berusaha untuk memporak-perandakan negara melalui tindakan-tindakan seperti himpunan BERSIH kerana amat jelas ianya dibuat dengan tujuan untuk memburukkan negara.

Standard lah apabila disebut pandangan peribadi kerana Pakatan Haprak juga selalu menggunakan kenyataan yang sama jadi apa bezanya ?


Rasiskah Datuk Aziz ? Dimanakah rasisnya ?

Kalau DAP nak sangat cakap pasal rasis, pi cakap dengan muka Dong Jio Zhong (DJZ) atau HINDRAF sana.  Kita tahu rama ahli DJZ dan HINDRAF yang masuk DAP malah ada yang diletak sebagai calon pilihanraya pun dan menang.

Malah, kalau nak dikatakan disini, DAPlah sebenarnya yang rasis kerana menjadi pelindung kepada pertubuhan-pertubuhan yang tidak perlu dipertikaikan lagi kerasisasnya.

Kononnya, kenyataan Datuk Aziz yang mahu Pengerusi Bersih, Ambabiga digantung sehingga mati kerana melakukan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan, disifatkan DAP sebagai rasis.

Hukuman gantung memang antara beberapa hukuman yang diperuntukkan oleh Akta-akta yang menjurus kepada kesalahaan cuba menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.

Malah kalau semua masih ingat, 4 anggota Al-Maunah diketuai Mohd. Amin Mohd. Razali,  yang terlibat dalam kejadian rampasan senjata di Sauk, Perak pada tahun 2000 (PAS kata rekaan kerajaan BN), dihukum gantung sampai mati kerana cuba menjatuhkan kerajaan secara kekerasan dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

Disitu sahaja membuktikan cadangan Datuk Aziz itu tidak bersalahan, dipandang dari sudut mana pun kerana beliau merujuk kepada undang-undang yang betul.  Tapi yang penting sekali, tidak satu pun cadangan tersebut yang merujuk kepada rasisme!!

Hanya kerana Ambabiga bangsa India, Aziz melayu, maka itu jadi rasis ka? Betul punya takde akal DAP ni.

Tapi inilah dia modal DAP untuk bertahan dalam politik negara kita.Sementara dia gasak UMNO rasis dan sebagainya, dia sendiri bersikap perkauman yang menebal seperti ditunjukkan di negeri Pulau Pinang dimana dia berkuasa penuh.  Melayu habis disingkir dari pulau dengan cara yang cukup sistematik, kita tak panggil dia rasis?

Ambabiga memang cuba menjatuhkan kerajaan dengan cara kekerasan pun.Imej-imej kekerasan oleh perusuh Bersih 3.0 itu bersepah dalam internet yang boleh dirujuk.Semua dapat melihat bagaimana ganasnya puak-puak ini.  Kalau tidak kerana kecekapan polis, lagi tunggang terbaliklah Kuala Lumpur dikerjakan puak-puak kuning belaan Ambabiga.

Lagipun, cakap Datuk Aziz itu dibuat di dalam Dewan Rakyat, takkanlah DAP terlalu bebal untuk tahu bahawa Ahli-Ahli Dewan Rakyat dilindungi imuniti dari sebarang pendakwaan undang-undang. 

MMI.

Kisah Pak Cik Berjanggut Putih !!

Gambar Hiasan
MMI mahu berkongsi sebuah cerita benar yang dialami oleh seseorang dan merupakan sebuah cerita terbaik yang seharusnya disebarkan kepada mereka-mereka di luar sana. 

Kisahnya bermula begini , baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pakcik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya.

Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pakcik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur.

Tiba-tiba, pakcik itu memulakan perbualan.Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.

Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.

Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas.

Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pakcik.

Bahagian ini, menarik sikit. Pakcik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pakcik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pakcik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda.

Minda, kata pakcik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati.

Hati ialah iman, kata pakcik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pakcik lagi.

Ketiga, kuat fizikal.

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pakcik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pakcik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setibanya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pakcik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.Tamat.

Hebatkan ? Soalnya siapa Pak Cik berjanggut putih itu ?

Masyaallah Hebatnya Kuasa Mu Ya Allah ..

MMI.

Wajib Baca - Di Mana Wang Dunia Di Simpan ?


Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi. China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika. Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – hasil kita berjual-beli dengan Amerika. China dan Jepun negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika Syarikat.

Pemaksaan ini melalui dua cara. Pertama, Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual-beli minyak wajib menggunakan kertas dolar kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara dengan Saudi pengeluar utamanya. Sebagai gantinya, kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud daripada dipukul oleh ombak rakyat. Kedua, dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini.

Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual-beli minyak. Jawapannya Saddam digantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih daripada kertas dolar, justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran. Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ia dipanggil fiat money - nilai yang dipaksa. Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru, kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya Amerika Syarikat sebuah negara revolusioner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertasnya sendiri.

Amerika yang merdeka telah membebaskan diri daripada para pemilik bank yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka. Lalu para pemilik bank menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan mereka. Pada tahun 1913, setelah beberapa kali percubaan gagal, akhirnya para pemilik bank telah berjaya memaksa (atau menipu) Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913. Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul.


Pejabat Federal Reserve Bank di New York
yang mempunyai dana melebihi USD$ 1 Trilion.

Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di pinggir Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan. Siapa ahli-ahli lembaga pengarah Federal Reserve ini juga dirahsiakan. Kongres hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan dicadangkan oleh Federal Reserve. Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan, pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke, pengerusinya yang terkini.


Ben Shalom Bernanke Pengerusi Federal Reserve ke-14
yang merupakan seorang yahudi tulen dari US.

Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.

Mengikut akta 1913 ini, pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve. Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar, maka kerajaan wajib meminjam daripada Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan. Lihat bagaimana liciknya konspirasi para pemilik bank ini. Seperti tulisan minggu lalu, para pemilik bank ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa-apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika daripada Federal Reserve dan akan dibayar kembali dengan bunga.

Duit membayar hutang dan riba ini datang daripada tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong, para pemilik bank ini telah mencipta harta Qarun. Inilah punca yang sedang membawa huru-hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – perkembangan ini di Amerika, apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit? Sabar dahulu, biar saya terangkan sejelas mungkin.

Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar. Ia telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para pemilik bank dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia. Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjadi dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini. Justeru, kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini, maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF.


IMF (International Monetary Fund) salah satu kaedah 
mengawal kegiatan ekonomi & kewangan dunia

Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri daripada sistem kapitalis global ini?

Pertama, banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama.

Kedua, tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Putih yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para pemilik bank dan Central Bank (nama asal Federal Reserve). Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam daripada Central Bank. Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini.

Ketiga, tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para pemilik bank dan kaum pemodal ini. Semenjak 1913, pemilik banker ini telah membuat jaringan, kabel dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus.

Hari ini kabel rahsia para pemilik bank ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika. Hasilnya, media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para pemilik bank dan kaum pemodal ini. Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu, media cetak masih lagi bergerak bebas. Hari ini yang tinggal hanya enam buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media.

Syarikat-syarikat media ini pula dimiliki oleh para pemilik bank. Malah jika menyelidik dengan rapi, kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita. Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabel-kabel rahsia seperti Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull dan Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasai oleh pemodal dan pemilik bank yang sedang merancang untuk memunculkan satu Order Baru Dunia.


Upacara Ritual Menyembah Lucifier (Syaitan) oleh kumpulan bawah tanah
Bohemian Grove yang dianggotai puak berpengaruh di seluruh dunia
termasuk bekas-bekas Presiden US.

Di belakang semua ini, nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya-raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.

Kabel rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi dan Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom. Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.

Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada mereka ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabel rashia ini.

Justeru, kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan, maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan, maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan turut bersuara. Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam, maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul Haq, mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik.

Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan. Hari ini sebenarnya tidak ada masalah kecairan. Apa yang berlaku, peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para pemilik bank ini. Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai.

Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini. Buat ketika ini, di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.

Kertas mampu membeli segala-galanya.

Beringatlah wahai saudaraku!

MMI.

Penang Bridge Terbaik !!


Jambatan Pulau Pinang sememangnya merupakan salah satu daripada pembinaan terbaik yang pernah dibina dalam negara Malaysia.Sama pentingnya dengan lain-lain pembinaan seperti KLCC, Putrajaya,KLIA,Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi.

Betapa pentingnya jambatan Pulau Pinang ini kepada rakyat dan negera sehingga kerajaan terpaksa membina satu lagi jambatan yang kini masih dalam pembinaan.

Semuanya kerana rakyat amat-amat memerlukan laluan alternatif ini selain pengangkutan feri yang disediakan bagi memudahkan segala urusan lebih-lebih lagi di negeri Pulau Pinang.

Apa yang mahu di kongsikan di sini adalah pengalaman MMI sendiri bersama 2 orang rakan yang sentiasa menggunakan jambatan untuk sebarang urusan di sebelah pulau.

Satu malam dalam perjalanan pulang bagi satu urusan di pulau,kereta yang dinaiki oleh MMI dan rakan tiba-tiba mengalami kerosakan.Setelah berhenti di susur hentian rupa-rupanya "temperature" tinggi kerana kehabisan air.

Apa lagi terpaksa tunggu sekejaplah untuk sejukkan enjin kereta yang tengah panas tu.

Tapi apa yang membanggakan MMI adalah tindakan pantas daripada unit ronda PLUS yang kemudiannya muncul untuk membantu.



Jutaan terima kasih MMI ucapkan kepada petugas-petugas terbabit kerana menjalankan tugas dengan penuh berhemah.Sejuk hati melihat sikap yang ditunjukkan oleh petugas-petugas tersebut.

Lebih kurang 30 minit selepas itu kereta dapat dihidupkan semula dan kami pulang ke rumah masing-masing dengan selamat.

Keperihatinan petugas Plus Ronda tersebut akan sentiasa MMI kenang.Malah pujian harus diberikan juga kepada pihak pengurusan Penang Bridge dan semua yang terlibat kerana dedikasi yang kamu semua tunjukkan pastinya membuatkan setiap pengguna akan merasa selamat apabila menggunakan jambatan Pulau Pinang.

Teringat MMI inilah jambatan yang dulunya mendapat bangkangan yang begitu hebat oleh juak-juak pembangkang.

Tapi hari ini mereka jugalah yang turut menggunakannya malah pastinya juak-juak pembangkang juga pernah mengalami masalah yang sama seperti MMI lalui dan sudah tentu petugas-petugas Plus Ronda yang penuh dedikasi itu turut membantu.

Apa pun dalam tempoh masa pilihan raya yang makin hampir Barisan Nasional Pulau Pinang telah pun berikrar sekiranya BN kembali sebagai kuasa pemerintah di Pulau Pinang maka mereka akan meminta kerajaan pusat untuk menghapuskan tol laluan motorsikal.Klik Sini

Baguslah sekurang-kurangnya dapat meringankan beban rakyat yang saban hari berulang alik di antara Seberang Perai dan Pulau.

Walaupun ianya hanya untuk pengguna motorsikal MMI menyambut baik cadangan ini kerana sudah tahu Barisan Nasional hanya akan membuat janji kepada sesuatu yang boleh ditunaikan bukannya berjanji untuk mendapatkan undi semasa pilihan raya sahaja.

Dalam masa yang sama diberitakan Pakatan Haprak di Pulau Pinang turut berjanji akan memansuhkan semua tol jambatan sekiranya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya ke13 nanti.

Fuh! Lagi dasyat cumanya MMI nak ingatkan hati-hati dengan janji juak-juak Pakatan Haprak ni sebab selalu sangat kencing orang.

Masih ingat janji Guan Eng nak mansuhkan tol Sungai Nyior masa 2008 tapi sampai sekarang janji tinggal janji.

Apa pun kita semua rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang kena berterima kasih kepada Tun Mahathir kerana beliaulah jambatan Pulau Pinang tersergam indah memberikan perkhidmatannya.

Jangan lupa tu !!

MMI.

Wednesday 27 June 2012

GEMPAR ! Kerana Politik Isteri Di Bunuh !!

Gambar Hiasan
Hanya kerana enggan mengundi calon presiden dari Ikhawanul Muslimin, seorang wanita maut selepas dipukul oleh suaminya yang juga seorang tukang paip.

Wanita itu mati dipukul selepas suaminya mendapat tahu dia tidak mengundi Mohammed Mursi, lapor akhbar tempatan, Al-Wafd.

Menurut polis, pertengkaran antara pasangan itu kemudiannya bertukar menjadi tragedi dan wanita itu tetap dipukul biarpun dia merayu suaminya supaya tidak berbuat demikian.

Dia meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah.

Betapa kejamnya manusia kerana politik sanggup membunuh.

Banyak pengajaran daripada peristiwa yang berlaku ini dapat dijadikan sebagai pedoman kita semua pada masa mendatang.

Pertama lihat bagaimana kuasa politik menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan.

Kedua lihat bagaimana sikap terlalu taksub kepada perjuangan politik mengheret kepada kejadian pukul memukul malah dalam bab ini sampai hilang nyawa.

Ketiga betapa mereka di Mesir begitu terdesak dan obses untuk menyelamatkan negara daripada kancah kekacauan yang sebenarnya diciptakan oleh mereka sendiri.

Jika di rangkumkan kesemua di atas jelas ianya sebenarnya sudah mula menular di Malaysia cumanya pendekatannya sahaja agak berbeza sedikit.

MMI ada buktinya.

Bayangkan kini sudah terdapat parti politik yang menjanjikan syurga kepada mereka yang menyokong perjuangan mereka.

Sikap terlalu taksub kepada pemimpin bukan perjuangan.

Penyokong bertindak ganas mencetuskan huru hara dan sudah sampai ke tahap mendatangkan kecederaan sesama bangsa dan seagama.

Bukankah ketiga-tiga perkara diatas merupakan satu contoh paling ketara yang boleh disamakan dengan apa yang berlaku di Mesir ?

Jadi beringatlah puak-puak songsang ini berada disekeliling kita.

MMI yakin jika dibiarkan merekalah yang bakal menjadi sekumpulan manusia yang mencetuskan huru hara paling dasyat dalam negara dan merekalah juga yang pasti terkial-kial mahu menyelamatkan negara daripada apa yang dicetuskan oleh mereka sendiri.

Pilihan raya presiden Mesir itu menyaksikan kemenangan Mohammed selepas beliau berjaya menewaskan seorang lagi calon yang merupakan Perdana Menteri terakhir era Hosni Mubarak iaitu Ahmed Shafiq.Klik Sini

MMI.

PANAS ! Kondom Bakal Di Edar Percuma


Menteri Kesihatan Indonesia Nafsiah Mboi mengulangi pendirian beliau bahawa kementeriannya tidak akan mengedarkan kondom percuma kepada golongan remaja dalam usaha mengelak penyebaran penyakit HIV/Aids di negara itu.

“Kita hanya akan mengedarkan kondom di tempat tertentu seperti kawasan pelacuran, rumah urut, tempat tumpuan pelancong dan kawasan kegiatan seks berisiko tinggi,” katanya ketika bercakap pada mesyuarat dengan anggota Suruhajaya Dewan Perwakilan lX yang meminta penjelasan kenyataan beliau mahu mengedarkan kondom percuma kepada remaja.

“Kami tidak akan mengedarkan kondom percuma kepada remaja,” katanya. Timbalan Speaker Dewan Perwakilan, Pramono Agung juga mengingatkan Nafsiah semalam bahawa mempromosikan penggunaan kondom dikalangan remaja hanya akan menggalakkan mereka melakukan hubungan seks bebas.

“Ada lagi banyak perkara lain yang lebih penting perlu dilakukan seperti meningkatkan perkhidmatan di hospital dan memperluaskan skim insuran kesihatan dikalangan penduduk miskin,” kata Pramono.

Nafsiah berkata kondom percuma akan diedarkan hanya kepada golongan miskin berisiko tinggi dan menegaskan, kerajaan tidak mahu mereka dijangkitan penyakit jangkitan seksual termasuk HIV/Aids, hanya kerana mereka tidak mampu membeli kondom. Mengenai pelajar sekolah beliau berkata, apa yang penting ialah memberi pendidikan agama dan moral kepada mereka selain pengetahuan mengenai kesihatan dan reproduktif.Klik Sini

Kalaulah semua ni berlaku di Malaysia sudah pasti juak-juak Pakatan Haprak khususnya Pas akan bertakbir gegak gempita seluruh negara kerana membantah tindakan pengedaran kondom secara percuma.

Malah MMI yakin Nik Aziz dan seluruh pimpinannya bakal mengeluarkan fatwa terbaru demi untuk membuktikan kepada seluruh rakyat tindakan tersebut adalah salah di sisi agama Islam.

Tapi jangan risau perkara tersebut berlaku di Indonesia tapi rasanya juak-juak Pas boleh cedok idea ni maklumlah sekarang ni Pas dah boleh bertolak ansur dalam memberikan lesen-lesen rumah urut,pusat hiburan dan lain-lain.

Lihat saja di Pulau Pinang,Kedah,Selangor malah Kelantan sekalipun , Jadi pakat-pakat ajak Unit Amal pi edarlah kondom-kondom percuma tu.

Nasib baik kondom bukan pakai di mulut kalau tak,nak juga MMI bagi percuma dekat pimpinan Pakatan Haprak supaya putar belit dan pembohongan yang bakal keluar dari mulut mereka boleh disekat daripada terus keluar.

Pssst Teringat kata-kata P.Ramlee "Ini di panggil Family planning" hehehe..

MMI.

Pulau Berharga AS6.5 Juta !!


VIENNA – Sebuah firma Austria akan membina pulau buatan manusia yang boleh terapung tetapi tidak mempunyai enjin.

Pulau tersebut bakal dijual pada harga AS$6.5 juta (RM20.5 juta).

Menurut pengasas syarikat Orsos, Gabor Orsos berkata, pulau tersebut boleh berlabuh di mana-mana lokasi.

Beliau menyatakan ia turut boleh ditunda ke lokasi lain.

“Minat terhadap pulau itu datang dari serata dunia termasuk Australia, China dan Amerika Syarikat,” katanya semalam.

Orsos yang berasal dari Hungary menyatakan pihaknya memperoleh beberapa pembeli berpotensi dari Australia pada minggu depan.

Pulau itu dilengkapi dengan panel solar dan generator berkuasa angin.

Seramai 12 orang boleh tidur termasuk kru dan keluasannya ialah 1,000 meter persegi.

Pulau pertama itu akan siap dibina dalam tempoh antara 18 bulan hingga dua tahun.

Pembinaan pulau tersebut akan dilakukan di Slovakia. – AFP

Wah ! selepas ni berlumba-lumba lah mereka-mereka yang berkemampuan membeli pulau buatan tersebut.

Setakat artikel ini ditulis tak ada lagilah warganegara Malaysia yang membelinya cuma yang MMI dengar ada dikalangan warganegara kita yang semakin bimbang takut-takut Pakatan Haprak khususnya DAPigs menjual Pulau Pinang.

Jika dilihat keadaan sekarang tak mustahil Pulau Pinang boleh dijual atau pun menjadi Singapura 2.

MMI nak juga tanya agak-agak kalau Pulau dijual berapa kerat penduduk di Pulau Pinang mampu beli Pulau Buatan seperti gambar diatas ?

MMI.

Tuesday 26 June 2012

SUARAM - Ancaman & Pengkianat Negara


Usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan seperti mana berlaku di Mesir, bukanlah omong kosong sebaliknya ia benar-benar wujud.

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Datuk Salleh Ismail berkata, berita-berita mengenai ancaman itu sama ada dari luar mahu pun dalam negara seperti dilaporkan sebelum ini adalah benar dan bukannya andaian.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, gerakan untuk menjadikan keadaan di Malaysia sama seperti di Mesir dan beberapa negara Asia Barat sememangnya wujud dengan dibantu oleh musuh dari luar.

"Usaha ini dibantu oleh musuh dari luar yang kita tahu mempunyai agenda untuk menguasai rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Antara bukti paling jelas adalah tindakan SUARAM berkenaan isu pembelian kapal selam "scorpene" milik negara.

Bermacam-macam fitnah telah dilontarkan bukan saja kepada kerajaan Malaysia malah kepada individu tertentu termasuklah YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kini Suara Rakyat Malaysia (Suaram) didesak membuat permohonan maaf berhubung dakwaan mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isu kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ini kerana dakwaan tersebut tidak mempunyai sebarang bukti kukuh untuk membabitkan Najib dalam dua isu tersebut.

Kata beliau, berdasarkan fakta, penganalisis politik, Abdul Razak Baginda hanya mula mengenali Altantuya pada 2004 iaitu selepas kerajaan menandatangani perjanjian pembelian kapal selam Scorpene pada 2002.

Jelasnya, rekod Jabatan Imigresen Perancis juga tidak menunjukkan kemasukan Altantuya ke negara itu untuk tempoh tahun 1999 hingga 2006 sedangkan dakwaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit menyebut kononnya Altantuya pernah menemui Najib dan Abdul Razak di Perancis.

Menurut beliau, jarak masa yang ditonjolkan menerusi dua fakta penting itu pasti menggagalkan niat jahat pembangkang dalam usaha mengaitkan dua kes itu.

''Suaram turut menimbulkan keraguan bahawa Altantuya pernah dilantik sebagai penterjemah dalam rundingan mengenai kontrak pembelian kapal selam itu biarpun model itu tidak tahu berbahasa Perancis.

''Justeru, Suaram perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana memberi gambaran buruk negara di mata dunia melalui keraguan yang ditimbulkan itu.

''NGO ini perlu juga memohon maaf kepada kerajaan dan Perdana Menteri kerana menuduh tidak telus dalam perjanjian pembelian kapal selam itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tindakan pihak yang membuat tempelan gambar Najib bersama Altantuya dan Abdul Razak sedangkan tiada tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terbabit.

''Perkara ini jelas merupakan penghinaan besar kepada Perdana Menteri. Saya hairan kenapa sampai hari ini tiada tindakan diambil," katanya.

Beliau turut mendesak Suaram agar membuat penafian terhadap dakwaan ada pihak atau individu membiayai semua kos kegiatan Suaram di Perancis.

Soalnya ada berani ??

Jika diamati betul-betul amat jelas sekali SUARAM adalah ancaman dan pengkianat kepada kerajaan dan negara.

MMI.

Tuduhan & Fitnah - SPR Buat Laporan Polis


Pertama sekali MMI menyokong tindakan SPR membuat laporan polis terhadap pelbagai fitnah dan tuduhan yang lemparkan oleh mereka-mereka diluar sana.Percaya bahawa tindakan menuduh dan menfitnah terhadap SPR dibuat hanyalah untuk membangkitkan sentimen kemarahan rakyat supaya SPR dilihat sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan mampu memastikan kemenangan satu-satu parti yang bertanding dengan mengubah keputusan undian rakyat.

Semuanya bermula apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membuat laporan polis bagi menjaga nama baik dan integriti sebagai sebuah badan bebas agar siasatan lanjut dijalankan untuk memastikan tiada mana-mana pihak sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan memfitnah.


Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, beliau membuat laporan polis berdasarkan dakwaan yang dibuat oleh bekas ahli UMNO, Zulkifli Ismail seperti disiarkan di dalam akhbar Harakah bilangan 1750, 11 hingga 14 Jun 2012 di muka surat N24.

“SPR memandang serius dakwaan dan tuduhan ini. Zulkifli mengaku bahawa pernah mengundi dua kali pada pilihan raya umum tahun 80-an di dua pusat pengundian iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Kunci Air, Tanjung Karang.

“Dia juga mendakwa SPR menipu apabila satu nama boleh mengundi di semua unit pusat mengundi dan pada pilihan raya umum 2008, tiga rakannya tidak dapat mengundi disebabkan nama mereka sudah digunakan orang lain," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kamaruddin lagi, Zulkifli turut mendakwa SPR mengeluarkan kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama orang lain dan gambar orang yang akan mengundi.

“Dakwanya lagi, SPR menggunakan nama pengundi yang dikenal pasti tinggal di luar negara dan tidak balik mengundi.

“Zulkifli juga mendakwa melalui sumber maklumat yang diperoleh, kad pengenalan palsu (MyKad) dibuat di kilang di Klang dan cip dalam kad pengenalan itu dari China," ujarnya. - UTUSAN.

MMI kata , kemenangan Pakatan Haprak di Pulau Pinang,Kedah dan Selangor juga boleh dipertikaikan kerana mungkin juak-juak Pakatan Haprak mengundi seorang seratus kali pada hari pengundian tersebut. 

Semua rakyat Malaysia sudah mengenali siapa di sebalik Pakatan Haprak kalau buka mulut saja sudah pasti fitnah dan penipuan sentiasa menjadi agenda.

Apa pun tindakan SPR membuat laporan polis seharusnya menjadi pentas terbaik untuk Zulkifli memberikan bukti di atas apa yang diungkapkannya.

Pssst bagi bukti bro jangan cakap saja..Kat mana kilangnya ??

MMI.

Monday 25 June 2012

GEMPAR ! Apa Kaitan Wanita Ini Dengan Rafizi ?


Apa istimewanya wanita dalam gambar diatas ? Apa kaitan beliau dengan apa yang bakal MMI dedahkan ? Untuk mengetahuinya ikuti artikel dibawah.

Semua orang sudah sedia maklum berkenaan isu PTPTN yang menjadi kontroversi apabila timbul usaha-usaha pihak-pihak tertentu yang menuntut supaya ianya dimansuhkan.Dimansuhkan bererti mereka menuntut supaya pendidikan di negara kita ini diberikan secara percuma oleh pihak kerajaan.

Maka di ketika itu tampillah pelbagai pihak yang kononnya membawa suara rakyat dan mahasiswa di seluruh negara.

Pelbagai usaha dilakukan lebih-lebih lagi oleh sekumpulan mahasiswa yang mendabik dada kononnya mereka mewakili seluruh mahasiswa di Malaysia dengan menganjurkan satu perkhemahan ala-ala pengakap di Dataran Merdeka tempoh hari.

Ianya bukan saja berakhir di situ kerana juak-juak Pakatan Haprak melihat isu ini sebagai satu kaedah untuk mereka mendapatkan sokongan para mahasiswa supaya menyokong mereka dan menolak kerajaan Barisan Nasional.



Lalu bergemuruhlah seluruh negara dengan siri-siri ceramah oleh pimpinan Pakatan Haprak diserata pentas ceramah mereka dengan diikuti oleh gema laungan TAKBIR oleh segelintir puak-puak kuda tunggangan mereka.

Malah tidak keterlaluan MMI katakan ianya menjadi topik paling panas sehinggakan berlakunya debat diantara Rafizi Ramli dengan KJ anjuran Sinar Harian.


Namun apa yang MMI mahu utarakan disini adalah setiap tindakan yang dilakukan oleh puak-puak ini hanyalah kerana kepentingan politik sempit yang dibawa oleh Pakatan Haprak.

Melihat kepada isu perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka amat jelas sekali ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan budaya rakyat Malaysia apatah lagi melibatkan mereka yang masih dialam pengajian.

Perkhemahan tersebut sebenarnya menunjukkan kepada kita dengan amat jelas bahawa berlaku pergaulan bebas diantara lelaki dan wanita malah dijadikan pula perkhemahan tersebut sebagai tempat untuk menghalalkan segala-galanya.



Ikuti juga pendedahan ini.



Hebat bukan ? Inilah yang dicanang ke seluruh negara oleh Pakatan Haprak kononnya tindakan mahupun perjuangan menuntut pendidikan percuma oleh mahasiswa perlu disokong tetapi dalam masa yang sama mereka diperalat untuk menjadi robot kepada Pakatan Haprak.

Namun segala-galanya terjawab kini tindakan maha bodoh robot-robot Pakatan Haprak ini sebenarnya tidak di sokong malah ditolak oleh para mahasiswa dan mahasiswi di seluruh negara.

MMI berterima kasih kepada pendedahan yang dibuat oleh mymassa.blogspot.com berkenaan tulisan seorang penulis blog bernama Hanis Zalikha seorang model, pelakon, blogger dan juga graduan kelas pertama yang telah menulis berkenaan isu PTPTN dan beliau sebenarnya adalah bukti bahawa tindakan serta gerakan oleh robot-robot Pakatan Haprak tidak diterima.


Hanis Zalikha dilihat sebagai seorang mahasiswi yang tahu bagaimana negara berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada generasi demi generasi dan sebahagian daripada jutaan rakyat Malaysia yang tahu erti berterima kasih dan juga tanggungajawab sebagai seorang peminjam dan pelajar. 

Tindakan beliau menulis dalam laman blognya membuktikan bahawa para mahasiswa dan mahasiswi yang terpelajar sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah dengan PTPTN malah MMI yakin sekiranya mereka mahukan sesuatu contohnya untuk melihat PTPTN ditambah nilai dan diperbaiki semestinya mereka menggunakan saluran yang sebetulnya bukannya dengan berdemo dan berkhemah.

Inilah sebenarnya hasil kejayaan kerajaan Barisan Nasional dalam memberikan yang terbaik kepada rakyatnya.Zulaikha adalah satu contoh mereka yang cemerlang hasil daripada perjuangan ini dan mereka mampu menggunakan akal fikiran yang waras dalam menangani sesuatu isu yang berlaku.

MMI juga tertarik dengan artikel beliau apabila mendapat komen-komen yang cukup positif malah boleh dikatakan pandangan daripada mereka-mereka yang tahu bahawa PTPTN bukan satu bebanan tetapi merupakan satu bentuk bantuan bukan paksaan dan lebih penting mereka tahu tanggungjawab sebagai peminjam.


Sebahagian daripada komen-komen yang dibuat dalam artikel milik Hanis Zulaikha,walaupun terdapat juga komen yang masih mempertikaikan tindakan kerajaan tidak menyediakan pendidikan percuma tetapi rata-rata menunjukkan mereka adalah barisan terpelajar yang bakal menjadi generasi pelapis selepas kita yang tahu menghargai segala sumbangan kerajaan dan mereka-mereka yang terdahulu sebelum kita.Klik Sini.

Kadang-kadang dalam satu-satu isu Pas dilihat lebih banyak bercakap daripada bertindak.Begitulah juga dengan isu PTPTN ini boleh dikatakan hampir setiap ceramah mereka pastinya akan berkumandang isu ini malah dalam setiap program apa pun contohnya debat Rafizi dan KJ merekalah yang lebih galak.

Cumanya MMI masih menantikan apa tindakan Pas berkenaan yuran yang dikenakan kepada setiap pelajar yang memasuki PASTI untuk mereka yang berumur 4 dan 5 tahun mahu dimansuhkan ?


Yang pasti Rafizi meletak jawatan bukan kerana wanita ini namun Rafizi seharusnya malu dengan seorang mahasiswi bernama Hanis Zalikha yang jauh lebih hebat pemikirannya jika dibandingkan dengan seseorang yang memegang jawatan Pengarah Strategik sebuah parti yang kononnya memperjuangkan rakyat.

Bezanya hasil usaha UMNO dan Barisan Nasional dengan Pakatan Haprak adalah UMNO dan kerajaan Barisan Nasional berbangga kerana lahirnya seorang mahasiswi seperti Hanis Zulaikha manakala Pakatan Haprak dengan idola mahasiswanya Adam Adli.

Agak-agak ampa nak ikut sapa ??

MMI.

Indonesia Makin Kurang Ajar !!


Makin biadap! itu adalah antara perkataan yang paling sesuai sekali ditujukan kepada negara Indonesia hari ini kerana tindakan rakyatnya yang tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.

Tindakan menyerang kedutaan Malaysia jelas merupakan satu tindakan yang tidak boleh dimaafkan kerana ianya mampu mengundang kepada kecelakaan dan keselamatan warga Malaysia yang berada di negara terbabit.

Malaysia sama sekali tidak dapat menerima tindakan kekerasan yang membabitkan kepentingan negara ini di Indonesia dan komen-komen provokatif yang telah dilakukan oleh beberapa pihak di Indonesia kebelakangan ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, tindakan kekerasan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang dikatakan mewakili Pemuda Pancasila di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan dan di hadapan Wisma Malaysia di Menteng, Jakarta, pada 22 Jun lepas serta komen-komen provokatif oleh seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia dalam program "Neo Democrazy" siaran Metro TV pada 21 Jun lalu merupakan tindakan yang boleh dikecam.

"Adalah amat dikesali sekali tindakan liar dan komen-komen provokatif tersebut dibuat ekoran tuduhan meleset dan ketidakfahaman tentang rancangan atau rencana untuk melestari dan memelihara budaya warisan masyarakat Mandailing yang berasal dari Sumatera di Malaysia.

"Rancangan tersebut sememangnya tidak bermaksud bahawa budaya warisan berkenaan berasal dari Malaysia," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Anifah berkata, tindakan kumpulan penunjuk perasaan tersebut telah mengakibatkan kecederaan kepada seorang anggota keselamatan/pengaman Kedutaan Malaysia yang ditempatkan di Wisma Malaysia dan hampir mencederakan seorang anggota yang lain.

Kedua-dua anggota keselamatan yang bertugas merupakan warga Indonesia.

Katanya, tindakan kekerasan tersebut juga telah mengakibatkan kerosakan kepada bangunan Wisma Malaysia dan persekitarannya, di samping mengancam keselamatan pegawai dan kakitangan serta keluarga mereka yang ditempatkan di bangunan berkenaan.Klik Sini

Barangkali mereka di Indonesia lupa bahawa puluhan ribu warga mereka berada di Malaysia demi mencari rezeki dan mungkin juga terlupa kesan yang mungkin berlaku sekiranya rakyat Malaysia bertindak balas.

Apa pun yang berlaku MMI amat-amat mengharapkan kerajaan mengambil tindakan paling tegas dalam hal ini kerana tindakan yang dilakukan mereka sememangnya tidak boleh dimaafkan.

Setakat artikel ini ditulis tidak pula MMI mendengar mahupun melihat kelibat malah suara daripada mereka yang kononnya pejuang hak asasi manusia seperti SUARAM dan pimpinan Pakatan Haprak yang lain membuat kenyataan untuk mengutuk tindakan yang dilakukan oleh rakyat Indonesia yang melancarkan protes ganyang Malaysia ni ?

Opss terlupa MMI,mereka-mereka semua sama saja dengan puak-puak di Indonesia tu tak sukakan negara Malaysia.

Pssstt dengar kata puak-puak yang buat protes di Indonesia tu dibayar ooo sama la dengan puak-puak yang buat protes di Kuala Lumpur tempoh hari.HAPRAK!

MMI. 

Sunday 24 June 2012

Realiti Politik Semasa


Perjuangan politik hari ini menuntut kita semua untuk lebih berusaha.Berusaha bukan saja untuk segala urusan parti tetapi berusaha untuk mencari ilmu kepada perjuangan yang kita perjuangkan.Melihat kepada senario politik ketika ini amat mudah lidah dan sedikit kalam mampu membutakan mereka yang lemah dan malas dalam mencari kebenaran ilmu dipesongkan.

Ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah kerana ianya melibatkan generasi demi generasi yang bakal menggantikan mereka-mereka yang bergelar pemimpin.

Apa mahukah kita satu hari nanti meninggalkan legasi perjuangan songsang kepada generasi selepas kita ? Percayalah tidak ada mana-mana kumpulan mahupun pimpinan parti politik yang mahu melihat negaranya,bangsanya dan agamanya diwarisi oleh mereka yang tidak mengenali maruah perjuangan sebenar.

Soalnya disini bila menyebut tentang maruah dan perjuangan dimana kita dalam mempersiapkan agenda untuk memastikan mereka tidak sesat dalam kancah peperangan politik yang memerlukan segala keringat di curahkan kepada mempersiapkan angkatan yang mampu membela anak bangsa selepas kita.

Perpaduan adalah kunci kepada segala-galanya dan dalam realiti politik semasa pada hari ini, perlu diperhari masing-masing bekerjasama di dalam bab apa. Soal demokrasi, soal hukum pecahan parti, soal perpecahan umat islam (tidak mahu bersatu dengan umat Islam tetapi bersatu dengan bukan Islam), kesemua itu merupakan bab-bab dan hukum-hukum yang berbeza perbincangannya. Sekarang ini kita membicarakan juzuk daripada perkara-perkara tersebut, iaitu apabila dibahaskan tentang kerjasama, kerjasama yang bagaimana dan di dalam bab apa ?

Sekiranya kerjasama yang wujud adalah dalam bab politik atau perkara yang tidak mensabitkan ketakwaan, prinsip, serta dasar akidah maka hukumnya harus – tiada masalah. Tetapi sekiranya kerjasama yang berlaku menyentuh prinsip dan dasar akidah, bahkan ada cubaan merobohkan akidah Islam atau cubaan mengangkat akidah selain daripada Islam, maka  kerjasama itu adalah kerjasama yang haram.

Ada orang gelojoh dalam mengeluarkan fatwa. Dulu dikeluarkan fatwa memadai menyertai kumpulan MIC dan MCA maka seseorang itu dikategorikan sebagai kufur (kafir). Tetapi pada hari ini apabila golongan mereka menyertai DAP, mereka mula memberikan takwilan. Takwilannya adalah dengan menggunakan istilah tahalluf siyasi.

Kita mendengar ia seolah-olah istilah islami. Tahalluf siyasi maksudnya ialah pembahagian kerusi. Semata-mata untuk mencapai matlamat perjuangan seperti Putrajaya, kemenangan, maka diharuskan berbahagi kerusi. Masalahnya bukan beri sedikit, tetapi beri banyak dan yang memberi itu sendiri menjadi minoriti. Itu sudah jadi lain, bukan tahalluf siyasi.



Mereka mengatakan UMNO bersekongkol dengan kafir di dalam Barisan Nasional sedangkan mereka asing-asing. Asing-asing apa? Ia ibarat perkataan riba yang cuba digantikan dengan perkataan-perkataan islamik (untuk menghalalkannya) seperti menggunakan istilah bai’ (nampak islamik) sedangkan tidak boleh demikian kerana perkara yang haram tetap haram hukumnya, dan yang halal adalah halal. Sabda Nabi SAW, maksudnya:

“Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang meninggalkan syubhat maka sesungguhnya dia telah menyelamatkan agamanya dan maruahnya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

Mereka mendakwa dan menuduh kita bersekongkol dan sebagainya, sebenarnya di dalam Barisan Nasional ini UMNO lebih dominan. Bukanlah kita katakan BN yang terbaik, tetapi alangkah baiknya sekiranya umat Islam bersatu secara keseluruhannya. Apabila bersatu sudah semestinya kita dapat melakukan banyak perubahan. Fikirlah kepada perpaduan, bukan kita menjadi titik pembawa kepada perpecahan.Klik Sini

MMI.

Labels