Followers

Friday, 13 July 2018

PPBM Ganti UMNO Bela Nasib Melayu ?


Apabila Tun Mahathir selaku pengerusi PPBM mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu akan menggantikan UMNO khusus dalam usaha membela kepentingan orang-orang Melayu di Malaysia ( klik sini ), banyak pihak mula membicarakan peranan yang dimaksudkan.

Sudah tentunya apabila menyentuh tentang kepentingan orang Melayu ianya tidak dapat lari daripada menyentuh tentang perkara paling asas yang tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hak dan Kedudukan orang Melayu, Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Kedudukan Raja-Raja Melayu dan banyak lagi perkara-perkara yang tersimpan kemas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penulis agak tertarik dengan drama terbaru arahan Tun Mahathir ini apabila kenyataan sedemikian dibuat dalam keadaan parti PPBM sendiri hanya memiliki 13 kerusi parlimen berbanding parti DAP dan PKR.

Persoalannya sejauh mana suara PPBM mampu untuk memastikan agenda perjuangan Melayu yang pernah dikhianati oleh Tun Mahathir sendiri boleh dipertahankan khususnya di Dewan Rakyat sekiranya berlaku tuntutan oleh parti-parti yang bersama dalam Pakatan Harapan yang menjurus kepada tuntutan berdasarkan kepada kepentingan terhadap kaum lain ?

Sebagai contoh rakyat sudah pun dihidangkan dengan usaha untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dalam satu kenyataannya berkata kerajaan akan memastikan usaha untuk mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Tambah wakil DAP ini perkara tersebut sudah pun dibincangkan bersama Menteri Pendidikan Maszlee Malik dan langkah untuk memperincikan pelaksanaan tersebut sedang diusahakan. Lihat pautan SINI

Lebih menarik lagi sehingga ke saat ini Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia yang mengaku bahawa partinya PPBM akan menggantikan UMNO dalam urusan membela orang-orang Melayu masih lagi MEMBISU.

Bukankah tindakan Timbalan Menteri Pendidikan itu secara tidak langsung telah menyentuh berkenaan kedudukan Bahasa Kebangsaan itu sendiri ?

Jangan lupa masih ramai lagi di luar sana yang mengaku warganegara Malaysia tetapi buta Bahasa Kebangsaan jadi kenapa yang terkinja-kinja sangat nak iktiraf UEC ?

Sepatutnya cari jalan dan kaedah untuk pastikan semua pihak mampu menguasai Bahasa Kebangsaan bukan berusaha untuk menghalalkan UEC yang selama ini tidak diiktiraf ?

Ada yang bertanya apa kena mengena Bahasa Kebangsaan dengan UEC ?

Dari segi mata kasarnya memang nampak jauh tapi kalau kita amati tindakan dan kesungguhan pihak yang berusaha itu rasanya kita boleh faham apa yang sebenarnya tersirat.

Tahukah kita bahawa UEC merupakan peperiksaan yang diambil oleh pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang berada di luar Sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sijil UEC ini dibahagikan kepada tiga tahap yang mana kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin dan sukatan pembelajarannya dicedok daripada Taiwan dan diselia oleh badan pendidikan tersendiri yang jelasnya tidak selaras dengan Kurikulum Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. rujukan

So untuk apa perjuangan menghalalkan UEC ini dibuat ?

Selain daripada itu kenapa isu ini ditimbulkan ?

Adakah ianya cubaan yang disengajakan oleh pihak terlibat pada ketika kedudukan Perdana Menteri yang mewakili PPBM dengan jumlah kerusi corot di Dewan Rakyat dilihat begitu lemah ?

Jika perkara sebegini pun Tun Mahathir masih lagi berdiam diri atau mungkin selepas ini mengaku tidak tahu seperti mana yang diamalkan beliau selama ini, maka penulis merasakan Tun Mahathir seharusnya cermin diri sebelum mengaku partinya mampu untuk membela orang-orang Melayu.

Malah kalau kita melihat isu politik yang berlaku di Perak misalnya penarikan diri Siti Aishah daripada dilantik sebagai Speaker Dewan selepas didakwa ditekan oleh DAP adalah satu KELEMAHAN dan KEGAGALAN Tun Mahathir sendiri khususnya dalam soal membela orang Melayu.

Jika benar PPBM adalah pembela orang Melayu, di mana Tun Mahathir pada ketika krisis ini sedang berlaku ?

Malahan Menteri Besar Perak juga adalah ahli parti PPBM ! Kenapa MENURUT ????

Lebih dasyat lagi, Tun Mahathir sendiri telah membuat kenyataan bahawa kerajaan tidak lagi akan meneruskan elaun bantuan kepada para nelayan !

Lupakah Tun Mahathir rata-rata nelayan adalah terdiri daripada orang-orang Melayu ?

Jangan lupa siapa yang bertanggungjawab dalam penamatan perkhidmatan 17 ribu penjawat awam yang kebanyakkan mereka adalah orang-orang Melayu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan ?

Maka di mana bukti yang mengatakan PPBM adalah parti yang mampu menggantikan UMNO bagi membela nasib orang Melayu ?

Daripada pengamatan penulis, PPBM dan Tun Mahathir adalah PENGECUT dan sedang bermimpi kerana mereka hanya tampil bersuara setelah menggunakan hukum RIMBA dengan menyekat dan membekukan akaun-akaun milik UMNO dan pemimpin UMNO supaya parti yang selama ini meletakkan kepentingan orang-orang Melayu itu lemah serta tidak berdaya untuk menggerakkan usaha membela dan membantu orang-orang Melayu selama ini.

Penulis yakin dan percaya UMNO akan terus berjuang dan bangkit walaupun kita sedang berdepan dengan pelbagai kekangan khususnya agenda politik bernafsu Tun Mahathir namun untuk PPBM mengaku sebagai pengganti UMNO ianya terlalu dangkal dan begitu mengaibkan kerana seluruh rakyat Malaysia tahu dan sedar untuk Tun Mahathir berada di kedudukannya hari ini beliau perlu tunduk dan patuh kepada musuh beliau sendiri iaitu DAP.

Tun Mahathir dan PPBM tolong cermin diri !

MMI

9 comments:

  1. .

    Saya setuju ..... PPBM akan ganti DAP untuk bela nasib kaum cina .

    .

    ReplyDelete
  2. tUrn cakap tak habis tu..
    ... Gantikan umno.. So masuklah ppbm supaya sy kuat sikit kalau nk sembang dgn DAP..
    Ni sy mcm semut ja.. Kena jerit kami terus terdiam.. Tu yg kami tk leh halang euc.

    ReplyDelete
  3. PPBM BELA NASIB MUKHRIZ MIRZAN MARINA MOHZANI DAN KRONI SPT VINCENT TAN...MELAYU BODOH SOKONG LAH PPBM

    ReplyDelete
  4. Celaka mahadey laknatullah..
    ko dah hancurkan habis Melayu dengan perpecahan sejak tahun 1968 lagi.

    tahun 2018 ko hancurkan Melayu dan Agama sekali. lepas tu ko berlakon dpn badut2 parti bunga bodoh malaysia kuunuun ko nak jaga melayu/ ganti umno?

    celakalah kau mahathir laknatullah! kau lah bala sebenar buat umat Melayu!

    ReplyDelete
  5. Menteri agama salah tafsir, seleweng maksud hifzuddin
    Ketika Fathu Makkah, Rasulullah menghancurkan semua berhala di sekeliling Kaabah dan tidak menggantikannya di tempat lain




    RZ 13/07/2018

    https://www.ismaweb.net/2018/07/13/menteri-agama-salah-tafsir-seleweng-maksud-hifzuddin/

    tapi kita di Malaysia tak suruh hancurkan pun rumah ibadat bukan Islam. Islam pun tak perintahkan buat bergitu cuma simbolik kepada Fathul Makkah, Rasulullah Solallahu Alaihi wasallam mahu tunjukkan bahaya Baginda tidak meraikan mereka selepas mereka memerangi begitu dahsyat ke ata sumat Islam dalam bersiri pembunuhan dan penindasan!

    Kita di Malaysia tiba2 gatal otak, nak menunjukkan lebih hebat dari Baginda Nabi dalam 'meraikan' orang kafir?

    Menteri Mujahat tu.. !

    ReplyDelete
  6. Mahathir cakap macam tu sebab nak pujuk ahli UMNO lompat masuk PPBM . Rancangan Mahathir nak masukkan Najib dalam penjara sebab Najib masih punya pengaruh yang kuat dalam UMNO . Lepas tu dia bekukan akaun UMNO supaya ahli UMNO lemah semangat dan putus asa untuk bersama UMNO . Jadi Mahathir senanglah sikit nak pujuk ahli UMNO untuk lompat masuk PPBM .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. .
      Dia ja yg hebat..
      Org lain tak leh hebat
      Najib takleh hebat.. Dia irihati

      Delete
  7. Aku gelak golek² la bila baca statement mahathir ni? Geli plak ketiak aku.. Agaknya mahathir ni lalok kot, dia ckp tu mcm tak tgk kiri kanan depan belakang.
    Patutnya mahathir ni sblm nak menyalak kununnya nak bela Melayu, dia patut kaji balik sejarah Pas selama dok dgn dap. Pas yg berteriak gegak gempita nak perjuang Islam masa tu pun tak kesampaian akibat tekanan haram jadah dap. Padahal masa tu pun kerusi Pas agak kuat berbanding parti cap bunga yg ntah brp belas kerusi je, lagi nak cakap byk ke?

    ReplyDelete
  8. Membela nasib Melayu konon. Dia sendiri pun mamak kutty, Kerala mari. Mana ade DNA Melayu dlm dirinya itu. Dasar kaki auta kelentong kuat..

    ReplyDelete

Labels