Followers

Saturday 5 November 2011

Filem VIKINGDOM Hasil Anak Seni Malaysia


Dalam kesibukan berpolitik MMI juga cukup teruja dengan 3 orang anak muda kebanggaan Malaysia ini kerana telah membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia juga mampu melahirkan karyawan seni yang sama taraf dengan Hollywood mahupun antarabangsa.

KRU Production dibarisi oleh Norman,Yusry dan Edry merupakan 3 orang anak muda yang dilihat mampu memecah tradisi karyawan seni tempatan untuk membawa martabat anak seni negara ke peringkat antarabangsa.



Terbaru mereka dalam proses menyiapkan sebuah filem bertaraf antarabangsa berjudul "Vikingdom" arahan Yusri Abdul Halim yang turut membarisi pelakon-pelakon antarabangsa seperti pelakon terkenal Dominic Purcell (Prison Break),Craig Fairbrass (House Of The Rising Sun),John Foo (Tekken) serta Conan Stevens (The Hobbit).

Antara babak-babak dalam Vikingdom



MMI banggsa dengan 3 orang anak muda ini yang bermula dengan bidang nyanyian seterusnya menghasilkan sebuah filem fiksyen berjudul "Cicak Man" kemudianya "Magika" diikuti "Hikayat Merong Mahawangsa" dan sekarang KRU Production melebarkan sayapnya dengan penghasilan filem yang menelan belanja puluhan juta ringgit ini bakal ditayangkan pada 2013 nanti.

 


 


Menjadi harapan MMI selepas ini KRU Production dapat menghasilkan sebuah filem khusus untuk menceritakan kembali peristiwa peperangan dunia kedua yang melibatkan serangan dan jajahan oleh Jepun,British keatas tanah melayu agar dapat dijadikan sebagai sebuah filem sejarah yang bermutu dan dapat menarik minat anak muda untuk memahami sejarah negara sebelum merdeka menyamai standard filem Saving Private Ryan yang telah lama MMI nantikan.


Yakin dan percaya kepada kebolehan 3 anak muda ini MMI harus menyokong gerak kerja mereka kerana turut membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa selain membawa perubahan dan kebaikan dalam bidang seni untuk negara.

Selamat maju jaya Kru Production.

MMI    

No comments:

Post a Comment

Labels