Followers

Saturday 30 July 2016

Guan Eng BEBAL Dengan PAN ??


Setelah berhempas pulas meyakinkan PKR supaya menerima keputusan DAP untuk mengadakan PRN tidak berjaya , Guan Eng ternyata buntu dengan percaturan politik parti tersebut.

Kebuntuan itu lebih menyakitkan hati apabila PKR dilihat menolak cadangan DAP yang begitu memerlukan sokongan sekutunya demi menyelamatkan kedudukan politik Lim Guan Eng.

Lebih perit lagi apabila PAS yang selama ini dimangsakan oleh DAP dan dipergunakan sebagai pencacai politik parti cauvinis ini dilihat lebih agresif mempertikaikan keputusan DAP malahan mempersoalkan pula pendirian serta keputusan Guan Eng.

Dalam keadaan tertentu , MMI melihat bahawa gerakan penuh agenda politik peribadi ini seolah-olah langsung tidak mendapat sokongan waima daripada parti-parti dalam Pakatan Haprak sendiri termasuklah PAN.

Sejak Guan Eng dan DAP memulakan gerakan untuk mengadakan PRN , rasanya PAN gagal untuk menyumbang sama ada dari segi kempen mahupun membalas kritikan PKR dan PAS.

Apa sudah jadi dengan PAN ?

Sebagai parti yang dilahirkan dari acuan DAP , PAN seharusnya tampil lebih awal dan WAJIB menjadi benteng mempertahankan pendirian Guan Eng dan DAP.

Tetapi rentak PAN ternyata begitu lemah sekali sehingga DAP dilihat berseorangan dalam perang saudara kali ini.

Lebih mengejutkan lagi diberitakan pula Guan Eng sudah hilang sabar dengan PAN dan parti itu sudah pun diarahkan agar segera bertindak jika mahu terus bersama DAP !

Soalnya sejauh mana kebenaran perkhabaran ini ?

Apakah benar Mat Sabu kena marah dengan Guan Eng kaw kaw punya ?

Jujurnya MMI kurang pasti tetapi kalau melihat dari tindakan terkini PAN , rasanya mungkin !

1.Mat Sabu tiba-tiba mula menagih simpati daripada PKR

Ketika perang mulut antara pimpinan DAP dan PKR panas di media sosial, Presiden PAN, Mohamad Sabu mengungkit semula isu gelaran ‘Anwarinas’ yang dilabel kepada kumpulannya ketika berada dalam PAS.

“Ketika di dalam PAS, sekumpulan pemimpin mereka diberi pelbagai gelaran hanya kerana cuba mempertahankan keutuhan Pakatan Rakyat pada setiap kali mesyuarat parti itu.

“Antara gelaran yang diberikan kepada adalah “Anwarinas”. Gelaran itu diberikan apabila kumpulan ini mempertahankan keputusan Pakatan Rakyat mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah.

“Namun sebahagian pemimpin PAS yang lain tidak menyukai keputusan ini. Lalu gelaran Anwarinas ini berkumandang setiap kali menjelang muktamar PAS. Paling parah Muktamar 2015, apabila sekumpulan yang mempertahan Pakatan Rakyat dan mempertahan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menjadi mangsa sehingga berlaku rancangan penyingkiran kepada kumpulan ini sekaligus menguburkan muafakat Pakatan Rakyat.Sambung SINI 

2.Pengerusi PAN P.Pinang Beri Amaran Pada PAS

Datuk Mujahid Yusof Rawa memberi amaran bahawa parti itu akan menentang sebarang usaha mana-mana pihak, termasuk PAS, yang cuba mahu memecahkan Pakatan Harapan.

Mujahid berkata kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini dalam sebuah akhbar Cina menunjukkan beliau cuba ‘menganggu’ urusan pakatan berkenaan.

Ujarnya, adalah lebih baik jika pemimpin PAS itu memberi tumpuan untuk mengenalpasti musuh sebenar dan tidak bertindak melagakan PAN dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Mujahid merujuk kepada kenyataan Tuan Ibrahim yang dilaporkan sebuah akhbar Cina, bahawa PAS akan mempunyai ‘kerjasama bersyarat’ dengan PKR sekiranya PRN mengejut diadakan di Pulau Pinang.Baca seterusnya di SINI 

Semacam dirancangkan ?

Mat Sabu uruskan PKR manakala Mujahid uruskan PAS .. Selebihnya nanti mungkin kita akan melihat gerakan dari jentera PAN pula ... Tidak ada yang mustahil !

Hebatkan ?

Apa yang MMI boleh katakan semuanya secara tiba-tiba , daripada PASIF ke AGRESIF ... Kenapa ya ?

MMI

Friday 29 July 2016

Bila Afif & AMK Nak Tumpang GLAMOUR , Alahai ...


Sesuatu yang jelas adalah suasana politik negara pada hari ini berada dalam keadaan yang cukup panas.Kepanasan itu bukan sahaja melibatkan gerak dakyah pihak-pihak tertentu yang menyerang kepimpinan negara dengan membabi buta tetapi turut dipanaskan dengan skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa taiko besar dalam Pakatan Haprak Lim Guan Eng.

Kita tahu bahawa isu melibatkan 1MDB dan siasatan oleh DOJ yang diwar-warkan ketika ini mendapat pelbagai reaksi dari kalangan masyarakat.Oleh yang demikian pelbagai pihak telah tampil dengan menjawab segala tuduhan liar yang dilemparkan termasuklah jaminan kerajaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada siasatan tersebut.

Isu pokoknya adalah semua pihak sebenarnya mahu mendapatkan kepastian termasuklah keputusan tentang sejauh manakah semua pertuduhan itu benar atau tidak.Apakah nama-nama yang dituduh itu benar-benar bersalah seperti mana yang diwar-warkan ?

Untuk itu adalah wajar semua pihak memberikan penumpuan kepada siasatan bukannya mencipta spekulasi demi spekulasi yang boleh membunuh keyakinan rakyat terhadap institusi perundangan sama ada dalam negara mahupun luar negara.

Sejarah telah membuktikan betapa mereka-mereka yang punya kepentingan mahupun kehendak untuk menghancurkan sesebuah negara bijak memanipulasi keadaan.Rakyat dipergunakan sebagai perisai kepada agenda penuh jijik dan media menjadi medium utama menyebarkan propaganda licik semata-mata untuk menghancurkan demokrasi.

Lebih malang lagi apabila agenda ini turut disokong oleh segelintir warga tempatan dengan pelbagai alasan dan akhirnya warga marhainlah yang bakal menjadi mangsa keadaan.Lihat apa yang telah berlaku di bumi Iraq , Syria , Libya , Afghanistan dan lain-lain semuanya kini berada dalam keadaan yang cukup memeritkan.

Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka , sudah tentulah perkara seumpama itu perlu dinyahkan jauh-jauh.Selagi mana kita punya kuasa maka kita harus menggunakan kuasa tersebut bagi menghalang dakyah dan agenda jahat ini daripada terus menjadi parasit yang mampu menggugat bukan sahaja kestabilan kerajaan tetapi juga keselamatan seluruh warganya.

Kerana itu tindakan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Naib Ketuanya saudara Khairul Azwan Harun yang membuat satu laporan polis terhadap 3 pegawai tertinggi kerajaan kerana ketiga-tiga individu terbabit dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia yang sah adalah tepat.

Khairul sewaktu membuat laporan tersebut berkata pemuda mengesyaki ketiga-tiga individu terbabit telah memberi dokumen dan maklumat sulit yang telah dimanipulasi dan palsu kepada agensi luar negara , termasuklah kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) semata-mata untuk memenuhi agenda terancang.

Kerana itulah laporan polis ini dibuat dan mahukan satu siasatan dilakukan segera !

Persoalannya apakah tindakan Pemuda UMNO Malaysia itu salah ?

Ekoran daripada laporan polis tersebut , Angkatan Muda Keadilan (AMK) secara tiba-tiba bingkas bangkit menjadi pembela kepada 3 individu tersebut.

AMK yang diketua oleh Dr Afifi Bahardin mengutuk tindakan pemuda UMNO dan menyifatkan ia sebagai satu penghinaan terhadap institusi perkhidmatan awam , perbankan dan kehakiman.Malah Dr Afifi menyifatkan apa yang dilakukan oleh ketiga-tiga pegawai tertinggi kerajaan itu adalah atas rasa tanggungjawab mereka kepada negara dan rakyat Malaysia selain menganggap ianya adalah satu laporan liar dan tidak berasas.

Begitulah lantangnya AMK dan Dr Afifi apabila berdepan dengan isu tersebut tetapi menikus tanpa sepatah kata pun apabila Guan Eng dan DAP sedang meliwat habis-habisan maruah PKR dalam isu PRN Pulau Pinang.

Soalnya apakah benar AMK dan Dr Afifi ini punya asas dalam pembelaan beragenda ini ?

Hakikatnya Dr Afifi jauh tersasar dan membuka pekung sendiri betapa AMK begitu lemah dalam hal melibatkan negara dan rakyat.

Jom kita terjemahkan dengan 3 perkara utama di bawah ,

1.Penghinaan terhadap institusi perkhidmatan awam

Apakah Dr Afifi lupa dengan insiden melibatkan Derek Fernandez menghina kakitangan awam dengan label MONYET ? 

Lupakah Dr Afifi dalam pemilihan calon Datuk Bandar MBPJ oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 2012 bagi menggantikan penyandang Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang dinaikkan pangkat ke jawatan baharu. Fernandez dipetik sebagai berkata dalam akhbar Malay Mail, "let's see who the candidates are. If they are going to nominate some monkeys, we will reject" (mari tengok dulu siapa calonnya. Jika mereka nak calonkan 'monyet', kami akan tolak"). baca seterusnya http://mymassa.blogspot.my/2012/11/pemimpin-pkr-gelar-kakitangan-kerajaan.html

2.Penghinaan terhadap institusi perbankan

Apakah Dr Afifi lupa dengan tindakan Rafizi Ramli yang telah mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank iaitu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya pada 7 Mac 2012 yang lalu.

Sedarkah Dr Afifi bahawa perbuatan tersebut juga dianggap sebagai penghinaan terhadap institusi perbankan ?

Dan tahukan Dr Afifi bahawa segala dakwaan Rafizi terhadap Sharizat adalah tidak benar dan ianya disahkan oleh SPRM sendiri Baca sini http://ww1.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20120601/ma_08/Kes-Shahrizat-ADUN-Sri-Muda-ditutup 

Malah Rafizi turut GAGAL mengemukakan bukti terhadap dakwaannya berkaitan NFC baca sini http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/12/08/isu-nfc-pertuduhan-ditarik-balik-kerana-tidak-cukup-bukti-peguam-negara/

3.Penghinaan terhadap institusi kehakiman

Sedarkah Dr Afifi bahawa selama ini AMK dan PKR malah pembangkang adalah mereka yang sering mengutuk dan menghina institusi kehakiman ?

Tahukah Dr Afifi bahawa Anwar Ibrahim sewaktu masih menjadi ketua pembangkang telah menyelar institusi kehakiman yang didakwanya sebagai ‘rakan subahat’ yang membunuh kebebasan kehakiman dan integriti.Dalam prosiding melibatkan kes liwatnya Anwar telah mendakwa panel lima hakim Mahkamah Persekutuan telah ‘menjual’ jiwa mereka kepada syaitan sebagai tukaran dalam mendapatkan pulangan dan kedudukan.Baca sini http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hina-mahkamah-anwar-patut-dihukum-1.61045 

Mengambil kira semua yang diatas , rasanya apa yang sedang dilakukan oleh AMK dan Dr Afifi ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar mahu menempatkan diri dan nama di tengah-tengah populariti isu melibatkan 1MDB dan rasuah Guan Eng.

Sewajarnya Dr Afifi dan AMK belajar dahulu tentang sejarah parti sendiri sebelum cuba untuk berlaku alim dan maksum !

Alahai Afifi tak payah cari publisitilah ...

Thursday 28 July 2016

Kenapa DAP Perlukan PKR Untuk PRN P.Pinang ?


Sesiapa jua yang mengikuti perkembangan politik parti cauvinis DAP pastinya akan sedar bahawa mereka sedang melakonkan aksi terbaru yang cukup dramatis.Lakonan mantap itu walaupun stereotaip tetapi mampu menjadi umpan terbaru untuk menarik perhatian penonton seterusnya meletakkan sekali lagi parti cauvinis ini sebagai BOS dalam Pakatan Haprak.

DAP bukanlah parti yang selalu memberikan muka dan tunduk hormat kepada pandangan rakan-rakan mereka.Parti yang dimonopoli oleh Dinasti Lim dan konco-konco cauvinis ini sering kali bertindak sendirian dalam membuat keputusan mahupun apa jua rancangan yang difikirkan menguntungkan diri mereka.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah DAP melutut dan tunduk mengikut kemahuan parti-parti pembangkang lain melainkan jika ada keputusan yang tidak sesekali menggangu-gugat dasar dan prinsip parti tersebut.

Antara buktinya lihat sahaja bagaimana parti PAS dihalau dari Pakatan Rakyat !

Ianya bukanlah keputusan bersama parti-parti dalam Pakatan Rakyat tetapi lebih kepada kemahuan dan tuntutan DAP ! Malah kesemua pimpinan parti pembangkang yang cuba untuk pertahankan PAS akan dilunyaikan dengan apa cara sekalipun.

Namun ianya agak berbeza kali ini dalam soal pembubaran DUN Pulau Pinang seterusnya membuka laluan kepada satu lagi PRN , DAP nampaknya berlembut malah masih lagi menantikan keputusan PKR rakan sekutu mereka.

Walhal keputusan ini melibatkan kepentingan dan kedudukan DAP di Pulau Pinang ! Guan Eng boleh sahaja membuat keputusan dan mengarahkan supaya PKR menganggukkan kepala mereka bahkan sokongan jitu daripada PAN sebenarnya telah memberikan banyak kelebihan kepada DAP.

Persoalannya kenapa agaknya DAP tetap menantikan keputusan PKR malah MERAYU agar PKR menerima rancangan mereka ?

“Saya rayu pemimpin PKR, bukan pemimpin di sini, tetapi yang lagi atas (pusat), buatlah keputusan bersama walaupun saya tahu mereka takut kurang kerusi,” katanya dalam majlis penerangan Kerajaan Pulau Pinang yang bertajuk “Masa Depan Pulau Pinang” baru-baru ini.

Sama ada PKR sedar atau tidak , ini merupakan satu lagi silap mata terbaru daripada DAP !

Guan Eng mahu memperlihatkan kepada umum betapa keputusan mengadakan PRN di Pulau Pinang adalah keputusan bersama parti-parti dalam Pakatan Haprak bukan keputusan DAP bersendirian.

Ini penting kerana DAP mahu rakyat khususnya di Pulau Pinang tidak melihat PRN ini sebagai resipi parti itu untuk mempertahankan Guan Eng sebaliknya untuk kepentingan rakyat seperti mana yang dimomokkan oleh Ketua Menteri itu sebelum ini.

Dalam masa yang sama , DAP mahukan keterlibatan parti dan pemimpin PKR sepanjang proses kempen nanti untuk memperkuatkan lagi dakwaan mereka bahawa ianya untuk rakyat bukan untuk Guan Eng.

Yang penting sekarang ini adalah sejauh mana pemimpin PKR sedar betapa mereka sedang dipergunakan oleh Guan Eng dan DAP untuk memenuhi nafsu serakah mereka.

Apakah Azmin dan seluruh pimpinan PKR sudah melupakan caci maki pemimpin DAP terhadap parti itu sewaktu PRN Sarawak ?

Sedarkan PKR , Guan Eng langsung tidak memikirkan tentang kedudukan kerusi milik parti itu di Pulau Pinang ?

Ternyata apa yang sedang dinantikan oleh Guan Eng dan DAP ini merupakan satu lagi peluru hidup yang hanya menanti detik untuk terus menerobos ke dalam jantung PKR seterusnya mematikan jiwa dan roh politik songsang yang kini terkial-kial untuk menempatkan diri dalam kancah politik tanahair.

Malanglah PKR sekiranya masih lagi berTUANkan Guan Eng dan DAP ! 

Sunday 24 July 2016

Wang Milik 1MDB DiCuri , Misteri Dalam Dakwaan DOJ !!!


Bukan mudah sebenarnya untuk sesiapa jua membicarakan tentang isu-isu melibatkan kepentingan syarikat-syarikat gergasi serta pengurusan dana dan aset yang mencecah berbilion ringgit jika kita tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.Dalam kes 1MDB yang kini kembali panas akibat pendedahan DOJ kononnya mereka sedang menyiasat tentang kehilangan wang 1MDB ternyata menimbulkan pelbagai persepsi dan tanggapan.

Untuk membuat kenyataan mudah tetapi untuk bertanggungjawab dengan kenyataan itu parah , sebabnya ramai diluar sana yang lebih suka membuat tuduhan tanpa meneliti dan memberikan fakta yang sebenar.

Kadang-kadang MMI terfikir apakah mereka-mereka yang suka menghebahkan kenyataan mahupun membuat tuduhan-tuduhan liar itu faham dan sedar dengan apa yang sedang mereka perkatakan ?

Atau mereka itu lebih terarah kepada emosi politik terhadap individu atau parti tertentu hinggakan kebenaran daripada pertuduhan dan kenyataan yang dibuat itu jauh menyimpang daripada asasnya.

Kesian .... 

Apa pun bagi artikel kali ini MMI akan berkogsi dengan semua satu lagi pencerahan yang rasanya WAJAR di baca dan difahami oleh semua mereka khususnya yang terlalu beremosi itu supaya bisikan orang ketiga yang berada di kiri dan kanan itu dapat dinyahkan jauh-jauh.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ mendakwa berbilion wang dicuri daripada 1MDB dan melancarkan pembekuan aset kononnya bagi mendapatkan semula ‘kehilangan’ itu namun 1MDB menegaskan ia tidak kehilangan wang dan semua aset sudah dikira.

Ringkasnya, DOJ mendakwa ada orang mencuri wang anda dan mereka akan dapatkan semula wang itu, disebalik 1MDB sudah katakan, “Tidak. Ia bukan wang kami.”

Mengapa kejadian pelik ini berlaku?

Mari kita jejaki wang itu, khususnya tiga sumber dana yang didakwa DOJ, sebagai sumber wang dicuri.

Sumber Dana Didakwa Dicuri 1:

Good Star, sebagai sebahagian daripada Perkongsian antara PetroSaudi dan 1MDB.

Apa yang dibayar 1MDB:
USD1.83 bilion di mana USD1.03 bilion dipindahkan kepada Good Star dan USD800 juta kepada PetroSaudi.

Apa terjadi kepada wang itu:
Usahasama itu diubah menjadi pinjaman. Pinjaman itu sudah dibayar oleh PetroSaudi kepada 1MDB melalui unit pelaburan berjumlah USD2.32 bilion (prinsipal + faedah/dividen).

Apa terjadi kepada unit pelaburan itu?
USD1.4 bilion ditebus dan digunakan 1MDB untuk tujuan modal kerja dengan bakinya sebanyak USD940 juta dalam bentuk unit pelaburan.

Apa terjadi kepada baki USD940 juta unit pelaburan itu?
Baki USD940 juta dalam bentuk unit itu dijamin oleh syarikat yang dipertikaikan Aabar Investments PJS Ltd yang diperbadankan di British Virgin Islands (Aabar-BVI) dan sudah dikenalpasti sebagai pertukaran aset dan hutang antara 1MDB dan IPIC, namun kini melalui proses timbang tara.

Hakikatnya:
1MDB tidak boleh berkata atau mendakwa wang Good Star atau PetroSaudi adalah milik mereka.

Apa terjadi seterusnya?
Tiada apa apa.

Setakat apa melibatkan 1MDB, PetroSaudi sudahpun membayar kembali pelaburannya dan tambahan USD481 juta keuntungan dan dividen. Tiada wang yang perlu dituntut daripada Good Star mahupun PetroSaudi.

Agak menariknya di sini, jika Jho Low dan Riza dinamakan dan dituduh atas salahlaku kerana menerima wang daripada Good Star, maka adalah mengejutkan mengapa Gabenor Turki sebelum ini, Putera Turki yang juga anak ketujuh Raja Abdullah dan pengasas PetroSaudi, Tarek Obaid tidak dikenakan tindakan biarpun turut disebut FBI, mereka juga menerima wang daripada Good Star.

Sumber Dana Didakwa Dicuri 2:
Syarikat dipertikaikan Aabar-BVI yang menjadi sebahagian daripada perkongsian Abu Dhabi dan 1MDB.

Apa yang dibayar 1MDB?
USD3.51 bilion kepada Aabar-BVI sebagai cagaran, pelaburan perkongsian dan opsyen penarikan diri dalam perjanjian. Sebagai tambahan, terdapat USD940 juta jaminan dalam unit pelaburan Cayman dan jaminan kepada USD1.5 bilion dana GIL seperti disyorkan bank berpangkalan di Switzerland, BSI Bank.

Apa terjadi kepada aset dijamin dan wang diberikan 1MDB?
Keseluruhan pembayaran dan jaminan USD6 bilion itu dikenalpasti sebagai aset perjanjian pertukaran 1MDB-IPIC dengan IPIC sebagaimana berikut:

Aset daripada 1MDB:
USD3.5 bilion deposit tunai dibayar kepada Aabar BVI.
USD1.5 bilion dana GIL (Pengurus dana disyorkan BSI dan dijamin Aabar BVI)
USD940 juta unit dana Brazen Sky (Dijamin oleh Aabar Investments Abu Dhabi – bukan syarikat dipertikaikan, Aabar BVI dan ini turut dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara serta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam, PAC).

Aset daripada IPIC:
Mengambil alih bon prinsipal 1MDB, USD3.5 bilion
Mengambil alih faedah bon 1MDB, USD1.5 bilion
Membayar tunai USD1 bilion kepada 1MDB yang dilakukan pada Jun 2015

IPIC kini sedang menafikan yang Aabar-BVI adalah syarikat mereka dan membatalkan perjanjian pertukaran aset namun 1MDB menegaskan Aabar-BVI adalah syarikat milik IPIC. Lantaran itu, ia kini melalui proses timbang tara.

Kes itu kini melalui prosiding di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London yang bermula bulan lalu.

Mengapa 1MDB memindahkan atau membuat perjanjian dengan Aabar-BVI biarpun IPIC dan Aabar Abu Dhabi tidak memiliki syarikat itu?

Ketika 1MDB menandatangani perjanjian perkongsian dengan Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, perbincangan adalah dengan Pengerusi Aabar, Khadem Abdullah al-Qubaisi dan Pengarah Urusan mereka, Mohamed Badawy Al-Husseiny, di mana kedua-duanya juga dinamakan FBI bersama Jho Low.

Ketika perjanjian dimeterai, 1MDB turut mendapatkan peguam dalaman dan dari luar bagi mengesahkan Aabar Investments PJS Ltd di British Virgin Island dimiliki Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Dokumen lampiran adalah Sijil Pengesahan Pemilikan yang dikeluarkan bagi syarikat Aabar di BVI yang dipertikaikan. Sijil ini dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited (OIL) beribupejabat di Hong Kong dan teraju antarabangsa dalam perkhidmatan syarikat dan perbadanan antarabangsa.


Sijil Pengesahan Pemilikan ini mengesahkan dua pengarah Aabar Investments PJS Ltd di BVI adalah Pengerusi dan Pengarah Urusan Aabar Investments PJS dan pemilik tunggalnya ialah syarikat Abu Dhabi, Aabar Investments PJS.

MENGENAI OIL:
Beribupejabat di Hong Kong, OIL juga mempunyai pejabat di BVI, Singapura, Taiwan, Shanghai, Beijing, Shenzhen, Guangzhou, United Kingdom, Cyprus dan Dubai serta mempunyai 220 kakitangan.

Oil adalah anak syarikat Kumpulan Vistra yang mempunyai 2,300 kakitangan di 40 negara dengan ibupejabatnya di Hong Kong.

Dalam dokumen rasmi perbadanannya, Pengerusi dan Pengarah Urusan daripada syarikat induk serta peguam daripada dalaman dan luar melalui proses usaha wajar (due diligence) mengesahkan kepada 1MDB, syarikat Aabar Investments PJS Ltd di BVI secara sah dimiliki Aabar Investments PJS di Abu Dhabi. Maka apa lagi yang perlu dilakukan 1MDB dan untuk mendapatkan pengesahan ia bukan sebuah syarikat palsu?

Pemilikan Aabar BVI dan pemindahan dana turut disahkan oleh audit dilakukan firma luaran, KPMG dan Deloitte selepas itu dan tiada amaran tercetus mengenai pemilikan syarikat itu. Kedua-dua firma audit itu tentunya sudah bertemu atau menghubungi Aabar di Abu Dhabi bagi mengesahkan transaksi itu.

Bagaimanapun, bagi alasan yang tidak diketahui, IPIC bersetuju kepada perjanjian pertukaran itu, membayar USD1 bilion, membayar faedah bon USD3.5 bilion dan hanya pada April 2016, selepas 10 bulan perjanjian ditandatangani dan bertahun selepas 1MDB menyatakan mereka sudah membuat kesemua pembayaran kepada Aabar dalam penyata kewangan yang boleh diakses orang awam.

Perkara Utama:
1MDB tidak boleh menyatakan atau mendakwa wang yang dipindahkan daripada Aabar BVI kepada Jho Low, Red Granite atau sesiapapun sebagaimana didakwa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah milik mereka. Bagi 1MDB, Aabar BVI adalah sah dan dimiliki IPIC. Jika terdapat wang dicuri daripada Aabar BVI, ia dicuri daripada IPIC dan bukannya 1MDB.

Jika 1MDB mendakwa wang itu milik mereka bermakna keseluruhan prosiding timbang tara di London antara IPIC dan syarikat itu akan runtuh dan 1MDB akan terpaksa membayar berbilion manakala IPIC akan terlepas, disebalik hakikat, kedua-dua eksekutif kanan IPIC, Pengarah Urusannya daripada 2007 hingga 2015, Khadem dan Pengarah Urusan Aabar PJS, Mohamed Badawy Al-Husseiny adalah penama dalam kes penyitaan aset Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Apa akan terjadi seterusnya?
1MDB perlu focus untuk memenangi kes timbang taranya dengan membuktikan yang dua eksekutif kanan Aabar dan IPIC telah bertindak menggunakan kuasa mereka di dalam Lembaga Pengarah dua syarikat itu dan kesemua pemeriksaan telah mengesahkan Aabar BVI adalah milik Aabar Investments PJS Abu Dhabi dan IPIC.

1MDB yakin mereka mempunyai bukti mencukupi dan fakta yang kukuh bagi memenangi kes ini berikutan keengganan mereka untuk membayar faedah bon yang dijadualkan biarpun memiliki RM3 bilion dalam simpanan dan membiarkan dua bon yang dijamin IPIC untuk tertunggak hingga menyebabkan IPIC untuk membayarnya.

Jika 1MDB memenangi kes ini, aset bernilai USD4.5 bilion akan dapat dimiliki semula daripada IPIC. Jika berlaku demikian, yang kemungkinannya sangat tinggi, IPIC akan mengambil alih bon USD3.5 bilion dan membenarkan 1MDB untuk menyimpan USD1 bilion yang mereka bayar sebelum ini. IPIC kemudian akan menjadi pihak bertanggungjawab untuk menuntut semula aset USD4.5 bilion dalam Aabar BVI.

Sumber Dana Didakwa Dicuri 3:
Wang USD1.5 bilion yang dilaburkan 1MDB untuk dana pelaburan BSI Bank.

Apa yang dibayar 1MDB?
USD1.5 bilion yang dilaburkan dalam dana pelaburan berdaftar sebagaimana disyorkan BSI Bank. USD1.5 bilion ini adalah sebahagian daripada perolehan bon USD3 bilion pada 2013 (turut dikenali sebagai dana GIL 1MDB yang diraih daripada cadangan perkongsian dengan Aabar bagi memajukan Bandar Malaysia pada 2013. Baki USD1.5 bilion digunakan 1MDB sebagai modal kerja bagi membangunkan Tun Razak Exchange (TRX), Bandar Malaysia dan perniagaan janakuasa.


Putera Diraja Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan, menyaksikan majlis pemeteraian tandantangan pada 2013.

Perjanjian perkongsian Bandar Malaysia ditandatangani pada Mac 2013 di mana 1MDB dan Aabar masing-masing dicadangkan untuk meraih USD3 bilion dan kedua pihak itu akan menyumbang kepada syarikat 1MDB-GIL bagi membangunkan Bandar Malaysia.

Berikutan kegagalan Aabar untuk meraih USD3 bilion pada tempoh ditetapkan dan perkongsian itu tidak berjalan lancer, 1MDB membuat keputusan untuk menggunakan separuh wang itu sebagai modal kerja manakala selebihnya digunakan dalam dana pelaburan bagi mengelak tanggungan negatif (atau membayar faedah bagi dana yang tidak digunakan daripada pinjaman).

Apa terjadi kepada wang yang dilaburkan dalam dana pelaburan?
Wang itu masih dilaburkan dalam dana yang asalnya dirancang untuk digunakan bagi sebahagian daripada pertukaran aset dengan IPIC memandangkan ia dijamin oleh Aabar BVI.

Apa akan terjadi seterusnya?
Memandangkan pertukaran aset itu sudah dihentikan, dana ini sudah berada dalam fasa penuntutan. Bagaimanapun, menuntut satu unit USD1.5 bilion bukanlah seperti kita mengeluarkan wang dari bank. Dana itu sendiri perlu menjual pelaburan mereka sebelum membayar 1MDB. Difahamkan, proses ini kini hampir selesai.

Berapa sebenarnya ‘Wang Rakyat’ yang digunakan oleh 1MDB setakat ini?
Modal berbayar RM1 juta dibayar oleh Kerajaan Malaysia. Baki dana sehingga RM42 bilion pada satu masa diraih daripada bon dan pinjaman bank.

Berapa banyak pinjaman yang masih ditanggung 1MDB?
Selain tiga bon, kesemua baki pinjaman, kemudahan kredit dan bon lain sudah dibayar sepenuhnya oleh 1MDB ketika proses rasionalisasi hutang yang bermula pada 2015.

Sejak awal 2015, 1MDB sudah melangsai dan mengeluarkan hutang berikut daripada tanggungan mereka:

Bayar penuh RM3.5 bilion pinjaman Powertek daripada satu konsortium bank.
Bayar penuh RM1 bilion kemudahan kredit daripada kerajaan
Bayar penuh USD150 juta pinjaman Bank Exim
Sukuk RM2.4 bilion Bandar Malaysia diambil alih oleh pembeli 60 peratus Bandar Malaysia.
Memindahkan RM800 juta pinjaman Perkeso kepada pembiayaan projek TRX. Pinjaman ini sudah dibayar.
Mengenepikan hutang RM6 bilion yang ditanggung berikutan penjualan Edra
Bayar penuh pinjaman RM2 bilion Marstan diuruskan Ananda Krishnan yang dipinjam bagi membayar pinjaman Maybank RM2 bilion
Bayar penuh USD975 juta pinjaman Deutsche Bank

Selepas kesemua pinjaman ini sudah dibayar, 1MDB masih lagi mempunyai RM2.3 bilion dalam bentuk tunai dan turut memiliki bon berikut:

RM5 bilion bon jangka panjang pada 2009 yang akan matang pada tahun 2029. Bon ini terikat kepada pembangunan berterusan TRX dan akan diseimbangkan dengan aliran tunai pembangunan itu.

Bon 2012 bernilai USD3.5 bilion yang dijamin IPIC dan akan matang pada tahun 2022. (Jika 1MDB memenangi kes timbang tara maka bon ini akan dibeli IPIC).

Bon pada 2013 bernilai USD3 bilion yang akan matang pada tahun 2023. Bon ini terikat kepada pembangunan Bandar Malaysia di mana 1MDB memiliki 40 peratus dan diseimbangkan dengan aliran tunai pembangunan ini.

Berapa sebenarnya ‘Wang Rakyat yang hilang berikutan saman sivil Jabatan Kehakiman ini?
Tiada. Memandangkan jumlah yang didakwa dicuri adalah daripada pinjaman yang 1MDB ambil seperti di atas dan pinjaman itu tidak tertunggak, tiada wang Malaysia hilang. Ini turut mengambil kira pertikaian IPIC akan selesai dengan menyebelahi 1MDB dan bon GIL USD1.5 bilion ditebus.

Adalah penting untuk kita lihat, selain bon USD3.5 bilion yang dipertikaikan dengan IPIC, 1MDB tidak menghadapi tunggakan terhadap mana-mana pinjaman atau bon. Malah, sebagaimana dinyatakan di atas, kebanyakan pinjaman sudah dilangsaikan.

Perkara utama terakhir:
Adalah penting untuk kita utarakan, tiga sumber dana yang disenaraikan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah urusan terus dengan kerajaan serta kerabat diraja negara Arab dan 1MDB membayar secara terus kepada akaun yang diarahkan oleh mereka. Jika 1MDB ditipu, bermakna negara terbabit turut bersubahat menipu 1MDB.

Atau, jika 1MDB adalah satu penipuan, maka negara terbabit dan kerabat dirajanya turut berpakat dengan 1MDB untuk menipu.

Namun perkara utama paling penting adalah:
Jika 1MDB berjaya memenangi timbang tara IPIC dan menebus semula USD1.5bilion dana GIL, maka 1MDB benar-benar boleh menyatakan ia tidak pernah hilang wang atau wangnya dicuri.

Ini bermakna, adalah mustahil untuk Jho Low, Riza, Khadem, Malaysia Official 1 atau sesiapa sahaja dalam isu ini telah mencuri wang daripada 1MDB untuk membeli atau melabur dalam aset yang mahu disita FBI.

Tetapi ia juga mungkin bermakna ada seseorang yang ditipu. Ia mungkin IPIC Abu Dhabi atau ia adalah keuntungan sah yang dibuat daripada pelaburan dana.

Tetapi wang siapa digunakan untuk dibeli karya seni, hartanah? Ia mungkin wang IPIC Abu Dhabi, wang Arab Saudi atau ia mungkin hasil keuntungan daripada pelaburan dana.

sumber mynation.news 

Saturday 23 July 2016

Pembubaran DUN P.Pinang , What U Did U Get Back !!


Nampaknya Guan Eng sedang berusaha untuk meyakinkan rakyat betapa PRN di Pulau Pinang adalah PENTING untuk membela nasib rakyat dan bukannya untuk dirinya.

Agenda penuh licik itu dapat dilihat apabila beliau menggunakan ungkapan Lim Guan Eng tidak boleh diselamatkan seolah-olah beliau begitu obses dan benar-benar prihatin dengan nasib rakyat di Pulau Pinang.

Sejarah tidak pernah menipu yang menipu adalah mereka yang berusaha untuk menempatkan diri dalam catatan sejarah.Begitulah ungkapan yang boleh MMI samakan dengan Guan Eng memandangkan tindak-tanduknya selepas dihadapkan ke mahkamah.

Secara tiba-tiba Guan Eng tampil sebagai pemimpin berjiwa rakyat sedang hakikatnya selama hampir 2 penggal menjadi Ketua Menteri , Guan Eng langsung tidak mengendahkan suara rakyat khususnya kaum bumiputera yang mahukan supaya kerajaan negeri membina rumah-rumah mampu milik.

Tidak cukup dengan itu kegagalan pentadbiran Guan Eng bukan sahaja terarah kepada sikap DOUBLE STANDARDnya tetapi juga sikap sambil lewa dan lebih banyak bermain politik telah menyebabkan kepentingan rakyat terabai.

Akibat daripada kegagalan itu maka warga Pulau Pinang kini masih lagi berdepan dengan banjir kilat sedang senario tersebut sering kali berlaku sejak 2 penggal Guan Eng menjawat jawatan Ketua Menteri.

Apakah yang Guan Eng lakukan selama ini ?

Banyak pihak khususnya penggerak politik memberikan tumpuan terhadap desas desus kerajaan DAP Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) seterusnya menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Negeri diadakan.

Jika melihat daripada kesungguhan Guan Eng sendiri , rasanya memang itulah hasrat DAP dan semuanya terpaksa dilakukan demi menyelamatkan kedudukan Ketua Menteri Pulau Pinang setelah dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Sesuatu yang pasti gerak DAP dan konco-konco penjilat Guan Eng tampak berbeza sama sekali dengan apa yang pernah mereka lakukan sebelum ini.Jika dulunya mereka antara gerombolan yang akan bangkit mendengus dan lantang membuat serangan balas kini semuanya seakan-akan terkunci mulut.

Berada dalam suasana segenting itu barangkali telah menyebabkan semua pemikir politik DAP hilang punca dan akhirnya mereka terpaksa berusaha untuk melakukan sesuatu yang mereka sendiri jangka MUSTAHIL untuk dilakukan.

Membubarkan DUN memang mudah tetapi sebagai parti yang mengaku bersahabat dan punya hubungan yang ampuh dalam Pakatan Haprak , DAP memerlukan sokongan daripada parti-parti lain khususnya PKR.

PAN tak payah cakaplah sebab hadirnya parti tersebut hanyalah sebagai penyambung generasi pencacai DAP selepas PAS diperah dan dilunyaikan sebelum ini.Manakala PAS pula sudah pasti mempergunakan sebaik-baiknya peluang ini untuk mula memberikan tekanan kepada DAP yang sebelum ini begitu galak mengusir keluar parti itu daripada Pakatan Rakyat.

Namun disaat-saat akhir hasrat menggunung DAP untuk menjadikan pembubaran DUN ini sebagai pentas KONONNYA untuk mengangkat Guan Eng sebagai hero tidak menjadi.Gerak hati puak cauvinis untuk terus mempergunakan parti-parti lain nampaknya dapat dihidu oleh rakan mereka sendiri.

Mungkin kesan daripada cemuhan dan pertelingkahan diantara DAP dan PKR sewaktu PRN Sarawak baru-baru ini masih lagi dirasai atau paling tidak rasa dendam yang tersimpan jauh dilubuk hati Azmin Ali menyebabkan keinginan meluap-luap DAP terbantut.

Dilaporkan bahawa salah satu punca kenapa PKR dan PAS tidak mahu bersetuju adalah kerana mereka melihat bahawa pilihan raya ini bukan untuk memberi manfaat kepada rakyat, sebaliknya ingin diadakan semata-mata untuk menyelamatkan Lim Guan Eng dari tuduhan rasuah dengan menyalah gunakan proses pilihan raya.

Tindakan yang bersifat jangka pendek ini adalah satu pembaziran dana awam dan tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat Pulau Pinang. Sama ada bersalah atau tidak, kes Lim Guan Eng seharusnya diputuskan oleh mahkamah. Bukan kerajaan Pulau Pinang yang akan dibicarakan di mahkamah, sebaliknya Lim Guan Eng.

Menurut sumber dalaman, punca kedua kenapa DAP gagal mendapat persetujuan PKR dan PAS adalah kerana pilihan raya ini dilihat hanya akan menguntungkan DAP. DAP dilihat akan terus mengekalkan 19 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum yang lepas sedangkan PKR bakal kehilangan sejumlah kerusi sekiranya pilihanraya negeri diadakan. 5 kerusi PKR yang berisiko tinggi bagi mereka jika berlaku PRN di Pulau Pinang ialah seperti Seberang Jaya, Penanti, Sg Bakap, Pantai Jerjak dan Batu Maung.

Secara tersiratnya keputusan awal ini memberikan petunjuk bahawa PKR dan PAS sedar betapa mereka sedang dipergunakan sekali lagi oleh DAP untuk kepentingan parti cauvinis itu semata-mata.

Bahkan situasinya jauh lebih dasyat apabila PKR dan PAS dilihat sedang bermain-main dengan DAP apabila menggunakan kenyataan pembaziran dana awam dan tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat Pulau Pinang !

Secara realistiknya apakah PKR benar-benar mementingkan tentang pembaziran dana awam ?

Rasanya tidak kerana merekalah parti pertama yang langsung tidak menghiraukan tentang perkara tersebut apabila Wan Azizah meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh semata-mata untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu lihat juga apa yang berlaku di bumi Kajang , perletakan jawatan wakilnya semata-mata untuk memberikan laluan kepada Anwar dan kemudiannya Wan Azizah memperlihatkan kepada kita betapa PKR bukanlah parti yang menghiraukan tentang soal pembaziran dana awam.

Selain daripada itu mereka turut menjadikan alasan manfaat rakyat Pulau Pinang sedang hakikatnya mereka tidak pernah ambil kisah tentang apa yang berlaku di Pulau Pinang apatah lagi hal melibatkan kepentingan orang-orang Melayu di Pulau Pinang.

Maka semua yang diungkapkan oleh pimpinan PKR dan PAS itu sebenarnya adalah momokan politik semata-mata kerana hakikat sebenarnya mereka tidak bersetuju dengan tindakan DAP untuk menyelamatkan kedudukan dan karier politik manusia bernama Lim Guan Eng.

Secara TERSIRATNYA , PKR dan PAS mahu supaya Guan Eng berdepan dengan proses perbicaraan di mahkamah memandangkan pertuduhan yang disabitkan kepada dirinya adalah akibat daripada keangkuhan dan keegoannya sendiri.

Mudah cerita dalam isu membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang ini , PKR dan PAS tidak menyokong keputusan DAP dan Guan Eng dan mereka mahu supaya Guan Eng segera meninggalkan mahligai politiknya dan berdepan dengan hukuman akibat daripada skandal pembelian banglo terlajak murahnya dan penyalahgunaan kuasa.

Cuma nak bercakap berdepan puak-puak ni takut sikit maklumlah tokong !  

What you did , you get back ... This is REVENGE BRO !

Pssstt sejauh mana puak-puak PKR ni berani angkat muka depan Guan Eng ? Hahaha ...

MMI

Friday 22 July 2016

Guan Eng Apa Lu Sudah Bikin ????

Ini antara suara-suara diluar sana tentang kepimpinan Guan Eng sama ada dalam DAP , Pakatan Haprak ataupun sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ianya tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik lain khususnya daripada Barisan Nasional mahupun rakyat marhain.

Dan kalau kita amati apa yang tercatat di banner tersebut jelas ianya merupakan suara daripada mereka yang cenderong kepada PKR yang berusaha untuk menyedarkan rakan-rakannya yang lain betapa manusia bernama Guan Eng ini adalah seorang pemimpin diktator.

"PKR SHOULD REVIEW COOPERATION WITH DAP & PH" ayat mendesak supaya PKR review kerjasama dengan DAP ini adalah mesej jelas betapa mereka tahu dan sedar siapa sebenarnya Guan Eng dan DAP !

Namun selagi mana Pakatan Haprak yang bertunjangkan kepada kepentingan politik peribadi individu serta parti dan terus mempergunakan istilah berjuang untuk rakyat sebagai "camourflage" bagi mendapatkan simpati rakyat selagi itulah senario pemimpin diktator , kuku besi dan God Fahther akan berterusan dari satu legasi ke satu legasi yang lain.

Kerana itu maka seluruh dunia hari ini menyaksikan betapa malu dan rendahnya maruah seorang pemimpin pembangkang yang selama ini lantang berbicara tentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa !

Lim Guan Eng yang mengaku terbaik dari semua yang ada di bumi Malaysia dan menjadikan 3 unsur utamanya iaitu Cekap , Akauntibiliti dan Telus sebagai prinsip dalam karier politiknya kini bukan sahaja sedang berdepan dengan pertuduhan kes rasuah dan salah guna kuasa tetapi juga hilang integriti dan kredibilitinya.

Akibat daripada kegopohan politik dan terdesak untuk mencari jalan keluar , Guan Eng sanggup membiarkan idea bangang lagi bodoh untuk membubarkan DUN Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada strateginya.

Dan lebih malang lagi apabila dalam satu mesyuarat tergempar di Komtar baru-baru ini , PKR dan PAS dilihat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut seterusnya menjadikan DAP terlopong !

Lebih menarik , ruang dan peluang ini kemudiannya dipergunakan sebaik mungkin oleh kem pembangkang di DUN Pulau Pinang untuk terus menyerang kredibiliti Guan Eng selaku ketua menteri.




Well apa yang berlaku itu adalah hasil daripada tindakan Guan Eng sendiri , dan makin banyak DAP berusaha untuk menyelamatkan anak kesayangan Kit Siang ini makin banyak kelemahan yang bakal terdedah.

Kita sama-sama lihat nanti ...

Sesuatu yang pasti RAKYAT perlu tahu bahawa apa jua yang DAP cuba lakukan , kes Guan Eng akan tetap dibicarakan di mahkamah dan undang-undang kita tidak akan berat sebelah apatah lagi dalam kes-kes seperti ini.

MMI

Memahami Saman Sivil Jabatan Keadilan AS !!


Sekali lagi macam-macam cerita dan isu mula di spin kepada rakyat apabila Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (Department Of Justice - DOC) mengeluarkan kenyataan dalam sidang media mengenai satu kes untuk merampas aset-aset yang didakwa dibeli menggunakan dana daripada 1MDB.

Maka berlumba-lumbalah para soldadu kaki fitnah menyebarkan dakyah mereka tanpa usul periksa dengan terus mengaitkannya dengan YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak.Tidak ketinggalan pemimpin-pemimpin pembangkang yang sama naik menyertai acara gilang gemilang menyebarkan fitnah sejak siang tadi.

Kebetulan MMI agak sibuk hari ini namun adalah tidak adil sekiranya apa yang dimomokkan itu tidak diberikan pencerahan sewajarnya memandangkan dunia tanpa sempadan yang memberikan laluan percuma untuk setiap kaki fitnah menaburkan fitnah mereka terbuka luas.

Untuk itu MMI sertakan pencerahan oleh saudara Lokman Adam yang dikira amat mudah untuk difahami .. 

Dokumen Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memerlukan masa untuk membaca sepenuhnya namun berikut adalah ringkasan daripada dokumen itu dan sidang media yang dibuat oleh Peguam Negara Amerika Syarikat:

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) telah memfailkan saman sivil bagi menyita aset yang mereka percaya ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada empat individu di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptocracy.

S1: Siapakah empat individu itu?

Mereka ialah anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz; ahli perniagaan rakyat Malaysia, Jho Low; bekas pengarah urusan IPIC- syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, Khadem Al Qubaisi yang juga bekas Pengerusi Aabar Investments PJS dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny yang bertanggungjawab menjalankan urusan dengan 1MDB pada masa itu.

S2: Apakah itu Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptocracy?

Ia adalah satu inisiatif yang dimulakan pada tahun 2010 oleh Kerajaan Amerika Syarikat melalui Jabatan Keadilan negara itu bertujuan untuk menyita dan mengambil semula aset di dalam negara itu yang disyaki Jabatan Keadilan mempunyai kaitan kepada kegiatan rasuah daripada negara asing dan mengembalikannya kepada negara asal.

S3: Mengapa DOJ menyiasat kes ini?

Pada Mac 2015, DOJ menerima aduan daripada Sarawak Report. Lanjutan daripada itu, mereka turut menerima aduan daripada penyokong setia Tun Mahathir, Khairuddin Abu Hassan.

S4: Apa sebenarnya yang difailkan DOJ terhadap empat individu terbabit dan apa akan terjadi selepas ini?

DOJ telah memfailkan kes sivil bagi memohon mahkamah menyita aset 3 individu. Mahkamah kemudian akan memeriksa jika aset terbabit turut dituntut oleh pihak lain. Jika tiada pihak lain menuntut aset terbabit, maka mahkamah akan meminta DOJ membuktikan aset terbabit sama ada dicuri atau diperolehi dengan cara jenayah.

S5: Adakah Perdana Menteri turut didakwa?

Tidak. Perdana Menteri tidak didakwa malah tidak dinamakan dalam kes ini disebalik dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad pada September 2015 kononnya Najib bimbang untuk ke luar negara kerana mungkin ditangkap Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Ini adalah tidak benar bukan sahaja kes ini adalah kes sivil malah Najib turut tidak disebut dalam saman ini.

Namun terdapat rujukan dibuat kepada Malaysia Official 1 di mana DOJ mendakwa individu ini telah menerima dana yang berkait dengan 1MDB.

S6: Adakah sesiapa akan dipenjarakan jika aset dapat disita?

Tidak. Ini adalah kes sivil dan bukannya kes jenayah. Jika mahkamah menyebelahi DOJ, aset akan disita. Tiada pemenjaraan atau pertuduhan jenayah.

S7: Jika mahkamah membenarkan aset disita, apakah akan terjadi kepada aset terbabit?

DOJ akan mengembalikan aset terbabit kepada pihak yang dipercayai pemilik asal, dan dalam kes ini, 1MDB.

S7: Adakah aset yang dibeli itu adalah daripada wang yang dicuri daripada 1MDB?

1MDB telah dan secara konsisten menegaskan tiada wang dicuri dan dapat memperincikan ke mana wang disalurkan. Namun demikian, 1MDB kini dalam pertikaian dengan IPIC di mana 1MDB tetap dengan pendirian yang mereka telah membayar atau mendepostikan atau menjamin sehingga USD6 bilion oleh sebuah syarikat bernama Aabar Investments PJS BVI selepas menerima arahan daripada Pengerusi Aabar ketika itu, Khadem Al Qubaisi dan juga bekas Pengarah Urusan.

IPIC mempertikaikan ia memiliki Aabar Investments PJS Ltd (BVI) seterusnya menafikan ia meneria dana terbabit daripada 1MDB. Pertikaian ini kini dibawa ke Pusat Arbitrasi London dan akan mengambil masa berbulan. Apapun, 1MDB sangat yakin mereka akan memenangi kes ini dan akan dapat memperoleh semula wang terbabit, dan sebab itulah 1MDB sebelum ini enggan membayar faedah bagi bon USD3.5 bilion biarpun berupaya berbuat demikian serta membolehkan penjaminan bon berkenaan oleh IPIC dan kini dalam proses arbitrasi.

S8: Jika wang itu tidak dicuri, jadi mengapa DOJ bertindak ke atas aduan dibuat?

Adalah tidak mustahil wang yang dibayar 1MDB kepada Aabar Investments PJS Ltd (BVI) yang dikawal Khadem dan turut dinafikan IPIC memilikinya, telah digunakan untuk membiayai pelbagai pelaburan di Amerika Syarikat termasuk hartanah, perfileman, karya seni dan syarikat.

S9: Berapa nilai aset yang terlibat dalam kes DOJ ini?

Tiada jumlah spesifik yang disahkan namun laporan daripada New York Times dan WSJ mendakwa ia bernilai hingga USD1 bilion.

S10: Mengapa anak tiri Perdana Menteri, RIza Aziz terlibat?

WSJ sebelum ini melaporkan yang penyiasat percaya syarikat perfileman RIza Aziz, Red Granite menerima USD155 juta dalam bentuk pinjaman daripada Aabar Investments PJS Ltd (BVI) di mana kebanyakkannya disalurkan bagi membiayai filem yang diterbitkan pada 2013, 'The Wolf of Wall Street' dan bagi membeli hartanah.

WSJ mendakwa dokumen menunjukkan tiga pindahan wang dibuat kepada Red Granite Capital pada 2012, USD60 juta, USD45 juta dan USD50 juta.

Daripada jumlah itu, USD105 juta telah digunakan Red Granite sebagai pinjaman manakala USD50 juta dipindahkan kepada syarikat melalui pihak ketiga.

"Menurut mereka yang mengetahui mengenai siasatan dan 1MDB, antara pihak ketiga itu ialah Telina Holdings Inc, sebuah syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Islands oleh Al Husseiny dan bosnya, Khadem Al Qubaisi." (Kedua penama ini disebut sebagai antara individu disaman DOJ).

Menurut WSJ, pinjaman USD50 juta daripada Telina Holdings sudahpun dibayar semula, memetik mereka yang mengetahui mengenai siasatan itu.

Seorang jurucakap Red Granite memberitahu WSJ, syarikat itu sudah membayar pinjaman dan akan terus membuat pembayaran kepada semua pinjaman mereka.

"Red Granite tidak mempunyai sebab untuk mempercayai dana daripada Aabar adalah mencurigakan dan yakin dana pinjaman itu adalah sah.

"Apa yang Red Granite sudah lakukan dan akan meneruskan usaha menerbitkan filem yang berjaya yang pernah memperolehi lebih daripada USD825 juta pulangan daripada tayangan seluruh dunia.

S11: Jika ia adalah satu pinjaman atau pelaburan ke dalam Red Granite di mana sebahagian atau sepenuhnya sudah dibayar daripada sebuah filem yang berjaya, mengapa pula Riza Aziz dijadikan sasaran kepada saman sivil ini?

Di Amerika Syarikat, jika anda memperoleh keuntungan daripada dana yang DOJ syaki disalurkan daripada sumber tidak sah, ia dipanggil 'pengambilan untung / pencatutan, maka keuntungan yang diperolehi juga adalah tidak sah dan boleh disita, iaitu menjana pendapatan daripada dana haram. Ini berbeza daripada mencuri wang.

DOJ kemudian perlu membuktikan Red Granite menyedari dana atau pinjaman yang diterima adalah tidak sah.

S12: Bagaimana pun dengan pelaburan Jho Low?

Tidak banyak didedahkan apakah aset atau nilai pelaburan yang dimiliki Jho Low, seorang pengurus dana di Amerika Syarikat namun Jho Low sebelum ini pernah mengesahkan dia memiliki sebuah hartanah di Amerika Syarikat dan mungkin turut membuat pelaburan di dalam syarikat berpengkalan di negara yang sama.

S13: Berapa lama kes sivil ini akan mengambil masa sebelum penghakiman dibuat?

Kes seumpamanya telah mengambil masa bertahun lamanya di mana kedua pihak mengemukakan pertikaian mereka di mahkamah Amerika Syarikat bagi membolehkan hakim membuat keputusannya.

S14: Adakah apa apa yang ganjil mengenai kes ini?

Ada. Secara tipikalnya, pihak yang kononnya menjadi mangsa kepada kecurian wang ini iaitu 1MDB perlu membuat aduan kepada DOJ bagi memohon jabatan itu menyita sebarang aset yang mereka percaya dibeli daripada wang yang dicuri. Dalam kes ini, 1MDB secara konsisten menyatakan tiada wang yang dicuri dan mereka dapat memperincikan setiap pelaburan atau pindahan wang namun DOJ tetap memfailkan saman sivil kononnya bagi mendapatkan kembali 'wang yang dicuri' biarpun 'mangsa' (1MDB) sudah menjelaskan tiada wang dicuri daripadanya.

S15: Macam mana pula 1MDB mengatakan tiada wang dicuri dan dapat diperincikan walhal DOJ mendakwa ia dibelanjakan dengan mewah sekali?

1MDB berurusan dengan rakan kongsi yang dimiliki kerajaan negara asing dan dana pelaburan yang sah serta diperakui bank antarabangsa. 1MDB memindahkan wang kepada mereka. Apa yang mereka lakukan selepas wang dipindahkan bukanlah di bawah kawalan atau pengetahuan 1MDB. Ia adalah tanggungjawab pihak yang menerima.

1MDB sudah memulakan proses mendapatkan semula aset daripada pihak terbabit, di mana ia melibatkan kerjasama dengan syarikat dipertikai Aabar Investment PJS Ltd yang kini sedang melalui proses arbitrasi. 1MDB yakin ia akan memberikan keputusan positif.

S16: Bagaimana pula dengan deposit yang dibuat ke dalam akaun Malaysia Official 1 sebagaimana disebutkan dalam laporan FBI?

Adalah penting untuk kita tahu, akaun ini biarpun dibuka atas nama peribadi, ia bukan untuk kegunaan peribadi di mana ia adalah satu akaun khas presiden untuk kegunaan parti dan dibenarkan oleh perlembagaan parti. Amalan ini turut diperakui Muhyiddin Yassin.

            

Malah, WSJ turut mengakui dana dalam akaun ini digunakan bagi tujuan politik dan bukannya untuk kegunaan peribadi.

Tidak pernah pada bila-bila masa, Malaysia Official 1 menerima wang daripada akaun 1MDB untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. DOJ mendakwa Malaysia Official 1 mengekalkan jumlah RM210 juta daripada tiga pindahan yang boleh dikaitkan dengan 1MDB.

Tiga pemindahan wang itu ialah:

1. RM60 juta (USD20 juta pada masa itu) dibayar pada 2011 (kerjasama perkongsian antara 1MDB dan PetroSaudi bermula pada 2009) daripada akaun Gabenor Riyadh ketika itu, Prince Turki Al Saud. DOJ mendakwa pembayaran RM60 juta ini pada tahun 2011 datang daripada pelaburan USD1.83 bilion yang dibuat 1MDB bagi perkongsian kerjasama dengan PetroSaudi pada 2009.

2. RM100 juta (USD30 juta pada masa itu) - dibayar pada lewat 2012 daripada akaun BlackStone Asia. DOJ mendakwa wang RM100 juta ini pada Nov 2012 adalah daripada bon USD3.5 bilion yang dikeluarkan 1MDB dan IPIC pada April 2012. Namun demikian, pemindahan ini turut disokong oleh sekeping surat setahun sebelum itu iaitu pada 2011 di mana pengirimnya menjelaskan akan memindahkan wang sehingga USD375 juta daripada beberapa akaun termasuk BlackStone Asia. Lihat https://assets.documentcloud.org/documents/2777406/375m-pledge-letter-to-Najib-Razak-from-HRH.pdf

3. RM50 juta - yang datang daripada RM2.08 bilion (atau terkenal dengan jumlah USD681 juta pada kadar tukaran ketika itu USD1 = RM3.05) dipindahkan pada Mac 2013, iaitu sebelum PRU13 sebelum dikembalikan pada Ogos 2013, melalui akaun Tanore. Pemindahan ini turut disokong surat daripada penderma kerabat diraja Arab Saudi di mana SPRM turut menemuramah keluarga kerabat diraja itu dan Menteri Luar Arab Saudi turut menyatakan ia adalah dana mereka.

Saya pasti tidak pada bila-bila masa Malaysia Official 1 mengetahui asal usul sebenar dana yang dipindahkan ke dalam akaunnya. Pengetahuannya adalah berdasarkan kepada aturan tahun-tahun sebelum itu yang dibuat dengan kerajaan Arab Saudi di mana derma politik disalurkan ke akaunnya untuk kegunaan parti. Adalah penting untuk kita fahami, setiap pemindahan itu akan turut dilampirkan dengan surat daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Dalam masa yang sama , kerajaan memandang serius serius terhadap saman sivil yang dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri berkata ia selari dengan urus tadbir baik yang sentiasa diperjuangkan kerajaan.

“Perlu dijelaskan bahawa ini merupakan tindakan sivil dan bukan tindakan jenayah dan ia terhad kepada nama-nama yang telahpun disebutkan dalam laporan DOJ.

“Oleh itu daripada segi kerajaan kita akan beri kerjasama yang sepenuhnya dengan semua pihak badan siasatan antarabangsa,” katanya. Baca seterusnya di SINI 

MMI kata berdepan dengan musuh sebenar mudah tetapi bukan senang untuk berdepan dengan fitnah !

Wednesday 20 July 2016

Cerita BANJIR & RM305 Juta !!

Macam-macam isu yang kini sedang melanda negeri Pulau Pinang !

Tak perlu MMI senaraikan satu persatu , baca sahaja artikel-artikel sebelum ini daripada cerita bab parking sampailah ke tahap skandal Ketua Menteri ... Huh macam-macam ada !

Sebelum tu MMI nak kongsikan sikit keadaan dan suasana di bumi Pulau Pinang dalam sehari dua ni.

Hujan yang turun bertimpa-timpa selama tempoh tersebut telah menyebabkan berlakunya banjir kilat dibeberapa kawasan di bahagian pulau.Lapangan Terbang Bayan Lepas antara yang tidak terkecuali daripada dinaiki air sehingga mengakibatkan pihak lapangan terpaksa menunda penerbangan.

Dalam masa yang sama Teluk Bahang dan kawasan sekitarnya turut terjejas dan dilaporkan air yang naik secara mendadak itu sampai ke paras pinggang.

Situasi ini bukan baru sekali berlaku tetapi sudah berkali-kali dan sejak dari itu jugalah rakyat Pulau Pinang terpaksa berdepan dengan cabaran dan kesusahan menghadapi banjir kilat.

Apa yang mushkilnya adalah bagaimana kerajaan DAP Pulau Pinang merancang ?

Jika melihat daripada cakap-cakap pimpinannya semua dalam gred A tak ada langsung yang gred-gred rendah ni.Semua hebat-hebat belaka , tak seorang pun daripada mereka yang tak pernah mengejek usaha kerajaan Barisan Nasional bahkan apa sahaja yang dilaksanakan oleh kerajaan BN itu akan menjadi jauhhhhhhh lebih baik sekiranya ia dilaksanakan oleh mereka.

Soalnya apakah yang dilakukan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang selama ini ?

MMI bagi BUKTI sikit betapa kerajaan DAP di Pulau Pinang ni HAMPEH !!!!

Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah berkata berdasarkan data yang dikumpul Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat, banjir itu berpunca daripada hujan lebat, air pasang dan sistem saliran yang ketinggalan zaman di Sungai Kelian.

"Kami telahpun meminta kerajaan negeri supaya menambah baik sistem ini pada 2013, bagaimanapun sehingga kini tiada kerja penambahbaikan yang dilaksanakan. 

Saya percaya jika sistem ini ditambah baik, banjir boleh dielakkan," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata banjir kilat yang melanda kawasan Teluk Bahang, dekat sini adalah disebabkan keadaan Sungai Teluk Bahang tidak mempunyai sistem pengairan yang baik.

Beliau berkata di hulu sungai berkenaan terdapat dua saluran yang menyebabkan sampah tersangkut sehingga air tidak dapat mengalir ke laut.

"Terdapat dua sungai di sini, satu Sungai Teluk Bahang yang mengalir terus ke empangan manakala Sungai Teluk Awak ini mengalir ke laut. Bila air pasang, ia tidak boleh mengalir ke laut, jadi itu yang melimpah ke kampung," katanya.

Tengok kenapa semua itu berlaku ? Cakap pandaikan ?

Apakah tidak ada langsung pelan atau perancangan untuk menyelesaikan permasalahan banjir yang saban kali berlaku sekiranya hujan lebat ?

Takkanlah kerajaan negeri yang begitu obses untuk merancang dan membina terowong halimunan bernilai ratusan juta itu TIDAK MAMPU untuk melihat dan merancang pelan menangani masalah banjir ?

Malah kalau kerajaan DAP mampu membelanjakan sejumlah RM305 juta WANG RAKYAT PULAU PINANG semata-mata untuk merancang dan menilai sebuah terowong atau jambatan halimunan , takkanlah jumlah yang sama tidak boleh disalurkan kepada usaha untuk menyelesaikan masalah banjir ?

Jangan pula lepas ni ada puak-puak cauvinis ni mengaku kononnya kos untuk menyelesaikan masalah banjir di Pulau Pinang ini terlalu tinggi !

Kalau dah tahu melibatkan kos terlalu tinggi , ambil tanggungjawab sebagai kerajaan negeri buat apa ?

MMI nak bagi tips sikit , kalau dah kos terlalu tinggi tu maka inilah masanya untuk semua puak-puak cakap pandai ni gunakan KHIDMAT GUAN ENG !!!!! Guan Eng pun janganlah tunggu orang minta tolong , kita tu Ketua Menteri buatlah kerja !!!

Kalau banglo Guan Eng boleh beli bawah harga pasaran untuk PERIBADI , takkanlah hal melibatkan banjir ni dia tak boleh kautim ! Untuk RAKYAT kot !

Pssstt orang tengah kalut pasai banjir dia dok kalut nak buat pilihan raya aparaaaa ...

MMI

Labels