Followers

Thursday 24 January 2013

PANAS Editor Buletin Mutiara BAKAL Di PECAT ?!!


Benarlah apa yang pernah MMI katakan sebelum ini , juak-juak Pakatan Haprak khususnya di Pulau Pinang amat perlu kembali dimasukkan ke mana-mana sekolah bagi meningkatkan keupayaan mengira supaya tidak lagi berlaku kesilapan yang memalukan seperti mana yang bakal didedahkan nanti.

Sebelum ini seluruh rakyat sudah dapat melihat bagaimana lemahnya matematik juak-juak DAPigs sewaktu membuat pengiraan undi dalam pemilihan parti yang akhirnya menyebabkan seorang anak muda yang tak pasti sama ada berbangsa Melayu atau tidak dipilih semula bagi menganggotai CEC dan mengorbankan seorang pemimpin berbangsa Cina yang lain.

Rentetan daripada kejadian tersebut maka berakhirlah karier seorang juak DAPigs yang kononnya bertanggungjawab terhadap kesilapan yang berlaku iaitu tersalah kira hampir 500 perbezaan undi banyaknya.

Kini ianya kembali dan sah Guan Eng mempunyai barisan jentera yang cukup lemah dari segi matematiknya , rasanya MMI nak tawarkan diri jadi tenaga pengajar kepada juak-juak ni supaya bijak sikit dalam mencongak kira-kira tapi tak bolehlah free..Macam Wifi Free yang Guan Eng jaja tu sebab bila free servis jadi macam kura-kura yang tengah pening buat apa ?

Guan Eng kena bayarlah ! kalau Nga dengan Ngeh boleh kautim RM1000 hanya untuk cari Pisau.net takkanlah MMI yang nak jadi cikgu ni nak bayar sama juga ? Guan Eng pun gaji dekat-dekat RM50,000 sebulan jadi patut-patut lah noo..Apa-apa hal contact MMI kita bincang ! Haha amacam MMI jadi cikgu ? Layan...

Berbalik kepada isu jika pemilihan DAPigs baru-baru ini memperlihatkan ada yang dikorbankan demi menutup kelemahan rejim sendiri maka takkanlah isu kesilapan dalam Buletin Mutiara nak dibiarkan saja ? Mana adil yang tu kena yang ni tak kena kankankankan ???

Ok lah pasti ramai yang nak tahu apa yang dah dibuat oleh Buletin Mutiara sampaikan ada kesilapan yang amat memalukan Guan Eng dan rejimnya di Pulau Pinang.Yang pastinya editor Buletin Mutira memang tak suka dengarlah..Tapi MMI peduli apa ! jom kita terjah blog Dr MiM...

MiM tertarik dengan entri blogger Truth Vaccine yang mendedahkan kesilapan besar Buletin Mutiara, lidah rasmi kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng.

Seperti yang kita semua tahu, Lim Guan Eng sedang bergelut dengan isu kalimah Allah yang menggemparkan negara ini.

Banyak pihak yang mempertikaikan kerasionalan 'permintaan' anak Lim Kit Siang itu. Beliau menerima tamparan hebat apabila rakan politik, parti PAS yang akhirnya menolak Lim Guan Eng.

Dan sekarang, berlaku aksi tepis-menepis Lim Guan Eng yang cuba menolak sebarang persoalan tentang isu kontroversi yang dicetuskan oleh beliau sendiri.

Katanya mahu menulis jawapannya kerana 'tidak mahu jawapan diputat belitkan'. 

Malangnya, anak Kit Siang itu masih mendiamkan diri sehingga ke saat ini. Tiada kenyataan akhbar atau artikel mengenai kalimah Allah. Bak kata, 'habuk pun tarak...'

Sebelum itu pula, DAP dirundung krisis imej dan kredibiliti yang amat memalukan apabila berlaku 'silap umdi' semasa pemilihan CEC DAP. DAP menjadi bahan ketawa rakyat kerana sebelum ini mereka begitu lantang mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. 

Rupa-rupanya DAP yang kebantut kewibawaan mereka dek 'tersilap undi'. Memalukan.

Krisis CEC DAP ini juga dianggap menyerlahkan sikap chauvinis dan rasis oleh Tunku Aziz, orang lama dalam DAP. Lebih-lebih lagi apabila tiada seorang calon Melayu pun yang menang. 

Dan sekarang, DAP berdepan dengan Registra Of Society (ROS) kerana beberapa pemimpin DAP membuat laporan mempertikaikan kesahihan pemilihan tersebut. Krisis itu menjadi lebih panas.

Belum sempat selesai dengan isu 'tersilap undi' CEC DAP, lidah rasmi kerajaan Dap negeri telah menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan berunsur pembohongan.

Apakah pembohongan yang dimaksudkan oleh Dr MiM ? Baca Selanjutnya 

Kalau tak salah MMI sebanyak RM8 juta kos dibelanjakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mengeluarkan Buletin Mutiara.Dengan nilai yang seumpama itu takkanlah perkara yang memalukan seperti ini boleh berlaku ? Kalau Guan Eng tanya MMI apa nak buat ? jawapannya PECAT saja mereka yang bertanggungjawab habis cerita..Hehe Guan Eng nak buat kerrr ???

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels