Followers

Friday 13 January 2012

GEMPAR ! Nik Aziz Tunjukkan BUKTI Pas Pencacai DAP


Hari ini jelas lagi nyata bahawa parti Pas dan juak-juaknya merupakan PENCACAI kepada DAP dan PKR.MMI bukan saja-saja buat kenyataan ini , kenyataan ini keluar dari mulut longkang Nik Aziz sendiri seorang pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Sewaktu memberikan kenyatan berkenaan tindakan pihak-pihak tertentu yang mahukan supaya Hadi Awang juga turut dipecat Klik Sini Nik Aziz dengan jelas mahu menyelamatkan presidennya termasuklah parti Pas itu sendiri.

Ini dibuktikan dengan kenyataan oleh Nik Aziz bahawa Barisan Nasional khususnya Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun), Datuk Md Alwi Che Ahmad agar tidak mencampuri urusan parti itu. Menurutnya, Alwi tidak berhak membuat desakan supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dipecat atas alasan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno kerana Islam jelas membenarkan sebarang pertemuan di buat demi kepentingan agama.

“Dia orang Umno, Pas parti lain. Tidak usah campur hal orang lain. Sebab kalau kita campur hal orang nanti orang akan turut campur hal kita. “Jumpa dengan sesiapa sekalipun Islam sentiasa memberi peluang. Lebih-lebih lagi dengan orang bukan Islam, apatah lagi orang Pas jumpa Umno. Dengan cara ini kita beri peluang kepada orang itu mengenali Islam,”.

Itulah yang keluar dari mulut Nik Aziz sendiri , beliau dilihat turut berpesan kepada mereka bahawa hanya Pas sahajalah merupakan parti yang sentiasa menjaga perihal rakyat khususnya di Pulau Pinang.

Jika kita amati betul-betul maksud yang tersirat dalam ayat yang sudah dihitamkan ini jelas ianya bercanggah sama-sekali dengan batas dan perjuangan Parti Pas.Bagaimana Nik Aziz boleh berpesan supaya jangan mencampuri urusan orang lain kerana mencampuri urusan lain sudah pastinya orang lain juga turut mencampuri urusan kita.

Pas memilih untuk bersama dengan PKR dan DAP daripada UMNO.Maksudnya Pas telah mencampuri urusan PKR dan DAP seterusnya menyebabkan mereka dipergunakan oleh DAP sebagai pencacai manakala PKR menjadikan Pas sebagai kuda tunggangan dalam siri kempen dan ceramah-ceramah Anwar Ibrahim.

Yang pastinya Pas sememangnya PENCACAI kepada PKR dan DAP.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels