Followers

Friday 9 January 2015

Hishamudin Rais BERSALAH Di Denda RM5 Ribu CUKUP Ker ??

MMI punya pandangan berbeza dengan keputusan mahkamah berkenaan kes Hishamudin Rais yang disabitan dengan kesalahan menghasut rakyat agar turun ke jalanraya menggulingkan kerajaan Barisan Nasional selepas piihanraya umum ke-13.

Berdasarkan laporan daripada AgendaDaily , aktivis pembangkang ini didapati bersalah dibawah Akta hasutan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana membuat kenyataan barbau hasutan di satu forum Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur pada malam 13 Mei 2013.

Hakim Azman Mustapha dapati pihak pendakwa telah dapat membuktikan kesalahan itu tanpa ragu.

Malah katanya Hishamuddin sendiri tidak menafikan dia ada membuat kenyataan menghasut itu.

Menurut hakim itu hasutan mengadakan demonstrasi jalanan untuk guling kerajaan adalah satu kesalahan yang serius.

Selain Hishamuddin,sebelum ini dua aktivis pelajar pro pembangkang Adam Adli dan Mohd Safwan Anang yang turut bercakap di forum berkenaan turut didapati bersalah dibawah Akta Hasutan.

Hakim telah mengenakan hukuman denda RM5,000 keatas Hishamuddin yang perlu dijelaskan dalam tempoh enam bulan.

Dibawah kesalahan itu seseorang itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

CUKUP KER ?

MMI tidak langsung berniat untuk mempertikaikan keputusan mahkamah cuma setelah meneliti tindakan Hishamudin Rais sebelumnya keputusan itu dilihat terlalu ringan bagi seorang pendokong kuat Anwar Ibrahim.

Denda sebanyak RM5,000 PASTINYA mampu di langsaikan kerana semua orang sedia maklum siapa yang berada di belakang beliau.

Adakah kita YAKIN manusia seperti ini tidak akan lagi melakukan perkara sama selepas ini ?

INGAT Hishamudin merupakan individu terpenting dalam gerakan pembangkang untuk mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei 2013 yang lalu.

Malah, beliau secara terbuka mengakui satu-satunya cara menggulingkan kerajaan BN yang diterajui UMNO ialah melalui rusuhan jalanan kerana mustahil pakatan pembangkang dapat merampas Putrajaya melalui peti undi.

Hishamuddin ketika menghasut orang ramai berbuat demikian berkata, pembangkang menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan adalah satu kebodohan jika penyokong pembangkang berdiam diri tanpa turun ke jalan raya bagi menggulingkan BN. 

"Kita mesti keluar ke jalan raya. Apa yang disukai Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) adalah jalan yang salah. Jalan raya adalah jalan betul, bumi ini milik anak- anak muda. Susunlah satu gerakan besar-besaran untuk kita turun ke jalan raya," 

Itulah antara kata-kata Hishamudin sewaktu menyampaikan ucapannya dalam perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor sebelum ini.

BERBAHAYA

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),  pernah berkata, langkah yang cuba diambil oleh Hishamuddin itu sememangnya amat berbahaya dan pihak polis wajar bertindak segera.

Hakikatnya beliau berkata, undang-undang negara telah dipermain-mainkan dan dimomok sesuka hati sehingga ke peringkat mencabar Yang di-Pertuan Agong.

"Saya amat kenal Hishamuddin ini. Dia pernah lari ke luar negara semasa kebangkitan pelajar pada tahun 1970 atas isu kemiskinan rakyat Baling, Kedah.

"Bertahun lari ke luar negara dan memburukkan nama baik Malaysia di negara yang memberikan suaka politik kepadanya. Dia ini jenis baling batu sembunyi tangan. Kembali ke tanah air dengan selesa tanpa diambil apa-apa tindakan undang-undang" Datuk Ibrahim Ali.

MMI tak pastilah sekiranya warga Malaysia yang lainnya berpuas hati dengan keputusan terbabit tetapi secara peribadi MMI merasakan manusia seperti Hishamudin Rais ini wajar sahaja di nyahkan dari bumi Malaysia.

Beliau pastinya akan terus dengan agendanya selepas ini dan kita mungkin terpaksa melakukan perkara yang sama dengan menyabitkan beliau dengan dakwaan di mahkamah.

Adakah kita mahu perkara yang sama berulang-ulang ?

MMI

2 comments:

  1. Dendaan sebanyak itu mungkin perit jika tahun1948....

    ReplyDelete
  2. Kesalahan yg serious..denda RM5000 perlu dijelaskan dalam tempoh 6 bulan..memang serious tu!

    ReplyDelete

Labels