Followers

Sunday 12 August 2012

Yusni Buktikan PAS Tewas Hanya Kerana Impian Untuk Berkuasa


Tak tahulah nak cakap apa lagi , kenyataan terbaru daripada Ketua Pemuda PAS negeri Pulau Pinang yang masih meletakkan kepercayaan kepada Karpal Singh dan DAPigs dalam perjuangan kononnya PAS mahu menegakkan undang-undang Hudud di Malaysia jelas meletakkan PAS sebagai sebuah parti kemaruk.

Kemaruk kerana masih meletakkan harapan terhadap perjuangan bersama sahabat harbi dalam Pakatan Haprak.

Pemuda Pas negeri masih yakin hukum hudud boleh dilaksanakan jika pembangkang berjaya mentadbir negara meskipun ditentang keras oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Ketua Pemudanya, Mohd. Yusni Mat Piah berkata, sebagai peguam, Karpal lebih tahu tentang undang-undang iaitu kuasa mahkamah syariah membolehkan hukum hudud dijalankan.

"Sebagai contoh di Kelantan, boleh dibaca enakmen undang-undang syariah negeri itu mengenai hukum hudud.

"Karpal seorang peguam, dia mesti tahu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah mengingatkan umat Islam supaya tidak menyokong DAP kerana ia adalah haram dan berdosa memandangkan parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta hukum hudud.

Abdullah juga menegaskan, umat Islam tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama dengan DAP kerana ia akan turut membawa kemenangan kepada parti tersebut.

Mohd. Yusni memberitahu, pihaknya akan terus menyokong cita-cita pemimpin tertinggi Pas untuk melaksanakan hukum hudud.

"Kita kena beri kesedaran kepada orang ramai bahawa jenayah semakin berleluasa dan hukum hudud merupakan jalan penyelesaiannya," ujarnya.

Adakah beliau sedar dengan penentangan yang diberikan oleh Karpal Singh selama ini terhadap pelaksanaan negara Islam dan undang-undang Hudud dilihat hampir mustahil untuk dilaksanakan waima Pakatan Haprak menang dalam pilihan raya nanti ?

Mungkin Yusni terlupa agaknya sejauh mana PAS mampu untuk merealisasikan impian tersebut dengan jumlah kerusi yang dimiliki selepas pilihan raya nanti.Apakah PAS yakin untuk menang semua kerusi yang dipertandingkan?

Adakah PAS yakin pemimpin-pemimpin DAPigs dan PKR boleh menerima hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud ?

Inilah jadinya apabila PAS pekak,bisu dan buta sehinggakan sanggup mengadaikan maruah parti asalkan tidak bersama UMNO malah menjadi impian mereka untuk melihat UMNO dan Barisan Nasional tumbang dalam pilihan raya nanti.

Jelas PAS tewas hanya kerana impian untuk berkuasa.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels