Followers

Thursday, 9 September 2021

Stand we must !

 


Inilah sebabnya kenapa saya sentiasa mendokong perjuangan parti UMNO walaupun pelbagai dugaan serta cabaran menimpa.

Sejak kekalahan pada PRU14 saya telah melihat bahawa perkembangan politik negara bakal berubah daripada sebuah blok politik yang kukuh kepada satu kesepakatan longgar yang boleh terungkai.

Apatah lagi sewaktu Pakatan Harapan berkuasa Perdana Menteri ketika itu yang cuba mengekalkan sifat ala diktatornya turut sama ditolak oleh rakan segandingan sehingga akhirnya meletakkan jawatan dan terbubarnya kerajaan.

Kemudiannya kita mula menyaksikan satu kesepakatan longgar antara parti-parti yang mula bergabung untuk menubuhkan kerajaan baharu yang dikenali sebagai Perikatan Nasional.

Kelonggaran itu bermula apabila akar umbi merasakan bahawa kesepakatan yang diwujudkan itu pasti akan bermasalah kerana muka-muka yang tidak konsisten dalam perjuangan apatah lagi bersifat amfibia selain obses untuk menguasai arus politik negara hinggakan UMNO cuba dilenyapkan.

Akibatnya Perdana Menteri yang gagal untuk menghormati rakan parti dan Institusi Istana meletakkan jawatan dan kerajaan baharu dibentuk semula di bawah kepimpinan YAB DSIS.

Walaupun pembentukan kerajaan kali ini dilihat agak baik dari segi kritikannya (hingga saat ini) namun saya optimis kritikan demi kritikan pasti akan berterusan apatah lagi Mantan Perdana Menteri yang gagal masih lagi dilantik.

Kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini juga sebenarnya longgar dari segi keutuhannya dan banyak pihak telah pun melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana keputusan perlantikan jawatan kabinet seolah-olah sekadar menukar pemandu dan kedudukan penumpang dalam sebuah bas.

Apakah situasi senyap pada ketika ini mampu menahan kerajaan ini dari kembali bergelora ?

Hanya masa dan keikhlasan yang akan menentukan.

Kerana itu saya bersetuju dengan apa yang telah disuarakan oleh Timbalan Presiden UMNO bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU kali ini.

Satu keputusan tegas yang perlu kita sama-sama pertahankan.

Tegas Timbalan Presiden lagi, Umno akan bertanding atas kekuatannya sendiri bagi memenangi PRU15 sekali gus membentuk kerajaan.

Beliau berkata, parti itu tidak boleh menang dengan terpaksa bersandarkan kepada kekuatan parti lain.
Katanya, keadaan itu akan mewujudkan situasi politik seperti sekarang apabila tiada parti politik yang dominan untuk membentuk kerajaan.

“Kita mahu menang atas diri kita sendiri, bukan nak menang bersandarkan kekuatan orang lain. Jika menang, kita boleh membentuk kerajaan, bukan menang tetapi terpaksa meminta belas kasihan orang, itu tidak betul.

“Itu punca jadi seperti hari ini dan rakyat mesti faham, jika memilih dalam pilihan raya nanti, pilih dalam keadaan begini tidak ada parti yang dominan dan negara akan terus huru hara,” katanya.

Mengulas tindakan PAS bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) Mohamad berkata, pihaknya berharap parti rakan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) itu dapat membuat pendirian.

Katanya, PAS perlu membuat keputusan sama ada mahu bersama MN ataupun PN bagi menghadapi PRU-15 termasuk di peringkat DUN.

“Mereka (PAS) sudah menjadi anggota PN, persoalannya sekarang jika ada pertembungan antara BN dengan PN, PAS mahu sokong siapa kerana PAS adalah sebahagian daripada PN dan mereka juga jentera pilihan raya PN.

“Itu terpulang kepada PAS untuk memutuskan sama ada mahu bersama MN atau PN, tetapi jangan buat keputusan lambat selepas Parlimen dibubarkan.

“Jika mahu bersama kami, beritahu kami sekarang,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/.../umno-tidak-akan.../

Pada saya sekarang masa untuk kita sama-sama selesaikan masalah negara antara contoh terkini adalah tindakan DS Najib bertemu DSIS.

Baca sini https://www.facebook.com/DatoIbrahimRomli/posts/403164777902074

Dalam masa yang sama program pengukuhan parti perlu segera dirancakkan agar UMNO bersedia menghadapi PRU15 berlandaskan prinsip dan ketegasan kita dalam berpolitik.

Stand we must !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels