Followers

Monday 30 April 2018

Zairil Kena Bantai Projek Lereng Bukit


Bila kita bercakap puak-puak ni banyak wayang dan suka menipu, ada yang tak percaya !

Akhirnya ada nyawa melayang di Pulau Pinang kerana tanah runtuh !

Tak cukup dengan itu masalah banjir tak pernah selesai, malah ada nyawa juga yang menjadi taruhan.

Soalnya penduduk Pulau Pinang tak sedar ke ?

PULAU PINANG 29 April – Sesi dia­log bersama penduduk kondominium Miami Green, Batu Feringghi di sini pagi ini bertukar panas apabila calon PKR kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Bunga, Zairil Khir Johari ‘diserang’ dengan kata-kata kemarahan oleh penduduk.

Semuanya gara-gara kegagalan Zairil yang juga Timbalan Pengerusi DAP negeri menyatakan pendiriannya dengan jelas berhubung isu projek pemba­ngunan di lereng bukit berse­belahan kondominium tersebut.

Malah, meskipun diasak penduduk supaya menyatakan pendirian sama ada mahu membatalkan projek berisiko itu sekiranya sekali lagi DAP diberi kuasa, Zairil gagal menyatakan dengan jelas sebaliknya hanya berkata projek itu akan ‘dinilai semula’.

Dalam pada itu, Zairil ketika ditanya berkenaan kelulusan pelbagai projek lereng bukit di negeri ini seolah-oleh berterusan menyalahkan pihak lain termasuk agensi kerajaan Pusat kononnya kelulusan dibuat pihak berkuasa tempatan (PBT) selari dengan garis panduan yang ada ketika ini.

Tindakan bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera itu bagaimanapun sekali lagi mengundang rasa tidak puas hati penduduk selepas dijelaskan Kerajaan DAP Pulau Pinang mempunyai kuasa penuh terhadap sebarang kelulusan projek pembangunan di negeri ini.

Dalam pada itu, seorang penduduk pangsapuri Miami Green, Jessica Lee, 50-an yang lantang mengkritik Zairil berkata, alasan yang diberikan calon PKR DUN Tanjong Bunga itu jelas tidak boleh diterima.

Apatah lagi, katanya, kajian yang dibuat pakar geoteknikal secara jelas membuktikan projek membabitkan tiga blok pangsapuri di lereng bukit itu membahayakan nyawa penduduk pangsapuri berkenaan.

“Apakah nyawa penduduk di sini tidak penting dan pemaju lebih diberi keutamaan sehingga projek berisiko ini boleh diberi kebenaran untuk diba­ngunkan?” katanya.

Mengikut kelulusan peran­cangan yang diberikan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), kawasan lereng bukit seluas kira-kira lima hektar (12 ekar) bersebelahan kondominium itu akan dibangunkan dengan projek pangsapuri tiga blok masing-masing dua blok 34 tingkat dan satu blok 28 tingkat.

Projek itu apabila siap kelak akan menempatkan sebanyak 869 unit rumah atau 101 unit rumah bagi setiap 0.4 hektar iaitu jauh lebih tinggi daripada kepadatan yang ditetapkan dalam garis panduan kerajaan negeri (87 unit).

Malah, laporan geoteknikal daripada firma yang diupah persatuan penduduk juga mendapati 50 peratus projek itu kelak akan dibina di kawasan lereng bukit melebihi 25 darjah iaitu kawasan yang diklasifikasikan sebagai sensitif alam sekitar.

Orang Penang kata baru Zairil ada akai ....

Melihat kepada insiden terbabit MMI rasa sudah ada penduduk di Pulau Pinang yang dulunya begitu obses dengan janji-janji DAP sudah sedar bahawa DAP tidaklah sesuci mulut-mulut penipu pemimpinnya.

Dan mereka seharusnya menjadikan peluang kali ini untuk segera merubah keadaan dan kehidupan sendiri daripada terus-terusan tertekan dengan perancangan caca marba DAP kepada sebuah kerajaan negeri yang lebih baik.

Untuk kali ini penduduk Pulau Pinang perku mengembalikan Pulau Pinang kepada Barisan Nasional kalau tidak bersedialah untuk berdepan situasi kritikal yang mungkin sampai ke tahap ada nyawa lagi yang hilang akibat kerakusan pentadbiran yang dikepalai DAP.

Your choice Bro ...

MMI

Sunday 29 April 2018

Gagal Pencalonan Bukti Pembangkang Tak Serius !!!


Seolah-olah tidak dapat menerima kesilapan sendiri, PKR mula menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kejadian beberapa calonnya tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, kegagalan Tian Chua untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu yang disandang sejak 2008 kononnya disebabkan SPR mengubah peraturan.

Nurul Izzah berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan dan akan mengambil tindakan susulan.

"Oleh itu, pada Isnin ini PKR akan membuat petisyen di mahkamah untuk mencabar keputusan berkenaan supaya SPR tidak boleh menipu," katanya dalam ceramah gabungan pembangkang PKR, di sini malam ini.

Tian Chua kempunan untuk mempertahankan kerusi berkenaan apabila SPR mendapati beliau hilang kelayakan bertanding kerana telah dihukum denda RM2,000 atas kesalahan menghina polis. - UTUSAN ONLINE

MMI kata agak HAIRAN kerana semua calon BN dapat melepasi proses pencalonan dengan baik tanpa sebarang masalah malah PAS juga begitu.

Apa ada kira-kira ka PAS dengan kerajaan sampai semua calonnya dapat menyelesaikan proses pencalonan ?

Agak-agaklah tak perlu nak menuding jari kepada pihak lain kalau diri sendiri yang buat salah !!!!!

Proses penamaan calon telah dimaklumkan oleh SPR jauh lebih awal dari tarikh dan seharusnya calon-calon itu sudah cukup masa untuk membuat persediaan.

So jangan jaja buruk sendiri boleh ??

Akhir sekali apa yang berlaku ini adalah bukti bahawa pembangkang sememangnya tidak pernah bersedia dan apakah rakyat Malaysia harus memilih kumpulan yang sebegini ??

Pikir pikir sikit bro ....

MMI

Saturday 28 April 2018

Dr Mahathir Layak Dinobat ‘Pelakon Terbaik’ !


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “pelakon nombor satu negara” dan layak mendapat “best actor academy award” kerana sifat kepura-puraannya.

Najib berkata ini dibuktikan apabila Dr Mahathir suatu ketika dahulu lantang mengkritik seteruk-teruknya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengaitkannya dengan salah laku seksual, namun kini berbaik-baik pula dengan Anwar demi matlamat peribadinya.

“… baru-baru ini dengan selamba dia pergi ke mahkamah (semasa perbicaraan) nak jumpa dengan Anwar Ibrahim. Saya tengok pun geleng kepala dengan telatahnya (Dr Mahathir). Orang macam ini kita tidak boleh pakai.

“Kita kena ada pendirian, dalam politik kalah menang tidak mengapa asalkan ada maruah diri… dia boleh berbuat demikian tetapi saya tidak boleh,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Bangunan Tambahan Hospital Jerantut dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Jerantut di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Ketua Bahagian UMNO Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Jerantut Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak.

Lebih 2,000 anggota jentera UMNO dari sekitar kawasan Parlimen Jerantut dan kakitangan jabatan kesihatan daerah, turut hadir pada majlis berkenaan.

Najib berkata Dr Mahathir selama ini hanya menjadi ‘’kuda tunggangan DAP” untuk memecahbelahkan Orang Melayu di negara ini bagi merealisasikan hasrat politik mereka menjatuhkan kerajaan.

“DAP nak tunjuk mereka baik kepada Orang Melayu, itu tipu sahaja… hakikatnya saya nak tanya DAP ini suka kepada orang Islam atau tidak, betul ke mereka nak bantu memajukan kawasan luar bandar seperti mana BN yang ditunjangi UMNO lakukan.

“Ini berbeza dengan MCA dan MIC serta Gerakan, yang memang ikhlas membantu rakyat, sebab itu negara kita maju, aman dan menjadi negara hebat sehingga kita melihat banyak perubahan besar yang jadi kepada negara kita,” katanya.

Pada majlis itu, perdana menteri berkata Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang pertama di Jerantut akan dibina seperti dimohon penduduk setempat melalui ucapan Ahmad Nazlan sebelum itu.

Najib turut merasmikan projek menaik taraf Hospital Daerah Jerantut, merangkumi satu blok bangunan baharu dengan kapasiti 30 katil, jabatan kecemasan dan trauma, jabatan pesakit luar dan klinik pakar.

Hospital berkenaan yang mempunyai 77 katil mula beroperasi tahun 1977, sebelum dirasmikan pada tahun 1979.

Selain itu, Najib turut umum pembinaan Klinik Kesihatan baharu di Kg Padang Piol selain penaiktarafan tiga klinik aitu Klinik Kesihatan Kampung Labu, Klinik Kesihatan Kuala Tahan dan Klinik Kesihatan Sungai Tekam Utara. - umno online

Friday 27 April 2018

DAP & Rasuah Ibarat Aur Dengan Tebing


Itu kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz sekarang tengok apa pula yang bekas Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau kata !!!!

Dr Boo Cheng Hau yang juga penyandang DUN Skudai berkata kepimpinan DAP tidak berguna kerana mereka berkompromi dengan rasuah.

Dr Boo berkata Lim Kit Siang sepatutnya mengajar anaknya, Lim Guan Eng menjadi pemimpin yang baik.

“Boo juga mengatakan kepimpinan DAP harus tahu bahawa jika mereka rosak, mereka bukan sahaja harus berhenti bertanding tapi harus meninggalkan DAP dan tidak mencemarkan nama dan reputasi parti.

“Dari ribuan calon dari berpuluh-puluh parti, hanya satu calon akan bertanding ketika masih berada di bawah satu kes mahkamah jenayah yang sedang berlangsung untuk dua pertuduhan rasuah terhadapnya,”ulas LSS berkenaan kenyataan Boo itu.

Tolak DAP !!!

MMI

Thursday 26 April 2018

PRU 2018 : Detik Melayu Paling Terpinggir Dalam DAP – Dr Kamarul


Berdegar-degar sejak beberapa tahun kebelakangan ini para pemimpin DAP melaungkan kononnya semakin ramai orang-orang Melayu tertarik untuk menyertai parti itu dan kononnya semakin prihatin parti itu di dalam memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu.

Malangnya, jika dilihat rekod pilihan raya DAP sejak 30 tahun yang lalu maka dalam Pilihan Raya Umum 2018 inilah kedudukan orang-orang Melayu sebagai calon DAP di institusi pembuatan undang-undang tertinggi negara, iaitu Parlimen, berada pada tempat tercorot.

Dalam Pilihan Raya Umum 1990, 3 muka Melayu diletakkan sebagai calon DAP, iaitu:
(1) Ahmad Nor yang menang dengan majoriti 2,340 undi di P047 Bayan Baru.
(2) Abdul Rahim Haji Mat Taib yang kalah dengan majoriti 15,246 undi di P071 Tanjong Malim.
(3) Ahmad Ton yang kalah dengan majoriti 5,225 undi di P118 Labis.

Dalam Pilihan Raya Umum 1995, 7 muka Melayu diletakkan sebagai calon DAP, iaitu:
(1) Hj. A. Rahman Manap yang kalah dengan majoriti 23,515 undi di P44 Permatang Pauh.
(2) Ahmad Nor yang kalah dengan majoriti 6,839 undi di P050 Bayan Baru.
(3) Mohamad Asri Othman yang kalah dengan majoriti 9,851 undi di P69 Tapah.
(4) Abdul Muluk Daud yang kalah dengan majoriti 12,158 undi di P106 Segambut.
(5) Yaakob Jantan yang kalah dengan majoriti 17,567 undi di P125 Segamat.
(6) Ahmad Ton yang kalah dengan majoriti 5,225 undi di P118 Labis.
(7) M. Salleh Ahmad yang kalah dengan majoriti 19,648 undi di P138 Senai.

Dalam Pilihan Raya Umum 1999, 4 muka Melayu diletakkan sebagai calon DAP, iaitu:
(1) Zulkifli Mohd. Noor yang kalah dengan majoriti 9,481 undi di P050 Bayan Baru.
(2) Abd. Rahman Said Alli yang kalah dengan majoriti 6,406 undi di P67 Gopeng.
(3) Zaitun Mohd Kasim yang kalah dengan majoriti 8,835 undi di P90 Selayang.
(4) Ahmad Ton yang kalah dengan majoriti 13,801 undi di P128 Labis.

Dalam Pilihan Raya Umum 2004, 3 muka Melayu diletakkan sebagai calon DAP, iaitu:
(1) Zulkifli Mohd. Noor yang kalah dengan majoriti 10,717 undi di P48 Bukit Bendera.
(2) Abu Bakar Lebai Sudin yang kalah dengan majoriti 16,839 undi di P89 Bentong.
(3) Azhari Ismail yang kalah dengan majoriti 19,059 undi di P145 Bakri.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008, 2 muka Melayu diletakkan sebagai calon DAP, iaitu:
(1) Abu Bakar Lebai Sudin yang kalah dengan majoriti 2,752 undi di P80 Raub.
(2) Ahmad Ton yang kalah dengan majoriti 12,371 undi di P165 Tanjong Piai.

Dalam Pilihan Raya Umum 2013, 3 muka Melayu diletakkan sebagai calon DAP, iaitu:
(1) Zairil Khir Johari yang menang dengan majoriti 32,778 undi di P048 Bukit Bendera.
(2) Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang menang dengan majoriti 2,814 undi di P80 Raub.
(3) Mahdzir Ibrahim yang kalah dengan majoriti 5,457 undi di P165 Tanjong Piai.

Alih-alih dalam Pilihan Raya Umum 2018, yang digelar sebagai ibu segala pilihan raya, yang kononnya paling ramai orang-orang Melayu menyertai DAP, hanya 1 muka Melayu sahaja diletakkan sebagai calon DAP, iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di P080 Raub.

Macam mana pengundi Melayu mahu percaya yang DAP dan Pakatan Harapan mampu memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu bila calon DAP dalam Pilihan Raya Umum 2018 berada pada tempat tercorot berbanding pilihan raya sebelum ini.

Jika menang sekalipun, apa yang mampu calon tunggal DAP ini buat di Parlimen?

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Wednesday 25 April 2018

DAP Tak Pernah Hargai Sokongan Melayu Dalam Parti


Lagi ahli DAP keluar PARTI !!!!

Hata Wahari, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia dan bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang masuk DAP pada 2012 mengumumkan keluar parti selepas nama Jamliah Jamaluddin sebagai calon DUN Bandar Utama.

“Saya adalah anggota DAP Damansara. Kemasukan saya di dalam parti itu diumumkan sendiri oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Namun kini saya menarik diri dari menyokong parti itu kerana sikapnya yang tidak menghargai sokongan orang Melayu yang menyokong DAP,”katanya dalam satu kenyataan terbuka.

Menurutnya, keputusan parti mencalonkan cucu bekas aktivis komunis itu mengesahkan DAP menyokong komunis yang membunuh askar-askar Melayu.

“Tindakan mengangkat Jamaliah Jamaludin, cucu Shamsiah Fakeh – seorang pejuang komunis yang mengangkat senjata membunuh dan memporak-perandakan orang Melayu – merupakan tindakan melampau.

“Bagaimana kami, orang Melayu boleh menerima DAP yang tidak langsung mengambil kira perasaan, kesengsaraan dan kesedihan kami memikirkan anggota keluarga dibunuh petualang komunis Melayu pada zaman darurat.”

Hata turut memetik kenyataan Shamsiah Fakeh yang mengaku masuk hutan dan tidak menyesal membunuh.

“Penjajah begitu takut dengan pejuang komunis yang hendak menggulingkan mereka. Dalam perang adil dan tak adil memang sukar dielakkan pertumpahan darah.

“Barang siapa yang berdiri di pihak penjajah dengan bersenjata sudah tentu akan dibalas, itu salah mereka kerana berdiri di pihak penjajah.” – Dari Awas ke Rejimen ke-10, muka surat 62.

Menurut Hata, seperti yang ditegaskan sejarawan terkemuka, Tan Sri Khoo Kay Kim, majoriti orang Melayu tidak boleh menerima komunis dan fahamannya.

Tambahnya, beliau mempunyai pengalaman sendiri mempunyai keluarga yang berfahaman komunis.

“Saya mempunyai ibu saudara yang merupakan anggota komunis Melayu, mengangkat senjata, membunuh anggota tentera Melayu yang mempertahankan negara.

“Sepanjang tempoh hidupnya tidak pernah menyesal malah berbangga berjaya membunuh tentera Melayu dan orang Melayu, katanya pembunuhan itu diwajibkan.

“Mereka belajar pembunuhan adalah wajib untuk mewujudkan negara komunis di negara ini. Malahan anak-anaknya terus juga memuja ibunya ketika dalam Komunis.

“Anak saudara saya kini juga mempunyai sikap seperti nenek dan bapanya yang terus memuja perjuangan komunis, tidak melihat kesalahan yang dilakukan oleh neneknya di zaman darurat membunuh orang Melayu sendiri.

“Pengalaman hidup keluarga kami ini, membuat saya tidak mempercayai bahawa Jamaliah, cucu Shamsiah Fakeh ini bukan seorang komunis.”

Hata turut memetik kenyataan allahyarham Sarjan Yusof Rono yang berkata akan sentiasa ada orang-orang seperti Mat Indera dan Shamsiah Fakeh di Malaysia, tokoh-tokoh komunis yang menyembunyikan identiti mereka.

“Katanya lagi, komunis belum mati kerana tali barutnya masih bergerak secara subversif dan bersembunyi, hanya menunggu masa untuk bangkit kembali memporak- perandakan negara.

“Kini DAP memberi peluang seorang komunis untuk bangkit dalam pimpinan negara, sesuatu yang tidak boleh diterima oleh orang Melayu, sesuatu yang perlu ditentang oleh orang Melayu.

“Orang-orang Melayu perlu menolak DAP dalam pilihan raya kali ini. Tidak ada perbuatan yang paling kurang ajar dilakukan oleh DAP kepada orang Melayu apabila mengangkat cucu seorang komunis Melayu dalam kepimpinan negara”.

Baca artikel berkaitan https://mahamissa.blogspot.my/2018/04/cucu-tokoh-komunis-melayu-wakili-dap.html


Tuesday 24 April 2018

DAP Hanya Untuk Mereka Yang Setuju Dengan Fitnah & Pembohongan ?


Raja segala putar belit .. Siapa lagi kalau bukan DAP dan rakyat Malaysia sudah pun dipertontonkan lakonan penuh gaya Dinasti Lim apabila bermulut manis dalam hal-hal tertentu tetapi bermuka-muka sekiranya pihak yang bersama itu tidak tunduk kepada pucuk pimpinan.

Ceritanya gila ! Mana mungkin seseorang itu boleh bersifat menyokong jika perkara yang berlaku itu adalah sekadar tuduhan politik jahat tanpa bukti yang sah.

Begitulah yang berlaku terhadap sesetengah pemimpin dalam DAP !

Apa yang berlaku terhadap Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang digugurkan sebagai calon Dap bagi mempertahankan kerusinya pada pilihan raya akan umum akan datang adalah sebahagian gambaran erti demokrasi dalam kamus parti Dap.

Ini bukalanlah suatu senario yang luar biasa.. lihat sahaja apa yang berlaku sebelum ini terhadap beberapa wakil rakyat Dap seperti mana di Melaka dan Pulau Pinang.

Mengulas perkara tersebut Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan kelantangan Dr Tan Sen Giaw dalam menyatakan perkara yang sebenar dalam isu yang berhubung kait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan Dap panas punggung dan mungkin kerana itu menyebabkan Tan Seng Giaw tidak tersenarai sebagai calon pada PRU kali ini.

Sedangkan menurut beliau Dr Tan yang merupakan bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah memberitahu perkara yang betul dalam siasatan 1MDB sebelum ini berhubungkait tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan 1MDB.

“Bacaan kita daripada apa yang berlaku terhadap Dr Tan itu adalah gambaran dan petunjuk kepada demokrasi di dalam Dap yang hanya mengikut telunjuk pimpinan atasan. Kenyataan bertentangan Dr Tan dengan apa yang dijaja dan diwar-warkan oleh barisan pembangkang khususnya kalangan pimpinan Dap menyebabkan Dr Tan kini senasib dengan rakan-rakan  beliau yang diambil tindakan sebelum ini.

“Kalau kita tengok sejarah demokrasi mereka…  di Melaka,  Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, dan pengerusi Dap Melaka yang juga ADUN Duyong, Goh Leong San digantung setahun atas dakwaaan berulangkali membuat kenyataan yang merosakkan reputasi parti.

“Dan di Pulau Pinang, pula Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu diberikan tekanan gara-gara mengulangi gesaan supaya tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal saja. Apakah ini budaya demokrasi mereka. Teguran yang diberi ‘balasan’ pula yang diterima,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Shamsul Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO seterusnya menjelaskan soal demokrasi bagi Dap mempunyai tafsirannya tersendiri dalam usaha menghalalkan segala tindakan dan perbuatan mereka.

“Bercakap tentang demokrasi merekalah kononnya juara…bercerita soal hak dan demokrasi juga merekalah juaranya…soal demokrasi jugalah dijaja dalam usaha meyakinkan rakyat terhadap mereka.

“Namun apa yang berlaku terhadap pendokong dan penyokong serta kepimpinan mereka adalah sebaliknya. Inilah wayang hebat mereka…kepada rakyat kita nilai dan lihatlah permainan politik Dap ini,” ujarnya. umno online

Sunday 22 April 2018

Cucu Tokoh Komunis Melayu Wakili DAP Bertanding Dalam PRU14

 

Tak menjadi satu kesalahan kepada mana-mana pihak sekalipun untuk bertanding dalam pilihanraya kerana prosesnya jelas dan hanya perlu mengikut peraturan serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak SPR Malaysia.

Dalam erti kata lain ianya tidak terhala kepada sekumpulan ahli politik tertentu sahaja dan perkara ini sebenarnya turut membuktikan bahawa sistem pilihanraya di Malaysia adalah amat telus dan terbuka.

Sebab itu kita sering kali mendengar dan melihat adanya calon-calon dari BEBAS yang bertanding.

MMI secara umumnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mana-mana pihak yang nak menawarkan diri sebagai calon mewakili parti politik masing-masing. Cumanya sebagai pemilih yang berdaftar atau sebagai warganegara Malaysia, MMI turut punya hak untuk meneliti dan menilai setiap daripada calon yang menawarkan diri serta parti politik yang diwakili mereka.

Perkara ini penting kerana keputusan yang bakal kita buat pada hari mengundi nanti adalah satu keputusan yang akan membentuk lanskap negara yang merangkumi soal politik, ekonomi, pembangunan, keselamatan, kebajikan, budaya dan lain-lain.

Apatah lagi Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan, sebarang keputusan yang mahu dilakukan perlulah diteliti berdasarkan kepada soal fakta dan analisa yang menjurus kepada hal-hal berkaitan.

Satu kesilapan sama ada dari soal pemahaman mahupun kecelaruan emosi bakal menyebabkan institusi negara khususnya Perlembagaan Persekutuan yang punya jiwa dan roh tersendiri akan terjejas.

Bukan perkara main-main dan kerana itu MMI melihat kehadiran seorang wakil dari parti DAP yang dilabel oleh portal pro pembangkang sebagai cucu kepada tokoh komunis adalah satu perkara yang seharusnya diadili dengan berhati-hati khususnya oleh orang-orang Melayu.

Bukan soal cucu itu sangat tetapi soal keterujaan si cucu terhadap dasar Malaysian Malaysia dan kepercayaannya terhadap ideologi dan prinsip parti DAP itu sendiri.



“Bagi saya beliau (Shamsiah Fakeh) adalah pejuang negara. Beliau adalah idola saya,”kata Jamaliah.

Ketika ditanya apakah sebab beliau menyertai DAP, Jamaliah berkata sebab utamanya adalah perjuangan sama rata yang diperjuangkan parti itu, iaitu ‘Malaysian Malaysia’.

“Salah satu sebab utama adalah kerana saya percaya ideologi dan prinsip parti khususnya ‘Malaysian Malaysia’,”

Jamliah Jamaluddin, calon DAP DUN Bandar Utama.

Well guys ... as people of Malaysian, sudah tentu sebahagian daripada orang-orang tua kita pernah terlibat secara langsung dalam krisis yang dicetuskan oleh PKM.

Sama ada terlibat secara langsung atau pun tidak kekejaman PKM amat dasyat sekali dan ada yang telah gugur akibat daripada perjuangan rimba berideologikan komunis itu.

Soalnya apakah kita mahu melihat gerakan serta ideologi komunis ini kembali menguasai segenap ruang di bumi bertuah Malaysia ?

Jamliah tak salah tapi pegangan ideologi dan keterujaannya amat membahayakan maka berhati-hatilah kerana komunis alaf baharu tidak lagi bersembunyi di hutan belantara sebaliknya mereka berada di sekeliling kita malah ada yang sudah berpelukan.

MMI

Saturday 21 April 2018

Azmin Tempelak PAS Kerana Ramai Hijrah Ke Selangor


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menempelak parti PAS dalam ucapannya di Alor Setar semalam.

Azmin berkata kelemahan kepemimpinan kerajaan Kelantan yang dinaungi PAS didakwa menjadi punca rakyat negeri terbabit berhijrah ke Selangor untuk memanfaatkan pelbagai peluang.

“Bukan saya nak sombong tetapi berapa ramai orang Kelantan pindah ke Selangor? Jika Kelantan hebat seperti gelarannya Serambi Makkah, kenapa ramai orang Kelantan datang Selangor?

“Ini kerana Selangor negeri yang aman, makmur, maju, adil dan sejahtera untuk semua rakyat berbilang bangsa.

“Sejak dilantik menjadi Menteri Besar, saya diingatkan wajib berlaku adil dan melakukan ihsan,” katanya. sumber Berita Harian

Wow hebatnya Azmin sampai ramai yang berhijrah ke Selangor untuk cari peluang rezeki.

Soalnya betul ka sebab Azmin Selangor jadi hebat ?

Bukan ka Selangor dah memang maju sejak dibawah Barisan Nasional ? 

Lupa ka Min ?

Masalah air pun tak mampu nak selesai sembang kencang !!!!!!

Jom ikuti apa Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan kata ;

SHAH ALAM - Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohamad Rafii  mencabar Menteri Besar Selangor,  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  menamakan satu pembangunan yang dibuat sepanjang tempoh 10 tahun Pakatan Harapan memerintah negeri itu.

Menurutnya, sepatutnya dalam tempoh 10 tahun, lebih banyak pembangunan dilaksanakan, sebaliknya pembangkang hanya berdalih dengan pelbagai alasan.

"Dah 10 tahun dah, dulu dia kata eh baru lima tahun, satu penggal, tak ada masa, dah sepuluh tahun apa alasan mereka kata tak boleh buat?

"Azmin, awak namakan satu pembangunan untuk rakyat Selangor, tidak ada, zero (kosong), apa yang dibawa tentang pembangunan Selangor?," katanya dalam satu temu bual di FB Live Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, segala pembangunan yang ada di Selangor hari ini adalah ciptaan BN, bahkan Azmin hanya mengurus apa yang sudah dibangunkan oleh pemimpin BN.

"Dia hanya menguruskan. Urus, saya pun boleh urus, awak letak seorang pentadbir untuk urus, saya pun boleh, tapi isunya sekarang, nak jadi pemimpin ni kita kena ada satu idea untuk memperhebatkan apakah yang dikatakan ekonomi negara," katanya.

Anak kelahiran Pasir Panjang itu berkata, paling menyedihkan dalam isu bola sepak yang  juga turut menerima tempias politik.  

"Pasukan bola Selangor nak guna Stadium Shah Alam pun tak boleh, tengok rakusnya kuasa dia, dari dulu BN tak pernah main politik dengan bola," katanya.

Mohd Razlan berkata, begitu juga dalam soal peluang pekerjaan, pembangkang di Selangor tidak mampu sediakan pekerjaan kepada rakyat Selangor hinggakan mereka terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur.  

"Saya kesian kepada rakyat Selangor sudahlah tiada pembangunan yang dibawa, tiada pula inisiatif disediakan dalam soal peluang pekerjaan. Orang Selangor duk sibuk berhijrah ke Kuala Lumpur cari kerja," katanya. sumber Sinar Harian

Hahahaha sendiri mau ingat bro ....

MMI

Thursday 19 April 2018

Apa Maksud Bila Bendera PKR Berkibar Di Seluruh Negara ?


Semua orang pastinya dah faham kenapa puak-puak pembangkang dalam Pakatan Haprak hari ini menggunakan bendera dan lambang parti PKR.

Ringkasnya kerana masalah teknikal melibatkan parti yang memohon dan juga prosedur dari ROS yang gagal di patuhi. Keadaan yang sama turut berlaku terhadap parti PPBM pimpinan Mahathir yang telah menyebabkan reputasi para pimpinan parti itu terjejas teruk.

Maklumlah bila di pentas ceramah bercakap seolah-olah dah boleh pimpin seluruh dunia tapi hakikatnya nak tubuhkan parti sendiri pun caca marba.

Justeru itu hari ini dan hari-hari yang akan datang rakyat Malaysia akan mula melihat bendera parti-parti politik yang bertanding akan mula dinaikkan dan masing-masing berkibar dengan gaya dan kreativiti si pemasangnya.

Namun bukan soal gaya atau kreativiti pemasangan bendera yang MMI nak ulas sebaliknya penjelasan mudah terhadap terkibarnya bendera PKR.

Di satu sudut sudah tentu bendera PKR itu menjadi lambang kepada calon-calon dari parti PKR sendiri, DAP, PAN dan PPBM bahawa mereka mempunyai calon yang bertanding di kawasan terlibat.

Di satu sudut lain pula ianya adalah mesej jelas kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa perkibaran bendera PKR itu adalah BUKTI wujudnya sekumpulan pemain-pemain politik yang mengaku SEHALUAN dan BERSAMA atas dasar perjuangan masing-masing.

Oleh kerana itu maka MMI nak ingatkan SEKALI LAGI seluruh rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu supaya cepat-cepat sedar haluan dan kerjasama di bawah PKR itu bakal menyebabkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera yang terkandung dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan akan dihapuskan jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14.  

Hal ini telah dibuktikan oleh Pengerusi DAP Perak, David Nga Kor Ming yang telah membuat pengakuan tersebut katanya ia selaras dengan matlamat perjuangan DAP untuk menghapuskan pembahagian Bumiputera dan bukan Bumiputera.

“Untuk bangsa Malaysia yang bersatu, rakyat tidak akan dipecahkan menjadi Bumiputera dan bukan Bumiputera.

“Semua wakil negara (warganegara) akan mempunyai identiti yang sama iaitu bangsa Malaysia,” kata Pengerusi DAP Perak.



Well MMI tak nak lebih-lebih sangat cumanya mengharapkan ramai dari orang kita diluar sana faham akan maksud yang tersirat di sebalik berkibarnya bendera PKR.

Macam opah MMI kata satu undi dekat lambang PKR maka satu undi untuk DAP !

Dan bila dah undi DAP maka bersedialah untuk semua perkara diatas berlaku, itu baru bab hak bumiputera belum lagi soal kedudukan agama Islam ?

So fikirkan betul-betul sebab pada saat ini sehingga tibanya hari pengundian nanti puak-puak ini akan sentiasa berlidah cabang !

BEWARE GUYS !

MMI

Tuesday 17 April 2018

Janji BN Mansuhkan Tol Laluan Motosikal Jambatan Pulau Pinang Bukan Janji Retorik


BALIK PULAU - Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan tol bagi laluan motosikal di Jambatan Pulau Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau membuat pengumuman tersebut ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat Balik Pulau yang dihadiri kira-kira 10,000 penyokong termasuk pemimpin Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurutnya, pemansuhan tol bagi laluan motosikal di Jambatan Pulau Pinang itu antara penambahan dalam manifesto BN Pulau Pinang termasuk menjanjikan 65,000 rumah mampu milik kepada rakyat Pulau Pinang.

"Saya akan terus bangunkan Balik Pulau dan akan luluskan banyak lagi yang lebih besar. Tunggu kita menang di Pulau Pinang," katanya.

MMI menyambut baik pengumuman ini kerana percaya bahawa ianya akan terlaksana seperti mana yang dijanjikan.

Bukan berniat untuk bersikap berat sebelah atau bias tetapi ianya berdasarkan kepada rekod pentadbiran Datuk Seri Najib sepanjang tempoh beliau mengepalai kerajaan Barisan Nasional.

Sebagai sebuah kerajaan sudah tentunya Najib amat-amat memahami bahawa janji yang dilafazkan dihadapan rakyat adalah satu amanah yang perlu dilunaskan waima apa jua cabaran yang mendatang.

Justeru itu rakyat Malaysia boleh melihat kembali gerak kerja kerajaan BN selama ini terhadap semua bentuk pembangunan yang dilaksanakan. Ianya bukan hanya terarah kepada pembangunan ekonomi tetapi juga melibatkan pembangunan siasah dan masyarakat.

Banyak perkara telah dilaksanakan kerana BN hanya menjanjikan perkara-perkara yang mampu ditunaikan serta tidak bersifat populis semata-mata.

Berbeza dengan janji-janji manis, bulan dan bintang pembangkang khususnya terhadap rakyat di Pulau Pinang yang jelas bersifat menagih !

MMI kategorikan kepada 2 aras ...

1.Janji pembangkang hanya berdasarkan kepada menagih sokongan undi untuk berkuasa dan rakyat hanyalah sebahagian daripada proses tersebut tidak lebih dari itu. Dalam erti kata lain RAKYAT ibarat ZOMBIE.

2.Janji pembangkang bersifat populis dan semua perkara yang dijanjikan itu sebenarnya membunuh diri sendiri kerana selama tempoh 2 penggal mentadbir Pulau Pinang, kerajaan negeri sedia ada masih lagi GAGAL menunaikan janji khususnya untuk menyelesaikan masalah banjir.

Rakyat Pulau Pinang mungkin terlupa bahawa selama ini semua perkara yang dijanjikan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang selain dari gagal ditunaikan lebih banyak dituding semula kepada kerajaan BN.

Contohnya masalah banjir sedangkan pemimpin DAP sendiri yang mendabik dada kononnya mampu menyelesaikan masalah banjir hanya dalam tempoh 9 bulan !

Kerana itu MMI sarankan supaya seluruh pengundi di Pulau Pinang untuk BANGKIT dan menolak DAP serta pembangkang di Pulau Pinang dan kembalikan kerajaan negeri kepada Barisan Nasinal.

Sudah tentunya Barisan Nasional selama 2 penggal ini benar-benar faham tentang keperluan dan kehendak rakyat justeru itu pastinya mereka amat-amat bersedia untuk kembali berkhidmat.

Apakah warga Pulau Pinang tidak mahu melihat perubahan ?

Percayalah semua impian itu tidak akan berlaku selagi mana Dinasti Lim dibiarkan kekal berkuasa !

Your choice dude !

MMI

Sunday 15 April 2018

BN P. Pinang Lancar Manifesto PRU14


BUTTERWORTH, 15 April – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang menggariskan enam teras utama bertemakan ‘Selamatkan Pulau Pinang’.

Enam teras yang diberi keutamaan termasuklah penyelesaian masalah banjir dan penggondolan bukit, penyelesaian masalah Perumahan Rakyat, penyelesaian masalah kesesakan lalu lintas, pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pelancongan serta warisan.

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata manifesto ini dirangka dengan mengambil kira pandangan serta maklum balas kesemua parti-parti komponen BN yang bergerak mengumpul maklum balas daripada rakyat.

“Manifesto ini merupakan perjanjian dan perlu dilaksanakan sekiranya BN menang di negeri ini,” katanya dalam ucapan perasmian manifesto di sini hari ini.

Majlis pelancaran manifesto BN negeri yang dilancarkan Teng turut dihadiri barisan kepemimpinan komponen parti tersebut termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Pengerusi MCA negeri Datuk Tan Teik Cheng. - Bernama

Bila Dah Mahathir Terlalu Asyik Dengan DAP Semuanya Dia Tak Tahu !!


Bila dah terlalu asyik dengan DAP, Mahathir sampai sanggup menjilat ludah sendiri.

Mahathir bukanlah lagi pemimpin yang boleh kita letakkan kepercayaan untuk mengemudi negara.

Tindak tanduknya cukup membahayakan dan segala perancangan yang kini sedang dirancang bersama dalam Pakatan Harapan itu adalah virus yang perlu rakyat Malaysia tolak jauh-jauh.

Mahathir sedang membawa virus yang cukup membahayakan kerana sebarang keputusan dari rakyat jika dilakukan secara terburu-buru dan berdasarkan kepada sentimen serta emosi politik mampu menyebakan orang-orang Melayu hilang maruahnya.

Maruah dalam erti kata tergadainya HAK yang kini tersimpan kemas dalam Perlembagaan Persekutuan.

MMI mengambil contoh mudah, Mahathir telah membuat pengakuan bahawa kedai roti, The Loaf yang telah ditutup setelah 12 tahun beroperasi itu bukanlah miliknya.


Walhal Mahathir sendiri telah mengaku The Loaf adalah perniagaan yang diceburinya setelah berhenti dari menjadi Perdana Menteri dan kenyataan itu telah disiarkan oleh akhbar pada 2011.


Apa yang berlaku ini sebenarnya memainkan peranan penting terhadap rakyat Malaysia kerana Mahathir sudah mengaku untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada PRU14.

Soalnya apakah kita boleh menerima seorang Perdana Menteri yang bersikap lepas tangan seperti ini untuk mengemudi negara ?

Apa sahaja yang dilihat tidak sealiran dengannya atau tidak menyebelahi beliau akan dinafikan walaupun hakikatnya perkara yang dinafikan itu adalah benar !

Lebih penting lagi apa akan berlaku jika begitulah situasinya ?

MMI

Saturday 14 April 2018

Najib Umum Peruntukan Di Pulau Pinang Waktu Guan Eng Asyik Menyanyi ABC


Apabila YAB Datuk Seri Najib umum peruntukan di Pulau Pinang, Guan Eng antara pemimpin paling bangang yang kelam kabut spin kononnya BN ugut rakyat Pulau Pinang.

Inilah sikap malaun yang mengaku Ketua Menteri ! 

Kerakusan melampau beliau dan seluruh pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini ternyata memakan diri apabila pentadbiran yang kononnya berasaskan kepada CAT itu langsung gagal membela nasib rakyat.

Tak perlu disebut panjang lebar masalah banjir sahaja sudah cukup untuk memalukan Guan Eng dan kuncu-kuncunya.

Disebabkan terlalu asyik menagih segala hasil di Pulau Pinang sehingga menafikan hak para pendudukanya, Guan Eng masih lagi bangang dengan aksi karaoke lagu ABC.

Habis diputar belitnya perihal sejumlah peruntukan RM1.63 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri terhadap projek Kementerian Kesihatan di Pulau Pinang.

Cukup memalukan bagi seorang Ketua Menteri bersikap demikian sedangkan Datuk Seri Najib dalam pengumumannya turut merujuk kepada projek yang telah pun dilaksanakan seperti pembinaan blok bertingkat Hospital Seberang Jaya dengan kos RM486.2 juta dan akan siap tahun depan. 

Dalam masa yang sama Datuk Seri Najib turut mengumumkan peruntukan tambahan segera berjumlah RM10.5 juta untuk membina jejambat motorsikal di Bayan Lepas dan 22 buah ambulans baru untuk kemudahan penduduk.

Di mana yang ugutnya ?

Bimbang rakyat tolak DAP ka ?

Memang patut rakyat tolak sebab terlampau rakus dalam isu terowong selain gagal menyediakan rumah mampu milik, lebih teruk lagi Guan Eng dah catat sejarah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang PERTAMA yang dihadapkan ke mahkamah kerana pertuduhan RASUAH !

Malulah weiii ...

MMI

Friday 13 April 2018

Bukti Kenapa Akta Berita Palsu Itu Penting


Tular di media sosial beberapa hari lalu tentang satu poster melibatkan program Barisan Nasional Permatang Pauh yang telah diubah suai sehingga mendapat reaksi banyak pihak. 

Seperti mana yang dapat kita lihat dalam kedua-dua poster diatas jelas sekali ianya merupakan satu tindakan yang amat mengelirukan apabila maklumat sebenar diubah sehingga ada dikalangan mereka-mereka diluar sana percaya.

MMI sewaktu menjelajah dalam talian turut menemui pautan-pautan tertentu yang secara jelas menyebarkan poster ubah suai tersebut dan dari cara pengolahan dan penyampaiannya pihak yang terlibat mereka menganggap ianya adalah benar.

Satu perkara yang amat membahayakan kerana ia mencetuskan satu tanggapan negatif, contohnya dalam penyebaran poster cermin mata yang diubah kepada baju dalam.

Kerana itulah akhirnya Cikgu Zaidi selaku Pengerusi BN Permatang Pauh membuat keputusan untuk membuat laporan polis seterusnya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat.

Kebetulan pula Akta Berita Palsu turut sama diwartakan pada 11 April 2018.

Nak dijadikan cerita, MMI antara yang mendapat panggilan telefon dari seorang kenalan yang kebetulan mengenali pihak yang terlibat !

Melalui percakapan kami, MMI difahamkan pihak yang terlibat itu sudah tidak senang duduk memandangkan respon berkenaan penyebaran poster terbabit telah mendapat perhatian diseluruh negara.

Bimbang dengan laporan polis dan bimbang dengan Akta Berita Palsu yang memperuntukkan denda maksimum RM500 ribu pihak terlibat dikatakan mahu bertemu dengan Cikgu Zaidi dan membuat permohonan maaf.

Akhirnya satu pertemuan berlaku di Permatang Pauh dan MMI mendapat makluman kedua-dua pihak telah menyelesaikan isu yang berbangkit.


So apa yang MMI nak sampaikan disini adalah keputusan pihak kerajaan untuk mewartakan Akta Berita Palsu adalah tepat dan apa yang berlaku dalam isu membabitkan BN Permatang Pauh ini adalah BUKTI kenapa akta ini perlu diwujudkan.

Sama ada sedar atau tidak kerana kewujudan akta inilah pihak yang terlibat tampil membuat permohonan maaf kepada Cikgu Zaidi.

Bayangkan sekiranya kita masih lagi belum mempunyai akta sedemikian ?

Jom sokong Akta Berita Palsu dan sama-sama kita tangani FITNAH !

MMI

Thursday 12 April 2018

Tan Seng Giaw Jauh Lebih Suci Dari Kaki Fitnah 1MDB


Tan Seng Giaw adalah seorang pemimpin DAP yang jelas berpegang kepada ideologi politik yang berbeza sama sekali dengan apa yang diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Artikel ini bukanlah mahu mengangkat atau menjulang Tan Seng Giaw tetapi ditulis berdasarkan pemerhatian MMI sepanjang isu fitnah terhadap 1MDB dilakukan.

Pertamanya Tan Seng Giaw konsisten terhadap keputusannya bahawa Najib Razak tidak terlibat sama sekali dalam apa yang dimomokkan sebagai skandal 1MDB.

Keputusan ini kekal sehinggalah beliau dinafikan haknya dalam DAP sendiri !

So bayangkan beliau masih lagi DAP dan tidak berubah ke mana-mana parti politik namun berpegang kepada prinsip perundangan, selagi tuduhan yang dibuat tidak dibuktikan dengan bukti-bukti berasaskan kepada undang-undang keputusan wakil pembangkang dalam Jawatankuasa PAC ini kekal menolak tuduhan sebarang sabitan dengan Najib Razak.

Sebab itu MMI kata dalam soal ini rasanya Tan Seng Giaw lebih suci dari kalangan mereka yang sekapal dengan beliau.

MMI 
Mahkamah putuskan tiada bukti 1MDB rugi US$3.657 bilion, tiada salah laku
KUALA LUMPUR, 9 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan tiada bukti yang menunjukkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menanggung kerugian berjumlah US$3.657 bilion dan tiada bukti dakwaan berlakunya salah laku oleh anggota lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad juga berkata Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan sebelum ini turut menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam skandal membabitkan isu 1MDB.
Beliau membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib dan 13 anggota Lembaga Pengarah 1MDB serta dua lagi untuk membatalkan saman bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor terhadap 16 defendan itu berhubung kerugian dialami 1MDB berjumlah US$3.657 bilion.
Nik Hasmat juga mendapati Mohamad Ezam selaku plaintif tidak mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk memfailkan saman itu.
Dalam penghakimannya, beliau berkata mahkamah mendapati Mohamad Ezam mengakui di dalam afidavit balasannya bahawa beliau bukan anggota Lembaga Pengarah, pemegang saham dan tidak mempunyai sebarang kepentingan di dalam 1MDB.
"Tindakan saman yang difailkan plaintif berasaskan 'bare averment'. Saya juga terfikir-fikir adakah tindakan saman itu dicetuskan berdasarkan komitmen plaintif kononnya beliau mewakili pembayar cukai di negara ini atau hanya dibayangi dengan niat tersembunyi bagi perkembangan politiknya," kata hakim itu.
Katanya mahkamah juga mendapati tiada kausa tindakan munasabah dalam tuntutan saman plaintif dan saman berkenaan juga adalah remeh dan menyusahkan serta menyalah guna proses mahkamah.
"Oleh itu, mahkamah membatalkan saman difailkan plaintif terhadap kesemua defendan dan memerintahkan plaintif membayar kos berjumlah RM63,000 kepada kesemua defendan," katanya.
Najib memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pada 12 Julai 2017, atas alasan Mohamad Ezam, selaku presiden Parti Bebas Rasuah tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan tuntutan tersebut.
Selain Najib selaku defendan pertama, turut memfailkan permohonan bagi membatalkan saman ialah 13 anggota Lembaga Pengarah 1MDB iaitu Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah; Datuk Kamal Mohd Ali; Datuk Norazman Ayob; Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin; Tan Sri Ismee Ismail; Tan Sri Ong Gim Huat dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi selaku defendan kedua hingga kelapan.
Selain itu, Ashvin Jethanand Valiram; K. Arul Kanda; Mohd Hazem Abd Rahman @Mohamed; Datuk Mohd Bakke Salleh; Tan Sri Azlan Mohd Zainol; Datuk Tengku Rahimah Puteri Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sebagai defendan kesembilan hingga ke-14.
Syarikat 1MDB dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ke-15 dan ke-16 turut memfailkan permohonan bagi membatalkan saman difailkan Mohamad Ezam, pada 14 April 2017.
Dalam pernyataan tuntutan, Mohamad Ezam, selaku plaintif, mendakwa syarikat 1MDB telah meminjam sejumlah US$6.5 bilion dengan bantuan Goldman Sach International Ltd yang sewajarnya dimasukkan ke akaun syarikat berkenaan.
Namun, beliau mendakwa kesemua defendan bertindak secara melulu dengan menyebabkan sejumlah US$3.657 bilion dibayar kepada pihak yang tidak berhak hingga menyebabkan kerugian kepada syarikat 1MDB.
Oleh itu, plaintif menuntut kesemua defendan menanggung kerugian syarikat 1MDB dengan bayaran sejumlah US$3.657 bilion kepada syarikat berkenaan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Peguam Farez Jinnah mewakili Mohamad Ezam, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili perdana menteri dan Peguam Kanan Persekutuan Shamsol Bolhassan bertindak bagi pihak kerajaan manakala peguam Datuk Tan Hock Chuan mewakili 1MDB dan sebahagian daripada 13 anggota lembaga pengarahnya. - Bernama

Wednesday 11 April 2018

Hanya Kerajaan DAP Pulau Pinang Semuanya Yang Pertama


1.Negeri pertama dimana Ketua Menterinya disabitkan 2 tuduhan rasuah tetapi masih enggan meletak jawatan.

2. Bendahari Kehormat DAP yang pertama untuk menghadiri debat terbuka dibawah parlimennya dalam negeri yang mana beliau ialah Ketua Menteri walaupun telah dituduh terlinat dalam skandal RM 20.5 bilion.

3. Negeri pertama dengan tidak segan silunya menerima segala pujian atas pengurangan hutang 90% walaupun mengetahui bahawa Kerajaan Persekutuanlah yang mengambil alih aset kerajaan negeri dan menukarkan ia kepada bentuk pajakan selama 45 tahun secara tahunan dimana negeri menerima hasil yang sama.

4. Kerajaan negeri pertama meningkatkan perbelanjaan operasi sehingga 500% sepanjang 9 tahun.

5. Kerajaan negeri pertama dengan jumlah kegagalan paling tinggi dalam melaksanakan projek mega yang tidak sempat dimulakan termasuklah Terowong Pulau Pinang, PTMP, Projek Temasek BPO, Hospital Pelancongan Taman Manggis, Eco Marina dan lain-lain lagi.

6. Kerajan negeri pertama yang menipu bahawa mereka tidak pernah meluluskan sebarang projek lereng bukit dan akhirnya dibongkarkan oleh Ambiga yang menyatakan bahawa Kerajaan P.Pinang DAP telah meluluskan hampir 55 buah blok projek pembangunan berkapasiti tinggi di lereng bukit antara tahun 2008 dan 2015.

7. Kerajaan negeri pertama meluluskan projek tambakan dengan bilangan paling tinggi termasuk satu projek berkeluasan 4,500 ekar- melebihi keluasan saiz gabungan Forest City Johor dan Melaka Gateway.

8. Kerajaan negeri pertama yang dikesan melindungi sebuah kilang yang mencemarkan alam sekitar dan meningkatkan bilangan kes kanser di seluruh kawasan kampung dan akhirnya membuat permohonan maaf apabila diketahui.

9. Kerajaan DAP pertama yang membenarkan Johor dan Melaka memintas Pulau Pinang bagi pendapatan isi rumah median.

10. Kerajaan negeri pertama yang mengambil kredit kerajaan negeri sebelumnya yang mana telah merekodkan nilai pelaburan tertinggi di kalangan semua negeri dan terus merudum lalu tidak dapat menduduki tangga teratas untuk tahun ke-7 berturut-turut.

11. Negeri yang memiliki projek lebuhraya palimg mahal (PIL) berasaskan pengiraan kilometer pada nilai RM385 juta per km atau RM 7.5 bilion untuk 19.5 km-dua kali ganda lebih mahal daripada RM160 juta per km projek lebuhraya KIDEX yang didakwa DAP sebagai projek termahal Malaysia pada 2014.

12.Kerajaan negeri pertama yang menganugerahkan projek pengangkutan, yang hanya membenarkan syarikat berkenaan meneruskan projek 10 tahun dan siap sepenuhnya 15 tahun kemudian, lalu menyatakan bahawa projek berkenaan diperlukan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

13. Kerajaan yang menganugerahkan projek konsesi tol berat sebelah di dunia yang mana kerajaan negeri membayar penuh kontraktor yang membina terowong tetapi masih membenarkan mereka mengutip tol selama 30 tahun.

14. Kerajaan negeri yang membayar harga paling tinggi dalam sejarah bagi perkhidmatan konsultan untuk membuat laporan kos RM 305 juta tetapi tidak ambil peduli tentang laporan yang tidak pernah siap itu.

15. Kerajaan pertama meningkatkan nilai penilaian sebanyak 13% pada 2015 dan mendakwa mereka amat prihatin dan memberi diskaun sebanyak 6% pada 2017.

16. Negeri pertama menaikkan kadar air sebanyak 4 kali dalam 10 tahun tetapi masih murah di Malaysia atas usaha yang baik oleh kerajaan negeri BN sebelum ini.

17. Negeri pertama mengambil kredit bagi atas tiada catuan air sepanjang 10 tahun walaupun tiada catuan air sepanjang 20 tahun yang lepas sebelum DAP berkuasa.

18. Kerajaan negeri pertama menjual atau memperdagangkan RM 37 bilion nilai tanah negeri dan aset dan memuji diri mereka sendiri atas sebab membayar RM412 juta bayaran kebajikan sepanjang 10 tahun.

19. Kerajaan negeri yang mewujudkan lereng botak terbanyak dalam sejarah dan negeri pertama mendakwa tanah runtuh hanya berlaku di tanah rata.

20. Kerajaan negeri pertama yang melantik seorang yang hanya memiliki pengalaman dalam bolasepak untuk bermain permainan Championship Manager sebagai pengurus pasukan dan presiden persatuan bolasepak negeri – yang telah dijangka membawa pasukan ke dasar liga pada penghujung musim dan tersingkir.

Masih nakkan kerajaan negeri yang sama ?

MMI

Tuesday 10 April 2018

Manifesto Khas 8 Jaminan BN Untuk Orang Muda #JomBN


KUALA LUMPUR: Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin pada Selasa malam melancarkan manifesto golongan muda yang dikenali sebagai 'Jaminan Orang Muda' bersempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14).



Manifesto itu menggariskan lapan jaminan untuk memperhebat orang muda dalam tempoh lima tahun akan datang, melibatkan peluang pekerjaan dan latihan, meningkatkan pendapatan dan kemahiran, memperkasa ekonomi belia luar bandar, memudahkan usahawan muda mendapat bantuan dan meringankan beban keluarga muda.


Selain itu, Pemuda BN turut berjanji untuk menyediakan kehidupan berkualiti, memastikan peluang untuk segenap segmen dan mengangkat idea generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Melalui jaminan peluang pekerjaan dan latihan, setiap warga muda akan dibantu untuk mendapat pekerjaan dalam masa enam bulan selepas berdaftar dengan sistem Tawaran Orang Muda.

Bagi mencapai jaminan tersebut, Barisan Nasional (BN) akan memadankan orang muda dengan projek-projek infrastruktur mega negara, memberi insentif untuk usahawan sosial mencipta lebih banyak peluang pekerjaan selain melengkapi lebih lima juta pelajar sekolah dengan kemahiran digital Revolusi Industri 4.0 selain lebih sejuta orang muda akan mendapat peluang latihan dan kerjaya dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Dalam meningkatkan pendapatan dan kemahiran, ia meliputi bantuan kewangan untuk pekerja muda belajar kemahiran baharu secara dalam talian atau membeli perisian komputer berkaitan kerja selain mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing kepada paras 15 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja negara dan mewujudkan gelombang baharu usahawan desa.

Inisiatif lain termasuk memperluas ekonomi digital di desa, menyediakan bantuan perkahwinan bagi mengurangkan beban kewangan untuk berkahwin serta meningkatkan jumlah unit rumah mampu milik, rumah mampu sewa dan rumah transit.



Turut hadir pada pelancaran tersebut Timbalan Pengerusi Pemuda BN merangkap Naib Ketua Pemuda Umno, Senator Khairul Azwan Harun, Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang, Ketua Pemuda MIC Sivarraajh Chandran dan Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.

Ribuan anggota komponen BN memenuhi segenap ruang Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra di sini sebagai simbolik kesiapsiagaan jentera sayap parti itu menyahut gendang perang PRU14.

Pada 7 April lepas Najib telah melancarkan Manifesto BN di Axiata Arena, Bukit Jalil yang mengandungi 14 teras dan 364 inisiatif dalam usaha memperhebat negara. - Bernama

Monday 9 April 2018

Manifesto BN Manifesto Rakyat


Manifesto Barisan Nasional yang dilancarkan semalam oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Pengerusi Barisan Nasional jelas memperlihatkan bahawa ianya dikupas dan direncanakan dalam keadaan bersedia serta berdasarkan kepada pengalaman politik selama lebih daripada 60 tahun.

Mengambil kira selama tempoh tersebut sudah tentu setiap perkara yang dijanjikan kepada rakyat adalah berasaskan kepada realiti dan keupayaan Barisan Nasional memerintah selama ini.

Lebih membanggakan, pentadbiran negara yang diambil alih oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bagi menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi telah memperlihatkan kemajuan serta kejayaan yang cukup memberangsangkan walaupun dalam konteks ekonomi dunia yang tidak menentu.

Perkara ini dibuktikan dengan dasar-dasar ekonomi Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat global.

Malaysia dipuji oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) atas kejayaan melaksanakan kepelbagaian dan pembaharuan ekonomi yang menyumbang kepada pertumbuhan berterusan.

Najib Razak dalam kenyataannya di Twitter sebelum ini berkata “Baru-baru ini, WTO memuji kejayaan kepelbagaian dan pembaharuan ekonomi kita yang terbukti menyumbang kepada pertumbuhan berterusan negara meskipun berdepan dengan cabaran luar”. 

Jelas Najib yang juga Menteri Kewangan, BMI Research juga mengunjurkan bahawa pengguna Malaysia akan terus makmur pada 2018, dipacu oleh pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan serta kadar inflasi dan pengangguran yang rendah.

Selain daripada itu, rakyat Malaysia perlu sedar bahawa keadaan politik negara yang sentiasa panas dek kerana sikap parti-parti politik khususnya dari blok pembangkang yang saban hari mencipta fitnah bukan sahaja sudah sampai ke tahap menggugat kedudukan negara tetapi telah menjadi racun yang cukup berbahaya.

Rakyat dikelirukan dengan pelbagai berita rekaan berunsur fitnah contohnya kerajaan telah menggadaikan negara kepada negara China dan Malaysia akan bangkrap kerana hutang sehingga ada dikalangan mereka yang percaya seterusnya memusuhi kerajaan Barisan Nasional.

Hakikatnya semua tuduhan itu tidak benar dan kerajaan Barisan Nasional terus memperlihatkan keupayaan serta kesungguhan untuk merubah Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik di masa hadapan.

Keadaan ini dapat kita lihat dalam manifesto Barisan Nasional yang dilancarkan semalam.

Ianya amat berbeza dengan janji bulan dan bintang kerana diakhirnya rakyat akan menjadi mangsa keadaan seperti mana yang telah berlaku di Pulau Pinang apabila kerajaan negeri berubah tangan kepada Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP.

Selama 10 tahun mentadbir Pulau Pinang sudah terlalu banyak janji-janji sebelumnya gagal ditunaikan contohnya dalam menyelesaikan masalah perumahan mampu milik dan juga masalah banjir kilat yang kini menghantui setiap warga Pulau Pinang.

Sebagai sebahagian daripada komuniti masyarakat, MMI percaya bahawa keperluan rakyat adalah perkara terpenting dan rata-rata masyarakat pasti mengharapkan dasar atau tindakan yang dekat dengan mereka.

Oleh yang demikian, manifesto Barisan Nasional adalah wadah terbaik kerana ianya mencakupi semua lapisan masyarakat selain melibatkan semua peringkat serta diperincikan kepada setiap negeri.

Dalam soal pembinaan rumah mampu milik misalnya, Barisan Nasional telah menjanjikan sebanyak 65 ribu buah rumah mampu milik akan dibina di Pulau Pinang sahaja dan perkara ini sudah tentunya dinanti-nantikan oleh rakyat Pulau Pinang.

Dan percayalah bahawa janji ini dibuat berdasarkan kepada kegagalan dan kelemahan kerajaan negeri Pulau Pinang yang sehingga kini masih lagi gagal untuk membuktikan sebarang projek perumahan mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri pimpinan DAP.

Mengambil kira jumlah penduduk dan keperluan yang semakin meningkat terhadap pemilikan rumah sudah tentulah kegagalan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam soal menyediakan rumah mampu milik ini akan menyebabkan kos sara hidup rakyat terjejas kerana mereka perlu mengeluarkan wang semata-mata untuk tujuan sewaan mahupun kos perjalanan ke tempat kerja yang jauh.

Dalam masa yang sama Barisan Nasional telah membuktikan keprihatinannya terhadap nasib rakyat Pulau Pinang dengan janji untuk membina 65 ribu buah rumah mampu milik memandangkan jumlah golongan berpendapatan rendah dan pertengahan hampir pasti akan terbela dengan tersedianya rumah-rumah mampu milik ini.

Selain daripada itu peningkatan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak semalam turut membuktikan bahawa komitmen kerajaan Barisan Nasional sebelum ini untuk benar-benar melihat dan melaksanakan program tranformasi nasional khususnya dalam mengawal dan memulihkan kedudukan ekonomi negara adalah satu tindakan yang tepat.

Percayalah bahawa pengenalan GST sebanyak 6% yang telah dilaksanakan kini telah menunjukkkan hasilnya.

Rakyat perlu sedar bahawa dasar pemberian subsidi bersasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini telah membantu mengawal dan memulihkan kedudukan ekonomi negara dan ianya tidak hanya terhenti disitu apabila Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BR1M akan ditingkatkan.

Perkara ini dibuktikan dengan pengumuman bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, pemberian BR1M pada Jun dan Ogos digandakan kepada RM800, berbanding RM400 menjadikan jumlah keseluruhan BR1M meningkat dari RM1,200 kepada RM2,000

Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 pemberian BR1M pada Jun dan Ogos berkadar RM300 digandakan kepada RM600.

Bagi individu bujang, BR1M yang dibayar RM450 akan ditambah RM150 menjadi RM600.

Kategori baharu BR1M turut diwujudkan iaitu bagi mereka yang berpendapatan RM4,000 hingga RM5,000 bakal menerima BR1M berkadar RM700 yang akan dibayar dua kali iaitu Jun dan Ogos tahun ini termasuklah pengumuman bantuan one off sebanyak RM1,500 kepada anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi.

Mengambil kira kenyataan Datuk Seri Najib Razak semalam yang mengatakan bahawa perkara ini berlaku disebabkan keadaan ekonomi negara yang semakin baik dan kedudukan kewangan yang semakin kukuh, selain daripada kutipan GST yang bertambah akhirnya Barisan Nasional dapat berkongsi nikmat kepada rakyat.

Sudah tentu pengumuman ini merupakan perkhabaran gembira khususnya kepada golongan berpendatan rendah dan pertengahan kerana ianya secara tidak langsung merupakan pulangan kepada rakyat secara terus dan bersasar seterusnya menafikan sama sekali sebarang bentuk keputusan berpihak yang hanya menguntungkan sesetengah pihak seperti mana yang diamalkan oleh kepimpinan sebelum ini.

Disamping itu, MMI juga tertarik dengan hasrat Barisan Nasional yang mahu melahirkan ribuan wanita profesional yang berjaya dalam bidang korporat, penjawat awam, politik dan kepemimpinan lain.

Secara tidak langsung ianya merupakan satu pengiktirafan terhadap jasa para wanita di Malaysia yang kita tahu merupakan tulang belakang negara.

Peranan wanita sebenarnya telah terbukti dengan pelbagai pengiktirafan di peringkat dunia.

Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya kepada media sebelum ini berkata kejayaan yang dicapai Malaysia sehingga ke peringkat dunia tidak dapat direalisasikan tanpa peranan wanita,

Badan dunia seperti Tabung Kewangan Dunia (IMF), Bank Dunia dan agensi penarafan antarabangsa juga yakin untuk mengiktiraf golongan itu sebagai penyumbang kepada kejayaan Malaysia.

"Keyakinan kuat agensi antarabangsa terhadap pengaruh dan peranan wanita membuktikan golongan itu sebenarnya penyumbang terbesar terhadap pembangunan negara.

"Merujuk kajian diterbitkan Nikkei Asian pada minggu ini, Malaysia berada di landasan terbaik dalam pembangunan sosioekonomi wanita. Kajian itu turut menyebut, jumlah wanita merangkumi dua pertiga di universiti awam negara ini," katanya.

Malahan Malaysia mempunyai ikon wanita seperti bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar. Beliau adalah penggubal dasar, ketua bank pusat dan tokoh yang sangat luar biasa. 

Kecemerlangannya terus terukir di dalam dan peringkat antarabangsa.

Berdasarkan kepemimpinannya, beliau mengemudi ekonomi negara setanding negara lain di dunia, termasuk berjaya mengharungi saat genting ketika berhadapan krisis kewangan.

Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Sikap berdedikasi beliau terhadap tadbir urus yang baik, Dr Zeti diiktiraf dunia dalam penyatuan kewangan serantau dan pengantarabangsaan kewangan Islam.

Beliau juga adalah penerima anugerah daripada 'Wharton Dean's Medal' dari The Wharton School of the University of Pennsylvania, iaitu penghargaan tertinggi kepada alumni universiti terbabit yang membawa impak besar kepada ekonomi Asia dan global.

Mengambil kira contoh tersebut, hasrat Barisan Nasional untuk mengangkat kedudukan dan peranan wanita ke tahap lebih tinggi adalah satu keputusan yang wajar.

Kewajaran itu pastinya mengundang lebih banyak peluang-peluang yang lebih baik kepada para wanita diseluruh negara.

Malah ianya mencetuskan satu semangat baharu kepada para wanita diluar sana dan sudah tentu banyak lagi agensi mahupun badan-badan tertentu akan diwujudkan khusus bagi menzahirkan hasrat murni ini.

Inilah sebenarnya manifesto rakyat yang perlu diangkat dan disokong oleh semua rakyat Malaysia kerana ia mencakupi semua keperluan setiap lapisan masyarakat.

Kesungguhan dan komitmen sebegini tidak akan mampu direalisasikan sekiranya pihak yang terlibat tidak punya pengalaman dan lebih bersifat politik dan populis semata-mata.

Sebagai rakyat Malaysia, MMI yakin dengan Barisan Nasional dan sudah tentu Barisan Nasional perlu dipilih oleh rakyat sebagai kerajaan Malaysia dalam PRU14 nanti.

MMI

Labels