Followers

Friday 9 January 2015

HARAKAH Bergolak MUSTAFA ALI Di Minta BERUNDUR !!

Sebelum ini akhbar milik parti PAS pernah di pertikaikan kerana berita-berita yang disiarkan sering kali meragukan malah ada di antaranya berbau fitnah.

MMI sendiri pun pernah memuatnaik beberapa artikel berkaitan akhbar rasmi parti PAS dan boleh di baca di pautan SINI & SINI , malah beberapa pautan seterusnya dalam artikel tersebut sudah cukup untuk memperlihatkan betapa akhbar ini sebenarnya dah hilang integritinya.

Tepat dari sumber ? Hahahaa KINI Harakah bergema lagi !

Semuanya di sebabkan pergolakan dalaman parti yang di kira ada kena mengena dengan hubungan yang tidak berapa baik antara golongan ulama dan profesional yang semakin dingin.Seolah-olah satu tindakan balas dendam seperti mana yang sering kumpulan kongsi gelap lakukan terhadap kumpulan mereka apabila wujud rasa tidak puas hati sesama sendiri.

Ianya begitu ketara sekali apabila dua pengarang akhbar lidah parti PAS, Harakah diberhentikan, manakala Ketua Pengarangnya, Ahmad Lutfi Othman telah diminta meletakkan jawatan ketika sedang cuti sakit. Tindakan pemberhentian Pengarang Harakah, Tarmizi Md. Jam dipercayai kerana kritikan terhadap kerajaan perpaduan dalam pimpinan PAS manakala pemberhentian Pengarang Rencana Harakah, Roslan Hamid dipercayai mempunyai kaitan dengan penyiaran tulisan artikel seorang kolumnis, Dinsman atau nama penuhnya, Shamsudin Othman yang mengkritik ulama dalam pimpinan PAS. 

Huh macam mana ni ? Tak boleh di kritik ? Bukankah Harakah sering kali mengkritik pihak lain sehingga menjadi sumber fitnah tanpa sumber yang sah !! Sekarang apa berlaku ? 

Tak cukup dengan itu , Lembaga Pengarah Harakah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut meminta Ahmad Lufti meletakkan jawatan atas sebab kesihatan.

Berang dengan pemberhentian tersebut, Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin berkata, tindakan pemberhentian dua pengarang dan tekanan terhadap Ahmad Lufti itu bukan sahaja tidak munasabah malah disifatkan sebagai tidak beretika, biadab dan merupakan perbuatan zalim. 

Adakah ini merupakan akibat daripada krisis kepemimpinan dan konflik antara dua golongan yang sedang bergolak dalam PAS? tanya beliau. 

Dan mereka yang berkenaan ini menjadi mangsa yang tidak berdosa dan sekali gus menjadi mangsa pentadbiran yang zalim lagi tidak bertanggungjawab, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

“Mereka ini diminta berhenti tanpa sebab munasabah. Tak tahu apa sebab pun. Saya rasa ini tindakan yang tidak wajar.

“Tak patut dia (Mustafa) buat begitu. Dia dakwa sebagai pemimpin Islam, PAS. Tetapi perbuatan itu boleh mengaibkan Islam itu sendiri.

“Jadi kerana itulah PAS (kawasan) Batu bersama (kumpulan budayawan) Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) mengadakan sidang akhbar bersama tadi untuk mengutuk kerasnya tindakan yang dibuat Mustafa,” katanya.

BERUNDUR 

Ishak yang juga antara pengasas Harakah juga mengambil langkah drastik menggesa supaya Mustafa yang juga setiausaha agung PAS berundur daripada menjadi pengerusi Harakah.

“Saya minta dia berundur. Berundurlah. Dia (Mustafa) suka-suka saja nak berhentikan orang. Saya sebagai manusia saya rasa tak patut kita buang orang yang selama ini berkhidmat dengan Harakah bertahun-tahun.

“Saya sangat sedih. Saya merupakan pengurus Harakah yang pertama. Dulu duit pemimpin PAS pun satu sen pun kami tak ambil. Saya bukan nak ungkit.

“Tetapi, oleh kerana perkara ini sangat menyedihkan. Tak sepatutnya benda ini jadi begini,” katanya lagi sambil menangis.

Ishak berkata, tindakan PAS itu, terutamanya kepada Lutfi “tidak berperi kemanusiaan” memandangkan keadaan kesihatannya.

Well lihatlah apa yang berlaku apabila puak-puak PAS yang sudah hilang matlamat perjuangan diberikan peluang untuk memimpin ! Dalam keadaan tertentu Harakah sewajarnya awal-awal lagi menolak kehadiran Mustafa Ali sebagai Lembaga Pengarah akhbar tersebut memandangkan Mustafa juga turut terpalit dengan skandal aksi akrobatik sebelum ini.

Bagaimana Harakah boleh menggunakan tagline "TEPAT DARI SUMBER" sedangkan hakikatnya pemimpin mereka sendiri pun terpalit skandal ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels