Followers

Thursday 21 June 2012

Rafizi Letak Jawatan - Sesuatu Sedang Berlaku Di Selangor !!


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Perkara itu turut dimaklumkan dalam twiternya sebentar tadi.

"Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sbarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk Kerajaan Negeri," katanya.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai penasihat.

Rafizi pula menyandang jawatan Ketua Eksekutif di pejabat itu sejak 2009 lalu.

"Letak jawatan proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri & parti. Ramadhan dah dekat, tumpu ibadah," katanya lagi.

Dalam tulisan lanjut di twiternya, beliau berkata belum membuat sebarang perancangan namun mahukan rehat dan menumpukan kepada ibadah sempena bulan Ramahan ini.


Emm rafizi nak menumpukan kepada ibadah sempena bulan ramadhan nanti.Baguslah MMI amat-amat menyokong tindakan beliau malah sudah menjadi tanggungjawab semua umat Islam di Malaysia untuk menumpukan kepada ibadah sepanjang masa bukannya hanya ketika bulan ramadhan saja dan setiap perkara sebaik ini kita sebagai umat Islam perlu menyokong.

Cumanya agak kelakar disaat seluruh negara sedang menantikan tarikh pilihan raya Rafizi membuat keputusan sebegini.Apa mungkin berlaku sesuatu di Selangor ?

Melalui risik-risik katanya ayam tambatan Anwar makin menggila di Selangor sekarang sebab tu keadaan di sana semakin meruncing.

Apa pun kita pakat-pakat tengoklah.

MMI.

1 comment:

  1. Naj joint KJ kot lepas debat tempohari, Kj janjikan menteri jaga PTPTN

    ReplyDelete

Labels